The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00353831, 2021-08-14 05:35:45

FOLIO SEJARAH KAJIAN KES

PERAYAAN DI MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PRISTANA

FOLIO KAJIAN KES

TAJUK:
PERAYAAN DI MALAYSIA

Disediakan oleh:
IRDINA BALQIS BINTI KHAIROL ANUAR

Kelas:
6 UIAM

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN
2. PERNYATAAN MASALAH
3. OBJEKTIF KAJIAN
4. KAEDAH KAJIAN
5. HASIL KAJIAN
6. KESIMPULAN
7. RUJUKAN

PENDAHULUAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur ke
hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat juga saya
siapkan Kajian Kes Sejarah Tahun 6 yang bertajuk :

“Perayaan di Malaysia” .

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kita
meraikan pelbagai perayaan pada setiap tahun. Kita patut berasa
bangga dengan pelbagai keunikan yang ada di negara kita. Oleh itu,
setiap orang perlu memahami tentang sambutan perayaan
masyarakat di Malaysia dan kepentingan menghargai warisan
kebudayaan kita.

PERNYATAAN MASALAH

֎ Perayaan di Malaysia disambut dengan meriah. Ada perayaan

disambut untuk memenuhi tuntutan agama, memperingati
peristiwa penting atau mengekalkan budaya yang diwarisi.
Setiap orang perlu mengetahui dan memahami perayaan
masyarakat Malaysia untuk memupuk perpaduan dan
mewujudkan suasana harmoni.

֎ Adakah anda benar-benar mengetahui dan memahami

tentang perayaan masyarakat di Malaysia ? Buktikan.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui tentang perayaan masyarakat Malaysia.
2. Menerangkan tentang perayaan masyarakat Malaysia.
3. Membuat penilaian tentang perayaan Masyarakat

Malaysia.

KAEDAH KAJIAN

1. TEMUBUAL
● Saya telah menemubual ibu saya untuk mendapatkan
maklumat tentang sambutan perayaan masyarakat Malaysia.

2. PEMERHATIAN
● Saya juga telah melihat dan memerhati amalan sambutan
perayaan dalam keluarga saya untuk mendapatkan maklumat.

3. ANALISIS DOKUMEN
(Gambar SambutanPerayaan)
● Selain itu, saya telah meneliti gambar sambutan perayaan
untuk mendapatkan maklumat yang sesuai.

HASIL KAJIAN (1)

PERAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA.

Hari Raya Aidilfitri

Tahun Baru Cina PERAYAAN Deepavali
DI

MALAYSIA

Hari Krismas

HASIL KAJIAN (2)

PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan
penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula
dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan
umat islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang
terawih pada sebelah malamnya. Zakat fitrah wajib dikeluarkan
sebelum 1 syawal di mana Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya
disambut dengan penuh kesyukuran. Umat Islam saling bermaaf-
maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang
berkunjung.

Membakar Bersalaman
lemang

Jamuan makanan

Bermain bunga api

PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Tahun Baharu Cina merupakan perayaan disambut oleh
masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun
baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang
yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab,
naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.
Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.
Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul beramai-
ramai untuk makan bersama.Tujuannya adalah untuk mengeratkan
jalinan hubungan sesama keluarga. Ahli kelurga yang telah be-
rumahtangga akan memberi 'Angpau' kepada saudara mara dan sa-
habat yang belum berumahtangga. 'Angpau' membawa pengertian
kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna
merah dan diisi dengan sejumlah wang. Buah limau mandarin dan
kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa merayakan
Tahun Baru Cina.

PERAYAAN HARI KRISMAS

Hari Krismas dirayakan oleh penganut Kristian pada 25 hb
Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ. Sambutan
Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang
dengan lampu berwarna warni. Bungkusan-bungkusan hadiah akan
diletakkan di bawah pokok untuk dibuka pada hari tersebut.
Christmas Carol dinyanyikan di rumah-rumah penganut Kristian oleh
kumpulan koir yang diundang. Tuan rumah akan memberi derma
kepada kumpulan koir tersebut kerana persembahannya. Pada
malam tersebut, mereka bergembira dengan menyanyi dan menari.
Kanak-kanak tidak digalakkan mengikut mereka sebaliknya disuruh
tidur kerana semasa mereka tidur, mereka percaya Santa Claus akan
datang membawa hadiah kepada mereka. Sepertimana perayaan
masyarakat lain, pada pagi hari Krismas mereka akan mengunjungi
gereja-gereja untuk upacara sembahyang.

PERAYAAN HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan
pada bulan gelap bernama 'Aippasi’ pada bulan Oktober dan
November. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan
memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi
kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi
kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. Di pagi hari,
masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka
bersembahyang di rumah atau dikuil-kuil. Selepas bersembahyang,
mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Kebiasaannya,
surirumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan
membawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara-mara
mereka. Di kebanyakan rumah, ‘Rangoli’ iaitu lukisan yang dibuat
daripada tepung beras berwarna-warni akan menyambut tetamu di
hadapan rumah.

HASIL KAJIAN (3)

Perayaan yang Disambut untuk
dirayakan adalah mengingati
peristiwa-
mengikut peristiwa
pegangan agama tertentu

yang dianuti

Tujuan
Sambutan
Perayaan di
Malaysia

Meneruskan
tradisi perayaan
yang disambut
oleh masyarakat

terdahulu

HASIL KAJIAN (4)

PERBEZAAN AMALAN PERAYAAN DAHULU DAN KINI:

Dahulu:
1. Ucapan raya ditulis pada kad dan dihantar melalui pos
semasa Aidilfitri.
2. Makan Besar di rumah pada Tahun Baru Cina
3. Ranggali dihasilkan dengan tepung semasa Perayaan
Deepavali

Sekarang:
1. Ucapan dihantar menerusi media sosial sewaktu Aidilfitri.
2. Makan Besar di restoren semasa Tahun Baru Cina
3. Ranggali dihasilkan dengan beras atau hampas kelapa yang
berwarna-warni semasa Perayaan Deepavali

HASIL KAJIAN (5)

KEUNIKAN SAMBUTAN PERAYAAN
MASYARAKAT MALAYSIA:

1. Setiap perayaan disambut oleh semua masyarakat tanpa
mengira budaya dan agama

2. Tradisi pulang ke kampung pada hari perayaan
3. Kepelbagaian juadah tradisional pada pagi perayaan
4. Amalan kunjung mengunjung

HASIL KAJIAN (6)

KEPENTINGAN MENGHARGAI WARISAN
PERAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA:

1. Melambangkan keistimewaaan budaya kita sebagai
sebahagian identiti negara

2. Menzahirkan semangat kekitaan dan mengeratkan
silaturahim

3. Mempamerkan sikap mesra dan keprihatinan masyarakat

KESIMPULAN

Perayaan yang disambut oleh masyarakat kita pada hari ini masih
mengekalkan budaya dan adat resam yang diwarisi sejak dahulu lagi.

Oleh itu, kita perlu memupuk nilai-nilai murni dan saling menghormati
antara satu sama lain.

Harapan saya agar kita terus mengeratkan perpaduan antara kaum
yang menjadi tunjang keamanan negara

RUJUKAN

1. Buku Teks Sejarah Tahun 6
2. Orang Sumber (Ahli keluarga)
3. Laman Web:

- Wikipedia ( untuk mencari maklumat )
- Google ( untuk mencari gambar )


Click to View FlipBook Version