The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SISC+ ANURA MD DUM, 2020-11-21 07:01:26

Panduan Penulisan RPH

Bengkel Guru Penulisan RPH

PENULISAN RPH

ANURA BINTI HJ MD DUM
PEGAWAI SISC+

KHUSUS:
COACHING DAN MENTORING (PEDAGOGI)

UMUM:
LAWATAN BIMBINGAN PdPc, PAK21, PLC,

SKPMg2 ‘STANDARD 4’

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

1 2 KUASAI RPT
FAHAMI DSKP / HSP • Pemetaan topik

O Standard Kandungan (SK) berdasarkan jumlah minggu

O Standard Pembelajaran akademik setahun (secara
(SP) modular linear atau tidak
linear)
O Standard Prestasi (SPi)
• Memilih strategi yang
O Hasil pembelajaran (HSP) bersesuaian untuk

SPI membina kemahiran 4K1N
3/1999
3 KUASAI RPH

• Susun SK & SP (pengetahuan, kemahiran
& nilai)

• Aktiviti & strategi PdPc disesuaikan
dengan kebolehan/keupayaan murid
untuk capai objektif

• Kaedah penilaian berdasarkan objektif

• Membuat refleksi

7 TERAS UTAMA DALAM
PEDAGOGI ABAD KE-21

 Perancangan Pengajaran,Kandungan dan
Penyampaian

 Mencipta Persekitaran Pengajaran yang
Positif

 Pentaksiran Untuk Pembelajaran
 Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif
 Kemahiran Penyoalan dan Berfikir
 Pembezaan
 Pengetahuan Profesional dan Refleksi



APAKAH YANG PERLU
DITULIS DALAM RPH?

1. Mata pelajaran, Tingkatan, Masa
2. Tajuk
3. HSP/SP (DSKP)
4. Objektif
5. Aktiviti
6. Refleksi

NOMBOR 1 & 2 untuk MEMUDAHKAN RUJUKAN guru
yang mengajar pelbagai subjek, kelas dan masa
mengajar.

#Matapelajaran/Tingkatan/Masa #Tajuk

NOMBOR 3 untuk memastikan apa yang hendak
dijadikan OBJEKTIF PdPc diambil daripada HSP atau
SP, bukan suka-suka. Objektif dibina daripada HSP
atau SP (DSKP) yang bersifat umum. Objektif perlu
lebih SPESIFIK dan BOLEH DILIHAT (diukur) dan
tingkah lakunya mesti jelas.

#HSP atau SP (DSKP)

NOMBOR 4, 5 & 6 WAJIB ada dalam RPH sebab ada
disebut dalam pekeliling Bil.3/1999.

#Objektif # Aktiviti # Refleksi

Cara Menulis Objektif
Dalam RPH

OBJEKTIF mesti dibina berpandu pada:

i. HASIL PELAJARAN (HP) yang terdapat dalam HSP -
Tingkatan 3 hingga 5
ii. STANDARD PEMBELAJARAN (SP) yang terdapat
dalam DSKP - Prasekolah, tahun 1 hingga tingkatan 2

OBJEKTIF mesti boleh DIUKUR, SPESIFIK dan boleh
DICAPAI dalam ruang waktu PdPc.

OBJEKTIF yang dibina mesti ada PERTIMBANGAN
MINIMUM ARAS MURID di dalam kelas yang diajar.

Contoh Penulisan OPEM

SUBJEK BM

12.6 Aras 2 (iii) - Membuat pengubahsuaian idea dan organisasi
karangan untuk membina perenggan yang seimbang

OBJEKTIF yang boleh dibina:

Murid akan dapat:
1. Membetulkan sekurang-kurangnya 3 idea yang tidak relevan
dalam petikan karangan aktiviti sukan lasak dengan tepat.
2. Menyusun semula sekurang-kurangnya 2 perenggan karangan
aktiviti sukan lasak dengan betul dan seimbang.

