The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.1.1 DEFINISI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zueya84, 2021-01-30 05:10:16

1.1 DUNIA REKA BENTUK

1.1.1 DEFINISI REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Keywords: DUNIA RBT

PROFIL GURU

Nama : Norazura binti Mohamad

Berkhidmat di : SMK Tun Haji Abdul Malek

Jawatan : Ketua Panitia Reka Bentuk & Teknologi

Mula berkhidmat : Tahun 2010

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Teknologi Reka

Bentuk Berkomputer

Tempat pengajian : Universiti Pendidikan Sultan Idris

Subjek yang diajar : Reka Bentuk & Teknologi

Pengalaman Mengajar RBT : 5 tahun

• BAB 1 – PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1.1 DUNIA REKA BENTUK
1.2 KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
1.3 INVENSI DAN INOVASI DALAM REKA BENTUK

• BAB 2 – PENGURUSAN PROJEK
2.1 PENGURUSAN PROJEK REKA BENTUK

• BAB 3 – PROSES REKA BENTUK
3.1 PROJEK BRIEF

• BAB 4 – LAKARAN
4.1 LAKARAN PIKTORIAL

• BAB 5 – APLIKASI TEKNOLOGI
5.1 REKA BENTUK SISTEM FERTIGASI
5.2 REKA BENTUK FESYEN



1.0 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHAP PENGUASAAN 1.1 Dunia Reka Bentuk
1.2 Kepentingan Reka Bentuk dan Teknologi

1.3 Invensi dan Inovasi Dalam Reka Bentuk

i. Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi.

ii. Mendefinisikan invensi dan inovasi.

1 iii. Menyatakan satu kepentingan reka bentuk dan teknologi, atau;
iv. Menyatakan satu elemen reka bentuk berdasarkan produk sedia ada, atau;

v. Menyatakan satu peranan reka bentuk, atau;

vi. Menyatakan satu etika dalam reka bentuk.

i. Mengenal pasti dua elemen reka bentuk berdasarkan produk sedia ada.

2 ii. Menjelaskan dua prinsip reka bentuk.
iii. Mengenal pasti satu peranan reka bentuk.

iv. Menerangkan satu etika dalam reka bentuk.

3 i. Melakar satu lakaran reka bentuk produk yang terdiri daripada beberapa objek asas geometri dengan
mengaplikasikan dua elemen dan dua prinsip.

4 i. Membanding beza dua prinsip dan dua elemen pada tiga produk yang berlainan dalam bentuk jadual.

5 i. Menilai objek baharu yang dibina berasaskan elemen dan prinsip reka bentuk.

i. Menghasilkan semula objek baharu yang sudah dinilai setelah mengambilkira penambahbaikan.

6 ii. Memperinci ujian bagi mengukur tahap keberkesanan objek baharu.

iii. Menjana keputusan ujian tahap keberkesanan objek baharu.

1.1 DUNIA REKA BENTUK

Pada akhir pembelajaran murid dapat :
• Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi
• Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yag dipilih
• Menjelaskan prinsip reka bentuk
• Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas
• Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk
• Meneroka kriteria reka bentuk yang baik
• Membina objek asas

1.1 DUNIA REKA BENTUK

1.1.1 DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

A DEFINISI REKA BENTUK Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyususan bahan secara
terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak
kepada kehidupan.

Lama Baharu

Perubahan reka bentuk basikal

1.1.1 DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

B DEFINISI TEKNOLOGI Teknologi ialah pengaplikasian ilmu sains dan matematik dengan
menggunakan sumber semula jadi untuk dijadikan alat, tenaga atau
sistem. Fungsi teknologi adalah untuk memudahkan tugasan manusia.

