CERPEN-CERPEN PILIHAN
SN ANWAR RIDHWAN
1|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
Dinihari
Angin waktu membawa senja jadi malam. Tetapi semilir angin bagai tidak terasa
kerana menyangkut pada pohon dan daun-daun yang merimbun. Malam terasa amat
panas. Wap kering dan tajam terangkat dari kulit bumi, mengapung di kawasan baru
yang ditumbuhi oleh pokok-pokok getah.
Siapa yang dapat bertahan begini? Seluruh penduduk kawasan itu mengeluh
kepanasan. Jendela-jendela rumah dibuka walau nyamuk menyerbu masuk dengan
tidak malu-malu. Harus ada orang yang membakar sampah-sampah menghalau
nyamuk, kerana bau asap mengepung hidung. Kesesakan nafas tambah terasa oleh
bilik-bilik yang diterangi lampu minyak tanah.
Bukan Sabil seorang yang turun ke tanah mengharap datangnya angin. Ramai
lagi yang berbuat demikian, duduk ditunggul-tunggul kayu dihalaman rumah. Sambil
menanti angin dan sambil melonggarkan ikat kain atau langsung membuka singlet,
lelaki-lelaki kawasan itu bercerita dengan anak lelakinya tentang gajah liar dari hutan.
Tentang seladang dari Tasik Garam. Atau tentang cara bagaimana hendak memajukan
lagi kawasan itu.
Akan tetapi Fatimah, seperti kebanyakan perempuan-perempuan yang lain
lebih suka mengisi malam sepanas itu di dalam rumah sahaja. Menekat, menjahit atau
berbincang masalah agama. Kadang-kadang perbualan itu menembusi masalah haid
dan jodoh. Fatimah senyum-senyum sahaja mengingatkan Sabil, tetapi ketika itu
ibunya sedang menjenguk keluar jendela sambil bertanya kepada ayahnya adakah
angin akan turun. Adakah hujan akan turun.
“Jangan harap”. Suara ayahnya mengeras dari halaman. ‘Angin tak akan
turun. Hujan tak akan turun. Ini barangkali sial gajah bunting. Sial seladang di Tasik
Garam di tengah hutan itu!”
“Pokok-pokok getah ini baru boleh ditoreh sebulan dulu. Kalau gajah itu
mengamuk…kalau seladang itu menyerang… ya Allah, hancur semuanya.”
Fatimah mengingat janji-janji Sabil. Kemudian dia menyumpah dalam hati kerana
jahitannya tidak betul. Kain dan jarum yang ditangannya dipandang, lalu ketawa
kecil.
Sabil masih mengingat pesan ayahnya bahawa yang paling susah untuk
mencapai sesuatu adalah memulakan sesuatu. Itu Sabil sangat ingat.
Betapa tidak, dia sudah merasa pahitnya membangunkan kawasan itu.
Sekarang dia mula merasai hasilnya dari peluh yang mengalir. Dari susu getah yang
mengalir. Sabil teringat juga bagaimana susahnya hendak menemui Fatimah. Dan
2|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
yang paling susah adalah menyatakan sesuatu pada senja dia berkesempatan
menemui Fatimah.
Beberapa saat angin waktu berlalu, tetapi Sabil masih tidak berkata-kata. Dia
gugup mendepani Fatimah dan mata Fatimah yang jernih tajam, itu pun sebenarnya
tertikam pada tanah.
Sabil sedar, bukan dia seorang yang susah memulakan perbualan itu. Fatimah
juga begitu. Fatimah tertunduk dan menantikan apakah perlu penantian kalau
Fatimah tidak ada sesuatu kata yang hendak disampaikan kepadanya? Sabil cukup
maklum. Cukup maklum. Tetapi lidahnya kelu.
Hanya setelah beberapa pertemuan, baharu ucapan cinta dan sayang
terkeluar dengan tersusun dan harmoni. Fatimah pun telah menjangka demikian.
Angin waktu terus membawa malam jadi dinihari. Orang-orang sudah mulai
tidur ketika itu, untuk bangun semula dengan penuh tenaga esok paginya.
Apa yang hendak mereka lakukan. Panas diluar dan panas di dalam. Panas itu
terbawa ke dalam mimpi. Mimpi dan igau selalu mengharap datangnya angin dan
turunnya hujan.
Badan Sabil mulai terasa sejuk, bukan oleh tiupan angin, tetapi kerana
jatuhnya embun dinihari. Dia tahu semua orang telah tidur nyenyak di kawasan itu.
Tiba-tiba fikirannya melayang kepada Fatimah. Dia perlu mengumpulkan
wang yang banyak mulai sekarang. Dia harus memiliki Fatimah sebelum gajah
bunting di hutan beranak, sebelum seladang yang kini bertahan ditengah hutan
turun menyerang.
Sewaktu dia menaiki tangga, fikirannya tambah kalut. Langkahnya yang
sederhana dan perlahan itu bagai langkah pencuri.
Fatimah telah setuju untuk menjadi isterinya. Kalau pada hujung tahun telah
terkumpul wang yang perlu, akan segera dihantar orang meminang dan tidak lama
kemudian kahwin.
Yang susah adalah untuk memulakannya.
Sabil mengeluh bila mengingat-ingat wang simpannya sekarang. Fikirannya
tidak tenang. Dia mahu agar pagi lekas datang dan dia akan lekas menorah. Lekas
mengumpulkan wang.
Fikirannya yang gelisah itu membuat dia berjalan berkeliling antara bilik tidur
dengan pintu. Antara pintu dengan bilik tidur. Kemudian berjalan semula ke pintu
dan memandang ke luar. Di luar adalah malam yang hitam.
3|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
Fatimah pun tidak dapat melelapkan matanya. Ayahnya telah lama
mendengkur dan ibunya sekali-sekali mengigau tentang gajah dan seladang yang kini
bersembunyi di hutan tidak jauh dari sempadan kawasan itu.
Entah kenapa, seolah sesuatu perkara besar akan berlaku pada malam itu.
Peluh membasuhi tubuh Fatimah di mana-mana. Sewaktu dia hendak melelapkan
matanya, terasa kepada Fatimah rumahnya goyang. Seperti ada orang sedang
menaiki tangga. Dan dengan hati-hati Fatimah pasti, gegaran itu kian kuat merapati
biliknya.
Sabil berhati-hati sekali munutup pintu. Jejaknya perlahan dan teratur. Dia
sebagai telah melihat jelas isi tubuh Fatimah, dengan senyumannya yang manis dan
nakal.
Sabil telah hendak merebahkan badannya. Ketika dirasanya pohon-pohon
getahnya berderak-derak, dia segera membuka tingkap rumahnya itu. Rumahnya kini
bergegar-gegar.
Lemas segala perasaan Sabil.
“Tidak lain,” sumpah seranahnya dalam hati. “Tentu gajah bunting itu telah
turun mengamuk. Tentu seladang-seladang itu telah turun memusnahkan kawasan
itu.”
“Jahanam! Jahanam!! Habis nanti pokok-pokok getah aku ditumbangkan
gajah sial itu. Jahanam kau seladang! Jahanam kau seladang!”
Akan tetapi tiba-tiba Sabil terdiam.
Dia mulai merasakan bahawa gegaran itu bukan lipatan belalai gajah. Bukan
tikaman tanduk-tanduk seladang. Bukan. Bukan.Bukan.
Bila rumahnya berderak-derak, dan pokok-pokok getah di keliling rumahnya
tumbang, baharu Sabil sedar, bahawa ribut besar sedang turun.
Rumahnya bergegar-gegar. Lebih hebat dan kuat. Sabil segera melompat
turun dari rumahnya. Bunyi pohon-pohon tumbang, pukulan daun-daun amat ngeri.
Dahan-dahan patah dan daun-daun berguguran.
Sayup-sayup terdengar orang-orang menjerit. Tetapi jeritan itu tenggelam
oleh bunyi pohon-pohon tumbang. Sabil hanya mengingatkan empat perkara: Tuhan,
pokok-pokok getah, Fatimah dan akhirnya dirinya.
Melalui cahaya kilat yang memancar, Sabil melihat rumahnya menyembah
bumi. Berderak amat kuat dan dirasakan Sabil bumi bergegar.
4|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
Apa yang hendak dipertahankan Sabil. Tanah-tanah telah lama merekah.
Telah lama akar- akar kehilangan cengkaman. Sabil terus berlari dan di satu langkah
dia hampir tertimpa dahan.
Kilat dan deru keras angin masih berlangsung. Dilangit bahagian utara,
mendung yang hitam bagai sekawan gajah mula mengembangkan kepaknya untuk
turun. Untuk membasahkan seluruh kawasan itu.
Dipenjuru sempadan, Sabil melihat pokok-pokok getahnya telah semua
tumbang. Dia berlari kencang ke sana. Dia perlu berlindung daripada ditimpa dahan
dan batang kayu. Dia merasakan tempat itu selamat.
