The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Eunice Pang Yu Shuen - SJK(C) TAI SIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jycheang, 2021-04-23 23:38:31

Tun Hussein bin Dato' Onn

Eunice Pang Yu Shuen - SJK(C) TAI SIN

NAMA PESERTA :

EUNICE PANG YU SHUEN
KELAS: 5

[email protected] SJK(C) Tai Sin
Taman Bayu Damai,
81620 Pengerang, Johor.

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

 1.0 Pendahuluan 1
 2.0 Biodata Tun Hussein Onn 2
 3.0 Pendidikan Tun Hussien Onn 3
 4.0 Kerjaya Tun Hussien Onn 4-6
 4.1 Garis Masa Kerjaya Tun Hussien Onn 7-8
 4.2 Galeri Gambar Tun Hussien Onn 9
 5.0 Sumbangan Tun Hussien Onn 10-12
 5.1 Selepas Persiaran Tun Hussien Onn 13
 6.0 Nilai-nilai Kepimpinan Tun Hussien Onn 14
 7.0 Penutup 15

Rujukan

1.0 PENDAHULUAN

Tun Hussein bin Dato' Onn ialah seorang yang amat berhati-hati apabila
membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan
berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.

Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai
seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah
memberikan kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan
dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi
pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani dan dihormati.
Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur.

Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung
Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat perpaduan
antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat Malaysia.
Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh ayahandanya
serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan melaksanakannya
dengan penuh dedikasi.

Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran kerajaan serta UMNO
kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh pada ketika
itu.

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai
seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan
mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan
kekacauan perkauman di dalam negara.
Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak sulung kepada Dato’ Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.Ibunya
bernama Datin Halimah Hussien.

Gambar:Dato’ Tun Hussien Onn dan keluarganya
(2)

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok
Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary
School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English
College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.
Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor
sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab
Tentera Sandhurst, di Dehradun, India.
Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19
(Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di
"Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

(3)

4.0 KERJAYA TUN HUSSIEN ONN

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan
semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union.
Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya
menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung.

Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi
Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih
sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki
Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan
Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Pada tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada
tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki
Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

(4)

4.0 KERJAYA TUN HUSSIEN ONN

Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar
apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang
bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila bapanya
menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai bapanya
keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)
pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara.

Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, beliau meninggalkan
bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam
bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus
sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di
Kuala Lumpur. Pada masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh
Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah dan mempunyai enam orang
anak.

Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali menyertai UMNO semula
atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu memegang
jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964.

(5)
(7)

4.0 KERJAYA TUN HUSSIEN ONN

Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO
(kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama
menghilangkan diri daripada arena politik, tetapi UMNO telah
mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor
Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi
kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.

Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas
dipujuk oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri
pada ketika itu. Beliau bertanding dan menang dalam pilihan raya umum
pada tahun 1969 dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Kenaikan pangkatnya yang pantas itu berterusan sewaktu beliau
mewarisi Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973
sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada 15 Januari 1976, beliau dilantik
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian
Tun Abdul Razak.

(6)

(8)

4.1 GARIS MASA KERJAYA TUN HUSSIEN ONN

 1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
 1942: (umur 20): Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan

Iraq.
 1945: (umur 23): Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
 1946 (umur 24): Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin

Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai
Penolong Setiausaha Agung UMNO.
 1950 (umur 28): Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
 1951 (umur 29): Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan
Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
 1958 (umur 36): Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
 1964 (umur 42): Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak,
Yang DiPertua UMNO
 1969 (umur 47): Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja
Tertinggi UMNO) pada Jun.
 1970 (umur 48): Menjadi Menteri Pelajaran pada September.

(7)

4.1 GARIS MASA KERJAYA TUN HUSSIEN ONN

 1972 (umur 50): Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
 1973 (umur 51): Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8

Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Tun Dr. Ismail.
Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan
memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
 1976 (umur 54): Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan
kematian Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga
pada 15 Januari.
 1978 (umur 56): Menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding.
 1981 (umur 59): Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan
jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan
negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai
1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Dato' Seri Dr Mahathir
Mohamad.
 1990 (umur 68): Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San
Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyarham
disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

(8)

4.2 GALERI GAMBAR TUN HUSSIEN BIN DATO' ONN

Hussien menyertai semula UMNO pada Hussien diambil alih oleh
tahun 1964 dan menang pilihanraya timbalannya, Dato' Seri Dr. Mahathir
kawasan JB Timur pada tahun 1969, bin Mohamad (kini bergelar "Tun")
menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO. pada 18 Julai 1981.

