PENILAIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 1.0 PENGENALAN Berikutan pemansuhan peperiksaan wajib seperti UPSR dan PMR, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), iaitu suatu pentaksiran yang bersifat holistik berkebolehan menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani), selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdul et al., 2021). Maka, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), iaitu salah satu daripada empat kompenan PBS turut dipromosikan di sekolah-sekolah bermula tahun 2016, bagi memenuhi keperluan pentaksiran bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di sekolah. PBD adalah proses yang integral dalam sesi PdP yang bertujuan untuk memperoleh maklumat berterusan tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan (KPM, 2021). Melalui PBD, guru akan mengumpul dan menganalisis maklumat secara berterusan untuk membuat refleksi terhadap proses PdP dan membuat pertimbangan yang konsisten dalam usaha untuk meningkatkan kualiti PdP. Penting untuk ditekankan bahawa semua maklumat yang diperoleh melalui pentaksiran bukanlah untuk tujuan perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya, maklumat tersebut harus digunakan sebagai alat bantu untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa dalam merancang tindakan susulan yang sesuai untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam proses pembelajaran. PBD juga memainkan peranan penting dalam memberikan gambaran yang holistik tentang perkembangan murid, termasuk aspek-aspek seperti kemahiran akademik, kebolehan sosial, emosi, dan kemahiran kehidupan (Ambotang et al., 2021). Ini membolehkan guru dan pihak berkepentingan lain untuk merancang pengajaran yang lebih sesuai dengan keperluan individu setiap murid. PBD merangkumi semua mata pelajaran dalam kurikulum KSSR dan KSSM, bermula dari sekolah rendah (Tahun 1 hingga 6) hingga sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5). Pelaksanaan kritikal PBD terletak di tangan pendidik yang ditugaskan untuk menentukan objektif pembelajaran berdasarkan Standard Pembelajaran yang hendak ditaksir, merancang dan membina instrumen pentaksiran, melaksanakan pentaksiran, merekod hasil pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Laporan ini, yang menggunakan templat pelaporan berasaskan Excel di luar talian, dibentangkan kepada pelajar dan ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun melalui melalui perwakilan TP1 hingga TP6 (KPM, 2021). Setiap laporan memberikan gambaran keseluruhan tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran tertentu (Arumugham, 2020).
2.0 KAEDAH PENTAKSIRAN DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PBD berusaha untuk meningkatkan pembelajaran murid dengan menggunakan strategi penilaian formatif seperti Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for Learning) dan Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning). Selain itu, PBD juga menggunakan pentaksiran sumatif untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang sesuai. Pentaksiran sumatif ini dikenali sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment of Learning). Pendekatan penilaian menyeluruh ini membolehkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kemajuan pelajar dan hasil pembelajaran oleh semua pihak berkepentingan yang terlibat, termasuk murid sendiri, guru, ibu bapa, dan komuniti sekolah (KPM, 2019). Dalam konteks pentaksiran formatif, pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini digunakan untuk merancang strategi atau langkah seterusnya dalam pengajaran, dengan tujuan meningkatkan pembelajaran murid dan tahap penguasaan mereka. Pentaksiran ini juga dikenali sebagai pentaksiran diagnostik. Sementara itu, pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku apabila murid merenung dan menilai perkembangan pembelajaran masing-masing. Ini membolehkan mereka memahami tujuan belajar dan menyedari apa yang perlu dilakukan untuk menguasai sesuatu objektif pembelajaran (Mohamad et al., 2022). Pentaksiran sebagai pembelajaran merangkumi pentaksiran kendiri dan pentaksiran rakan sebaya. Maklumat dari pentaksiran ini memberikan petunjuk kepada murid tentang tahap penguasaan mereka dalam pembelajaran. Selain itu, penilaian sumatif pula biasanya berlaku pada akhir sesuatu tempoh pembelajaran, topik, atau subjek. Lazimnya, pentaksiran ini melibatkan ujian besar seperti peperiksaan penggal, peperiksaan akhir tahun dan sebagainya, juga boleh berlaku melalui pembentangan hasil projek. Maklumat dan data yang diperoleh dari ujian sumatif atau pentaksiran tentang pembelajaran ini seharusnya ditangani secara positif dalam proses pembelajaran murid (Mohd Nor & Haron, 2023). Mustaqim (2024) dalam penulisannya mengatakan bahawa kedua-dua jenis pentaksiran ini (formatif dan sumatif) membolehkan guru merekod dan menganalisis secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan penguasaan murid, sekiranya kaedah pentaksiran yang digunakan adalah efektif dengan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Penentuan kaedah pentaksiran ini juga bergantung kepada aktiviti PdP yang dirancang oleh guru dan kesesuaiannya dengan keupayaan murid. Oleh itu, guru boleh menyesuaikan kaedah pentaksiran secara pemerhatian, lisan dan penulisan samaada dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan dalam satu masa PdP (Abdul et al., 2021).