Satu dentuman petir yang kuat membuat Sabil jatuh tersungkur, dan tidak
lama kemudian hujan pun turun.
Sabil memeluk erat-erat pohon getahnya yang tumbang. Dia mengingatkan-
ingatkan nasibnya. Dan tidak sesaat pun dia dapat melupakan Fatimah. Air matanya
turut disirami air hujan yang deras. Dan sabil ingat, air mata dinihari itu adalah
daripada tangisannya yang pertama sejak kematian ayahnya tujuh tahun yang lalu.
Tujuh tahun adalah masa yang paling lama untuk membangun semula
kehidupannya yang telah runtuh. Tujuh tahun! Sekarang apa yang tinggal. Hati Sabil
menyumpah-nyumpah.
Sepanjang hujan turun dan ribut itu, fikiran Sabil terus kacau. Hampir waktu
subuh baharu ribut reda dan hanya rintik hujan turun. Miring dan satu-satu. Tetapi
hatinya terus kacau. Dia sudah berfikir untuk meninggalkan kawasan itu. Tidak ada
apa-apa lagi disitu. Dia ingin merantau jauh. Membina penghidupan baru.
Lantas dia teringat, yang paling susah adalah memulakan sesuatu.
“Benar,” keluh Sabil. ‘Bahawa memulakan sesuatu itu rumit dan perlukan
tenaga dan semangat yang kuat. Tetapi katakanlah aku membangun semula kawasan
ini, tidakkah itu bererti memulakan sesuatu juga. Dan bukankah lebih baik aku
memulakan suatu kehidupan baharu yang lebih baik.”
Rintik hujan terus turun, tetapi sabil tetap membaringkan tubuhnya. Lumpur
dan air telah menenggelamkan sebahagian badannya.
“Barangkali aku harus berbuat begitu. Lebihnya, apa yang ada di situ? Ribut.
Kemarau. Gajah. Seladang dan macam-macam masalah lahir batin. Aku harus
meninggalkan kawasan ini.”
Rintik hujan telah berhenti waktu remang pagi. Hanya remang-remang. Baru
kini Sabil terasa badannya menggigil, tetapi dia berasa berat pula untuk bangun.
5|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
Dia terdengar suara orang-orang mencarinya. Jauh. Jauh dirumahnya yang
telah runtuh. Berat rasanya Sabil hendak bangun. Hanya ketika dia membuka
matanya ke arah terbit matahari, dia terlihat Fatimah telah berdiri di sisinya.
“Sepanjang turun ribut, di sinikah Sabil?”
“Ya, aku di sini. Kau selamat Fatimah?’
“ Selamat. Ayuhlah bangun,” sambung Fatimah sambil mengangkat tangan
Sabil.” Mereka mencari kau. Tentu mereka menyangka kau tertimbus dalam
runtuhan rumahmu itu.”
“ Mengapa mereka mencari aku?”
“Untuk membangun semula kawasan ini.”
“Mereka boleh bengunkan semula kawasan ini tanpa aku. Mengapa mereka
mencari aku. Mengapa?”
Buat pertama kali Fatimah terkejut mendengar kata-kata itu. Dia
sesungguhnya tidak mengerti. Seperti juga Sabil tidak mengerti mengapa harus
orang-orang kawasan itu mencarinya.
“Katakanlah Fatimah, mengapa mereka mencari aku?”
“Mereka sayang kepada kau.”
“Jangan berjenaka pagi-pagi begini Fatimah”
“Mereka, gelap-gelap tadi telah datang ke rumahku. Kau bukan tak tahu ayah
adalah ketua kawasan ini. Dan…”
“Dan rumahmu selamat Fatimah? Bagaimana orang-orang yang lain?”
“Rumahku terselamat. Setakat ini empat buah rumah telah ranap. Haji Bidin
patah tulang rusuk. Mak Cik Nor, Kamalia, Dolah Belang dan Mat Jali cedera sikit.”
“ Katakanlah kepada mereka, aku akan tinggalkan kawasan ini,” suara Sabil.
“Jangan begitu Sabil,” celah Fatimah. ‘Kebanyakan mereka berkata begitu
juga gelap-gelap tadi di rumahku. Tapi aku bantah.’
“Aku kata kan kepada mereka kata-kata yang pernah kauucapkan kepadaku,’
sambung Fatimah.
“Aku cinta kepadamu. Itukah?”
6|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
“Tidak.aku katakan kepada mereka, bahawa kau pernah menyebut bahawa
yang paling susah adalah untuk memulakan sesuatu. Kalau mereka mahu
meninggalkan kawasan ini mereka akan menghadapi kesusahan yang berlipat ganda.
Mereka kagum dengan kata-kata itu. Lebih dari itu tentu mereka hormati kau kerana
kau kuat bekerja. Sekarang mereka yang mahu meninggalkan kawasan ini mulai
berbelah bagi. Kalau kau terus disini, tentu mereka akan terus juga di sini.
“Akan tetapi di sini bererti memulakan kerja semula Fatimah,” suara Sabil.
“Itu aku tahu. Tetapi kau telah mempunyai pengalaman dan kenangan pahit
manis di kawasan ini. Di manakah lagi kau akan cari pengalaman-pengalaman seperti
itu?”
“Marilah Sabil. Membangun bersama mereka. Menbangun kawasan ini
semula. Ayah sudah berkata, akan memusnahkan binatang liar. Adnan telah ke kota
menguruskan bantuan. Dan kau… tinggallah di rumahku.”
“Esok tidak hanya kau seorang , membangun semula tanahmu ini. Tapi
bersama aku. Ya Sabil, untuk memastikan kau..bersama aku.”
Langkah kedua-dua mereka , dibawa angin masa ke kelompok orang ramai.
Ayah Fatimah telah lama menanti.
7|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
Love of Dragon
Bunyi bising dari kamar sebelah membangunkan tidurmu. Kau membuka
mata, dan kerana di dinding terletak pada garis lurus dengan matamu,
pandanganmu terus ke sana: Hari ini hari minggu, Januari 1983.
“ Kalau mahu pindah, jangan bising-bising.” Kau merungut. Kau cuba
memejam mata semula.” Kemaskan barang perlahan-lahan, dan pindahkan
perlahan-lahan. Senyap. Sepi. Titik.”
Tiba-tiba kau melompat bangun dari katil. “ Eh, hari ini aku ada janji dengan
Agnes.” Dengan kata-kata itu kau selak langsir tingkap. Dari sini, dari apartmen di
bahu Victoria Peak, kau lihat kapal-kapal menuju atau meninggalkan pelabuhan. Di
udara kapal terbang datang dan pergi. Dari kamar sebelah, bising orang mengetuk
sesuatu, riuh orang berkemas-kemas masih kedengaran. Bising yang sama kemudian
menular ke kamar atas dan kamar bawah.
Telefon di sudut kamar berdering. Kau segera mencapainya. ‘’Baru bangun”
kau menjawab. “ Sihat-sihat sahaja…mustahil aku lupa…aku akan sampai tepat pada
waktu yang kita janjikan…Dan aku tetap alamatmu: 505, Blok 9, Wong Tau Sin,
Kawloon… aku datang dengan teksi…sampai jumpa nanti honey…bye…”
Kau meletakan telefon. Kemudian, satu demi satu kautanggalkan pakaian
tidurmu, kaumasuk ke kamar mandi. Dari dalam sana, selama kira-kira lima belas
minit, terdengarlah bunyi air, dan campuran lagu Melayu, Inggeris dan mandarin
daripada mulutmu.
Selesai mandi dan berpakaian, kau mengambil sarapan. Kira-kira jam sepuluh
pagi, siaplah segala-galanya lalu kau keluar kamar dan menguncinya. Pada jam
sebelas pagi, kau sudah mengetuk pintu apartmen yang bertulis nama Agnes Ho.
Daun pintu terkuak. Muncullah wajah Angnes Ho yang bujur sirih dan putih.
Matanya nyalang seperti sepasang mata rusa.
“Masuklah,” pelawa Agnes dengan riang.
Kau hulurkan sejambak bunga mawar kepadanya.
“Terima kasih . Aku benar-benar tidak menyangka akan menerimanya.
Apakah aku akan menerimanya di lain kali?”
“Mesti. Mesti,” jawabmu, sambil melangkah masuk. Begitu pintu tertutup,
Angnes memberikan kucupan yang sangat mesra.
“Tidak kusangka, pertemuan kita kira-kira sepuluh tahun yang lalu menjadi
begini mesra,” suara Agnes perlahan. Tangannya masih merangkul pinggangmu.
8|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
“ Ya , siapa sangka? “ Kau membalas, sambil menariknya duduk. “ Ketika itu
aku masih masih menuntut, dan pada musim cuti hujung tahun dengan beberapa
penuntut lain aku melawat sambil belajar ke HKU.”
