SESI II 2022/2023 Kursus COOPERATIVE LEARNING Kod MED7033 Topik ELEMEN-ELEMEN KEJAYAAN SESEBUAH PEMBELAJARAN KOPERATIF YANG DILAKSANAKAN: ULASAN TINJAUAN LITERATUR Tarikh 28 APRIL 2023 Nama MUHAMMAD BIN HARUN S22201012 Program MOE FAKULTI PENDIDIKAN PENSYARAH : DR HAIZA HAYATI BAHARUDIN TAJUK ULASAN ARTIKEL ELEMEN-ELEMEN KEJAYAAN SESEBUAH PEMBELAJARAN KOPERATIF YANG DILAKSANAKAN: ULASAN TINJAUAN LITERATUR
SESI II 2022/2023 ELEMEN-ELEMEN KEJAYAAN SESEBUAH PEMBELAJARAN KOPERATIF YANG DILAKSANAKAN: ULASAN TINJAUAN LITERATUR MUHAMMAD BIN HARUN 28 April 2023 ABSTRAK Pembelajaran koperatif merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid, manakala guru bertindak sebagai pembimbing, fasilitator dan motivator kepada pelajar dalam mencapai suatu objektif pembelajaran. Guru hendaklah mempunyai tekad yang tinggi dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya obkjektif benar-benar dapat dicapai. Terdapat beberapa elemen-elemen penting yang mesti dilihat dalam pembelajaran koperatif bagi mencapai kejayaan pelajar seperti saling pergantungan secara positif, akauntabiliti individu, interaksi kumpulan dan kemahiran sosial. Elemen-elemen penting tersebut sekiranya dijalankan dengan bersunggu-sungguh dengan Kerjasama antara pelajar serta interaksi yang baik untuk mencapai suatu matlamat pembelajaran nescaya akan membuahkan natijah yang positif .Daripada beberapa kajian menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif sangat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Oleh yang demikian, kajian lanjutan tentang keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap motivasi perlu dilakukan dengan menggunakan lebih banyak lagi artikel dan sampel kajian dalam penelitian meta analisis supaya data yang diperoleh lebih luas, lengkap dan lebih tepat. Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Kaedah Alternatif, Pembelajaran Koperatif
SESI II 2022/2023 PENDAHULUAN Menurut Effandi Zakaria (1998), Strategi pembelajaran yang melibatkan kumpulan kecil dimana para pelajar saling membantu antara satu sama lain adalah merupakan pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif ini boleh dilihat apabila berlaku seperti perkongsian idea antara pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan dimana mereka saling memberi pendapat masing-masing dan mereka cuba mencari suatu resolusi yang mantap, terbaik di dalam sesuatu isu. Manakala guru berfungsi sebagai penilai pada masa itu dapat melihat dan mentaksir pelajar mereka berdasarkan kerja berkumpulan bagi menjayakan tugasan yang telah diberikan kepada pelajar mereka. Ahli kumpulan dalam pembelajaran koperatif biasanya melibatkan empat hingga enam orang pelajar dalam satu kumpulan. Biasanya ahli kumpulan ini berkekalan sehingga suatu tempoh masa tertentu seperti beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992). Dalam kaedah pembelajaran koperatif semua pelajar perlu bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan mereka dalam sebuah kumpulan disamping pembelajaran mereka sendiri. Disamping idea tolong-menolong, kaedah ini juga menekankan aspek matlamat pasukan dan kejayaan pasukan haruslah diutamakan, apabila semua ahli memainkan peranan serta komitmen maka matlamat akan dapat dicapai secara bersama (Slavin, 1990). Mengikut Johnson & Johson (1985) pembelajaran koperatif adalah mempunyai ciri-ciri atau elemen-elemen kejayaan iaitu saling pergantungan secara positif, akauntabiliti individu, interaksi kumpulan dan kemahiran sosial. LATAR BELAKANG KAJIAN Bermula tahun 2019, pihak KPM telah memansuhkan system pengasingan kelas, sekolah kawalan serta kaedah peperiksaan bagi murid tahap satu iaitu tahun 1 hingga tahun 3 telah dilakukan sepenuhnya (KPM, 2018). Pemansuhan ini adalah bagi penyediaan murid terhadap pembelajaran abad ke-21 (Zainudin Mohd Zaki, et al., 2015). Oleh kerana latar belakang murid yang pelbagai tahap maka seorang seharusnya menyesuaikan kaedah pembelajaran supaya objektif pdp benar-benar
