SMK JERLUN SAJAK BINTANG KARYA SITI ZALEHA M. HASHIM NAMA KUMPULAN : ABC–ANAK YANG BAIK LAGI CERDIK NAMA AHLI : FARHAN , ASRI , NABIL , HAZIM , ASIFF , YAZID KELAS : 3 ARIF
BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN 1. SAJAK BINTANG 1-2 2. TEMA SAJAK 3 3. MAKSUD SETIAP RANGKAP 4-5 4. PERSOALAN 6 5. NILAI 7 6. PENGAJARAN 8
1. SAJAK BINTANG - RANGKAP 1 Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. 1
- RANGKAP 2 Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu. Siti Zaleha M. Hashim PuisI Tunas Bangsa, 2008 `K' Publishing, Sdn. Bhd. 2
Tema Sajak Bintang ialah kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya. 2. TEMA SAJAK 3
3. MAKSUD SETIAP RANGKAP - RANGKAP 1 Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil memerhatikan kecantikan bintangbintang yang menghiasi langit. Penyajak ingin terbang ke langit untuk membawa pulang bintangbintang itu dan memberikan bintang-bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut. 4
- RANGKAP 2 Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu dan penyajak meluahkan bahawa penyajak merupakan bintang hati yang menerangi hidup dan jiwa mereka. 5
4. PERSOALAN • Tanggungjawab anak kepada ibu bapa • Kasih sayang antara ahli keluarga • Mengagumi keindahan ciptaan tuhan 6
5. NILAI • Bertanggungjawab • Kasih sayang • Rendah diri 7
6. PENGAJARAN • Kita hendaklah bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayah. • Kita hendaklah bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayah. • Kita mestilah merendah diri dengan keagungan dan kehebatan tuhan mencipta alam semesta ini. 8
SEKIAN , TERIMA KASIH DIBIMBING OLEH, PN. FARIDAH BINTI HARON GURU MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU 9 AKHIR SEKALI, KAMI INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA GURU PEMBIMBING, IBU BAPA DAN RAKAN – RAKAN YANG MEMBANTU DAN MEMBERI SKONGAN DALAM USAHA KAMI MENYIAPKAN TUGASAN INI.