ALAT-ALAT MUZIK
TRADISIONAL
NAMA : QISHA QAISARA BINTI KHAIRUL AZWAN
KELAS : 4 DINAMIK
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN MUZIK
NAMA GURU : PN. HANIZA BINTI KAMIS
ISI KANDUNGAN
➢ AUTOBIOGRAFI
➢ PENGENALAN
➢ SENARAI ALAT-ALAT MUZIK TRADISIONAL
➢ PENERANGAN ALAT MUZIK
➢ REFLEKSI
AUTOBIOGRAFI
NAMA MURID : QISHA QAISARA BINTI KHAIRUL AZWAN
UMUR : 10 TAHUN
NO. MYKID : 101002-12-0376
T. LAHIR : 02/10/2010
BANGSA : MELAYU
SENARAI ALAT-ALAT MUZIK
1. GONG
2. KOMPANG
3. KULINTANGAN
4. SOMPOTON
5. SUNDATANG
6. GAMBUS
7. REBAB
NAMA:
Gong merupakan sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia
Selatan dan Asia Tenggara. Gong merupakan alatan penting yang
berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam essemble persembahan
muzik gamelan.
DIPERBUAT:
Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara penbuatannya adalah sukar
dan memerlukan kos yang agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia,
terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai 'shallow rims' dan 'small
boss'.
FUNGSI:
Gong banyak digunakan dalam upacara-upacara masyarakat Dayak
terutamanya semasa Perayaan Hari Gawai, Majlis Perkahwinan dan juga
semasa kecemasan. Tarian ngajat misalnya menggunakan gong sebagai
alat muzik utama. Pada zaman dahulu gong merupakan harta yang sangat
berharga bagi masyarakat Iban di Sarawak.
NAMA:
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional gegendang bagi
masyarakat Melayu.
DIPERBUAT:
Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun
mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah
sintetik.
FUNGSI:
Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak
tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak
tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah
kompang dengan jari tangan yang terbuka. Cara memalu kompang ialah
dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan
mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri
dan upacara-upacara tradisi lain.
NAMA:
Kulintangan dikategorikan sebagai alat muzik Idiofon.Ia merupakan alat
muzik dalam keluarga gong yang mempunyai kaitan
dengan Kulintangan yang dimainkan di Pulau Mindanao,Selatan Filipina.
DIPERBUAT:
Alat ini diperbuat daripada logam gangsa.
FUNGSI:
Kulintangan dipersembahkan untuk mengiringi tarian seperti tarian
kaum Kadazan iaitu Sumazau,Limbai,Silat dan Tingkad-tingkad.
NAMA:
Sompoton adalah sejenis alat muzik tiupan dalam kategori Erofon.Ia
dikatakan berasal dari negeri Sabah.
DIPERBUAT:
Sompoton diperbuat daripada labu kering dan paip buluh.Sebanyak
lapan batang paip buluh diikat bersama di dalam dua barisan iaitu
empat batang paip buluh bagi setiap baris dan dimasukkan ke dalam
sebuah labu yang dikeringkan.Setiap paip buluh tersebut mempunyai
nama-namanya yang tersendiri.
FUNGSI:
Sompoton adalah salah satu alat muzik yang digunakan untuk
mengiringi tarian suku kaum Kadazan iaitu Tarian Sumazau.
NAMA:
Sundatang dikategorikan sebagai alat Kordofon.Ia popular di
kalangan kaum pribumi di negeari Sabah.
DIPERBUAT:
Sundatang diperbuat daripada kayu keras seperti kayu nangka.Ia
berukuran lebih kurang tiga kaki panjang. Tali-tali lat ini diperbuat
daripada urat palma atau dawai loyang.
FUNGSI:
Badannya berfungsi sebagai penyalun bunyi.
NAMA:
Gambus atau qanbūs (Bahasa Arab: القنبوسialah sejenis lut (kecapi) berleher
pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab.
DIPERBUAT:
. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan
sejenis alat muzik bertali tradisional di Malaysia. Sachs berpendapat
nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud. Terdapat 12
tali (sekarang nylon) yang dipetik menggunakan plektrum, seperti gitar.
FUNGSI:
Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga
gambus yang mempunyai 12 tali.
NAMA:
Rebab merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab
menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab
dianggap merupakan keluarga kecapi.
DIPERBUAT:
Badan rebab lazimnya dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk
badannya lebar di bahagian atas dan tirus ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat
daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada
sebelah kiri dadanya dipanggil "susu". Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi
melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada
bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung'. Lehernya memanjang ke
bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu
diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan
boleh diubah kedudukannya. Busurnya dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali
penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
FUNGSI:
Rebab banyak digunakan dalam muzik di Afghanistan. Selain itu, rebab juga
digunakan gamelan dan muzik mengiringi Mak Yong, Main Puteri, dan Selampit
di Malaysia dan Indonesia.
REFLEKSI
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan folio Pendidikan Muzik
yang bertajuk Alat-alat Muzik Tradisional. Saya berbesar hati dan merasa sangat gembira
kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan
berlaku jika guru, ibu bapa serta rakan sekelas tidak memberi dorongan dan galakan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan tugasan sangat menarik kerana saya tidak menyangka
dapat menyiapkan tugasan ini walaupun hanya belajar dari rumah sahaja. Terdapat juga
kekangan untuk mencari bahan-bahan pada awalnya kerana hanya menggunakan buku
teks sahaja. Namun, dengan adanya kemudahan internet, saya dapat menyiapkan tugasan
ini dengan baik dan mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh guru. Dengan tugasan ini
juga, saya dapat mengetahui dengan lebih banyak lagi alat-alat muzik tradisional yang
terdapat di negara kita. Jika sebelum in, saya hanya mengenali kulintangan dan seruling,
tetapi selepas membuat beberapa rujukan, saya mendapati terdapat lebih banyak lagi alat-
alat muzik tradisional yang jarang dilihat dan didengari sebenarnya.
Secara keseluruhannya, folio ini telah memberikan banyak faedah dan pengetahuan
kepada saya dan seterusnya memupuk minat saya di bidang kesenian. Saya juga
merasakan tugasan ini sangat perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang
tidak melupakan warisan dan tradisi nenek moyang kita.
Sekian, terima kasih.