Perubahan teknologi bahan mentah

1.1.1 DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

C DEFINISI REKA BENTUK DAN Dirumuskan bahawa reka bentuk dan teknologi merupakan gabungan
TEKNOLOGI pengetahuan tentang penyususan bahan secara terancang dengan
mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik. Tujuannya adalah
untuk memudahkan kehidupan

1.1.1 DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

D BIDANG REKA BENTUK DAN REKABENTUK KONKRIT Satu bidang yang melibatkan proses
TEKNOLOGI REKABENTUK ABSTRAK mereka bentuk sesuatu produk yang

dapat dilihat dan dipegang

Melibatkan proses mereka bentuk
produk yang boleh dilihat tetapi tidak

boleh dipegang

1.1.1 DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

HIASAN DALAMAN

PEMAKANAN MEKANIKAL

FERTIGASI BIDANG FESYEN
REKA
BENTUK
KONKRIT

AKUAPONIK

1.1.1 DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

BAHASA ISYARAT

PENGIKLANAN SEWA

BIDANG
REKA
BENTUK
ABSTRAK

SISTEM
PENGANGKUTAN

1.1.1 DEFINISI REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

PRODUK

KONKRIT ABSTRAK

TEKNOLOGI SENI PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

PERALATAN SERAMIK PENGANGKUTAN BAHASA

MESIN MASAKAN SEWAAN ATUR CARA

PERTANIAN LUKISAN SISTEM PEMBELAJARAN BUNYI, ISYARAT DAN SUARA

PEMAKANAN ALAT MUZIK PROSES DAN LANGKAH PERSURATAN

PAKAIAN ARCA SISTEM PENGAIRAN PENGIKLANAN

PERSENJATAAN HALUS GRAFIK

SULAMAN / ANYAMAN

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

NILAI GARISAN RUPA
RUANG BENTUK
ELEMEN
WARNA REKA TEKSTUR
BENTUK

SAIZ

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

A GARISAN Cantuman atau sambungan siri titik yang mempunayi ukuran panjang dan
jarak.

JENIS-JENIS GARISAN

(a) Membahagikan dua (b) Menunjukkan (c) Menunjukkan (d) Mewakili
ruang kawasan pergerakan arah atau perhubungan dan ketegangan antara

aliran elemen dua titik

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH
JENIS-JENIS GARISAN

(e) Menunjukkan (f) Menunjukkan (g) Menunjukkan (h) Menunjukkan obejk
kestabilan dan keseimbangan gerakan dan tenaga itu dekat atau jauh

kerehatan yang berpadu

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH
Contoh-contoh Garisan

GARISAN HALUS GARISAN TEBAL GARISAN BERALUN GARISAN BERDURI

GARISAN BERGERIGI GARISAN BERPANCAR GARISAN BERBULU GARISAN BERBIJI

GARISAN BERLINGKAR GARISAN ZIG ZAG GARISAN PUTUS-PUTUS GARISAN BERSERABUT

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

B RUPA • Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya.

• Mempunyai permukaan yang rata dan bergarisan luar (outline)

sebagai sempadan yang mengelilinginya

• Mempunyai kawasan yang berbeza daripada ruang sekeliling dan
bersifat 2D (tidak berjisim) serta mempunyai luas

KATEGORI RUPA

(a) RUPA GEOMETRI (b) RUPA ORGANIK

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

C BENTUK • Objek yang mempunyai ruang, isipadu dan mempunyai lebih dari satu
permukaan

JENIS-JENIS BENTUK

(a) BENTUK KONKRIT (b) BENTUK ILUSI

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

D TEKSTUR • Satu Teknik yang memberikan impak atau kesan terhadap orang yang
melihat sesuatu permukaan pada lukisan atau objek

• Impak boleh juga dirasai melalui sentuhan pada objek yang sedia ada

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

E SAIZ • Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek
• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan perbezaan jarak, panjang,

tinggi dan kedalaman objek

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

F WARNA • Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek
• Kesan yang diberikan ialah secara langsung kepada mata, emosi dan

psikologi orang yang melihat dan menggunakannya

• Pemilihan warna perlu disesuaikan dengan objek, acara, kegunaan
dan kehendak pelanggan.

