The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Yap Xin Yu - SJK(C) TAI SIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jycheang, 2021-04-23 23:35:54

Dato'Onn Jaafar

Yap Xin Yu - SJK(C) TAI SIN

Dato’ Onn Jaafar

Nama peserta: Yap Xin Yu

Kelas: Tahun 5

Alamat email: [email protected]

Nama dan Alamat Sekolah:
SJK(C) TAI SIN,
Taman Bayu Damai,
81620 Pengerang, Johor.

Pendahuluan

Dato’Onn Jaafar berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan
pemerintah untuk mewujukan satu dasar negara yang
menjadikan bahasa Melayu, bahasa rasmi dan Bahasa
Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar
Dato’Onn Jaafar kepada negara dalam kempen kerajaan Tun
Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada
berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.

Biodata Tokoh Pemimpin

Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962).
Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri
Besar Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun
kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan
perhatiannya kepada UMNO.

KEHIDUPAN AWAL
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk
Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat
diraja Johor, beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak
kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di
England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan
pada tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di
samping itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan
Makanan Negeri Johor.

Pendidikan Tokoh

Sekolah Alderbury Lodge
Dato’Onn Jaafah mendapat pendidikan Melayu sebelum
melanjutkan pelajarannya di England. Beliau belajar bahasa
Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika
menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah
melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury Lodge di
Suffolk, England. Dato’Onn menuruskan lagi pelajarannya setelah
pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala
Kangsar. Setelah tamat pengajian,beliau ke Johor Bahru dan
berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di
Pejabat Perkhidmatan Pos.

KERJAYA POLITIK
Dato' Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi kemudian
berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang
diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.
Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres
ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan
nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau
meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO
berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-dasar perkauman
UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa
mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu
Bersatu". Oleh sebab cadangan itu ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO
apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya,
parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti
itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu
dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian,
partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun, Dato Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau
berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya Umum
1959 dengan bantuan parti PAS.

Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah

seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau

meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah,

Johor Bahru, Johor. "Nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkenalkan

dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan

kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan

dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang

lebihbesar dan lebih tinggi daripada bangsa itu sendiri" -

Dato' Onn Jaafar

GARIS MASA

.

1910 : 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.

1910-1911 : Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.

1911 : Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .

1911 : Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat

bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.

1915 : Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn.

Isterinya meninggal dunia.

Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.

1917 : Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura-

markas JMF. Pangkat Leftenan.

1919 : Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak

termasuk Hussein Onn.
• Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah

19s2e0or:aBngekdearrjiapsaedma uanlaakdimPeerjeakbaatiaPlnaahsAihlaltahJoyahrohratmetaTpuindiHpuecssaet ionlebhinSDulattaon' OIbnranh. iBmelpiaauda 31
meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah,

JuJno1h9o2r 0Bakherruan, aJomhoemr. bidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922 : Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana

pu"Njuaksainb TbaengskaukIsitma ahial.nyalah akan dapat diperkenalkan dengan kesatuan hati di antara kita
juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan
berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebihbesar dan lebih tinggi daripada
bangsa itu sendiri" - Dato' Onn Jaafar

1924 : Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00..
1927-1936 : Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim
memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina
padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
1930-1936 (umur 35) : Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura.
1946-1949 : Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946 : Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951 (umur 51) : Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama. Beliau dilantik
sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
1949 (umur 54) : Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.
1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56) : Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato'
Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung
Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59) : Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan
parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.
1955 : Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
1959 : Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
1959 (umur 64) : Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan
raya Persekutuan.
1962 (umur 67 ) : Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru

Sumbangan Tokoh

•Menyeru orang Melayu bersatu dan menumpaskan Malayan Union.
•Cadangan penubuhan sebuah parti politik untuk menentang Malayan Union.
•Berjaya menganjurkan kongres Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur.
•Menjelajah seluruh semenanjung tanah Melayu dan bantahan orang Melayu
terhadap Malayan Union.
•Berjaya memujuk raja-raja Melayu memulaukan upacara perlantikan Sir
Edward Gent.
•Menjadi AJK menggubal perlembagaan UMNO pada tahun 1949.

Nilai Kepimpinan yang boleh Dicontohi oleh Generasi Sekarang

Antara nilai kepimpinan Dato’Onn Jaafar yang boleh di terapkan dalam
diri generasi ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya, Dato’Onn
Jaafar bertanggunjawab terhadap keluarga dan negaranya. Beliau
sanggup mengawini balu adiknya dan beliau turut bertanggungjawab
memimpin rakyat jelata untuk menuntut kemerdakaan.
Selain itu, nilai kepimpinan yang boleh dicontohi ialah bersatu padu.
Contohnya Dato’Onn Jaafar mencegah sama sekali perbalahan dalam
kalangan rakyat. Nilai ini perlu diterapkan bagi menjaga keharmonian
dan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.

Penutup
Jasa Dato’Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa yang tidak
akan dilupai zaman,ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat
Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang
paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan
untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya.
Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan
daripada “Hidup Melayu” kepada “Merdeka”.

Dato’Onn menaja RIDA untuk menbuka peluang perdagangan
dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah
Melayu dikuasai oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang
Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya
bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika
keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka
yang moden.

Penutup

Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya
atau tidaknya mara melaksanakan rancangannya; meninggikan taraf
hidup bangsa Melayu.

Sesebuah bangsa berhak menentukan nasib bangsa mereka
semdiri namun perlu pengisian rohani,ilmu yang tinggi dan jiwa yang
kental dengan semangat bangsa masing-masing. Kita sebagai pewaris
bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran dan hala tuju beliau
untuk membentuk generasi akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia
dengan kemelayuan yang penuh dengan kesopanan, adat resam dan
tradisi yang sentiasa terpelihara dengan jenama Melayu.

Sumber Rujukan

http://tokohsejarahmalaysia-
2a1.blogspot.com/2011/07/dato-onn-
jaafar.html


Click to View FlipBook Version