NUR AIN SYASWANI BINTI JAAFAR 2022292310014 AKAL BUDI DALAM SYAIR KARYA HAMZAH FANSURI BMMB1104 TUGASAN 1 SYAIR PERAHU
RANGKAP 1 Inilah gerangan suatu madah mengarangkan syair terlalu indah, membetuli jalan tempat berpindah, di sanalah i'tikat diperbetuli sudah. huraian syair Penulis iaitu Hamzah Fansuri menyampaikan sebuah syair dengan kata-kata indah yang menceritakan tentang perjalanan hidup manusia mencapai kemenangan iaitu akhirat dan bagaimana kukuhkan iman ketika kita mengarungi jalan tersebut , kita melaluinya dengan sebaikbaiknya. Nilai yang terkandungdalam bait ini adalah nilai tauhid. SYAIR PERAHU
RANGKAP 2 Wahai muda kenali dirimu, ialah perahu tamsil tubuhmu, tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal hidupmu. huraian syair Penulis meminta kita untuk mengenali diri kita sendiri agar kita dapat mengenali Tuhan, seperti dalam sebuah hadis. Penulis juga mengibaratkan tubuh manusia itu sebagai perahu, yang menjelajahi laut kehidupan duniawi yang bergelora. Kita juga harus tau dunia inihanyalah persinggahan, kerana tempat kekal yang terakhir kita tuju adalah akhirat. Nilai yang terkandungdalam bait ini adalah nilai pendidikan. huraian syair Penulis memanggil golongan orang muda dengan sebutan arif budiman, agar genarasi depan menjadi pemuda yang bijaksana, cerdas serta berbudi. Dalam menjalani kehidupan didunia, manusia diharuskan memiliki pedoman hidup berdasarkan agama iaitu Al-quran dan Hadis. Ibaratketika mengarungi lautan luas, manusia memerlukan kompas agar tidak sesat. Nilai yang terkandung dalam baik ini adalah nilai sosial. RANGKAP 3 Hai mudaarif-budiman, hasilkan kemudi dengan pedoman, alat perahumu jua kerjakan, itulah jalan membetuli insan
Membawakan tema keagamaan yang merujuk kepada tanggungjawab manusia terhadap Tuhan untuk mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.Dalam mencapai tahap kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat terdapat banyak cabaran dalam pelbagai bentuk dan rupa PENGAJARAN SYAIR PERAHU Syair ini mengemukakan persoalan keimanan kepada Tuhan yang akan memastikan kehidupan sejahtera bagi manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Persoalan lain ialah hanya sementara sahaja hidup di dunia. Setiap makhluk di dunia ini hidup sementara sahaja dan akan mati. Mereka akan kekal di dunia akhirat. Turut mengemukakan persoalan dugaan hidup di dunia. Hidup di dunia penuh dengan cabaran yang boleh menggugat keimanan manusia.
contoh ALUNAN SYAIR PERAHU pautan youtube : https://www.youtube.com/watch? v=cpiSZ4E6OB8
RUJUKAN Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hassan & Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Penerbitan Pustaka AlEhsan.
SEKIAN TERIMA KASIH !!