The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Flipbook Hanisah Syarafana Muhammad - Copy

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziqafiqa, 2021-04-27 05:05:19

Flipbook Hanisah Syarafana Muhammad - Copy

Flipbook Hanisah Syarafana Muhammad - Copy

h

ORANG TUA DI DALAM
BAKUL

DAN CERITA-CERITA
LAIN

NEGARA ASIA

DI SEDIAKAN OLEH
HANISAH SYARAFANA BINTI MUHAMMAD
KELAS : 6 UM
TAHAP : 2
TAHUN : 2021

ORANG TUA DI DALAM BAKUL
(NEPAL)

BERUANG HITAM DAN KUCING
HUTAN
(LAOS)

SIAPA YANG LEBIH TUA?
(MONGOLIA)

KELDAI DENGAN HARIMAU
(NEGERI CHINA)

1/SKBT4 TWU

2/SKBT4 TWU

Pada zaman dahulu, tinggal sekeluarga petani di sebuah kampung. Petani

mempunyai bapa yang telah tua dan seorang anak. Setiap hari isteri petani
menenun kain untuk menambah pendapatan keluarga. Mereka hidup susah tetapi
Bahagia.

Beberapa tahun berlalu, bapa petani semakin tua dan lemah. Semasa muda,
dia bekerja dengan gigih. Sekarang dia tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan
lagi.

Petani menganggap bapanya sebagai satu beban. Isterinya juga begitu. Oleh
itu mereka tidak memperdulikan orang tua itu lagi seperti dahulu.

Orang tua diberi sisa makanan dan pakaian yang koyak sahaja. Kadangkala
tanpa pengetahuan ibu bapanya, anak petani memberi makanan yang baik kepada
datuknya. Apabila perbuatannya diketahui , ibu dan bapanya memarahinya.

Orang tua semakin susah hati. Dia sentiasa mengeluh mengenangkan
nasibnya yang malang. Petani dan isterinya semakin tidak sabar. Mereka cuba
mengusir orang tua itu.

Petani bercadang untuk membeli sebuah bakul yang besar. Dia akan
memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. Dia akan menghantarnya ke tempat
yang jauh dan membiarkannya tinggal di situ.

“ Bagaimanakah sekiranya jiran-jiran mengetahui orang tua hilang ?” tanya
isterinya yang berasa bimbang. “ Beritahu mereka yang dia tinggal di tempat yang
suci untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, “ jawab petani itu.

Petani dan isterinya tidak sedar percakapan mereka terdengar oleh anak
mereka. Pada keesokan paginya petani keluar untuk membeli bakul tersebut.
Setelah melihat bapanya keluar, anak petani bertanya kepada ibunya, “Mengapakah
mahu menghalau datuk ?” “ Oh, tidak !” jawab ibunya yang ingin menyembunyikan
hal yang sebenar. “ Kami hanya membawa datuk ke tempat yang lebih baik kerana
kita tidak ada masa untuk menjaganya.”

“Ke manakah datuk hendak dibawa ?” tanya anaknya lagi. “ Jangan bertanya
kamu masih budak-budak,” kata ibunya. “ Lagipun tempat tersebut selamat.”

Pada petang itu, petani pulang dengan membawa sebuah bakul yang besar.
Sebaik sahaja menjelang senja, petani pun memasukkan bapanya ke dalam bakul
tersebut. ” Apakah yang kamu cuba lakukan ?” tanya orang tua yang berasa sangat
bimbang. “Ke manakah kamu ingin membawa aku ?” “Ayah, kami tidak boleh menjaga

3/SKBT4 TWU

ayah tetapi kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat, “ kata petani sambal
memikul bakul besar tersebut. “ Di sana ayah akan dijaga dengan baik.

Anak petani terlihat kejadian yang berlaku, tetapi dia masih tidak
memahami perkara itu. Petani pun berjalan pergi dengan Langkah yang berat.
Sebelum bayang-bayang petani hilang daripada penglihatan, anak petani
menjerit,”Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula. !” Petani kehairanan. Dia
berhenti sambil berkata, “Mengapa?” Anak petani berlari mendapatkan ayahnya.

“Ayah,” kata anak petani dengan termengah-mengah, “Apabila ayah tua
kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah.” Kaki petani menggigil dan
tidak boleh bergerak. Dia terdiam sebentar kemudian tunduk. Selepas beberapa
Ketika dia pun berkata kepada anaknya, “ Marilah kita pulang.”

