The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Amirul Firdaus, 2024-03-08 03:22:59

Si Itik Yang Bongkak

Buku Cerita Kanak-Kanak

Crystal Cave Yang Bongkak Si Itik WAN AMIRUL FIRDAUS BIN WAN ABD WAHID TAHAP 1


Pada zaman dahulu, Si Itik dan Si Tupai tinggal berjiran di sebatang sungai. Si Tupai tinggal di atas pokok manakala Si Itik tinggal di sungai. Mereka sering berjumpa tetapi tidak beramah mesra. Si Itik bersikap bongkak kerana dia mempunyai kebolehan yang unik iaitu boleh melihat benda yang sangat jauh. Si Itik: “Wah, untungnya jadi aku! Aku boleh melihat benda dari jauh. Aku rasa haiwan lain tak mampu melihat dari jauh macam aku.”


Sebaliknya, penglihatan mata Si Tupai pula adalah kurang baik. Si Tupai tidak dapat melihat benda yang jauh kerana mempunyai saiz mata yang kecil. Disebabkan kekurangan yang ada pada Si Tupai ini, Si Itik sering menghina Si Tupai. Si Tupai berasa sangat sedih kerana dihina oleh Si Itik sehingga mereka tidak berkawan. Si Tupai: "Aku tiada kebolehan untuk melihat benda yang sangat jauh seperti Si Itik kerana saiz mataku kecil. Aku berasa sangat sedih kerana Si Itik selalu menghina aku. Si Itik berasa aku tidak layak untuk berkawan dengannya.”


Four little dinosaurs are playing in an open field. Stacy the Stegosaurus jumps in the muddy banks of the river. Pada suatu hari, Si Tupai sedang duduk di tepi sungai. Tiba-tiba, Si Tupai ternampak Si Itik sedang berenang ke sana ke mari di atas air berseorangan. “Hai, alangkah baiknya jika aku dapat berkawan dengan kau Si Itik”, Si Tupai bermonolog seorang diri.


Si Itik: “Hoi, Si Tupai! Kau mesti tidak dapat melihatku dari jauh. Mata sudahlah kecil, ada hati nak berkawan denganku. Jika datang pemburu ke sungai ini, pastinya kau sangat mudah untuk ditangkap. Hahaha…”, kata Si Itik kepada Si Tupai di tepi sungai. Si Itik sangat angkuh dengan kebolehan yang dimilikinya sehingga membuatkan Si Tupai berasa tidak selesa.


Si Tupai: Aku tahu bahawa kau mempunyai kelebihan untuk melihat benda yang sangat jauh,” kata Si Tupai kepada Si Itik. “Tapi bolehkah kamu mendengar bunyi yang luar biasa dari jauh sekarang?” Si Tupai meminta Si Itik untuk mendengar bunyi yang datang dari jauh.


Si Itik pun cuba mendengar dengan bersungguh-sungguh bunyi yang dikatakan oleh Si Tupai lalu menjawab, Si Itik: “Aku tidak dapat mendengar sebarang bunyi. Adakah kau cuba bergurau dengan aku?” Si Tupai: “Tidak, aku tidak berhasrat ingin bergurau dengan kau, Itik. Cuba kau dengar dengan teliti bunyi yang datang dari jauh itu.”


Woooohoooo! “Aku tidak dapat dengar apa-apa pun bunyi yang luar biasa,” kata Si Itik. Si Tupai: “Aku dengar ada bunyi sesuatu seperti memukul permukaan air. Tidakkah kau dengar?


Woooohoooo! "Let's go on a treasure hunt!" “Sudah pasti aku dengar sesuatu seperti yang aku katakan.” kata Si Tupai. “Telingaku setanding matamu. Aku boleh dengar bunyi yang datang dari jauh.” Si Tupai memberitahu bahawa dia juga mempunyai kelebihan iaitu boleh mendengar bunyi yang datang dari arah yang sangat jauh setanding dengan penglihatan yang dimiliki oleh Si Itik.


Woooohoooo! Si Tupai tersenyum lalu berkata lagi, “Selamat tinggal, Itik. Aku terpaksa untuk pergi dari sini sekarang. Semoga kita berjumpa lagi.” Si Tupai pun terus memanjat pokok lalu melompat pergi jauh dari sungai itu.


Woooohoooo! "Let's go on a treasure hunt!" “Pergilah kau si hodoh! Aku tak mahu berjumpa dengan kau lagi kerana kau tidak setanding dengan aku. Sudahlah kecil, tidak pandai berenang pula tu.” jerit Si Itik dalam keadaan marah. Si Itik berasa sungguh sakit hati dan marah kerana Si Tupai membandingkan telinga yang dimilikinya dengan kelebihan mata yang dimiliki oleh Si Itik.


Woooohoooo! Si Itik pun mendongak lalu memandang sekelilingnya. Keadaan di sekelilingnya itu tidak menunjukkan apa-apa yang luar biasa. Lalu, Si Itik pun kembali berenang ke sana dan ke mari seperti biasa tanpa ada perasaan curiga dengan bunyi yang dikatakan oleh Si Tupai.


Woooohoooo! Tiba-tiba, datang seorang pemburu yang kelaparan menaiki sebuah rakit. Pemburu: “Hahaha.. Ini makanan aku! Aku akan tangkap itik ini. Pemburu itu pun merejam lembing ke arah Si Itik dari belakang. Pom!


Woooohoooo! Si Itik pun mati direjam oleh pemburu. Bangkainya timbul di permukaan sungai itu. “Aku akan jadikan kau makanan tengah hari ku! Hahaha..” ketawa pemburu itu. Pemburu itu pun mencapai bangkai Si Itik lalu membawanya pulang dengan rasa yang sangat gembira.


Pengajaran Kita haruslah menjauhi sikap sombong dan angkuh agar diri kita disenangi orang lain.


GLOSARI bongkak = sombong unik = luar biasa bermonolog = bercakap sendirian bersungguh-sungguh = dengan penuh minat permukaan = bahagian sebelah atas sesuatu cemburu = iri hati setanding = sama baik angkuh = sombong curiga = kurang yakin merejam = melempar


Woooohoooo! "Let's go on a treasure hunt!"


Click to View FlipBook Version