SESI II 2022/2023 tercapai. Adapun kepelbagaian kaedah pengajaran adalah untuk memudahkan murid memahami perkara dan kandungan mata pelajaran mengikut kesesuaian murid sekaligus melonjakkan lagi semangat motivasi murid serta fokus terhadap pelajaran tersebut Yin et al (2020. Menurut KPM (2015), pembelajaran koperatif (PK) berhubungan dengan kerja dalam bentuk berpasukan serta saling membantu secara positif dan tanggungjawab bagi menentukan kejayaan diri dan kumpulannya. Manakala guru sebagai fasilitator akan meminimumkan campur tangan guru semasa tugasan kumpulan dilaksanakan. Setiap murid diberi kepercayaan sepenuhnya oleh guru dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Sikap saling bantu-membantu di kalangan ahli kumpulan akan melahirkan jati diri yang tinggi disamping meningkatkan motivasi dan semangat pada setiap ahlinya (Darmawan, 2018; Ng, 2017 dan Namaziandost et al., 2019). Oleh itu, ulasan arikel ini adalah berfokus kepada elemen-elemen kejayaan dalam pembelajaran koperatif yang dilaksanakan. TINJAUAN LITERATUR Menurut safura Ahmad Sabri et al (2022) pembelajaran secara STEM boleh melahirkan pelajar yang kreatif, sistematik dan logik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri mempunyai bilangan rujukan yang paling dominan diikuti dengan pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif. Kerangka konseptual pendekatan STEM dibangunkan berdasarkan pendekatan yang kerap kali digunakan dalam kajian lepas iaitu pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif. Justeru, penyelidikan lanjutan diperlukan untuk meneliti sama ada pembelajaran koperatif boleh dimasukkan dalam kerangka konseptual yang dibangunkan. Menurut Ummi Solehah Hamzah & Nurfaradilla Mohamad Nasri (2020) menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid secara aktif dan peranan guru hanya sebagai pembimbing, fasilitator dan memberi dorongan kepada pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Dapatan menunjukkan, mepembelajaran koperatif lebih berjaya meningkatkan motivasi murid berbanding kaedah tradisonal.
SESI II 2022/2023 Menurut Mohd. Sahrul Nizam Sahidin & Muhamad Suhaimi Taat (2020) Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh pembelajaran koperatif kemahiran 4k (komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreatif) pelajar dan penggunaan media digital oleh guru terhadap sikap akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan media digital oleh guru berada pada tahap sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan media digital oleh guru antara pelajar lelaki dan perempuan. Terdapat juga hubungan yang signifikan tetapi lemah antara penggunaan media digital oleh guru dengan sikap akademik pelajar. Implikasi dan cadangan lanjut turut dibincangkan. Manakal menurut Noranita Sarifuddin & Anuar Ahmad. (2023) kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran koperatif menggunakan kaedah Jigsaw II dalam penulisan esei Sejarah murid di peringkat sekolah menengah atas yang melibatkan empat kelas yang melibatkan 51 orang murid. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti persepsi murid terhadap penggunaan kaedah Jigsaw II dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di dalam kelas. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kaedah Jigsaw II dapat meningkatkan pencapaian penulisan esei Sejarah murid melalui Ujian PraPos yang dijalankan. Dapatan kajian juga menunjukkan keempat-empat skor sikap murid terhadap penggunaan kaedah Jigsaw II dalam penulisan esei Sejarah dari aspek kaedah Jigsaw mudah difahami, membantu murid dalam penulisan esei, memupuk nilai kerjasama dan komunikasi antara murid adalah berada pada tahap yang tinggi melalui analisis deskriptif yang menggunakan borang soal selidik. Kajian ini juga menyatakan implikasi serta mencadangkan beberapa cadangan sebagai panduan untuk pengkaji masa hadapan untuk melaksanakan kaedah Jigsaw II dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Seterusnya Safura Ahmad Sabri et al (2022) menyatakan bahawa Kemahiran kerja berpasukan merupakan antara elemen terpenting yang menjadi pelengkap kepada kemahiran insaniah dalam menghasilkan individu yang kompeten dan berkualiti serta seimbang daripada sudut akademik mahupun interpersonal. Perkara ini telah lama diperkatakan dan masih memerlukan proses penambahbaikan bagi
