MPU 21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO
SUKAN DAN PERPADUAN
PENSYARAH : DR MAHNESSA BINTI A.KADIR
SESI 1 : 2021/2022
NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD NURAIMAN BIN AMRAN 23DKM19F1038
DHARSHINI A/P SARAVANAN 23DKM19F1051
NORAISHAH BINTI AZALI 23DKM19F1037
NUR ZAYANI IZWA BINTI ZULKIFLI 23DKM19F1056
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENGENALAN 3-4
2 MAKSUD SUKAN 5
3 MAKSUD PERPADUAN 5
4 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN 6
5 CONTOH - CONTOH SUKAN 7
6 TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN 7-9
PENCAPAIAN YANG DICAPAI 10
7 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM
PERPADUAN
8 USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK MEMUPUK 10
SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN
MURID
9 IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM 11
10 PERANAN SUKAN DALAM 12 - 16
MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
11 SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI 17 - 18
12 PENDIDIKAN 19
13 KESIMPULAN 20
14 RUJUKAN 21
PENGENALAN
Sukan ialah suatu aktiviti riadah yang paling sesuai dilakukan
oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita ini. Di negara Malaysia
ini terdapat pelbagai jenis sukan dari pelbagai jenis kaum seperti kaum
Melayu, Cina dan India. Antara permainan kaum melayu ialah
Congkak yang merupakan sejenis permainan tradisi yang sering
dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau dalam pertandingan.
Seterusnya,antara permainan kaum cina pula ialah Yo-Yo Cina
atau dikenali sebagai Diabolo. Permainan ini mempunyai dua cakera
yang sama saiz dihubungkan oleh gandar yang panjang dan akan
berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu yang kecil.Selain
itu, permainan Xiang Oi iatu permainan papan cina yang dimainkan
oleh dua orang pemain.Permainan yang terakhir dari kaum cina ini
adalah Go.Go adalah sebuah permainan berpapan berstrategi untuk dua
orang pemain. Akhir sekali,antara permainan yang sering dimainkan
oleh kaum india ialah Karom di mana permainan karom ini menjadikan
aktiviti harian bila-bila masa sahaja bagi mengisi masa lapang yang
terluang.Seterusnya permainan Kho-kho’ iaitu permainan tradisional
yang popular dalam kalangan kaum India.Permainan terakhir ialah
Kabaddi yang berasal dari India dan satu satunya permainan sangat
terkenal di Asia.
Impak positif penglibatan sukan kepada individu ialah mereka dapat
mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah serta mereka
akan berasa puas dapat melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Masa lapang
sebenarnya amat berharga bagi diri seseorang atau masyarakat. Hal ini
demikian kerana ‘masa itu emas’ walaupun hanya ada beberapa mini, masa
itu sangat berharga. Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan bagi
mengurangkan stres serta melegakan ketegangan.
Bagi golongan remaja pula, mereka dapat mengelakkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral,gejala vandalisma dan
membuang masa dengan sia-sia seperti melepak dan merokok. Ada
sesetengah kajian membuktikan bahawa perpaduan masyarakat kita boleh
dipupuk menerusi acara sukan atau permainan yang diadakan tersebut.
Situasi ini mendidik masyarakat tentang sesuatu kebaikan dalam bentuk
positif atau negatif secara bersama-sama sehingga tercetusnya perpaduan
antara kaum tersebut iaitu kaum melayu, cina dan india.
Hal ini demikian juga kegiatan sukan atau permainan dapat
melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan.
Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan
sukan atau permainan kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat
kerana muafakat. Oleh itu, hubungan yang erat dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni. Justeru, kegiatan sukan atau permainan dapat
mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan
hubungan antara mereka.
MAKSUD SUKAN
Sukan adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh seseorang individu
untuk memantapkan staminanya. Sukan adalah sejenis latihan gerak
badan dan permainan. Sukan juga boleh ditafsirkan sebagai aktiviti
rekreasi jika ia dilakukan pada waktu lapang ataupun dengan motif
menjaga kesihatan. Sukan terbahagi kepada dua iaitu sukan ‘indoor’
dan ‘outdoor’. Sukan ‘indoor’ ialah sukan yang menggunakan tenaga
tetapi banyak menggunakan minda contohnya catur,badminton dan
lain-lain. Sukan ‘outdoor’ pula ialah sukan yang banyak menggunakan
tenaga dan anggota badan contohnya bola sepak,berenang dan lain-
lain.
MAKSUD PERPADUAN
Perpaduan meruapakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang
dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Asas perpaduan bagi sesuatu
masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas ataupun biasa ia mungkin
berdasarkan hubungan dalam kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan
menyayangi.
Mewujudkan Sukan berperanan Mengeratkan
hubungan sebagai alat hubungan
diplomatik silaturrahim
perpaduan dan
antara sesebuah dapat antara satu sama
negara dengan lain.
menyemarakkan
negara lain. semangat patriotik
di kalangan rakyat.
Membina PERANAN Memupuk
masyarakat yang SUKAN DARI semangat
kerjasama antara
berkeyakinan SEGI masyarakat.
dan PERPADUAN
bersefahaman.
Menyediakan Dapat
peluang untuk membentuk
masyarakat yang
masyarakat berdisiplin
berkerjasama melahirkan
masyarakat yang
dan saling
memahami harmoni.
antara satu sama
lain.
CONTOH-CONTOH SUKAN
• Badminton
• Bola jaring
• Hoki
• Silat olahraga
TOKOH-TOKOH ATLET NEGARA DAN
PENCAPAIAN YANG DICAPAI
DATO’ LEE CHONG WEI
- Olahragawan paling Berjaya di
Malaysia.
- Memenangi anugerah olahragawan
negara sebanyak empat kali.
