The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fizzi Izzulaika, 2024-04-20 15:16:40

EPORTFOLIO MEREKA CORAK ( CIK HAMZAH)_compressed

FIZZI IZZULAIKA

FIZZI IZZULAI KA PSVK 3293 REKA BENTUK CORAK DAN REKAAN 2024 E-PORTFOLIO


Kajian Hal Benda (Motif) Makna Disebalik Motif Kajian warna Latar Belakang Kajian Warna Kajian Komposisi Proses Penghasilan Karya Akhir Rujukan ISI KANDUNGAN 12 13 14 15 16 17 18 19 Profil Pelajar Pengenalan Corak dan Rekaan Definisi Penghasilan Corak Tema:Batik -Pengenalan Sejarah Batik Tokoh Batik Motif Seni Batik Koleksi Corak Batik Corak Batik Pilihan lakaran Idea Digital 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11


PROFIL PELAJAR NAMA PENUH : FIZZI IZZULAI KA BINTI AZMI WARGANEGARA : MALAYSIA NO KAD PENGENALAN : 040528-01-1506 UMUR : 20 TAHUN AGAMA : ISLAM TARAF PERKAHWINAN : BUJANG TARIKH LAHIR : 28 MEI 2004 INSTITUT : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS DARULAMAN BIDANG : PENDIDIKAN SENI VISUAL MENTOR : PN. SITI NUR AIZA BINTI RAZALI NO TELEFON : 013-2015828 EMEL : [email protected]


Pengenalan Corak Dan Rekaan Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang kegiatan dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Pada dasarnya tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada tradisional mahupun yang mengikut zaman tidak akan terhasil. Dengan maksud lain, corak dan rekaan merupakan asas utama dalam menghasilkan sesuatu hasil karya seni.


Definisi Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada motif tidak bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam suatu rekaan atau gubahan yang terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai namanama tertentu yang berunsur tradisi.


Corak Tidak Terancang Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. Corak Terancang Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Penghasilan Corak


Tema : Batik Batik adalah hasil seni kraf yang terkenal terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Perkataan ‘batik’ itu sendiri berasal dari perkataan jawa yang menggabungkan dua perkataan iaitu ‘amba’ yang bermaksud menulis dan ‘titik’. Di Malaysia, kepentingan batik menjadi ketara sejak beberapa tahun yang lepas setelah batik sutera dijadikan pakaian rasmi tertentu terutamanya kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan. Batik dihasilkan melalui 2 cara yang utama. Cara yang pertama ialah menerusi blok tangan, di mana corak tertentu dilekatkan pada blok dan corak batik dicetak ke atas kain. Penghasilan begini digelar ‘printed batik’ atau batik cetak. Sebagai contoh, banyak batik Indonesia adalah dihasilkan menerusi blok. Pengenalan


Tema : Batik Penghasilan batik cara kedua ialah menerusi melukis corak batik di atas kain atau dengan kata lain digelar ‘canting’. Batik Terengganu dari Malaysia terkenal dengan batik canting. Corak yang dihasilan menerusi proses canting adalah unik untuk setiap kain dan prosesnya agak memakan masa. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal. Dahulu batik dianggap sebagai seni pakaian tradisional tetapi setelah pelbagai usaha dilakukan di mana batik dijadikan sebagai elemen penting dalam rekabentuk dan rekahias pakaian fesyen terkini. Perkataan batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di negara ini telah berjaya menembusi dunia fesyen antarabangsa.


Sejarah Batik Sejarah batik di Malaysia bermula dengan penemuan sejenis alat berusia 4,000 tahun di Gua Harimau, Perak. Artifak zaman pra sejarah di Semenanjung Tanah Melayu itu menunjukkan proses pembatikan terawal melalui penggunaan batu sebagai bahan pencetak corak. Catatan sejarah perkembangan batik di Malaysia disusuli selepas itu menerusi kemunculan perusahaan membatik di Kelantan. Perkembangan ini memperlihatkan dua tahap penting iaitu tempoh antara 1911 hingga 1928 yang merupakan peringkat asas penyediaan usaha-usaha membatik. Manakala tahap kedua, antara tahun 1928 hingga 1940an, menyaksikan peringkat terciptanya perusahaan membatik melalui pelbagai cara. Kedua-dua tahap ini merupakan asas penting kepada kemajuan perusahaan kain batik di Malaysia hari ini.


1) Haji Che Su bin Ishak Beliau ialah tokoh batik dari Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan batik pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati, Kota Bahru,Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu. T BATIKTEMPATAN okoh 2) Haji Ali bin Ismail Beliau adalah tokoh batik di Negeri Terengganu. Beliau telah belajar cara membatik dengan orang Jawa di Singapura pada tahun 1932. Beliau mula menggunakan batik blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi dari Batik Jawa. Hinggalah perusahaannya menjadi terkenal dan terbesar terletak di Kampung Hiliran, Kuala Terengganu. Pada tahun 1950,pekerjanya adalah seramai 200 orang.


SENIBATIK Motif yang sering digunakan berunsur flora, fauna, geometri dan abstrak. Terdapat pelbagai jenis motif batik yang menarik dan mengikut cita rasa pengguna di Malaysia. Motif Motif-motif ini disusun secara berdiri, kisi-kisi, berjalur, dam, melintang dan menyerong.