“ Setiap kali kami mengadakan majlis tarian, kau ligat menari.’ Agnes
mencelah
“ Dengan kau,” jawabmu. “ Bukan apa, aku segan kalau menari di Kuala
Lumpur sana. Kalau di sini, tak ada kongkongan rasanya.”
“ memang tak ada kongkongan , tetapi…” suara Agnes terputus.
“ Dan sejak tahun lalu aku kembali ke sini. “ Kau menyambung. “ Bukan
seperti penuntut, tetapi sebagai seorang pegawai kerajaan.”
“ kau kelihatan lebih kemas daripada dulu.” Agnes berkata kembali. “ sepuluh
tahun dulu, badanmu agak kurus. Kau ingat baju panas yang kau pakai masa itu?”
‘Kenapa?”
“Agak gedoboh. Bukan kau punya ,bukan?” kauketawa mengilai.
“Tentu bukan.” Kau menjawab setelah ketawamu agak surut. “Itu aku pinjam
daripada kawanku. Masa menuntut dulu, bukan ada wang banyak. Segalanya mesti
berhemat-hemat. Dapat pergi ke Hong Kong itu pun macam mimpi rasanya.” Kau
diam seketika. “Sekarang macam mana pakaianku?”
Agnes merenung dari hujung rambutmu sampai kehujung kakimu.
“ Kalau kautaksir-taksir, pakaian dan kasutmu tak kurang dua ribu dollar.
Betul?”
Kau hanya mengangkat kedua-dua belah bahumu, sambil tersenyum.
“Kasihan, sudah tak boleh bersuara. Ini salahku. Maafkan. Aku patut menghidangkan
minuman untukmu. Kau haus, bukan?” Sehabis berkata , Agnes bangun membuka
peti ais. Dari sana dikeluarkannya segelas minuman. Kau menyambutnya, lalu minum
beberapa teguk.
“kau tahu, aku masih menyimpan surat-suratmu,” Kau mengakui.
“Aku pun,’ balas Agnes. “termasuk gambarmu sepuluh tahun lalu. Sewaktu
kita bergambar sama di Wall City. Masa itu, kau masih segan memegang bahuku.”
“ Baru kenal, segan rasanya,” jawabmu. “Sekarang tidak kekok lagi, bukan?”
“ Sekarang, aku pula yang kekok.”
9|SN NEGARA ANWAR RIDWAN, SANGKAR:2009
“Sudah kaufikir habis-habis untuk menukar agama?” Kau bertanya. Matamu
merenung tepat mata Agnes.
Agnes mengangguk. “Tetapi bagaimana kalau aku tak pandai sembahyang
atau tak tahan berpuasa?”
“Buatlah sedikit demi sedikit. “kau menjelaskan. “Latihan akan membuat
sesuatu itu sempurna.”
“ Dua rukun ini yang membimbangkan aku.” Agnes mengaku.”Kerana kedua-
duanya boleh dilihat orang. Yang tiga lagi itu tidak dilihat orang, bukan?” kecuali
mengerjakan haji itu pun kalau kita mampu mengerjakannya. Kalau tak mampu, tak
payah pergi. Apakah kaulihat pegawai-pegawai Melayu yang mengahwini
perempuan asing itu isteri mereka rajin bersembahyang dan berpuasa?”
Berkerut dahimu.
“ Aku pun tak tahu. Mungkin mereka mengerjakannya di rumah,” jawabmu
dengan perlahan.
“Jadi, tak mengapa kalau tak sembahyang dan makan di rumah di bulan
puasa? Orang tidak tahu bukan?”
“Jangan tanyai soalan yang susah-susah.” Kau mencelah. “ Aku not religiously
rooted. Halangan pertama boleh kita lalui kalau sanggup memeluk agama Islam.
Kalau ada halangan lain, kita fikirkan kemudian cara-cara mengatasinya.”
“ Aku sudah mengangguk tadi.”
“ Sudah kaupilih nama Islammmu?”
“Banyak sangat yang kau beri. Kau sajalah pilih. Aku mengikut saja.”
“Pilihlah mana-mana, aku ikut saja, asalkan jangan Mana-mana binti
Abdullah.”
“kalau begitu, biarlah aku putuskan sehari dua ini.” Kau menetapkan.
“ Bila kita akan berkahwin?”
“Empat bulan dari sekarang, di hari lahirmu yang ke 30.” Kau menerangkan.
“Betul-betul birthday surprise.”
“Aku akan minta cuti sepuluh hari. Kita pulang ke Kuala Lumpur beberapa
hari sebelum hari jadimu. Selepas berakad nikah dan bersanding, dan berjalan-jalan
ke rumah saudara- mara kita balik ke Hong Kong.”
10 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
‘ berapa lama lagi kau di sini?”
“Kontrak kerjaku tiga tahun. Dua tahun lagi tamatlah. Kau sudah tanya soalan
yang sama berkali-kali. Mengapa?”
“Sudah berkali-kali?” kau mengangguk. “Aku sudah nyanyuk barangkali. Kau
sudi mengahwini aku yang sudah nyanyuk ini?”
“ kau masih seekor rusa betina yang lincah. Kau ingin terus memburunya.”
Dari kamar sebelah terdengarorang mengetuk sesuatu, seperti berkemas-
kemas.
“ Aku terdengar bunyi bising yang sama di sini.” Kau bersuara. “Jiran kau akan
berpindah?”
Agnes merenung tepat wajahmu tanpa senyum. “Mereka terpaksa
berpindah. Sudah berbulan-bulan tidak membayar sewa.”
“Oh…dan aku tercium sesuatu. Ini tentu bukan dari kamar sebelah. Aku
terhidu aroma masakan yang lazat.”
Agnes bergegas bangun.
“Sampai waktunya aku melihat oven,” suara Agnes sambil berlari-lari ke
dapur. “Aku minta masa 30 minit untuk menyiapkan makanan tengah hari kita.
Sementara itu kau mahu apa? Muzik? Majalah ? Album?”
“ Muzik dan album,” suaramu dengan agak kuat. Tidak lama kemudian muzik
mula berkumandang, diselangi lagu lagu mandarin dan Inggeris. Agnes muncul
membawa sebeban album.
“Tidak ada gambar baru. Yang banyak cuma gambar keluarga dan kawan-
kawan.”Sehabis berkata, bergegas lagi ke dapur.
Kau mula menyelak lembaran-lembaran album. Sebentar wajahmu serius.
Sebentar kau tersenyum kecil.
“Mahu minum?” jerit Agnes dari dapur.
“Minumanku belum habis.” Kau membalas dengan suara kuat.
Kau terus menatap gambar-gambar di album. Tiba-tiba dahimu berkerut.
Kedua-dua matamu bulat merenung.
“Mustahil…” suaramu keluar perlahan. ‘ini gambar kenalanku, seorang
pegawai bank yang telah dibunuh di sini. Ini pula gambar lelaki yang pernah tersiar
11 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
wajahnya di Asiaweek.” Kau menarik nafas, dan seperti ledakan guruh, kau menjerit,
“Agnes!!!” Kau berdiri menanti kedatangannya.
Agnes muncul dengan sebilah pisau ditangannya. “Kenapa?”
“Apa hubungan gambar-gambar ini dengan kau.”
Wajah si rusa itu pucat lesi.
“Gambar lelaki Melayu itu tentunya bukan rakan dan saudaramu.” Kau
berkata sambil menunjukkan gambar itu. “Tapi gambar pembunuh itu tentu ada
kaitan dengan kau.”
“Aku tak tahu macam mana gambar-gambar itu boleh berada di situ.”
“Mustahil gambar ini boleh mneyeludup secara haram ke albummu.” Kau
berkata, sedikit menyindir.
Agnes memegang kuat pisau di tangannya. Mata pisau berkilat tajam.
“Pembunuh ini telah melenyapkan kenalanku dari muka bumi ini.” Kau
menyambung. “Kenalanku terbunuh kerana ada orang –orangku yang menjual
bangsanya dengan harga yang memeranjatkan , dan nyawa orang lain. Mujurlah aku
belum terlanjur menjual apa-apa kepadamu.”
“Apa maksudmu?” tanya Agnes, menggeletar tangannya memegang pisau
tajam.
“Lupakan makan tengah hari ini. “Kau menjawab tegas. “Lupakan hari jadimu.
Lupakan perkahwinan kita.”
“Mengapa cepat berubah?” suara Agnes lembut, kemudian memujuk.
“Mustahil kerana gambar-gambar yang entah macam mana boleh berada dalam
album itu, kau sudah mengubah fikiran dengan begitu cepat. Tenangkan fikiranmu.
Duduklah biar aku buatkan segelas air untukmu.” Dengan tangkas, beredarlah Agnes
ke dapur. Kau masih berdiri, memegang gambar-gambar yang membangkitkan
marahmu.
Beberapa minit kemudian Agnes muncul. Ditangannya bukan lagi sebilah
pisau tajam, tetapi gelas berwarna kelam mengandungi air. Dia datang menghampiri
kau.
