The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meyrahmeyrrr, 2022-04-23 04:05:24

Kisah Peperangan Tabuk

Pengajian Sirah PIMK3033

Perang Tabuk

Pengajian Sirah PIMK3033

Perang Tabuk

Perang Tabuk merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam Islam.
Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan skop peperangan terakhir
bagi Nabi Muhammad SAW. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab
ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu
adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu adalah
Tabuk yang merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh.

Sebab Berlakunya Perang

Empayar Rom merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat ketika itu dan selalu mencapai
kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah,
Maharaja Rom berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri
Arab. Mereka mendapat khabar bahawa sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula
meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang
wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita
berkenaan keinginan Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk
mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan
kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah. Walau bagaimanapun kaum
Muslimin perlulah bersiap sedia dalam menghadapi apa-apa propaganda dari musuh Islam.

Sebelum Peperangan

Kaum Islam telah membuat perancangan yang drastik dan berhati-hati. Mereka bersepakat sekiranya
Kerajaan Rom benar-benar bersedia berperang dengan mereka, kaum Muslimin berhasrat untuk
mengadakan pertempuran di luar kawasan suci kota Makkah dan Madinah. Akhirnya mereka bersedia
menentang musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Kaum Islam telah bersiap sedia
dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda. Pasukan besar ini telah dipimpin
oleh Rasulullah sendiri. Dikhabarkan tentera Rom pula telah dipimpin oleh Panglima Satria Hercules.
Berita persiapan peperangan itu telah mendapat reaksi besar daripada masyarakat Arab di bawah
pemerintahan Rasulullah. Seorang ketua kaum munafik Arab ketika itu yang bernama Abdullah bin Ubai
telah meminta keizinan kepada Rasulullah untuk menyertai peperangan.

Sebilangan dari kaum munafik tidak mahu menyertai peperangan dengan alasan cuaca yang
terlalu panas yang mampu melemahkan mereka. Pada mulanya Rasulullah bersetuju untuk
menerima permohanan Abdullah bin Ubai, namun Allah telah menegur perbuatan Rasulullah itu
dengan menurunkan firmannya dalam Al-Quran yang bermaksud: "Orang yang ditinggalkan
(tidak ikut ke medan perang) berasa gembira dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah
dan mereka tidak suka berjihad (menegakkan ajaran Allah) dengan harta dan jiwa mereka dalam
jalan Allah, dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat(pergi berperang)dalam panas terik
ini. Katakanlah (wahai Muhammad): Api neraka lebih panas, jika mereka mengetahui." (Surah At-
Taubah,ayat:81). Lalu Rasulullah tidak menerima permohonan kaum munafik untuk mengikuti
peperangan. Telah menjadi suatu kebiasan bagi kaum beriman, untuk menanggung perbelanjaan
perang dan membantu membantu modal kewangan masyarakat Islam bersama. Hartawan Islam
terulung iaitu Uthman bin Affan telah mendermakan sebanyak 1,000 dinar untuk menanggung
segala kos persiapan peperangan, kos senjata, ubat-ubatan dan makan serta minuman bagi
angkatan tentera Islam.

Menuju Ke Tabuk

Dalam perjalanan menuju ke Tabuk, orang Islam telah diuji oleh Allah
dengan kekurangan air dan cuaca yang terlalu panas. Tentera Islam
mengadukan hal ini kepada Muhammad Rasulullah, lalu sejurus itu Rasulullah
berdoa kepada Allah. Lalu Allah memakbulkan permintaan Rasulnya dengan
menurunkan hujan yang lebat sehinggakan orang Islam dapat minum dan
mandi dengan sepuas-puasnya.

Peristiwa di Tabuk

Sesampai angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersama angkatan tetera Islam telah
mengadakan 'perjanjian perdamaian' dengan penduduk di sekitar Tabuk, Rasulullah memberi jaminan
keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan
berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk)
yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah. Beliau sanggup
membayar jizyah. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik
oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap
kawasan di sekitar Tabuk.

Tujuan Rasulullah berbuat demikian bukan untuk memonopoli
kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka.
Tetapi Rasulullah berbuat demikian untuk menguatkan benteng
perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah
Islamiyah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan
sempadan Syam sebagai pangkalan perang. Akhirnya semua kabilah
Arab di Tabuk menerima tawaran Rasul itu dengan tangan terbuka.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version