SESI II 2022/2023 mengatasi isu kebolehpasaran dan pengangguran dalam kalangan pelajar khususnya yang baru menamatkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi. Maka tidak hairanlah apabila perkara ini sering mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang berperanan dalam menghasilkan pelajar atau modal insan yang berpotensi dilengkapi dengan kemahiran insaniah bagi memenuhi pasaran semasa menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan, antaranya melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Justeru, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar serta menentukan hubungan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Seramai 170 orang responden telah dipilih dalam kalangan pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Muamalah, KUIS. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran bekerja secara berpasukan pelajar berada pada tahap yang tinggi serta terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar. Ini membuktikan bahawa kaedah pembelajaran koperatif mampu mendorong pelajar dalam pelajaran iaitu seiring dengan kemahiran bekerja secara berpasukan pelajar kerana terdapat perbincangan dan kerjasama antara pelajar. DAPATAN KAJIAN Jadual 1 : Analisis lima buah artikel adalah seperti di bawah:- Pengkaji (tahun) Tajuk Artikel Dapatan kajian Ulasan kekuatan kelemahan Safura Ahmad Sabri et al (2022) Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Sorotan Literatur Bersistematik (SLR) Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri mempunyai bilangan 1.pendekatan STEM ini sangat berkesan kerana melibatkan aktiviti-aktiviti berpasukan dan menggalakkan inkuari di
SESI II 2022/2023 rujukan yang paling dominan diikuti dengan pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif kalangan pelajar. Ummi Salehah Hamzah & Nurfaradill a Mohamad Nasri (2020) KAJIAN META ANALISIS: KEBERKESAN AN PEMBELAJARA N KOPERATIF TERHADAP MOTIVASI PEMBELAJARA N MURId Dapatan menunjukkan, mepembelajar an koperatif lebih berjaya meningkatkan motivasi murid berbanding kaedah tradisonal 1.Dapatan daripada artikel ini sangat sangat tepat dan mampu menanam semangat para pelajar untuk belajar jika dibandingkan dengan kaedah tradisional Mohd. Sahrul Nizam Sahidin & Muhamad Suhaimi Taat (2020) Pembelajaran Koperatif Kemahiran 4K dan Penggunaan Media Digital Terhadap Sikap Akademik Pelajar Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan media digital oleh guru berada pada Kajian ini hanya fokus terhadap mata pelajaran sejarah bagi murid atau pelajar bagi Kawasan bandar serta mempunyai status pendapatan yang tinggi tanpa melihat
S ESI II 2022/2023 tahap sederhana murid di Kawasan luar bandar yang miskin serta tidak mampu memiliki alat komunikasi seperti telefon pntar, computer dan sebagainya. Noranita Sarifuddin & Anuar Ahmad. (2023) Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kaedah Jigsaw II dalam Penulisan Esei Sejarah Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kaedah Jigsaw II dapat meningkatkan pencapaian penulisan esei Sejarah murid melalui Ujian PraPos yang dijalankan. Dapatan kajian juga menunjukkan keempat - empat skor sikap murid terhadap penggunaan Artikel ini hanya menyataka n factor guru sebagai asbab utama pelajar tidak berminat dalam penulisan esei sejarah sedangkan penulis tidak melihat aspek pelajar itu sendiri yang tidak mengangg ap sejarah sebagai subjek penting.
SESI II 2022/2023 kaedah Jigsaw II dalam penulisan esei Sejarah dari aspek kaedah Jigsaw mudah difahami, membantu murid dalam penulisan esei, memupuk nilai kerjasama dan komunikasi antara murid adalah berada pada tahap yang tinggi melalui analisis deskriptif yang menggunakan borang soal selidik. Safura Ahmad Sabri et al (2022) Hubungan di antara Kaedah Pembelajaran Koperatif dengan Kemahiran Bekerja Secara Berpasukan dalam Kalangan Pelajar KUIS Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran bekerja secara berpasukan pelajar berada pada tahap yang tinggi serta terdapat 1.kajian ini sangat baik kerana jumlah sempel seramai 170 orang adalah tepat serta munasaba h dan menyakink an hasil kajian.