“Minumlah,” pelawanya. “Tenangkan fikiranmu. Sebentar lagi kita makan
tengah hari.”
12 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
Kau mengerling minuman pertamamu yang masih bersisa, terletak di atas
meja sudut. Kemudian kau mengerling peti ais. Sekarang kau melirik dapur, dan
merenung gelas kelam di tangan Agnes.
“Teguklah,” pelawa Agnes lagi.
“Tidak, aku meragui isinya!”
“Kau masih meragui aku, setelah sepuluh tahun berkenalan?”
“Ada satu pepatah Cina: Lebih mudah mengunjungi kawan daripada tinggal
bersama.” Kau mengucapkan. “Barangkali semuanya itu benar. Baiklah kita
berkawan saja, jangan tinggal bersama.”
“Tapi, aku benar-benar mencintaimu.”
“Kau mencintai aku,” suaramu sedikit mengejek. “Tapi aku meragui isi gelas
itu.”
“Air kosong untuk meredakan marahmu.”
“Sudah lama aku berkenalan denganmu.” Kau menyambung. “Selalunya air
minum kau ambil dari peti ais itu, bukan dari dapur, dan aku tak pernah melihat
gelas itu pun.”
Agnes senyum tawar, mengangkat kedua-dua belah bahunya.
“Seperti juga konco-konco pembunuh ini,” Sambil kautunjukkan gambar itu
kepada Agnes. ‘Kau akan lakukan apa saja untuk mendapatkan sesuatu daripadaku.
Jika ada apa-apa saja untuk mendapatkan sesuatu daripadaku. Jika ada halangan,
kau akan lakukan pembunuhan. Yang penting adalah dirimu. Masa depanmu. Diri
orang lain dan masa depan orang lain sama sekali tidak penting, bukan begitu?”
“Sudah kukatakan, minum dulu supaya surut marahmu.”
“Aku meragui isi gelas itu. Sekarang aku dapat menduga, kau akan berkata
apa saja, dan menurut apa saja kemahuanmu yang lepas-lepas, semata-mata untuk
berkahwin dnegan aku, untuk keluar dari pulau yang akan kembali menjadi milik
komunis beberapa tahun lagi. Bila aku mahu membatalkan semuanya, kaubawa
minuman itu untukku.”
Tiba-tiba Agens menangis. Dia masih berdiri tabah, sementara air matanya
meleleh turun membasahi pipinya yang putih. “ Kau sudah membenci aku.
Bagaimanakah masa depanku?”
Kau diam. Matamu tetap memandang tubuh Agnes yang lesu itu.
13 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
“Biarlah aku sendiri yang meneguk minuman lazat ini.” Akhirnya Agnes
mengambil keputusan dengan suaranya yang riang dan tegas. Dengan pantas dia
meneguk minuman itu. Kau tetap memerhatikan.
Gelas di tangan Agnes tiba-tiba terpelanting. Seperti seekor rusa yang baru
dibedil, tubuh Agnes menggeleper jatuh. Dari mulutnya mengalir darah. Darah
membasahi bibir dan pipinya sebelum menitik ke permaidani merah.
14 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
Tik! Tik! Tik!
Taman ditengah kota metropolitan itu sering dikunjungi orang, terutamanya
di waktu petang dan hari minggu. Pentadbir kota metropolitan menjaga taman
ditengah belantara batu bata itu sebaik-baiknya. Malah ada sebuah pentas terbuka
di satu sudutnya. Pentas, untuk siapa saja yang berasa terpanggil mementaskan
sesuatu- secara dirancang atau spontan.
Satu hari minggu. Sehingga matahari kelihatan akan terbenam di bahagian
barat kota metropolitan itu, pentas itu belum dipijak oleh sesiapa pun. Orang tetap
ramai, duduk mengelilingi pentas sebuah ini,dengan harapan untuk menonton
sesuatu. Bakal-bakal penonton terus menanti, terus resah, terus saling
berpandangan dan berharap-harap.
Dari tengah semua harapan itu, dari tengah-tengah bakal penonton yang
ramai, tiba-tiba berdiri seorang wanita. Dia menerima tepukan gemuruh. Sambil
melangkah menuju pentas, berdialog satu ayat, lalu turun dan terus pulang ke
rumah. Kadang, orang terkesan pada teater bukan kerana panjangnya.
Begitu dia berdiri ditengah pentas, tepukan mereda lalu senyap. Dia menarik
nafas. Memandang keliling, ke arah semua penonton. Entah dari mana dia belajar
gerak” membuka pentas” itu.
“Hei, akulah wanita dari Hiroshima,” ujarnya dengan lantang, memang suara
teater.
Pada saat dia ingin turun terus pulang ke rumah, di luar dugaannya, muncul
pula seorang lelaki dari tengah orang ramai. Lelaki ini berlari-lari menuju pentas.
“Dengarkan, aku lelaki dari Nevada,” katanya memulai.
Secara spontan mereka terus berlakon. Gerak-gerak spontan. Dialog-dialog
spontan. Tamat persembahan mereka yang spontan itu, penonton-penonton pulang.
Tinggal mereka berdua. Mereka tinggalkan pentas. Mereka menghabiskan waktu
semalaman di taman itu ber…ber…ber….
Waktu wanita itu terjaga esok pagi, waktu matahari mula memandang
bahagian timur kota metropolitan, dia mendapati bahawa lelaki Nevada itu tiada lagi
disisinya. Wanita ini tidak pernah bersua kembali dengan lelaki Nevada itu-
sepanjang hidupnya.
Petang dan hari minggu, taman di tengah kota metropolitan itu tetap
dikunjungi orang. Kecuali wanita yang dulu pernah berlakon spontan dengan lelaki
dari Nevada. Beberapa minggu setelah tidur semalaman dengan lelaki-yang kini
entah ke mana dan di mana- dia menyedari dirinya hamil. Ada janin sedang minta
15 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
tempat dalam kamar peranakannya, akan memerhatikah perutnya membesar. Kelak
keajaiban anaknya bukan kerana anak itu tanpa bapa, tetapi kebodohan dirinya
sendiri yang tidak mengenali siapakah lelaki Nevada sebenarnya.
Pada satu hari minggu, waktu kebanyakan penduduk kota metropolitan
mengunjungi taman di tengah kota, wanita itu bersiap-siap untuk pindah. Dia
teringat sebidang tanah subur pusaka orang tuanya, jauh di pendalaman. Untuk
sampai ke sana, dia harus naik teksi ke lapangan terbang; terbang membelah awan;
berkereta api ke kota kecilnya; dan naik bas pula menuju kampung halamannya dulu.
Berhari-hari dia membersihkan rumah pusaka, yang ternyata masih kukuh.
Tanah subur itu dia kerjakan. Bumi seperti terus menyebelahi dia, menyuburkan
segala tanaman.
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Buat pertama kalinya, wanita itu terdengar bunyi ‘tik! ‘ yang aneh dari dalam
perutnya. Bunyi itu terus kedengaran, setiap saat, walaupun pada waktu wanita itu
tidur.
Esok, pagi-pagi lagi dia telah menaiki bas pertama menuju stesen kereta api
di kota kecilnya. Perjalanan kereta apinya berakhir di lapangan terbang yang kecil.
Dari sana dia menaiki pesawat terbang, menuju kota metropolitannya dulu. Di kota
metropolitan itu dia mengunjungi doktor yang pernah merawatnya dulu.
“Oh!” jerit doktornya. “ kau mengandung bom!”
“Bom?”
“Ya, bom.” Cepat-cepat dia dudukkan pesakitnya perlahan-lahan, khuatir
kalau pesakitnya jatuh dan bom meledak dalam kamar konsultasinya. “Dengar
kataku baik-baik: Disebelah kamar ini ada kamar peribadiku. Kaududuklah di sana,
atau berbaring maksudku, atau tidur maksudku, sampai, sampai masalah ini, yang
pertama kualami sebagai seorang doctor, oh mengapalah aku menerima pesakit
sepertimu, sampai masalah ini benar-benar selesai. Sekarang, kau pergi ke kamar
itu.”
Doktor segera menghubungi Perdana Menteri, yang kebetulan sahabatnya.
Perdana Menteri segera memanggil para penasihatnya: Tokoh-tokoh agama, moral,
ekonomi, sastera, pertahanan, politik, sains, kebudayaan, pendidikan, falsafah,
16 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
jurutera dan pakar memusnahkan bom. Semua tokoh dibawa ke klinik. Perdana
Menteri ikut serta. Pesakit diperiksa sekali lagi.
“ Ini bom luar biasa. Letupannya boleh memusnahkan makhluk yang berada
dalam lingkungan 200 kilometer disekitarnya.”
“ Mengapa tidak dimatikan saja? Maksudku, bom itu?”
“Kalau bom itu kelihatan, saya boleh melakukannya. Sekarang, bom itu tidak
kelihatan. Hanya bunyi ‘tik!’nya saja kedengaran.”
