The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Refleksi - Kumpulan 12

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainnaj23, 2021-12-30 09:47:20

Refleksi Kumpulan 12

Laporan Refleksi - Kumpulan 12

KUMPULAN 12
LAPORAN REFLEKSI e-SULAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN ISLAM)
SEMESTER 1 2021/2022

Nama : Nik Yasmin Sofia Binti Nik Shamsuddin
No Pelajar : 068397
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Perkembangan pesat teknologi maklumat pada hari ini telah
Objektif mendedahkan remaja-remaja kepada budaya luar. Remaja masa
kini mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi barat
terutamanya dari segi pergaulan, pemakaian dan sebagainya,
yang bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya
masyarakat timur. Menurut Rohana Yusof (2010), budaya
didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan dengan budi dan
akal. Manakala menurut Abu Mardhiyyah (2012), menyatakan
pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai
gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan
kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata
iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan
meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan
memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi
amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya,
mereka akan kehilangan identiti dan mengikut cara hidup barat
dalam kehidupannya.

▪ Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
▪ Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya

barat.
▪ Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan

apabila terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis dan Kajian kerja lapangan ini telah dilakukan dengan menggunakan
Perbincangan dua kaedah dalam proses pengumpulan data iaitu menerusi
kaedah soal selidik dan temu bual. Proses soal selidik ini
dijalankan secara atas talian dengan mengedar pautan Google
Forms di aplikasi WhatsApp dengan memperoleh seramai 101
orang responden, manakala proses temu bual pula dijalankan
menerusi platform Webex dan Zoom dengan menemu bual
seorang informan iaitu pensyarah senior dari Universiti Sultan
Zainal Abidin Kampus Gong Badak pada hari Sabtu. Sebanyak
10 soalan telah diajukan kepada responden. Berdasarkan
analisis jawapan yang diterima, seramai 39 orang bersetuju
bahawa hiburan yag melampau sebagai asbab yang paling
mempengaruhi remaja untuk terpengaruh dengan budaya barat,
manakala seramai 35 orang responden memilih gaya fesyen
pakaian terkini dan 20 orang menjawab pergaulan bebas serta 7
orang lagi responden memilih budaya LGBT sebagai jawapan
pilihan mereka. Tujuan pemilihan tajuk ini adalah untuk
mengetahui faktor-faktor, kesan dan juga langkah-langkah yang

Kesimpulan boleh dilakukan mengenai isu pengaruh budaya barat dalam
Sumber Rujukan kalangan remaja di Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa kajian
yang dilaksanakan adalah relevan. Selain itu, terdapat beberapa
kelebihan dan kekurangan semasa melaksanakan projek e-
SULAM ini. Antara kelebihannya ialah dapat belajar
menggunakan dan mengendalikan Google Sites. Selain itu,
dapat menambah pengetahuan berkaitan isu yang dikaji serta
mengambil pandangan daripada responden dan informan. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kekurangan semasa menjalankan
projek e-SULAM ini. Antaranya ialah sukar mendapatkan
informan untuk menjalankan sesi temu bual.

Secara rumusannya, pengaruh budaya barat ini telah
mendatangkan banyak kesan yang buruk serta merosakkan
akhlak dan moral masyarakat terutamanya golongan remaja.
Menurut Ahmad Muntaqim Zulkipli (2008), pemerkasaan budaya
perlu diberikan perhatian serius serta penguatkuasaan perlu
dilakukan agar kita tidak membawa budaya barat yang tidak sihat
ini dan bercanggah dengan nilai-nilai agama dan bangsa
setempat. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa telah
mencapai objektif yang dinyatakan.

▪ Yusof, R. (2010). Asas Sains Sosial Dari Perspektif
Sosiologi Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

▪ Mardhiyyah, A. (2012). Menangani Pengaruh Budaya
Barat. Dimuat turun Disember 19, 2021, daripada
http://abu-mardhiyyah.blogspot.com/2012/05/menangani-
pengaruh-budaya-barat.html.

▪ Zulkipli, A. M. (2008). Ancaman budaya popular ala barat.
MalaysiaKini. Dimuat turun Disember 15, 2021, daripada
https://m.malaysiakini.com/letters/81514.

Nama : Nur Qistina Binti Mohd Zaini
No Pelajar : 068210
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Rogers, (1951) ’Adolescence’ bermaksud membesar menjadi
matang. Remaja dikatakan berusia di antara 11 hingga 21 tahun,
merupakan transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman
dewasa yang melibatkan perubahan biologi, psikologi, sosial dan
ekonomi serta melibatkan perubahan peringkat tidak matang ke
peringkat matang (Azizi et. Al.,2005). Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat (2017), budaya pula boleh didefinisikan sebagai
tamadun atau peradaban manakala barat bermaksud Eropah dan
benua Amerika.

Konsep budaya Barat dijelaskan melalui istilahnya yang
digunakan untuk menggambarkan norma-norma sosial, sistem
kepercayaan, tradisi, kastam, nilai-nilai, dan lain-lain yang telah
terbentuk di Eropah atau berdasarkan budaya Eropah.
Kebanyakan sejarawan bersetuju bahawa konsep ini timbul di
kalangan orang Yunani kuno.

Selain itu, menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
(2016), golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya
tidak mudah terpengaruh dan membawa masuk budaya Barat
untuk dijadikan acuan dalam mencorakkan masa depan negara.
Hal ini kerana ada yang menganggap nilai ketimuran merupakan
sesuatu yang jumud atau konvensional.

Objektif 1. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
Kajian 2. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya

barat.
3. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan apabila

terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis/ Berdasarkan kajian lapangan berkaitan Pengaruh Budaya Barat
Perbincangan dalam Kalangan Remaja di Malaysia yang telah dilaksanakan,
sebanyak empat soalan telah diajukan kepada responden dengan
menggunakan platform Google Form kepada masyarakat umum
terutamanya para remaja manakala Webex serta Zoom Meeting
digunakan bagi menemu bual pakar dalam bidang tersebut.
Lantaran itu, maklum balas yang memberangsangkan telah
diterima daripada responden.

