HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU KETERAMPILAN BERBAHASA OLEH: NUR AINI SYAFIKAH BINTI FAUZI OPSYEN: BAHASA MELAYU 3
KANDUNGAN PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 2.0 HALANGAN KOMUNIKASI 2.1 Maklum Balas 2.2 Komunikasi Sehala 2.3 Gangguan Saraf Penerima 2.4 Penyampaian Menerusi Saluran Kedua 2.5 Gangguan emosi 2.6 Gangguan Luaran 3.0 ISU KETERAMPILAN BERBAHASA 3.1 Isu Bahasa 3.2 Isu Budaya 3.3 Isu Media Sosial 4.0 RUMUSAN RUJUKAN 3 4 5 6 9 12 15 18 20 23 24 27 31 34 35
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyempurnakan tugasan kursus BMMB1134 Keterampilan Berbahasa dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr. Mohamad Fadil bin Ibrahim dan Encik Syazwan, pensyarah yang mengajar bagi subjek ini atas segala perkongsian dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugas. Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas sokongan moral dan dukungan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga. Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insya-Allah. PENGHARGAAN
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang itu perlu menguasai kesemua kemahiran berbahasa beserta mampu untuk berketerampilan dalam berbahasa. Menurut Mohd Sharifuddin Yusof (2010), istilah terampil membawa maksud cekap, dan mampu melakukan sesuatu perkara dengan baik dan cermat. Begitu juga dengan keterampilan dalam berkomunikasi di mana seseorang yang mempunyai keterampilan sewaktu berbicara mampu memberi kefahaman dan maklumat yang tepat kepada pendengar. Menurut Haslina Halim (2018), komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan pengirim, penerima dan pemahaman mesej yang disampaikan. Maklumat yang disampaikan ketika berkomunikasi kebiasannya akan berkesan sepenuhnya jika penerima dan penyampai saling memainkan peranan masing-masing. Pelbagai masalah komunikasi akan timbul sekiranya ada halangan yang mengganggu kedua-dua pihak yang terlibat dalam komunikasi. Namun tidak hairanlah jika adanya juga isu yang mengganggu keterampilan berbahasa seseorang apabila mereka mudah terpengaruh dengan budaya dan kehidupan luar. 1.0 PENGENALAN
GANGGUAN EMOSI MAKLUMBALAS PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA KOMUNIKASI SEHALA GANGGUAN SARAF PENERIMA GANGGUAN LUARAN 1 2 3 4 5 6 2.0 HALANGAN KOMUNIKASI
2.1 Maklum balas Maklum balas yang diterima daripada penerima menunjukkan maklumat yang disampaikan diterima dengan baik. Dalam konteks ini, maklum balas merupakan tindak balas penerima terhadap pesanan yang telah di hantar. Sekiranya tiada maklum balas yang diterima, maka maklumat yang disampaikan mungkin tidak diterima dan difahami oleh penerima dengan baik. Sebagai contoh, guru menanyakan soalan kepada pelajar tetapi pelajar tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan kerana mesej yang disampaikan tidak difahaminya. Oleh itu, ketiadaan maklum balas tersebut menyebabkan komunikasi itu tidak berkesan. Antara contoh maklum balas adalah dengan memberi tepukan atau dengan memberi isyarat memek muka.
jenis maklum balas positif negatif kerutan dahi masam muka sindiran menunjukkan penerima tidak menyukai atau tidak bersetuju dengan maklumat yang pu disampaikan. Contohnya: jian tepukan senyuman menunjukkan penerima menyukai dan bersetuju dengan maklumat yang disampaikan. Contohnya:
Cadangan Bagi mendapatkan maklum balas yang positif penyampai mestilah pandai mengambil hati pendengar dengan menyediakan hadiah sebagai penghargaan kepada yang mempu menjawab pertanyaan nanti. Penyampai wajar membina hubungan yang baik dengan pendengar seperti menggunakan lawak jenaka dalam menyampain maklumat tanpa mengguris perasaan Penyampai juga perlu mengetahui target penerima yang akan menerima maklumat sama ada penerima berminat ataupun tidak supaya komunikasi menjadi lebih menarik.