Kaedah pertama, iaitu kaedah pemerhatian adalah sesuai untuk menilai proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan, produk, atau kerja kursus. Melalui kaedah pemerhatian ini, guru dapat menilai sikap dan kemahiran murid. Maklumat yang diperoleh dari pemerhatian ini membolehkan guru mengenali pelbagai sifat murid seperti daya tahan, kemahiran berkomunikasi, pemikiran, kerja berpasukan, keinginan untuk belajar, prinsip, matlamat, kepedulian, dan patriotism (KPM, 2021). Instrumen pemerhatian yang biasa digunakan di sekolah termasuklah senarai semak, skala penilaian, anekdot, rekod berterusan, dan gambar aktiviti untuk merekodkan kemajuan murid secara langsung. Seterusnya, penilaian melalui kaedah lisan adalah cara yang mudah dan pantas untuk melihat perkembangan atau kemahiran murid. Ia boleh berlaku secara spontan semasa PdP atau diatur dengan rapi melalui sesi soal jawab atau kuiz (Saliman & Mahamod, 2023). Kaedah lisan digunakan untuk mendapatkan maklumat semasa interaksi antara murid dengan guru, murid dengan murid atau murid dengan bahan pembelajaran. Aspek seperti pemahaman konsep, fakta, kemahiran mendengar, penggunaan bahasa yang betul, sebutan, gaya berkomunikasi, pertuturan, dan sikap boleh dinilai melalui penilaian lisan. Instrumen penilaian lisan juga boleh berbeza, bergantung kepada soalan dan aktiviti yang memerlukan murid memberi respons lisan. Oleh itu, kemahiran lisan dapat dinilai melalui instrumen seperti catatan, video, persembahan, atau perbentangan. Tidak ketinggalan, melalui kaedah penulisan juga, terdapat variasi instrumen yang kerap digunakan guru seperti lembaran kerja, ujian bulanan, kuiz, portfolio, refleksi murid, rubrik, skala penilaian, senarai semak, dan borang maklum balas. Instrumen ini bukan sahaja membantu pendidik dalam menilai perkembangan intelek dan kemahiran menulis murid, malah instrument-instrumen melalui kaedah penulisan ini juga berkebolehan mengukur keupayaan murid dalam menyusun idea, mengaplikasikan pengetahuan, mentafsir maklumat, menilai, dan mencipta karya (KPM, 2021). Sebagai kesimpulan, PBS memerlukan penggunaan kaedah dan instrumen pentaksiran yang relevan dan efektif untuk memastikan pengukuran pencapaian murid secara menyeluruh (Wong et al., 2020). Dengan menggunakan instrumen yang sesuai, guru dapat mengenal pasti keperluan pembelajaran murid dan merancang intervensi yang berkesan. Tuntasnya, pendekatan yang holistik ini memastikan bahawa setiap murid dapat mencapai potensinya yang penuh dalam proses pembelajaran (Pei et al., 2023).
