The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-41035137, 2021-04-20 09:34:00

BUKU SKRAP DIGITAL ISABELLA 1

BUKU SKRAP DIGITAL ISABELLA 1

BUKU SKRAP DIGITAL

DULI YANG AMAT MULIA TUNKU ISMAIL IDRIS
ABDUL MAJID ABU BAKAR ISKANDAR IBNI

SULTAN IBRAHIM ISMAIL TUNKU MAHKOTA
JOHOR

DISEDIAKAN OLEH

PUTERI ISABELLA BINTI MOHD ZAKI
SK KOTA MASAI

MAKLUMAT PESERTA

Nama : Puteri Isabella Binti Mohd Zaki

Umur : 12 tahun

Tarikh Lahir : 22 Oktober 2009

Alamat e mel : [email protected]

Kelas : 6 Bestari

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kota Masai,

Jalan Jambu 17, Taman Kota Masaiu

81700 Pasir Gudang, Johor

Motto Hidup : ‘Pengetahuan adalah senjata yang

paling hebat untuk mengubah

dunia’

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,
Bersyukur kepada Allah SWT, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan untuk Pertandingan
Buku Skrap Digital bagi tahun 2021 untuk Program Students Leader Board (SLB). Saya
amat berterima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak kerana
tanpa bantuan mereka saya mungkin tidak mampu menyiapkan buku skrap digital ini. Tidak
lupa kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk
menghasilkan buku skrap ini. Tanpa bantuan mereka, saya tidak mungkin dapat
menyiapkannya dalam waktu yang telah ditetapkan.. Jutaan terima kasih juga kepada
rakan-rakan sekelas saya yang sama-sama membantu memberi idea dan pandangan dalam
penghasilan buku skrap ini. Saya memilih Tunku Mahkota Johor sebagai Tokoh Pemimpin
Johor kerana baginda sangat terkenal bukan hanya di Johor tetapi seluruh dunia kerana
sumbangan yang besar terhadap sukan bola sepak. Rakyat Johor amat menyayangi baginda
kerana sikap yang baik, bertimbang rasa dan pemurah tanpa mengira agama.
Akhir sekali, harapan saya semoga buku skrap ini dapat memberi manfaat kepada semua
tentang sumbangan pemimpin yang amat kita sayangi iaitu Tunku Mahkota Johor- Duli Yang
Amat Mulia Tunku Ismail.Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail.

Wassalam.

I

BIL ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
1 PENDAHULUAN
1
2 BIODATA TOKOH PEMIMPIN 2
3
3 PENDIDIKAN AWAL TMJ 4-7

4 SUMBANGAN TUNKU MAHKOTA JOHOR 8
9
4.1 SUMBANGAN TMJ DALAM SUKAN 10
11
4.2 SUMBANGAN KEPADA SUKAN BOLA SEPAK JOHOR 12
DARUL TAKZIM FC 13
14
4.3 10 SUMBANGAN TMJ TERHADAP BOLA SEPAK
MALAYSIA

5 TUNKU MAHKOTA JOHOR PEMIMPIN BELIA
JOHOR

6 SUMBANGAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

7 NILAI KEPIMPINAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

8 GALERI KELUARGA TUNKU MAHKOTA JOHOR

9 GALERI TUNKU MAHKOTA JOHOR BERSAMA
ISTERI DAN ANAK

10 PENUTUP

11 RUJUKAN

PENDAHULUAN

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru dan
merupakan putera sulung Duli Yang Maha Mulia Sultan
Ibrahim dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah
daripada enam orang adik-beradik. Duli Yang Amat Mulia
Tunku Ismail mendapat pendidikan awal persekolahan di
Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan di Sekolah Rendah
Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru dan seterusnya
melanjutkan persekolahan di Australian International School
Singapore. Pada tahun 1999, Duli Yang Amat Mulia Tunku
melanjutkan pelajaran di Hale School, Perth, Australia
sehingga akhir tahun 2002.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN

1) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) dilahirkan pada 30 Jun 1984.Beliau merupakan
putera kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan kerabat Diraja Perak
(sebelah bonda).

2) Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai tentera India dan kini sebagai
pengerusi Persatuan Bola Sepak negeri Johor (PBNJ).

3) Tunku Ismail Merupakan putera sulung Sultan Johor sekarang-Sultan Ibrahim Ismail dan
Raja Zarith Sofiah.Beliau merupakan cucunda kepada Almarhum Sultan Iskandar Ibni
Sultan Ismail.

4) Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datuknya sebagai
pewaris kedua yang bakal menaiki tahta kesultanan Johor

5) Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.Tunku Ismail
telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak Johor dan telah membuat perubahan besar
terhadap Bola Sepak Johor kearah yang lebih professional.

PENDIDIKAN AWAL TMJ

1) Tunku Ismail menamatkan pendidikan awal di Sekolah Sri Utama dan Sekolah
Rendah Kebangsaan St. Joseph di Johor Bahru.

2) Beliau kemudian menerima pendidikan menengah rendah di Sekolah Antarabangsa
Australia di Singapura dan meneruskan pengajian menengah di Hale School di
Perth, Australia Barat, sehingga 2002.

3) Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda pada 8 April 2006 oleh datuknya,
Almarhum Sultan Johor, dan meletakkan baginda yang kedua dalam barisan takhta
(Kini pertama seiring selepas kemangkatan Sultan Iskandar).

4) Tunku Ismail dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010.

SUMBANGAN
TUNKU MAHKOTA

JOHOR

4.1 SUMBANGAN TMJ DALAM SUKAN

Sukan kegemaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ialah
polo dan bola sepak.Kecemerlangan Duli Yang Amat Mulia

Tunku dalam sukan polo ama terserlah.

Kehebatan Duli Yang Amat Mulia berkuda terbukti jelas apabila
Duli Yang Amat Mulia Tunku dianugerhani ‘BEST IN RIDING’
di India yang selanjutnya mengangkat kecermelangankepada ‘Indian

Military Academy.
DYAM Tunku Mahkota Johor aktif dalam bidang bola
sepak.Selaku Presiden bola sepak Johor,baginda telah
membangun dan meneraju bole sepak Johor ke arah yang lebih

tinggi.

Kecernelanganan DYAM Tunku Ismail dalam bidang bola
sepak semakin menyerlah sehingga dilantik sebagai Presiden

FAM pada 2014.

4.2 SUMBANGAN KEPADA SUKAN BOLA
SEPAK JOHOR DARUL TAKZIM FC

Tunku Ismail telah mengambil alih Persatuan Bola Sepak
Johor dan telah membuat perubahan besar terhadap bola
sepak johor ke arah yang lebih profesisonal. Pada 12 Julai
2015,Tunku Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Presiden
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor(PBNJ).

Jawatan tersebut telah diambil alih oleh YB Dato’ Haji Ismail
bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor. Walaupun Begitu,

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar telah
berkenan untuk melantik anaknda baginda, Tunku Ismail
sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri
Johor(PNBJ) pada 21 Julai 2015.

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelmai menjadi salah satu
kekuatan sepak bola di Malaysia dan Asia JDT berajaya
meraih kemenangan Malaysia Super League selama tujuh
musim berturut-turut. Dengan begitu, JDT menjadi kelab yang
paling banyak menang hingga digelar Malaysia Super League.

4.3 10 SUMBANGAN TMJ TERHADAP BOLA
SEPAK MALAYSIA

1. MEROMBAK STAF FAM.
2. MENCETUSKAN KEJAYAAN SKUAD BAWAH 23-TAHUN.
3. PENJANJIAN PENYIARAN DENGAN IFLIX.
4. MENGETATKAN PROSES PEMBERIAN LESEN KLUB.
5. MEMBUKA PINTU KEPADA PASUKAN KOMUNITI MELALUI LIGA M4&M5.
6. MEMBINA PLATFORM KOMUNKASI YANG LEBIH TELUS.
7. MENINGKATKAN NILAI KOMERSIL LIGA-M.
8. PENINGKATAN GERAN TAHUNAN.
9. JALIN KERJASAMA DENGAN LA LIGA.
10. MENGHANTAR ONG KIM SWEE DAN BRADD MALONEY KE SPANYOL.