MOTIFFLORA Unsur flora yang menjadi motif batik seperti bunga, daun, ranting, putik dan kuntum bunga. Motif-motif ini digunakan secara tunggal, menjalar atau berterabur. Motif flora pada batik ssarung disusun secara mendatar. Motif Pucuk Rebung digunakan untuk menghiasi bahagian kepala kain sarung. 1.Pucuk Rebung 2.Daun Siti Fatimah 3.Bunga Teratai 4.Pohon Ara 5.Bunga Mawar 6.Bunga Telepok


Unsur fauna terdiri daripada motif serangga dan haiwan. 1.Burung 2.Ayam 3.Kupu-kupu 4.Sayap Burung Garuda 5.Siput FAUNA Motif


Unsur geometri terhasil daripada bentukbentuk geometri yang disusun dengan pelbagai cara untuk menghasilkan variasi motif. 1.Banji 2.Swastika 3.Kawung 4.Jalur 5.Kelur Pinggir Awan Persegi GEOMETRI Motif


MOTIFABSTRAK Unsur abstrak pula menunjukkan pelbagai unsur flora, fauna dan diolah menjadi motif abstrak yang menarik. 1.Mega Mendung 2.Jaring Ikan 3.Awan 4.Obor


MOTIFISEN Motif isen merupakan motif pengisian pada ruang kosong untuk kain batik tradisional. Selalunya motif isen disusun sebagai latar belakang pada corak. 1.Cecek-cecek (titik-titik) 2.Gerinseng (penutupan) 3.Sirapan (atap sirapan) 4.Cantel 5.Sisik Melik (sisik bertitik)


Koleksi Corak Batik


Kajian Untuk Penghasilan Karya


Corak Batik Pilihan Corak Yang Dipilih Ini adalah antara corak batik yang dicadangkan untuk dijadikan karya akhir. Corak yang ketiga adalah yang dipilih.


Lakaran Idea Digital


Bunga Teratai Kajian Hal Benda (Motif) Ini adalah bunga teratai yang telah diolah untuk dijadikan corak batik.


Bunga Lawang Kajian Hal Benda (Motif) Bunga lawang yang telah diolah.


Bunga Cenggih Kajian Hal Benda (Motif) Bunga cengkih yang telah diolah.


Bunga Tulip Kajian Hal Benda (Motif) Bunga tulip yang telah diolah.


Bunga Primrose Kajian Hal Benda (Motif) Bunga primrose yang telah diolah.


Makna Disebalik Motif Bunga teratai adalah simbol penting dalam budaya Asia, termasuk dalam seni batik tradisional. Dalam batik tradisional, makna bunga teratai boleh berubah mengikut konteksnya. Dalam banyak budaya Asia, teratai sering dikaitkan dengan keindahan, kemurnian, kesucian, dan kesempurnaan. Oleh itu, dalam batik tradisional, gambar teratai boleh melambangkan keindahan alam atau kecantikan batin seseorang. Bunga Teratai Bunga tulip memiliki makna yang berbezabeza dalam pelbagai budaya dan konteks, termasuk dalam seni batik tradisional. Namun, dalam batik tradisional Jawa, tempat asal batik, bunga tulip biasanya dianggap sebagai simbol keindahan dan kemakmuran. Bunga Tulip


Makna Disebalik Motif Selain nilai simboliknya, keindahan bunga lawang juga sangat dihargai. Dalam batik, motif bunga lawang sering diatur dengan penuh estetika untuk menciptakan desain yang indah dan seimbang. Bunga Lawang Bunga primrose sering dianggap sebagai simbol keindahan yang sederhana namun menawan. Dalam batik tradisional, penggunaan motif bunga primrose dapat mencerminkan penghargaan terhadap keindahan alam dalam bentuk yang paling sederhana. Bunga Cengkih Bunga Primrose Bunga cengkih juga sering dianggap sebagai simbol kebahagiaan dan ketenangan. Aroma harum dari bunga cengkih dapat memberikan rasa nyaman dan menenangkan, itulah sebabnya motif ini sering digunakan dalam batik untuk acara-acara bahagia atau ritual keagamaan.


KajianWarna Latar Belakang Saya memilih warna hitam sebagai latar belakang kerana penggunaan latar belakang hitam dalam batik boleh memberikan kontras yang kuat dengan warna-warna lainnya, menjadikan motifmotif atau corak yang digunakan lebih menonjol dan mudah dilihat.


Kajian Warna Kajian 1 Kajian 2 - kajian warna yang dipilih Kajian 3


Kajian Komposisi komposisi yang dipilih


Proses Penghasilan 1) Proses pertama adalah proses menyapu emulsion ke atas canvas 2) Melukis corak batik ke atas kanvas. 3) Proses mewarnakan latar belakang batik.


Proses Penghasilan 4) Proses mewarnakan motifmotif batik. 5) Proses “final touch up” ke atas kenvas. 6) Karya akhir yang telah siap.


Karya Akhir “Nuansa” Fizzi Izzulaika Cat Akrilik 50x60 2024


Rujukan Adiguru Kraf Batik Terap/Blok. (n.d.). Retrieved from Laman Web Rasmi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia: https://kraftangan.gov.my/info/adiguru-kraf/ibrahimbin-ismail Asyraf, H. (n.d.). Tokoh Batik. Retrieved from Word Press: https://hafizulasyrafblack.wordpress.com/tokoh-batik/ sayyie. (n.d.). Tokoh Batik. Retrieved from pdf coffee: https://pdfcoffee.com/tokohbatik-pdf-free.html suzanor. (2023, May 10). Batik Malaysia Warisan Seni dan Identiti Rakyat Malaysia. Retrieved from ayayu: https://www.ayayu.my/blog/batik-malaysia


Click to View FlipBook Version