The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by penyelidikjksnk, 2021-07-24 07:28:52

TOKOH SUKAN oleh Aina Safiya

TOKOH SUKAN oleh Aina Safiya

Buku Skrap bertajuk

TOKOH SUKAN YANG SAYA KAGUMI

Disediakan oleh : Aina Safiya binti Faizal Azli

Kelas : 6 Berlian

Mata pelajaran : Sejarah

Nama Guru : Puan Noor Aziraniza binti Aziz

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT
3
1. PENGHARGAAN 4

2. TOKOH –TOKOH YANG DISEGANI 5-8
2. 1 DATUK NICOL DAVID
2. 2 DATUK AZIZULHASNI AWANG 9 - 12

3. DATUK NICOL DAVID 13 - 16
3.1 BIODATA TOKOH
3.2 KEJAYAAN AKADEMIK
3.3 PENCAPAIAN DALAM SUKAN YANG DICEBURI

4. DATUK AZIZULHASNI AWANG
4.1 BIODATA TOKOH
4.2 KEJAYAAN AKADEMIK
4.3 PENCAPAIAN DALAM SUKAN YANG DICEBURI

5. RUMUSAN
5.1 PANDANGAN TERHADAP TOKOH
5.2 SIKAP TOKOH YANG WAJAR DICONTOHI

6. RUJUKAN DAN LAMPIRAN 17 - 18
2 / 18

1. PENGHARGAAN

Saya Aina Safiya binti Faizal Azli dari kelas 6 Berlian ingin
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan
kerja sejarah ini .

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
kedua ibu bapa iaitu Encik Faizal Azli dan Puan Azlina yang
telah memberi saya dorongan dan bantuan serta memberikan
buah fikiran untuk menjalankan kajian ini .

Kedua, jutaan terima kasih diucapkan kepada guru sejarah
saya iaitu Cikgu Noor Aziraniza yang telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja
sejarah ini .

Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan –
rakan kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang
kajian ini dilaksanakan dan disiapkan .

3 / 18

2. TOKOH-TOKOH YANG DISEGANI

Ramai ahli sukan di Malaysia yang telah berjaya di dalam bidang
masing-masing. Mereka telah berusaha keras dan menempuh
pelbagai halangan demi mengharumkan nama negara di persada
dunia.

Dalam buku skrap ini, saya memilih dua orang tokoh sukan negara
yang amat dikagumi untuk kita kenali dengan lebih dekat. Mereka adalah
Datuk Nicol Ann David dan Datuk Azizul Hasni Awang.

Nicol Ann David (Ratu Skuasy Negara)

Azizul Hasni Awang (The Rocketpocketman)

4 / 18

3. DATUK NICOL ANN DAVID

3.1 BIODATA

NAMA PENUH GELARAN
Datuk Nicol Ann David Ratu Skuasy Negara

LAHIR NAMA BAPA
26 Ogos 1983 Desmod David

KETURUNAN NAMA IBU
Kacukan Cina dan India Ann Marie David

ADIK-BERADIK AGAMA
2 orang (Lianne dan Chery) Kristian

KETINGGIAN ASAL
163CM Pulau Pinang

5 / 18

Mula bermain skuasy seawal 5 tahun

Menjadi pemain profesional / menyertai Persatuan Skuasy
Profesional (PSA) pada tahun 2000
Mengumumkan persaraan pada Jun, 2019

3.2 KEJAYAAN AKADEMIK

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Green Lane.

Meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent
Lane di Green Lane, Pulau Pinang.
Mendapat kejayaan 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)
dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3.3 PENCAPAIAN DALAM SUKAN YANG
DICEBURI

PENCAPAIAN Nicol merupakan juara
ANTARABANGSA: remaja dunia termuda
apabila beliau memenang
8 Kali Juara Dunia Kejohanan Skuasy Remaja
3 Pingat Emas Sukan Dunia Dunia 1999 di Antwerp,
Belgium pada umur 15 tahun.
5 Emas Sukan Asia
2 Emas Sukan Komanwel Dianugerahkan atlet
2 Gelaran Terbuka British
terunggu sepanjang zaman

pada 31 Januari 2021 oleh

Sukan Dunia kerana menjadi

pemain no. 1 dunia

sepanjang 9 tahun berturut-

turut.