Persoalan yang akan dikupas ialah berkaitan pendapat
responden bahawa mengikuti aliran budaya luar dianggap
pemikiran terbuka dan maju oleh masyarakat yang telah diajukan
di Google Form. Seramai 101 orang responden telah menjawab
soalan ini. Majoriti mengundi tidak bersetuju dengan pernyataan
bahawa mengikuti trend budaya barat dianggap pemikiran

Kesimpulan terbuka dan maju oleh masyarakat iaitu seramai 70 orang
responden bersamaan 69.3%. Namun begitu, masih ada yang
Sumber mengundi bersetuju iaitu seramai 31 orang responden bersamaan
Rujukan 30.7%.

Pada asalnya, tajuk ini dipilih kerana apabila diperhatikan
gelagat para remaja, budaya yang ditonjolkan berlainan dengan
ciri kesopanan dan kesusilaan rakyat Malaysia. Tajuk yang
diketengahkan ini juga amat relevan dengan era tular dan
pandangan golongan belia yang ingin bergaya mengikut budaya
luar yang dianggap wajib ditiru dari segi pemakaian, percakapan
serta tingkah laku.

Antara kelemahan semasa melaksanakan penyelidikan e-
SULAM ini adalah masalah rangkaian Internet kerana ahli
kumpulan sukar berbincang bersama-sama jika terdapat rakan
yang mempunyai rangkaian yang lemah.

Selanjutnya, kebaikan penyelidikan ini ialah para pelajar
dapat berfikiran kritis dan kreatif dengan mengendalikan soal
selidik serta sesi temubual bersama masyarakat umum dan
pakar. Pelajar juga dapat lebih cakna akan masalah sahsiah yang
membelenggu remaja tempatan.

Secara keseluruhannya, keputusan dari 101 orang responden
menunjukkan bahawa budaya Barat telah meracuni pemikiran
remaja di Malaysia dan majoritinya berpunca dari hiburan
melampau. Aliran budaya Barat sememangnya tidak dianggap
pemikiran terbuka dan maju kerana bercanggah dengan budaya
dan sifat ketimuran rakyat Malaysia.

Diharapkan agar para remaja kini dapat lebih cakna akan
pengaruh budaya yang memberi impak negatif terhadap diri
mereka lantas menjauhinya supaya Malaysia dapat melahirkan
bakal-bakal peneraju negara yang berkualiti.

Selain itu, cadangan yang boleh diusulkan kepada golongan
remaja dan masyarakat adalah mengurangkan penggunaan gajet
dan sosial media agar dapat mengelakkan diri daripada
terpengaruh dengan unsur-unsur budaya luar yang mampu
merosakkan identiti rakyat Malaysia.

1. Yahaya, A. H. Definisi Remaja Dan Pembentukan Konsep

Kendiri Dalam Hubungannya Dengan Keluarga (Part 6).
2. Kamus Dewan Edisi Keempat (2017). 2021, Disember 20.

budaya.
3. Kamus Dewan Edisi Keempat (2017). 2021, Disember 20.

barat.
4. Mstar. 2016, November 27. Jangan Jadikan Budaya Barat

Acuan Corak Masa Depan Negara - Ahmad Zahid.

Nama : Nor Izzah Adila Binti Saiful
No Pelajar : 067764
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Pengaruh budaya barat dalam kalangan remaja boleh didefinisikan
sebagai penjajahan fikiran bagi remaja yang sepatutnya berteraskan
budaya ketimuran. Pengaruh barat ini adalah budaya yang
bertentangan dengan nilai-nilai murni dan juga agama yang mana
akan merosakkan jati diri remaja dan menyebabkan akidah menjadi
goyah. Misalnya, hiburan melampau, pergaulan tanpa batasan,
homoseksual dan sebagainya. Menurut Azizi Yahya (2011), “remaja
merupakan pewaris mutlak yang akan mengambil alih pucuk
pimpinan negara. Jika ia sudah di cemari dengan gejala-gejala negatif
apakah bentuk manusia yang akan menjadi pewaris tampuk
kepimpinan negara di masa hadapan. Kemana mereka hendak hala
tujukan negara ini kerana jika siap perhitungan negara boleh tergadai.
Itulah kesan yang paling serius jika masalah ini tidak ditangani”.
Kajian kerja lapangan yang dijalankan ini memfokuskan mengenai isu
budaya barat yang berlaku dalam kalangan remaja di Malaysia.

Objektif 1. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
2. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya

barat.
3. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan apabila

terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis/ Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan tinjauan dalam talian
Perbincangan melalui Google Form, seramai 101 responden telah menjawab soal
selidik tersebut. Daripada data analisis soal selidik yang telah
diperolehi, kesemua responden bersetuju bahawa pengaruh media
sosial adalah faktor yang mendorong golongan remaja di Malaysia
terpengaruh dengan budaya barat. Media sosial sememangnya
mempunyai peranan yang amat penting zaman kini tetapi ia juga
mampu memberikan impak yang negatif kepada pertumbuhan
budaya remaja. Menurut Putri, W.et al (2016), pengaruh media sosial
yang amat besar dalam kalangan remaja perlu diambil serius, hal ini
kerana remaja menggunakan media sosial tanpa apa-apa batasan
dan kebebasan informasi dalam era ini. Penggunaan media sosial
yang berlebihan akan membawa impak negatif terhadap tingkah laku
remaja. Antaranya ialah penggunaan kata kesat, keganasan dan
pornografik. Selain itu, faktor kedua terbesar yang dipersetujui oleh
99 responden ialah wujud sifat ingin mencuba dalam kalangan
remaja di Malaysia. Dorongan perasaan ini jika tidak dapat dikawal
dan dibimbing dengan fikiran yang waras akan menyebabkan remaja
mencuba perkara-perkara yang negatif walaupun mereka tahu ia
akan memberi impak yang buruk kepada diri mereka. Ini dibuktikan