Pada tahun 1950 beliau dilantik sebagai Ketua Pada tahun 1946 menyertai ayahandanya
Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dalam bidang politik apabila Dato’ Onn
dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat bin Jaafar menubuhkan Pergerakan
Persekutuan disamping menduduki Majlis Melayu Johor Semenanjung dan Hussein
Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Kerja Negeri Johor. Agung UMNO.

(9)

5.0 SUMBANGAN TUN HUSSIEN ONN

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September
1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul
Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus
meningkat maju.

Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung
UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga
orang Naib Presiden yang dipilih.

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973,
beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan
kematian daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal
dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13
Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan
Perindustrian. Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14
Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh negara ini.

Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi
pada 17 Januari, beliau telah disahkan sebagai pemangku Presiden
UMNO.

(10)

5.0 SUMBUNGAN TUN HUSSIEN ONN

Di bawah pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah
diperbesar dan dipermodenkan apatah lagi pada ketika itu rantau
di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori
Domino" komunis.

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang
menyebabkan Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten
tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program yang
diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru.

Walaupun berjaya untuk membantu Malaysia berkembang
dari segi ekonomi dan sosial. Beliau pintasan koronari pada awal
1981. Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia
Keempat pada bulan April 1981.

Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula Skim
Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah
bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam
ekonomi negara.

(11)

5.0 SUMBUNGAN TUN HUSSIEN ONN

Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya
untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus
mengundurkan diri daripada kepimpinan negara. Beliau mengambil
keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada
15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya,

Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun")
pada 18 Julai 1981. Selepas beliau meletakkan jawatannya sebagai
Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-pertubuhan
kebajikan seperti Tabung Mata dan Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya
kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang
merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

Gambar: Tun Hussein menyerahkan tugasnya
kepada Tun Dr. Mahathir
(1(412) )

5.1 SELEPAS PERSARAAN TUN HUSSIEN ONN

Selepas persaraan

Selepas persaraannya sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan
sumbangannya kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan. Beliau
memainkan peranan utama dalam pertubuhan Hospital Mata Tun Hussein
Onn. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) dan penasihat kepada Petronas.

Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987,
hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir menjadi buruk kerana beliau
menyokong "Team B" bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman. Mulai
dari saat itu, beliau dan Tunku telah menjadi pengkritik yang kuat terhadap
pentadbiran Tun Dr. Mahathir.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990,
sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San
Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung dan disemadikan
pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

(13)

6.0 NILAI-NILAI KEPIMPINAN HUSSIEN ONN

Hussein Onn muncul sebagai seorang Perdana Menteri yang amat tegas dalam
menangani sesuatu masalah. Beliau percaya kepada undang-undang dan mahkamah
untuk memberi keadilan dan menjauhkan gangguan politik terhadap proses undang-
undang' Hal ini amat jelas dalam tindak tanduknya memerangi rasuah, pecah amanah
dan penyalahgnaan kuasa.

Selain itu , nilai kepimpinan yang boleh dicontohi dari Hussein Onn ialah
berpegang teguh and berdisiplin. Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati
apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas
dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.

Akhirnya, nilai kepimpinan yang boleh dicontohi ialah nilai jujur. Beliau
juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan
sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau
dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai
dalam konteks masyarakat Malaysia.

(14)

7.0 PENUTUP

Jasa Tun Hussein Onn tidak dapat dilupai beliau berjaya memupukan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia dan juga dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Beliau mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak
keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di
dalam negara kita .

Selain itu, beliau juga dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan
Malaysia meniti arus pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi.
Walaupun pada ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia,
beliau berjaya untuk mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari
segi ekonomi dan sosial.

Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa
mencuba meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi.

Sebagai generasi sekarang dan pewaris akan datang haruslah sentiasa
menghargai pengorbanan dan jasa yang telah diberikan oleh para pemimpin kita ini
dengan cara sentiasa sematkan semangat patriotik dan cinta akan negara diri kita.

(15)

RUJUKAN

 Biodata Tun Hussien Onn diperoleh pada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn

 Kelahiran Tun Hussien Onn diperoleh pada
https://maruwiah.com/tag/tun-hussein-onn/

 Pergerakan dan Sejarah Tun Hussien Onn diperoleh
dari https://maruwiah.com/tag/tun-hussein-onn/


Click to View FlipBook Version