“Hiss…bagaimana kalau digali lubang yang amat dalam, campakkan wanita ini
ke dalamnya?”
“Itu ertinya kita menamatkan riwayatnya dengan cara luar biasa, bukan
secara biologis. Lagipun, kalaulah hal itu diketahui umum – dan memang tidak ada
rahsia yang tidak menjadi rahsia umum di negara kita ini – risikonya amat besar.
Pemerintah mungkin tumbang.”
“Jadi, asingkan dia ditempat yang terpencil.”
“Dinegara ini, tidak ada tempat terpencil yang jauhnya 200 kilometer dari
kawasan kediaman. Kalaulah dia kita bawa ke sana, dan pada satu hari telah diculik
dan diletakkan di tengah-tengah kota metropolitan, umpamanya di taman di tengah
kota ini, dapatkah kita bayangkan apa yang akan terjadi?”
“Adakah kandungannya akan keluar setelah dikandung 9 bulan 10 hari?”
“Ini kandungan luar biasa. Mungkin sekarang. Mungkin 9 bulan. Mungkin 9
tahun. Mungkin 90 tahun lagi baru keluar dari kandungan.”
“Pulangkan dia ke tempat asalnya. Sekurang-kurangnya dia tidak di kota
metropolitan ini.”
“Tidak mungkin lagi,” suara doktor lemah. “Dia memberitahu saya, bahawa
untuk sampai ke tempat asalnya, dia harus menaiki teksi, kapal terbang, kereta api
dan bas. Kita khuatir kalau-kalau hentakan yang sedikit pun akan mengakibatkan
bom itu meletup. Apalagi kalau kereta api yang ditumpanginya jatuh terhempas.
Pokoknya, dia tidak mungkin kita pindahkan lagi. Dia patut kekal dalam kamar ini,
dengan doktor terus merawatnya bergilir-gilir, dengan kawalan yang serapi-rapinya.”
“kalau begitu,” kata Perdana Menteri dengan sugul, “beritahu hal yang
sebenar kepada rakyat, khususnya penduduk kota metropolitan ini. Perpindahan
beramai-ramai adalah satu-satunya jalan bagi menyelamatkan jutaan jiwa penduduk
kota metropolitan. Pemerintahan akan mengeluarkan wang bagi membantu proses
perpindahan ini, menyediakan bantuan makanan dan pakaian, sehinggalah
17 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
penempatan baru dapat dibina lengkap dengan infrastrukturnya, kira-kira 200
kilometer dari kota metropolitan ini.”
Wajah kota metropolitan itu, beberapa waktu setelah pengumuman dibuat,
bertukar tiba-tiba. Ia menjelma kota metropolitan hantu, dengan berjuta rumah,
gedung dan bangunan pejabat menjadi sepi sesepi-sepinya. Taman ditengah kota
metropolitan juga sepi. Keriuhan parlimen, jalan-jalan raya, pasar raya telah
berpindah sejauh 200 kilometer dari kota metropolitan. Di waktu malam, kota
metropolitan lebih menyeramkan tanpa cahaya lampu dan neon. Gelap segelap-
gelapnya. Sesekali terdengar ngiau kucing dan salakan anjing daripada mulut
binatang-binatang tak bertuan, yang tidak dibawa pergi bersama. Satu-satunya
cahaya yang memancar datang dari sebuah klinik, yang menempatkan wanita itu. Di
situ beberapa orang doktor- yang bersedia menggadai nyawa-bergilir-gilir
menjaganya. Di keliling bangunan klinik, beberapa orang komando bergilir-gilir
menjaga keselamatan. Bekalan makanan memenuhi ruang sedang menunggu dan
kamar-kamar lain.
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
TV di satu sudut kamar wanita itu tidak menghidangkan apa-apa lagi sejak
stesennya ditutup. Semua petugasnya telah pindah. Di atas TV terletak sebuah
transistor, juga telah sekian lama tidak bersuara. Semua petugas stesen radio kota
metropolitan telah pindah. Mungkin mereka sedang memasang peralatan baru, cuba
memancarkan siaran dari jarak 200 kilometer.
Klinik ini telah menjelma sangkar, dengan beberapa orang doktor dan wanita
itu terkurung di dalamnya. Doktor pemilik klinik itu sendiri tidak menduga, bahawa
pada satu hari kliniknya akan menjadi sangkar. Baginya, sangkar adalah lambang.
Sangkar adalah imej. Sebuah sangkar selalu membayangkan kurngan, sama ada
burung menghuni di dalamnya atau tidak. Sangkar kosong pun, membayangkan imej
yang mengerikan. Ia kosong mungkin kerana penghuninya telah mati. Ia kosong
mungkin menanti penghuni baru, yang bakal terpenjara. Tapi fikirannya bukankah
dunia ini pun sebuah sangkar besar? Semua manusia terkurung di dalamnya. Carilah
kebebasan, larilah daripada sang nasib, namun kesemuanya masih dalam belitan
kebebasan dan lingkaran sang nasib duniawi.
Dia masih tenggelam dalam persoalan-persoalan ini, waktu teman-teman
doktornya mula membuka dan membedah radio transistor sebuah itu. Punca
segalanya, fikir doktor pemilik klinik ialah kesepian dan ketegangan. Mereka meneliti
18 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
wayar-wayar di dalam radio, lambang-lambang sambungan kuasa, mengusik itu ini,
lalu mencuba lagi agar radio itu kembali bersuara.
“ Sebentar lagi, berita akan disiarkan dari stesen sementara radio
metropolitan…” suara itu amat perlahan dan jauh.
“Radio ini kembali bersuara!” jerit teman-temannya. Dia melangkah
menghampiri radio, mmebuka telinga seluas-luasnya.
“Perpindahan memang tidak menjanjikan,” suara dari radio. “ Setelah
berpindah 200 kilometer dari kota metropolitan, perangkaan menunjukkan 50 orang
telah terbunuh dalam perjalanan. Dalam beberapa pergaduhan kerana merebut
penempatan pula, 100 orang telah terbunuh, beratus-ratus lagi cedera parah. Tanpa
kemudahan hospital di tempat ini, jumlah kematian dijangka akan meningkat.
Sementara itu, sejak awal pagi tadi, beberapa orang telah terbunuh kerana serangan
kolera. Wabak kolera sedang menyerang kawasan ini dengan hebatnya. Para
pendengar yang mengikut siaran ini dilarang datang ke kawasan ini dan…”
Suara dalam radio tidak tidak kedengaran lagi dalam tafakur mereka yang
memuncak. Mereka menundukkan kepala masing-masing dalam pakaian serba putih
dalam kamar yang serba putih. Di luar klinik beberapa orang komando tetap dengan
tugas mereka, mengawasi keselamatan.
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik! Tik!
19 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
SESUDAH PERANG
MASITAH baru selesai mandi di sumur itu. Dengan cepat sekali disambarnya sehelai tuala di
atas kayu pancangan, lalu menggosok-gosokkan badannya dengan tuala itu untuk
mengeringkan basah. Apabila dia mengelap-ngelap betisnya, tahulah dia bahawa fajar mulai
naik. Namun desa P.S. masih sepi benar dan dia yakin ramai penghuni desa itu sedang
dibungkus mimpi-mimpi. Ranting-ranting pohonan di sekitar sumur itu bergetar, kerana
angin pagi mendesah, menyebarkan udara yang dingin.
Kokok ayam serta kicauan burung-burung kian meningkat. Masitah memandang arah
ke timur – lewat ranting-ranting pokok nangka dan rimbunan daun-daun sawo – dan
nampaklah kepadanya warna langit yang kemerah-merahan. Diangkatnya segeluk air untuk
membasuh kaki, lalu dia pun mulai berjalan menuju rumahnya. Akan tetapi setelah
menapak beberapa langkah, Masitah berhenti. Dia ternampak bayang seorang lelaki menuju
ke sumur pada pagi yang masih remang-remang itu.
Seratus langkah bukanlah jarak yang terlalu luas antara sumur itu dengan rumahnya.
Tetapi sejak 20 tahun kebelakangan ini jarak itu sering menghantui fikiran. Seakan-akan
jarak tersebut menyediakan sesuatu untuk menganggunya.
Dengan debar yang kian memuncak, ditunggunya kehadiran lelaki tersebut. Masitah
tahu sekarang, bahawa dalam saat-saat begitu senjatanya hanyalah pekikan jika lelaki
tersebut datang membawa niat buruk. Pekikan yang kira-kira dapat membangunkan desa
P.S. itu terhadap ancaman yang datang menyergap. Pekikan yang mampu mengundang
pertolongan serta- merta.
“ Sudah siap bu?”
Masitah menghela nafas. Dia telah mendengar soalan itu. Pertanyaan daripada Jali,
anak lelakinya yang tunggal. Pertanyaan yang tiba-tiba memutuskan rantai bimbangnya
pada pagi yang dingin itu.