Kesimpulan apabila Arieff dan Wardah (2006) menjelaskan, keghairahan mencari
Lampiran sebab musabab baru menyebabkan remaja pada tahap ini suka
mencuba perkara-perkara yang baru. Mereka terus mencuba bagi
mencari pengalaman baru walaupun mereka terpaksa mengalami
kegagalan dan kesukaran. Seterusnya, dapatan kajian juga
mendapati bahawa remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.
Remaja secara am, amat mudah mengikut arus perubahan yang
ditunjukkan oleh rakan sebaya. Muhd Mansur & Siti Nordinar (1988)
menjelaskan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang banyak
terhadap tindakan dan perlakuan seseorang. Hal ini kerana, mereka
mengalami banyak pertukaran fizikal, perkembangan sosial dan
psikologi yang sama. Selanjutnya, hasil kajian mendapati bahawa
kurang didikan agama juga mendorong remaja terpengaruh dengan
budaya luar. Agama adalah benteng untuk mencegah diri daripada
perkara buruk. Menerusi kajian sarjana Hasyim@Fauzi (2002),
kekurangan fahaman agama, akhlak serta nafsu yang tidak dapat
dikawal adalah punca utama berleluasanya amalan seks bebas. Akhir
sekali, kurang pemantauan dari ibu bapa. Kehidupan hari ini
memerlukan ibu bapa untuk memantau gerak geri anak-anak. Hal ini
kerana, remaja mudah terdedah dengan pelbagai perkara dengan
amat mudah dan cepat.

Pendek kata, pengaruh budaya barat yang melanda remaja di
Malaysia dipengaruhi oleh lima faktor dalam mendapatkan dapatan
kajian. Antaranya, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media sosial,
kurang pemantauan ibu bapa, kurang didikan agama dan sifat ingin
mencuba. Dengan ini, semua pihak haruslah berganding bahu dalam
menghapuskan budaya barat yang semakin meruncing dalam negara.

1. Rosli, T., Muniandy, Y., Jasmi, K. A., Rosli, T., Muniandy, Y., &
Jasmi, K. A. (2019). Media Sosial dan Impak Tingkah Laku
Menurut Islam. In Prosiding Seminar Sains Teknologi Dan
Manusia (pp. 115-30).

2. Sharif, Z., & Mohamad Roslan, N. (2011). Faktor-faktor yang
mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di
Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka. Journal of
Education Psychology & Counseling, 1(7), 115-140.

3. Yahaya, A.H. Agressif dalam kalangan remaja (Part 2).
Education, 93(2), 411-419.

Nama : Ain Najda Binti Ishak
No Pelajar : 068150
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan ( Kewangan Islam)

Pengenalan Dewasa kini, pengaruh budaya barat semakin menular lebih-lebih lagi
Objektif dalam kalangan remaja. Menurut Abu Mardhiyyah (2012), pengaruh
barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan
pembaratan dan penjajahan fikiran dengan tujuan untuk menundukkan
negara itu kepada kuasa imperialis untuk memesongkan pengertian
agama dan memusnahkan asas-asas penting dalam pembentukkan
keperibadian seseorang. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan
pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat yang
mampu merosakkan jati diri seseorang itu, malah boleh menyebabkan
akidah sesorang goyah.

Objektif kajian yang dijalankan ialah:

1. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
2. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya barat.
3. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan apabila

terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis/ Kajian ini dijalankan menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu
perbincangan melalui soal selidik dan temu bual. Berdasarkan analisis yang diperolehi
kesan pengaruh barat dalam kalangan remaja ialah peningkatan
masalah sosial. Kita dapat lihat banyak masalah sosial misalnya, seks
bebas, pembuangan bayi, dadah, dan lain-lain yang dilakukan oleh
remaja pada hari ini. Hal ini kerana, di usia remaja, golongan remaja
mula merasakan apa yang dilakukan adalah betul dan tidak mahu
dikongkong. Ini dibuktikan oleh Noraini (2000) yang menyatakan
remaja mula mempunyai keinginan kebebasan dalam pelbagai perkara
dan membuat keputusan mengikut citarasa sendiri. Ini selari dengan
pengaruh barat yang bebas tanpa mengira batas dan hukum agama
menyebabkan remaja mudah terpengaruh kerana ingin mengejar
keseronokkan semata-mata. Sepanjang menjalankan kajian, pelbagai
ilmu diperoleh dan memberi kesedaran supaya tidak mengagungkan
negara barat. Bukan itu sahaja, ia juga dapat memupuk semangat cinta
akan negara dan nilai patriotisme dalam diri.

Kesimpulan Secara kesimpulannya, pengaruh barat memberi impak negatif kepada
Rujukan golongan remaja sehingga mereka hilang identiti dan jati diri. Menurut
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, golongan remaja seharusnya tidak
mudah terpengaruh dan membawa masuk budaya barat untuk dijadikan
acuan untuk mencorakkan masa depan negara. Walaupun sesuatu
perkara itu dianggap baik di barat, namun tidak semestinya ia sesuai di
guna pakai di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah mengambil
cakna dalam menangani masalah ini daripada terus berleluasa. Ini
kerana remaja merupakan aset penting dalam pembangunan sesebuah
negara.