SESI II 2022/2023 hubungan yang positif dan signifikan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar. PERBINCANGAN Berdasarkan kepada jadual 1 menunjukkan lima buah artikel berkaitan kajiankajian yang telah dilakukan bersangkutan pembelajaran koperatif di Malaysia. Menurut Safura Ahmad Sabri et al (2022) mengenai Pendekatan STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sorotan: Literatur Bersistematik (SLR) menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri mempunyai bilangan rujukan yang paling dominan diikuti dengan pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran pelbagai mod, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran koperatif. pada pandangan penulis pendekatan STEM ini sangat berkesan kerana melibatkan aktivitiaktiviti berpasukan dan menggalakkan inkuari di kalangan pelajar semasa pembelajaran. Para pelajar lebih mudah memahami dengan jelas mengenai tajuk yang dielajari. disamping itu, pembelajaran secara inkuiri juga pelajar lebih akauntabiliti dengan pembelajaran kerana pelajar perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan mengenai tajuk yang dipelajari yang memerlukan perbincangan , kerja kumpulan dan
SESI II 2022/2023 lain-lain dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. (KAMARUDDIN, Ma Hamsiatus Sadiah; MOHD TAHIR, Rabahyah, 2022), Menurut Ummi Salehah Hamzah & Nurfaradilla Mohamad Nasri (2020) Kajian Meta Analisis: Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Motivasi Pembelajaran Murid dimana dapatan daripada artikel ini sangat sangat tepat dan mampu menanam semangat para pelajar untuk belajar jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Oleh itu penulis berpendapat dengan motivasi yang tinggi mampu meningkatkan daya pemikiran yang krtikal dalam penyelesaian masalah yang hendak diselesaikan dalam kumpulan pelajar tersebut. Lantaran itu, motivasi amat mustahak bagi melahirkan modal insan yang hebat selaras dengan hasrat kerajaan yang memperkenalkan Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang menerapkan kemahiran berfikir secara kritis telah diimplementasi dalam pentaksiran di sekolah merupakan yang menjadi tumpuan utama perubahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Malaysia memerlukan generasi berpendidikan tinggi yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis pada masa hadapan bagi mencapai hasrat melahirkan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif (Marlina dan Shaharom, 2006). Seterusnya kajian oleh Mohd. Sahrul Nizam Sahidin & Muhamad Suhaimi Taat (2020) mengenai Pembelajaran Koperatif Kemahiran 4K dan Penggunaan Media Digital Terhadap Sikap Akademik Pelajar mendapati hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran bekerja secara berpasukan pelajar berada pada tahap yang tinggi serta terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam kalangan pelajar. Walaupun dapatan ini menunjukkan hubungan yang positif namun Kajian ini hanya fokus terhadap mata pelajaran sejarah bagi murid atau pelajar bagi Kawasan bandar serta mempunyai status pendapatan yang tinggi tanpa melihat murid di Kawasan luar bandar yang miskin serta tidak mampu memiliki alat komunikasi seperti telefon pntar, computer dan sebagainya. Akses pembelajaran yang tidak seimbang adalah sesuatu yang perlu diberi penekanan utama, kajian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap 670 000 ibu bapa dan 900 000 orang pelajar mendapati bahawa hanya enam peratus memiliki komputer peribadi, 5.76 peratus memiliki tablet, sembilan peratus memiliki komputer riba dan 46 peratus
SESI II 2022/2023 memiliki telefon pintar manakala 36.9 peratus tidak memiliki sebarang (Azizi, 2020). Hakikatnya, hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa isu ketidakseimbangan dalam akses kepada pembelajaran atas talian ini perlu diberi perhatian utama dan memberikan cabaran terhadap pelbagai pihak dalam merangka pelan pembangunan pembelajaran yang lebih efektif dan efisien Abdul Aziz Ishak & Aida Zuraina Mir Ahmad Talaat1 (2020). Oleh itu salah satu elemen penting dalam pembelajaran koperatif adalah dapat menggalakkan interaksi antara pelajar tidak dapat dicapai berasaskan kepada masalah seperti yang dinyatakan di atas. Di samping itu, kajian oleh Noranita Sarifuddin & Anuar Ahmad. (2023) mengenai Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kaedah Jigsaw II dalam Penulisan Esei Sejarah di mana dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif dengan menggunakan kaedah Jigsaw II dapat meningkatkan pencapaian penulisan esei Sejarah murid melalui Ujian PraPos yang dijalankan. Manakala dapatan kedua kajian juga