SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN JAYA
SEJARAH TAHUN 4
PAHLAWAN
MELAYU TOKOH
TERBILANG
DISEDIAKAN OLEH :
AHMAD HARIS ASHRAF
AHMED AL AQEEF
AMIR FAHMI
ALIF MUKHRIZ
HAMDI HADIF
-4 SRI LANANG-
-
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Penghargaan 1
Objektif kajian 2-3
Kaedah kajian 4
Pengenalan 5
Kenali pahlawan melayu 6-7
Mat Kilau 8-9
Tok Janggut 10-12
Hj Abdul Rahman Limbong 13-15
Dato’ Bahaman 16-19
Tok Gajah 20-23
Kesimpulan 24
PENGHARGAAN
Buku skrap ini dibuat bertujuan
untuk mengetahui dan mengenali
tokoh pahlawan melayu.
Kami ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada Ustazah Fatimah binti
Zainal Abidin di atas tunjuk ajar
yang diberikan di dalam mata
pelajaran Sejarah ini.
Di samping itu,terima kasih kepada
seluruh ahli keluarga kami yang ber
susah payah untuk menyumbang
idea untuk sama- sama menyiapkan
tugasan ini.
1
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif yang ingin
kami capai semasa membuat kajian
ini.Di antara objktif tersebut ialah:-
1. Menyatakan biodata tokoh
terbilang.
2. Menyatakan maksud tokoh
terbilang di Tanah Melayu.
4. Mengenali tokoh terbilang di
Tanah Melayu.
5. Mengenalpasti peranan dan bukti
sumbangan tokoh terbilang.
2
OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini juga
kami dapat menanamkan
sifat sabar dan
bertanggungjawab ketika
proses mendapatkan
maklumat.
Kajian ini akan dapat
memupuk perasaan bangga
menjadi rakyat Malaysia
kerana negara Malaysia
mempunyai pelbagai
peninggalan
sejarah untuk diketahui dan
dipelajari.
3
KAEDAH KAJIAN
Kami telah menggunakan kaedah
rujukan dan penyelidikan untuk
melaksanakan Buku Skrap Sejarah
ini.
Melalui kaedah ini, kami memperoleh
maklumat yang telah diolah dan
ditafsir serta dikemaskini oleh
pakar-pakar yang berkenaan.
Untuk menjalankan kaedah ini,
kami juga telah melayari internet
berkali-kali untuk merujuk pelbagai
laman sesawang.kami juga telah
menggunakan buku teks Sejarah
Tahun 4 sebagai panduan.
4
PENGENALAN
Tokoh terbilang ialah tokoh
yang mempunyai keistimewaan
dan memberikan sumbangan
kepada kegemilangan sesebuah
negara dan bangsa.
Sumbangannya dikenang
sepanjang zaman.
Pahlawan ialah rang yang
gagah dan berani, pejuang yang
perwira tanah air;kepahlawanan
perihal gagah berani (berani
berjuang dan lain-lain,
Keberanian dan keperwiraan.
5
KENALI TOKOH TERBILANG
Tanah melayu mempunyai tokoh
terbilang yang dihormati dalam
masyarakat melayu dan memainkan
peranan penting sebelum mencapai
kemerdekaan.
Sebelum mencapai kemerdekaan,
Tanah Melayu telah dijajah oleh pihak
British.
Tokoh terbilang pada zaman
kesultanan melayu ialah Mat Kilau,
Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Haji
Abdul Rahman Limbong, Tok Gajah,
dan ramai lagi tokoh pejuang yang
mempertahankan tanah melayu.
Mereka adalah tokoh terbilang yang
amat disegani
Kita perlu menghargai jasa-jasa
mereka yang telah berkorban nyawa
dan harta demi mempertahankan
tanah melayu dari dijajah oleh pihak
British.
6
KENALI TOKOH TERBILANG
Ciri-ciri Tokoh Terbilang;
❑ BOLEH DICONTOHI
❑ BERPENGARUH
❑ DIHORMATI DAN
DISEGANI
❑ AMANAH DAN
BERWIBAWA
7
KENALI TOKOH TERBILANG
MAT KILAU
8
KENALI TOKOH TERBILANG
MAT KILAU
Nama sebenar
Mat Kilau bin Imam Rasu
Nama lain
Mohammad bin Ibrahim@Mat Siam
Tahun dan tempat kelahiran
1865 atau 1866
Kampong Pulau Tawar ,Jerantut Pahang Tanah
Melayu.
