ADAB DAN NILAI MENJANA KEPIMPINAN MADANI KEMENTERIAN PENDIDIKANE 18-19 d APR i IL s 20 i 24 3 / 10-11 SYAWAL 1445H e-Buletin KEM Generasi Madani ADAB DAN NILAI MENJANA KEPIMPINAN MADANI
e-buletin Kem Generasi Madani ISI KANDUNGAN Kajian Lapangan: Alam Sekitar Majlis Penutupan SIDANG REDAKSI PENAUNG Tuan Nor Iskandar bin Muhammad PENASIHAT En. Mohd Sophian bin Ismail PENYELARAS En. Rumaja bin Sarmin EDITOR Cik Siti Suhaila binti Ibrahim Pn. Siti Khajar binti Kamil PENGARANG & REKA BENTUK Cik Siti Suhaila binti Ibrahim CETAKAN DAN MULTIMEDIA En. Zool hilmi bin Mohd Fazil En. Fakhruddin bin Hassan JURUFOTO En. Muhammad Hanif bin Ibrahim En. Muhamad Azizul Hakim bin Mohd. Zain En. Shahrul Hanifi bin Shahrul Yusri En. Mohd lutfi bin jalal asnawi En. Muhammad Saufi bin Mohd. Zin En. Zulnasri bin Manan 1 5 7 8 12 13 14 Komentar Duta MADANI Kajian Lapangan: Patriotik Kajian Lapangan: Kebudayaan Kajian Lapangan: Ekonomi Bicara KPPM: Pengarah BSKK Slot Refleksi Lensa 15 16 17 Warkah Pelancar
Kajian Lapangan : Alam Sekitar e-buletin Kem Generasi Madani Taman Rekreasi Ulu Bendul merupakan lokasi strategik dipilih untuk Duta MADANI menjalankan kajian lapangan. Melalui kajian ini, Duta MADANI melaksanakan sesi kajian kepada 3 aspek, iaitu Kelemahan, Kekuatan dan Cadangan Penambahbaikan. Sesi temu ramah kepada pekerja kebersihan di lokasi tersebut juga memberikan impak yang kuat untuk Duta MADANI mempromosikan tarikan eko-pelancongan di sini. Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan 1
e-buletin Kem Generasi Madani 2
e-buletin Kem Generasi Madani 3 Kajian Lapangan : Alam Sekitar Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah, Negeri Sembilan Tok Ali, Ketua Kampung MPKK Kuala Parit, Terachi telah menyampaikan taklimat kepada seramai 50 orang Duta MADANI. Perkampungan budaya berkenaan dikenali orang ramai seperti aktiviti penanaman padi pulut yang dikenali sebagai 'Padi Pulut Seri Menanti' (satu tapak) dan padi biasa (tujuh tapak) yang akan diusahakan penduduk tempatan dan menjadi sumber pendapatan mereka. Sesi temu ramah juga dilaksanakan oleh Duta MADANI untuk mereka mengenali Perkampungan Budaya Terachi dengan lebih lanjut dari aspek makanan. Di sini, pengunjung boleh menikmati makanan tradisonal Kuala Pilah di samping lokasi ini juga menjadi satu-satunya tempat khusus untuk aktiviti 'mengoca' dan bola sepak sawah.
e-buletin Kem Generasi Madani 4
Kajian Lapangan : Patriotik e-buletin Kem Generasi Madani 5 15 RAMD, Kem Senawang, Negeri Sembilan Memetik kata-kata hikmat daripada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, "...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan adalah dikehendaki untuk mendapatkannya itu, iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.” Oleh yang demikian, seramai 44 orang Duta MADANI terpilih untuk melaksanakan Kajian Lapangan di Kem 15 RAMD. Di samping penerapan nilai patriotisme, Duta MADANI juga diberikan pendedahan untuk melihat secara dekat aset persenjataan dan juga kehidupan sebagai seorang tentera semasa bertugas di perbatasan negara. Demonstrasi Solat di Medan yang diselaraskan oleh Sel Agama Pasukan menjadi kemuncak kepada kepuasan Duta MADANI untuk melihat secara langsung penerapan konsep syariah Islam dalam jiwa seseorang pejuang.
e-buletin Kem Generasi Madani 6
e-buletin Kem Generasi Madani 7 Kajian Lapangan : Kebudayaan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti En. Mohd Rizal Othman, Penolong Kurator Unit Muzium Diraja Seri Menanti menyampaikan sesi taklimat kepada Duta MADANI yang terpilih untuk melaksanakan Kajian Lapangan bertemakan kebudayaan. Istana yang unik diperbuat daripada kayu ini telah dibina pada tahun 1902. Nilai ukiran dan keunikan seni bina istana ini menjadikannya masih kukuh sehingga kini di samping penjagaan rapi dari semasa ke semasa oleh pihak muzium. Duta MADANI juga dibawa masuk ke dalam Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti ini untuk meninjau dan menghayati keunikan yang terdapat di dalamnya seperti Balai Rong Seri, Balai Raja Muda, Bilik Beradu dan Ruang Santapan.
e-buletin Kem Generasi Madani 8 Kajian Lapangan : Ekonomi KoopMasPJ - Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya Seremban Bhd Paroi, Negeri Sembilan Koperasi Kariah Masjid Paroi Jaya yang bermisikan membantu menaiktarafkan ekonomi anggota-anggota dan keluarga koperasi merupakan sebuah hasrat yang sangat efektif. Duta MADANI telah diberikan taklimat mengenai sejarah penubuhan koperasi ini dan pencapaian yang diterima semenjak awal penubuhannya.
