The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1132-15-ilham, 2022-05-31 11:12:49

PENULISAN LESTARI

PENULISAN LESTARI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
KERJA KURSUS

PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

TUGASAN 3

Disediakan oleh : Ilham Safiyah Binti Amirulnizam

BIL PERKARA MUKA SURAT
1. Penghargaan 1
2. Pengenalan 2-3
3. Objektif dasar teknologi hijau negara 3
4. Isu-isu semasa global berkaitan alam sekitar 4
5. Produk teknologi hijau 5-7
6. Kesimpulan 7
7. Rujukan 8-9

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat masa dan tenaga
yang dikurniakan dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek PALS1012 Asas
Kelestarian dan Teknologi Hijau ini dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan terutamanya kepada Puan Norzeha binti Othman selaku
pensyarah bagi subjek ini kerana sudi memberi tunjuk ajar serta membimbing sepanjang proses
penulisan esei ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya
terutamanya ibu dan bapa serta ahli keluarga yang tidak pernah putus dalam memberikan
sokongan serta galakkan kepada saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Selain itu,
saya juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini sama
ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan ini amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan, tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik.

1

1.0 PENGENALAN

Pada dunia yang semakin moden ini, masyarakat sering mengabaikan tanggungjawab
terhadap alam sekitar yang perlu dijaga untuk kebaikan bersama. Alam sekitar merujuk kepada
keadaan sekeliling di mana keadaan tersebut berkait rapat antara keadaan fizikal alam sekitar
seperti iklim dunia dengan aktiviti seharian manusia. Menurut Hazura dan Sharifah Norhaidah
(2007), alam sekitar membawa maksud faktor fizikal yang berada di sekeliling manusia.
Masalah alam sekitar sering menjadi isu yang sangat membimbangkan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia seperti perubahan iklim, pencemaran alam sekitar, penebangan hutan
secara haram, jerebu dan sebagainya. Isu alam sekitar yang melibatkan masalah global ini
semakin berleluasa akibat daripada sikap manusia yang lalai dan mengambil mudah dengan
penjagaan alam sekitar. Sehubungan dengan itu, teknologi hijau telah diperkenalkan bagi
mengatasi masalah isu alam sekitar yang akan memberi impak negatif dalam kehidupan
manusia mahupun akuatik pada masa akan datang. Teknologi hijau pula merupakan produk
atau sistem yang mudah untuk digunakan bagi memelihara alam sekitar agar dapat menjadikan
alam sekitar yang sihat serta memberi kebaikan kepada semua kehidupan. Alam sekitar dapat
dipelihara dan dipulihara dengan adanya medium teknologi hijau yang boleh membantu
manusia untuk menerokai dan teknologi hijau ini juga mampu menyumbang sumber tenaga
yang boleh diperbaharui serta memberi kemudahan dan kebaikan kepada masyarakat.

Pada tahun 2009, negara Malaysia tidak ketinggalan dalam penglibatan penggunaan
teknologi hijau dengan merangka dasar-dasar teknologi hijau untuk dipromosikan ke luar
negara. Menurut Chen dan Chai (2010), masalah pencemaran alam sekitar yang semakin
membimbangkan pada masa kini telah mendorong kerajaan melakukan usaha mempromosikan
produk hijau kepada pengguna. Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah dirangka merujuk
kepada empat aspek seperti tenaga, ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Dasar Teknologi Hijau
Negara yang telah dirangka dari aspek tenaga dapat mengurangkan penggunaan bahan api
fosil yang berlebihan serta dapat mempromosikan kelebihan dan kecekapan penggunaan
tenaga seperti kenderaan elektrik dan kenderaan hibrid. Dari aspek ekonomi pula produk
teknologi yang telah dicipta seperti Industri Fotovolta dapat meningkatkan bilangan Industri
Hijau di mana bilangan pekerjaan di sektor perkilangan dan perindustrian juga akan semakin

2

bertambah secara tidak langsung pembangunan ekonomi negara lebih stabil melalui
penggunaan teknologi hijau. Manakala bagi aspek sosial pula produk teknologi hijau seperti
penggunaan bekas makanan dan penggunaan pengangkutan awam mampu mendatangkan
pelbagai faedah iaitu dapat mengelakkan berlakunya pencemaran udara dan bunyi serta kualiti
hidup masyarakat dapat ditingkatkan begitu juga dengan aspek alam sekitar di mana produk
teknologi hijau yang telah dicipta mampu memberi pelbagai faedah.

