The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46386096, 2024-06-11 23:13:54

Pelaporan PIBG 2024

Pelaporan PIBG 2024

1 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH, 21100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU Tel : 09-624 7277 Fax : 09-620 39 Email : [email protected] _________________________________________________________________________________________ Ruj. Kami : SMKTB.PIBG100/06/04 (9) Tarikh : 29 Mei 2024 Bersamaan : 20 Zulkaedah 1445H Semua Ibu Bapa / Penjaga Semua Guru, SMK Tengku Bariah, 21100 Kuala Terengganu. Tuan, NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG KE - 36 TAHUN 2024 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung ini akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 12 Jun 2024 (Rabu) Masa : 2.00 petang Tempat : Dewan Seri Bariah Perasmi : Puan Puan Kartina binti Ahmad Pengurus YaPEIM Negeri Terengganu 3. Agenda mesyuarat yang akan dibincangkan merangkumi :- 2.1. Perutusan Pengerusi 2.2. Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Kali ke-35 Tahun 2023 2.3. Membentang dan Menerima Laporan Kegiatan Tahunan PIBG 2023-2024 2.4. Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG bagi tempoh 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024. 2.5. Membentang, Membahas dan Menerima Usul 2.6 Ucapan Penangguhan 2.7 Hal-hal lain 3. Bersama-sama ini dikepilkan borang cadangan usul untuk tindakan tuan. Sebarang usul yang ingin dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG hendaklah diterima oleh setiausaha selewat-lewatnya pada 4 Jun 2024 (Selasa) melalui guru kelas anak tuan. 4. Keprihatinan dan kecaknaan tuan terhadap notis mesyuarat dan usul yang disampaikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. ”TB TERBILANG” ”PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN” ”MALAYSIA MADANI” ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


2 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 Saya yang menjalankan amanah, ................................................. (NORHUDA BINTI ISMAIL) Setiausaha PIBG SMK Tengku Bariah. s.k : 1. Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (u.p. Encik Khairul Azual bin Mamat, Penolong Pengarah Unit Prasekolah dan Rendah Sektor Pengurusan Sekolah) 2. Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Terengganu (u.p. Encik Zulhilhaimi bin Muda, Penolong PPD Pendidikan Swasta) 3. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah.


3 ISI KANDUNGAN PERKARA/BUTIRAN MUKA SURAT Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 1 Isi Kandungan 3 Salutasi 5 Agenda Mesyuarat 6 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 7-17 Ucapan Pengetua 18-25 Ucapan YDP PIBG 26- 31 Ucapan Perasmi 32-37 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 Tahun 2024 38 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 Tahun 2023 39-52 Laporan Kemajuan PIBG 2023 53-61 Laporan Kewangan PIBG bagi tempoh 01/04/2023-31/03/2024 62-64 Laporan Kewangan Dana Kecemerlangan bagi tempoh 01/04/2023- 31/03/2024 65 Kehadiran Guru SMKTB 66-70


4 ISI KANDUNGAN PERKARA/BUTIRAN MUKA SURAT Kehadiran Ibu Bapa / Penjaga 71-81 Usul-usul Yang Diterima Daripada Ibu Bapa / Penjaga Murid 82-84 LAMPIRAN Pencapaian Keseluruhan SPM (2012 -2023) 85 Analisis Mata Pelajaran SPM 2023 86 Analisis Keseluruhan Mata Pelajaran SPM (2012-2023) 87 Perbandingan GPMP Mata Pelajaran SPM (2017-2023) 88 SEKALUNG PENGHARGAAN


5 SALUTASI SALUTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36, MAJLIS AKU JANJI DAN TEMU MURNI TOV SPM TAHUN 2024 Yang Berusaha Puan Kartina binti Ahmad Pengerusi YaPEIM Negeri Terengganu, Yang Berusaha Puan Juliza binti Mohd Zakaria Pengetua SMK Tengku Bariah Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long Yang Dipertua PIBG SMK Tengku Bariah Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Razak bin Mohd Amin Presiden Persatuan ALUMNI SMK Tengku Bariah Yang Dihormati Puan Surwati Kartini binti Ismail @ Musa Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Kuata Terengganu Guru-Guru Penolong Kanan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran AJK – AJK PIBG Alumni-Alumni Guru-Guru dan Staf-Staf Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid-murid Tingkatan 5 Tuan-tuan dan puan-puan


6 AGENDA MESYUARAT 10.45 pagi 11.00 pagi 11.40 pagi 12.00 t/hari 2.00 petang : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : : Pendaftaran Ibu Bapa /Penjaga /Guru Mesyuarat Agung PIBG Bermula Agenda Mesyuarat : Perutusan Pengerusi Mesyuarat Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Ke- 35 2023 Membentang dan Menerima Laporan Kegiatan Tahunan PIBG 2023/24 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Tahunan bagi Tempoh 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024 Membentang , Membahas dan Menerima Usul Hal-hal lain Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG Acara Selingan ( Persembahan Sajak) Cabutan Bertuah Perarakan masuk Perasmi YBrs. Puan Kartina binti Ahmad Pengerusi YaPEIM Negeri Terengganu Bacaan Ayat Suci Al-Quran Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan Doa Ucapan Tuan Pengetua (Puan Juliza binti Mohd Zakaria) Ucapan Yang Dipertua PIBG (Tuan Haji Wan Mohamad Ariffin bin Wan Long) Ucapan Perasmian (YBrs.Puan Kartina binti Ahmad) Gimik Aku Janji Ikrar Aku Janji Persembahan Selingan Penyampaian Cenderamata Jamuan VIP Cabutan Bertuah Temu Murni Agihan Makanan Kepada Ibu bapa Bersurai


7 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 JAWATANKUASA INDUK : Pengerusi PengerusiBersama Timbalan Pengerusi I Timbalan Pengerusi II Naib Peng erusi I Naib Pengerusi II Penyelaras Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK : : : : : : : : : : : Tn. Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long Pn. Juliza binti Mohamad Zakaria En. Rotnotitindra bin Mohd Jaafar Pn. Harifah Bibi binti Abdul Wahid Pn. Irham Hameeda binti Muhamad En. Ahmad bin Abdul Ghawi En. Wan Ahmad Syawal bin Wan Sagar En. Abdul Rashid bin Sulong En. Mat Zaid bin Man Pn. Rahani binti Abdul Ghani Pn. Norhuda binti Ismail Pn. Shabariah binti Mamat Pn. Annie Julia binti Ariffin En. Abdul Halim bin Muda Dr. Mohd Zaidi bin Yusoff En. Salahuddin bin Mamat En. Suhaimi bin Abdullah Pn. Emma Syarlina binti Mustafa Pn. Siti Zakiah binti Ibrahim Pn. Yusniza binti Mat Yong Pn. Nooradila binti Zakaria - Yang Dipertua PIBG -Pengetua -Naib YDP PIBG - PK Pentadbiran - PK Hal Ehwal Murid - PK Kokurikulum - GKMP Bahasa - GKMP Votek - GKMP Kemanusiaan -GKMP Sains & Math - AJK Guru - AJK Ibu Bapa -AJK Guru - AJK Ibu Bapa - AJK Ibu Bapa -AJK Ibu Bapa - AJK Ibu Bapa -AJK Ibu Bapa -AJK Ibu Bapa -AJK Guru -AJK Guru


8 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 KETUA JAWATANKUASA: Jemputan dan Publisiti Pendaftaran Pengacara Majlis Bacaan Doa Bacaan Ayat Suci Al Quran Persembahan Selingan Teks Ucapan Sambutan Perasmi dan VIP Sambutan Ibu Bapa / Penjaga Pamflet Buku Pelawat Pencatat Kawalan Keselamatan/’Parking’ Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBKS) Siaraya, Teknikal dan Tayangan Persiapan Pentas dan Backdrop Persiapan Dewan Keceriaan Dewan Gimik Pelancaran Foto / TVPSS Dokumentasi Buku Laporan PIBG Temu Murni Persiapan Tempat Temu Murni Hadiah dan Cenderamata Cabutan Bertuah Jamuan VIP Jamuan Ibu bapa / Penjaga Jamuan Guru ‘Wellcome Drink’ - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Che Noor Yati binti Mohd Fatimah Suhaida binti Abd Razak Hasniza binti Mamat Mohd Yazid bin. Abd Rahim Noor Anita binti Ibrahim Norizan binti Abu Bakar Norazlinawati binti Muhammad Nor Hasyimah binti Embong Norulfarrah binti Jafar Nurul Nadiah binti Ghazali Zubaidah binti Abdul Ghani Nur Hakimah Adilah binti Mohd Zaini Azmi bin Mohamad Sarahani binti Abdul Wahab Mohd Ramzi bin Mohamad Nawi Noor Iman bin Sulong Che Mohd Ujang bin Che Mohd Siti Ratna Saerah binti Ibrahim@Alias Siti Maizaitul Akhmar binti Abdul Rahman Nurul Hidayah binti Esahak Aini Yusniza binti Mohd Yusoff Siti Nur Aulia binti Mohd Azhar Sharifah Norhayana binti Tuan Yahya Norihan binti Mohamad Nooradila binti Zakaria Noriza binti Ngah Zaharuddin bin Embong Nor Azimah binti Muda Junaida binti Salim (CC) Rohaya binti Alias


AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 KUMPULAN 1 PENYELARAS: EN.WAN AHMAD SYAWAL BIN WAN SAGAR (GKMP BAHASA) BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. JEMPUTAN & PUBLISITI Che Noor Yati binti Mohd Faizah binti Jusoh Menyediakan surat jemputan kepada perasmi, dif jemputan dan ibu bapa/penjaga. Memastikan surat jemputan dihantar kepada perasmi dan dif jemputan serta diedarkan kepada ibu bapa melalui murid. Memastikan guru kelas menghantar notis mesyuarat PIBG serta e-kad jemputan ibu bapa ke dalam group kelas. Mempromosi Mesyuarat PIBG Ke-36 di dalam Bariah Channel dan FB sekolah. 2. PENDAFTARAN Fatimah Suhaida binti Abd Razak Munirah binti Mohd Yusoff Marina binti Mohd Zain Mahirah binti Mohamed Menyusun tugasan semasa pendaftaran. Menyediakan tempat, peralatan dan lokasi untuk pendaftaran dan mengemasnya semula. Menyediakan · salinan pendaftaran ibu bapa / penjaga dan guru. Menyediakan QRCode kehadiran. Mendaftar kehadiran. Menyerahkan senarai nama yang hadir · bertaip (soft dan hard copy) kepada SU PIBG, SU PIBKS dan AJK Dokumentasi seminggu selepas program. Menyerahkan nama kepada AJK Cabutan Bertuah. 3. PENGACARA MAJLIS Hasniza binti Mamat Asri bin Che Mat Mendapatkan maklumat acara/majlis daripada pengurusan dan SU PIBG. Menyediakan teks pengacara majlis. Mengacarakan majlis. 9


10 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 4. BACAAN DOA Mohd Yazid bin Abd. Rahim Membaca doa semasa program perasmian. Mempastikan bacaan doa yang sesuai dengan majlis. 5. BACAAN AYAT SUCI ALQURAN Noor Anita binti Ibrahim Memilih seorang murid yang boleh membaca Al-Quran dengan tajwid dan taranum yang baik. Memilih surah yang sesuai untuk dibaca. Melatih murid tersebut membacanya. Menguruskan tempat bacaan dan peralatannya semasa perasmian. Memastikan murid mengalunkan semasa majlis. 6. PERSEMBAHAN SELINGAN Norizan binti Abu Bakar Zaini biti Mohammad Memilih murid untuk persembahan antara waktu selesai MAT PIBG Ke-36 dengan majlis perasmian dan selesai gimik pelancaran. Menguruskan dengan sempurna selingan ini semasa majlis. 7. TEKS UCAPAN Norazlinawati binti Muhammad (Perasmi) Ronaini binti Mohd Yanun (YDP PIBG) Rosmarehan binti Udin (Pengetua) Menyediakan teks ucapan -Perasmi -YDP PIBG -Pengetua Meminta maklumat daripada pengetua dll Menyerahkan satu salinan kepada AJK Dokumentasi.


11 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 KUMPULAN 2 PENYELARAS: EN MAT ZAID BIN MAN (GKMP KEMANUSIAAN) BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. SAMBUTAN PERASMI DAN VIP Nor Hasyimah binti Embong Roslina binti Abdul Hamid Nurul Syuhada binti Zainuddin Rosnani binti Ramli Menyusun kedudukan penyambut tetamu . Menyiapkan acara sambutan mengikut keperluan Pasukan bunga manggar Maklumkan tetamu VIP yang hadir kepada pengerusi majlis sebelum majlis bermula. Menghantar tetamu VIP dan jemputan ke tempat duduk mereka mengikut tempat yang telah ditandakan. Mengiringi tetamu VIP hingga ke bilik jamuan. 2. SAMBUTAN IBU BAPA PENJAGA Norulfarrah bin Jaafar Suraya binti Sulong Syaifuddin bin Mod Ariffin Mohd Amri Firdaus bin Awang Ahmad Shamsuddin bin Yusoff Menyambut kehadiran ibu bapa / penjaga dan lain-lain di hadapan dewan dengan penuh kemesraan dan tertib. Menghantar atau menunjukkan tetamu tempat duduk mereka. Menguruskan semerta kerusi jika berlakunya tempat duduk tetamu yang tidak mencukupi. 3. PAMFLET Nurul Nadiah binti Ghazali Nor Aniisah binti Mohd Sadiq · Menyediakan pamflet yang bersesuaian dan memperbanyak. · Mengedarkan pamflet kepada VIP dan tetamu jemputan. · Memasukkan pamflet ke dalam Bariah Official dan Channel. Menyerahkan satu salinan kepada AJK Dokumentasi.


12 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 4. PENCATAT Nur Hakimah Adilah binti Mohd Zaini Che Nurul Mardhiah binti Che Abdullah Che Siti Hawa binti Abdul Ghani Suria binti A Rahman Razida binti Ismail Mencatat dan menaip semua ucapan sepanjang program berlangsung. Mencatat minit dan menaip minit mesyuarat Agung PIBG ke -34. Menyerahkan catatan ucapan dan minit kepada Setiausaha PIBG dan AJK Dokumentasi (softcopy dan hard copy) seminggu selepas program 5. BUKU PELAWAT Zubaidah binti Abdul Ghani Menyediakan nama pelawat, jawatan dan jabatan di dalam buku pelawat. Menguruskan tandatangan pelawat. Menyiapkan pen dan lain-lain kelengkapan. 6. KAWALAN KESELAMATAN Azmi bin Mohamad Ahmad Zaini bin Ag Teh Pengawal Keselamatan Menyediakan tunjuk arah/papan tanda ‘parking’. Menyusun dan mengatur kedudukan kenderaan VIP, tetamu dan ibu bapa. Menjamin keselamatan dan ketenteraman semasa acara berjalan. Meminta bantuan daripada Pasukan Kadet Polis. 7. PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI Sarahani binti Abdul Wahab Wan Roziana binti Wan Mohd Mendapatkan senarai kehadiran daripada AJK pendaftaran. Mendaftarkannya ke dalam sistem PIBKS. Menyambut kehadiran ibu bapa.


13 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 KUMPULAN 3 PENYELARAS: EN ABDUL RASHID BIN SULONG (GKMP VOTEK) BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. SIARAYA, TEKNIKAL DAN TAYANGAN Mohd Ramzi bin Mohamad Nawi Mohd Adib Adwa bin Ab Karim Menyelaras tugas-tugas ahli jawatankuasa. Memantau perjalanan kerja. Memastikan semua tugasan sempurna dan berjalan dengan baik pada hari pelaksanaan 2. PERSIAPAN PENTAS, BACKDROP DAN BANNER Noor Iman bin Sulong Norziela binti Ab. Rahman Menyusun dan mengatur kerusi / meja di pentas. Menyusun dan melabel kedudukan VIP dan pengurusan. Menyediakan rostrum untuk VIP dan juruacara. Memastikan kerusi, meja dan peralatan yang digunakan disimpan semula. Memasang ‘back drop’ Mesyuarat Agung kali ke -35 di dewan dan banner di hadapan pintu pagar. 3. PERSIAPAN DEWAN Che Mohd Ujang bin Che Mohd Rohana binti Mohd Wan Haninah Hanim bin Wan Ahmad Menyusun dan mengatur kerusi dan meja di dewan mengikut keperluan : - Mesyuarat Agung PIBG - Majlis Perasmian, Aku Janji dan Temu Murni. Bekerjasama dengan AJK Sambutan dan AJK Penerima Anugerah untuk menentukan kedudukan VIP, tetamu, guru, ibu bapa dan penerima anugerah serta bersama-sama melabelnya. Membuat sewaan kerusi jika tidak mencukupi dan memulangkannya semula. Memastikan kerusi, meja dan peralatan disimpan ke tempat asal selepas program.


14 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 4. KECERIAAN DEWAN DAN PENTAS Siti Ratna Saerah binti Ibrahim @ Alias Wong Yen Ping Menceriakan dewan dengan pelbagai keceriaan seperti bunga, skirting, karpet dll. Menceriakan pentas. Memastikan di atas meja lengkap dengan - Alas meja - Gelas dan air minuman Memastikan alas meja untuk mesyuarat agung dipasang serta lain-lain kelengkapan ada pada masa kegunaannya. Memastikan kebersihan dewan sebelum dan selepas program. Bekerjasama dengan AJK Persiapan Pentas dan Dewan. 5. AKU JANJI Siti Maizaitul Akhmar binti Abdul Rahman Sitti Noor Sakenah binti Syed Noordin Menyediakan gimik yang bersesuaian. Menguruskan gimik semasa majlis. Memastikan bunting yang telah dipotong dipasang di kawasan sekolah sehari selepas majlis. Memulangkan semula peralatan yang dipinjam. 6. FOTO/TVPSS Nurul Hidayah binti Esahak AJK TVPSS Mengambil gambar dari mula hingga akhir majlis. Merakam dan mendokumentasikan semua aktiviti untuk TVPSS. Merakam ucapan daripada beberapa tetamu, ibu bapa dan guru. Menyiapkan laporan perjalanan program. Memuatnaik ke dalam You Tube.