“ Sudah,” jawab Masitah. ( Dia tidak mengerti mengapa harus berbicara sependek
itu, seringkas itu, pada pagi yang jernih kepada anaknya sendiri ). Lama Masitah berdiri di
situ, hinggalah dia mendengar kocokan air di sumur. Jali sudah mulai mandi. Dengan langkah
yang berat perlahan-lahan, Masitah mulai berjalan menuju rumah. Masitah menunduk
mengingatkan sesuatu…..
“Engkau Yang Maha Pengasih Lagi Menyayangi, selamatkanlah rumah tangga kami,
juga desa ini seluruhnya.” Demikian Masitah memulankan doanya sewaktu dengan tibia-tiba
20 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
didengarnya deru kapal-kapal terbang yang sedang bergerak di atasnya, jauh di atas
angkasa, menuju selatan.
Masitah memandang ke atas, dan nampaklah kepadanya, dalam ruang angkasa pagi
yang masih remang-remang, sederetan kapal terbang, seperti bangau-bangau sawah,
terbang bersusun menuju Syonan-to. (Demikian pernah Masitah diberitahu oleh para
tetangganya).
Jika perang ini harus berlangsung, janganlah ia sampai meragut nyawa suamiku, doa
Masitah lagi.Baru satu bulan aku mengalami hidup sebagai seorang iseri. Berilah kepadaku
kesempatan untuk memberi bakti kepada suamiku, dan bersama-samanya membina sebuah
rumah tangga yang bahagia, bebas daripada perang.
Kocakan air di sumur pada pagi itu telah berhenti. Masitah tahu sumur itu akan lama
lagi berkocak kerana suaminya sedang tidur pulas. Sementara itu, di angkasa, “bangau-
bangau sawah” kian menjauh dan derunya semakin sayup-sayup kedengaran. Masitah
menyedari air di badannya mulai mengering, kecuali rambutnya. Sewaktu Masitah hendak
meneruskan perjalannya menuju ke rumah, seorang lelaki yang tidak dikenali telah berdiri di
hadapannya. Masitah ingin menjerit, tetapi lelaki tersebut telah mulutnya dengan kuat.
Masitah tidak tahu sejak kapankah lelaki tersebut menunggunya. Dia tidak menyangka
kehadiran lelaki yang tiba-tiba itu. Yang Masitah tahu, sesat kemudian geluk di tangannya
jatuh dan airnya tumpah bersatu dengan embun-embun di hujung rumput……..
Sampai di tangga, Masitah membasuh kakinya. Setelah kedua-dua tapak kakinya
dikilir puas-puas sementara air terus turun dari mulut geluk, dan setelah Masitah yakin
kedua-dua kakinya telah bersih daripada tanah serta kotoran, diletakkan geluk di sisi tangga.
Dia sempat menoleh ke arah naiknya matahari. Di langit sebelah timur sana Masitah
nampak sinar matahari yang perlahan-perlahan bangkit memakan cahaya fajar. Desa P.S.
yang di sebelah timur sudah terang.
Masitah naik, lalu terus menuju kamar tidurnya. Budin suaminya telah bangun dan
sedang membuka pakaian malam.
“Ada sesiapa di sumur ?”
“Jali.”
“Ah, bukanlah aku yang sepatutnya berada di sumur sesudah engkau, Mas?”
“Sudahlah,”suara Masitah perlahan, “Bukankah hari ini hari istimewa baginya?”
Budin diam. Dipandangnya muka Masitah lama-lama.(Perasaan yang aneh tiba-tiba
memukul benaknya, seolah-olah dia akan kehilangan sesuatu pada hari itu). Kemudian,
perlahan sekali, dipakainya kain sarung. Diambilnya tuala yang telah siap digunakan
Masitah, lalu disampirkannya ke bahu. Dengan perlahan pula Budin menuju tingkap, lalu
21 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
membukanya dengan begitu hati-hati. Cahaya pergi menerobos masuk dengan tidak silu-
silu. Kamar itu menjadi terang.
Dari arah dapur, pendengaran Masitah dapat menangkap yang Sumi dan Salmi
sedang sibuk memasak air serta menyiapkan sarapan. Becok benar mereka bercerita hingga
Masitah tidak dapat mendengar dengan jelas butir tutur kata Sumi dan Salmi. Mereka telah
menjadi perawan sekarang, fikir Masitah. Tidak lama mungkin datang lamaran buat mereka,
dan seterusnya mereka akan berkhawin. Kemudian mereka akan dibawa suami masing-
masing entah ke mana. Kelak, dapatkah mereka melihat orang tuanya selalu? Kelak kalau
orang tuanya sudah mulai sakit-sakit, sedang mereka dibawa jauh oleh suami masing-
masing, siapakah yang bakal melihat dan merawat orang-orang tua ini? Fikir Masitah lagi.
Setelah menyapu bedak, memakai celana dan kutang, Masitah mengambil kain batik
berbunga-bunga merah bertanah hitam dari dalam almari. Dipakainya kain batik itu kemas-
kemas. Kemudian dikeluarkannnya pula baju kebaya warna merah jambu, lalu dipakainya.
Masitah menuju meja solek, duduk di hadapannya, lalu menyisir-nyisir rambutnya.
“Masitah, aku ingin anak lelaki.” Demikian kata Budin. Masitah seakan-akan mendengar
kata-kata itu. Kata-kata yang Budin ucapkan pada malam pertama mereka tidur bersama di
atas ranjang. Masitah seakan-akan masih dapat mendengar suara Budin mengiringi kata-
kata tersebut. Getar yang manja.
“Lelaki? Mengapa tidak perempuan?” usik Masitah.
Walaupun akhirnya Budin memberikan jawapan tetapi jawapan tersebut lambat
sekali diucapkan oleh Budin.
“Sekarang ini zaman perang. Tapi Tuhan telah menetapkan yang kita bertemu jodoh
pada saat-saat begini. Bukankah kita tidak tahu kapan perang akan berakhir? Kelak, kalau
terjadi sesuatu yang tidak baik ke atas keluarga kita, tapi ah, dijauhkan malaikat 44
malapetaka seumpama itu, bukankah anak lelaki itu mampu menguruskan keluarga ini lebih
baik daripada seorang perempuan? Dan kalau perang ini berpanjang-panjangan, tapi ah,
dijauhkan Tuhan perkara ini, katakanlah 10 tahun, 20 tahun atau 100 tahun, bukankah dia
pun layak untuk menjadi perwira mempertahankan negara ini, atau sekurang-kurangnya
menjadi seorang pemuda yang sanggup menjaga desa ini?’ Budin tidak mengerti mengapa
sepanjang itu dia bericara. Tetapi dia sudah merasakan bahawa dia tidak menyimpan apa-
apa lagi dalam jiwanya. Dia telah meluahkan semua kepada Masitah.
“Janganlah disebut-sebut tentang bencana perang itu, kang. Mas takut sekali,” Suara
Masitah perlahan. Disembunyikan ketakutan itu di bawah rangkulan Budin. Budin
memeluknya erat-erat, hingga menimbulkan rasa hangat yang asing. Masitah diam. Dia
seakan-akan bebas daripada bencana perang.
22 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
Saat yang ditunggu-tunggu oleh Budin akhirnya sampai juga. Sampai sesudah tiga
bulan perkahwinan mereka. Sesudah pada suatu pagi Masitah melihat “bangau-bangau
sawah” terbang berderet menuju Syonan-to. Sesudah…….. akan tetapi berat sekali Masitah
hendak memberitahu duduk perkara itu kepada Budin. Walau bagaimanapun, Masitah
harus memberi jawapan yang paling tepat, ketika pada suatu hari Budin mendapatinya
muntah-muntah.
“Aku sedang mengandung, kang.”
“Apa?” Budin bertanya. Pertanyaan yang mengandungi kehairanan. Tuala di bahunya
ditarik turun, dan dia berjalan mendekati Masitah yang masih duduk menghadap meja
solek. Cahaya matahari masuk dalam kamar dengan lebih tajam. Kamar tersebut mulai
hangat.
Kehadiran Budin di sisinya memeranjatkan Masitah sendiri. Masitah khuatir kalua-
kalau dia telah mengucapkan kembali sebahagian daripada kenangan masa lampaunya,
tetapi pada fikiran Masitah pada saat-saat itu, hal ini telah pun terjadi.
“Engkau mengandung lagi, Mas?”
Lama juga Masitah terdiam. Tetapi akhirnya dia berkata, ”Ah, ada-ada saja. Kalau tidak
dikejutkan begitu, kakang pastilah ngelamun lagi. Pergilah ke sumur. Hari sudah siang ni. Jali
mungkin sudah siap mandi.”
Budin menghela nafas
“Aku senang dengan jenaka itu Mas. Kau memang pandai berjenaka. Sebab itulah aku tak
pernah jemu hidup denganmu, Mas” kata Budin. Dia menunduk, lalu ditepuknya punggung
Masitah satu kali sebelum keluar kamar.
