The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-69325630, 2022-06-01 08:44:00

Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Kali Ke-1/2022

Minit Mesyuarat Sejarah Kali Ke-1 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMAL DALAM

43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH KALI KE-1/2022

TARIKH : 28 MAC 2022
HARI : ISNIN
MASA : 1.15 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK WAWASAN
PENGERUSI : SARINAH BT ABU BAKAR
KEHADIRAN : 8/8

NAMA JAWATAN
1. SARINAH BT ABU BAKAR KETUA PANITIA
2. SITI JUNIZAN BINTI SAIRI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
3. MOHD AZMI BIN SUHIMI PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
4. ZUHAIRI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
5. MOHD FADZLYRIZAL BIN MOHD ALI SETIAUSAHA PANITIA
6. ZANZURIN BIN ARIFFIN AHLI PANITIA
7. MOHD IZZUAN BIN ZAKRI AHLI PANITIA
8. NOOR ARINA HANIM BINTI MAT TAHIR AHLI PANITIA

TIDAK HADIR :
TIADA

URUS SETIA: Setiausaha Panitia
MOHD FADZLYRIZAL BIN MOHD ALI

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau
mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ahli panitia kerana
berpeluang mangajar mata pelajaran Sejarah pada tahun ini terutamanya
kepada ahli panitia yang baharu.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Encik Zuhairi mencadangkan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah Kali ke-4, 2021
disahkan.

2.2 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sejarah kali ke-4 2021 disokong oleh
Encik Mohd Fadzlyrizal.

1

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memohon guru-guru yang mengajar tahun 6 memberi tajuk dan
nama penerbit bagi buku aktiviti Sejarah tahun 6 yang akan diguna pakai pada
tahun 2022

4.0 PERKARA-PERKARA BARU

4.1 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

4.1.1. Penyediaan RPT haruslah mengikut minggu akademik yang telah
ditetapkan iaitu 42 minggu.

4.1.2. Penyediaan RPT juga mestilah lengkap dengan tajuk yang diajar
sehingga minggu terakhir dan disediakan sebelum 31 Mac 2022.

4.1.3. Guru-guru yang terlibat dalam penyediaan RPT:
Tahun 4 – Puan Sarinah
Tahun 5 – Encik Mohd Fadzlyrizal
Tahun 6 – Puan Noor Arina Hanim

Tindakan: Guru terlibat

4.2 Pelan Strategik Operasi (PSO)

4.2.1 Ketua panitia memaklumkan PSO tahun 2022 dikekalkan seperti tahun
sebelumnya.

4.2.2 Program yang diteruskan antaranya ialah:
• Kecemerlangan PAT Sejarah
• Meraikan Bulan Kebangsaan
• PBD di Hati

- Meningkatkan tahap penguasaan murid cemerlang sehingga
mencapai TP6.

- Meningkatkan tahap penguasaan murid dari TP2 ke TP3/TP4.

Makluman

4.3 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

4.3.1 Ketua panitia memaklumkan cara penulisan RPH yang betul dan contoh
RPH telah dimasukkan ke dalam “whatsapp group” untuk rujukan
semua ahli panitia.

4.3.2 Ketua panitia juga memaklumkan panitia Sejarah tidak terlibat dengan
penyediaan RPH yang mengandungi CUP3.

Makluman

2

4.4 Pengurusan Kelas

4.4.1 Senarai nama murid hendaklah ditampal di bahagian belakang buku
rekod mengajar.

4.4.2 Borang transit boleh digunakan untuk mencatat tahap penguasaan
murid bagi memudahkan pentaksiran dan proses memasukkan data
PBD.

4.4.3 Penyemakan buku tulis dan buku aktiviti perlu dilakukan secara berkala.

4.4.4 Pujian dan penghargaan patut diberi kepada murid bagi menaikkan
semangat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Makluman

4.5 Anggaran Belanja Mengurus

4.5.1 Baki dibawa ke hadapan dari tahun 2021 ialah sebanyak RM137.13

4.5.2 Terimaan daripada KS KPM pada 10 Januari 2022 berjumlah RM112.00

4.5.3 Terimaan daripada KS KPM pada 3 Mac 2022 berjumlah RM2461.00

4.5.4 Baki terkini berjumlah RM2710.33.

Makluman

4.6 Pengurusan Fail

4.6.1 Fail akan dikemaskini oleh ketua panitia bersama setiausaha untuk tiga
tahun terkini.

4.6.2 Segala maklumat atau dapatan daripada kursus/bengkel/pertandingan
hendaklah diserahkan satu salinan keras kepada setiausaha untuk
dimasukkan ke dalam fail.

4.6.3 Laporan bagi setiap pertandingan yang disertai juga perlu disediakan
dan diserahkan kepada setiausaha untuk tujuan pemfailan.
Makluman

4.7 Pencerapan – SKPMG2

Ketua panitia menasihatkan ahli panitia supaya bersedia dengan RPH dan
merancang Pdpc dengan baik serta merujuk kepada jadual pencerapan yang
telah diberi dalam buku pengurusan sekolah.

Makluman

3

4.8 Bulan Panitia Sejarah / Bulan Kebangsaan

4.8.1 Ketua panitia memaklumkan sambutan Bulan Kebangsaan akan
dilakukan pada bulan Ogos/September seperti tahun-tahun
sebelumnya.

4.8.2 Ketua panitia turut memaklumkan aktiviti sepanjang Bulan
Kebangsaan akan dibincangkan semasa mesyuarat panitia kali ke-2.
Makluman

4.9 Penilaian Pertengahan Tahun (PPT) dan Penilaian Akhir Tahun (PAT)
4.9.1 Jadual Penggubal Soalan

Tahun PPT PAT
4 Sarinah Fadzly
5 Zuhairi
6 Azmi Arina
Zanzurin

Makluman

4.10 Papan Kenyataan Panitia / Kelas

4.10.1 Papan kenyataan akan dikemaskini oleh ahli panitia dua kali setahun.

Makluman

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN / PROGRAM DAN KERTAS KERJA

Ketua Panitia mengedarkan salinan analisis pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
untuk makluman ahli panitia.

Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Pembelian buku tahun 6 akan diteruskan pada tahun ini setelah mendapat
maklumat mengenai tajuk buku dan nama penerbit yang dipilih.

6.2 Ahli-ahli diminta mencadangkan bahan bantu mengajar yang diperlukan dan
pembelian akan dibuat dari masa ke semasa mengikut keperluan.

6.3 PLC antara ahli-ahli panitia akan dijalankan sepanjang tahun bagi tujuan
pemerkasaan pengajaran mata pelajaran Sejarah.

4

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN
7.1 Pengerusi berharap semua guru melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin
dan berkerja dalam satu pasukan.
7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang

Urus setia
Mesyuarat Panitia Sejarah Kali Ke-1/2022
SK Sungai Ramal Dalam
Tarikh: 3 April 2022

5


Click to View FlipBook Version