3.0 CUTI INTER SEMESTER DAN TUGASAN Sepanjang cuti intersemester yang bermula 9 Februari sehingga 17 Februari 2024, beberapa instrumen pentaksiran telah berjaya saya kumpulkan, bertujuan menilai pencapaian, pengalaman, serta pembelajaran yang diperoleh dalam konteks pengajaran sebenar (Arumugham, 2020). Disebabkan saya pernah berhubung dan belajar berkaitan PBD di sekolah semasa sesi PBS 1 dahulu, saya kini mudah berurusan dengan guru-guru di sekolah. Tidak dinafikan, berbagai cabaran dan halangan yang perlu dilalui dalam proses pengumpulan instrumen-instrumen pentaksiran ini. Salah satu daripadanya adalah keengganan ramai guru untuk berkongsi hasil instrumen mereka atas pelbagai sebab. Banyak daripada mereka menyatakan bahawa bukti pentaksiran termasuk instrumen telah dikitar semula kerana sesi pelaporan telah berlalu dan tidak ada keperluan untuk menyimpannya. Namun begitu, setelah berjumpa dan melalui beberapa sesi temu bual dengan Pn. Azizah, Ketua Panitia Sains SKJ, beliau memaklumkan bahawa unit sains yang berada di bawah penyeliaannya sedang dalam proses membangunkan dan mengumpulkan instrumen untuk meningkatkan proses PdP mereka. Beliau telah menunjukkan hasil pengumpulan instrumen yang telah disusun mengikut tahun, lalu menawarkan beberapa set instrumen pentaksiran kepada barisan guru pelatih sebagai rujukan masa akan datang. Hal ini sekaligus membolehkan penulisan ini dijayakan, membuka peluang untuk menilai tahap keberkesanan instrumen dengan mendalam. Instrumen seperti senarai semak, lembaran kerja, dan exit card yang berjaya dikumpulkan melalui interaksi bersama Pn. Azizah adalah berkaitan dengan sesi PdP Sains Tahun 2. Beliau turut sempat memberi arahan penggunaan (rujuk Lampiran 1) dan panduan tentang tata cara mengisi instrumen-instrumen tersebut. Menurutnya, ketiga-tiga instrumen ini digunakan dalam sebuah sesi PdP berdurasi satu jam dalam Unit 4: Haiwan untuk menguji pemahaman murid setelah selesai sesi pembelajaran, dengan mengintegrasikan Pembelajaran Abad ke-21 iaitu Aktiviti Round Table.
4.0 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN-INSTRUMEN Melalui tugasan ini, penilaian terhadap instrumen perlu dilakukan untuk menilai sejauh mana keberkesanan instrumen yang digubal guru-guru di sekolah digunakan dalam mentaksir murid. Jujurnya, semasa memulakan proses menilai instrumen, antara masalah yang saya hadapi adalah saya agak ragu dengan kebolehan saya dalam melakukan penilaian kerana saya beranggapan bahawa guru sekolah adalah orang yang mahir dan saya tidak berhak untuk memberi pendapat terhadap hasil usaha guru di sekolah. Pada masa yang sama juga, saya tidak berkemahiran melakukan pertimbangan professional semasa menilai instrumen-instrumen tersebut, namun begitu, selepas membaca buku Panduan PBD Edisi ke-2 di muka surat 37-41, saya berkesempatan untuk mengenal sekaligus memahami mengenai pertimbangan profesional dan sedikit sebanyak berjaya mengaplikasikan pengetahuan pertimbangan profesional untuk menilai instrumen-instrumen berikut. 4.1 INSTRUMEN 1: SENARAI SEMAK Instrumen pertama adalah instrumen senarai semak yang akan dinilai oleh guru melalui kaedah pemerhatian bertujuan menilai individu murid sepanjang aktiviti round table dilaksanakan. Menurut mentor, guru perlu tangkas dan cekap dalam mengenal pasti individu murid lalu melakukan penilaian terhadap kesemua elemen-elemen yang dinyatakan. Senarai semak in dibina untuk mentaksir kesemua standard pembelajaran 4.1.1 Menyatakan cara haiwan membiak. 4.