6 / 18

ANUGERAH peribadi :

9 Sept 2017 Penglima Jasa Negara (PJN) yang membawa
gelaran “Datuk” (Kerajaan Persekutuan)

12 Julai 2008 Darjah Setia Pangkuan Negeri (Kelas ketiga) yang
membawa gelaran “Dato” (Kerajaan Negeri Pulau

Pinang)

1997 ANUGERAH sukan :
1998
Ahli Sukan Wanita Harapan 1996
1999
2000 Ahli Sukan Wanita Terbaik, Sukan Asia
Atlet Muda Paling Cemerlang, Anugerah
2003 Kecemerlangan sukan 1997

Olahragawati Pulau Pinang 1998
Anugerah John Hancock

Pasukan Terbaik Wanita 1999, Anugerah Sukan
Negara
Olahragawati Pulau Pinang 1999

Orang Asia Pertama diberi kedudukan 10 terbaik
dalam ranking Persatuan Pemain-pemain Skuasy
Wanita Antarabangsa (WISPA)

7 / 18

2004 Olahragawati Pulau Pinang 2003

2006 Pemain Tahunan WISPA

2009 Pemain Tahunan, Anugerah Skuasy Dunia 2009

2011 Anugerah Rekod Dunia Terbaik Brandlaureate
2010-2011

Olahragawati Kebangsaan bagi tahun 1999, 2003, 2005, 2006, 2007,
2008, 2009, 2010, 2013 dan 2014.

ANUGERAH kehormat :

21 Julai 2007 Dikurniakan Ijazah Kehormat oleh University of
Nottingham

12 Sept 2012 Dianygerahkan Mejar Kehormat Pasukan
Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM)

8 / 18

4. DATUK AZIZULHASNI AWANG

4.1 BIODATA

NAMA PENUH NAMA IBU

Datuk Mohd Azizulhasni Awang The Pocket Rocketman

LAHIR UMUR
05 Januari 1988 33 Tahun

ISTERI ANAK
Athiah Ilyana Abd Samat 2 Orang Anak Perempuan

ADIK-BERADIK ASAL
8 orang Dungun, Terengganu

AGAMA BANGSA
Islam Melayu

Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang
memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas berjaya
dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

9 / 18

4.2 KEJAYAAN AKADEMIK

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun

Meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Omar di Dungun, sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Negara
di Bukit Jalil.

Mendapat kejayaan 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR).

Melanjutkan pelajaran di Universiti Deakin, Australia dalam
Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan
Sukan.

4.3 PENCAPAIAN DALAM SUKAN YANG
DICEBURI

SUKAN OLIMPIK 2016 - Rio, Brazil

Pingat Gangsa acara keirin

SUKAN ASIA 2010 - Guangzhou, China

Pingat Emas acara keirin lelaki

2018 - Jakarta-Palembang

Pingat Emas acara pecut
individu lelaki

2018 - Jakarta-Palembang

Pingat Gangsa acara keirin
2018 – Jakarta-Palembang

Pingat Perak acara pecut
berpasukan lelaki

10 / 18

SUKAN KOMENWEL 2014 – Glasgow
SUKAN SEA
Pingat Gangsa acara keirin
KEJOHANAN LAIN 2009 – Korat, Thailand

Pingat Emas acara pecut
berpasukan
2017 – Kuala Lumpur

Pingat Emas acara pecut lelaki
individu
2017 – Kuala Lumpur

Pingat Emas acara keirin lelaki
2009 – Melbourne

Pingat Emas acara keirin lelaki
Piala Dunia
2014 – Astana, Kazakhstan

Pingat Emas acara pecut
individu elit lelaki Kejohanan
Berbasikal Asia ke-34
2015 – Nakon Ratchasima,
Thailand