menunjukkan keempat-empat skor sikap murid terhadap penggunaan kaedah Jigsaw II dalam penulisan esei Sejarah dari aspek kaedah Jigsaw mudah difahami, membantu murid dalam penulisan esei, memupuk nilai kerjasama dan komunikasi antara murid adalah berada pada tahap yang tinggi melalui analisis deskriptif yang menggunakan borang soal selidik. Menurut penulis, artikel ini hanya menyatakan faktor guru sebagai asbab utama pelajar tidak berminat dalam penulisan esei sejarah sedangkan penulis tidak melihat aspek pelajar itu sendiri yang tidak termotivasi serta menganggap sejarah sebagai matapelajaran tidak penting. Walaupun guru sudah mengubahkan kaedah pengajaran koperatif namun murid yang tidak berminat serta tidak mempunyai motivasi yang tinggi menyebabkan kaedah ini gagal untuk dilaksanakan. Oleh itu, motivasi serta minat murid hendaklah menjadi focus utama kajian sebelum kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan( Yulia, D. (2016). Seterusnya Safura Ahmad Sabri et al (2022) dalam kajiannya berkaitan Hubungan di antara Kaedah Pembelajaran Koperatif dengan Kemahiran Bekerja Secara Berpasukan dalam Kalangan Pelajar KUIS telah mendapati hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran bekerja secara berpasukan pelajar berada pada tahap yang tinggi serta terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara kaedah pembelajaran koperatif dengan kemahiran bekerja secara berpasukan dalam
SESI II 2022/2023 kalangan pelajar. Penulis berpendapat kajian ini sangat baik kerana jumlah sempel seramai 170 orang adalah tepat serta munasabah dan menyakinkan hasil kajian. KESIMPULAN Berdasarkan kepada semua artikel yang diulas di atas penulis ingin membuat kesimpulan bahawa terdapat beberapa elemen penting yang mendasari keberkesanan dan kejayaan pembelajaran koperatif. Antara kunci kejayaan pembelajaran koperatif adalah saling kerja berpasukan antara ahli kumpulan dapat membuahkan hasil yang positif. Antara lain semua ahli kumpulan hendaklah memberikan Kerjasama dan guru hendaklah memberikan arahan yang jelas supaya para pelajar dapat menjalankan tugas dengan berkesan. kerja berpasukan merupakan antara elemen terpenting yang menjadi pelengkap kepada kemahiran insaniah dalam menghasilkan individu yang kompeten dan berkualiti serta seimbang daripada sudut akademik mahupun interpersonal. Berdasarkan elemen-elemen di atas , dapatlah disimpulkan bahawa pembelajaran koperatif yang efektif memerlukan interaksi antara pelajar yang baik, tugas yang jelas, pembahagian tugas yang seimbang supaya tidak ada pelajar yang ambil kesempatan dan sebagainya. Dengan memoptimumkan elemen-elemen ini, pembelajaran koperatif menjadi metod pembelajaran yang efektif dan Berjaya serta menyenangkan para pelajar.
SESI II 2022/2023 RUJUKAN 1. Koperatif, C. C. P. PEMBELAJARAN KOPERATIF. 2. Sharan, S. (1980). Cooperative learning in small groups: Recent methods and effects on achievement, attitudes, and ethnic relations. Review of educational research, 50(2), 241-271. 3. Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1987). Learning together and alone: Cooperative, competitive, and individualistic learning. Prentice-Hall, Inc. 4. Noranita Sarifuddin & Anuar Ahmad. (2023). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Menggunakan Kaedah Jigsaw II dalam Penulisan Esei Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002030. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2030 5. Shanmugam, K., & Balakrishnan, B. (2018). Kerangka Panduan Efektif Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Sains Menggunakan Information Communication Technology (ICT) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK)(TAML). Sains Humanika, 10(1). 6. Saleh, S., & Halim, A. D. A. (2015). Analisis Kecenderungan Penggunaan Otak, Pencapaian Fizik dan Motivasi Belajar Fizik Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 5(1), 103-116. 7. Ishak, A. A., & Talaat, A. Z. M. A. (2020). Pembelajaran atas talian: tinjauan terhadap kesediaan dan motivasi dalam kalangan pelajar Diploma logistik dan pengurusan rantaian bekalan, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(4), 68-82. 8. Yulia, D. (2016). Pengaruh penggunaan media interaktif dan motivasi terhadap hasil belajar sejarah siswa sma negeri i gunung talang. Jurnal Dimensi, 2(2). 9. KAMARUDDIN, Ma Hamsiatus Sadiah; MOHD TAHIR, Rabahyah. Pembelajaran Berasaskan Inkuiri Menggunakan Model 5E dalam Kursus Pengurusan Pusat Sumber : Kekuatan dan Cabaran. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 1, p. 428-435, may 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/18015>. Date accessed: 25 apr. 2023.