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan kaedah pembiakan dan 4.1.3 Menjelaskan dengan contoh haiwan bertelur banyak dan sedikit telur. Pada penilaian saya, kekuatan instrumen yang dihasilkan oleh mentor adalah bentuk instrumen yang dipilih adalah bersesuaian dengan perkara yang hendak ditaksir iaitu berkaitan pengetahuan dan kebolehan murid, disamping melibatkan elemen kemahiran insaniah seperti kreativiti, kerjasama dan sebagainya. Namun begitu, masih terdapat banyak kekurangan yang boleh ditambahbaik. Kekurangan pertama yang saya nilaikan adalah pada bahagian pengenalan instrument adalah tidak jelas. Hal ini kerana mentor tidak langsung menyatakan standard kandungan, standard prestasi atau tahap pencapaian yang dijangka oleh guru semasa proses penilaian. Hasilnya, sebagai penilai kedua, saya mungkin memerlukan masa untuk mengenalpasti tajuk yang perlu dinilai. Hal ini turut memberi kesan terhadap konstruk elemen penilaian yang dinyatakan adalah tidak betul-betul melambangkan apa yang sebenarnya ingin dinilai oleh guru. Kekurangan kedua adalah ayat soalan dalam setiap elemen juga dilihat kompleks, panjang, dan tidak menekankan ciri kuantitatif. Perkara ini memberikan penilaian tidak dapat dilakukan secara tepat.
Selain itu, kekurangan ketiga adalah maklum balas penilaian hanya terhad kepada pilihan sama ada murid berkebolehan atau tidak berkebolehan mencapai harapan elemen yang ditulis. Kemudian, format dan struktur senarai semak yang dibina mentor adalah cantik dan teratur, namun begitu, kekurangan keempat instrumen senarai semak ini adalah ianya terlalu rumit/panjang kerana satu kertas hanya dikhususkan untuk menilai seorang murid sahaja, sedangkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan. Pada hemat saya, cara ini akan menyusahkan guru kerana keperluan untuk menyelak banyak helaian kertas pada satu masa. Oleh itu, saya telah menambah baik instrumen yang dibekalkan guru dengan menyatakan tajuk, standard kandungan, standard pembelajaran, standard prestasi, objektif pembelajaran serta kriteria kejayaan dengan lengkap. Rasionalnya adalah supaya proses penilaian menjadi lebih relevan dengan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan, serta memberikan panduan yang lebih jelas kepada guru dalam menilai pencapaian murid. Kemudian, saya juga telah mengubah konstruk elemen penilaian supaya ayatnya lebih jelas, ringkas, teknikal dan dapat mewakili kata kerja yang sepadan dgn yg dinyatakan di dalam DSKP. Saya juga menerapkan elemen kuantitatif, misalnya Murid dapat melukis dan menamakan sekurang-kurangnya tiga contoh haiwan bagi pembiakan bertelur. Bahagian maklum balas juga ditambah dengan kolum catatan membolehkan penilai menyatakan komen secara jelas. Akhir sekali, dengan melakukan pengubahsuaian yang drastik terhadap struktur senarai semak daripada menaksir individu murid kepada instrumen menaksir kumpulan, diharapkan instrumen ini lebih sesuai dengan aktiviti yang dilaksanakan dan memberikan kemudahan kepada guru dalam proses penilaian (Suppian et al., 2020). Maka dengan usaha penambahbaikan ini, saya yakin akan keberkesanan menaksir menggunakan instrumen ini, disamping lebih memudahkan urusan pengumpulan data, meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, serta memberikan gambaran yang lebih holistik tentang pencapaian kumpulan murid. 4.2 INSTRUMEN 2: LEMBARAN KERJA Instrumen kedua adalah lembaran kerja yang akan dibekalkan guru untuk disiapkan oleh kumpulan murid di setiap stesen. Murid perlu menjelaskan lembaran kerja sebelum bergerak ke stesen berikutnya. Saya akan melakukan penilaian terhadap lembaran kerja Stesen 2 iaitu tugasan melukis dan menamakan contoh haiwan berdasar cara haiwan membiak bagi memenuhi standard pembelajaran 4.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan kaedah pembiakan (rujuk Lampiran 3).