1. Abu Mardhiyyah (2012), Menangani pengaruh budaya barat.
Dimuat turun daripada http://abu-mardhiyyah.blogspot.com

2. Bernama, (2016) Jangan jadikan budaya barat acuan corak
masa depan negara. Dimuat turun daripada
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/11/27/jangan-
ikut-acuan-barat

3. Noraini Ahmad (2000). Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distridutors Sdn. Bhd

Nama :Ain Nadhirah Binti Rosdi
No Pelajar :068436
Program :Sarjana Muda Perniagaan dan Pentadbiran (Kewangan Islam)

Pengenalan Remaja merupakan tunjang utama untuk negara pada masa
Objektif hadapan. Seperti yang dikemukakan oleh Calon (dalam Monks,
dkk 1994) bahwa masa remaja menunjukkan dengan jelas sifat
transisi atau peralihan karena remaja belum memperoleh status
dewasa dan tidak lagi memiliki status anak.Remaja merupakan
golongan yang mempunyai sifat ingin tahu dengan lebih lanjut
terhadap sesuatu isu.Maka,jika isu pengaruh budaya barat tidak
dapat dibendung dalam kalangan remaja ini akan merosakkan
identiti remaja pada masa kini.Pengaruh barat adalah segala
budaya yang datang dari barat termasuk negara Eropah yang
merosakkan.Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma
budaya di negara Malaysia.Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu,malahan boleh
mengakibatkan akidah menjadi goyah.Misalnya.pengaruh seks
bebas,hedonisme,cara permakaian terkini dan sebagainya.

i. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
ii. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan

budaya barat.
iii. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan

apabila terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis/ Kajian kerja lapangan yang dilakukan telah menggunakan dua
Perbincangan kaedah dalam proses pengumpulan data iaitu menerusi kaedah
soal selidik dan temu buat.Proses soal selidik ini dijalankan
secara atas talian melalui pautan ‘Google form’ di aplikasi’
WhatsApp’ dengan memperolehi seramai 101 maklum balas
manakala proses temu bual dijalankan menerusi platform ‘Zoom’
yang dilakukan bersama seorang pakar dalam bidang ini.Kerja
lapangan ini dilakukan untuk mengenal pasti isu budaya asing
yang berlaku pada masa kini.Pada masa kini, remaja di Malaysia
semakin hari semakin terpengaruh dengan budaya negatif barat
seperti pergaduhan,pergaulan bebas,homoseksual dan
sebagainya.Seterusnya,antara faktor remaja terpengaruh
dengan budaya ini ialah melalui media dan teknologi yang
semakin maju.Menurut (Putri, Nurwati, & S., 2016) dalam
jurnalnya,Media social (Social Networking) adalah sebuah media
online dimana penggunanya boleh dengan mudah
berpartisipasi,berbagai,dan menciptakan isi meliputi blog,sosial
network atau jejaring sosial,wiki,forum dan dunia virtual. Selain

Kesimpulan itu, memberi pendedahan kesan dan keburukan mempengaruhi
Sumber rujukan budaya luar seperti hedonisme. Hedonisme yang merupakan
satu sistem nilai di Barat mencerminkan keseronokan yang
berlebihan dalam kehidupan (Weijers, 2011:24; Mustafa Kamil
Ayub, 1994:75).Maka budaya ini amat menakutkan apabila ia
meresap ke dalam jiwa remaja.Peradaban pada masa kini
tercabar dengan penjajahan pemikiran sehingga generasi muda
kian hilang identiti dan jati diri bangsa kerena pada zaman
sekarang Malaysia dijajah dengan budaya-budaya barat
terutamanya kepada golongan remaja.Antara kelemahan Ketika
membuat kajian ini ialah masalah internet yang tidak stabil
semasa melakukan perbincangan kajian,manakala kelebihan
penyelidikan ialah para pelajar dapat mengetahui masalah yang
mengakibatkan remaja terpengaruh dengan budaya asing.

Kajian kerja lapangan ini dilakukan untuk memberi tahu
terutamanya kepada remaja pada zaman globalisasi ini bahawa
isu pengaruh budaya barat amat berleluasa di negara
Malaysia.Selain itu,budaya barat yang paling mempengaruhi
remaja pada masa kini ialah hiburan yang melampau seperti lagu
barat serta pengaruh media sosial yang semakin maju boleh
mengakibatkan seseorang remaja itu mempunyai sifat ingin
mencuba sesuatu yang baharu.Maka harapan daripada kerja
lapangan ini agar dapat memberi kesedaran kepada remaja di
Malaysia supaya tidak terlalu taksub akan budaya barat yang
kian mempengaruhi remaja pada masa kini.Antara cadangan
yang dapat diusulkan kepada ramaja ialah mengurangkan
penggunaan gajet yang berleluasa.

1. Bolu, P. S. J. (2021). Pengaruh budaya asing terhadap
perilaku

2. Ferlitasari, R., & Rosana, E. (2020). Pengaruh media
sosial instagram terhadap perilaku keagamaan remaja.
Sosio Religia, 1(2).

3. Rahman, W. R. A., & Norazlan, N. E. (2016). BUDAYA
HEDONISME DALAM KALANGAN PELAJAR
PASCASISWAZAH MELAYU: CULTURE OF HEDONISM
AMONG THE MALAYS GRADUATE STUDENTS. Jurnal
Pengajian Melayu/Journal of Malay Studies (JOMAS),
27(1), 1-24.

Nama : Shariffah Noor Alia Binti Syed Hamzah

No Pelajar : 068391

Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Pada era globalisasi ini, budaya barat semakin menular dalam
kalangan generasi muda. Menurut Nur Amirah (2006), budaya yang
dibawa oleh barat ini akan memberi implikasi yang besar sehingga
menimbulkan krisis dan kehilangan identiti diri dalam kehidupan
seseorang. Budaya barat didefinisikan sebagai budaya yang
mempunyai unsur-unsur berkaitan dengan keseronokan kepuasan
nafsu asas manusia seperti pakaian, hiburan serta pergaulan
(Castells M, 1996). Budaya meliputi adat istiadat, seni, hukum,
moral dan lain-lain kemahiran yang diperolehi oleh seseorang
manusia dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, budaya dilihat
sebagai kehidupan manusia yang kompleks (Suwardi
Endraswara,2006).

Objektif Objektif kajian kerja lapangan dijalankan:

i. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.

ii. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya
barat.

Analisis dan iii. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan
perbincangan apabila terpengaruh dengan budaya luar.

