BBK3214
SASTERA KANAK KANAK DAN REMAJA
CERITA SASTERA KANAK-KANAK : NINI DAN TUJUH WARNA PELANGI
NAMA : EMYLIA FARIESHA BINTI JAM JAM
NO MATRIK : 212152
KUMPULAN : 1
PENSYARAH : PROF. MADYA DR. NIK RAFIDAH BINTI NIK MUHAMAD AFFENDI
NINI DAN TUJUH
WARNA PELANGI
BBK3214 SASTERA KANAK-KANAK DAN REMAJA
CERITA OLEH : EMYLIA FARIESHA BINTI JAM JAM
(212152)
Di sebuah desa, terdapat sebuah keluarga
yang hidup dengan harmoni.
Keluarga tersebut ialah keluarga Mak Milah
dan Pak Mail. Mak Milah dan Pak Mail mempunyai
dua orang anak iaitu Nini dan Kiki.
Mak Milah dan Pak Mail juga turut membela
seekor kucing yang diberi nama Mimi.
Nini dan Kiki sangat rapat. Nini dan Kiki anak yang baik. Mereka sentiasa
mendengar kata Mak Milah dan Pak Mail. Nini dan Kiki juga sangat rajin
membantu Mak Milah dan Pak Mail.
Baik Emak !
Nini ! Kiki ! Tolong
emak bersihkan
halaman rumah ya?
Suatu hari, Kiki jatuh sakit. Kiki demam panas kerana bermain bola
sepak ketika hujan.
Lalu Mak Milah memanggil Nini dan meminta Nini untuk menjaga Kiki yang
sedang sakit. Kebetulan pula ketika itu, Mak Milah dan Pak Mail ingin keluar ke
Pekan.
Nini, tolong jaga Kiki Baik Emak !
sementara Emak dan Ayah
pergi ke Pekan. Nini jangan
keluar, hari pun mendung. Nini
duduk rumah ya.
Nini berada di ruang tamu selepas Mak Milah dan Pak Mail pergi
ke Pekan. Nini memandang jam di dinding. Jam tersebut
menunjukkan sudah pukul 4 petang. Tiba-tiba Nini teringat akan
janjinya bersama Siti dan Mamat.
Nini, lupa! Nini dah janji
dengan Lili dan Mamat untuk
keluar bermain petang ini !
Tidak mengapalah ! Nini
Tapi bagaimana
bermain sekejap saja. Emak dan
dengan Kiki ?
Ayah sudah tentu tidak marah
Nini. Nini anak yang baik dan
selalu dengar kata.
Tanpa berfikir panjang, Nini pun keluar bagi menepati janji yang
telah dibuat bersama Siti dan Mamat untuk keluar bermain
bersama-sama.
Nini pun keluar dengan rasa gembira. Nini yakin Mak Milah dan
Pak Mail tidak akan memarahi Nini. Nini pun pergi lalu
meninggalkan Kiki yang sedang sakit, berseorangan di rumah.
Kemudian, Nini pun mendapatkan rakan-rakannya, Siti dan Mamat di taman
permainan yang berhampiran rumah Nini. Sebaik sahaja menemui Siti dan
Mamat, mereka bertiga pun bermain.
Hai Nini ! Marilah
kita bermain !
Hai Siti ! Hai
Mamat!
Nini, Siti dan Mamat pun bermain. Mereka menuju ke sebuah tempat yang
agak terpencil untuk bermain. Nini, Siti dan Mamat bermain permainan
sorok-sorok.
Satu ! Dua ! Tiga !
Selepas selesai mengira sehingga ke angka dua puluh, Nini pun mencari-cari
kelibat Siti dan Mamat yang sudah hilang menyorokkan diri.
Mamat ! Siti !
Namun, semakin lama Nini memanggil
Siti dan Mamat, semakin jauh Nini pergi
mencari.
Siti dan Mamat masih tidak kelihatan. Nini berasa takut dan cemas. Nini kini
berada jauh di tengah-tengah hutan seorang diri. Nini mula menangis. Tiba-
tiba, Nini mula terbayang akan Kiki di rumah seorang diri dan keadaan Mak
Milah serta Pak Mail. Nini merasa serba salah.
Emak.. ayah...
Kiki..Nini sesat...
Nini minta maaf...
Sambil menangis, Nini tetap meneruskan langkah. Tiba-tiba, ketika Nini
mencari jalan keluar, hujan turun dengan lebat. Nini kebasahan. Namun, itu
tidak menghalang Nini kerana Nini ingin pulang dengan segera. Nini ingin
meminta maaf kepada Kiki, Mak Milah dan Pak Mail.
Hujan pun sudah berhenti. Nini yang menangis sambil mengatur langkah
mencari jalan keluar tiba-tiba terhenti di pertengahan jalan. Nini melihat ke
arah langit. Pelangi !
Pelangi !
Tujuh warna pelangi di kaki langit itu dipandang.
Nini berasa senang. Kemudiannya, Nini tersenyum.
Nini mula berjalan mengikuti tujuh warna pelangi
itu. Tunggu Nini, Kiki, Emak dan Ayah !
Nini akhirnya menemui jalan pulang. Kelihatan Mak Milah dan Pak Mail
berada di luar rumah, kelihatan cemas sekali muka mereka. Nini pun
memanggil dan menghampiri Mak Milah dan Pak Mail.
Emak ! Ayah ! Nini
sudah pulang !
Nini ! Nini pergi
mana nak ? Risau
Emak dan Ayah !
Emak sudah pesan pada
Nini untuk duduk rumah
dan jaga Kiki. Tapi Nini
tetap keluar.
Emak ! Ayah ! Nini minta maaf.
Nini minta maaf sebab Nini tak
jaga Kiki. Nini pentingkan diri
Nini. Nini minta maaf.
Tidak mengapa, Nini. Emak dan
Jadikan apa yang berlaku
Ayah tidak marah kamu, Yang
pada hari ini, sebagai satu
penting, kamu dah pulang
pengajaran pada
dengan selamat. Nini, ya.
Setelah kejadian itu, Nini sudah berjanji untuk mendengar
kata Mak Milah dan Pak Mail. Nini juga berjanji untuk tidak
mengulangi perbuatan itu.
Baik, Emak ! Nini berjanji Nini
tidak akan buat lagi.
Pengajaran :
Sebagai seorang anak, kita
hendaklah patuh dan taat kepada
ibu bapa kerana ibu bapa
mengetahui apa yang terbaik
untuk kita.