e-buletin Kem Generasi Madani 9
Kajian Lapangan : Ekonomi Terachi, Negeri Sembilan e-buletin Kem Generasi Madani 10 Daging Salai merupakan ikonik untuk Daerah Kuala Pilah serta Negeri Sembilan yang terkenal dengan masakan lemak cili padi daging salai. Produk salai seperti ikan sembilang, ayam, itik serta daging lembu dijual dengan harga berpatutan. Duta MADANI juga diberikan pendedahan mengenai teknik menyalai, anggaran pendapatan yang diterima oleh para peniaga, kekuatan serta kelemahan yang perlu para pengusaha membuat penambahbaikan. Menerusi kajian ini juga, Duta MADANI berkesempatan untuk merasai lemang yang dibakar oleh peniaga di gerai daging salai. Selain dapat menikmati juadah, Duta MADANI juga memperoleh nasihat dan tunjuk ajar daripada para peniaga untuk sentiasa cekal dalam menempuh cabaran kehidupan.
e-buletin Kem Generasi Madani 11
Bicara KPPM: Pengarah BSKK e-buletin Kem Generasi Madani “Sekolah umpama bahtera dalam pelayaran.”- Pengarah BSKK Segmen Bicara KPPM yang disampaikan oleh En. Zainuren bin Hj. Mohd Nor selaku Pengarah BSKK (Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian) memberikan pendedahan kepada para Duta MADANI untuk melaksanakan Karamah Insaniah seperti Akhlak, Adab dan Integriti dalam menjalankan tanggungjawab memegang sesebuah jawatan di sekolah mahupun di peringkat tertinggi pada suatu masa nanti. Kompetensi, Pengetahuan, Kemahiran, Pengalaman dan Adab merupakan tunjang terpenting dalam mengukuhkan sesebuah organisasi. Encik Zainuren bin Hj. Mohd. Nor Pengarah BSKK 12
Slot Refleksi e-buletin Kem Generasi Madani “Dalam berorganisasi, jangan hanya mementingkan diri sendiri”- wakil Duta MADANI. Modul Negara Impian yang dilaksanakan dalam modul ini telah membina kemahiran berkomunikasi dan penyelesaian masalah dalam diri setiap Duta MADANI. Melalui modul ini juga, bekehendakan kepimpinan sekolah ini untuk memikir secara kreatif dan kritis. Saudara Muhammad Syamil Bin Omar Ketua Fasilitator PKPIM 13
Majlis Penutupan e-buletin Kem Generasi Madani “Social Interaction sangat penting yang perlu kalian lakukan dan memegang konsep Ummah dalam organisasi di sekolah.”- Pengarah Pendidikan JPNNS Beliau juga menyampaikan ucapan sekalung penghargaan dan tahniah buat semua Duta MADANI, semua fasilitator yang terlibat, dan sekolah pengelola, iaitu SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, semua jawatankuasa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada akhir ucapan beliau, beliau menyampaikan amanat kepada Duta MADANI untuk menggunakan platform yang baik dan tepat supaya dapat menyerlahkan dan mengasah lagi gaya kepimpinan mereka pada masa akan datang. Y.Bhg. Dato' Dr. Haji Roslan Bin Hussin Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan 14
e-buletin Kem Generasi Madani Komentar Duta MADANI Dalam program kem GenMADANI ini, saya dapat mempelajari kaedah untuk memimpin dengan betul. Pembelajaran dari segi menjadi lebih berani dalam memimpin sesuatu organisasi dengan lebih berkesan. Saya lebih seronok menjalankan aktiviti ‘outdoor’ terutamanya kajian lapangan kerana dapat mengenali tempat baharu. Saya juga mendapat ilmu pengetahuan baharu dalam perkongsian Hadis 40 sewaktu kuliah Subuh. Nur Amirah Wadriesyah Binti Mohammad Shah Rizal SMK Agama Limbang Sarawak Fasilitator memberi layanan yang mesra dan baik dengan peserta generasi.MADANI. Saya juga begitu tertarik dengan aktiviti sukan kerana dapat berkenalan dengan rakan baharu. Di sini juga dapat belajar ilmu baharu seperti belajar budaya daripada sekolah lain di seluruh Malaysia. Impaknya, dapat membantu sekolah lain untuk meningkatkan pengurusan disiplin antara pelajar. Penambahbaikan daripada saya ialah pengurusan masa pergerakan peserta hendaklah diperbaiki. Rabiyatul Adawiyah binti Dhiaurrahman SMK Agama Saratok Sarawak 15
e-buletin Kem Generasi Madani Lensa 16
e-buletin Kem Generasi Madani Warkah Pelancar 17
KEMENTERIAN PENDIDIKAN Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia Jabatan Pendidikan seluruh Malaysia Pengetua-Pengetua SMKA seluruh Malaysia Barisan Jawatankuasa, Urusetia dan Jurulatih Penggerak Madani Negeri Sembilan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Semua Peserta Kem Generasi Madani Pemimpin Murid SMKA Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 KEMENTERIAN PENDIDIKANP SEKALUNG PENGHARGAAN DAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH ENGHARGAAN