The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEJARAH SURAU AL-SYAKIRIN, SKS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ts25sks2019, 2019-11-22 08:22:44

SURAU AL-SYAKIRIN

SEJARAH SURAU AL-SYAKIRIN, SKS

Keywords: SURAU AL-SYAKIRIN

SURAU
AL-SYAKIRIN

SK. SAUK

Mengikut sejarahnya, bangunan surau kayu ini
telah dibina sebelum Perang Dunia ke-2.
Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh bekas
pelajar sekolah iaitu Cikgu Syed Zakaria, beliau
mendapat pendidikan awal di SK Sauk pada
tahun 1938. Pada ketika itu, beliau berada dalam
darjah 1.

Tn. Syed Zakaria B Syed Muhammad
Bekas pelajar Sekolah Melayu Sauk

Pada mulanya, surau ini digunakan sebagai
pejabat Guru Besar. Kemudian, bangunan kayu ini
telah dijadikan surau sekolah.

Menurut cerita yang disampaikan oleh bekas
murid SK. Sauk yang bersekolah pada zaman itu,
di bawah surau inilah tempat mereka bermain
polis sentri pada waktu rehat. Selain itu kawasan
persekitaran surau ini juga menjadi tempat pilihan
guru-guru untuk mengajar di luar kelas. Ini
menunjukkan bahawa penggunaan surau ini pada
masa dahulu digunakan sepenuhnya sebagai
kawasan rehat dan juga untuk aktiviti
pembelajaran di luar bilik darjah.

Melalui cerita yang disampaikan oleh bekas
murid SK.Sauk ini juga, jika dilihat pada masa
ini, tangga yang dibina adalah berhadapan
dengan kawasan halaman utama sekolah.
Namun begitu , pada masa dahulu, tangga yang
dibina pada asalnya adalah mengadap ke jalan
raya. Perubahan kedudukan tangga ini
,menujukkan berlakunya perubahan kedudukan
fizikal mengikut kesesuaian pada masa itu.

Bangunan surau ini, tidak mengalami banyak
perubahan. Bangunan ini juga masih
mengekalkan senibina tradisional melayu .
Namun begitu terdapat beberapa perubahan
seperti tingkap asal yang dibina daripada kayu
namun telah ditukar kepada tingkap cermin
atas faktor keselamatan.

Oleh sebab keunikan senibina surau ini, pihak
sekolah dengan kerjasama kumpulan profesor
dari universiti di Jepun sedang berusaha untuk
mengangkat surau ini menjadi Warisan Negara.
Besarlah hasrat pihak sekolah , agar bangunan
ini dapat dipelihara dan dipulihara agar
warisan ini kekal dan menjadi kebanggaan
warga sekolah.


Click to View FlipBook Version