KERTAS KERJA
PROGRAM HARI KANAK-KANAK SEDUNIA
TAHUN 2022
“PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG“
UNIT HAL EHWAL MURID
SK KINAPULIDAN
89308, RANAU, SABAH
1.0 PENGENALAN :
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959, setelah
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta
semua negara meraikannya setiap tahun sebagai satu hari bagi persaudaraan dunia dan persefahaman
di kalangan kanak-kanak. Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambutnya pada hari
Sabtu minggu keempat bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keperihatinan masyarakat
terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah turut serta meraikan Hari Kanak-
kanak Sedunia pada setiap tahun. SK Kinapulidan juga tidak terkecuali untuk meraikan murid-murid kami
sebagai bukti keprihatinan pihak sekolah terhadap murid dan masyarakat amnya, kanak-kanak
khususnya.
2.0 MATLAMAT :
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran
kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan perlindungan,
kebajikan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.
3.0 OBJEKTIF :
3.1 Bersama meraikan kanak-kanak bersempena dengan sambutan Hari Kanak- kanak Sedunia.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan
kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa,
sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi yang dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6 Melahirkan bangsa yang memiliki keperibadian cemerlang serta berwibawa.
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN :
4.1 Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan kecerdasan mental murid-murid.
4.2 Murid-murid diberi pengiktirafan dari segi sahsiah diri.
4.3 Murid-murid diberi peluang untuk menunjukkan bakat terpendam.
4.4 Murid-murid diraikan dengan cara yang membina jiwa dan personaliti mereka ke arah
membentuk generasi beradab masa hadapan.
2
5.0 TARIKH PELAKSANAAN :
28 Oktober 2022 ( Jumaat ).
6.0 TEMPAT :
SK Kinapulidan, Ranau.
7.0 SASARAN :
Semua murid Aliran Perdana dan Prasekolah ( 213 Orang ).
8.0 SUMBER KEWANGAN :
Kewangan Sekolah
9.0 ATURCARA MAJLIS :
7.30 Pagi - Mencatat kehadiran murid
7.40 Pagi - Bacaan doa oleh wakil murid
- Ucapan Ketua Murid
- Ucapan Guru Besar
- Persembahan Murid
➢ Prasekolah
➢ Aliran Perdana ( Tahun 1 hingga 6 )
9.00 Pagi - Sambutan Hari Lahir Mega
9.40 Pagi - Penyampaian Hadiah
➢ Kehadiran Terbaik
➢ Kehadiran Kelas Terbaik
➢ Murid Sahsiah Cemerlang Kokurikulum
10.30 Pagi - Rehat / Jamuan
11.00 Pagi - Bersurai
3
10.0 AJK HARI KANAK-KANAK :
Pengerusi : Pn. Alice Philip Jumin ( Guru Besar )
Naib Pengerusi 1 : En. Jumadi Musa – PK HEM
Naib Pengerusi 2 : Pn. Joanna Suhaimin - PKP
Naib Pengerusi 3 : En. Junaidi Ribin
Setiausaha : Pn. Nancy @ Noorkamisah Yunik
Bendahari : Pn. Noraffikah Jainod
Juruacara Majlis Hadiah /Sijil
Pn. Nur Aina Gahamat Pn. Alidah Lasumin
Persiapan Tempat (Sebelum & Selepas) Bacaan Doa
En. Lucius Kent (K) Hj. Zamrul Mohd Aslie
Hj. Zamrul Mohd Aslie
Pekerja-pekerja Swasta / Keselamatan Buku Program
Pn. Nancy @ Noorkamisah Yunik
Backdrop
Pn. Azrinah Mohamad (K) PA Sistem
Pn. Shamsiah Taha En. Junaidi Ribin
Pn. Mirhana Muhinin
AJK PERSEMBAHAN:
Jamuan Murid & Guru
Pn. Sahimi Sapin (K) Penyelaras : En. Lucius Kent
Pn. Ismahwati Nasirin
Pn. Asneh Yassin Prasekolah
Pn. Tuminah Samichan Pn. Noraffiksh Jainod
Pn. Mirhana Muhinin
Disiplin Murid
Pn. Alinah Yanag (K) Tahun 1
Pn. Shamsiah Taha Pn. Rahaizah Andilib
Pn. Mirhana Muhinin
Pengawal Keselamatan Tahun 2
Pn. Sahimi Sapin
Jurugambar
Pn. Alidah Lasumin Tahun 3
Pn. Rahaizah Andilib Pn. Tuminah Samichan
Pelapor Tahun 4
En. Jumadi Musa Pn. Azrinah Mohamad
Pn.Nancy @ Noorkamisah Yunik
4
Tahun 5
Pn. Asneh Yassin
Tahun 6
Pn. Nancy @ Noorkamisah Yunik
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN :
PERKARA BILANGAN JUMLAH
11.1 Hadiah Kehadiran Terbaik ( Individu ) Sekolah -
- Sijil
-
11.2 Hadiah Kehadiran Terbaik ( Kelas ) Sekolah
- Sijil -
11.3 Hadiah Murid Sahsiah Cemerlang Sekolah -
- Sijil -
-
11.4 Kek Sumbangan Ibubapa / Penjaga
- Setiap kelas
11.5 Kertas Sijil Sekolah
JUMLAH KESELURUHAN
12.0 PENUTUP :
Diharapkan agar Program Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah pada tahun ini akan
berjalan dengan cemerlang sepertimana yang diharapkan. Bantuan dan sokongan dari semua warga
sekolah dalam menyumbang keringat dan sumbangan dari pelbagai pihak adalah sangat penting dan
bermakna dalam merealisasikan impian ini.
5
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:
………………………………………….. …………………………
(NANCY @ NOORKAMISAH YUNIK) ( JUMADI MUSA )
Setiausaha Hari Kanak-kanak Penolong Kanan HEM
SK Kinapulidan SK Kinapulidan
Tarikh : Tarikh :
6
KERTAS CADANGAN HARI KANAK-KANAK, SK KINAPULIDAN TAHUN 2022
___________________________________________________________________
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH
Meluluskan Kertas Cadangan Program Hari Kanak-Kanak
Atau
Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Hari Kanak-Kanak
Ulasan
:
.......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................
……………………………
(ALICE PHILIP JUMIN)
Guru Besar
SK Kinapulidan,
89308 Ranau, Sabah.
7