The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

[CONTENGAN RM] Alhamdulillah! Contengan RM, terbitan sulung Rakan Masjid telah berjaya dihasilkan pada tahun 2017. Sebuah buku yang menghimpunkan karya ahli Rakan Masjid 16/17 seperti puisi, cerpen, komik, tazkirah dan banyak lagi. Semoga Contengan RM ini bermanfaat buat para pembaca.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Firdaus Jaafar, 2020-04-16 09:39:28

Contengan Rakan Masjid

[CONTENGAN RM] Alhamdulillah! Contengan RM, terbitan sulung Rakan Masjid telah berjaya dihasilkan pada tahun 2017. Sebuah buku yang menghimpunkan karya ahli Rakan Masjid 16/17 seperti puisi, cerpen, komik, tazkirah dan banyak lagi. Semoga Contengan RM ini bermanfaat buat para pembaca.

Keywords: #islam #motivasi

2 Dunia, 2 Tanggungjawab Berbeza

Kini, aku menjadi seorang mahasiswa USM cawangan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian,
Kelantan negeri aku membesar dari kecil. Aku bukanlah berasal dari golongan berada mahupun
dari yang kurang kecukupan. Alhamdulillah, aku dan keluarga diberi nikmat yang cukup dari Allah
SWT. Namun, setiap kehidupan mesti ada dugaan. Ayah diserang penyakit angin ahmar (stroke)
ketika aku di tingkatan 2 pada tahun 2010 yang lalu. Kami sekeluarga redha dengan apa yang diberi.

Hendak dipendekkan cerita, semua adik beradik perlu berjauhan daripada ibu bapaku
termasuk aku yang perlu meneruskan pelajaran ke peringkat matrikulasi. Hanya tinggal abang aku
yang berhenti kerja untuk meringankan beban ibu menjaga ayah.

Kisah aku di matrikulasi, berdepan dengan kesusahan untuk mengejar dan menyesuaikan
diri dengan kehidupan di sini. Tapi, disinilah tempat yang banyak mengajar aku untuk benar-benar
mencari Tuhan. Setiap perkara yang aku belajar dalam kelas tidak masuk dalam kepala. Aku terfikir
kenapa boleh jadi sebegini. Aku tertekan dengan masalah belajar demi kejayaan aku dihadiahkan
kepada ibu bapaku.

Alhamdulillah, aku di hadiahkan seorang sahabat yang suka menasihati untuk sering
mendekati-Nya. Katanya “Sentiasalah luangkan masa untuk bersama dengan Allah, masa yang kita
guna untuk-Nya akan dibalas dengan masa yang lapang untuk kita”.

Dari hari itu, aku berusaha untuk sentiasa turun ke masjid bersama sahabat disetiap waktu
Maghrib dan Isya’. Selang antara waktu, kami solat taubat, hajat dan membaca al-Quran serta tidak
lupa juga untuk qiam setiap malam. Setiap hari, aku mendoakan kesejahteraan ibu bapaku yang
tidak dapat aku membalas jasa mereka ketika mereka susah. Itulah tanggungjawab aku terhadap
ibu bapaku kerana tiada apa yang dapat aku lakukan ketika berjauhan dengan mereka. Semenjak
dari itu, aku sudah terbiasa dengan amalan itu dan aku tambah lagi dengan memaksa diri untuk
menangis ketika menghadap Allah SWT. Setiap hari juga, aku bertanyakan khabar orang tuaku di
rumah dan meminta restu dengan mereka. Aku bersyukur diberi ketenangan dan dapat merasai
kemanisan itu. Alhamdulillah… tanpa diduga, aku mendapat kejayaan yang aku inginkan ketika
berada di sana. Dapatlah aku melihat senyuman kegembiraan pada wajah ibu bapaku dengan
menghadiahkan kejayaan aku.

Semester 3 di USM ini, semasa minggu ulangkaji bermula aku terpaksa pulang ke kampung
halaman untuk menjaga ibu dan ayah aku dirumah oleh kerana semua abang-abang aku sudah
merantau di negeri orang untuk mencari rezeki. Pada awalnya, aku redha dengan ujian ini. Aku
perlu menyusun jadual ulangkaji untuk hadapi peperiksaan dengan sebaik mungkin dengan tidak
mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapaku dan tidak lupa juga untuk menjaga Mutaba’ah
aku ketika di rumah.

51

Pada suatu hari, aku merasa terbeban dengan semua ini. Peperiksaan tinggal beberapa hari
sahaja lagi, ibu menyuruh aku lakukan itu dan ini tanpa mengetahui jadual peperiksaan aku yang
sangat padat. Aku juga perlu menguruskan ayah setiap hari.

Aku menangis dan mengeluh, “Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini, aku satu-satunya anak
perempuan dalam keluarga ini, aku lemah, aku tak mampu pikul amanah ini, aku tak mampu
memikul tanggungjawab ini, aku tak mampu untuk hadapi semua ini tanpa sokongan dan bantuan
abang-abangku dan orang-orang yang aku sayang.” Tambahan, kami diuji lagi dengan kehilangan
ibu saudara sebelah ayah.

“Adik…..ooooo adik….”

Panggilan ibu menyedarkan aku dari lamunan…

Astaghfirullahhal A’zim… aku beristighfar, ya Allah apa yang aku telah lakukan. Aku
mengeluh dengan tanggungjawab yang Engkau amanahkan padaku hanya dalam beberapa hari?
Sedangkan ibu bapaku telah menjaga aku sudah berapa tahun, inikah balasan aku terhadap orang
tuaku? Ikhlaskah aku? Patutkah aku? Dugaan yang sedikit tidak mampu untuk aku hadapi, aku
terfikir kenapa sampai begini. Sekarang aku faham, aku terlalu mengejar dunia, terlalu mengejar
kejayaan peperiksaan tanpa aku faham yang semua ini adalah ujian dari Allah untuk menyedarkan
aku bahawa kejayaan dunia tidak dapat kau kecapi jika tiada restu dari ibu bapa dan keberkatan
dari-Nya.

Aku juga teringat dengan kata-kata ibu ketika aku memuji kecantikan sebuah kereta yang
lalu di hadapan rumah semasa aku dan ibu sedang bersantai.

Kata ibu, “Ibu tidak mahu semua itu, ibu hanya mahukan kebahagiaan” ya Allah… aku cuba
untuk tidak menitiskan air mata di hadapan ibu. Kata-kata ibu sungguh menikam kalbuku.

Setelah sedar dan faham situasi yang berlaku dalam hidup aku, aku berserah kepada Allah
disamping usaha dan doa tidak pernah aku lupakan.

Satu keajaiban yang aku perasan, meskipun setiap kali hari peperiksaan aku dan ibu
mencari orang sekeliling untuk menghantar dan mengambil aku pulang, aku sentiasa berasa
tenang. Setiap kali sampai di dewan, aku adalah orang yang paling lewat. Namun, aku tidak merasa
debaran sedikitpun.

Sekarang aku faham, manusia sekarang terlalu mengejarkan akan kemewahan dunia
termasuk aku sendiri walaupun kita tahu bahawa kita tidak perlu mengejar dunia, hanya
mengejarkan akhirat, dunia akan menyusul. Tidak lupa juga, setiap tanggungjawab yang
diamanahkan oleh kita perlu di pikul dengan sebaik mungkin termasuk dengan menjaga orang tua
kita semasa mereka sudah tua. Satu ayat yang tidak pernah aku lupakan, “Kita merancang, Allah

52

juga merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT”. Ayat yang selalu mengingatkan aku
untuk sentiasa bersangka baik terhadap Penciptaku.

“Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik penjaga.”
(Al-Imran:173)
Pengajaran: Bagi yang telah kehilangan atau masih mempunyai ibu bapa, berbuat baiklah kepada
mereka kerana mereka adalah salah satu punca keberkatan dalam hidup kita. Berbaktilah kepada
mereka dengan mendoakan mereka dan menjaga rohani dan jasmani mereka. Sayangi ibu bapa
selagi Allah masih pinjamkan nyawa mereka untuk kita.
Wallahu a’lam.

