The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KV SKILL 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-6
Buletin edisi 1 bertarikh 14/10/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-41032753, 2022-10-14 17:40:21

KV SKILLS 2022 EDISI 1

KV SKILL 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-6
Buletin edisi 1 bertarikh 14/10/2022

Keywords: KV SKILLS 2022

KV SKILLS

PERINGKAT KEBANGSAAN

KALI KE-6

BULETIN EDISI 1
14/10/2022

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH

SAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah syukur ke hadrat llahi dengan limpah dan kurnia-Nya, Pertandingan KV Skills
Peringkat Kebangsaan Kali Ke- 6, 2022 ini dapat dilaksanakan di Zon Selatan Uohor) setelah 2 tahun
menyepi kerana seluruh negara dilanda PandemiK Covid-19. Sekalung tahniah dan syabas saya
ucapkan kepada seluruh Jawatankuasa lnduk dan Jawatankuasa Pelaksana khususnya Zon Johor
selaku tuan rumah kerana berjaya melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya.
Penganjuran Pertandingan KV Skills ini merupakan inisiatif Sahagian Pendidikan dan Latihan
Teknikal Vokasional (BPLTV) untuk mencungkil bakat, kreativiti dan daya inovasi dalam kalangan
pelajar Kolej Vokasional. Usaha sebegini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja mahir ke arah
memacu industri berasaskan kemahiran, setanding dan setaraf dengan negara-negara maju.
Adalah menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya BPLTV agar penganjuran
Pertandingan KV Skills ini dapat mempromosikan kemenjadian pelajar Kolej Vokasional dengan
cara mempamerkan bakat dan kepakaran dalam bidang masing-masing seterusnya berpeluang
untuk menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan sumbangan dan komitmen sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan Pertandingan KV Skills Kali Ke-6 , 2022 ini. Semoga dengan penganjuran KV Skills ini
mampu menjadi nilai tambah dalam kalangan pelajar kolej selain memacu kumpulan tenaga mahir
dalam industri bertaraf negara maju.
Saya akhiri ucapan dengan serangkap pantun,
SILAU MENTARI MEMANCAR TERANG,
NIKMAT DISYUKURI WARGA KOLEJ,
WARGA KV WARGA TERBILANG,
KV SKILLS PEMANGKIN CERMINAN IMEJ
Sekian, Wabillahi taufiq wal hidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sekian, terima kasih

(HAJAH ZANARI NTI HAJI AHMAD)

Pengarah Sahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

1

KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI

MAJLIS PENGARAH/PENGETUA
KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

ZON JOHOR

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulilah bersyukur kehadrat lllahi dengan limpah dan keizinan-Nya dapat kita menjayakan
Pertandingan KV Skills Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 bagi Tahun 2022.

Pemilihan Zon Johor sebagai tuan rumah merupakan satu pengiktirafan yang besar diberikan oleh
Sahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional kepada seluruh warga kerja Kolej Vokasional
Zon Johor. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan saya ucapkan kepada Kolej Vokasional
yang terlibat dalam mengelola pertandingan, menyediakan lokasi serta peralatan sebagai
kemudahan kepada peserta pertandingan. Di samping itu, komitmen yang jitu daripada seluruh
warga kerja Pertandingan KV Skills Peringkat Kebangsaan Kali Ke-6 Tahun 2022 dapat menjayakan
program ini dengan lancar dan cemerlang.

Sejajar dengan objektif KV Skills yang menjurus kepada agenda mempertingkat, memantapkan
pengetahuan serta kemahiran pelajar dan imej Kolej Vokasional, sekaligus memberi inspirasi dan
motivasi kepada warga pendidik serta pelajar aliran vokasional agar dapat melonjakkan bidang
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) agar menjadi pilihan utama. Selain tu, program
Pertandingan KV Skills juga menyediakan pelajar Kolej Vokasional untuk ke pertandingan
kemahiran pada peringkat ASEAN dan antarabangsa.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli jawatankuasa yang
telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memastikan pertandingan ini dapat dijalankan
dengan jayanya. Saya dengan penuh harapan yang tinggi mendoakan agar segala usaha dan
kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang .

Akhir kalam daripada saya, tahniah dan syabas buat semua peserta yang berjaya meraih tempat
dalam pertandingan yang telah dipertandingkan. Tahniah juga buat semua peserta dan guru
pembimbing yang telah bertungkus lumus untuk menyertai pertandingan ini. Semoga dengan
adanya pertandingan seperti ini dapat mengeratkan ukhwah antara seluruh warga ker'a Kolej
Vokasional di seluruh Malaysia.