15 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 7. DOKUMENTASI Aini Yusniza binti Mohd Yusoff Mendapatkan gambar-gambar majlis. Mendapatkan semua bahan berkenaan majlis daripada semua AJK. Mengdokumentasikan semua aktiviti program. Menyiapkan laporan lengkap pelaksanaan mesyuarat Agung PIBG dan penyampaian anugerah. Menyerahkan dokumentasi kepada SU Dokumentasi sekolah dan SU PIBG seminggu selepas program.


16 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 KUMPULAN 4 PENYELARAS: RAHANI BINTI ABDUL GHANI (GKMP SAINS & MATEMATIK) BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. BUKU LAPORAN PIBG Siti Nur Aulia binti Mohd Azhar Nurin Damia binti Md Zakri Norwahida binti Norawavi Shabariah binti Mamat Mengumpul maklumat untuk dimuat ke dalam Buku Laporan PIBG/Anyflip. Menyiapkan buku Buku Laporan PIBG/Anyflip. Mengedarkan Buku Laporan PIBG/Memuatnaik Anyflip kepada VIP, tetamu jemputan, ibu bapa/penjaga dan guru. Menyerahkan satu salinan kepada AJK Dokumentasi. 2. TEMU MURNI Sharifah Norhayana binti Tuan Yahya Nor Haphiza binti Awang Zuraini binti Ismail Menyediakan slip keputusan dan menyerahkan kepada guru kelas. Memastikan semua slip ditandatangan oleh Pengetua/PK Pentadbiran. Mencari pengganti guru kelas yang tiada. Menguruskan sesi temu murni agar berjalan dengan lancar dan sempurna 3. PENGURUSAN TEMU MURNI Norihan binti Mohammad Nang Rosmanu binti Long Shula Menguruskan tempat/lokasi temu murni. Melabelkan lokasi kelas di tempat umum untuk mudah diakses oleh ibu bapa/penjaga. Menguruskan sesi temu murni agar berjalan dengan lancar dan sempurna. 4. CABUTAN BERTUAH Noriza binti Ngah Ida Mazlina binti Mamat Menguruskan sumbangan @ hadiah yang diterima. Melabel dan menomborkannya. Menguruskan acara cabutan bertuah.


17 AHLI JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 BIL. JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 5. JAMUAN VIP Zaharuddin bin Embong Rosnizan bin Mohd Wan Norhidayah binti Wan Ibrahim Menyediakan menu yang sesuai dengan VIP. Menyediakan meja dan peralatan yang sesuai untuk jamuan VIP. Menguruskan jamuan dengan bantuan pelajar kelas PVMA. 6. JAMUAN IBU BAPA/PENJAGA Nor Azimah binti Muda Rosnani binti Abdullah Menentukan menu dan bilangan tempahan jamuan ibu bapa. Menyediakan tempat letak makanan ibu bapa dan mengemaskannya semula. Bekerjasama dengan AJK Pendaftaran untuk pengagihan makanan berbungkus. Memastikan jamuan sempurna. 6. JAMUAN GURU Junaida binti Salim Tuan Masnani binti Tuan Mamat Menentukan menu dan tempahan jamuan guru. Menyediakan tempat letak makanan guru an mengemaskannya semula. Mengagihkan makanan yang berbungkus kepada guru. Memastikan jamuan sempurna. 7. ‘WELCOME DRINK’ Rohaya binti Alias Staf Pejabat Menyediakan kuih dan minuman. Menghidangkan kepada VIP semasa ketibaan. Mengemas hidangan setelah selesai.


18 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN TEKS UCAPAN PENGETUA Sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Tengku Bariah Kali Ke-35 Yang Berusaha Tuan Kamsah @ Kamal Bin Mohamed Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long Yang Dipertua PIBG SMK Tengku Bariah Yang Dihormati Encik Abdul Wahid bin Baharom Pegawai Perhubungan Sekolah – PPD Kuala Terengganu Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Razak bin Mat Amin Pengerusi ALUMNI SMK Tengku Bariah Guru-guru Penolong Kanan Guru - guru Kanan Mata Pelajaran AJK - AJK PIBG Semua Guru dan Staf Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Murid-murid Cemerlang SPM 2022 Murid-murid yang saya kasihi sekalian dan para hadirin sekalin


19 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya dapat kita berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke-35 bagi tahun 2023 ini. Saya sentiasa yakin dengan barakah syura kerana ia adalah amalan di peringkat sekolah apabila setiap tahun kita berkumpul dalam majlis sebegini. Budaya merujuk, musyawarah, diskusi, berbincang, disiplin ilmu dan akhirnya melakukan proses syura dan membuat keputusan secara kolektif. Hal ini juga bertepatan dengan anjuran Al Quran, wa syawirhum fil amr; memberi keutamaan bermusyawarah dan bertawakal kepada Allah SWT. Bagi pihak sekolah dan seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Tengku Bariah, saya mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu ke Mesyuarat Agung PIBG Ke-35 dan Hari Anugerah Kecemerlangan. Kehadiran tuan/puan pada hari ini telah menyuntik semangat dan iltizam kami untuk berusaha meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Kehadiran tuan/puan menandakan sokongan tuan/puan terhadap SMK Tengku Bariah dan hal demikian ini merupakan satu titik permulaan untuk proses kolaborasi antara sekolah dengan komuniti setempat. Moga kerjasama antara pihak sekolah dengan para ibu bapa yang telah sedia terjalin akan menjadi lebih akrab dan kita sama-sama dapat berganding bahu untuk memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Tidak lupa juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YDP PIBG, Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long dan seluruh AJK PIBG yang merupakan sayap kiri sekolah. PIBG telah banyak membantu pihak sekolah dalam memberi sokongan moral, buah fikiran dan sumbangan tenaga, malahan dalam sekolah tercari-cari dana untuk meneruskan kemajuan pendidikan anak-anak, pihak PIBG sentiasa menghulurkan tangan menyelesaikan masalah ini. Tuan Haji Ariffin, YDP PIBG bersama-sama AJK PIBG sentiasa .membantu tanpa dipaksa Tanpa sokongan dan bantuan tersebut sukar untuk kami para guru mencapai hasrat sekolah untuk memberikan Pendidikan terbaik buat anak-anak.


20 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Semua pihak harus bekerjasama dalam usaha untuk mendukung sistem pendidikan negara.Gandingan pihak sekolah dengan ibu bapa bagai aur dengan tebing dan insyaAllah gandingan ini mampu melahirkan anak yang baik lagi cerdik. Menteri Kanan Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menyeru semua pihak agar memberi tumpuan penuh kepada martabat karamah insaniah dalam menitikberatkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Konsep ABC turut sejajar dengan aspirasi tujuh hala yang menjadi tunjang KPM, iaitu menekankan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Pendidikan sebagai proses pembudayaan dan pemberdayaan adalah proses jangka panjang. Membina watak bangsa dengan penyebatian nilainilai budaya adalah proses yang memakan masa, bukan sehari dua, bukan bulan lepas atau dua bulan akan datang bukan tahun ini atau tahun depan, tetapi mungkin sampai berdekad-dekad. Menanam nilai-nilai murni memang tidak sama seperti menanam kangkung atau sawi. Dalam kaitan ini mungkin bermanfaat kita merenung kata-kata hikmah dari khazanah tamadun China: Di sini saya ingin berkongsi dengan tuan/puan, aspirasi kami para pendidik di sekolah ini. Kita mempunyai matlamat agar sekolah ini dapat mencapai sasaran yang ditetapkan dalam semuabidang akademik, Hal Ehwal Murid mahupun kokurikulum. Dalam bidang akademik, pihak sekolah bukan saja mempunyai sasaran atau KPI yang ditetapkan dari segi Gred Purata Sekolah dan % Lulus, tetapi kami juga meletakkan KPI ke atas bilangan murid yang mendapat semua A, minimum C, lulus semua mata pelajaran serta layak sijil di dalam peperiksaan SPM.


21 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Gred Purata Sekolah, atau GPS peperiksaan SPM bagi tahun 2022 meningkat kepada 4.27 dengan kejayaan 6 orang murid mendapat semua A walaupun berlaku penurunan minimum C sebanyak 6% dan lulus semua mata pelajaran sebanyak 1.82%. Dengan kelulusan SPM 96.1% dan telah meletakkan kedudukan SMK Tengku Bariah pada kedudukan ke-8 daripada 23 buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu dan kedudukan ke-36 daripada 147 buah sekolah di negeri Terengganu. Keputusan ini dengan sendirinya memberi gambaran betapa komited dan berdedikasinya guru-guru SMK Tengku Bariah. Kelas tambahan dan kem-kem berlangsung pada setiap hari termasuk hari cuti dan hujung minggu, semata-mata dengan niat membantu murid-murid menggantikan kelas-kelas tuisyen berbayar. Kesungguhan dan pengorbanan mereka bukan kaleng-kaleng. Guru-guru SMK Tengku Bariah adalah guru-guru hebat berjiwa besar. Syabas dan tahniah kepada semua guru SMK Tengku Bariah, moga semangat cikgu semua terus menyinar seterang mentari di siang hari dan bulan di malam hari. . Pada tahun ini pihak sekolah telah mensasarkan seramai 10 orang murid sebagai calon semua A manakala GPS disasarkan kepada 4.14. Semoga penetapan sasaran ini menjadi suntikan semua keluarga besar SMK Tengku Bariah untuk terus menggembleng tenaga dan berusaha lebih gigih bagi mencapai sasaran yang ditetapkan kerana kalua tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Dalam bidang HEM pula, sekolah mensasarkan % kehadiran murid melebihi 90% pada setiap hari dan tiada masalah disiplin berat. Namun, pada hari ini kehadiran murid jarang mencapai sasaran 90%, ada kalanya kehadiran hanya mencecah 85%, 87 % sahaja. Peratusan ini menunjukkan ketidakhadiran murid agak merisaukan kami. Kamiamat sayang dengan anak-anak murid kami, kami tidak mahu mereka menjadi murid cicir, kami amat sedih apabila ada antara anak murid kami terpaksa diberhentikan ekoran ketidakhadiran yang melampau. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa/penjaga untuk sama-sama memberi motivasi kepada anak-anak agar hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan dan juga kelas-kelas tambahan. Walau ap acara sekali pun pujuklah mereka, marah-marah sayanglah akan mereka dan jangan putus doa agar terjentik hati mereka untuk hadir menuntut ilmu di sekolah.