Nukilan,
Nur Aini binti Daud

53

MencariNya

HTC M8 di sebelah, earbud Ipod di telinga sambil jari jemari yang tidak henti menekan
keyboard laptop. Masa berbaki tinggal dua hari lagi untuk menyiapkan assignment yang sudah
diberi sebulan lebih awal. Lagu Greenday – 21 Guns diputar di telinga. Album 21st Century
Breakdown banyak kali juga dikhatam hari ini. Dari pukul 2 petang hingga 6 petang, laptop Vivo
menjadi saksi kesungguhan Amir dan Asar entah letak di mana. Mata meneliti setiap perkataan
ditaip. Mungkin kerana Assignement yang membawa 40% carry marks. 4 jam tidak cukup untuk
menyiapkan assignment yang diberi tempoh sebulan tapi sudah lumrah last minit bagi seorang
pelajar.

“Malam nanti pula sambung kalau tidak boleh meletup otak kau macam tu,” berkata Ashraf
atau dipanggil Ash.

Ash merupakan salah satu roommate Amir bersama seorang ahli rakannya iaitu Hafizuddin
atau lebih gemar dipanggil Din.

Ketiga-tiga kami bagai isi dengan kuku sejak hari mula perkenalan lagi. Setiap kami
mempunyai latar belakang yang berbeza termasuk mengikuti kursus yang berbeza di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Namun begitu, disatukan melalui minat yang sama iaitu muzik. Dikenali
ramai sebagai Trio Band di univerisiti kerana hampir telah membuat persembahan hampir di semua
event dalam universiti. Dalam band ini, Din sebagai vocalist, Ash sebagai drummer dan Amir
sebagai guitarist. Seperti biasa, tiap malam hujung minggu, jamming di studio milik keluarga Din.
Kalau nak dilihatkan, hidup Din paling dicemburui kerana dilahirkan dalam kelurga yang berada
dan pelajar pintar juga di kelasnya. Mungkin kerana rezekinya.

“Minggu ni kita ada perform mana mana event ke?” ujar Amir kepada Din selaku ketua Trio
Band itu.

“Tiada, boleh la kita relax minggu ni,” balas Din.

Hampir nak mati juga dibuatnya kerana jemputan persembahan kadangkala ada juga
daripada pihak luar. Namun kalau dah minat, penat pun tak mengadu.

Walaupun jauh dan sudah lama berpisah, Amir masih lagi contact Aliff iaitu rakan sekolah
menengahnya. Dari zaman sekolah hingga sekarang Aliff menjadi pendengar setia segala cerita
Amir. Dari cerita baik hingga cerita buruk. Kami biasanya berbual di talian chat Skype. Dari tidak
matang hingga matang ku mengenali Aliff ini yang boleh dianggap seperti abang. Dialah yang
membantu ketika Amir menghadapi masalah. Aliff juga mengetahui minat Amir yang mendalam
terhadap muzik. Suddenly Aliff bertanya out of the blue,

“Dalam bidang muzik ini kau dapat kecapi tak kebahagiaan apa yang kau hendaki?”

54

“Erm kenapa tanya?” balas Amir teragak-agak.

Rasanya ini lagi susah daripada soalan final exam difikiran Amir. Yelah, seumur hidup tidak
pernah ada orang mengacukan soalan itu.

“Random, tak mengapa, kalau kau ada jawapan bagi tahu aku”, balas Aliff menutupi chat
pada hari itu.

Assignment Amir berjaya disiapkan pada waktunya yang membuatnya tidak tidur malam.
Weekdays dipenuhi dengan kelas dan weekends diisi dengan jamming ataupun lepak bersama
kawannya. Itulah aktiviti harian Amir yang boleh dianggap rutin orang bujang atau orang muda.
Ipod sering di bawa mana-mana. Boleh jadi Ipod menjadi kawan karibnya. Kalau ada masa lapang
pun, Amir mencuba chord baharu guitarnya di internet. Minat muzik terbit oleh abangnya yang
melatih Amir menggunakan alat muzik. Abangnya juga merupakan ahli muzik.

‘Mana nak tumpah kuahnya, kalau tidak ke nasi.’

Sudah tiga hari berlalu dan soalan yang ditanyakan oleh Aliff masih menghantui fikiran
Amir. Bagi Amir, memang benar muzik seperti sudah mengalir dalam tubuh badannya. Tetapi
adakah kebahagiaan yang nak kecapi dalam hidupnya? Boleh menjadi kusut mencari jawapan nya.

“Esok ini kita ada event dekat Seremban”, ujar Din. Amir dan Ash hanya mengangguk tanda
setuju.

“Event apa minggu ni Din?” pantas Ariff bertanya.

“Event kahwin katanya.” Lalu Din menjawab.

“Haih teringin juga nak ada persembahan band waktu kahwin aku nanti, kalau aku invite
korang kena bayar tak?” tanya Ash kepada sahabatnya,

“Jangan risau Ash, kalau sahabat sejati takkan lah kami nak kenakan bayaran cuma nak
sponsor makanan kami je nanti, kambing golek seekor pun molek”, ujar Amir yang suka bergurau.

“Mereben la hampa ni, kalau ayam golek boleh kita nego lagi”, terkeluar juga loghat Kedah
dari Ash yang merupakan anak jati Kedah. Kadang kala seronok apabila kita berkawan dengan
orang luar negeri ni. Pelbagai budaya dan loghat boleh dibanggakan. Seperti Amir dan Din yang
berasal dari iburaya Kuala Lumpur hanya mampu membanggakan pembangunan sahaja.

Setelah tamat mendedangkan Lagu Selamat Pengantin Baru, tamatlah persembahan kami
pada hari tersebut. Band kami tidak mengkhususkan genre jemputan lagu, hanya balun sahaja
apabila mendapat jemputan event. Rata-rata tetamu jemputan juga terhibur dengan persembahan
kami. Pujian dari tetamu menghilangkan penat persembahan. Nasi Briyani dan Ayam Gulai kenduri
menjadi lauk makanan tengahari. Kira duit lunch pun dapat save dengan cara macam ni.

“Terbaik catering dia hari ni tambah lauk sedap ni”, ujar Ash yang kalau bab makanan
memang nombor satu.

55

Kalau kat hostel pun, dia bagai chef bagi kami. Walaupun sebagai lelaki, skills dia kira hebat
bagi orang bujang. Masakan kampung kebanyakan semua dah master dan paling sedap masakan
Asam Pedas. Kalau dah terasa tu pasti akan tambah makannya!

“Guys nak tanya something boleh?” Tanya Amir tetiba dalam mood serius.

“Ya mir, awat? Hang nak kahwin ke?” Balas Din sambil meratah baki isi ayam di tangannya.
Tiba-tiba terkeluar loghat utara yang mana entah muncul dari budak KL ni pun tidak tahu la.
Mungkin pengaruh yang kuat daripada Ash.

“Haish ke situ pulak, nak tanya apa erti kebahagiaan yang korang nak kecapi sepanjang
dalam bidang muzik ini?” Bertanya Amir sambil mengunyah kerepek yang disediakan di atas meja
tetamu.

Kedua dua mereka hanya tergamam. Mungkin benar soalan itu lagi susah daripada soalan
final.

Jawapan yang nak dicari masih tidak dijumpai. Adakah kebahagiaan itu bila kau ada kereta
mewah? Atau wang harta? Atau pangkat tinggi? Ya, memang semua itu perkara yang mampu
membahagiakan kita tetapi adakah itu yang kita betul betul hendak kecapi?

Genap seminggu, Amir mengambil langkah untuk bertanya kepada Aliff tentang soalan itu.

“Aliff, aku minta maaf tak dapat menjawab soalan kau minggu lepas, terlalu banyak perkara
nak memberi kebahagiaan tetapi tak dapat dapat nak decide yang mana yang utama”, taip Amir
dalam ruangan chat yang disediakan.

“The Criterion,” balas pendek Aliff di ruangan chat tersebut.

“Apakah yang maksud Aliff tu, adakah itu jawapan kebahagiaan itu” bermonolog sendiri
Amir.

Rakan rakan terdekat termasuk Din dan Ash juga tidak dapat memberi maksud sebenar
perkataan itu. Kalau taip perkataan di Google Translate bermaksud kriteria. Tetapi apakah kriteria
apa yang dimaksudkan. Pernah terdetik beranggapan ia adalah tajuk buku atau movie tetapi puas
mencari di library dan laman sesawang tetapi masih tidak menjumpainya.