Nama isteri
Ajrah binti Bakar (Mak Besar)
Nama ibu bapa
Tok Gajah dan Teh Mahda Tok
Kaut
Sumbangan
Penentangan terhadap campur tangan British di
Pahang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang
ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau.
Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea
Mat Kilau.[penjelasan lebih lanjut diperlukan] Beliau
dikatakan suka bergaul dengan setiap lapisan
masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat
kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau
dikatakan sebagai seorang yang jujur dan tegas,
justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi
oleh pengikut-pengikutnya. Antara pengikut Mat
Kilau yang diketahui namanya ialah Pawang Nong,
Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang
(Imam) dan Mat Tahir.[6]
9
KENALI TOKOH TERBILANG
TOK JANGGUT
10
KENALI TOKOH TERBILANG
TOK JANGGUT
Nama sebenar
Haji Mat Hasaan bin Munas
Gelaran
Dikenali Tok Janggut kerana memelihara
janggut hingga ke paras dada
Tahun dan tempat kelahiran
1853
Kampung Saring, Daerah Jeram Pasir
Puteh Kelantan
Pekerjaan
Petani dan peniaga. Beliau menetap di
Kampung Nering Kelantan
Pendidikan
Mendapat Pendidikan awal di Kelantan
dan melanjutkan pelajaran di Mekah.
Beliau mahir dalam pelbagai ilmu
termasuklah ilmu persilatan
Salasilah keturunan
Beliau ada pertalian darah dengan Sultan
Muhammad IV di mana bonda baginda
adalah adik beradik kepada ayah atau ibu
Tok Janggutdan ada juga menyatakan
bahawa Tok Janggut adalah anak murid
Tok Ku Paloh
11
KENALI TOKOH TERBILANG
TOK JANGGUT
Faktor
Penentangan
Selepas perjanjian British-siam pada
tahun 1909 an, pihak British
mengambil alih pemerintahan negeri
Kelantan daripada siam dan mula
membawa pelbagai perubahan
khususnya dari sudut pentadbiran.
Perubahan yang dibawa telah
menyentuh isu keistimewaan
tradisional negeri Kelantan
Antara isu sensitif yang dibawa oleh
penjajah British adalah:
a) British memperkenalkan peraturan
cukai tanah yang mewajibkan petani
membayar cukai tanah pada tahun
1915 an.
12
KENALI TOKOH TERBILANG
HJ ABDUL RAHMAN
LIMBONG
13
KENALI TOKOH TERBILANG
HJ ABDUL RAHMAN LIMBONG
Nama sebenar
Haji Abdul Rahman bin haji Abdul Hamid
bin haji Abdul Qadir
Gelaran
Gelaran Limbong digunakan kerana
beliau bertugas sebagai seorang guru
agama di Kampung Limbong,Chukai
Kemaman. Ada juga pendapat gelaran
Limbong disebabkan beliau sering
mengunjungi kawasan Kampung Limbong
tersebut.
Tahun kelahiran
1285 H/1868 M dan meninggal dunia di
Mekah 1347 H/1929M
Pendidikan
Mendapat Pendidikan asas ilmu-ilmu
islam sejak kecil di mekah. Gurunya ialah
Haji Tun Muhammad salah seorang ayah
saudaranya. Ketika pulang ke
Terengganu beliau mendapat pendidkan
asas dari Haji Ya’qub dan Haji Musa yang
tinggal di Paya Bunga. Haji Abdul Rahman
Limbong juga seperti gurunya Tok Ku
Paloh, adalah seorang pengamal Tarikat
Sammaniyah.
Salasilah keturunan
Datuk neneknya berasal dari Patani dan
Terengganu.
14
KENALI TOKOH TERBILANG
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
Haji Abdul Rahman Limbong dikenali sebagai
“Kebangkitan Tani” kerana perjuangannya membela
nasib petani yang ditindas. Dalam tahun 1920-an,
Inggeris bercampur tangan untuk mentadbir tanah di
lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap
ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai
oleh penjajah Inggeris.
Sungguhpun beliau seorang ahli sufi, akan tetapi
beliau juga bijaksana dalam selok-belok persoalan
dunia. Beliau ialah seorang sufi yang pernah menjadi
peguam. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan
lantaran betapa banyak kalinya beliau berhujah di
mahkamah demi membela rakyat yang disaman oleh
pihak pemerintah Inggeris.
Haji Abdul Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di
mahkamah meyatakan bahawa tanah yang dibuka oleh
rakyat itu ialah hak Allah, bukannya hak negeri dan
ialah tanah pusaka peninggalan orang-orang tua
mereka yang datang dari Johor bersama-sama dengan
Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang
pertama.