Sekian, terima kasih

)-

(HAJI YUSOF BIN MAT DAUD)
Pengerusi,
Majlis Pengarah/ Pengetua
Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Zon Johor

2

KETIBAAN PESERTA-PESERTA DAN GURU
PEMBIMBING DARI SABAH DAN SARAWAK

3

DI KOLEJ VOKASIONAL KOTA
TINGGI
Sesi Pendaftaran Peserta

Taklimat dan Pengurusan di
Bengkel Automotif

Taklimat & Pengurusan di
Bengkel Penyejukan dan
Penyamanan Udara

4

DI KOLEJ VOKASIONAL KOTA
TINGGI
Taklimat dan Pengurusan

Bidang Bricklaying

Taklimat & Pengurusan

Bidang Wall and Floor Tiling

5

DI KOLEJ VOKASIONAL
PAGOH

Sesi Pendaftaran dan
Taklimat

Sebanyak 5 Kolej Vokasional dari seluruh

Malaysia telah selesai mendaftar pada hari

ini sebagai peserta dan jurulatih bagi

menyertai pertandingan Landscape

Gardening. Taklimat pertandingan telah

disampaikan oleh Encik Rizaidi bin Sahir

selaku Urus Setia Pertandingan.

6

DI KOLEJ VOKASIONAL
PERDAGANGAN
Sesi Pendaftaran dan
Taklimat

Sebanyak 15 daripada 18 Kolej Vokasional
dari seluruh Malaysia telah mendaftar pada
hari ini sebagai peserta dan jurulatih.
Terdapat 4 pertandingan yang akan
dijalankan iaitu Animation & Multimedia
Creative, Graphic Design, IT Networking
System Admin serta Web Technology.
Taklimat pertandingan telah disampaikan
oleh Puan Mastura binti Md Hassan selaku
Urus setia Pertandingan.

7

DI KOLEJ VOKASIONAL (ERT)
AZIZAH

Sesi Taklimat Bagi

Pertandingan Fashion
Technology

Para peserta sedang mendengar taklimat
pertandingan yang disampaikan oleh Pn
Sarimah Abu Bedor (KV Sultan Ahmad Shah)
bersama ahli panel iaitu Pn Siti Aminah Mohd
Zainuddin (KV Sultan Ahmad Shah) dan Pn
Azlin Fariza binti khairuddin ( KV Sepang)

Nur Azlin Binti

Baharuddin peserta

pertandingan dari KV

Kuala Kangsar

sedang mendaftarkan

diri bagi pertandingan

Fashion Technology.

Sesi Pendaftaran Peserta

8

DI KOLEJ VOKASIONAL (ERT)
AZIZAH

Persiapan Tempat Bagi

Pertandingan Fashion
Technology

Para pelajar dan pensyarah

bekerjasama untuk membuat

persiapan tempat agar

pertandingan dapat dilaksanakan

dengan baik dan lancar.

9

DI KOLEJ VOKASIONAL (ERT)
AZIZAH
Sesi Pendaftaran Dan
Taklimat Pertandingan

Beauty Therapy

Para peserta pertandingan sedang
tekun mendengar taklimat berkaitan
pertandingan yang akan dijalankan.
Taklimat telah disampaikan oleh Pn
Hartinawati bt Pawzi Penyelaras
teknikal Beauty Therapy.

10

DI KOLEJ VOKASIONAL
TANJUNG PIAI

Pendaftaran Peserta, Safety Briefing,

Pengundian dan Lawatan Tapak
Pertandingan

11

DI KOLEJ VOKASIONAL
TANJUNG PIAI

Taklimat Kepada Peserta Welding
Technology

Taklimat disampaikan oleh Pegawai teknikal iaitu Encik Zainuddin Bin Hashim
dari Kolej Vokasional Kerian dan Encik Abu Bakar Bin Abdul Jabar dari Kolej
Vokasional Nibong Tebal. Cabutan undi bay dan penyesuaian tapak juga dibuat
sejurus selepas taklimat.

Tuan Pengarah Kolej

Vokasional Tanjung Piai,

En Nor Azman bin

Marjuki dan Ketua

Program Teknologi

Kimpalan, Encik Salman

bin Hussin turut

bersama-sama semasa

sesi taklimat kepada

peserta.

12

DI KOLEJ VOKASIONAL
TANJUNG PIAI

Sesi Taklimat Peserta Industrial Machining

Sesi taklimat
daripada
Jawatankuasa
Teknikal
Industrial
Machining oleh
Encik Mohamed
Zulfakar Jafney
bin Zulkfli dari
Kolej Vokasional
Kemaman

Taklimat daripada wakil tuan
rumah KV Tanjung Piai bagi
Pertandingan KV Skills
Industrial Machining iaitu
Encik Mohd Maizolakmal bin
Haron.

13

DI KOLEJ VOKASIONAL
TANJUNG PIAI

Sesi Taklimat Peserta Mechanical
Engineering (CAD)

Sesi taklimat peserta yang diberikan Taklimat Mechanical Engineering
oleh Encik Mohamad Ridzuan bin (CAD) diberikan oleh Encik Mohd
Sopah. Syamil bin Kasim selaku Penyelaras
Pertandingan tersebut.

14

DI KOLEJ VOKASIONAL
TANJUNG PIAI
Sesi Uji Lari Mesin Sedang Dijalankan
Oleh Semua Peserta Pertandingan

15

DI KOLEJ VOKASIONAL
TANJUNG PIAI
Sesi Uji Lari Mesin Sedang Dijalankan
Oleh Semua Peserta Pertandingan

16


Click to View FlipBook Version