Cuti pertengahan semester hampir bermula. Seperti biasa, masing-masing akan pulang ke
kampung halaman walaupun tempoh cuti seminggu sahaja. Din akan menghantar Amir dahulu ke
rumahnya di Damansara sebelum berangkat ke Gombak. Manakala Ash pulang ke Kedah menaiki
bas. Sehari sebelum masing-masing menjadi hari mengemas sedunia bagi kami. Biasalah keadaan
rumah lelaki bujang dan wanita bujang amat jauh berbeza dari segi kebersihan dan kekemasannya.
Lelaki ini bukan tidak pemalas tetapi hanya malas menunjukkannya sikap kerajinanya.

Guitar yang menjadi nadi hidup Amir di lap dan disarungkan ke sarungnya. Buku-buku Amir
yang berselerak di atas meja study turut dikemaskan olehnya. Di sudut mejanya, terlihat buku

56

berkulit hitam pekat seperti novel yang berhabuk. Rupanya Tafsir Al Quran Ibnu Kathir yang sudah
lama juga tidak dibuka apatah lagi membacanya. Tafsir tersebut ditiup dan dilap agar habuk
habuknya hilang. Terketika Amir membelek halaman tafsir itu, mata Amir ditangkap oleh perkataan
‘The Criterion’ di halaman muka surat yang terbuka itu.

“Yes i’m finally found!” Jerit Amir yang turut didengari oleh Din dan Ash.

Sampai sahaja di rumah, Amir melabuhkan diri ke kerusi biliknya sambil memegang tafsir
Al Quran yang tidak mahu ditanggalkan di hostel. Dibuka halaman yang mengandungi perkataan
The Criterion. Berdasarkan tafsir tersebut The Criterion merujuk kepada surah yang ke 25 di dalam
Al Quran iaitu Al Furqan. Ia mengandungi 77 ayat dan diturunkan di Mekah. Ayat tafsir pertama
dan kedua di baca Amir,

Blessed is He who sent down the Criterion to His Servant that it may be an admonition to all
creatures. (1) He to whom belongs the dominion of the heavens and the earth: no son has He
begotten, nor has he a partner in His dominion: it is He who created all things and ordered them
in due proportions. (2)

Ayat pertama menerangkan bahawa Allah menurunkan Al-Furqan iaitu Al-Quran kepada
hambanya, Nabi Muhammad SAW untuk menjadi peringatan dan amaran kepada semua makhluk
di alam ini. Ayat kedua pula menerangkan bahawa keesaan Allah yang tidak mempunyai anak, tidak
mempunyai sekutu, menguasai apa yang di langit dan bumi ini dan menentukan ketentuan takdir
dengan sempurna.

Sudah lama lidah ini tidak mengucapkan kalimah kalimah Allah.

“Nak di fikirkan hanya memikirkan Allah di dalam solat tetapi di luar solat?”

Termenung Amir dengan pertanyaannya sendiri. Amir kembali meneruskan bacaannya.

Blessed is He who, if that were His will, could give the better (things) than those, Gardens beneath
which river flow an He could give the palaces (secure to dwell in). (10) Nay they deny the hour
(of the judgement to come) but We have prepared a blazing fire for such as deny the hour. (11)

Ayat 10 menceritakan bahawa Allah yang berkuasa mengadakan apa yang disebut sebut
baik itu iaitu syurga yang di bawah mengalirnya sungai serta mengadakan istana istana yang
tersegam indah. Ayat 11 menerangkan jika sebaliknya sesiapa yang mendustakan hari khiamat.
Allah telah sediakan api yang menjulang-julang baginya.

Harta? Pangkat? Kereta mewah? Bukan semua itu kebahagiaan yang kita cari. Manusia yang
bertuhankan hawa nafsu akam mendapat kebahagiaan dunia tetapi manusia yang bertuhankan

akhirat akan mendapat kebahagiaan hakiki.

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada ummat manusia apa
yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.

57

[An-Nahl: 44]

Nukilan,
Von

58

Monolog Hatiku

‘Kenapa aku rasa bad mood tanpa sebab ni.’
‘Kenapa rasa down tanpa sebab ni.’
‘Kenapa aku rasa kosong ni.’
‘Kenapa….’

Lama aku duduk termenung mencari dari mana datangnya semua rasa kosong ini. Al-Quran
dimeja itu bagai memanggilku.

‘Ushk… Sudah 3 hari aku tak baca Al-Quran. Patutlah mood aku teruk.’

‘Tak hairanlah mood aku teruk. Zikir macam tak pernah dah meniti dibibir. Nak sebut Subhanallah
5 kali sehari pun payah.’

‘Aku down sebab diri aku sendiri rupanya. Hati fitrahnya tunduk pada Allah. Tapi terpaksa tunduk
pada kemalasan aku sendiri. Baca quran malas, zikir pun malas.’
‘Teruknya aku…’

‘Ah! Teruknya aku… Sikit pun aku tak mengharap bahagia dari Allah. Sibuk berharap bahagia dari
manusia. Aku lupa Allah yang beri bahagia, bukan manusia yang aku suka. Nah! Sekarang aku
kecewa kerana hakikatnya manusia tak mampu beri segala.’
‘Akhirnya, aku hanya merajuk. Bergaduh. Merajuk dan gaduh lagi. Memanjang mood aku teruk.’

Sebak. Sesak dada aku. Aku memalingkan wajah ke katil, lalu tidak sengaja terlihat sejadah
terlipat kemas di almari sebelah katil. Tertunduk aku sebak.

‘Dah lah solat pun lewat. Macam mana lah mood aku tak teruk. Pernah juga aku tinggal solat.
Bukan mood aku jer teruk. Resah! Gelisah! Hilang tenang!’

‘Ni kalau tiba-tiba aku dah terbiasa tinggal solat, boleh jadi satu hari nanti rasa kosong! Resah
gelisah pun tak mampu nak rasa. Alah biasa tegal biasa.’
‘Teruknya aku…Jarang sekali dahi ni tersentuh sujud diatas tikar sejadah. ’

Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. Bukan daripada manusia. Jika kau bersandar
pada Allah, maka hati kau akan kuat. Jika kau bersandar pada manusia, maka hati kau selemah
hati manusia. Justeru, jika terasa ‘bad mood’ entah kenapa, semak semula, tanyakan kepada diri
kita kenapa, dan mengapa…

Dinukilkan oleh,
Siti Nurshafikah Binti Musa

59

Teguhkan Durimu, Mawarku

Hujan yang masih gerimis membasahi muka bumi yang sentiasa dahagakan air bagi
menyuburkan tanah, begitu juga dengan hati manusia yang sentiasa memerlukan kasih dan cinta
dari pencipta agar hati itu sentiasa subur terus mewangi bersama cinta yang mekar kepada sang
pencipta.

Dakwah memerlukan perjuangan dan perjuangan mengajar erti sebuah pengorbanan yang
telus dari hati sanubari. Namun, dalam sebuah perjuangan itu bukanlah semudah yang kita sangkal
kerana jalan mujahadah itu penuh dengan duri dan liku-liku pancaroba yang mampu meruntuhkan
kekuatan iman. Petang yang hening ini, membawa aku mengimbau kembali kisah silamku yang
membawa kepada penghijrahanku ini.

“Ehem, ehem di sini ya kamu berdua.” Ucap Aiman kepada Arif dan Husna.

“Weh Man, kau janganlah kacau. Haha… Dah-dah pergi sana.” Dengan lantang Arif
bersuara.

Keadaan yang bingit di kelas 5 Berlian jauh kedengaran dengan hiruk pikuk apabila tiba
waktu rehat sekolah. Husna dan Arif. Siapa yang tidak kenal pasangan sepadan itu bak kata orang
bagai pinang di belah dua. Arif dan Husna sering menghabiskan masa keluar bersama-sama tanpa
segan silu.

“Husna, kenapa kau sekarang dah berubah? Kau dah lupa akan janji kita dahulu?”, suara
sayu Aisya menyapa Husna.

“Janji apa Aisya?”, ujar Husna dengan nada sinis.