22 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN Para hadirin yang saya hormati, Pihak sekolah juga amat mengambil berat mengenai perkembangan sahsiah dan kerohanian murid-murid. Sehubungan dengan itu, sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu “Satu Murid Satu Skor “ telah pihak kami aplikasikan untuk memberi merit kepada murid-murid yang dijana di dalam sistem yang dinamakan SSDM. Melalui amalan baik murid, markah akan diberikan kepada mereka agar mereka mampu mencapai sahsiah peringkat Terpuji. Begitu juga sebaliknya, sekiranya mereka didapati mempunyai kes disiplin, maka markah mereka dalam sistem SSDM akan ditolak. Saya juga ingin menarik perhatian ibu bapa/penjaga untuk sama-sama membentuk sahsiah yang terpuji dalam kalangan anak-anak kita. Sehubungan dengan itu adalah diharapkan sekiranya ibu bapa ada yang menerima surat panggilan daripada pihak sekolah seperti amaran ponteng atau apa-apa sahaja kes yang berkaitan disiplin anak-anak, hadirlah berbincang dengan pihak sekolah dan janganlah menunggu sehingga amaran terakhir. Pihak sekolah akan sedaya upaya untuk membantu murid kerana kami sayang akan murid-murid kami. Para hadirin yang dikasihi sekalian, Sekiranya dalam unit Hal Ehwal Murid, anak-anak kita dinilai melalui sistem “Satu Skor Satu Murid”, dalam unit kokurikulum pula, anak-anak kita akan dinilai dalam satu sistem yang sudah lama dibangunkan iaitu “Satu Murid Satu Sukan”. Pihak sekolah di bawah Unit Kokurikukum telah mensasarkan penyertaan yang lebih banyak untuk sebarang pertandingan baik di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga ke peringkat antarabangsa. Unit Kokurikulum juga ingin meningkatkan lagi bilangan murid yang mendapat gred A dan B dalam kokurikulum. Syabas dan tahinah diucapkan kepada anak-anak SMK Tengku Bariah yang telah mewakili sekolah serta membawa pulang sama ada pingat emas, pingat perak, gangsa bahkan yang tidak mendapat tempat pun tetapi berusaha untuk menyertai pertandingan, Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada anak-anak tuan puan yang hebat ini.


23 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN Warga dewan yang dimuliakan, Pihak sekolah diberi tanggungjawab memikul mandat kerajaan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaaan di mana matlamat terakhirnya ialah menghasilkan manusia bukan sahaja yang berilmu pengetahuan tetapi juga seorang manusia yang berakhlak mulia dan berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Kita bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga menekankan “kemenjadian” murid. Sehubungan dengan itu, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kemudiannya ditambah baik dengan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) mulai tahun 2012 secara berperingkat dengan hasrat untuk menghasilkan murid yang berkemahiran selaras dengan keperluan negara. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan murid dapat ditaksir kebolehannya, ibu bapa/penjaga mesti memastikan anak-anak hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan agar anakanak kita memperoleh kemahiran yang dihasratkan di samping untuk mencapai sasaran dalam bidang HEM dan Kokurikulum yang kita sasarkan tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Kita memerlukan kerjasama dan sokongan daripada para ibu bapa dan komuniti setempat. Di sekolah Penolong Kanan Pentadbiran dengan dibantu oleh 4 orang Guru Kanan Mata Pelajatan, ketua-ketua panitia dan guru-guru mata pelajaran sentiasa memastikan proses PdPc berlaku di bilik darjah. Pelbagai program sokongan juga diadakan seperti kelas-kelas intervensi, seminar teknik menjawab soalan, kelas tambahan petang, kelas tambahan hujung minggu atau masa cuti dan sebagainya bagi tujuan membantu murid melonjakkan pencapaian akademik mereka. Bagi menjayakan semua program ini, pihak sekolah perlu mendapat sokongan moral dan kewangan daripada pihak luar. Sekali lagi kami warga SMK Tengku Bariah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Wan Ariffin bin Wan Long yang telah membantu menyalurkan peruntukan untuk pelbagai program baik akademik mahupun kokurikulum.


24 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN Tuan-tuan dan puan-puan, Pihak sekolah juga sentiasa memastikan agar keselamatan anak-anak tuan/puan terjaga. Sehubungan dengan itu, kepada ibu bapa/penjaga yang menghantar anak ke sekolah dengan kenderaan sendiri dipohon agar dapat menurunkan anak di hadapan Dewan Sivik untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk utama. Jangan berhentikan kenderaan tuan/puan betul-betul di pintu pagar utama kerana boleh membawa gangguan kepada lalu lintas dan ada kalanya boleh mengundang kecelakaan. Tuan/puan juga dipohon agar memastikan anakanak tuan/puan yang membawa motosikal memiliki lesen memandu serta bertopi keledar. Daripada penelitian yang dibuat, ramai ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, tidak memakai topi keledar. Hal ini sangat membimbangkan pihak sekolah. Langkah-langkah keselamatan sangat perlu bagi mengelakkan kecelakaan dan juga saman sekiranya berlaku kemalagan jalan raya (ini pesanan daripada pihak polis). Bagi meningkatkan jati diri dan disiplin murid, penguatkuasaan pemakaian Unit Beruniform yang lengkap pada setiap hari Selasa perlu dipertingkatkan. Pihak sekolah berharap tuan/puan dapat membantu menyediakan pakaian kadet beruniform anak-anak kerana kita mensasarkan 100% murid berpakaian uniform dengan lengkap. Terima kasih kepada yang sudah menyediakan pakaian tersebut untuk anak-anak. Warga dewan yang dimuliakan, Dalam dunia tanpa sempadan ini, anak-anak kita bukan hanya menghadapi persaingan sesama mereka tetapi juga kemudahan teknologi masa kini seperti penggunaan telepon bimbit, internet dan pelbagai peranti/gajet yang mampu membawa anak-anak tuan/puan mengelilingi dunia secara maya. Walaupun banyak kebaikan yang diperoleh anak-anak jika betul cara penggunaannya, tidak kurang juga peranti ini mampu meracuni fikiran dan tindak tanduk mereka. Oleh itu, pemantauan serta bimbingan daripada kita semua amat perlu, pimpinlah mereka untuk terus memelihara kesantunan bangsa dan budaya kita. Kita yakin dan percaya benteng yang paling ampuh untuk kita semua adalah dengan pegangan agama serta pegangan nilai masyarakat yang kukuh.


25 UCAPAN PENGETUA HAJAH SABARIAH BINTI ABD. MUBIN Selaras dengan maklumat di hujung jari, kini segala aktiviti sekolah akan dimaklumkan dan dihantar melalui guru-guru kelas masing-masing melalui aplikasi Whatsapp atau telegram yang kemudiannya akan disusuli dengan surat. Ibu bapa boleh mengetahui program sekolah secara terus melalui talian. Oleh itu, ibu bapa/penjaga dimohon agar menyertai “group whatapps kelas” yang diwujudkan untuk maklumat yang lebih cepat dan tepat. Akhir kata, saya bagi pihak seluruh warga SMK Tengku Bariah memohon maaf sekiranya ucapan saya ini ada yang menyentuh hati dan perasaan tuan/puan. Pihak sekolah juga memohon maaf daripada tuan/puan atas segala tindakan yang tidak menyenangkan hati sekiranya ada di sepanjang pelaksanaan tanggungjawab kami terhadap anak-anak tuan/puan. Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Sekian, terima kasih.