Petani membawa bapanya pula semula ke rumah. Anaknya mengikutnya.
Moral : Ibu bapa menjadi contoh yang baik atau buruk kepada anak-anak.

4/SKBT4 TWU

5/SKBT4 TWU

Pada suatu hari, seekor kucing hutan keluar mencari makanan. Ia berjaya
menangkap makanan. Ia Berjaya menangkap seekor ayam lalu pulang. Ketika itu hari
sudah senja, tetapi rumahnya masih jauh lagi.

Kucing hutan merancang hendak bermalam di rumah sahabatnya, beruang
hitam. Beruang hitam tinggal berhampiran Kawasan tersebut. Setiba di rumah
beruang hitam, kucing hutan bertanya, “Bolehkah saya bermalam di rumah awak
mala mini ?”

Pada mulanya, beruang hitam tidak mahu membenarkan kucing hutan
bermalam di rumahnya. Kucing hutan merayu-rayu kepada beruang hitam. Akhirnya
beruang hitam bersetuju. Kucing hutan mendapati ada bebearapa ekor ayam di
dalam reban beruang hitam. Ayam-ayam itu sangat gemuk.

Apabila larut malam, kucing hutan bangun daripada tidur lalu makan ayam
yang dibawanya. Kemudian ia menyorokkan bulu- bulu ayam tersebut. “Enak
sungguh daging ayam itu!” kata kucing hutan.

Pada keesokan paginya, kucing hutan meminta diri untuk pulang ke rumah.
Sebelum pulang, ia berpura-pura hendak pergi mengambil ayamnya. Kemudian ia
berpura-pura terkejut apabila mendapati ayamnya tiada lagi. “Ayam aku telah
hilang , “ kata kucing hutan kepada beruang hitam.

Beruang hitam berasa kasihan kepada kucing hutan lalu berkata, “Ayam itu
hilang di rumah saya. Saya akan gantikan ayam tersebut.” Kucing hutan berasa
gembira kerana mendapat ayam beruang hitam. Pada petang esok, kucing hutan
lalu lagi di hadapan rumah beruang hitam. Ia membawa seekor ayam juga. Ia
bertanya kepada beruang hita,, “Bolehkah saya bermalam di rumah awak ?”

Pada mulanya, beruang hitam tidak mahu melayan kucing hutan seperti
malam sebelumnya. Akan tetapi kucing hutan merayu-rayu. Akhirnya beruang hitam
bersetuju dengan permintaan kucing hutan. Apabila larut malam, kucing hutan
bangun dari tidur dan makan ayam yang di bawanya.

Pada keesokan paginya, kucing hutan berpura-pura terperanjat lagi kerana
ayamnya telah hilang. Kucing hutan memberitahu beruang hitan yang ayamnya
telah hilang. Beruang hitam menggantikan ayamnya yang hilang itu.

Pada petang esok, kucing hutan datang lagi ke rumah beruang hitam dengan
membawa seekor ayam. Kali ini ia terus di jemput masuk ke rumah. Apabila tengah
malam, beruang hitam bangun dari tidur dan meninjau melalui tingkap. Ia
mendapati kucing hutan sedang makan ayam.

6/SKBT4 TWU

Pada keesokan paginya, kucing hutan berpura-pura terkejut apabila
mendapati ayamnya telah hilang. Beruang berkata, “Baguslah, pergi dan pilih ayam
yang ada di dalam raban saya itu. “Terima kasih, kata kucing hutan. Ia berasa
gembira kerana dapat mengambil ayam yang paling besar.

Kucing hutan pun pergi menangkap ayam. Tiba-tiba beruang hitam
menangkap kucing hutan lalu berkata, “Sekarang saya hendak berikan kamu ayam
yang paling besar.” Kucing hutan sangat takut. “ Habislah aku kali ini, “ katanya.
Kemudian beruang hitam melempar kucing hutan keluar dari rumahnya. Kucing
hutan terjatuh lalu pengsan.
Moral : Jangan sekali-kali menipu sahabat.

7/SKBT4 TWU

8/SKBT4 TWU

Serigala dan rubah keluar mencari makanan. Tidak berapa lama kemudian,
mereka menjumpai seketul daging. “Hei, mari kita makan daging itu !” kata serigala.
“Tidak boleh,” jawab rubah. “Lihat orang lalu-lalang di sini. Tentu kita akan dibunuh
mereka. Biarlah kita lapar asalkan selamat.