“Janji untuk menjaga maruah diri sebagai seorang muslimah,” tutur Aisya lalu berlalu pergi
meninggalkan Husna di kelas 5 Berlian itu. Deraian air mata gugur membasahi pipi Aisya.

“Aku sayangkan kau Husna,” rintih Aisya dalam benak hatinya.

Husna dan Aisya sudah menjadi sahabat baik sejak dari mereka kecil. Aisya tidak
memahami, punca Husna berubah sebegitu rupa. Namun Aisya tahu Husna berubah sebegitu
kerana tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ibu dan bapanya yang dikasihi. Husna
terus menjadi pemdiam dan berubah menjadi budak liar dan bukan lagi Husna yang sopan dahulu
yang mempunyai ciri-ciri muslimah sejati. Aisya tahu hati Husna belum lagi keras, cuma Husna
merasa keseorangan dan kekesongan itu dia memilih jalan yang salah dengan mengisi cinta
daripada yang dicipta melebihi yang pencipta cinta untuk yang dicipta.

“Aisya, maafkan aku”, lirih Husna bersama deraian air mata. Kelas 5 Berlian menjadi saksi
betapa Husna amat merindui kehidupannya dahulu bersama Aisya. Kenangan yang indah berusrah

60

bersama-sama menggamit kembali rasa untuk ditarbiyah tetapi Husna menjadi malu untuk bersua
muka dengan rakan-rakan usrah seperjuangan.

“Sungguh diri ini tidak layak dan kotor untuk bersama mereka lagi,” hati kecil Husna
berbisik.

Sekolah Menengah Sains Permai riuh dengan perkhabaran pelajar baharu yang memasuki
sekolah mereka pada hari itu lebih-lebih lagi pelajar 5 Berlian. Khabarnya pelajar baru tersebut
seorang pelajar tahfiz dan baru sahaja berpindah di kampung berhampiran Sekolah Menengah
Sains Permai.

“Assalamualaikum semua, saya perkenalkan kawan baru kamu semua Muhammad Annas”,
jelas Cikgu Sharifah memecah kebingitan pelajar kelas 5 Berlian.

Semua pelajar perempuan 5 Berlian menjadi tidak keruan sejak akhir-akhir ini. Itulah
kehidupan remaja masa kini yang mudah terpengaruh dengan budaya barat, namun bagi Husna
dia berasa malu dengan Annas, pelajar baru di kelasnya itu kerana acap kali Husna berjumpa
dengan Arif “berdating”, pasti Annas akan melalui kawasan itu seolah-olah seperti pegawai JAIS.
Annas menjadi sebutan cikgu-cikgu di sekolah kerana pencapaian akademiknya yang sangat
cemerlang tambahan pula dengan penglibatan yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum lebih-
lebih lagi kearah kerohanian.

Masa berlalu dan hari berganti hari. Kini Husna dan rakan-rakannya sudahpun berjaya
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika Husna asyik mengemas mejanya
buat kali terakhir, sepucuk sampul surat putih jelas kelihatan di sebelah kiri laci mejanya. Tanpa
ragu-ragu Husna membuka sampul itu. Husna terpaku. Surat itu tertulis sebuah puisi yang sangat
mendalam maksudnya.

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;

cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,

hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

61

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;

harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,

sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;

ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Husna terkejut dari lamunan, tiada siapa tahu hidayah milik Allah. CintaNya yang mekar
terus subur mewangi di hatinya. Husna sudah kembali kepada dirinya yang sebenar, muslimah
sejati. Siapa tahu perancangan Allah, DIA yang MAHA agung mengatur semuanya, menggerakkan
dan membolak-balikkan hati manusia. Husna tahu akan kesilapannya, dia tidak akan tersilap
langkah lagi, bagi Aisya dia sangat berbangga dengan Husna.

Siapakah pengutus surat itu, yang mampu menegurnya untuk kembali kepada jalanNya,
Husna masih tertanya tanya, sehingga sekarang umurnya mencapai 23 tahun. Bagi Husna kisah
percintaannya dengan Arif sudah lama ditanam dan dipadam dan disimpan rapi di dalam diari
seolah-olah kisah mereka itu telah dihanyutkan oleh arus deras, Husna tidak mahu
mengenangkannya kembali.

“Pagi tadi ada orang masuk meminang kakak”, tutur ibu Husna dengan lembut.

“Ibu dan ayah sangat berkenan dengan ciri-ciri dan perwatakkannya.” Jelas ibunya panjang
lebar.

Husna tahu ibu dan ayahnya lebih tahu yang terbaik buat dirinya dan setelah berfikir
panjang Husna menyatakan hasrat hatinya dengan menyetujui pernikahan mengikut pilihan ibu
bapanya.

62

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama tiga bulan persedian majlis walimatul urus
Husna dan bakal imamnya, majlis berjalan dengan lancar sekali dengan dihadiri rakan-rakan dan
sanak saudara yang terdekat sehinggalah pada detik akad pernikahan bagi menandakan penyatuan
antara dua jiwa adam dan hawa. Husna menanti dengan penuh sabar. Akad yang dilafazkan begitu
sempurna menandakan halal bagi pasangan ini dan bermulah perjalanan dan tanggungjawab bagi
seorang isteri dan suami dalam melengkapi kehidupan masing-masing.

Hati Husna sungguh berdebar sekali, salam dihulurkan, perlahan-lahan Husna mendongak,
inilah kali pertama dia melihat suaminya itu. Sungguh senyuman manis terukir di wajahnya, insan
yang bergelar suaminya itu adalah Muhammad Annas Bin Rahman, pelajar baru di sekolahnya
suatu ketika. Lebih mengejutkan Husna, dia sudah menemui pemilik surat itu dan pengutus itu
adalah suaminya kini. Syukur ya Allah, atas rahmat dan kasihMU kepada hambaMu yang banyak
melakukan kesilapan. Manusia itu tidak sempurna namun dengan ujian yang diberikan
menjadikannya begitu kuat dan menjadi yang lebih baik. Duhai muslimah, khabarkanlah bahawa
engkau bagaikan sekuntum mawar merah, teguhkanlah durimu kerana dirimu itu sangat bernilai.

63

“Jangan pernah menganggap umur belasan atau awal 20-an itu
terlalu muda untuk kita bertaubat. Siapa kita yang dapat
menduga bahawa umur yang masih muda itu bersamaan
dengan sedikit dosa yang dilakukan?”

(Khadijah Khalilah Abd. Rashid)

64

65

The Beauty Of ‘Sabr’

Oleh: Hairul Hakimi

Dengan nama Allah yang menggenggam jiwa ini, aku memulakan penulisan.
Hijrah, siapa kata susah? Mudah, mudah yang amat sangat.

Apa yang susahnya? Ya, istiqamah dan sabar.
Nak maintain dalam berhijrah, tiada siapa yang boleh beri jaminan melainkan hidayah Allah.
Pakai tudung labuh itu, mudah. Cuma apabila nak hadapi suara-suara busuk manusia itu, payah.
Tambah-tambah lagi, jika keluarga sendiri yang menghalang. Nak simpan janggut itu, senang.
Cuma kekentalan hati apabila diperli dan dikeji, entah sampai bila boleh tahan. Nak tundukkan
pandangan daripada melihat yang haram itu, simple. Nak istiqamah? Allahurabbi.

Nasihat Shaykh Ahmad Musa Jibril ‫ تعالى الله حفظه‬ketika memberi penerangan bagi Kitab Usul ath-
Thalatha:

“Bersabarlah. Bersabarlah terhadap perkataan kesat yang kalian dengar,
terhadap tuduhan yang dilontarkan, kata-kata ejekan terhadap gaya hidup
Islam yang kalian amalkan yang mana ia mungkin boleh menyakitkan hati
kalian. Hal ini telah terjadi kepada para Salaf sebelum kalian!
Jika anda diejek disebabkan sehelai niqab diwajah anda, jika anda diejek
disebabkan janggut didagu kalian, disebabkan kalian solat ditempat awam,
(disebabkan) da’wah atau ideologi yang menuruti Quran dan Sunnah serta
para Sahabat juga para Salaf as-Soleh, ketahuilah semua ini telah berlaku
kepada orang-orang sebelum kalian (para salaf as-soleh).
Ia telah terjadi kepada insan yang lebih baik daripada kita.”