26 UCAPAN YDP PIBG TN. HAJI WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN LONG TEKS UCAPAN YDP PIBG MAT PIBG KE-35 SMK TENGKU BARIAH Yang Berusaha Tuan Kamsah @ Kamal Bin Mohamed Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Yang Berusaha Puan Hajah Sabariah binti Abd Mubin Pengetua SMK Tengku Bariah Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Razak bin Mat Amin Presiden Persatuan ALUMNI SMK Tengku Bariah Yang Dihormati Encik Abdul Wahid bin Baharom Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Kuala Terengganu Guru-guru Penolong Kanan Guru - guru Kanan Mata Pelajaran AJK - AJK PIBG Semua Guru dan Staf Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Murid-murid Cemerlang SPM 2022 Murid-murid yang saya kasihi sekalian dan para hadirin sekalin


27 UCAPAN YDP PIBG TN. HAJI WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN LONG Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh ,selamat sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -35 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023. Terlebih dahulu, saya mewakili pihak PIBG SMK Tengku Bariah ingin merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan,Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu kerana dapat meluangkan masa bersama-sama kita bagi merasmikan majlis pada pagi ini. Tuan-tuan/Puan-puan para ibu bapa yang dihormati, Bunga selasih di tapak tangan, Dipetik orang harum mewangi, Segunung kasih kami taburkan. Keprihatinan tuan puan dijunjungi tinggi. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke -35 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan puan pada pagi ini, membuktikan bahawa tuan puan begitu komited dan mengambil berat tentang pendidikan dan environment / persekitaran pembelajaran anakanak. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG. Walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas namun dengan kecekalan dan kegigihan, sekali lagi Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023 berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.


28 UCAPAN YDP PIBG TN. HAJI WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN LONG Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan satu platform yang terbaik untuk semua ibu bapa bertemu dan bersua muka bersama dengan pentadbir sekolah bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk kita sama-sama berganding bahu dalam usaha bagi meningkatkan lagi fasiliti dan kemudahan sekolah serta melonjakkan lagi kecemerlangan anak-anak kita, sama ada dari segi akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Hadirin Sekalian, Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, saya menyeru kepada ibu bapa/penjaga agar mengambil peluang untuk mengemukakan pendapat dan pandangan agar pihak sekolah dapat membaiki segala kelemahan dan kekurangan atau meningkatkan lagi kekuatan yang telah ada. Dalam perjumpaan ini kita cuba rungkaikan sebarang masalah jika ada. Kita lontarkan pandangan untuk kebaikan Bersama. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling lengkap-melengkapi. InsyaAllah permuafakatan yang baik akan membuahkan hasil yang lumayan kerana “Bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana muafakat “. Keikhlasan kita dalam usaha yang murni ini pasti akan mendapat keberkatan dan restu daripada Ilahi. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Kecemerlangan murid-murid kita dahulukan, keperluan sekolah kita utamakan dan kebajikan para guru serta ibu bapa/penjaga kita tidak pinggirkan. Para Ibu bapa yang dikasihi. Sumbangan yuran PIBG yang telah diberikan oleh tuan puan telah dan akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program program


29 UCAPAN YDP PIBG TN. HAJI WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN LONG -program sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Selain membiayai program anak-anak, pihak PIBG dan pentadbir sekolah sentiasa berbincang dan berusaha sebaik semampunya untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pembangunan dan kemudahan di sekolah yang saban tahun sentiasa menjadi isu utama. Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan, sekiranya tiada kerjasama dan komitmen daripada tuan-tuan/puan-puan para ibu bapa. Oleh itu, saya mengingatkan bahawa amatlah penting untuk pihak tuan puan, menyalurkan sumbangan yuran PIBG seperti yang telah dipersetujui bersama melalui usul yang dibentangkan. Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru semua yang ada di sini agar dapat menyumbang sedikit wang bagi pihak sekolah membeli kerusi untuk memenuhi ruangan dewan ini . Kalau tuan puan lihat, kerusi pada hari ini telah memenuhi dewan, tetapi sebenarnya kerusi ini telah disewa oleh pihak sekolah daripada pihak luar. Tuan puan juga mungkin bertanya ke mana perginya kerusi terdahulu? Sesuatu yang ada tidak akan kekal selamanya, kerosakan kerusi perlu diganti. Sebahagiannya pula digunakan di dalam kelas bagi menggantikan kerusi anak-anak yang rosak agar mereka boleh mengikuti pembelajaran dengan sempurna dan selesa. Tanpa sumbangan daripada pihak tuan puan mungkin pembelian kerusi ini akan mengambil masa yang agak lama dan pihak sekolah akan terus menyewa kerusi dengan pihak luar. Impaknya, usaha dan hasrat untuk PIBG membantu sekolah memberikan anak-anak kita kemudahan, fasiliti serta environment pembelajaran yang terbaik tidak akan dapat dicapai. Hadirin yang dihormati, Anak-anak ibarat kain putih yang bersih maka sememangnya ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Namun, saya tahu dan faham ibu bapa turut meletakkan harapan yang tinggi dengan pihak sekolah agar dapat memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Ibu bapa berharap anak-anak memiliki sahsiah yang sempurna melalui didikan guru-guru di sekolah. Di sekolah, anakanak berpeluang untuk mengembangkan bakat, kebolehan, kecenderungan, mengeluarkan pendapat, berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.


30 UCAPAN YDP PIBG TN. HAJI WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN LONG sebaya. Peluang tersebut tidak mereka miliki semasa mereka berada di rumah atau bersama dengan keluarga. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh guru-guru bukannya menunding jari meletakkan kesalahan jika ada hal yang tidak menyenangkan. Datanglah ke sekolah, berbincanglah kerana saya tahu pintu bilik-bilik pengurusan sekolah sentiasa terbuka. Puan pengetua amat suka jika tuan/puan datang berjumpa dengan beliau. Para ibu bapa yang saya kasihi, Sekolah merupakan gedung ilmu. Oleh itu, kita haruslah memastikan pembanguan infrastuktur dan environmentnya dalam keadaan yang terbaik dalam penyaluran ilmu kepada anak-anak kita. Dana untuk membaik pulih dan melaksanakan program-program di sekolah masih perlu diperkukuh lagi. Saya menyeru kepada para ibu bapa agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa dalam membuat bayaran sumbangan PIBG agar sumber kewangan PIBG dapat pihak sekolah dapat menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang terarah ke arah kecemerlangan anak-anak kita. Tabungan PIBG mengharapkan sumbangan daripada pihak tuan-puan para ibu bapa. Namun, kami pihak ahli jawatan kuasa PIBG juga tetap berusaha mencari dana bagi menambah tabungan ini. Tuan- tuan / Puan- puan sekalian, Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa. Bukan sahaja mengharapkan sumbangan kewangan, selain sumbangan berbentuk wang ringgit yang disalurkan, sumbangan idea, tenaga, serta kerjasama daripada ibu bapa amatlah diharapkan. Penglibatan ibu bapa pada setiap program-program yang diadakan oleh pihak sekolah dan PIBG sendiri amatlah dialu-alukan.Jika tuan puan mempunyai kepakaran dalam menyampaikan motivasi kepada anak-anak datanglah, jika tuan puan mempunya kelebihan dalam bidang pertukangan datanglah membantu pihak sekolah bagi membaik pulih pintu-pintu kelas dan tandas yang rosak, membaiki meja dan kerusi anak-anak yang bergoyang.


31 UCAPAN YDP PIBG TN. HAJI WAN MOHD ARIFFIN BIN WAN LONG Gunakan kepakaran tuan puan untuk membaiki kerosakan lampu kipas kelas jika tuan mahir dalam bidang elektrik. Tuan-tuan dan puan-puan boleh berhubung dengan saya atau ajk PIBG yang telah dilantik. Hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai penutup bicara, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Tengku Bariah terus melakar kejayaan demi kejayaan dan saya juga berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah melaksanakan program-program pendidikan murid-murid. Saya menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang ucapan saya. Segala yang diungkapkan, datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Sesungguhnya yang buruk itu atas kelemahan diri saya dan yang baik itu milik Allah jua. Sampan kotak hilir mudik, Dayung patah galah sebatang, Ikhtiar tidak datang menggolek, Akal tidak datang melayang. Sekian, terima kasih.


32 UCAPAN PERASMI TUAN KAMSAH @ KAMAL BIN MOHAMED TEKS UCAPAN PERASMI Sempena Mesyuarat Agung PIBG SMK Tengku Bariah Kali Ke-35 Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin, wassala tuwassalamu ala ashrafil ambiaiwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis. Yang Berusaha Puan Hajah Sabariah binti Abd Mubin Pengetua SMK Tengku Bariah Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long Yang Dipertua PIBG SMK Tengku Bariah Yang Dihormati Tuan Haji Abdul Razak bin Mat Amin Presiden Persatuan ALUMNI SMK Tengku Bariah Yang Dihormati Encik Abdul Wahid bin Baharom Pegawai Perhubungan Sekolah – PPD Kuala Terengganu Guru-guru Penolong Kanan Guru - guru Kanan Mata Pelajaran AJK - AJK PIBG Semua Guru dan Staf Semua Ibu Bapa/Penjaga Murid Murid-murid Cemerlang SPM 2022 Murid-murid yang saya kasihi dan para hadirin sekalian