Kajian kerja lapangan yang bertajuk pengaruh budaya barat dalam
kalangan remaja di Malaysia ini dijalankan menggunakan dua
kaedah pengumpulan data iaitu menemu bual panel melalui platform
zoom dan soal selidik melibatkan komuniti golongan remaja dengan
mengedarkan pautan ‘google form’. Pengaruh budaya barat ini
sangat relevan untuk dirungkaikan kerana terlalu banyak budaya
barat yang mempengaruhi masyarakat sehingga mampu
merosakkan pemikiran anak muda. Pada zaman teknologi yang
maju sekarang, masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk
mengikuti arus besar iaitu trend atau isu semasa yang berlaku di
dunia masa kini. Contohnya trend pemakaian serta pergaulan
budaya luar seolah-olah masyarakat lebih berbangga dengan
budaya barat berbanding budaya sendiri. Sebagaimana yang
diketahui, para remaja khususnya sangat senang mengikuti gaya
hidup yang baru tanpa melihat faktor negatifnya kerana angapan
ketinggalan zaman jika tidak mengikutinya. Mengetahui dan
mengikuti isu semasa tiada salahnya asalkan tidak hanyut serta
terpengaruh dengan budaya barat yang salah dan bertentangan
dengan ajaran agama.

Kesimpulan Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi
muda yang bedaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Masyarakat
haruslah pandai menilai perkara positif dan negatif daripada
pengaruh budaya barat ini. Setiap pihak memainkan peranan
penting dalam membendung masalah ini dari berleluasa dalam
kalangan generasi muda. Keluarga memainkan peranan yang
sangat besar terhadap perkembangan anak remaja dengan
menerapkan didikan agama dari kecil agar dewasa kelak, anak-
anak muda tidak terpesong dengan budaya yang bertentangan
dengan agama. Kaedah pengajaran, kawalan displin serta
persekitaran di institusi pendidikan amat menyumbang kepada
pembentukan sahsiah diri remaja seterusnya menjauhkan diri anak
remaja dari terpengaruh dengan perkara negatif budaya luar.

Sumber 1. RASHID, N. A. B. M. Pengaruh Globalisasi Terhadap Gaya
rujukan Hidup Pelajar Di fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

2. HusinAffan, M., & Maksum, H. (2016). Membangun kembali
sikap nasionalisme bangsa Indonesia dalam menangkal
budaya asing di era globalisasi. Jurnal Pesona Dasar, 3(4),
65-72.

3. Seiva Subramaniam, R. (2015). Pemikiran masyarakat Tamil
awal dalam kesusasteraan Tamil klasik/Seiva Subramaniam
a/l Ramiah (Doctoral dissertation, University of Malaya).

4. Sumara, D. S., Humaedi, S., & Santoso, M. B. (2017).
Kenakalan remaja dan penanganannya. Prosiding Penelitian
dan Pengabdian kepada Masyarakat, 4(2).

Nama : Wan Nur Aqilah Binti Wan Miza
No Pelajar : 068333
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Remaja golongan yang berumur belasan tahun, belum bekerja dan masih
bersekolah. Dalam tempoh usia ini, remaja lebih mudah terdedah dan
terpengaruh dengan pelbagai budaya buruk yang kian menular. Oleh
yang demikian, kajian ini diadakan bagi mengkaji pandangan masyarakat
terhadap salah satu budaya buruk yang dilihat semakin mendominasi
remaja kini iaitu budaya barat serta pengaruhnya. Menurut Abu
Mardhiyyah (2012), pengaruh Barat biasanya boleh ditakrifkan sebagai
pembaratan dan penjajahan idea sesebuah negara, dengan tujuan
eksplisit untuk tunduk kepada kuasa imperialis dengan mencairkan nilai,
memesongkan fahaman agama, dan menghancurkan teras serta menjadi
asas kepada amalan dan pembentukan sahsiah. Hasil dapatan kajian
yang dikemukakan bertujuan untuk menghuraikan jawapan kepada
persoalan kajian iaitu pengaruh budaya barat dalam kalangan remaja
diMalaysia.

Objektif I. menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
II. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya barat
III. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan apabila

terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis Kerja lapangan dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik dan
temu bual secara dalam talian melalui platform google form dan WebEx.
Kajian berjaya mengumpulkan sebanyak 101 orang responden dan
seorang panel temu bual. Soal selidik yang dijalankan melalui google form
mempunyai sebanyak 13 soalan dan soalan soalan tersebut telah
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu A, B dan C. Semua keputusan
yang diperolehi dibentang dalam bentuk carta pai dan graf agar mudah
untuk dianalisis. Selain itu, Proses temu bual pula telah dijalankan pada
27 November 2021 bersamaan dengan hari Sabtu, bersama pensyarah
senior dari Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak, Dr.
Suyatno Ladiqi. Sesi temu bual berlangsung dari pukul 9:30 malam
sehingga 11:00 malam di aplikasi WebEx dan Zoom. Semasa sesi
temubual berlangsung, sebanyak 5 persoalan telah diajukan bagi
membantu kajian. Salah satu soalan yang menjadi perhatian adalah
soalan yang meminta pendapat panel terhadap pandangan remaja kini
yang mengganggap tidak mengikuti trend pemakaian terkini serta
pergaulan budaya luar dianggap ketinggalan zaman dan kuno. Menjawab
persoalan ini, Dr Suyatno menyatakan bahawa tidak salah untuk
mengetahui atau mengikuti isu semasa selagi tidak hanyut atau
terpengaruh dengan trend yang salah. Menurut Muhammad zen fikri
(2013), “Pada zaman ini, dapat dilihat bahawa fashion yang diperkenalkan
tidak menjustifikasikan fungsi asal pakaian dicipta. Walaubagaimanapun,

tidak salah untuk mengikuti trend semasa selagi seseorang itu menjadi
selektif terhadap pilihannya sendiri”. Disamping itu, Dr Suyatno juga
sangat bersetuju bahawa pengaruh budaya barat semakin berleluasa
dalam kalangan remaja kini dan perlu diambil tindakan dengan kadar
segera. Ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan adalah sangat
relevan. Seterusnya, terdapat beberapa kelemahan serta kekurangan
yang berlaku sepanjang kajian dilakukan. Antara kelemahan yang terjadi
adalah terdapat kesukaran sewaktu proses temubual panel. Berlakunya
gangguan capaian internet semasa proses temubual berlangsung lalu
menyebabkan temubual terpaksa dilaksanakan di dua platform berbeza
iaitu Zoom dan WebEx. Hal ini turut mengakibatkan rakaman perbualan
menjadi kurang berkualiti. Namun begitu, kajian berjaya diselesaikan
dengan baik atas bantuan yang antara ahli kumpulan serta kerjasama
panel terhormat