Jannah, for those yang sabar dan istiqamah. Kata Allah ‫ تعالى‬,

66

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami
ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat
kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang
(dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita,
dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan
kepada kamu.”1

1 Surah Fussilat, 41:30

67

Ayuh, Sahutlah Pangilan Berjemaah!

Oleh: Ahmad Izzul Hakimi bin Mohd Zubbir

Ini adalah kisah bagaimana aku terdetik hati untuk solat berjemaah di masjid. Mudah-mudahan
coretan ringkas ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna untuk diri yang sedang
membaca.

Sesungguhnya sebagaimana sedia maklum, solat berjemaah itu mempunyai sangat besar
fadhilat dan kelebihannya.

Daripada Ibnu Umar r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan
dua puluh tujuh kali ganda."
[H.R Bukhari dan Muslim]

Bukan ini sahaja, bahkan dalam hadis yang lain juga nabi Muhammad SAW ada menyebut
orang yang menunaikan solat Isyak berjemaah itu pahalanya sama seperti qiamullail separuh
malam manakala solat Subuh berjemaah pula diibaratkan pahalanya menyamai qiamullail
sepanjang malam. Sungguh besar pahala bagi sesiapa yang istiqamah mengerjakan solat
berjemaah ini terutamanya kaum Adam.

Dipendekkan cerita, ia bermula ketika zaman aku sekolah menengah dahulu.
Alhamdulillah, aku ditakdirkan untuk menyambung pelajaran aku di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA). Sungguh takku sangka takku duga, pengalaman bersekolah di SMKA
ini banyak mengajar dan mengubah diriku yang dahulunya sangatlah jahil. Namun, bukan niatku
untuk menceritakan segalanya disini, akan tetapi point penting yang aku cuba sampaikan adalah
bagaimana hatiku terdetik untuk solat berjemaah di masjid.

Untuk pengetahuan, kesemua para pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat zohor
berjemaah di sekolahku dahulu. Kebiasaannya para pengawas dan juga guru disiplin akan
bertugas untuk memastikan kesemua para pelajar pergi ke surau untuk menunaikan solat.
Walaupun berstatus sekolah agama, tetapi tidak dinafikan ada juga segelintir pelajar lelaki yang
kaki ponteng. Mungkin mereka solat berjemaah di masjid luar kot, wallahualam.

Back to the point, ceritanya bermula sewaktu aku tingkatan 4 di sekolah tersebut. Seusai
sahaja menunaikan solat zohor berjemaah di surau sekolah, imam yang biasanya terdiri daripada
kalangan pengawas akan membacakan kitab hadis ‘Fadhail Amal’ karya Syaikh Muhammad
Zakariyah AI-Kandahlawi (salah satu tokoh Jama’ah Tabligh). Pada hari tersebut ditakdirkan imam

68

yang bertugas itu membacakan hadis berkaitan solat berjemaah di masjid. Hadis tersebut
berbunyi,

‘Demi yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku telah berniat kuat untuk
memerintahkan agar dikumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan solat dan
dikumandangkan adzan untuk solat, kemudian aku perintah seseorang untuk
mengimami manusia dan aku akan mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri
solat maka akan aku bakar rumah-rumah mereka. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya,
seandainya salah seorang dari mereka mengetahui bahwa dia akan mendapatkan
sekerat daging atau dua tiga kambing yang bagus pasti dia akan menghadiri solat Isya’.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dari lafaz Imam Bukhari)

Itulah pertama kali diriku mendengar hadis ini dan ketika itulah terdetik di dalam hatiku
perasaan menyesal kerana tidak menunaikan solat berjemaah di rumah Allah selama ini.
Bayangkan baginda sendiri menyebut baginda ingin membakar rumah orang-orang yang tidak
menghadiri solat berjemaah. Tidakkah terkedu kita saat mendegarnya?

Namun, sebagaimana yang kita sedia maklum, di dalam Mazhab Syafie tidak mewajibkan
solat berjemaah. Ia hanya sunat muakkad. Walaubagaimanapun, terdapat banyak pendapat
berkaitan hukum solat berjemaah ini, tetapi pointnya disini bukanlah untuk membincangkannya
kerana diriku bukanlah ahlinya. Akan tetapi, point yang utamanya adalah persoalan terhadap diri
kita sendiri terutamanya kaum Adam, sejauh manakah kita menghayati dan merasakan panggilan
azan yang berkumandang 5 kali sehari itu kita hayati dan tunaikan?

Benar, kata orang ‘life is a choice’. Kita yang memilih untuk menyahut seruan berjemaah
itu ataupun menghiraukannya. Akan tetapi jangan sesekali dilupakan ‘every choices has its
consequences’. Ingatlah, sesungguhnya solat itulah merupakan amalan yang paling utama yang
akan dihisab oleh Allah SWT kelak. Adakah kita ingin memilih fadhilat yang sedikit atau fadhilat
yang banyak? Tepuk dada tanya iman.

Wahai kaum Adam, berusahalah untuk solat berjemaah di masjid/surau walaupun bukan
5 kali sehari. Sesungguhnya insyaallah penat lelah kita itu dikira pahala disi Allah. Bak kata
pepatah ‘berakit-rakit kita ke hulu, berenang-renang kita ketepian, bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian’.
Wallahualam..

69

Teguran

Oleh: Penawar Hati

Teguran atau nasihat itu amat penting dalam kehidupan seorang insan yang bernama
manusia ini demi memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik. Namun, teguran atau nasihat
perlulah dilakukan dengan cara yang penuh hikmah supaya dapat diterima baik oleh si yang
dinasihati. Bukan dengan menegur dan memberi nasihat yang memalukan seperti di khalayak
yang ramai kerana ia mengaibkan si yang dinasihati. Kata Imam As-Syafie:

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu.
Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu"

Si penerima teguran seharusnya menerima teguran dengan terbuka kerana ianya adalah
untuk manfaat dirinya juga.

Mendapat teguran bukanlah suatu kecacatan,
Mendapat teguran bukanlah suatu keburukan,
Mendapat teguran bukanlah suatu kehinaan,
Tetapi yakinlah itu adalah anugerah Allah kepada hamba yang dikasihiNya.

Kerana Allah menyedarkanmu dari lembah kesalahan disebabkan kasihNya kepadamu,
Jadi bersyukurlah diri pabila menerima teguran,
Dengan cara lafazkan lah Alhamdulillah di bibirmu
Kerana inilah peluang muhasabah diri.

Seorang penegur yang merawat hatinya takkan memandang hina kepada orang yang
ditegur dan menerima teguran daripada orang yang beliau tegur apabila beliau membuat
kesalahan serta tidak mengungkit-gungkit kesilapan yang dibuat oleh orang yang ditegur.

Sedarlah si penegur,
Tak perlu mendabik dada pabila kamu menegur seseorang,
Kerana dirimu itu hanyalah pinjaman sementara untuk menegur hamba yang
disayangiNya,
Kerana dirimu masih belum pasti mendapat keredhaanNya,
Dan kerana dirimu juga masih belum pasti lagi hala tuju akhirat sana.
Hari itu mungkin Allah datangkan awak untuk memperbaiki diri saya,
Hari ini mungkin Allah datangkan saya untuk memperbaiki diri awak,
Mana tahu esok lusa, Allah datangkan orang lain pula untuk memperbaiki diri awak dan
saya,
Jadi tak nak ke, sama-sama menerima bagi memperbaiki diri AWAK, SAYA dan SEMUA.

70

Sebab kita ini hanya berstatus hamba je,
Kedhaifan, kelemahan dan kesilapan diri pasti ada,
Jadi terima lah apa jua teguran dengan ikhlas bagi membina diri,
Hatta ianya keluar dari bibir seorang budak kecil sekalipun,
Memanglah pada awalnya pahit ditelan,
Tapi pada akhirnya, manisnya pasti dirasa.

71

“Sesiapa yang memagari ‘ibadah’ itu dipagar masjid
sahaja, maka dia telah meyempitkan keluasan Islam
itu sendiri.”

(Hilal Asyraf)

72

73

Love Letter 1.0: IKHLASKAH AKU?