Penilaian saya yang pertama adalah instrumen yang dibina tidak dilengkapi dengan arahan soalan. Ditambah pula dengan bentuk soalan yg rumit, iaitu guru memilih untuk mengintegrasi peta i-think, namun pada pandangan saya, perkara ini tidak sepadan dengan aras kognitif murid tahun 2, apatah lagi memenuhi keperluan kelas yg mencakupi pelbagai aras pemikiran. Lembaran kerja yang dibekalkan juga tidak langsung memberikan contoh jawapan yang dapat memudahkan urusan murid mengisi lembaran kerja. Secara keseluruhannya, saya melihat lembaran kerja ini sangat tinggi arasnya yang berkemungkinan mampu mengurangkan motivasi murid. Maka dengan itu, saya mencadangkan agar instrumen ini dibina semula dengan dua jenis lembaran kerja yang mempunyai dua aras yg berbeza, bagi memenuhi keperluan kognitif murid yang berbagai dalam sebuah kelas. Kedua-dua lembaran kerja ini telah dilengkapi dengan arahan soalan yang jelas dan setiap lembaran kerja dibahagikan kepada dua bahagian (a dan b). Lembaran kerja kini turut menyediakan struktur soalan yg lebih mudah, dan contoh diberikan. Misalnya untuk lembaran kerja tahap sederhana, gambar haiwan diberikan dan murid hanya perlu menulis nama kepada haiwan yang termasuk dalam kumpulan pembiakan haiwan yang berkaitan. Manakala, lembaran kerja beraras tinggi hanya akan membekalkan contoh jawapan pada petak pertama soalan dan selebihnya dilukis dan ditulis sendiri nama haiwan yang berkaitan oleh kumpulan murid. 4.3 INSTRUMEN 3: EXIT CARD Akhir sekali, instrumen refleksi exit card yang perlu diisi oleh individu murid setelah tamat sesi PdP. Maklum balas yang diberikan murid berdasarkan pengalaman pembelajaran pada hari tersebut akan dikumpul oleh guru, bagi tujuan penilaian kendiri terhadap pengajaran yang telah dilakukan. Berdasarkan penilaian saya, soalan-soalan adalah beraras tinggi, dengan penggunaan ayat yang kompleks dan panjang. Selain itu, ketiadaan arahan serta template menjawab mungkin merumitkan bagi standard murid tahun 2. Oleh yang demikian, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Pertama, saya telah menukar soalan kepada soalan telah dikecilkan skopnya, iaitu mencakupi aktiviti yg diperlajari. Misalnya tentang konsep yang diajar, apa yang difahami dan apa yang kurang difahami oleh murid. Ayat soalan juga telah diubah agar lebih ringkas, mudah dan jelas. Seterusnya, template menjawab turut disediakan membolehkan murid menulis dgn mudah dan mengenal pasti kehendak soalan. Akhir sekali, pada pendapat saya, instrument senarai semak ini perlu juga sediakan ruang penulisan untuk hari, tarikh serta tajuk bagi memudahkan semakan semula refleksi pada masa akan datang.
5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, penting untuk mengakui peranan yang signifikan dan keperluan proses PBD. PBD bukan sekadar alat penilaian, tetapi satu pendekatan holistik untuk menilai pencapaian murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah dan instrumen pentaksiran yang sesuai, PBD membolehkan guru memahami dan merancang intervensi yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian murid (Ambotang et al., 2021). Penekanan pada pembangunan profesionalisme guru dan penerapan prinsip-prinsip penting seperti pertimbangan profesional membantu mencapai objektif utama pendidikan, iaitu memastikan setiap murid mencapai potensi penuh (Mannogaran & Nor Shaid, 2023). Dengan kesungguhan dalam menilai dan meningkatkan proses PBD, pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan bagi murid dapat dipastikan dalam suasana pembelajaran yang dinamik.