WARNA PRIMER

WARNA SEKUNDER WARNA TERTIER

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

WARNA PANAS
• Warna yang terang dan jelas
• Warna panas dapat menimbulkan suasana ceria,

riang dan bersemangat
• Warna ini dinilai dari warna merah hingga ke

warna kuning

WARNA SEJUK
• Kesan cahaya yang rendah
• Warna ini memberikan kesan redup, tenang dan

damai serta menyejukkan mata memandang
• Warna sejuk dinilai dari warna ungu hingga ke hijau

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

G RUANG • Kawasan kosong yang dikelilingi oleh elemen garisan bagi
menampakkan objek dengan lebih jelas

• Keluasan ruang menjadikan sesuatu reka bentuk lebih terserlah
menarik

JENIS-JENIS RUANG

(a) RUANG NYATA (b) RUANG ILUSI

Ruang sebenar diantara dua Objek ruang gambar yang
objek yang berhampiran terhasil apabila dua objek
tersebut dihasilkan dalam

bentuk lukisan

1.1.2 ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK YANG DIPILIH

H NILAI • Unsur nilai ialah nilai karya 2D dalam bentuk 3D. Maksudnya ialah
karya-karya yang dilukis menggunakan nilai kecerahan dan

kegelapan bagi menimbulkan kesan 3D

• Nilai cahaya termasuklah kecerahan , gelap, bayangan dan pantulan
cahaya

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

KESEIMBANGAN

PERGERAKAN KERINGKASAN

KESATUAN PRINSIP HARMONI
PENEKANAN REKA KONTRAS
BENTUK

PENGULANGAN

KEPELBAGAIAN

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

A KESEIMBANGAN • Keseimbangan dalam reka bentuk beraku apabila sesuatu objek tidak
mempunyai keseimbangan sama ada dari sudut berat, tarikan,

tumpuan, perhatian atau berbentuk asimetri.

JENIS-JENIS KESEIMBANGAN

(a) KESEIMBANGAN SIMETRI (b) KESEIMBANGAN ASIMETRI
(FORMAL) (TIDAK FORMAL)

Mempunyai persamaan pada Tidak mempunyai persamaan
kedua-dua belah bahagiannya pada kedua-dua belah

bahagiannya tetapi kelihatan
lebih menarik dan mempunyai

daya tarikan tersendiri

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

B PENGULANGAN • Bermaksud penyusunan semula objek secara berulang-ulang dari
segi saiz dan bentuk

• Pengulangan boleh berlaku dalm bentuk bersudut (pola), susunan
bersiri, selari atau berjejari

• Tujuan adalah untuk menghasilkan satu pola atau corak unsur yang
berulang-ulang dan lengkap

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

C KONTRAS • Perbezaan ketara pada ciri elemen yang digunakan
• Tujuan kontras adalah untuk menyerlahkan perbezaan, menarik perhatian dan

memberi fokus

1) Tekstur : Kasar dan Licin

2) Kedudukan : Kiri dan Kanan , Menegak dan Melintang

3) Warna : Terang dan Gelap

4) Saiz : Besar dan Kecil

5) Bentuk : Bulat atau bersegi

6) Ruang : Jauh dan Dekat

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

D KEPELBAGAIAN • Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza dalam
sesuatu rekabentuk

• Kepelbagaian dapat dihasilkan dengan menggunakan elemen-elemen reka bentuk
• Tujuannya adalah untuk menambah gaya tarikan sesuatu rekaan.

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

E KESATUAN • Bermaksud semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, tema atau idea
yang sempurna

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

F KERINGKASAN • Idea yang kompleks perlu diolah semula dalam bentuk visual yang lebih
ringkas.

• Idea yang banyak dalam satu-satu objek atau visual akan mengelirukan dan
akan menghilangkan tumpuan orang yang melihatnya serta sukar untuk

diingati

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

G HARMONI • Bermaksud melihat sesuatu yang dapat memberikan keamanan dan
kedamaian

• Harmoni dalam visual dapat dihasilkan melalui susun atur berulangan
sesuatu unsur yang seimbang dan mempunyai perhubungan saling berkaitan

seperti penggunaan ton warna yang hampir sama dan mempunyai kontras

• Kejadian alam semulajadi seperti laut , gunung, pokok , awan dan langit sudah
berada dalam keadaan harmoni

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

H PERGERAKAN • Merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan mata terhadap
sesuatu objek