Kesimpulan Konklusinya, berdasarkan kajian didapati majoriti menyetujui bahawa
pengaruh barat memberi kesan buruk terhadap remaja Malaysia dari
pelbagai aspek. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab
seharusnya mengambil perhatian tentang hal ini kerana remaja
merupakan tongggak utama negara pada masa hadapan. Akhir sekali,
harapan daripada kajian ini ialah agar rakyat Malaysia terutamanya para
remaja mendapat pendedahan yang jelas dan menjauhkan diri daripada
terus dipengaruhi budaya negatif ini.

Rujukan 1. Mardhiyyah, A. (1970, January 1). Menangani Pengaruh budaya
Barat. MENANGANI PENGARUH BUDAYA BARAT.

2. Muhammad Zen Fikri (2013, November 23). Fenomena fashion di
Kalangan Anak Muda. KOMPASIANA

3. Tyka, N. (1970, January 1). Definisi Pengaruh budaya Barat.
DEFINISI PENGARUH BUDAYA BARAT.

Nama : Suhailah Binti Supiane
No Pelajar : 068264
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Aszlan Selamat dan Mohamad Iszuan Safarudin (2016) telah
menyatakan bahawa pengaruh Barat sangat berpengaruh di Malaysia
baik dari segi budaya, pakaian, bahasa dan sebagainya. Kurangnya
sekatan oleh negara sendiri telah menyebabkan budaya asing ini telah
menapak kukuh di negara ini sekali gus akan menggugat peranan
kerajaan dalam usaha membentuk bangsa Malaysia. Remaja hari ini
begitu terdedah dengan dunia luar dan secara tidak langsung budaya
Barat telah memberikan kesan kepada golongan ini dalam memahami
agama bahkan juga memberi kesan kepada tingkah laku, akhlak,
psikologi dan kepercayaan remaja.

Objektif 1. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku pada masa kini.

2. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya barat.

3. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan apabila
terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis/ Berdasarkan kajian yang bertajuk Pengaruh Budaya Barat dalam
Perbincangan Kalangan Remaja di Malaysia, kajian ini telah mengunakan dua kaedah
iaitu soal selidik dan temu bual yang bertujuan untuk mengumpulkan
data dan ingin mendapatkan pandangan serta pendapat daripada
seorang ahli panel yang telah dijemput. Proses temu bual dijalankan
pada 27 November 2021 bersama seorang panel iaitu Dr. Suyatno Ladiqi
yang merupakan Pensyarah Senior Fakulti Undang-undang dan
Hubungan Antarabangsa dari Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus
Gong Badak. Sebanyak lima soalan yang telah ditanyakan kepada panel
tersebut dalam sesi temu bual secara dalam talian melalui aplikasi
Webex dan Zoom. Kajian ini telah memilih tajuk Pengaruh Budaya Barat
dalam Kalangan Remaja di Malaysia kerana pengaruh budaya barat
telah memberi banyak impak negatif berbanding positif kepada remaja
dan semakin sukar untuk membentuk jati diri sebenar remaja Malaysia
pada hari ini. Tajuk ini sangat relevan dijalankan kerana masih berlaku
sehingga hari ini dan perlu dipandang serius oleh setiap lapisan
masyarakat. Seterusnya, Dr. Suyatno telah memberi pendapat bahawa
negara barat mempunyai kuasa tersendiri dengan adanya ilmu
pengetahuan yang tinggi sehingga mampu mencipta teknologi-teknologi
yang canggih, maju dan boleh diguna pakai oleh negara lain apabila
ditanyakan soalan mengenai kelebihan budaya barat sehingga menolak
budaya sendiri dan menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh
khususnya golongan remaja. Menurut Siti Anisah Muhammad Johan dan
AbRahman Roseliza-Murni (2021), ideologi barat lebih mudah tersebar
ke rantau Asia dengan menggunakan medium massa seperti televisyen,
majalah dan media sosial lain apabila adanya kemudahan teknologi yang

Kesimpulan canggih. Di samping itu, Dr. Suyatno menambah pandangan beliau
dengan menyatakan bahawa dunia berubah sejurus perkembangan
Sumber teknologi di seluruh dunia. Dengan kata lain yang disebut oleh Aszlan
Rujukan Selamat dan Mohamad Iszuan Safarudin (2016), “Pemodenan dan
perkembangan teknologi adalah mengikut acuan barat dan negara
asing” (ms. 90). Tambahan pula, Dr. Suyatno dalam pendapat akhir
beliau mengenai soalan ini mengatakan pengaruh budaya barat mampu
menarik minat golongan muda terutamanya remaja di Malaysia dengan
hiburan-hiburan budaya barat seperti muzik, filem dan lain-lain.
Rancangan hiburan barat sering menggambarkan lelaki dan wanita yang
bukan mahram bergaul tanpa batasan dan halangan, dari segi
berpakaian dan minuman keras telah lama terdedah kepada masyarakat
Melayu khususnya remaja (Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff dan Muammar
GhadDaffi Hanafiah, 2015). Natijahnya, peningkatan masalah sosial dan
pegangan agama dalam kalangan remaja semakin luntur saban hari.
Selain itu, kelebihan sepanjang menjalankan projek e-SULAM adalah
dapat menambah ilmu pengetahuan tentang tajuk yang dikaji dengan
lebih mendalam lagi. Namun begitu, salah satu kekurangan selama
kajian ini dijalankan pula adalah berlakunya masalah rangkaian internet
semasa temu bual berlangsung bersama ahli panel yang dijemput.

