The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alisa140682, 2021-07-06 23:03:36

NotaLariBerganti-ganti

NotaLariBerganti-ganti

UNIT 6 : OLAHRAGA ASAS

(B) Lari Berganti – ganti :
- 4 x 100 m
- 4 x 200 m
- 4 x 400 m

Isnin 5 Julai 2021

B) Lari berganti – ganti

1. Semua perlumbaan akan berlari dalam lorong
masing-masing dari mula hingga ke garisan penamat.

2. Baton mestilah ditukarkan di dalam zon pertukaran baton.
Penukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari
penerima dan berakhir apabila baton berada di alam tangan pelari
tersebut. Dalam kawasan zon pertukaran,
hanya kedudukan baton yang menjadi penentu dan
bukannya kedudukan tubuh atau kaki atau
tangan penerima.

Sambungan…

3. Jika baton terjatuh, ianya mestilah diambil kembali oleh
peserta yang menjatuhkannya.

4. Bilangan pengadil bertugas di setiap zon pertukaran baton
adalah di antara dua hingga enam belas orang.
(Berada di permulaan zon pertukaran dan di hujung
zon pertukaran)

Zon Pertukaran Baton

Sambungan… (boleh tulis di bawah gambar)

 Zon pertukaran baton adalah 10 meter sebelum dan 10
meter selepas garisan tamat.
- Dalam larian 4x200m dan 4x400m yang disertai oleh
tidak lebih daripada 4 pasukan, disarankan hanya
selekoh pertama pusingan pertama dijalankan mengikut
lorong.

 Penukaran baton di luar zon pertukaran akan mengakibatkan
pembatalan.

- Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari
yang menerima dan selesai apabila baton telah benar-benar
berada dalam genggaman pelari yang menerima tadi.

- Peserta – peserta tidak dibenarkan memakai sarung
tangan atau meletak bahan di tangan mereka
supaya memperolehi genggaman yang lebih baik.

4 x 400m :
i) Pelari Pertama
- hendaklah berlari mengikut lorongnya.
- takat-takat permulaan biasanya dalam warna putih-

hijau – putih atau putih – biru – putih.

ii) Pelari Kedua
- Untuk kejohanan tempatan, peserta harus ditempatkan di
dalam zon pertukaran baton dalam lorong masing-masing.
Petukaran mestilah dilakukan dalam 20meter jarak zon
pertukaran baton sahaja.
- pelari akan berlari di dalam lorongnya sehingga berakhir
selekoh pertama.

iii) Pelari Ketiga & Pelari Keempat
- apabila pelari yang mendatang itu melepasi jarak ini, pelari
yang sedang menunggu di tempat permulaan zon penukaran
baton mestilah menunggu mengikut susunan dan tidak boleh
menukar tempat tersebut. Sekiranya mana-mana atlet tidak
mengikut peraturan ini, beliau akan menyebabkan pembatalan
pasukannya.

- adalah penting para pengadil mengawasi posisi
pertukaran dan menasihatkan semua peserta
supaya mengelak dari menghalang peserta lain.

ok..cukup sampai sini aje..
sila hantar tugasan di Google Classroom
atau di link my.link.la/ticerleesa (telegram)

Tolong hantar juga tugasan yang lepas
(bagi murid yang belum hantar)


Click to View FlipBook Version