2.0 OBJEKTIF DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA

Dasar Teknologi Hijau Negara yang telah dirangka merujuk kepada empat aspek iaitu
tenaga, ekonomi, sosial dan alam sekitar mempunyai lima matlamat atau objektif yang perlu
dicapai. Objektif yang pertama ialah sumbangan teknologi hijau terhadap pembangunan
ekonomi negara dapat ditingkatkan dan dapat menyelaraskan peningkatan dan pertumbuhan
industri teknologi hijau. Bagi objektif Dasar Teknologi Hijau Negara yang kedua pula ialah dapat
membantu pertumbuhan dan meningkatkan pertumbuhan industri teknologi hijau kepada
ekonomi negara. Dasar Teknologi Hijau Negara yang merangkumi empat aspek ini juga
bertujuan mengembangkan keupayaan inovasi yang membolehkan daya saing melalui
teknologi hijau di peringkat antarabangsa dapat ditingkatkan. Manakala objektif Dasar Teknologi
Hijau Negara yang keempat ialah dengan adanya produk teknologi hijau ini dapat menjadikan
pembangunan yang mapan dan alam sekitar dapat dipelihara dan dipulihara untuk generasi
yang akan datang serta objektif yang kelima ialah dapat menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan pendidikan teknologi hijau serta menggalakkan penggunaan teknologi hijau
dengan meluas dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, berdasarkan Dasar Teknologi Hijau
Negara, apakah produk teknologi hijau yang mampu menangani isu-isu semasa global
mengenai alam sekitar?

3

3.0 ISU-ISU SEMASA GLOBAL MENGENAI ALAM SEKITAR

Sejak akhir-akhir ini, negara Malaysia sering mengalami isu-isu semasa global berkaitan
dengan alam sekitar yang menjadi kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Masyarakat kini
sering menggunakan plastik konvensional seperti polistirena dicipta daripada petroleum yang
sukar untuk terurai. Menurut Afroz et al. (2017), penggunaan beg plastik merupakan sisa yang
tertinggi di Malaysia. Masyarakat yang menggunakan plastik konvensional seperti polistirena
dalam jangka masa yang panjang akan mengakibatkan berlakunya lambakan sisa plastik atau
peningkatan sisa pepejal semakin bertambah. Lambakan sisa plastik dan sisa pepejal ini adalah
berpunca daripada pertambahan jumlah penduduk serta pengurusan sisa pepejal yang tidak
sistematik. Sebagai contoh, kaedah yang sering digunakan untuk pengurusan sisa pepejal ialah
sisa tersebut dikutip dari rumah-rumah lalu dibuang di satu kawasan pelupusan sampah secara
terbuka yang akan menyebabkan berlakunya pencemaran bau serta menyumbang kedatangan
makhluk perosak seperti tikus dan sebagainya (Moh dan Manaf, 2014). Lambakan sisa plastik,
wujudnya bahan pencemar dan peningkatan jumlah sisa pepejal yang berterusan tanpa
kawalan dan pengurusan sisa yang sistematik akan menyumbang kepada beberapa masalah
alam sekitar memberi kesan buruk yang berpanjangan terhadap hidupan di darat mahupun
hidupan di laut. Misalnya, pembentukan gas rumah hijau yang membawa kepada pemanasan
global adalah berpunca daripada lambakan sisa plastik dan sisa pepejal. Bukan itu sahaja,
pembuangan sisa plastik dan sisa pepejal ke dalam sungai akan memberi kesan buruk dan
menjejaskan hidupan di laut. Sebagai contoh, sisa pepejal atau plastik yang telah dibuang ke
dalam sungai akan menyebabkan hidupan akuatik seperti penyu semakin pupus akibat
termakan sisa plastik tersebut yang dianggap sebagai makanan kerana bentuknya yang seperti
obor-obor. Hal ini kerana plastik konvensional atau plastik yang diperbuat daripada rantaian
polimer memakan masa ratusan ribu tahun untuk mereput (Geyer et al., 2017). Selain itu,
penggunaan baja kimia yang berlebihan juga akan memberi kesan buruk terhadap alam sekitar
kerana baja kimia tidak mesra alam sekitar malah baja kimia hanya merosakkan nilai pH tanah
serta baja kimia boleh mengurangkan kesuburan tanah. Oleh itu masyarakat perlulah bijak
dalam menggunakan sesuatu bahan dengan mengetahui kebaikan serta keburukan bahan
tersebut sebelum menggunakannya.