Manusia.
Memang fitrahnya ingin dipuji.
Terkadang rasa ingin dihargai dan disukai.

Kononnya ikhlas,
Tapi menagih puji apabila berjaya.
Kononnya ikhlas,
Tapi sedih tatkala dikritik jika gagal.
Kononnya ikhlas,
Tapi merungut letih tatkala menuntut pengorbanan.
Kononnya ikhlas.

Ikhlas?
Ikhlas kerana Allah atau kerana manusia?

Tajdidlah niat!
Perbaikilah niat!
Apakah benar aku dilandasan ikhlas?
Atau terbabas ke lembah riak semata?

"Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah,
Tuhan semesta alam'"
(Al-An'am: 162)

Ikhlaslah terhadap suatu perkara.
Ikhlaslah tanpa mengharapkan ganjaran dunia.
Biar lakukan suatu perkara,
Umpama semut hitam diatas batu yang hitam pada waktu malam.

Dinukilkan oleh,
Muhammad Faridzuan Faiz bin Said,
Presiden Rakan Masjid USMKK 16/17.

74

Love Letter 2.0: ISLAMKAH AKU?

Soalan yang perlu dijawab oleh diri sendiri.
Islamkah aku?
Atau aku hanya islam pada nama sahaja?
Pernahkah kita terfikir?
Kita kata beriman kepada Allah,
Namun, dosa kecil dan maksiat acap kali dilakukan walaupun selepas taubat.

Kita cakap beriman kepada Rasul,
Tapi ajaran dan sunnah semakin dilupakan.
Kita ucap beriman kepada Al-Quran,
Tapi Al-Quran hanya dijadikan sebagai perhiasan tanpa amalan.
Mungkin kita sudah lupa pada perjanjian hakiki kita iaitu,

‘Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah
perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan
kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.’
(Al-Maidah: 7)

Maka ayuh bersama kita menjadi the real muslim.
Titik permulaan merupakan langkah yang memerlukan pengorbanan.
Namun jika diselitkan dengan istiqamah, insyaAllah menjamin kita di syurga Firdaus.
Tegakkan Islam di hatimu sebelum kamu menegakkan islam di muka bumi ini.
Penyunting,
Muhammad Firdaus Bin Mohd Jaafar,
Timbalan Presiden 1 Rakan Masjid 16/17.

75

Love Letter 3.0: AL-BAARI
Setiap kali kita buka mata dari tidur, secara automatik otak kita mula merancang untuk aktiviti
yang perlu dilakukan sepanjang hari. Adakalanya, merancang untuk bermain badminton tapi
court penuh. Maka kita pun balik ke bilik dengan perasaan tidak puas hati.
Ketahuilah, manusia tidak kira pangkat atau gelaran tinggi manapun memang akan gagal juga
dalam perancangan.
Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir.
Maka, tibalah masanya untuk kita muhasabah diri. Jika sesuatu yang diimpikan tak dapat,
janganlah meraung sekuat hati. Cuba untuk beristighfar dan yakin bahawa ada hikmah
disebaliknya.
"Janganlah kamu berputus asa atas rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak
berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf 12:87)
Mari kita bersama-sama perbaiki diri. Jadikan hari esok lebih awesome dari hari ini.
Disunting oleh,
Nur Syamini Begum Bt Naushad Ali,
Timbalan Presiden 2 Rakan Masjid USMKK 16/17.

76

Love Letter 4.0: SENTIASA MEMBERI KEMAAFAN
"Daripada Aishah r.a katanya, "Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan
tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan baginda berjuang pada jalan Allah SWT,
baginda tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang
melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah.
Baginda akan menuntut bela kerana Allah SWT."
(H.R. Muslim)
Terkadang manusia merasakan memaafkan itu rasa tercabar, hina dan malu. Tetapi impak yang
akan kita dapat apabila memaafkan walau itu bukan salah kita, akan rasa tenang.
memaafkan merupakan langkah pertama ke arah jalan penyelesaian.
Disunting oleh,
Nur Ain Atikah Bt Safruddin,
Setiusaha Rakan Masjid USMKK 16/17.

77

Love Letter 5.0: En. ‘biasa-biasa’

Kacak!
Bahunya luas, lengannya terlipat kemas, tali lehernya terletak rapi. Dia lelaki acah-acah idaman
Malaya, pemilik kereta ‘Wak Segan’ berwarna merah menyala. Silau! **sakit mata**

Aku nih apa ada.
Muka biasa-biasa jer. Poket pun biasa-biasa jer. Kadangkala poket ni luar biasa juga kosongnya.
Telefon pintar aku pun biasa-biasa juga pintarnya. Bukan TV aku jer HD. Rumah dan kereta aku
yang biasa-biasa ni pun HD (Hutang Dahulu). Baju yang dipakai pun biasa-biasa. Makan minum
aku pun biasa-biasa juga. Memang semuanya ‘biasa-biasa’ jer lah!

Huh! Itulah hikayat En. ‘biasa-biasa’. Apa yang anda rasa setelah membaca hikayat En. ‘biasa-
biasa’ nih? Mesti anda rasa biasa jer kan! Anda nak jadi biasa-biasa seperti dia?
“TAK NAAAAAAAAK!!!” Saya juga!

Tapi… Bagaimana caranya untuk menjadi luar biasa? Saya tak ada kuasa seperti Superman,
Sailormoon apatah lagi Ultraman. Nak jadi selebriti jauh sekali. ‘Selebet’riti bolehlah! Apakan
daya. Muka tak seberapa.

Wahai saudaraku yang disayanagi kerana Allah,
Walaupun berkepuk duit dipoket,
Walaupun berderet kereta dan rumah,
Walaupun dekan setiap kali ‘exam’,
Walaupun kacak dan jelita,
Semua itu tetap ‘biasa-biasa’ sekiranya solat kita entah kemana, quran dibiar tidak dibaca, bibir
kering dari lafaz zikrullah…
Apalah semua itu di ‘mata’ Allah sekiranya hati tidak tertaut pada-Nya. Kerana hakikatnya semua
itu milikNya.

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdirrahman bin Syahrin R.A, Rasulullah SAW bersabda,
‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian,
tetapi Dia melihat kepada hati kalian’.”
(H.R Muslim)

Luar biasakanlah diri kita dengan iman dan taqwa.

Lihatlah bagaimana kekuatan Mus’ab bin Umair yang masih meneruskan perang meskipun kedua
tangannya telah terputus dipotong.

78

Lihatlah kesanggupan Abdurrahman bin Auf dan Suhaib Ar-Rumi yang teramat kaya, sanggup
meninggalkan segala hartanya sehingga sehelai sepinggang untuk menyahut seruan hijrah.
Begitu juga Saidina Abu Bakar yang menyumbangkan seluruh hartanya buat islam.
Lihatlah juga bagaimana Bara’ bin Malik meletakkan dirinya kedalam manjanik untuk dilempar
kedalam kota musuh untuk membuka pintu kota dari dalam agar kemenangan menjadi milik
orang yang beriman sedang dia mengetahui betapa penuh musuh didalam mengancam
nyawanya.
Lihatlah pula Abu Talhah yang menjadi perisai semasa perang dengan berdiri dihadapan
Rasulullah menghalang panah-panah musuh yang menghujani medan Uhud.
Allah!! Allahu Akhbar!!
Hari ini, atas darah-darah dan harta-harta mereka,
Islam itu sampai kepada kita dan kita merasai nikmatnya! Ini barulah namanya LUAR BIASA!!
Meskipun kita tidak mampu menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin Al-
Ayubi, jadilah kita seorang hamba Allah yang beriman yang menabur kebaikan, juga memberi
manfaat buat ummah walaupun sedikit! Ayuh!! Bersama bangunkan ummah!
Daripada biasa menjadi luar biasa.
Disunting oleh,
Siti Munirah binti Mahmud,
Bendahari Rakan Masjid USMKK 16/17.

79

Love Letter 6.0: 24 JAM AKU MILIK SIAPA?

1 hari, kita ada 24 jam.
1 hari, kita ada 1440 minit
1 hari, kita ada 86400 saat.

Lalu terfikir sejenak.
Berapa lama kita peruntukkan masa belajar?
Berapa lama pula kita habiskan masa bersosial media?
Berapa lama kita habiskan masa dengan ber‘lagha’?
Berapa lama pula kita peruntukkan masa bersama DIA?

