The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alisa140682, 2021-05-15 06:14:51

NotaPKy6(17-21Mei)

NotaPKy6(17-21Mei)

NOTA
PENDIDIKAN KESIHATAN

TAHUN 6

Hari : Tarikh :

Unit 3 : Rendahkan Kalori, Tingkat Nutrisi.

1. Makanan berkhasiat ditentukan oleh kandungan nutrien makro dan
nutrien mikro yang terdapat dalam bahan makanan.

2. Nutrien makro terdiri daripada karbohidrat, protein dan lemak.
Khasiat nutrien makro dalam makanan sentiasa tidak terjejas.

3. Nutrien mikro terdiri daripada pelbagai jenis galian, asid organik
dan vitamin. Semakin banyak bahan makanan diproses, semakin
berkurangan khasiat nutrien mikro pada bahan makanan tersebut.

4. Panduan mengira peratus makanan berdasarkan kategori :
Contoh kategori makanan segar;

Jumlah bilangan makanan kegemaran dalam kategori makanan segar X 100
Jumlah 5 jenis makanan mengikut kategori makanan segar

KATEGORI MAKANAN
a) Makanan segar = contohnya Epal, Oren, Pisang, Ulam – Ulaman, Susu

segar.

b) Makanan segar segera = contohnya Salad sayur-sayuran,
salad buah – buahan, Coleslaw, Kentang putar,
pasta.

c) Makanan segera = contohnya Burger , Kentang goreng, Ayam goreng,
Piza , Hotdog.

d) Makanan segera diproses = contohnya makanan dalam tin (sardin),
Produk daging (sosej), Sandwic, Mi segera,
Produk sejuk beku (karipap / samosa).

e) Makanan diproses = contohnya Susu tepung, Bebola ikan, Roti, Nuget,
Emping jagung.

** Makanan Organik dihasilkan daripada kaedah pertanian yang diusahakan
secara semulajadi . Bahan organik bebas daripada penggunaan baja kimia
serta penggunaan hormon tumbesaran.


Click to View FlipBook Version