33 UCAPAN PERASMI TUAN KAMSAH @ KAMAL BIN MOHAMED Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada pagi yang ceria ini. Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna bagi semua yang ada di sini dan kegembiraan itu harus dikongsi bersama. Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Tengku Bariah kerana sudi menjemput saya dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023 yang sungguh beerti ini. Tiada kata yang boleh saya ungkapkan, melainkan perasaan bangga yang tidak terhingga melihat komitmen yang padu daripada guru-guru dan ibu bapa di sekolah ini untuk memastikan sekolah ini terus cemerlang dalam pelbagai bidang sama ada bidang akademik mahupun kokurikulum apatah lagi sahsiah anak-anak. Sejambak kasih segunung kebanggaan, ucapan terima kasih tahniah saya rakamkan kepada ibu bapa/penjaga yang hadir pada hari ini. Kesudian tuan/puan meluangkan masa untuk duduk bersama-sama pada hari ini membuktikan tuan/puan amat cakna akan pendidikan anak-anak. Kesungguhan para ibu bapa yang digabungjalin dengan komitmen padu PIBG dan usaha murni guru-guru tanpa mengenal jemu dan lelah telah membuktikan bahawa SMK Tengku Bariah mampu untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah yang sedia hebat di negeri Terengganu. Jabatan Pendidikan Terengganu amat bangga dengan kejayaan ini kerana SMK Tengku Bariah merupakan sekolah harian biasa namun berbisa sehingga mampu melahirkan enam orang murid Semua A dalam SPM 2022 yang lalu. Syukur alhamdulillah, lihatlah berkat berat sama dipikul ringan sama dijinjing antara PIBG dengan pihak sekolah, hasil kesepakatan padu, sekolah ini mampu melahirkan anak-anak yang berkualiti lagi berdinamik. Saya juga difahamkan dalam SPM Tahun 2022 SMK Tengku Bariah berjaya meningkatkan GPS iaitu 4.27 berbanding 4.30 pada tahun 2021. Secara peribadi, sebagai guru yang pernah bertugas di sekolah ini saya tumpang rasa bangga dan ingin meraikan kejayaan


34 UCAPAN PERASMI TUAN KAMSAH @ KAMAL BIN MOHAMED ini bersama-sama dengan pihak sekolah, pihak PIBG dan sudah tentulah dengan para ibu bapa. Oleh sebab itulah saya hadir pada hari ini sebagai bukti ’I love, i’m proud SMK Tengku Bariah. Dalam kesempatan ini, saya mewakili JPNT menzahirkan ucapan terima kasih mekar mewangi kepada semua guru yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam mendidik anak-anak Tengku Bariah di samping tidak meminggirkan ucapan penghargaan ini kepada pengurusan PIBG yang dipimpin oleh Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wang Long dengan sokongan padu daripada ibu bapa yang ada di hadapan saya ini. Sidang hadirin yang dimuliakan, Hadirnya saya pada hari ini adalah untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG sekolah ini. Dengan usianya ke-35 tahun, rasanya PIBG sekolah ini telah matang dalam membina acuan menjana pendidikan terbaik murid-murid. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi PIBG, banyak program dan langkah boleh diatur dalam mengatasi pelbagai kekangan yang boleh mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. PIBG memainkan peranan sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa agar muafakat boleh dilakukan demi kebaikan anak-anak permata hati. Dengan menghadirkan diri dalam Mesyuarat PIBG seperti ini, segala pandangan yang membina daripada ibu bapa bolehlah dikongsi dan permasalahan yang wujud dapat dirungkai bersama-sama. Sikap ‘bagai aur dengan tebing’ akan membuahkan kemanisan buat anak-anak. Mereka pasti berjaya, guru gembira, kebanggaan menjelma dalam diri ibu bapa, PIBG pula berasa amat puas setelah berhempas pulas membantu pihak sekolah. Pendidikan anak-anak mampu dijernihkan hasil kesepakatan pihak sekolah, ibu bapa dan PIBG. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati, Untuk makluman PIBG ialah sebuah organisasi yang berwibawa. Melalui PIBG, tabung pendidikan untuk murid boleh ditubuhkan. Tabung ini boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan, bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu.


35 UCAPAN PERASMI TUAN KAMSAH @ KAMAL BIN MOHAMED Saya mendapat tahu bahawa ALUMNI sekolah ini amat membantu sekolah terutama dalam mencari dana. Khabarnya hadirnya ALUMNI pada hari ini juga untuk meraikan kejayaan anak-anak kita. Mungkin ada sumbangan daripada mereka. Khabarnya juga ada ibu bapa yang rezekinya dikongsi bersama dengan sekolah untuk memastikan pendidikan anak-anak Tengku Bariah dapat diberikan dengan sempurna.Banyak dana dikumpulkan untuk membantu para murid. Dana yang terkumpul ini digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah selain membantu murid yang memerlukan. Contohnya, sumbangan kepada murid miskin, yatim dan ditimpa kemalangan. Dengan dana yang ada, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Manfaatnya, para murid dan warga sekolah dapat memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan. Sidang hadirin yang saya hormati, Sekali lagi saya nak mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sesungguhnya peranan kita sebagai ibu bapa sangat penting dalam pembentukan disiplin dan sahsiah anak-anak. Bagi memastikan muridmurid tidak tercicir, sokongan yang berterusan daripada ibu bapa akan membantu keseronokan anak-anak dalam mengejar ilmu pengetahuan di sekolah. Oleh itu, saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan teruskanlah sikap prihatin terhadap anak-anak kerana didikan yang sempurna di rumah akan dibawa ke sekolah yang akhirnya akan membuahkan hasil yang cemerlang kepada anak-anak kita. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Sejujurnya saya mengaku saya amat berbangga menjadi sebahagian daripada warga pendidik di bawah organisasi Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Hal demikian ini kerana JPNT melalui sentiasa memberi tumpuan kepada kesejahteraan pendidikan anak-anak kerana merekalah yang bakal memimpin negara pada masa akan datang. Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara, melalui Anjakan Nekad Muafakat, melalui muafakat bersama antara JPNT, PPD pihak sekolah, PIBG dan ibu bapa, pasti kecemerlangan pendidikan akan terjelma dan akan terhasillah anak ABC iaitu ANAK BAIK lagi CERDIK.


36 UCAPAN PERASMI TUAN KAMSAH @ KAMAL BIN MOHAMED Anak-anak yang ada di hadapan cikgu, Pada hari ini, majlis meraikan kejayaan anda diadakan. Berterima kasihlah kepada pihak sekolah kerana mengadakan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan ini. Majlis penghargaan dan anugerah kecemerlangan ini diberikan khas kepada anada/murid yang telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tahun 2022. Berterima kasihlah kepada pihak PIBG kerana telah menyediakan insentif kepada murid-murid yang telah berjaya mencapai kecemerlangan baik dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Semoga penghargaan berbentuk hadiah dan sijil ini akan terus membakar semangat murid-murid untuk menggapai pencapaian yang lebih baik lagi pada masa hadapan. Biar ada azam untuk menjejakkan kaki ke menara gading yang di dalamnya sarat dengan pelbagai ilmu. Tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid sekalian, Pengetua yang komited, guru-guru yang mantap, ibu bapa yang prihatin, staf-staf yang cekap dan murid-murid yang bijak merupakan lima kombinasi yang harus dikekalkan untuk meneruskan kecemerlangan SMK Tengku Bariah di peringkat daerah mahupun negeri. Saya tegaskan, SMK Tengku Bariah sememangnya mampu menjadi sebuah sekolah harian yang hebat. Setelah kejayaan dilakar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, maka saya berpesan kepada guru-guru agar lakar murid di sini menjadi insan yang berperibadi mulia serta mempunyai sahsiah terpuji. Hal demikian ini penting bagi mensiapsediakan anak-anak berdepan dengan masyarakat setelah meninggalkan alam persekolahan kelak. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hajah Sabariah binti Abd. Mubin, Pengetua SMK Tengku Bariah, AJK PIBG dan seluruh guru yang sentiasa bersedia dan rela mengorbankan masa serta tenaga demi kemajuan dan kecemerlangan anak-anak didik sekolah ini.Sekali lagi, jutaan terima kasih atas kesudian menjemput saya ke majlis yang amat bermakna ini. Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya.


37 UCAPAN PERASMI TUAN KAMSAH @ KAMAL BIN MOHAMED Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Tahun 2023 SMK Tengku Bariah. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


38 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36 TAHUN 2024 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG Perutusan Pengerusi Mesyuarat Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-35 Tahun 2023 Membentang dan Menerima Laporan Kegiatan Tahunan PIBG 2023/2024 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan Tahunan Berakhir 31 Mei 2024 Membentang, Membahas dan Menerima Usul Hal-hal Lain Ucapan Penangguhan dan Peletakan Jawatan AJK PIBG 2023/2024 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2024/2025


39 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE-35 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH, 21100 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. Tarikh : 24 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Seri Bariah, SMK Tengku Bariah Perasmi : Yang Berusaha Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Kehadiran :199 orang (AJK PIBG, Guru dan Ibu bapa) 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin dan mengucapkan syukur kerana dapat berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG ke35 pada hari ini. 1.2 Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan pada setiap tahun merupakan salah satu platform untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah . Selain itu, Mesyuarat Agung ini membolehkan ibu bapa/penjaga dan warga sekolah bertukar-tukar pendapat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif. 1.3 Tiga cenderahati disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PIBG kepada tiga orang ibu bapa yang mendaftar awal pada majlis hari ini. Tujuan cenderahati ini diberikan sebagai galakan atas kesegeraan ibu bapa/penjaga hadir dalam majlismajlis seterusnya. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH 21100 KUALA TERENGGANU Tel : 09-624 7277 Fax : 09-620 3902 Email : [email protected]