Milik siapakah sebenarnya masa yang kita punya?
Diri sendirikah? kekasih hatikah? Atau milik orang tersayang?

DIA!
Pemilik keseluruhan masa yang kita punya.
Tapi,
Dalam harianku, waktu bila kita habiskan untuk-Nya?
Berapa banyak majlis ilmu kita pergi?
Berapa perkara kita buat hanya kerana Ilahi?

Duhai hamba,
Sedarlah kita hanyalah seorang hamba.
Hamba kepada Sang Pencipta segalanya.
Apa kepunyaan kita, Dia yang empunya sebenarnya.
Apa susah kita luangkan masa untuk-Nya seketika?

Majlis ilmu.
Satu cara meluang masa untuk-Nya.
Biar tak lama, biar tak panjang, asal ada untuk DIA

Disunting oleh,
Muhammad Faridzuan Faiz bin Said
Presiden, Rakan Masjid USMKK 16/17.

80

Love Letter 7.0: ANDA DAN USIA

“Alaaaa kita relax dulu, masa muda ni lah nak seronok, kejar harta dan kejar pangkat.”
Ya tidak dinafikan, usia muda ini lah kita mempunyai kudrat dan bersungguh mencari
kemewahan dan kesenangan dunia.
Namun adakah kesungguhan kita itu sama seperti kesungguhannya mencari kesenangan akhirat?
‘Barangsiapa menghendaki perbuatannya untuk akhirat, dan dia melakukannya dalam keadaan
beriman kepada Allah dan pembalasan-Nya, maka perbuatan mereka diterima Allah dan akan
menerima pahala atas perbuatannya.’
[17:19]
Pintu taubat sentiasa terbuka untuk seorang pendosa bernama manusia,
Namun begitu angkuhnya manusia ini sehingga tidak ada masa memikirkan mengenai kematian.
Maka ayuh lah, sahabat sekalian,
Kalau tidak dipecahkan ruyung, Manakan dapat sagunya,
Apa erti usia muda di mata kita?
Disunting Oleh,
Firdaus Jaafar,
Naib Presiden 1 Rakan Masjid USMKK 1617.

81

Love Letter 8.0: DUNIA LADANG AKHIRAT

“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi
tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis
kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Luqman: 27)
Subhanallah!!
Begitulah perumpamaan ilmu Allah yang Maha Luas. Tidaklah ia ilmu akhirat semata, malah
meliputi seluruh aspek kehidupan dan pengertian alam untuk kita selami.
Merendahkan darjat ilmu dunia berbanding ilmu akhirat yang menyebabkan masyarakat islam
merosot kerana membiarkan diri dijajah oleh anasir-anasir yang tidak diingini.
Terlalu fokus pada akhirat bukannya tidak baik, tetapi kita akan terlepas pandang pada kezaliman
yang berlaku disekeliling kita. Golongan yang tertindas akan terus tertindas, dan golongan yang
menindas akan meneruskan penindasan mereka.
Marilah kita bersama-sama melakukan amal soleh untuk menambah saham di dunia dan akhirat.
Peringatan ini untuk diri saya juga.
“Dunia merupakan tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan-amalan soleh, manakala
tempat untuk melihat hasilnya sama ada baik atau buruk.”
Diekstrak dari buku ‘Kita dengan Islam Tumbuh tiada Berbuah, Syed Hussein Al-Attas’.
Disunting oleh,
Nur Syamini Naushad Ali,
Timbalan Presiden 2 Rakan Masjid 16/17.

82

Love Letter 9.0: MENJADI LEBIH BAIK

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itu hatiku
tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk
beramal soleh. aku tahu Allah Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah
melihat aku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu, kematian itu sudah menungguku, kerana
itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.”
Secara kesimpulannya,
Teruslah berbuat baik,
Berniat untuk jadi lebih baik,
Berkata yang baik- baik,
Memberi nasihat yang baik,
Dan terus memanfaatkan sesuatu yang baik untuk orang lain.
"Berlumbalah dalam melakukan kebaikan!"
Disunting oleh,
Nur Ain Atikah Safruddin,
Setiausaha, Rakan Masjid USMKK 16/17.

83

Love Letter 10.0: AKU BUKAN CINDERELLA

Cinderella,
Memiliki rupa paras jelita, mengenakan pakaian yang indahnya bagaikan permata, bersarungkan
sepatu kaca, mencuri perhatian ribuan mata, disambut mesra seorang jejaka, menyelamatkan
dari cengkaman ibu dan kakak tiri yang penuh dengki semata.

…and the Prince was finally married Cinderella and lived happily ever after…

“Auuuwwww… sweetnyaaaa… Kalaulah aku Cinderella yang berkasut kaca, sudah tentu akulah
orang paling bahagia di dunia ini.”

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 1467)

Wahai Muslimah,
Tidak perlu kau bayangi dunia fantasi untuk menjadi yang terindah.
Tidak perlu kau menanti jejaka untuk miliki bahagia.
Tidak perlu kau memilih untuk diselamatkan kerana kau mampu menyelamatkan.
Kerana kau tersedia indah.
Indah dengan ketegasanmu dan kelembutan yang penuh kesantunan.
Kerana wanita solehah itu,
Pewira agama.

Lihatlah kelincahan Khaulah Al-Azwar dengan pedangnya dimedan jihad membunuh ramai Kuffar.
Lihatlah pengorbanan Khadeejah yang menyerahkan segalanya buat agama.
Lihatlah ketaqwaan Sumayyah yang menjadi syahidah pertama.
Lihatlah ketajaman aqal Aisyah yang meriwayatkan 2210 hadis menjadi rujukan para ulama’.
Lihatlah keimanan Asiah yang taqwanya tidak goyah sedikitpun meski berdamping dengan insan
sekejam Firaun.

Mereka semua muslimah,
Muslimah pewira agama.
Muslimah yang mulianya tidak dapat dibanding,
Dengan intan permata, apatah lagi kaca.

Wahai muslimah,
Kenakanlah dengan pakaian taqwa,
Maka kau akan jadi yang tercantik.

84

Setiap langkah dan tindakanmu,
Hendaklah bermanhajkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan ummah wahai muslimah.
Pagarilah dirimu dengan benteng keimanan.
Pelihara auratmu, pelihara tutur katamu, pelihara ibadahmu, pelihara maruahmu.
Moga terpilih menjadi yang terindah,
Terindah didunia dan akhirat.
Aku bukanlah Cinderella.
Aku wanita muslimah.
Disunting oleh,
Siti Munirah binti Mahmud,
Bendahari Rakan Masjid USMKK 16/17.

85

Love Letter 11.0: AKU, DIA & HARAPAN

Tersandar ditiang, terduduk kaku,
Keringnya fikiran sehingga air mata jatuh ke pipi.

Kenapa semua ini jadi pada aku?
Kenapa aku diuji hingga begini?

Dahulu lagi,
Apa yang aku rancang, sukar dikecapi,
Apa yang aku ingin, susah jadi realiti.

Result exam?
Kos universiti?
Kawan-kawan?
Duit?

Semuanya sama sahaja.
"A" yang aku nak, "B" yang aku dapat.
Dimanakah DIA, ketika aku perlukan semua ini?
Benarkah DIA yang memahami, pemurah dan penyayang?

****
Sedarlah, tatkala segala apa yang terjadi tidak sama seperti keinginanmu.
Itulah tanda Allah ingin mengingatkanmu bahawa hidupmu bukanlah dalam kuasamu.
Allah tak pernah mengecewakanmu.
Akan tetapi kamu dikecewakan oleh HARAPANMU, dan HENDAKMU.

Kepada diri yang dihiasi iman,
Letaklah Allah dihadapanmu sebelum kamu letakkan segala harapan, dan hendakmu.

Bukankah Allah maha mengetahui?

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu
suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Al-Baqarah: 216]

Disunting oleh,
Muhammad Faridzuan Faiz Bin Said,
Presiden Rakan Masjid USMKK 16/17.