6.0 RUJUKAN Abdul, S. A., Christina, A., Norhamimah, M. (2021). Sumbangan Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Sekolah Rendah Terhadap Amalan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kesidang. 6(5), 107-119. Ambotang, A. S., Andin, C., & Minduru, N. (2021). Sumbangan Pengetahuan dan Kemahiran Guru Sekolah Rendah terhadap Amalan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kesidang, 6(1), 107-119. Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.1.175 Kementerian Pendidikan Malaysia. (10 September 2021). Kajian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sekolah Rendah 2021. https://www.moe.gov.my/assets/images/Laporan%20%20Kajian%20Pelaksanaan%20PBD.p df Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Edisi ke-2). KPM Mannogaran, V., & Nor Shaid, N. A. (2023). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Mengenai Pengetahuan, Sikap dan Cabaran Guru dalam Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), 19-58. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.1958 Mohamad H, M. H., Vadivelu, S. D., Zakaria, N., & Othman, M. S. (2022). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Sekolah Rendah Di Shah Alam, Selangor : [Primary School Classroom Assessment (PBD) Implementation Evaluation in Shah Alam, Selangor]. KQT EJurnal, 2(2), 1–9. http://ejurnal.kqt.edu.my/index.php/kqt-ojs/article/view/57 Mohd Nor, S., & Haron, Z. (2023). Instrumen Literasi Pentaksiran Bilik Darjah Guru Sekolah Berdasarkan Konteks Pendidikan di Malaysia: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), 22-61. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2261
Mustaqim M. R. (2024). Kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kesannya Kepada Murid Tahap Satu: Analisis Subjek Pendidikan Islam/ Classroom Assessment Method (PBD) And Its Impact On Level One Pupils: Analysis Of Islamic Education Subjects. UMRAN - Journal of Islamic and Civilizational Studies, 11(1), 63–78. https://doi.org/10.11113/umran2024.11n1.678 Pei J, N., Rahman, S., & Surat, S. (2023). Tahap Pengetahuan, Kemahiran dan Kesediaan Guru Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), 23-39. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2339 Saliman, F., & Mahamod, Z. (2023). Amalan Guru Bahasa Melayu Di Sekolah Kurang Murid Dalam Melaksanakan Dan Melaporkan Pentaksiran Bilik Darjah (Practices of Malay Language Teachers in Low-Enrolment Schools in Implementing and Reporting Classroom Based Assessment). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 13(2), 119-129. Suppian, Z., Ghazali, N. H. C. M., Isa, N. J. M., & Govindasamy, P. (2020). Penilaian kendiri guru pelatih terhadap tahap kemahiran pentaksiran bilik darjah (PBD). Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 98-106. Wong, S. L., Siew, N. M., Sopiah, A. & Soon, C. T. (2020). Pembinaan Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah Untuk Penilaian Kepuasan Pembelajaran Literasi Karakter Cina. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 1(5), 1 – 12.
LAMPIRAN PENERANGAN AKTIVITI Murid dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan lembaran kerja di setiap stesen sebelum bergerak ke stesen seterusnya. Selepas tamat aktiviti Round Table, murid diminta duduk di tempat masing-masing dan mengisi exit card sebagai proses refleksi kendiri. Guru bertanggungjawab melakukan penilaian menggunakan instrumen senarai semak sepanjang aktiviti berlaku.