- Memenangi lima pingat emas dalam
sukan komanwel.
- Menjadi pemain badminton nombor
satu dunia selama 348 tiga kali.
- Pemenang pingat perak sukan
olimpik sebanyak tiga kali.
- Memenangi 69 kejohanan antarabangsa.
AN NAJWA AZIZAN
- Diangkat sebagai most valuable player
ketika pasukan bola jaring negara
merangkul juara dalam kejohanan bola
jaring asia 2016 di Bangkok.
- Pemain bola jaring pertama berkelana ke
luar negara.
MIRNAWAN NAWAWI
- Beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan
Malaysia dari tahun 1998 hingga tahun 2002.
- Beliau dikenali sebagai “the boss”
- Telah memenangi empat beregu dengan empat
pasukan yang berbeza pada 1991-1992.
- Pada tahun 2001 beliau memenangi piala MHL
dan muncul sebagai penjaring terbanyak dengan
19 gol.
- Pada tahun 2004, beliau merangkul kejuaraan
liga dengan Sapura.
- Beliau dipilih sebagai pembawa bendera kontijen Malaysia untuk
majlis perasmian sukan olimpik Sydney 2000 dalam penampilan
olompik terakhirnya.
AL JUFFERI JAMARI
- Meraih pingat emas di kejohanan dunia
pada tahun 2012, 2015 dan 2016.
- Menerima anugerah khas diraja sempena
sambutan hari belia negara peringkat negeri
Pahang di istana abdulaziz.
- Meraih Anugerah Sukan Negara atau
National Sports Award pada tahun 2015.
FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN
- PERINGKAT INDIVIDU
Menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya
saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi masa
lapang secara berfaedah.
- PERINGKAT MASYARAKAT
Meyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan antara pelbagai kaum,
peningkatan tahap kesihatan komuniti, peningkatan semangat kesukarelaan,
kerjasama dan sokongan.
- PERINGKAT ANTARABANGSA
Meyumbang kepada pemupukan jalinan dan Kerjasama antarabangsa,
peningkatan ketahanan dan daya saing.
USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
DALAM KALANGAN MURID
1. Penubuhan Sekolah Sukan Bukit Jalil
untuk menempatkan murid yang
mempunyai potensi dalam bidang sukan.
2. Dasar 1 MURID 1 SUKAN telah
diwujudkan dalam bidang sukan
3. Setiap tahun, Kejohanan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
dianjurkan untuk mengembangkan bakat
murid dalam bidang sukan.
4. Pengenalan Rancangan Intergrasi Murid
Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.
IMPAK SUKAN TERHADAP PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan
Batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong dan pegurusan.
Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat
penyatuan negara-bangsa yang boleh Bersama walaupun mempunyai latar belakang
pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.
Di samping itu, mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan
sukan, Malaysia juga Berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri
Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (SUKMA) yang diperkenalkan
olehnya dan kini menjadi termasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru
ini diadakan di Pahang bertemakan ‘Sukan Menjana Perpaduan’.
Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat, tetapi juga
segenap lapisan strafikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak
dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini
kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat
'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan
usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat
pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama
dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari
itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat
bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan
pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi
sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.
Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip 1Malaysia.
PERANAN SUKAN DALAM
MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM
Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan
dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara
pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun
1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan
Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V
Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga
menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga
bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat
perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai
perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing.
Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan
sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk
Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia yang diperkenalkan
olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XIV
baru-baru ini diadakan di Perak bertemakan 'Wow Kita Hebat'. Perpaduan dalam
negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat
politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya.
Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun
di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Kejayaan
menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas
terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu, yang juga merupakan pencapaian
terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa. Seterusnya,
dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala
Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara
keseluruhan aktiviti sukan Negara.
Perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat tetapi juga segenap
lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak
dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri
menyeluruh. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat
memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang
wujud dari masyarakat pelbagai etnik.
Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian,
kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah
prinsip 1Malaysia. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik
terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan
tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu
matlamat'. Hari sukan negara yang dianjurkan setiap tahun mampu memupuk
semangat cinta negara sekaligus dapat mengeratkan interaksi antara setiap kaum.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat
bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan
kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga
mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik
yang ada di negara ini.
Matlamat utama penggubalan Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan
budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi
penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk
Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara
merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan
pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara
menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama
penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan
negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan
pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman
dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan.
SUKAN DAN PERPADUAN MELALUI
PENDIDIKAN
Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah
telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang
seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam,
pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah.
Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang
kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Kokurikulu merupakan
satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang.
Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan
aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang
dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
keseluruhannya.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk
menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai
yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Sukan juga menjadi salah satu
daripada alat perpaduan di peringkat sekolah.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat
kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Matlamat utama hari
sukan ialah mewujudkan persefahaman,semangat kekitaan dan perpaduan
diantara pelajar- pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat
dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan
bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang
majmuk.
BAGAIMANA SUKAN BOLEH MEMBENTUK PERPADUAN
Sukan dikenali sebagai agen perpaduan kerana dapat menyatukan rakyat Malaysia. Sebagai
contoh, hubungan silaturahim dapat dieratkan dengan melalukan aktiviti bersukan sekaligus dapat
mendidik disiplin dan integriti dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dengan mengadakan program
yang besar seperti Temasya Sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap 2 tahun sekali dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan permain atau penonton. Disamping itu, bersukan juga menyelami erti
perpaduan, menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan
Negara. Akhir sekali, jika semangat perpaduan ini diteruskan dan rakyat bersatu padu, kemajuan negara
mesti dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun dan China.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara
kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan
dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang
individu. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat
untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan
bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan
menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta
kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan
negara.
Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep
1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya dan
agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan
juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras
dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam
kalangan masyarakat.