4

4.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

Sehubungan dengan itu, masyarakat digalakkan untuk mengguna produk biodegradasi
dalam kehidupan seharian sebagai pengganti kepada plastik konvensional. Biodegradasi
merupakan proses menguraikan sesuatu bahan serta proses penting dalam pereputan bahan
bagi membolehkan bahan tersebut menjadi kompos serta diuraikan semula menjadi elemen
semulajadi. Proses biodegradasi ini sangat penting bagi menghasilkan produk yang mesra
alam. Bekas makanan mesra alam seperti tuppaware, paper brown bag dan woven bag
merupakan salah satu produk mesra alam yang memberi kesan baik terhadap prestasi alam
sekitar. Produk mesra alam ini sangat digalakkan kepada masyarakat untuk menggunakannya
kerana produk ini dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dalam jangka masa
yang panjang. Produk mesra alam ini dihasilkan daripada barang-barang terpakai dan barang
yang mudah untuk diurai serta barang tersebut juga boleh dikitar semula agar tidak memberi
sebarang kesan negatif terhadap alam sekitar (Nunes dan Riyanto, 2005). Bukan sekadar
negara Malaysia sahaja yang menghasilkan produk mesra alam malah negara-negara maju
yang lain seperti Amerika Syarikat dan Eropah juga sedang giat melaksanakan produk mesra
alam secara meluas kerana mempunyai permintaan yang tinggi daripada masyarakat untuk
digunakan dalam kehidupan seharian. Justeru, timbunan sampah dan sisa pepejal dapat
dikurangkan jika menggunakan bekas makanan mesra alam yang bersifat mudah lupus secara
biodegradasi serta berfungsi untuk memasarkan, melindungi dan memberi keselamatan kepada
pengguna mahupun alam sekitar. Produk pembungkusan makanan mesra alam ini tidak
memberi kesan kepada alam sekitar kerana produk ini bebas daripada penebangan pokok,
boleh terurai, mesra pengguna serta mesra alam berbanding dengan bekas makanan seperti
polistirena yang tidak terurai akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Oleh hal demikian,
produk yang melalui proses biodegradasi iaitu produk menggunakan bahan ‘mesra alam’ yang
mudah terurai dapat menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih sistematik, cekap dan
sempurna.

5

Produk Ciri-ciri Tempoh penguraian
Bekas makanan Beberapa bulan
- Kukuh
mesra alam - Tidak bertoksik Lebih kurang 500 tahun
- Tahan serapan air dan minyak
Polistirena - Boleh digunakan dalam suhu
yang tinggi dan rendah

Menghasilkan toksik yang akan
meresap dalam makanan apabila
digunakan dalam suhu yang tinggi.

Jadual 4.1 Perbandingan antara bekas makanan mesra alam dan polistirena.

Selain itu, masyarakat yang terlibat iaitu peladang dan petani perlulah mengurangkan
penggunaan baja kimia yang akan memberi pelbagai kesan buruk terhadap alam sekitar
terutamanya kesan ke atas keadaan tanah. Justeru, penggunaan baja yang lebih sihat seperti
baja organik sangat digalakkan dalam aktiviti tanaman bagi mengekalkan kesuburan dan nilai
pH tanah. Baja organik ialah baja yang dihasilkan menggunakan bahan organik secara
keseluruhan ataupun sebahagian sahaja daripada unsur baja tersebut. Misalnya, najis binatang,
tulang binatang, sisa makanan, rumpai laut atau segala bahan semulajadi yang akan mereput
diurai oleh mikroorganisma pengurai dikategorikan dalam bahan organik atau lebih dikenali
sebagai kompos. Kompos ialah bahan yang mereput secara semulajadi dan sangat sesuai
untuk dijadikan baja atau sumber nutrien kepada tanaman. Kompos ini juga boleh dihasilkan
secara manual di mana sisa-sisa atau bahan tersebut dikumpulkan dalam satu bekas lalu
dibiarkan sehingga mereput , tidak berbau dan berwarna hitam mengandungi zat-zat makanan
yang diperlukan oleh tumbuhan. Bakteria pengurai yang baik dapat meningkatkan kandungan
nutrien dalam tanah serta dapat membantu pertumbuhan tanaman yang sihat. Di samping itu,
baja organik memberi pelbagai kelebihan dan kebaikan dalam jangka masa yang panjang
terhadap alam sekitar. Hal ini kerana, tanah berupaya untuk menampung nutrien dan air yang
terdapat dalam tanah dengan lebih cekap terutamanya tanah berpasir yang tidak dapat
menahan air ketika hujan lebat.