Masitah bangun. Cadar yang menutup tilam ditariknya, lalu dilipat kemas-kemas. Tiga buah
bantal di atas ranjang diambilnya, lalu dijemur di tingkap. Dari dalam almari dikeluarkan
sehelai cadar lagi, yang biasa digunakan untuk menutup ranjang siang hari.
Sumi dan Salmi masih di dapur. Sumi menjerit-jerit memberitahu Salmi yang air sudah
mendidih, sementara dia sedang memotong timun. Masitah mendengar jeritan itu juga
jawapan Salmi yang riuh. Tetapi kemudian keriuhan Sumi dan Salmi terganggu. Tentunya Jali
yang sedang menganggu, fikr Masitah. Gangguan yang selalunya mengejut, keras, tetapi
menyenangkan. Beberapa saat kemudian menjelma lagi, kali ini beserta suara Jali sekali.
Betapa mesranya Sumi dan Salmi bersama abang mereka Jali, fikir Masitah. Kemesraan
yang sering meriuhkan. Kemesraan yang sering memecahkan ketawa. Masitah mendengar
semuanya dari dalam kamar. Mendengar bukan keriuhan yang datangnya dari arah dapur
tapi yang datang daripada dalam jiwanya.
“Ayah menyayangi dia lebih daripada kami,” kata Sumi, juga bagi pihak adiknya Salmi.
23 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
“Kerana kulitnya lebih putih daripada kami, bukan?” tambah Salmi . “Dan dia kebetulan
lelaki!”
“Ah, kamu berdua ini ada-ada saja!” Nanti begitulah Budin membalas. “Apa buktinya ayah
membeza-bezakan kamu berdua dengan Jali? Kamu berdua, juga Jali adalah anak-anak ayah
yang ayah serta ibumu cinta sama rata. Dengar itu, sama rata. Bagaimanakah kami boleh
membeza-bezakan kamu?”
Masitah hanya menggelengkan kepala. Pertanyaan Budin sukar ditepis kembali oleh Sumi
dan Salmi. Tetapi Sumi sering pula mengungkit satu soal yang memedihkan Masitah.
“Maaflah ayah. Itu mungkin keraguan kami saja. Tapi toh kulit kang Jali lain sekali daripada
kami. Tidak seperti sawo matang!”
“Sudah! Sudah!” Nanti begitulah bentak Budin. “Kau Sumi, memang ada-ada saja untuk
memperpanjangkan sengketa. Dia kan lelaki. Ayah tak hairan kalau sebagai lelaki dia punya
kulit yang lain daripada kamu perempuan-perempuan. Kaudengar? Ayah tak hairan itu”
Jika Budin sudah membentak-bentak begitu, sekeras itu pula, Sumi dan Salmi pada terdiam.
Rumah itu juga terdiam.
Masitah tidak mendengar apa-apa suara dari arah dapur. Barangkali, pada saat-saat
demikian ketiga-tiga mulut terkunci dan masing-masing sedang mencari cerita baharu
untuk meriuhkan kembali suasana di dapur,fikir Masitah.
Keriuhan bermula lagi kebetulan apabila Budin sudah siap mandi. Sewaktu dia masuk dalam
kamar, Masitah sedang duduk termenung di kerusi. Budin berdehem satu kali.
“Sudah siap?”
“Ya.”
Masitah bangun menuju almari pakaian. Pintu almari dibuka. Diambilnya sehelai seluar
dalam, sehelai singlet, seluar panjang warna hitam dan sehelai kemeja warna putih buat
Budin. Pakaian itu diletak atas ranjang. Masitah kemudian menutup pintu almari sambal
berkata, “Itu pakaiannya sudah siap. Kalau sudah berpakaian datanglah sarapan. Kami
menunggu di meja makan.”
Budin hanya mengangguk. Masitah berjalan keluar kamar dan menutup kamar perlahan-
lahan. Bau harum masakan dari arah dapur masuk ke hidung Masitah.
Pada mulanya Masitah berhasrat untuk terus ke dapur, tetapi tahu-tahu dia sudah
memegang penyapu. Disapunya lantai ruang tamu perlahan-lahan. Sambil menyapu,
telinganya menangkap perbualan-perbualan Jali, Sumi dan Salmi. Namun percakapan Jalilah
yang sering menggetarkan jiwanya. Percakapan yang lahir daripada suara yang
24 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
mengandungi gema. Suara yang mampu menyedut dirinya untuk dilemparkan ke satu
suasana lain. Suara yang pada suatu hari tiba-tiba berubah menjadi lembut, hiba dan minta
belas kasihan.
“Ibu, maafkanlah aku jika aku harus berterus terang.” Masitah seakan-akan terdengar lagi
suara itu. Suara yang Jali ucapkan ketika umurnya meningkat belasan tahun.
“Ucapkanlah. Kenapa kau menggeletar nak? Seorang ibu adalah dijadikan oleh Tuhan untuk
selalu bertanggungjawab. Untuk selalu membimbing anak-anaknya. Ibu belum pernah
menolak untuk mendengar kata-katamu, bukan?”
“Sungguhkah ibu berani menerima kenyataan ini? Juga menyelesaikannya?”
“Apakah itu? Katakanlah sebelum ia terlewat.”
“Ibu, aku hampir memperkosa Khatijah anak…….”
“Kau ini tak ubah seperti……..”
Rasanya Masitah telah mengucapkan demikian kepada Jali. Tetapi yang keluar hanyalah air
matanya saja, sementara mulutnya terus terkunci. Air mata yang panas. Air mata yang turun
membawa kekejutan baharu. Masitah ingat lagi bagaimana sesudah “pemberitahuan “ itu
dia segera berlari menemui ibu Si Khatijah. Diserahkan dirinya kepada ibu Si Khatijah,
diterangkan segala-galanya yang telah terjadi dan akhir sekali menuntut jutaan maaf. Itulah
yang terdaya dilakukannya.
Mujurlah ibu Si Khatijah dapat memaklumi duduk perkara itu. Walaupun pada mulanya dia
membantah dengan kata preng-prengan ( kebetulan hanya dia dan Khatijah saja berada di
rumah ), tetapi lama-kelamaan suaranya merendah, kerana dia pun tahu bahawa berita
yang akan segera membusukkan nama keluarga harus dipendam jauh-jauh dalam perasaan.
Semuanya harus ditimbus serta ditimbun dengan keyakinan serta doa yang tebal agar ia
akan mati, musnah dan dilupakan. Akhirnya, setelah banyak juga Msitah mengeluarkan air
mata, ibu Si Khatijah setuju agar masalah itu dijadikan rahsia keluarga sahaja.
Beberapa bulan sesudah peristiwa itu, jika Masitah mendapati Jali sudah tenteram serta
yakin bahawa rahsianya hanya menjadi rahsia keluarga, dipancing-pancingnya minat Jali
terhadap Khatijah. Jika dia hampir merosakkan Khatijah, akhir-akhirnya dia patut turut
menanggungjawab soal itu secara sungguh-sungguh, fikir Masitah. Seorang perawan desa,
masih tetap seorang perawan yang patut mengekalkan banyak keasliannya.Jika dia telah
disentuh oleh seseorang, lelaki itu patut terus menjaga nama baiknya. Patut turut
menghargai diri perawan itu, fikir Masitah lagi. Bukankah desa P.S. ini banyak yang belum
berubah? Tetapi setiap kali Masitah cuba membuka tingkap persoalan itu, Jali sering
berusaha menutupnya, atau jika sudah amat terdesak, memberi bayangan lain lewat cerita-
cerita.
25 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
“Cerita yang bagaimana?” Pernah Masitah brtanya.
“Dari sebuah novel bu. Tapi ah! Kenapa novel-novel percintaan sahaja yang aku senangi?’
“Selain itu kau menggemari buku-buku tentang elektronik juga, bukan? Sudahlah.
Bagaimana ceritanya?”
“Kisah seorang pelaut bu. Dia telah cuba-cuba menjadi pelaut di masa kecilnya. Akhir-
akhirnya cintanya tumpah ke laut. Apabila pelabuhan tempat dia bertolak dulu telah
berkembang, berkembang mengikut umurnya, banyak sekali kapal-kapal dagang datang
dan pergi lewat pelabuhan itu…….
Pada suatu hari dia pun bertanya kepada dirinya sendiri: Mengapa aku tidak berusaha
melihat dunia ciptaan tuhan ini melalui laut? Apakah yang ada di sebalik laut yang biru itu?
Di sebalik sananya lagi? Dan disebalik sananya lagi? Akhirnya dia pun menggabungkan diri
menjadi kelasi, dan mulai saat itu dia pun memulakan pelayarannya ke segala pelosok
dunia.”
“Tidak berkhawinkah kelasi itu?” tanya Masitah.