2.2 Komunikasi sehala Komunikasi sehala merupakan pengirim berkomunikasi tanpa adanya maklum balas daripada penerima. Komunikasi sehala ini menyebabkan pengirim tidak menerima apa-apa reaksi atau respons daripada penerima sehingga menyebabkan komunikasi itu tidak berjalan dengan lancar. Hal ini akan menyebabkan pengirim tidak dapat mengenal pasti sama ada penerima memahami atupun tidak perkara yang disampaikan disebabkan oleh tiadanya respon. Komunikasi sehala kebiasaanya melibatkan penyampai atau pengirim memberi huraian, maklumat, penjelasan atau penerangan kepada pendengar. Sebagai contoh, ceramah tentang langkah-langkah penjagaan kesihatan yang disampaikan kepada orang awam. Program tersebut melibatkan komunikasi sehala kerana penyampai hanya bertindak untuk meyampaikan maklumat tentang topik itu serta tiada respon yang diberikan oleh penerima. Oleh itu, komunikasi sehala perlulah dielakkan malah digantikan dengan komunikasi dua hala supaya penerima mampu untuk memahami lebih mendalam dan pengirim tidak syok sendiri.
kesan komunikasi sehala tiada interaksi yang berlaku sehingga penukaran idea tidak dilakukan komunikasi tanpa respon daripada penerima maklumat yang disampaikan kurang jelas radio televisyen CONTOH:
cadangan Penutur mestilah mengamalkan konsep 'give and take' supaya masing-masing dapat bertukar pandangan dalam mencipta komunikasi yang lebih berkesan. Pendengar perlulah mendengar dengan teliti dan mempunyai perasaan ingin tahu terhadap topik yang dibicarakan walaupun penyampaian tidak menarik. Penutur perlulah pandai mengawal pergerakan mata dan pandai mengawal keadaan dengan menggunakan taktik yang sesuai supaya pendengar sentiasa fokus. Misalnya, teknik saya kata hello, awak jawab hai.
2.3 Gangguan saraf penerima Gangguan saraf yang dihadapi oleh penerima juga menyebabkan maklumat tidak dapat sampai kepada pendengar dengan jelas. Antara jenis gangguan saraf yang terkenal ialah gangguan pendengaran dan penglihatan. Gangguan pendengaran adalah istilah untuk semua kondisi dan penyakit yang menyebabkan terjadinya gangguan pada proses mendengar. Keadaan tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya termasuklah keturunan iaitu sejak dilahirkan lagi ataupun terdedah dari suara bising dalam jangka masa yang lama sehingga mengalami gangguan pada sistem saraf pendengaran. Oleh itu, jelas lah disini bahawa komunikasi tidak akan berkesan antara penutur dan penerima disebabkan oleh masalah pendengaran yang dialami oleh penerima.
kesan gangguan saraf sukar memahami sesuatu perkataan sukar mendengar percakapan orang lain tidak dapat meluahkan percakapan yang ingin diluahkan
Cadangan Penutur mestilah belajar untuk menggunakan bahasa isyarat terutamanya apabila ingin berkomunikasi dengan orang bisu kerana mereka akan gembira sekiranya dapat memahami apa yang ingin kita sampaikan. Bagi mereka yang menghadapi masalah pendengaran yang kurang jelas, kita perlulah menggunakan bahasa non verbal seperti bahasa badan dan ekspresi muka untuk membantu mereka memahami mesej yang ingin disampaikan. Kita juga perlulah bersabar ketika menunggu tindak balas dan respon daripada mereka dengan memberikan peluang dan ruang untuk mereka mengambil masa bagi menjawab persoalan atau memberi maklumat.