1.1.3 PRINSIP REKA BENTUK

I PENEKANAN • Merujuk kepada tumpuan elemen yang diserlahkan

1.1.4 APLIKASI PRINSIP-PRINSIP REKA BENTUK DALAM MEREKA BENTUK OBJEK ASAS

1.1.5 MEMBANDING BEZA PRINSIP DAN ELEMEN REKA BENTUK

• Sebelum melakukan perbandingan fahamkan dahulu tentang elemen dan prinsip
serta perkaitannya

• ELEMEN ialah unsur yang membantu membina sesuatu produk
• PRINSIP ialah peraturan, panduan dan falsafah yang menggunakan elemen untuk

membentuk produk

Elemen Reka Tandakan (/) Jika Prinsip Reka Tandakan (/) Jika
Bentuk Ada Bentuk Ada
Garisan
Bentuk Keseimbangan
Pengulangan
Ruang
Warna Kepelbagaian
Tekstur Kontras
Saiz Harmoni
Rupa
Keringkasan
Kesatuan

1.1.6 KRITERIA REKA BENTUK YANG BAIK

KRITERIA REKA BENTUK
YANG BAIK

KECENDERUNGAN KREATIVITI KEASLIAN REKA KEKUATAN KUALITI ERGONOMIK
INOVASI BENTUK DAN
Suatu ciri keselesaan
Menjadikan produk itu Melibatkan idea Menekankan KEBOLEPHPASARAN yang ada pada
unik dan lebih berdaya baharu dalam kandungan unsur sesuatu produk
saing daripada produk menghasilkan produk simbolik , emosi , Produk yang dihasilkan
reka bentuk. Selain itu mempunyai ciri
sedia ada dalam dapat memperbaiki estetika dan
pasaran fungsi produk sedia penampilan produk kekuatan, iaitu tidak
ada bagi memberi serta tidak meniru mudah rosak atau
manfaat yang lebih produk sedia ada hancur. Kualiti produk
baik atau lebih ditentukan melalui
pelbagai fungsinya ketahannya semasa

digunakan

1.1.7 MEMBINA OBJEK ASAS

• Satu daripada cara awal untuk menzahirkan idea reka bentuk adalah melalui pembinaan objek asas
• Melalui objek ini, prinsip dan elemen reka bentuk boleh diaplikasikan
• Pembinaan ini bermula dengan memilih beberapa bentuk geometri asas utnuk dijadikan bongkah
• Bentuk asas seperti bulat, silinder, segi tiga dan polygon akan digabungkan menjadi objek yang baharu
• Teknik penggabungan lazim digunakan bagi mendapatkan satu onjek yang babahru

1.1.7 MEMBINA OBJEK ASAS

TEKNIK PEMBINAAN OBJEK

A PEMBENAMAN Pembenaman berlaku apabila sesuatu
objek asas dimasukkan ke dalam obejk

yang lain

B PEMBUANGAN Teknik ini dilakukan pada bahagian yang
tidak dikehendaki (dibuangkan).

Pembuangan boleh dilakukan dengan
cara dikerat, ditebuk atau dicungkil

keluar

1.1.7 MEMBINA OBJEK ASAS

TEKNIK PEMBINAAN OBJEK

C PENYATUAN Teknik penyatuan dilakukan dengan
mencantumkan dua atau lebih objek
tanpa melibatkan pembuangan atau
pembenaman. Penyatuan biasanya
dilakukan dengan menggunakan paku,
skru, glu dan rivet. Penyatuan boleh
dilakukan secara bertindih pada tempat
yang sama atau pada bahagian bucu atau

sebagaian sahaja

D PEMBUANGAN Peleraian bermaksud objek asas
dileraikan sehingga menjadi objek baharu

yang lebih ringkas

1.2 KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Pada akhir pembelajaran murid dapat :
• Menyenaraikan kepentingan reka bentuk dan teknologi
• Mengenal pasti peranan reka bentuk
• Menerangkan etika dalam reka bentuk
• Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi

1.2.1 SENARAI KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

A Menyumbang kepada perkembangan teknologi moden
B Menyumbang kepada pembangunan sosial, sains dan perniagaan
C Memudahkan urusan kerja melalui pengubahsuaian
D Memupuk nilai invensi, inovasi dan kreatif
E Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan

1.2 KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Industri Kewangan, mesin, pembinaan, pengilangan dan perlombongan