TMJ PEMIMPIN BELIA JOHOR

SUMBANGAN KEPADA RAKYAT JOHOR

Sejak dahulu lagi , DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota
Johor begitu sinonim dengan gerak langkah memberi sumbangan peribadi dan prihatin atas
kesusahan rakyat, “Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda sendiri dan agenda

saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejehtaraan rakyat”. DYAM Mejar
Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

NILAI KEPIMPINAN TUNKU MAHKOTA JOHOR

1) DYAM Tunku Mahkota Johor adalah seorang yang sangat
terkenal dengan sikap tegas dan mempunyai intergriti yang
tinggi. DYAM mempunyai perancangan jangka masa pendek
dan panjang sering dengan idea baginda yang sentiasa
komited dalam mengurus tadbir negeri Johor.

2) Baginda juga adalah seorang yang amat mementingkan
pendidikan. Baginda berpendapat hanya dengan pendidikan
seseorang itu dapat menjadi manusia yang lebih baik.

3) Sehubungan dengan itu, baginda telah menyalurkan sejumlah
wang untuk pembangunan sekolah-sekolah termasuk sekolah
pendidikan khas.

4) Selain itu, dalam sukan bola sepak Malaysia, sebagai seorang
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, baginda bagaikan
seorang yang amat mengambil berat tentang kewangan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

5) Baginda telah merombak pasukan kejurulatihan skuad
kebangsaan dan merubah persepsi semua pencinta bola sepak
tanah air.

6) Tunku Ismail sebagai Pemimpin Belia Johor, amat yakin
tentang peranan anak muda dalam menyampaikan pandangan
demi memastikan kelansungan perpaduan dan kemajuan
ekonomi negeri Johor. Beliau mahu anak muda memainkan
peranan penting menyampai suara rakyat dan baginda
bersedia berkhidmat untuk rakyat Johor.

GALERI KELUARGA TUNKU MAHKOTA JOHOR

GALERI TUNKU MAHKOTA BERSAMA ISTERI DAN
ANAK-ANAK

PENUTUP

DYAM Tunku Ismail Idris yang juga dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor
adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Baginda terkenal kerana sikapnya
yang lantang dan berani untuk menegakkan kebenaran . Baginda sering memberi
nasihat dan teguran kepada semua kerana bagi baginda segala teguran itu adalah dari
hatinya seorang anak raja yang sedia berkhidmat untuk semua. Terutamanya rakyat
negeri Johor. Kepimpinan yang baginda tonjolkan memang tidak bolah dinafikan
terutama dalam bidang sukan bola sepak. Kepimpinan baginda yang adil dan telus
untuk membina Bangsa Johor yang disegani dan dihormati oleh rakyat negeri lain.

Pembangunan yang pesat di Johor dengan pelbagai kemudahan infrastruktur
adalah setanding dengan negeri maju yang lain seperti Selangor dan Pulau Pinang.
Banyak pelabur luar yang melabur di Johor kerana yakin dengan ekonomi dan
pemerintahan keluarga Kesultanan Johor.

Di bidang pendidikan pula, Tunku Mahkota Johor banyak mengeluarkan
sumbangan untuk meningkatkan kemudahan pendidikan seperti pemberian
Sumbangan RM100 untuk pelajar sekolah, pemberiaan biasiswa serta penubuhan
sekolah khas untuk murid pendidikan khas di Johor.

Akhir sekali saya sebagai seorang pelajar yang belajar di sekolah rendah di
negeri Johor berasa amat bangga dan bertuah dapat berada di bawah payung
pemerintahan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor.

Daulat Tuanku.

Sekian. Terima Kasih.

Rujukan

1. Nadarajah Nelsaman, Johore and The Origins of British Control 1895-1914,
Arena Buku 2000

2. Tunku Ismail proclaimed Tunku Mahkota of Johor, Star Publications,28
Januari 2010

3. https://en.wikipedia.org.my
4. https://www.johor.gov.my/kerajaan
5. https://www.sinarharian.com.my/article/Tunku Ismail mahu bersuara kepada

pemimpin


Click to View FlipBook Version