SUBJEK GEOGRAFI

Bab: 7.4 Kesan Penerokaan Sumber
Memahami kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar
negara Malaysia (Aras 2)

OBJEKTIF yang boleh dibina:

Murid akan dapat:
1. Menghuraikan sekurang-kurangnya 3 kesan penerokaan
sumber terhadap alam sekitar negara Malaysia berserta contoh
dengan tepat.

CARA MENULIS AKTIVITI

DALAM RPH

Aktiviti yang dirancang mesti
MENUNJUKKAN CARA OBJEKTIF DICAPAI.

Aktiviti mesti ditulis DENGAN JELAS
DALAM AYAT LENGKAP dan BUKAN hanya
menulis perkataan:
1. Soal jawab
2. Perbincangan
3. Penerangan
4. Latihan

SEPATUTNYA AKTIVITI DITULIS SEPERTI
YANG BERIKUT:

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang
ditonton. (Set induksi) √

2. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada
pelbagai sumber berdasarkan kad arahan melalui aktiviti
stesen. (Koperatif) √

3. Wakil kumpulan membuat pembentangan. (Kolaboratif) √
4. Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan

lanjut berserta soal jawab. (Kolaboratif) √
5. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut

aras. (Koperatif) √
6. Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.

(Kesimpulan/ Peneguhan) √

REFLEKSI

Terbahagi kepada dua, iaitu:

i. Refleksi Pdpc
Mencatatkan bilangan murid capai dan tidak
capai serta langkah penambahbaikan yang
dilakukan dan bahagian yang boleh ditambah
nilai untuk PdPc akan datang.

ii. Refleksi PBD
Jumlah murid yang capai TP/Band yang
ditaksirkan.

REFLEKSI & IMPAK

REFLEKSI atau IMPAK perlu ditulis setelah berakhirnya
satu-satu PdPc.

IMPAK merupakan SEBAHAGIAN daripada REFLEKSI.

PERSAMAAN refleksi dengan impak ialah kedua-duanya
mencatatkan:
i. JUMLAH/BILANGAN murid dan BUKAN PERATUSAN
murid yang mencapai objektif dan yang tidak mencapai
objektif.
ii. TINDAKAN yang akan dilaksanakan untuk mengatasi
masalah pembelajaran murid.

PERBEZAAN refleksi dengan impak ialah refleksi
mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yang akan dibuat
dalam PdPc akan datang

Nota

Jika guru melaksanakan pentaksiran TP
atau Band, guru perlu catatkan jumlah
murid yang mencapai TP atau Band yang
ditaksir dalam REFLEKSI dan kemudian
dipindahkan ke dalam borang transit yang
ditampal di dalam Buku Rekod Pengajaran.

PENULISAN RPH - (CADANGAN AKTIVITI)

1. SET INDUKSI
Boleh dilaksanakan melalui:
i. Tayangan video
ii. Main peranan
iii. Gambar
iv. Lagu
v. Permainan, dsbnya

Mesti BERKAITAN dengan TAJUK dan berjaya MENARIK MINAT murid
kerana ada elemen ingin tahu dan hiburan atau DIDIK HIBUR.

2. SESI SOAL JAWAB
Aktiviti sumbang saran.

3. AKTIVITI MURID*
Sama ada secara individu, berpasangan atau kumpulan. Lebih
kepada PENEROKAAN ILMU atau membuat JANGKAAN dan SESI
PERKONGSIAN.

4. AKTIVITI PENERANGAN*
Dilakukan oleh guru.
CONTOH AYAT: Murid mendengar penerangan tentang...

5. AKTIVITI KUMPULAN*
Untuk menyelesaikan masalah atau berbincang berserta SESI
PERKONGSIAN dan SOAL JAWAB.

6. RUMUSAN & PENEGUHAN
Untuk RUMUSAN, kaitkan dengan:
i. Pelajaran akan datang
ii. Nilai dalam kehidupan
iii. Ilmu yang dipelajari berguna untuk kehidupan

PENEGUHAN boleh dilaksanakan dengan mengadakan aktiviti.

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version