INSTRUMEN 1: SENARAI SEMAK (GURU) PBD dilaksanakan melalui pemerhatian sepanjang proses aktiviti yang dijalankan di dalam kelas berdasarkan senarai semak yang disediakan. NAMA MURID MATA PELAJARAN SAINS KELAS 2 BIJAK OBJEKTIF PEMBELAJARAN MELALUI KERJA KUMPULAN, INDIVIDU MURID DAPAT MELAKUKAN ELEMEN YANG DINYATAKAN DENGAN BAIK SEPANJANG AKTIVITI ROUND TABLE DIJALANKAN. Tandakan (/) pada tahap penguasaan yang berkaitan. BIL ELEMEN PENGUASAAN MENGUASAI TIDAK MENGUASAI Penglibatan dalam Kumpulan 1. Kerjasama 2. Kreativiti 3. Kepimpinan 4. Penyertaan Aktif 5. Ketepatan Masa Aktiviti 1 – Cara Haiwan Membiak 6. Murid dapat menyusun huruf-huruf yang diberikan dengan betul untuk membentuk perkataan atau frasa yang berkaitan dengan cara haiwan membiak. 7. Murid dapat bekerjasama dengan rakan kumpulan untuk menyebut dapatan secara efektif, menunjukkan kemahiran kerjasama yang baik Aktiviti 2 – Contoh Haiwan Berdasarkan Cara Membiak 8. Murid mendapat idea untuk mengklasifikasikan haiwan-haiwan berdasarkan cara pembiakan. 9. Murid menguasai kemahiran motor halus dalam mengendalikan alat lukisan (seperti pensel, pensil, atau krayon) untuk menghasilkan lukisan yang jelas dan terperinci. 10. Murid berkemahiran dalam menjelaskan atau menerangkan lukisan mereka kepada orang lain. Aktiviti 3 – Membiak Banyak, Membiak Sikit 10. Murid berkemahiran dalam mengenal pasti dan memahami perbezaan antara haiwan yang bertelur/beranak banyak dan haiwan yang bertelur/beranak sikit. 11. Murid berkebolehan untuk mempersembahkan dan membuat rumusan tentang mengapa wujudnya haiwan yang bertelur/beranak banyak dan haiwan yang bertelur/beranak sikit melalui.
INSTRUMEN 1: SENARAI SEMAK (PENAMBAHBAIKAN) PENTAKSIRAN KAEDAH PEMERHATIAN SENARAI SEMAK KENDALIAN GURU BAGI MATA PELAJARAN SAINS SENARAI SEMAK MENTAKSIR KUMPULAN – AKTIVITI BERKUMPULAN (ROUND TABLE) PBD dilaksanakan melalui pemerhatian sepanjang proses aktiviti yang dijalankan di dalam kelas berdasarkan senarai semak yang disediakan. MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 2 TAJUK 4.0 HAIWAN STANDARD KANDUNGAN (SK) 4.1 PEMBIAKAN DAN TUMBESARAN HAIWAN STANDARD PEMBELAJARAN (SP) 4.1.1 Menyatakan cara haiwan membiak. 4.1.2 Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan 4.1.3 Menjelaskan dengan contoh haiwan bertelur banyak dan bertelur sedikit. STANDARD PRESTASI (SPI) TP1 Menyatakan haiwan yang bertelur dan haiwan yang melahirkan anak. TP2 Mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan. TP3 Mengitlak tentang cara pembiakan haiwan dari aspek bilangan telur dan bilangan anak. OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP) Murid-murid dapat: 1) Mengenal pasti dua cara haiwan membiak. 2) Mengelaskan sekurang-kurangnya lima jenis haiwan berdasarkan cara pembiakan. 3) Memberi contoh sekurang-kurangnya tiga haiwan bertelur banyak dan sedikit serta tiga haiwan bertelur banyak dan sedikit. PENERANGAN AKTIVITI 1) Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan dengan enam orang dalam setiap kumpulan. 2) Setiap kumpulan melalui beberapa stesen dalam satu sesi pengajaran selama satu jam. 3) Di setiap stesen, murid-murid menerima tugasan berkaitan dengan pembiakan dan tumbesaran haiwan. 4) Murid-murid bekerja bersama untuk menyelesaikan tugasan dengan bimbingan mentor. 5) Aktiviti di setiap stesen menumpukan kepada pemahaman tentang cara haiwan membiak, pengelasan haiwan berdasarkan cara pembiakan, dan contoh haiwan bertelur banyak dan sedikit. 6) Setiap stesen diakhiri dengan murid-murid mengisi exit card untuk refleksi individu. 7) Guru menggunakan instrumen senarai semak untuk menilai prestasi murid-murid sepanjang sesi pengajaran.