Konklusinya, semua pihak mestilah memainkan peranan masing-masing
terutamanya ibu bapa sebagai orang terdekat dengan remaja. Malah
remaja sendiri juga perlulah bijak menjaga diri mereka daripada
terpengaruh dengan budaya barat agar kerosakan akhlak dapat
dibendung dan tidak menjadi kesinambungan kepada generasi akan
datang serta dapat memartabatkan budaya sendiri. Hasil kajian
mendapati kebanyakannya responden dan ahli panel bersetuju bahawa
pengaruh budaya barat banyak menyumbang kesan negatif dan
pelbagai kaedah yang lebih efektif boleh dilaksanakan terhadap remaja
di Malaysia.

1. Johan, S. A. M., & Roseliza-Murni, A. (2021). Pengaruh Imej Badan
dan Penghargaan Kendiri ke atas Kebimbangan Sosial dalam Kalangan
Mahasiswa di Malaysia (The Role of Body Image and Self-Esteem on
Social Anxiety Amongst University Students in Malaysia). JURNAL
PSIKOLOGI MALAYSIA, 35(1).

2. Selamat, A., & Safarudin, M. I. (2013). Penilaian Faktor-faktor
Kesenjangan Etnik di Malaysia Sebagai Penghalang Perpaduan
Nasional. Jurnal Kinabalu.

3. Yusoff, M. Y. M., & Hanafiah, M. G. (2015). Impak media baharu
terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal
Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2).

Nama : Siti Hayra Binti Bunjing
No. Pelajar : 067941
Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Pengaruh budaya Barat atau yang dikenal dengan istilah
“Westernisasi” telah terlihat jelas dewasa ini. Hal ini kerana pola
Objektif kehidupan masyarakat yang semakin hari semakin hanyut dalam
Analisis/ pola modernis dengan berkiblat kepada sistem budaya Barat
Perbincangan (Westernisasi), yang dianggap sebagai kebudayaan moden atau
sebagai alternatif budaya masa kini dan ini terjadi dalam kalangan
remaja yang begitu rapuh menerima peradaban-peradaban asing
sebagai suatu kebanggaan.

I. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
II. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan budaya

barat.
III. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan

apabila terpengaruh dengan budaya luar.
Berdasarkan kerja kajian lapangan ini, data telah dikumpulkan
melalui program temu bual bersama panel jemputan iaitu Dr.
Suyatno Ladiqi yang merupakan senior pensyarah fakulti undang-
undang dan hubungan antarabangsa unisza bagi menjawab
beberapa persoalan yang perlu dirungkaikan. Temu bual ini
dijalankan melalui aplikasi webex dan zoom yang berlangsung
pada 28 november 2021. Berdasarkan kepada soalan temu bual
yang dikemukakan kepada pihak panel, iaitu soalan yang ke-4
adalah berkenaan isu seks bebas dan pembuangan bayi
sememangnya satu isu yang cukup terkenal dalam negara kita
yang disebabkan oleh pengaruh budaya luar melalui filem
daripada negara barat misalnya neflix. Menurut panel Dr. Suyatno
Ladiqi, terdapat perbezaan yang signifikan dimana perbezaan
arus maklumat mengenai filem, musik dan laman web pornografi.
Internet tidak lagi melalui komputer bagi mengakses pornografi
malah telefon bimbit lebih dekat dengan masyarakat kerana ia
mudah untuk mengakses filem pornografi hanya dengan data
internet sahaja.

Namun begitu, netflix tidak sahaja memaparkan filem sedemikian
malah neflix juga banyak memaparkan filem-filem yang
bermanfaat. Tidak hanya neflix malah laman web juga banyak
memberikan maklumat mengenai pornografi. Justeru, pihak
berkuasa telah lama membendung masalah ini namun ia tidak
dapat dikawal kerana ia merupakan salah satu perniagaan
antarabangsa yang banyak mendatangkan keuntungan kepada
pihak tertentu seperti pornografi, pemerdagangan manusia,
penyeludupan dadah dan senjata. Hal ini kerana ia amat sukar
dibanteras. Tambahan pula, bidang pendidikan juga mengalami

Kesimpulan dilema seperti kes-kes yang berkaitan adab. Arus besar media
boleh digunakan untuk kebaikan juga keburukan dan sangat
Sumber besar pengaruhnya kepada masyarakat menyebabkan dunia
rujukan tanpa sempadan. Isu seks bebas terkesan daripada mudahnya
orang mendapatkan maklumat. Hal ini kerana ia bergantung
terhadap diri individu itu sendiri kerana manusia mempunyai
inkuiri yang tidak dapat dipisahkan terutamanya golongan muda.
Terdapat lebih banyak faktor yang boleh menyebabkan isu seks
bebas dan pembuangan bayi berlaku, antaranya ialah masalah
keluarga dan kurang didikan agama serta ilmu pengetahuan.

(Menurut, Kamarul azmi jasmi, remaja hebat siri 1, 2017) implikasi
daripada masalah seks di luar perkahwinan dan kes rogol ini
menyebabkan berlakunya masalah pembuangan bayi sehingga
ada yang menyebabkan kematian. Sebagai contoh, kes
pembuangan bayi yang dicatatkan dari tahun 2011 sehingga
tahun 2015 (Jan-Jun). Melalui dapatan statistik, pada tahun 2011
sebanyak 98 kes,89 kes pada tahun 2012, sebanyak 90 kes
pembuangan bayi bagi tahun 2013,103 kes dicatatkan pada
tahun 2014 dan 55 kes pada tahun 2015. Didapati kes
pembuangan bayi yang tertinggi dicatatkan pada tahun 2014.
Secara keseluruhannya, perkembangan teknologi dan informasi
membawa dampak yang negatif masuknya budaya Barat dan
mencipta perubahan pola perilaku masyarakat yang condong ke
westernisasi sehingga berlakunya kes pembuangan bayi dan
seks bebas dalam kalangan masyarakat. Perkembangan
teknologi informasi dan maklumat yang semakin cepat
menyebabkan budaya Barat semakin tidak bisa dibendung lagi.
Oleh itu, diharapkan masyarakat mengambil berat dalam hal ini
dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menjaga
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat khususnya
golongan remaja.
1. Jasmi, Kamarul Azmi. 2017. Masalah Seksual dalam Kalangan
Remaja dan Penyelesaiannya in Remaja Hebat Siri 4: Batasan
dan Halangan Kecemerlangan, p. 35-60, ISBN: 978-983-52-
1273-