40 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 2.0 Bacaan Doa 2.1 Semua hadirin membaca surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada AJK PIBG dan saudara-mara yang sudah meninggal dunia. 2.2 Doa dipanjatkan agar perjalanan majlis sempurna dan kerja buat PIBG dipermudah dan diberkati oleh-Nya. 3.0 Ucapan Pengetua SMK Tengku Bariah (Puan Hajah Sabariah binti Abdul Mubin) 3.1 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Mohammad Amri Firdaus bin Awang dan Nor Azimah binti Muda selaku pengerusi majlis dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berusaha Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu kerana hadir bagi memberi ucapan, menyampaikan hadiah kecemerlangan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG ke-35 SMK Tengku Bariah. 3.2 Pengetua menyampaikan rakaman penghargaan juga buat Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long selaku YDP PIBG dan barisan AJKnya kerana berjaya menguruskan mesyuarat pada hari ini. Ucapan terima kasih juga buat pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa kerana dapat hadir dalam Mesyuarat PIBG ke-35 dan Hari Anugerah Kecemerlangan ini. Pengetua berharap semua pihak harus bekerjasama dalam usaha untuk mendukung sistem pendidikan negara. 3.3 Pengetua menyampaikan amanat Menteri Kanan Pendidikan, YB Fadhlina binti Sidek yang menyeru semua pihak agar memberi tumpuan penuh kepada martabat karamah insaniah dalam menitikberatkan pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Konsep ABC ini turut sejajar dengan aspirasi tujuh hala yang menjadi tunjang KPM. Gandingan mantap antara pihak sekolah dengan ibu bapa mampu melahirkan anak yang baik lagi cerdik.


41 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 3.4 Pengetua membentangkan analisis Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 3.5 Pengetua menjelaskan kepada semua hadirin aspirasi para pendidik SMK Tengku Bariah ialah untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dalam semua bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum. Dalam bidang akademik, pihak sekolah bukan sahaja mempunyai sasaran atau KPI yang telah ditetapkan dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dan % lulus tetapi juga meletakkan KPI bilangan murid yang mendapat semua A, minimun C, lulus semua mata pelajaran serta layak sijil di dalam peperiksaan SPM. 3.6 Dalam bidang HEM, sekolah mensasarkan % kehadiran murid melebihi 90% pada setiap hari dan tiada masalah disiplin berat. Namun, pada hari ini kehadiran murid jarang mencapai sasaran 90%, ada kalanya kehadiran hanya mencecah 85% - 87 % sahaja. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa/penjaga untuk sama-sama memberi motivasi kepada anak-anak agar hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan dan juga kelas-kelas tambahan. 3.7 Sistem “Satu Murid Satu Skor” yang telah diperkenalkan oleh KPM telah diaplikasikan untuk memberi merit kepada murid-murid yang dijana di dalam sistem yang dinamakan Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM). Melalui amalan baik murid, markah akan diberikan kepada mereka agar mereka mampu mencapai sahsiah peringkat Terpuji. 3.8 Pengetua berharap, sekiranya ada ibu bapa ada yang menerima surat panggilan daripada pihak sekolah seperti amaran ponteng atau apa-apa sahaja kes yang berkaitan disiplin anak-anak supaya hadir berbincang dengan pihak sekolah dan tidak menunggu sehingga amaran terakhir. Kerjasama dari ibu bapa/penjaga bersama-sama pihak sekolah dapat membentuk sahsiah yang terpuji dalam kalangan anak-anak.


42 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 3.9 Dalam Unit Kokurikulum, murid-murid akan dinilai dalam satu sistem yang telah lama diperkenalkan iaitu Satu Murid Satu Sukan (IMIS). Pihak sekolah di bawah Unit Kokurikulum telah mensasarkan penyertaan murid yang lebih banyak untuk sebarang pertandingan baik di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa. 3.10 Pihak sekolah bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik tetapi juga menekankan “kemenjadian” murid. KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang kemudiannya ditambah baik dengan Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) mulai tahun 2012 secara berperingkat dengan hasrat untuk menghasilkan murid yang berkemahiran selaras dengan keperluan negara. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan murid dapat ditaksir kebolehannya, ibu bapa/penjaga mesti memastikan anak-anak hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan agar anak-anak memperoleh kemahiran yang dihasratkan di samping untuk mencapai sasaran dalam bidang HEM dan Kokurikulum yang disasarkan tadi. 3.11 Pelbagai program sokongan seperti kelas-kelas intervensi, seminar teknik menjawab soalan, kelas tambahan petang, kelas tambahan hujung minggu atau masa cuti dan sebagainya bagi tujuan membantu murid melonjakkan pencapaian akademik. Bagi menjayakan semua program ini, pihak sekolah perlu mendapat sokongan moral dan kewangan daripada pihak luar. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long yang telah membantu mencari dana untuk disalurkan ke pelbagai program baik akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. 3.12 Pihak sekolah sentiasa memastikan agar keselamatan murid-murid terjaga. Pengetua berharap ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak ke sekolah dengan kenderaan sendiri dapat menurunkan murid di hadapan Dewan Sivik untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk utama. Bagi murid yang membawa motosikal perlu memiliki lesen memandu dan bertopi keledar. Pihak sekolah menyeru supaya ibu bapa/penjaga yang menghantar anak-anak ke sekolah juga memakai topi keledar bagi menjamin keselamatan sekaligus menjadi contoh kepada anak-anak. 3.13 Penguatkuasaan pemakaian Unit Beruniform yang lengkap pada setiap hari Selasa perlu dipertingkat. Tujuannya untuk meningkatkan jati diri dan disiplin murid. Namun, untuk awal sesi persekolahan ini, murid-murid masih dibenarkan memakai pakaian sukan sekolah kerana memandangkan cuaca panas masih berterusan.Pemakaian ini akan termansuh apabila adanya surat pemansuhan daripada kementerian.


43 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 3.14 Setiap aktiviti sekolah akan dimaklumkan dan dihantar oleh guru kelas masingmasing melalui aplikasi WhatsApp atau telegram yang kemudiannya akan disusuli dengan surat makluman. Ibu bapa dan penjaga boleh mengetahui program sekolah secara terus melalui talian. Pengetua memohon semua ibu bapa dan penjaga untuk menyertai WhatsApp kelas yang diwujudkan untuk mendapatkan maklumat yang lebih cepat dan tepat. 3.15 Pengetua menyeru supaya ibu bapa tidak segan untuk berbincang dengan guru kelas sekiranya mengalami sebarang masalah baik dari segi kewangan atau sebagainya berkaitan anak-anak. Pihak sekolah ada menyediakan bantuan seperti bantuan pakaian beruniform, bantuan zakat serta gobok rezeki bagi meringankan beban ibu bapa/ penjaga. 4.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK Tengku Bariah (Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long) 4.1 Tuan Haji Wan Mohd Ariffin bin Wan Long mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis, mengalu-alukan kehadiran Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan,Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu kerana dapat meluangkan masa merasmikan majlis, Puan Hajah Sabariah binti Abd Mubin, Pengetua SMK Tengku Bariah, pengurusan sekolah, ahliahli jawatankuasa PIBG dan semua tetamu yang hadir. 4.2 Tuan Haji Wan Mohd Ariffin menyeru kepada ibu bapa/penjaga agar mengambil peluang dalam perjumpaan ini untuk mengemukakan pendapat dan pandangan agar pihak sekolah dapat membaiki segala kelemahan dan kekurangan atau meningkatkan lagi kekuatan yang telah ada serta cuba merungkaikan sebarang masalah jika ada untuk kebaikan bersama. 4.3 YDP dan barisan AJK PIBG telah berusaha sedaya-upaya untuk menjalankan tugas menjaga kebajikan anak-anak, para guru dan ibubapa/ penjaga walaupun berdepan masalah kewangan. 4.4 Sumbangan yuran PIBG akan digunakan dengan sebaiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah, melaksanakan pembangunan dan kemudahan dalam meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah serta bagi keselesaan dan keselamatan di sekolah.


44 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 4.5 YDP menyeru semua ibu bapa/penjaga agar dapat menyumbang sedikit wang bagi pihak sekolah membeli kerusi untuk memenuhi ruangan dewan bagi menggantikan kerusi yang telah rosak agar sekolah tidak lagi menyewa kerusi dengan pihak luar apabila diperlukan dalam memberikan kemudahan, fasiliti serta persekitaran pembelajaran yang terbaik kepada anak-anak. 4.6 Ibu bapa/ penjaga diminta untuk datang ke sekolah bagi berbincang permasalahan anak-anak dengan pentadbir sekolah serta sentiasa menyokong segala usaha yang dilaksanakan oleh guru-guru dalam membantu mengembangkan bakat, kebolehan dan kecenderungan mereka agar pihak sekolah dapat memberi pendidikan yang terbaik buat anak-anak. 4.7 Beliau menyeru kepada para ibu bapa agar tidak mengambil mudah atau sambil lewa dalam membuat bayaran sumbangan PIBG agar sumber kewangan tersebut dapat digunakan oleh pihak sekolah dalam menjana dan merancang pelbagai aktiviti yang terarah ke arah kecemerlangan anak-anak. 4.8 Ibubapa diharapkan agar dapat menyalurkan sumbangan kepada pihak sekolah bukan sahaja dari segi kewangan, malah sumbangan kepakaran, idea, tenaga, serta kerjasama yang baik daripada ibu bapa. 4.9 Mengakhiri ucapannya, Tuan Haji Wan Ariffin menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada pihak sekolah bagi memastikan SMK Tengku Bariah terus berjaya. Beliau juga menyeru kepada semua AJK PIBG agar dapat meneruskan usaha membantu pihak sekolah melaksanakan program-program pendidikan murid-murid. 5.0 Ucapan Perasmi (Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid JPNT) 5.1 Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Tengku Bariah tahun 2023 serta merakamkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah berjaya menganjurkan majlis tersebut.