“Jadi kita biarkan daging itu di situ?” kata serigala. “Bukan begitu. Kita
bawa daging itu ke tempat yang lebih selamat,” jawab rubah. “Kita boleh makan
daging itu sepuas-puasnya.” Rubah menggigit daging itu lalu berlari ke puncak
bukit. Ia diikuti serigala. “Marilah kita bahagi dua daging ini, “ kata serigala. “Tak
usah, daging ini terlalu kecil untuk dibahagi dua, “kata rubah. “Salah seekor
daripada kita sahaja yang dapat makan daging ini.

“ Kalau begitu berilah kepada aku, “ Kata serigala. “ Tunggu dahulu,” kata
rubah sambil mencari helah. “Siapa yang lebih tua akan makan daging ini.” “ Aku
yang lebih tua daripada kamu,” kata serigala. “ Apakah bukti yang kamu lebih tua?”
tanya rubah. “Sebenarnya aku sangat tua,” serigala memulakan ceritanya. “Ketika
aku dilahirkan bukit ini lebih rendah daripada tanah paya dan lautan pula lebih kecil
daripada kolam.” Rubah mendengar cerita itu. Tiba-tiba ia menangis kerana
terpedaya dengan tipu helahnya.

“Mengapakah kamu menangis?” tanya serigala kepada rubah. “Mengapakah
tiba-tiba kamu bersedih?” “ Aku bersedih mendengar cerita kamu, “ kata rubah. “
Cerita kamu ini mengingatkan aku kepada anak sulungku yang telah meninggal. I
asana tua dengan kamu kerana lahir pada tahun yang sama dengan kamu. Selepas
berkata demikian, rubah mengambil daging itu lalu makan dengan gelojoh. Serigala
baru menyedari yang ia tertipu oleh rubah. Ia melihat sahaja rubah makan daging
itu. Ia berasa kecewa lalu pergi dari situ.

Moral : Jika kamu fikir kamu yang bijak, ada lagi orang yang lebih bijak.

9/SKBT4 TWU

10/SKBT4 TWU

Pada zaman dahulu, tidak ada seekor keldai pun di Guizhou. Pada suatu hari,
seorang penduduk membawa pulang seekor keladai di Guizhou. Dia melepaskan
keldainya untuk meragut rumput di lereng gunung.

“ Tinggallah kamu di sini, “ kata orang itu. “ Aku harap kamu suka akan
tempat ini.” Keldai mula tinggal di tempat yang baharu. Ia berasa selesa tinggal di
situ. Pada suatu hari, seekor harimau terlihat keldai yang sedang meragut rumput
itu. Selama ini harimau yang tinggal di Kawasan pergunungan itu tidak pernah
melihat keldai. Harimau bersembunyi di dalam hutan sambil mengintip keldai dari
jauh.

“Binatang apakah ini?” kata harimau dengan perasaan takut. Tiba-tiba keldai
melenguh. Bunyi itu menakutkan harimau. Harimau fikir keldai akan datang
menangkap dan makannya. Ia pun melarikan diri. “Nasib baik aku berada jauh
darinya, “ Kata harimau. “Jika tidak pasti aku ditangkapnya.”

Setelah berlari seketika, harimau menoleh ke belakang. Ia mendapati keldai
tidak pula mengejarnya. Ia pun pergi semula ke tempat keldai tetapi dengan
berhati-hati. “Aku mahu lihat apa sebenarnya, “ kata harimau. Harimau pergi
semakin hamper dengan keldai. Keldai sedang meragut rumput. Harimau mula
berfikir keldai tidak begitu berbahaya. Ia pun memberanikan diri lalu
menghampiri keldai lagi.

Harimau sampai ke tempat keldai. Ia cuba menghantuk kepalanya pada
keldai. Tangannya menepuk badan keldai. Keldai berasa marah dengan perbuatan
harimau. Ia terus menendang harimau tetapi tidak mengenainya. Kemudian keldai
meragut rumput semula. Tidak ada tanda-tanda yang ia berasa marah.

“Eh, itu sahaja yang dapat dilakukan oleh binatang ini !” kata harimau. “ Aku
ingat ia sangat kuat. Aku telah tertipu dengan rupanya.” Harimau pun menerkam
keldai . Ia membunuh keldai lalu makan dengan gelojoh.

Moral : Jika sanggup membuat kajian atas sesuatu perkara, kamu akan
mendapat banyak pengetahuan tentang perkara itu.

11/SKBT4 TWU

12/SKBT4 TWU


Click to View FlipBook Version