Saluran kedua ialah saluran yang bukan terus daripada pengirim tetapi memerlukan perantaraan untuk menyampaikan maklumat. Komunikasi menerusi saluran kedua menyebabkan mesej tidak disampaikan dengan jelas dan tidak mengikut seperti yang diinginkan oleh pengirim. Penyampai mesej selepas pengirim biasanya menokok tambah mesej yang sebenar sehingga adanya yang berlebihan. Perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya salah faham dan komunikasi yang dijalankan tidak berkesan kerana apa-apa yang hendak disampaikan oleh pengirim berubah dari yang asal apabila disampaikan oleh penyampai mesej. Contohnya, pengirim ingin menyampaikan maklumat tentang kelas dibatalkan pada hari ini tetapi apabila menerusi saluran kedua penyampai itu mengatakan kelas dibatalkan pada esok hari. 2.4 Penyampaian Menerusi Saluran Kedua
kesan penyampaian melalui saluran kedua mesej atau maklumat yang disampaikan mungkin tidak difahami dengan baik tiada komunikasi yang berlaku yang boleh mengundang salah faham menyebabkan penyebaran maklumat tidak sahih twitter facebook CONTOH:
cadangan Pendengar perlulah mendengar dengan teliti dan mempunyai perasaan ingin tahu terhadap topik yang dibicarakan walaupun penyampaian tidak menarik. Penutur perlulah pandai mengawal pergerakan mata dan pandai mengawal keadaan dengan menggunakan taktik yang sesuai supaya pendengar sentiasa fokus. Misalnya, teknik saya kata hello, awak jawab hai. Kaedah penyampaian menerusi saluran kedua perlulah dielakkan terutamanya apabila penyampai mesej merupakan orang baru dikenali sebaliknya pengirim perlu mengusahakan cara untuk menyampaikan secara terus.
2.5 Gangguan emosi Gangguan emosi dikatakan sebagai gangguan dalaman yang disebabkan oleh keadaan psikologi penerima yang tidak stabill. Hal ini kerana penerima akan menerima mesej yang disampaikan berdasarkan apa yang dilihat dan didengar mengikut perasaan, keperluan dan kehendaknya. Sebagai contoh penerima berasa tertekan terhadap maklumat yang disampaikan oleh pengirim dan terus membuat kesimpulan tentang maklumat tersebut dengan perasaan yang marah. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pergaduhan semasa berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan oleh keduan-duanya tidak bercakap dalam intonasi yang sopan malah menggunakan intonasi yang tinggi. Jelaslah disini bahawa, sekiranya individu menerima mesej mengikut emosi, maka pengirim tidak lagi dapat memberikan respon selepas penerima mengajukan pendapat kerana berkemungkinan mengalami rasa takut.
Cadangan Penutur tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan intonasi yang kasar kerana setiap orang mempunyai tanggapan yang berbeza. Penerima juga mestilah menggunakan bahasa yang sopan apabila ingin memberi cadangan walaupun mengalami masalah emosi dan cuba untuk mengawal emosi tersebut. Maklumat yang disampaikan hendaklah bersifat ilmiah dan penting sahaja bukan bertujuan untuk menghina atau mencaci pihak lain kerana boleh mengganggu kestabilan masyarakat.
Gangguan luaran merupakan gangguan secara fizikal seperti bunyi bising yang menggangu penerima sehingga menyebabkan individu tersebut sukar untuk mendengar apa-apa yang disampaikan. Contohnya, bunyi bising yang terhasil di kawasan pasar malam oleh enjin generator penjual menyebabkan komunikasi terganggu. Secara tidak langsung bunyi tersebut akan menyebabkan penerima tidak dapat mendengar dan menerima mesej daripada pengirim dengan baik. Selain itu, penerima juga mungkin akan membuat andaian sendiri mengenai mesej yang telah disampaikan walaupun tidak difahami. Hal ini akan menyebabkan berlakunya salah faham ababila penerima hanya membuat andaian terhadap sesuatu mesej lalu menyebabkan mesej yang ditafsir salah. 2.6 Gangguan Luaran
kesan gangguan luaran nada percakapan penutur terpaksa ditinggikan agar penerima mendengar dengan jelas. Penyampaian maklumat tidak akan berkesan kerana penyampai dan penerima tidak mampu berkomunikasi dengan baik Penutur berasa gemuruh seperti menggigil dan suara tidak jelas.
cadangan Bagi mengatasi halangan ini, kedua-dua pihak mestilah menghindari kawasan yang mempunyai gangguan seperti bising apabila ingin berkomunikasi supaya maklumat yang disampaikan tidak salah. Penutur perlulah menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah agar penerima mudah untuk memproses maklumat sekiranya dalam keadaan yang tidak selesa. Penerima perlulah peka dan mendengar secara aktif agar tidak ketinggalan dalam maklumat yang disampaikan oleh penutur.
