CIKGU HAFIZA SALWA BT ABD HADI
TATACARA
1. Murid diminta menyalin satu baris cerita sahaja.
2. Waris menyebut sukukata mengikut warna contohnya 'Ba'. Murid diminta untuk
mengeja sambil memotong pada cerita yang ditulisnya.
Contohnya : Ba/tu be/lah ba/tu ber/tang/kup.
3. Murid diminta membaca semula ayat yang telah dipotong.
4. Murid perlu membuat latihan imlak bersama waris ( waris membaca ayat dan murid
diminta menulis tanpa melihat teks )
* Tatacara tersebut perlu diulang sehingga tamat keseluruhan cerita.
Batu Belah Batu Bertangkup
Melor dan Pekan tinggal dalam sebuah
kampung. Kampung itu dekat dengan bukit. Di
tepi bukit itu ada sebuah gua. Gua itu bernama
Batu Belah Batu Bertangkup. Batu Belah Batu
Bertangkup ini batu puaka.
Emak Melor dan Pekan bernama Tanjung.
Bapa mereka bernama Kantan. Kantan telah lama
meninggal dunia. Emak mereka bekerja sebagai
nelayan. Tiap – tiap hari emak mereka pergi ke
sungai menangkap ikan. Pada suatu hari emak
Melor dan Pekan dapat seekor ikan tembakul.
Melor masak ikan itu. Dia berikan separuh
telur ikan itu kepada adiknya. Telur yang
separuh lagi itu disimpan untuk emaknya. Adiknya
menangis – nangis berkehendakan telur yang
disimpan untuk emaknya itu. Melor memberikan
telur itu pada adiknya.
Emak mereka tidak dapat makan telur ikan
itu. Emak mereka merajuk . Dia pun pergi ke
Batu Belah Batu Bertangkup. Apabila dia masuk
ke dalam gua itu, gua itu pun tertutup Mereka
berasa amat sedih.
Moral :Kita mestilah menyimpan barang makanan untuk
emak dan bapa.