Zaman dulu dan zaman sekarang sama saja, bahawa
orang yang tidak berpihak kepada kebenaran
menyangka yang menang itulah yang benar. Yang
kalah itulah disangkanya salah. Sejarah dunia selalu
saja mencatat bahawa penyelewengan dan
pengkhianat sesuatu bangsa atau pun agama apabila
dalam perjuangan selalu berpihak kepada musuh.
Tetapi apabila keadaan telah aman, mereka pula yang
mengaku dirinya sebagai pejuang bangsa atau pun
pejuang agama.
Sepanjang tahun 1920 hingga tahun 1928 terjadi
gerakan Haji Abdul Rahman Limbong dan rakyat tani
di Hulu Terengganu menentang Inggeris. Perjuangan
Haji Abdul Rahman Limbong dan beribu-ribu
pengikutnya adalah wajar dan sah dari segi undang-
undang dunia. Apatah lagi ditinjau dari pandangan
Islam yang mewajibkan kita berjihad apabila kita
dijajah oleh orang-orang yang bukan Islam.
15
KENALI TOKOH TERBILANG
DATO’ BAHAMAN
16
KENALI TOKOH TERBILANG
DATO BAHAMAN
Nama sebenar
Abdul Rahman bin Imam Noh
Anugerah
Dianugerah gelaran Orang kaya Dato’
Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Diberikan anugerah kerana kegagahan
dan keberanian beliau dalam perang
saudara di Pahang dan Perang Klang di
Selangor. Dilantik sebagai pembesar
temerloh setelah kematian orang kaya
Indera Segara. Dato ‘ Bahaman tidak
mengiktirifkan pemerintahan British di
Pahang.
Salasilah keturunan
Dato' Bahaman dilahirkan pada 1838.
Beliau ialah anak lelaki kepada Tuanku
Imam Nuh yang berasal dari
Bangkinang, Kampar, Sumatera. Dato'
Bahaman dikatakan pernah menjadi anak
angkat kepada Tun Ali, yang
kemudiannya menjadi Bendahara Pahang,
dan menjadi rakan sepermainan
kepada Tun Ahmad (yang kemudiannya
menjadi Sultan) semasa zaman kanak-
kanak. Dato' Bahaman mengangkat
sumpah kesetiaan terhadap Sultan
Ahmad semasa baginda menaiki takhta
pada 1881, dan beliau terus menabur
bakti kepada tanah airnya.
17
KENALI TOKOH TERBILANG
DATO’ BAHAMAN
FAKTOR PENENTANGAN
Dato' Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang
Orang Besar Berlapan dan dianugerahkan dengan gelaran
Dato' Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau
telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai
panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan
adinda baginda Wan Mutahir serta meminpin pasukan
Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang
saudara di Klang, Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato'
Bahaman telah dilantik oleh Sultan Ahmad sebagai Orang
Kaya Temerloh. Dengan Pangkat Tersebut, kedudukan
Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar
Berempat dan seringkali diajak berunding dengan baginda
Sultan Ahmad. Punca Utama perang semantan adalah
ketidakpuasan hati orang-orang Besar Pahang terhadap
campur tangan British ke atas kawasan mereka.
Ketegangan ini bermula pada bulan Disember 1890 ketika
E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk
Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa
sebarang perundingan dengannya. Apabila Hugh Clifford,
Pemangku Resident British Pahang, mengahtaui hal
tersebut , Beliau menasihatkan Sultan dan baginda
kemudian menitahkan Dato' Bahaman supaya pergi ke
Pekan agar perkara ini dapat disiasat.
Oleh sebab Dato' Bahaman enggan ke Pekan, Sultan
mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat
dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan. Tindakan itu
menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan menyebabkan
beliau dan pengikut-pengikutnya menyerang herdap C.E.M
Deaborough di Sungai Semantan pada 15 Disember 1891
ketika beliau menyangka Desborought datang untuk
menangkapnya.
Dalam serangan tiba-tiba itu, Pihak Desborought telah
kalah dan mereka melarikan diri ke Bandar Temerloh.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, Pegawai-
pegawai British Pahang menyediakan tentera untuk
melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran itu
pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh
Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi
yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman.
Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British
dengan Dato' Bahaman tetapi pihak British sekali lagi
ditewaskan.
18
KENALI TOKOH TERBILANG
DATO’ BAHAMAN
FAKTOR PENENTANGAN
Hilang Hak Mengutip Cukai
Dato' Bahaman menentang sekeras-kerasnya
tindakan British yang sesuka hati melantik E.A.