Kejuruteraan Bangunan, penjagaan alam sekitar, kejuruteraan awam, bahan, biokimia, bioperubatan,
elektrik, elektronik, kimia, komputer, mekanikal, nukleur, ruang angkasa, kaji logam,
Kesihatan &
Keselamatan pembuatan, perisian komputer, pertanian, dan petroleum
Maklumat & Bioinformatik, bioteknologi, farmaseutikal, bioperubatan, keselamatan, kimia formatik,
Komunikasi
kesihatan, perlindungan kebakaran, pemakanan dan pakaian
Kediaman
Grafik, komunikasi, pengimejan dan muzik

Peralatan di rumah seperti periuk, sudu dan pengeluaran makanan seperti pembungkusan,
bekas atau tempat minuman, pendidikan seperti papan tulis, projector dan pen

1.2 KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Olahraga & Alatan perkhemahan, kelengkapan sukan, sukan dan taman permainan
Rekreasi
Ruang angkasa, lautan, kenderaan bermotor, pengangkutan darat, udara dan air serta kapal
Pengangkutan angkasa lepas

Sains Gunaan Elektronik, fizik kejuruteraan, kecerdasan buatan, bahan, optic, seramik, mikro, nano,
tenaga, teknologi hijau, nukeur dan pengkomputeran

Ketenteraan Bom, kejuruteraan angkatan laut, darat dan udara, senjata api dan kelengkapan tentera

1.2.2 PERANAN REKA BENTUK

INDIVIDU

• Memberikan kebebasan memilih kepada pengguna mengikut kemampuan dan keperluan
• Menjadikan pengguna lebih kreatif, mudah melakukan tugas dan menerima manfaat daripada sumber alam ciptaan

Tuhan
• Menggunakan sumber alam secara terhad dengan bijak dan optimum tanpa menyebabkan pembaziran
• Memupuk sikap bersyukur kerana kehidupan semakin dipermudah
• Menghasilkan reka bentuk yang serba boleh dan kaya dengan idea

MASYARAKAT

• Melindungi dan memelihara etika sosial
• Menyokong, melindungi dan mempelbagaikan etika budaya
• Melahirkan nilai-nilai estetika
• Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam penggunaan sumber
• Membentuk masyarakat yang lebih bertamadun dan berdaya maju

1.2.2 PERANAN REKA BENTUK

PENGELUAR DAN NEGARA

• Mengeluarkan produk berjenama negara
• Melindungi hak cipta rakyat
• Meningkatkan pendapatan negara
• Menjadi aset negara yang berharga
• Menjaga maruah dan keselaatan negara
• Menjadi penanda aras sebagai negara maju

1.2.3 ETIKA DALAM REKA BENTUK

KEASLIAN BERMANFAAT MESRA ALAM SEKITAR

Mereka produk dengan Produk yang dihasilkan Menggunakan sumber
usaha sendiri bukan dapat memberikan semula jadi tanpa
memplagiat atau meniru
hasil kerja orang lain manfaat kepada pengguna. menjejaskan alam sekitar.
Semakin banyak orang Gunakan alatan atau
JUJUR menggunakannya maka
produk tersebut semakin bahan yang boleh dikitar
bermanfaat semula

Jujur dalam menentukan SELAMAT DIGUNAKAN
harga produk untuk
Menghasilkan produk yang
mencari keuntungan tanpa selamat diguna dan tidak
membebankan pengguna
memberi kesan
sampingan kepada

pengguna.

1.2.4 KERJAYA DALAM BIDANG REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KERJAYA DALAM BIDANG
REKA BENTUK DAN
TEKNOLOGI

ARKITEK PEREKA BENTUK PEREKA BENTUK PEREKA BENTUK PEREKA BENTUK
AUTOMOTIF KEJURUTERAAN GRAFIK FESYEN
Merancang reka
bentuk dan pelan Mereka bentuk badan Mereka bentuk litar Mereka bentuk lukisan, Mereka bentuk fesyen
pembangunan kenderaan dan elektrik, mesin, logo dan iklan pakaian manusia dan
haiwan serta hiasan
keselesaan memandu bangunan dan jentera


Click to View FlipBook Version