Jadual Senarai Semak Tandakan (/) pada tahap penguasaan yang berkaitan. NAMA KUMPULAN TANDAKAN (/) CATATAN TP E1 E2 E3 E4 E5 E6 Kumpulan 1 Ainul Najihah Amirul Aina Nafeesa Adli Kumpulan 2 Aliff Aziz Bella Sophia Astillah Maswa Kumpulan 3 Irna Zahin Akrimi Aiman Alia Najwa Kumpulan 4 Nadhir Nazim Athirah Zuraida Aini Aufa Kumpulan 5 Farah Idham Zulhafiz Sharifah Batrisyia Afif Kumpulan 6 Akmal Aida Khairina Nurin Huda Fawwaz
Penerangan Elemen: E1 – Murid dapat menyusun huruf-huruf yang diberikan untuk membina frasa cara pembiakan haiwan sekurang-kurangnya dua. E2 – Murid dapat melukis dan menamakan sekurang-kurangnya tiga contoh haiwan bagi pembiakan bertelur. E3 – Murid dapat melukis dan menamakan sekurang-kurangnya tiga contoh haiwan bagi pembiakan beranak. E4 – Murid dapat mewarnakan sekurang-kurangnya lima haiwan bertelur banyak dan sedikit. E5 – Murid dapat menyesuaikan sekurang-kurangnya lima haiwan beranak banyak dan sedikit. E6 – Murid bekerjasama secara berkesan dalam kumpulan, membuat sumbangan aktif, dan menggalakkan kerjasama.
INSTRUMEN 2: LEMBARAN KERJA (GURU) INSTRUMEN 2: LEMBARAN KERJA (PENAMBAHBAIKAN – ARAS TINGGI)
INSTRUMEN 2: LEMBARAN KERJA (PENAMBAHBAIKAN – ARAS RENDAH)
INSTRUMEN 3: EXIT CARD (GURU) Mengapa pemahaman tentang cara haiwan membiak penting dalam memahami kepelbagaian kehidupan haiwan? _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ Bagaimana anda mengelaskan haiwan berdasarkan cara pembiakan? Nyatakan contoh haiwan untuk setiap klasifikasi yang anda buat. _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ Apakah perbezaan utama antara haiwan yang bertelur banyak dan haiwan yang bertelur sedikit? Berikan contoh haiwan untuk setiap kategori. _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ Mengapa penting untuk memahami perbezaan antara haiwan yang bertelur dan haiwan yang melahirkan anak? ___________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ Dapatkah anda memberikan contoh haiwan yang memperlihatkan ciri-ciri unik dalam cara pembiakan mereka? Bagaimana ciri-ciri ini membantu haiwan tersebut dalam menjalani kehidupan mereka? _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ Apakah implikasi ekologi dari keberadaan haiwan yang bertelur banyak dan bertelur sedikit dalam sebuah ekosistem? Jelaskan. _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________
INSTRUMEN 3: EXIT CARD (PENAMBAHBAIKAN) Apakah maksud pembiakan haiwan? Maksud haiwan membiak adalah _________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ Nyatakan lima contoh haiwan yang bertelur. 1. __________________________ 2. __________________________ 3. __________________________ 4. __________________________ 5. __________________________ Nyatakan lima contoh haiwan yang melahirkan anak? 1. __________________________ 2. __________________________ 3. __________________________ 4. __________________________ 5. __________________________ Apakah perbezaan antara haiwan yang bertelur dan haiwan yang melahirkan anak? Perbezaan haiwan bertelur dan beranak adalah _______________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ Mengapa penting untuk kita tahu cara haiwan membiak? Kepentingan pengetahuan berkaitan cara haiwan membiak adalah ________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________