Wise sebagai Pegawai Majistret pemungut
hasil di Daerah Temerloh, Pahang. Dato'
Bahaman juga dilarang mengutip cukai di
daerah kekuasaannya iaitu Temerloh
Pembinaan Balai Polis
Selain itu, Pegawai British itu juga mendirikan
Balai Polis di Lubuk Terua tanpa berunding
terlebih dahulu dengan Dato' Bahaman. Hal ini
menyebabkan konflik di antara dua pihak ini
menjadi semakin serius dan berlaku banyak
perselisihan faham antara mereka. Selain itu,
Dato' Bahaman juga menganggap tindakan
British agak tidak kurang ajar kerana
menceroboh kawasan pegangannya tanpa
berunding sama sekali dengan beliau.
Tindakan tersebut juga menyebabkan
kedudukan beliau agak terancam.
Perlucutan Jawatan
Pihak British memaksa Sultan Ahmad untuk
melucutkan gelaran 'Dato Setia Perkasa
Pahlawan Semantan'. Hugh Clifford iaitu salah
seorang wakil British memberikan alasan Dato'
Bahaman ialah seorang penderhaka. Akan
tetapi kenyataan yang sebenarnya berkaitan
perlucutan itu ialah kerana Dato' Bahaman
enggan mematuhi arahan British. Tindakan
British itu memalukan beliau dan Dato'
Bahaman bersumpah akan menghalau British
dari Pahang.
19
KENALI TOKOH TERBILANG
TOK GAJAH
20
KENALI TOKOH TERBILANG
TOK GAJAH
Nama sebenar
Rasu abdul Salam bin Shahrum
Gelaran
Orang Kaya Indera Gajah
Pahang
.
21
KENALI TOKOH TERBILANG
TOK GAJAH
Latar belakang
Rasu Abdul Salam bin Shahrom atau juga
dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan
Imam Perang Rasu ialah Orang Besar
Raja Pahang dengan gelarannya ialah Imam
Perang Indera Elephant Pahang (setara dengan
Orang Besar Berempat dan Orang Besar
Berlapan - bergajah tunggal). Beliau juga
merupakan penasihat utama Sultan Ahmad
Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala
hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu
kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau
Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja
yang berkuasa dari kawasan Batu
Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan
dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan
dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan
juga Lembahan Sungai Budu di Lipis.
Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar
Empat dan Orang Besar Berlapan di Pahang.
Beliau juga merupakan antara ketua pasukan
Pejuang dalam penentangan terhadap
penjajah British bersama Dato' Bahaman dan
pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin
oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah
sanggup menghadapi askar-askar British yang
lengkap bersenjata ketika bertindak
menghalau penjajah British yang hendak
merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok
Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau,
pahlawan Melayu Pahang. Manakala, isterinya
bernama Teh Mahda iaitu anak kepada Tok
Kaut Burau.
22
KENALI TOKOH TERBILANG
TOK GAJAH
Latar belakang
Bersama-sama dengan Dato'
Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau,
Tok Gajah merupakan salah seorang
pahlawan yang terlibat dalam
mematahkan
pemberontakan Pahang antara
tahun 1891 hingga tahun 1895.
Bersama dengan Wan Lingga, Tok
Gajah telah diarahkan
oleh Bendahara Che Wan Ahmad Yazlan
untuk menyerang Maharaja
Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini
disebabkan perselisihan antara
Maharaja Perba dengan Bendahara.
Beliau pernah diutuskan
ke Singapura bagi mendapatkan
khidmat peguam sebagai penasihat
Sultan Ahmad. Pada tahun 1892, pihak
British mengeluarkan perintah tangkap
ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau
menyelamatkan diri ke Ulu
Kelantan dan kemudian ke Hulu
Terengganu sebelum meninggal dunia
pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah
terletak di Kampung Pasir
Nering, Kuala Berang, Hulu
Terengganu, Terengganu Darul Iman.
23
KESIMPULAN
Kesimpulannya kami mendapat banyak
faedah daripada tugasan ini.
Kami belajar lebih dalam untuk
memahami kehebatan tokoh-tokoh
terbilang yang ada di Malaysia.
Pada pendapat kami,kita perlu
menghargai segala pengorban yang telah
dilalui oleh pahlawan-pahlawan melayu
demi mempertahankan tanah melayu
dari terus dijajah oleh pihak British.
Kami bersyukur kerna negara kita
telah mencapai kemerdekaan hasil
daripada pengorbanan pahlawan –
pahlawan negara kita.
Kami juga dapat mengetahui latar
belakang pahlawan – pahlawan melayu
dan mengapa mereka menentang pihak
British.
Sekian terima kasih.
24