3.0 ISU KETERAMPILAN BERBAHASA 3 ISU MEDIA SOSIAL 1 2 ISU BUDAYA ISU BAHASA
Penggunaan bahasa yang salah akan menyinggung perasaan orang lain dan salah faham yang akan menyebabkan pergaduhan. Sebagai contoh, apabila individu tersebut membuat kesalahan lalu penutur menegurnya dengan menggunakan kata-kata kesat. Penggunaan kata-kata kesat tersebut disebabkan oleh faktor persekitaran yang dilakukan oleh orang sekeliling sehingga menyebabkan penggunaanya tersebar luas. Selain itu, isu bahasa juga termasuklah berhujah bersifat agresif di mana boleh mengakibatkan penggunaan bahasa kurang sopan dan menyakiti perasaan orang lain. Dalam konteks ini, dapat dilihat pelajar yang mengikuti kelas perbahasan lebih suka berhujah dan bersifat agresif secara verbal berbanding dengan mereka yang tidak pernah terdedah terhadap perkara tersebut. Hal ini akan mengakibatkan mereka akan terbiasa untuk menggunakan kata-kata yang bersifat agresif untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Jelaslah disini bahawa, sekiranya penggunaan bahasa tersebut tidak dibendung ianya akan menimbulkan pergaduhan yang tidak diiginkan. 3.1 Isu Bahasa
isu semasa Penggunaan bahasa rojak dalam iklan dan papan tanda menyebabkan martabat bahasa Melayu jatuh dan mengganggu seseorang untuk berkomunikasi kerana terbiasa dengan bahasa rojak Isu bahasa slanga telah mencemarkan imej bahasa Melayu terutamanya dalam berpolitik yang sering menggunakan bahasa kesat dan akhirnya akan membawa kepada kehancuran tamadun.
Penutur perlulah menggunakan bahasa yang sopan ketika bertutur supaya tidak menyinggung perasaan orang lain Program televisyen yang mengandungi penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Isu bahasa slanga dalam kalangan remaja perlu dielakkan dengan mengenakan tindakan tatatertib terhadap individu yang sering menggunakan di media sosial Pihak ibu bapa wajarlah bertutur dengan bahasa standard dan tidak mencapur aduk bahasa ketika bercakap dengan anak-anak cadangan mengatasi
3.2 Isu Budaya Budaya berasal daripada perkataan Latin iaitu “colere” yang membawa maksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan melakukan pelbagai tindakan. Komunikasi yang melibatkan silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang berbeza dari segi bangsa, etnik, bahasa, agama, tahap pendidikan dan status sosial. Hal ini akan menyebabkan komunikasi yang dilakukan di antara individu tersebut kurang berkesan kerana setiap orang hanya memahami budayanya sahaja. Oleh itu, kemahiran komunikasi silang budaya penting untuk dipelajari iaitu dengan mengambil berat terhadap budaya lain juga agar mudah untuk bergaul dengan orang lain yang berbeza bangsa dan budaya serta sentiasa mengawal bahasa yang digunakan.
Di Malayasia, dapat dilihat bahawa rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Sekiranya mereka hidup berkelompok dan menjauhi orang yang berbeza bangsa dan agama akan menyebabkan perpaduan kaum renggang. Hal ini juga akan menimbulkan pergaduhan antara kaum kerana mereka berkomunikasi menggunakan bahasa kotor yang boleh menjatuhkan maruah individu kerana tiada rasa hormat dalam diri demi membela kaum masing-masing. Penggunaan bahasa yang kotor dan menunjukkan kehilangan kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat yang boleh menjatuhkan maruah individu mahupun orang.
isu semasa Isu budaya dapat dilihat di sini apabila atlet tersebut menggunakan bahasa campuran kerana terbiasa dengan budaya asalnya yang menggunakan bahasa Inggeris. Dalam video ini, atlet tersebut mengatakan 'atlet pelapis juga perlu diberi perhatian for future sukan'. Sepaturnya, atler tersebut menggunakan ayat 'atlet pelapis juga perlu diberi perhatian untuk masa depan' bukannya mencampur aduk bahasa melayu dan bahasa Inggeris. Jadi, di sinilah bermulanya isu dalam komunikasi turut henti- henti hingga kini. Menurut Lailetaty (2019), jika bahasa rojak terus digunakan maka jiwa bangsa akan hilang.
