MODUL STEM
KANAK-KANAK
by Wan Eizza Nasuqha
a
biodat
nama: wan eizza nasuqha binti wan
azman
no.matrik: 3192001101
group: k46g2
program: diploma pendidikan
(pengajian prasekolah)
subjek: ecd3123 sains awal kanak-
kanak
nama pensyarah:
madam SATURIA BINTI AMIRUDDIN
Isi Kandungan
1.Pengenalan aktiviti
2.Objektif aktiviti, kepentingan
dan kelebihan aktiviti
3.Arahan dan Langkah (Lumba
kereta)
4.Cara membuat aktiviti (Lumba
kereta)
1
Aktiviti ini telah dinamakan sebagai "Race Car Road" iaitu permainan perlumbaan kereta. Aktiviti
ini dikhaskan untuk kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. Aktiviti ini melibatkan perkembangan
kognitif kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif , kreatif dan seronok. Aktiviti ini juga
adalah permainan fantasi yang sangat berkesan untuk kanak-kanak belajar dan mempraktikkan
kemahiran imaginasi mereka. Aktiviti ini dapat memberi peluang kebebasan untuk kanak-kanak
menggunakan imaginasi dan bahasa untuk menyatakan idea, konsep dan keinginan. Maria
Montesori telah membangunkan kurikulum berasaskan aktiviti bermain sambil belajar. Hal ini
demikian telah membuktikan bahawa kanak-kanak perlu bermain dan berhak menentukan sendiri
bagaimana mereka hendak bermain dan belajar. Aktiviti ini juga melibatkan aktiviti meniup (belon)
hal ini adalah penting bagi membantu kawalan pergerakkan otot dan sendi mulut supaya proses
pernafasan berjalan dengan lancar seiring dengan pertuturan untuk kanak-kanak. Meniup belon
adalah sebahagian daripada perkembangan motor halus yang penting bagi setiap individu.
Aktiviti ini telah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memupuk perkembangan bahasa,
kognitif, sosial, emosi dan fizikal.
Experiment
Experiment dalam aktiviti yang dijalankan ini adalah kanak-kanak dapat menekankan konsep
pembelajaran aktif kepada mereka. Aktiviti ini melibatkan Hands-on yang melibatkan kanak-kanak
secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak dapat belajar
memahami sesuatu konsep melalui aktiviti ini dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan dan
pergerakkan manipulatif yang memerlukan kanak-kanak mengawal pergerakkan anggota badan
dengan baik.
Explore
Kanak-kanak tersebut membuat explore melalui permainan fantasi yang berasaskan imaginasi
kanak-kanak. Kanak-kanak juga dapat mengubah idea mereka menjadi fantasi secara kreatif dan
menarik untuk membuat aktiviti tersebut dengan lebih seronok dan menarik perhatian untuk
meneroka kehidupan sekeliling mereka. Aktiviti ini juga dapat memberi pendekatan hands-on
dalam pengajaran sians dengan memberikan ruang dan peluang kanak-kanak dalam membina
kefahaman mereka sendiri. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran adalah
proses kanak-kanak membina pemahaman tentang perkara disekeliling mereka. Kanak-kanak akan
mula berinteraksi dengan orang sekelilingnya untuk mengetahui sesuatu yang ingin dipelajari.
Experience
Pengalaman yang kanak-kanak perolehi dalam aktiviti ini adalah dalam mencari idea kreatif yang
baru untuk input kedalam skema yang sedia ada. Pengalaman ini dapat membina kreativiti
seseorang individu semakin meningkat dan menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis,
analitis serta sistematik dalam membuat penalukan. Pengalaman kanak-kanak sangat penting
supaya mereka dapat meneliti kejadian alam sekeliling serta hubungan antara manusia dengan
sosiobudaya. 2
OBJEKTIF AKTIVITI
1. Kanak-kanak dapat menyatakan jenis-jenis kenderaan dijalan raya (kereta,
motosikal, bas dan lori) dengan betul.
2. Kanak-kanak dapat menggunakan otot-sendi mulut (motor halus) untuk meniup
belon dengan baik.
3. Kanak-kanak dapat membezakan pergerakkan jarak objek (laju dan perlahan)
apabila bahan (belon) dituip besar atau kecil (saiz belon/udara dalam belon)
KEPENTINGAN
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor halus yang melibatkan kemahiran
manipulatif otot-otot kecil seperti mengawal pergerakkan otot dan sendi mulut
untuk meniup belon bagi aktiviti lumba kereta ini. Aktiviti ini juga melibatkan kanak-
kanak menggunakan koordinasi mata-tangan dan pergerakkan manupilatif (mulut)
mereka untuk mengawal aktiviti lumba kereta.
Aktiviti ini juga adalah aktiviti permainan sosial iaitu kanak-kanak berinteraksi
antara satu sama lain, bertolak ansur dan memberi semangat kepada rakan-rakan
mereka.
KELEBIHAN
Aktiviti ini adalah sejenis permainan fantasi, jadi kelebihan bagi aktiviti permainan
ini berasaskan imaginasi kanak-kanak. Kanak-kanak akan dapat mempraktikkan
kemahiran imaginasi mereka melalui aktiviti ini. Kanak-kanak juga dapat mengubah
idea fantasi menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Kanak-kanak juga akan belajar mengikut peraturan dengan lebih disiplin. Aktiviti ini
dapat membantu kanak-kanak untuk memahami konsep-konsep peraturan dan
perlunya mematuhi undang-undang. Kanak-kanak dapat mematuhi peraturan
sosial melalui permainan yang memerlukan mereka mengikut peraturan. Contohnya
seperti aktiviti ini mempunyai peraturan seperti mengikut giliran bermain,
berdisiplin semasa bermain, bermain bersama-sama, setiap orang bermain dua
pusingan sahaja, jangan terlalu bising semasa bermain, dan lain-lain.
3
gunting kotak/kadboard lidi
penutup botol
BAHAN straw
AKTIVITI
gam UHU tape belon
4
5
Arahan
dan
Langkah
Aktiviti
1.Potongkan kotak/kadbod mengikut ukuran seperti di
dalam video. Kotak dipotong menjadi segi empat tepat
(kecil dan lebar).
2.Buat lubang ditepi kepingan kotak menggunakan dua lidi.
3.Selepas itu, masukkan straw dan lidi pada bahagian tepi
kepingan kotak.
4.Kemudian, buatkan lubang yang kecil pada bahagian
tengah penutup botol untuk dimasukkan ke dalam lidi dan
dijadikan sebagai roda kereta.
5.Seterusnya, ambil potongan kotak yang telah dipotong
segi empat sama dan cantumkan pada bahagian depan
dan belakang.
6.Ambil potongan kotak yang hendak diletakkan pada
bahagian belakang dan atas, potongkan kotak supaya
menjadi lubang untuk masukkan straw kedalamnya.
7.Balutkan belon pada straw.
8.Letakkan belon pada bahagian atas dan straw menghala
ke bawah (lubang kotak bahagian belakang)
9.Tiupkan belon untuk objek (kereta cipta) bergerak dan
berfungsi dengan baik.
6
7
https://youtu.be/pl740Y3nrBc