“Wah, rupanya soal inilah yang sunnguh-sungguh menganggu fikirannya. Di setiap
pelabuhan dia bisa menemui perempuan-perempuan cantik. Kalau ibu seorang lelaki,
dapatkah ibu membayangkannya? Ratusan perempuan-perempuan cantik di ratusan
pelabuhan negara asing. Dapatkah ibu memilihnya jika ibu seorang lelaki?”
“Akhir-akhirnya dia berkahwin dengan perempuan asing, ibu kira,” tukas Masitah.
“Jika begitu tebakan ibu, ibu pastilah salah.”
“Ya? Alangkah baiknya jika ibu salah dalam tebakan itu.”
“Di pelabuhan kecilnya dahulu dia telah berkenalan dengan seorang perawan. Perawan yang
lincah. Yang jernih matanya macam mata kelinci. Kenangan terhadap perawan itulah
barangkali yang dikatakan cinta. Tahukah ibu apa yang terjadi sesudah itu? Pelaut itu
membatalkan pelayannya ke negeri yang lebih jauh. Dia segera pulang ke pelabuhan
kecilnya. Rupa-rupanya bukan dia seorang yang berperasaan begitu…….”
“Siapa lagi?”
“Pastilah perawan itu juga. Sejak pemergian pelaut itu, dia selalu berada dalam dukacita.
Setiap hari dia akan duduk di pelabuhan, menanti kalu-kalau pelaut itu kembali. Dia hanya
pulang jika matahari telah tenggelam di laut barat. Akhirnya, saat yang di tunggu-tunggu itu
pun sampai. Pelaut itu pulang menemui kekasihnya. Perawan itu juga menemui pelaut
kekasihnya. Mereka bertangis-tangisan di pelabuhan tanpa mengira banyak orang. Akhirnya
mereka ber…….”
26 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
“Ibu, sarapannya sudah siap.” Sumi memberitahu dari arah dapur. Masitah terhenti, dan
sapunya terlepas daripada tangan. Tidak lama kemudian Budin keluar dari kamar, lalu
menoleh ke arah Masitah sebentar.
“Aku dengar sarapan sudah siap. Marilah kita bersarapan, Mas,” ajak Budin.
“Sarapan lah dulu, kang,” jawab Masitah, “Mas tetinggal sesuatu di sumur.”
Tanpa menoleh lagi kepada Budin, Masitah telah menyandarkan penyapu ke dinding, menu
pintu depan, turun ke tanah lalu menuju sumur. (Benarkah kau tertinggal sesuatu di sumur
Mas? Dia terdengar soalan itu daripada dalam jiwanya).
Dari bawah, dalam perjalanannya ke sumur, Masitah sempat mendengar usikan Salmi
terhadap Jali. Kemudian didengarnya jawapan Jali yang riuh, yang mengatakan bahawa dia
sedang menaiki anak-anak tangga kejayaan. Bukankah kejayaan seumpama itu patut turut
menjadi kebanggaan keluarga? Demikian tingkahnya.
Memang sejak lama Masitah dan Budin menyedari kebolehan Jali. Ini ditambah oleh
pemberitahuan guru-guru Jali kepada Budin (yang kemudian sampai ke telinga Masitah),
yang beria-ria mengatakan Jali patutlah dihantar keluar negeri mendalami pelajaran
kejuruteraan elektronik. Dia memang berbeza benar daripada Sumi dan Salmi,fikir Masitah.
Masutah juga ingat, telah beberapa kali suaminya mengusahakan agar Jali dapat dihantar ke
luar negeri.Tetapi hambatan yang nyata, yang sukar diatasi ialah soal biasiswa. Hal ini,
seperti yang dapat diperhatikan Masitah, sering membuat suaminya berdukacita. Juga Jali.
“Jika ada izin Tuhan Yang Maha Pengasih, pada suatu hari nanti pastilah cita-citamu akan
dimakbulkan-Nya, Jali.” Begitu pernah Budin ucapkan kepada Jali.
Sampai di sumur, Masitah melihat-lihat apakah sesungguhnya dia tertinggal sesuatu di
tempat itu. Setelah diamat-amatinya betul-betul pastilah kepadanya bahawa dia tidak
tertinggal sesuatu apa pun di sumur.
Diperhatikan air sumur yang hijau jernih. Dilihat bayang-bayang wajahnya di kejernihan air
sumur itu. Sukar baginya untuk mentafsir perasaan bayang-bayang itu. Tetapi apabila
dirasanya degup jantungnya yang kencang, serta menyedari ketegangan wajahnya, pastilah
kepada Masitah bahawa dalam kejernihan air sumurnya, bayang-bayang tadi juga
menyimpan perasaan yang serupa.
Sehelai daun nangka yang pokoknya berdekatan dengan sumur itu melayang, lalu menimpa
permukaan air sumur. Bayang-bayang dalam sumur itu bergetar. Masitah mengangkat
mukanya, memandang pokok nangka yang telah besar serta tinggi. Bukankah itu pokok yang
ditanam bersama-sama Budin tidak lama sesudah kelahiran Jali? Masitah teringat kembali
peristiwa-peristiwa masa lampaunya. Juga pohon sawo itu, yang ditanam sesudah kelahiran
Sumi?
27 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
Pohon sawo itu telah rendang dan tinggi. Dia teringat sewaktu mengandungkan Salmi, dan
pohon sawo itu telah mulai berbuah, dia gemar sekali memakannya belum masak benar. “
Rasa kelat ini sesuai benar dengan selera tekakku, kang. Lagipun kalau sudah masak benar di
pokok, pastilah kalong datang mencarinya pada malam hari.” Demikian pernah Masitah
memberitahu Budin.
Telinga Masitah tiba-tiba menangkap bunyi kapal terbang. Sewaktu dilihatnya di angkasa,
nampaklah kepadanya beratus-ratus kapal terbang sedang bergerak berderetan menuju
Syonan-to. Menuju arah selatan. Kapal-kapal terbang itu tidak ubahnya seperti bangau-
bangau sawah. Berwarna keputih-putihan. Gemanya begitu kuat hingga memaksa Masitah
menutup kedua-dua belah telinganya. Pada saat-saat itu seorang lelaki datang kepadanya
dari arah depan, lalu memegangnya. Masitah kurang pasti sejak kapankah lelaki tersebut
berada di situ.
“Lepaskan aku!”jerit Masitah
“Kenapa Mas?’
Masitah memeluk Budin erat-erat. Sumi dan Salmi memandang saja. Kemudian Masitah
sendiri merenggangkan pelukan itu. Dia menghela nafas sambil memerhati hujung landasan
lapangan terbang. Masitah menyedari bahawa yang dilihatnya bukan ratusan bangau-
bangau sawah tetapi hanya sebuah kapal terbang yang sedang bergerak pantas
meninggalkan landasan.
“Sudahlah bu,” pujuk sumi, “Lima tahun bukanlah masa yang begitu lama. Kang Jali berada
di luar negeri. Bukankah dengan restu ibu juga dia berangkat? Sudahlah bu. Tokyo bukanlah
tempat yang terlalu jauh dari sini…..”
Perlahan-lahan Masitah mengesat air matanya. Lima tahun. Tokyo. Jali. Kesemua itu
kenyataan-kenyataan yang harus aku hadapi, fikir Masitah.
Sumi memegang lengan ibunya. Salmi mengusap-usap rambut ibunya. Sementara Budin
memaut pinggang Masitah dengan tangan kirinya. Mereka memerhatikan kapal terbang
yang sudah berangkat meninggalkan landasan, yang sedang berada di ruang angkasa. Kapal
terbang itu terus bergerak menuju utara. Kecil. Kecil…. Lalu hilang dari pandangan Budin.
Hilang dari pandangan Sumi. Hilang dari pandangan Salmi. Hilang daripada pandangan
Masitah.
Masitah masih memandang langit utara pada siang yang cantik itu. Budin, Sumi dan Salmi
masih memandang ke arah yang sama. Dengan perlahan sekali Masitah menyerahkan
kedua-dua belah tapak tangannya kepada Tuhan, dan seperlahan itu pula memanjatkan
sepotong doa. Doa yang diucapkan perlahan sekali. Perlahan sekali buat dirinya sendiri.
“Tuhanku, aku tahu pemergiannya membuat aku bebas dari bencana perang. Namun
kuucapkan terima kasih juga kepada-Mu kerana sepanjang masa itu Kau menjadikan aku
28 | S N N E G A R A A N W A R R I D W A N , S A N G K A R : 2 0 0 9
seorang perempuan yang kuat menyimpan rahsia serta dapat melawan hebatnya perang
dalam batinku. Tetapi dia akan kembali dalam masa lima tahun lagi. Jika Kau masih
panjangkan usiaku untuk menghadapi saat-saat itu, hanya satu permohonanku, berilah aku
kekuatan, seperti yang telah Engkau berikan sebelum ini. Amin.”