86

Love Letter 12.0: IBADAH SUNAT JE

“Jom sedekah, takpe sunat je.”
“Jom mengaji, takpe sunat je.”
“Jom selawat, takpe sunat je.”
Mungkin kita anggap ibadah sunat ini remeh-temeh namun,
Pernah suatu ketika Sahabat Ubay bin Ka'ab menghadap Baginda Rasulullah SAW lalu bertanya:
Wahai Rasulullah. Aku banyak bersalawat untukmu,
sebaiknya berapa kali aku harus bersalawat untukmu?
Rasulullah menjawab: Terserah kepadamu.
Ubay bin Ka'ab: Bagaimana kalau satu per empat?
Rasulullah menjawab: Terserahmu. Jika kamu tambahi tentu lebih baik.
Ubay bin Ka'ab: bagaimana kalau satu per dua?
Rasulullah menjawab: Terserahmu. Andai kamu lebihkan jadi lebih baik.
Ubay bin Ka'ab: Bagaimana kalau dua per tiga?
Rasulullah menjawab: Terserahmu. Jika kamu tambahkan lagi pasti lebih baik.
Ubay bin Ka'ab: Bagaimana kalau seluruh masaku untuk selawat kepadamu?
Rasulullah menjawab: Kalau kamu lakukan itu, segala perasaan gelisah akan hilang dan dosa
kamu akan terampun.
(HR. Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, At-Thabrani)
Kan, besar manfaat ibadah yang dipandang ringan ini di laksanakan secara istiqamah.
Ibadah yang sunat ini jugalah yang akan menjadi pemberat bersama amalan wajib kita di Hari
Perhitungan kelak, insyaAllah.
Maka ayuh mantapkan ibadah wajib, dan pertambahkan ibadah sunat kita bersama.

Disunting oleh,
Firdaus Jaafar,
Timbalan Presiden 1 Rakan Masjid USMKK 16/17.

87

Love Letter 13.0: MOTIVASI YANG DICARI

Pertama sekali, penulisan saya ini bukan untuk memberi motivasi tetapi ia lebih kepada
mengenali maksud motivasi dan jenis-jenisnya. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk
menulis tentang ini sebab saya belajar pun dari pembacaan saya. Jadi, jika ada yang nak tambah
atau komen amat dialu-alukan.

Isi-isi penulisan saya diekstrak dari buku Psychology from Islamic Perspective oleh Dr Aisha Utz
(Assistant Professor di King Saud University of Health Sciences, Riyadh, Saudi Arabia)

Sebelum itu, jom kenal dulu definisi motivasi. Motivasi bermaksud keperluan dan keinginan yang
memberikan tenaga kepada tingkah laku dan bagi mencapai matlamat.

Dr Aisha Utz membincangkan pembahagian motivasi kepada tiga jenis iaitu rohani, fisiologi dan
psikologi.

Motivasi rohani datang secara semula jadi dalam setiap individu dan memacu untuk memenuhi
objektif utama dalam kehidupan. Ia memerlukan seseorang untuk merefleksi diri dan mengingati
tujuan hidup di muka bumi ini supaya dapat mencapai kejayaan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Motivasi Fisiologi lebih kepada pemeliharaan diri sendiri. Sebagai contoh, manusia akan lapar,
dahaga dan penat. Jadi bagi memenuhi keperluan tersebut kita perlu makan, minum dan rehat.
Tetapi, memenuhi keperluan hendaklah berlimit dan berlandaskan Syariah Islam supaya dapat
mencapai keredhaan-Nya.

Motivasi Psikologi pula lebih menfokuskan pada 'what drives human to achieve their needs and
desire'. Sebagai contoh, kita bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Dengan adanya gaji, kita
akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dan mengelakkan curi tulang di
pejabat. Memang fitrah manusia memerlukan ganjaran dan balasan untuk berusaha dan beramal
soleh. Allah berfirman,

88

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-
lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih,
serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.”
[An-Nisā':57]
Disunting oleh,
Nur Syamini Naushad Ali,
Timbalan Presiden 2 Rakan Masjid USMKK 16/17.

89

Love Letter 14.0: SAHABAT

Pesan murabbi,
Apabila kita bersahabat tengok tujuan utama kita bersahabat. Kalau kita masih menjatuhkan
sahabat kita, itu masih belum dikira bersahabat tapi sekadar menjadi insan yang "TAK NAK
KALAH". Tidak boleh tengok orang lain senang.
Check balik hati kita, muhasabah balik tujuan kita, kalau minta pujian manusia, maka pujian
sahajalah yang kita dapat. Kalau minta redha Allah, kita akan dapat dua-dua, Allah dan sahabat.
Kita sering dimomok "EGO",
“AKU BETUL KAU SALAH!!”
Sedar, bila kita nampak satu kesalahan dia, terus kita salahkan dia, tuding jari. keruhkan keadaan.
Allahurabbi, sedarkah kita?
Selama mana kebaikan yang dia pernah bagi kita walaupun satu senyuman yang pernah diukir
yang buat kita tenang, tapi kita lupa hanya kerana 1 kesalahan dia, terus sahaja menuding.
Disebabkan apa?
EGO.
Ya, kita ego.
Kita perlu sedar apa tujuan bersahabat dan persaudaraan.
Allah tak akan hadirkan seseorang tanpa sebab melainkan bersebab.
Sebaik-baik sahabat, sahabat yang sentiasa mengingatkan kita dekat Allah.

Nukilan,
Ain Atikah Safruddin,
Setiausaha, Rakan Masjid 16/17

90

Love Letter 15.0: ITU BUKAN CARA KITA

“Peargh! Mat sekarang dah pandai pergi masjid.”

“Amboi Minah, sejak bila jadi ustazah pakai tudung tutup dada nih?”

“Alaaaaaahai, setakat nak berubah jadi baik 2 ke 3 hari je baik tak payah laaaa!!”

…dan semakin kau mengatur langkah mendekati Tuhan, semakin perit kata mereka yang kau
telan, semakin dosa-dosa lalu menghambat kau dari menghadapi hari mendatang. Lalu kau lemah
dan hilang tabah.

Namun harus kau ingat,
PUTUS ASA ITU BUKAN CARA KITA!!

“…Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang kafir.”
(Yusuf; 12:87)

Wahai hati yang mencari fitrah sebenar,
Perbetulkan kompasmu agar ia benar-benar menuju Tuhan. Pekakkan sahaja telinga dari cacian
dengki. Kerana harus kau tahu jalan murni ini sememangnya tidak dihampar dengan karpet
merah melainkan duri-duri yang mencucuk. Tapi, jalan inilah yang bakal membawa ke syurga
yang kekal abadi.

Namun, jangan dibiar menanti tanpa mencari petunjuk Ilahi. Kerana hidayah (petunjuk) tidak
datang sendiri tanpa dicari. Analogi seorang musafir yang tersesat dalam kembara perjalanan,
takkan bertemu penyelesaian jika dia tidak mencari.

“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk
mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah dijalanNya agar kamu beruntung.”
(Al-Maidah; 5:35)

Jom kita mulakan dengan solat berjemaah di masjid, melazimi bacaan Al-Quran dan mendekati
orang-orang soleh. Semoga langkah-langkah kita terpandu dengan redha-Nya.

91

Jangan berputus asa dipertengahan hijrah.
Luruskan niatmu sahabatku.
Suci niatmu untuk kembali kepada fitrah.
Semoga Allah permudahkan jalanmu ke syurga.
Disunting oleh,
Siti Munirah binti Mahmud,
Bendahari Rakan Masjid USMKK 16/17.

92

93

Wafi Wajdi

Wafi Wajdi
94

Wafi Wajdi
95

Wafi Wajdi
96

Wafi Wajdi

Wafi Wajdi
97

Wafi Wajdi
98

Wafi Wajdi

Wafi Wajdi
99

HAMBA ALLAH vs HAMBA EXAM EXAM

Minggu
Peperiksaan

Jom solat
jemaah.

Tahajjud Akhirnya habis
jom malam juga semua
nih. exam.

Okay!

Dah Asar. Jom Nan…ti…la Nanti kita Erk…
solat sama-sama. … tahajjud Tengok
macam dulu lah

haritu ye. ye.

Kau nak tahu… .......
Sebenarnya Muhammad Faridzuan Faiz

kita ni hamba
Allah, bukan
hamba exam.

100


Click to View FlipBook Version