The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disusun oleh : Ir Hj Lotfi Amer b. Hj Abd Hamid

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lotfiamer, 2022-07-13 23:51:00

Apa itu tenaga solar?

Disusun oleh : Ir Hj Lotfi Amer b. Hj Abd Hamid

Keywords: Solar Energy

Apa Itu Tenaga Solar?

Kita mulakan dengan bahagian paling penting sekali, iaitu
matahari.

Panel solar menghasilkan tenaga dengan menyerap
cahaya dari matahari dalam sel fotovoltaik, yang
kemudiannya mengubah tenaga tersebut menjadi
elektrik.

Sebab tulah tenaga solar sering dirujuk sebagai ‘solar PV’.
PV tu bermaksud fotovoltaik.

Sejarah dan latar belakang

Pada tahun 1950-an – 1960-an, panel solar mempunyai kecekapan serendah 10% sahaja,
bermakna HANYA 10% tenaga yang diserap dari matahari diubah menjadi elektrik.

Kini, panel solar mampu menukar sekitar 20% tenaga. Kalau anda rasa jumlah tu seperti tidak
berbaloi, perlu diingat juga yang anda tak perlu membayar untuk cahaya matahari!

Tenaga solar yang dihasilkan di rumah dapat
menjimatkan kos elektrik kerana anda menggunakan
elektrik anda sendiri dan bukan membelinya dari grid.

Bukan itu saja tau. Anda juga boleh MENJUAL tenaga itu
semula kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) atau
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Ini boleh dilakukan melalui Skim Pemeteran Tenaga
Bersih Malaysia. Inisiatif yang direka khas untuk memberi
ganjaran kepada penjana tenaga suria domestik dan
komersil, dengan menjual lebihan tenaga boleh
diperbaharui kembali kepada grid elektrik.

Memahami Net Energy Metering

Tenaga Solar di Malaysia

Terdapat beberapa perubahan baru yang sangat baik berhubung tenaga solar di Malaysia
yang menjadikannya satu pilihan yang menarik. Itu pun jika anda adalah pemilik salah satu
daripada 3.2 juta kediaman di Malaysia yang mempunyai ruang untuk solar di atas
bumbung.

1. Pemeteran Tenaga Bersih

Perubahan yang di buat di sini adalah peningkatan harga
yang dibayar kepada penjana bagi tenaga yang mereka
jual semula kepada grid.

Ia kini berasaskan "satu-ke-satu" (one-to-one), yang
bermaksud setiap unit kuasa yang anda jual kepada grid
elektrik dibayar pada harga yang dikenakan untuk satu
unit kuasa dari grid.

Memang banyaklah duit sampingan anda, dan sambil tu
dapat juga buat kediaman lebih hijau. Bukan penduduk di
Semenanjung Malaysia saja yang boleh dapat manfaat ni
kerana Pemeteran Bersih sudah diperluaskan sampai ke
Sabah pada tahun 2019.

2. Rakan-Ke-Rakan (P2P)

Jenis pasaran elektrik ini
sebenarnya masih dalam tempoh
percubaan di Malaysia pada
tahun 2020.

Sekiranya anda menjana elektrik

di rumah, anda mungkin dapat

menjualnya terus kepada jiran

anda pada masa

hadapan melalui rangkaian TNB.

Maksudnya, anda dapat tinggal
di kejiranan yang lebih hijau, dan
pada masa yang sama menjana
keuntungan dengan beberapa
panel solar yang ada.

Berapa Kos Untuk memasang Sistem Panel Solar Di Malaysia?

Malangnya, tak ada jawapan yang jelas dan
mudah untuk menjawab persoalan harga
panel solar di Malaysia.

Ia bergantung pada ukuran pemasangan,
kualiti panel solar yang digunakan, dan juga
skim atau syarikat yang anda pilih.

Penganalisis mencadangkan yang

pemasangan kediaman standard berbeza

dari 4kW hingga 12kW, dengan kos di antara

RM16,000 hingga RM23,000 untuk sistem

asas 3kW.

Di Manakah Panel Solar boleh dibeli ?

Anda tak perlu risau tentang sebilangan
peniaga tenaga entah dari mana-mana yang
cuba menjual panel solar kepada anda dari
belakang lori mereka!

Ini kerana….

Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari
Malaysia (SEDA) mempunyai senarai
syarikat bertauliah dan berdaftar yang
menjual peralatan solar untuk anda cari
syarikat yang sesuai.

Perunding yang bertauliah

Sekiranya anda tercari-cari di mana untuk membeli tenaga solar di Malaysia, dan teknologi apa yang
paling berpatutan, anda perlu tahu yang pasaran tenaga boleh diperbaharui dan panel solar berubah
dengan sangat cepat.

Anda perlu sentiasa peka dengan tawaran pembiayaan terkini dari bank atau kerajaan sebelum
membuat sebarang komitmen.

Anda boleh memeriksa senarai syarikat
bertauliah, dan pengumuman terbaru
mengenai Pemeteran Bersih (Net Metering)
dan tenaga solar untuk memahami apa yang
tersedia.

LORDZARESOURCES

Untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma.
Hubungi kami ...
016-21 666 91


Click to View FlipBook Version