cadangan mengatasi Penutur perlulah menggunakan bahasa yang betul dari aspek ejaan, tatabahasa dan istilah ketika bercakap terutamanya dengan kanak-kanak. Penggunaan bahasa yang mempunyai unsur sensitiviti kaum perlulah dielakkan kerana setiap kaum mempunyai tafsiran makna yang berbeza. Bahasa yang dilontaran perlulah dipertimbangkan tahap keganasan supaya penerima dapat menerima dengan hati yang terbuka. Penerima mestilah mempunyai sikap rasional dengan tidak mudah mentafsir maksud yang tidak difahami sebaliknya tanya terlebih dahulu sebelum marah.
Media sosial merupakan antara medium untuk meyampaikan atau meluahkan perasaan masyarakat. Masyarakat kini tidak mengira umur terutamanya remaja menggunakan media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu isu dengan emosi . Emosi yang dibawa dalam menyuarakan sesuatu isu dan pendapat mereka itu telah menyebabkan penggunaan bahasa pasar dan kata-kata kesat yang tidak mencerminkan identiti orang Melayu yang mengamalkan kesantunan berbahasa. Secara tidak langsung, akan menimbulkan salah faham berlarutan yang akan tercetusnya pergaduhan antara satu sama lain. Mereka selesa untuk menyuarakan isu di media sosial kerana penggunaan media sosial amatlah mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk menyuarakan pendapat sehingga masyarakat alpa akan keterampilan berbahasa yang patut diterapkan semasa berkomunikasi dengan orang lain. 3.3 Isu Media Sosial
isu semasa Penggunaan bahasa kesat menjejaskan keterampilan berbahasa seseorang individu. Misalnya singkatan ejaan 'mkn' yang digunakan berkemungkinan akan terbawa-bawa dalam penulisan ilmiah kelak. Penggunaan tanda baca dan struktur ayat yang tidak tepat juga menjadi kebiasaan kepada mereka. Isu ini menunjukkan kecanggihan digital mampu menenggelamkan keterampilan bahasa seseorang.
Media massa juga perlu menayangkan iklan dan paparan yang menggunakan ejaan dan tatabahasa yang betul. Masyarakat saling menegur kesalahan yang digunakan di media sosial supaya tidak terbawa bawa dalam penulisan. cadangan mengatasi Kerajaan mengenakan tindakan kepada mereka yang menggunakan bahasa kesat terhadap orang lain. Ibu bapa menjadi contoh dengan menggunakan ejaan yang penuh dan tepat ketika mengirim mesej kepada anak-anak.
Tuntasnya, terdapat pelbagai isu dan halangan dalam keterampilan berbahasa yang menimbulkan masalah dalam komunikasi. Bagi menangkis masalah ini, semua warga perlulah bertanggungjawab berganding bahu dalam meningkatkan keterampilan berbahasa masyarakat di Malaysia supaya semua rakyat dapat berkomunikasi dengan lebih lancar. Bahkan rakyat juga perlu sedar akan kepentingan keterampilan berbahasa dalam bidang pendidikan agar murid mampu menguasai kandungan mata pelajaran sekaligus dapat malahirkan insan berguna kepada negara dan agama. 4.0 Rumusan
RUJUKAN Haslina Halim. (2018). Komunikasi Dalam Konteks Budaya Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka Lailetaty. (2019). Bahasa rojak hilangkan jiwa bangsa. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04/556670/bahasa-rojakhilangkan-jiwa-bangsa Mohd Sharifuddin Yusof. (2010). Keterampilan Berbahasa. UPM Holdings Sdn. Bhd. Astro Awani. (2015, 20 Februari). Tahun Baru Cina suntik semangat atlek[Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=4q4rtqzi-tY Kota Bharu. (2013, 15 Disember). Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja. SlideShare. https://www.slideshare.net/vivianfoosiewyong/penggunaan-bahasaslanga-dalam-kalangan-remaja
@ainisyafikah TERIMA KASIH