6

Bukan itu sahaja, baja organik juga mampu membentuk habitat dan persekitaran bermanfaat
kepada cacing tanah yang dapat menjadikan tanah lebih subur. Justeru, penggunaan baja
organik tidak akan memusnahkan tanaman kerana baja organik ini melepaskan nutrien ke
dalam tanah secara perlahan-lahan dan tidak berlebihan. Oleh itu, kelebihan baja organik ini
memberi kesedaran kepada peladang atau petani untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar agar lebih selesa dan selamat.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, punca-punca berlakunya masalah alam sekitar perlu diteliti dengan
lebih mendalam agar usaha-usaha untuk mengatasi isu tersebut dapat dijalankan dengan bijak
dan lebih berkesan. Masyarakat perlu cakna dalam setiap langkah yang didedahkan untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar kerana kesan negatif terhadap alam sekitar sudah
pun jelas dengan pencemaran yang semakin berleluasa, pemanasan global dan sebagainya.
Tanggungjawab dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar juga
dapat mengurangkan daripada berlakunya masalah alam sekitar yang akan mengancam
kehidupan manusia mahupun kehidupan di laut. Kerajaan juga perlu memainkan peranan
dengan menjadi penggerak utama dalam memelihara dan memulihara alam sekitar serta
berusaha menghasilkan sumber tenaga yang boleh diperbaharui agar dapat mengelakkan
daripada berlakunya isu-isu global berkaitan dengan alam sekitar. Oleh itu, pemeliharaan muka
bumi perlu dijalankan bagi menjamin kehidupan seperti bekalan sumber makanan agar
kehidupan lebih berkualiti, bersih, segar, selesa dan harmoni. Justeru, semua lapisan
masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar
supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita serta generasi akan
datang dapat menikmati alam sekitar yang sihat dan harmoni.

7

RUJUKAN

Afroz Rahman, Abdul Rahman, Muhammad Masud & Akhtar. (2017). The Knowledge,
Awareness, Attitude and Motivational Analysis of Plastic Waste and Household
Perspective in Malaysia. Environmental Science and Pollution Research, 24(3):
2304-2315.

Chen, T. B. & Chai, L.T. (2010). Attitude Towards The Environment and Green Products:
Consumers' Perspective. Management Science and Engineering, 4(2), 27-39.

Geyer, R., Jambeck, J. R. & Law, K. L. (2017). Production, Use, and Fate of All Plastics Ever
Made. Science Advances, 3(7), 25-29.

Hazura Abu Bakar & Sharifah Norhaidah Syed Idros. (2007). Pemeliharaan Alam Sekitar
Bersumberkan Pengetahuan Islam. Jurnal Pendidikan Sains, 1(7), 31-44.

Kamarudin, Mohd Fazli, Md Nor Hayati, Ismi Rajiani, & Norhana. (2011). Green Technology
Compliance in Malaysia For Sustainable Business Development. Journal of Global
Management, 2(1), 55-65.

Karmilah Abdullah & Jamilah Ahmad. (2014). Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau terhadap
Amalan Pengamal Perhubungan Awam Hijau di Malaysian Green Technology
Corporation (GreenTech Malaysia). Akademika, 84(3), 29-39.
http://journalarticle.ukm.my/8601/1/9023-24127-1-PB.pdf

8

Moh, Y. C. & Manaf. (2014). Overview of Household Solid Waste Recycling Policy Status and
Challenges In Malaysia. Resources, Conservation and Recycling, 82, 50-61.

Syahirah Che Lah & Norshamliza Chamhuri. (2021). Tinjauan Awal Gelagat Pengguna Malaysia
Terhadap Isu Penggunaan Beg Plastik. Akademika, 91(1), 25-38.
http://journalarticle.ukm.my/16719/1/34045-154711-1-PB.pdf

Zurina Ahmad Saidi & Choy, E. A. (2016). Penggunaan Bekas Makanan Mesra Alam di
Malaysia: Kajian awal pengetahuan dan kesanggupan pelajar Universiti Kebangsaan
Malaysia. Journal of Society and Space, 12(10), 113-126.
http://journalarticle.ukm.my/10632/1/12.geografia-ogos16-zurina-edam.pdf

9


Click to View FlipBook Version