2. Suharni, S. (2015). Westernisasi Sebagai Problema
Pendidikan Era Modern. Jurnal Al-Ijtimaiyyah, 1(1).

3. Nasution, R. D. (2017). Pengaruh perkembangan teknologi
informasi komunikasi terhadap eksistensi budaya lokal. Jurnal
penelitian komunikasi dan opini publik, 21(1), 30-42.

Nama : Suria Saadah Binti Shaharuddin

No Pelajar : 067947

Program : Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam)

Pengenalan Budaya bermaksud tamadun ataupun peradaban manakala
barat bermaksud Eropah dan benua Amerika (Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2017). Menurut Usiono (2020),
pengertian budaya dalam pengajian antropologi adalah satu
jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari
adalah menjadi asas kepada perkembangan budaya. Jadi
boleh disimpulkan disini bahawa budaya barat bermaksud
kegiatan manusia yang berasal daripada negara lain. Pada
zaman yang serba canggih ini, kita dapat lihat bagaimana
keadaan kalangan remaja kini yang sering terlibat dengan
kegiatan budaya barat seperti pengaruh seks bebas,
homoseksual, hedonisme, black metal dan sebagainya. Ini
dimudahkan lagi dengan adanya media cetak, penyiaran dan
internet seperti Youtube. (Mohd Sani, Mohd Azizuddin, 2013)

Objektif I. Menganalisis isu budaya asing yang berlaku di masa kini.
II. Mengkaji faktor-faktor remaja terpengaruh dengan

budaya barat
III. Memberi pendedahan berkaitan kesan dan keburukan

apabila terpengaruh dengan budaya luar.

Analisis dan Berdasarkan kajian yang telah dibuat sepanjang
Perbincangan menjalankan e-sulam ini, kajian ini telah menggunakan dua
kaedah dalam proses pengumpulan data iaitu menerusi
kaedah soal selidik dan temu bual. Proses soal selidik ini
dijalankan secara atas talian dengan menggunakan pautan
google form di aplikasi Whatsapp dan Instagram dengan
memperoleh seramai 101 orang responden. Manakala bagi
proses temu bual dijalankan dengan menemu bual seorang
informan iaitu pensyarah senior dari Universiti Sultan Zainal
Abidin Kampus Gong Badak, Dr. Suyatno Ladiqi menerusi
aplikasi Webex dan Zoom pada hari Sabtu. Sebanyak 8
soalan telah diedarkan kepada responden dalam kaedah
soal selidik dimana empat daripadanya berkaitan butiran diri
responden dan selebihnya merupakan soalan berkaitan tajuk
kajian. Bagi kaedah temu bual pula, sebanyak 5 soalan telah
diajukan kepada informan. Salah satu soalan yang
dikemukakan ialah cara terbaik bagi membendung masalah
sosial remaja pada saat ini. Antara jawapannya ialah
membendung masalah ini daripada berlaku dengan
memberikan pendidikan yang secukupnya kepada setiap
golongan muda agar tidak terjerumus ke dalam pengaruh

Kesimpulan budaya barat yang salah, menerapkan nilai kesopanan dan
kesusilaan terhadap setiap masyarakat dan mempunyai
Sumber pendidikan yang tinggi dan berpelajaran tetapi nilai adab dan
Rujukan kesopanan yang masih kurang dalam diri. Tajuk ini sangat
relevan dijalankan kerana ianya berkait rapat dengan
kehidupan masyarakat pada masa ini. Sepanjang
menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kebaikan dan
kelemahan daripada projek e-sulam ini. Antara kebaikannya
ialah dapat menyedarkan masyarakat tentang perubahan
yang berlaku terutama kepada golongan remaja pada masa
ini. Selain itu, dapat menambah ilmu pengetahuan tentang
pengaruh budaya barat yang berleluasa di Malaysia. Namun,
kelemahan yang terdapat dalam projek ini ialah sukar untuk
mendapatkan informen kerana ia merupakan satu cabaran
untuk mendapatkan masa yang sesuai untuk menjalankan
sesi temu bual.
Secara konklusinya, ibu bapa mempunyai peranan yang
sangat berat dalam hal ini kerana mereka bertanggungjawab
untuk memberi didikan kepada anak-anak mereka sejak kecil
lagi tentang bahayanya pengaruh luar terhadap masyarakat.
Harapan daripada kajian ini ialah masyarakat sedar akan
kesan-kesan yang timbul daripada budaya asing ini sekaligus
menghentikan aktiviti ini daripada terus berlaku. Hasil kajian
ini menunjukkan bahawa telah mencapai objek yang telah
dinyatakan.

1. Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat (2017) (22
Disember 2021)

2. Mohd Sani, M. A. (2013). Proses globalisasi dikhuatiri
ancam jati diri rakyat: Pengaruh budaya Barat beri
cabaran kekalkan identiti nasional belia Malaysia.

3. Usiono, U., Lubis, M. A. L. A., Ajmain, M. T., Sjahrony,

A., & Lubis, I. (2020). DINAMIKA PENDIDIKAN ISLAM:

PENGARUH PERADABAN ISLAM DAN

KETAMADUNAN BARAT DALAM BUDAYA DAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA. ASEAN COMPARATIVE

EDUCATION RESEARCH JOURNAL ON ISLAM AND

CIVILIZATION (ACER-J). eISSN2600-769X, 3(2), 55-70.


Click to View FlipBook Version