45 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 5.2 Beliau juga menyatakan rasa bangga dan mengucapkan syabas kepada pengetua dan guru-guru SMK Tengku Bariah kerana analisis pencapaian SPM bagi tahun 2022 yang meletakkan SMK Tengku Bariah di tempat 8/23 dalam daerah serta tempat 36/148 dalam negeri. 5.3 Beliau turut berkongsi maklumat tentang perkembangan ekonomi dan isu-isu semasa dalam dan luar negeri serta pencapaian sekolah-sekolah di negeri Terenggganu. 5.4 Beliau menyarankan agar guru-guru serta ibu bapa terus bekerjasama untuk menjamin kejayaan dan kecemerlangan anak-anak menjadikan mereka Anak Baik Cerdik sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan. 5.5 Beliau juga meminta ibu bapa sentiasa menyokong program pihak sekolah dalam mendidik anak-anak menjadikan anak-anak yang baik serta dapat berbincang dengan pihak sekolah sekiranya terdapat masalah dalam kalangan anak-anak. 5.6 Beliau juga menyarankan kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi anakanak di zaman teknologi media sosial kerana anak-anak akan sentiasa terdedah dengan pelbagai perkara yang kurang menyenangkan. 5.7 Beliau juga memberi saranan kepada guru-guru SMK Tengku Bariah. untuk terus cemerlang dan sentiasa mengilap bakat murid-murid. Guru-guru disaran melakukan perubahan transformasi yang lebih cemerlang dengan kemudahan dan bakat-bakat guru muda yang ada di SMK Tengku Bariah. 5.8 Beliau menyarankan kepada ibu bapa menjadikan amalanbudaya membaca dalam kalangan anak-anak kita. Beliau juga menyeru anak-anak menghargai jasa guru-guru dan ibu bapa sekalian. 5.9 Beliau juga meminta pihak sekolah meminta sokongan daripada Alumni dalam menyuntik semangat anak-anak SMK Tengku Bariah untuk menjadikan mereka anak-anak yang hebat. 5.10 Akhir kata beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh warga SMK Tengku Bariah.


46 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 5.11 Sebelum berundur beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM70 ribu telah diperuntukkan bagi penyelengaraan tandas - tandas sekolah. 6.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-34 Tahun 2022/2023 6.1 Cikgu Norhuda binti Ismail selaku setiausaha PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat ini. 6.2 Terdapat ralat pada Minit mesyuarat lepas, pada m/s 59 iaitu pada Usul 2, sumbangan Tabung Kecemerlangan 2022 diubah kepada 2023/2024. Ralat kedua iaitu tiada m/s 60 pada buku mesyuarat. 6.3 Seterusnya, beliau membentang Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-34 yang telah diadakan pada 2 Julai 2022. Beliau meminta hadirin merujuk pada muka surat 27 - 43 pada Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35. 6.3 Beliau memohon hadirin mengemukakan soalan jika ada perkara berbangkit. 6.4 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-34 : Cadangan : Pn. Nurul Hani Sokongan : Cg Mohd Ramzi b. Mohamad Nawi Bangkangan : Tiada 7.0 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2022/2023 7.1 Setiausaha PIBG membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG bermula 2 Julai 2022 hingga 24 Jun 2023. Hadirin diminta merujuk muka surat 44-48 pada Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG Ke-35. 7.2 Tiada perkara berbangkit.


MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 8.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Berakhir Pada 31 Mac 2023. 8.1 Penyata kewangan PIBG bermula 1 April dan berakhir pada 31 Mac 2023 telah dibentang oleh Cikgu Annie Julia binti Ariffin, bendahari PIBG. Hadirin diminta merujuk pada muka surat 49 dan 51 pada Buku Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35. Soalan dibuka untuk pertanyaaan berkaitan laporan kewangan. Tiada perkara berbangkit. 8.2 Pengesahan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Mac 2023 Cadangan :Cikgu Mat Zaid bin Man Sokongan : Mohd Akmal Zafran b. Zuraimi Bangkangan : Tiada 9.0 Membentang, Membahas dan Menerima Usul. 9.1 USUL 1: i. Sumbangan PIBG ii. Pecahan Sumbangan (Untuk Kegunaan Murid) Pembawa Usul :Pengurusan Sekolah (En. Mat Zaid bin Man) 47 Sumbangan @ Dana PIBG Tahun 2023 dan pecahan perbelanjaan seperti yang tercatat pada muka surat 58 (buku pengurusan PIBG) dikekalkan


48 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 9.1.1 En. Zakaria memohon penjelasan berkenaan sumbangan PIBG setahun sebanyak RM50 yang ditetapkan kepada setiap orang murid berbanding RM50 untuk satu keluarga sebelum ini. 9.1.2 Tuan Pengetua menjelaskan Yuran PIBG RM50 setiap murid dicadangkan oleh pihak pengurusan sekolah, namun begitu keputusannya adalah tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) .Walau bagaimanapun jika ibu bapa tidak mampu membayar yuran tersebut, bolehlah memaklumkan kepada guru kelas untuk bantuan pembayaran yang diambil melalui bantuan pelbagai sumber seperti Alumni dan Duit Zakat. Murid-murid asnaf akan terus mendapat bantuan bayaran Yuran PIBG . 9.1.3 Diterima : Pn. Norashikin Bt Zakaria (anak 4 Satria) Disokong : En. Wan Zamri (anak 5 Satria) Bangkangan : Tiada 9.2 USUL 2: i. Sumbangan Tabung Kecemerlangan ii.Pecahan Sumbangan (Untuk Kegunaan Murid) Nota :Sumbangan tambahan untuk setiap kem akan dipungut mengikut kadar pakej kem Pembawa Usul :Pengurusan Sekolah (Pn. Rahani bt. Abdul Ghani) Cadangan usul sumbangan Tabung Kecemerlangan Tahun 2023/2024 dan pecahan sumbangan (untuk kegunaan murid) adalah seperti pada muka surat 59 buku pengurusan PIBG.


49 MINIT MESYUARAT PIBG KE-35 2023 9.2.1 En. Wan Zamri memohon penjelasan berkenaan perbezaan bayaran kertas A4 antara Yuran Sumbangan PIBG sebanyak RM 8 dan sumbangan tabung kecemerlangan sebanyak RM 10. 9.2.2 Tuan Pengetua menjelaskan kertas A4 sebanyak RM 8 di dalam Pecahan Yuran PIBG adalah untuk kegunaan semua murid, yang akan digunakan untuk mencetak kertas peperiksaan,edaran kertas modul, latihan serta nota di dalam kelas PdPC manakala kertas A4 sebanyak RM 10 di dalam pecahan Yuran Tabung Kecemerlangan adalah bertujuan kegunaan mencetak kertas edaran dan modul di dalam Kem Kecemerlangan Projek SPM seperti Kem “ Aku Nak Sijil” dan sebagainya.Duit yuran untuk kertas A4 ini hanya digunakan untuk menampung sejumlah kecil perbelanjaan kertas A4 yang akan digunakan oleh murid-murid berbanding sejumlah besar wang yang dibelanjakan oleh pihak pengurusan sekolah. 9.2.3 Diterima : Pn. Sarimah binti Raja Disokong : En Ahmad Mudzaffar (anak 1 Bijaksana ) Bangkangan : Tiada 9.3 USUL 3: Pembawa usul : Pn. Tuan Farida Dahnan bt Syed Jaafar 9.3.1 Pengetua menjelaskan makanan untuk murid murid yang akan menghadiri kelas tambahan telah pun disediakan oleh pihak kantin sekolah. Koperasi sekolah juga telah menyediakan bekalan roti untuk dijual kepada murid -murid pada waktu tersebut. 9.3.2 Tuan YDP Pibg Tuan Haji Mohamad Ariffin bin Wan Long menjelaskan mengenai isu harga makanan di kantin yang mahal. Beliau mencadangkan pihak pengurusan sekolah berbincang dengan pihak kantin untuk menyediakan 2 menu pilihan dengan harga yang berlainan iaitu menu rahmah dan menu biasa yang berkhasiat. Menu Rahmah menyediakan harga yang lebih murah seperti nasi lemak bungkus dan air sirap berharga sekitar RM2.50. Kantin. Cadangan kpada pihak kantin menyediakan makanan untuk anak anak yang akan menghadiri kelas tambahan. Mereka tidak perlu membeli makanan di luar sekolah


Click to View FlipBook Version