Pingat Emas acara keirin
Kejohanan Berbasikal Asia ke-
35
2016 – London

Pingat Gangsa acara keirin
lelaki Kejohanan Berbasikal
Trek Dunia UCI
2017 – New Delhi

Pingat Emas acara pecut
individu elit lelaki Kejohanan
Berbasikal Asia ke-37
2017 – Hong Kong

11 / 18

Pingat Emas acara keirin lelaki
Kejohanan Berbasikal Trek
Piala Dunia UCI
2018 – London
Pingat Perak acara keirin lelaki
Kejohanan Berbasikal Trek
Piala Dunia UCI
2019 – Jakarta
Pingat Emas acara pecut
individu Kejohanan Berbasikal
Trek Asia ke-39

ANUGERAH peribadi :

18 Julai 2021 – menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota
Terengganu (DPMT) oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal
Abidin.

12 / 18

5. RUMUSAN

Sepanjang proses menyiapkan buku skrap ini, pembacaan
pelbagai artikel membuatkan saya lebih mengenali, malahan lebih
mengkagumi kedua-dua tokoh kesayangan rakyat Malaysia iaitu
Datuk Nicol Ann David dan Datuk Azizulhasni Awang.

Berikut adalah nilai-nilai peribadi yang dapat saya belajar
daripada kedua-dua tokoh sukan hebat ini.

Berusaha tanpa jemu

Pada tahun 2003 dan 2004, Nicol kurang menyerlah dan telah gagal
sebanyak dua kali semasa berlawan di negara sendiri. Nicol juga tewas
semasa pertandingan Terbuka Dunia di Hong Kong, Terbuka AS Carol
Weymuller, Terbuka British, Terbuka Texas dan Terbuka Qatar Classic.
Tanpa mengenal erti putus asa, beliau meneruskan latihan.

Akhirnya, pada tahun 2005, beliau Memenangi pingat emas di
pertandingan Terbuka Dunia di Jerman dan merupakan juara termuda
dunia pada usia 21 tahun. Beliau telah memenangi Kejohanan Skuasy
Terbuka Malaysia CIMB. Malah, menjadi pemain tempatan pertama yang
menjuarai. Beliau turut menjuarai Skuasy Terbuka British dan merupakan
wanita Asia pertama yang memenangi pertandingan tersebut. Beliau juga
telah diundi oleh ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.

Lebih menggembirakan lagi, pada tahun 2006 Nicol telah
dinobatkan sebagai pemain skuasy nombor 1 dunia seawal usia 23 tahun
dan sekaligus merupakan wanita Asia pertama yang berada di tangga 1
dunia.

13 / 18

Disiplin tinggi

Nicol telah dilatih bermain skuasy sejak dari umur 5 tahun. Beliau
mengikuti latihan dengan tekun dan berusaha bersungguh-sungguh sejak
kecil. Dengan galakan keluarga dan jurulatih, beliau berkorban masa dan
tenaga demi minat yang mendalam dalam sukan skuasy. Beliau
menumpukan perhatian pada latihan demi mengejar kejayaan dalam
bidang kesukaannya.

Tanpa disiplin tinggi dalam latihan, pastinya sukar untuk mencapai
sebarang kejayaan. Beliau telah membuktikan bahawa disiplin tinggi akan
memberikan hasil yang mengagumkan dalam bidang yang diceburi.

Semangat juang tinggi

Pada Februari 2011, dalam siri Piala Dunia Klasik UCI di
Manchester, Engand, Azizul terbabit dalam kemalangan di velodrome.
Berlaku pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir melibatkan
tiga orang pelumba lain, Kuczynski (Poland), Dawkins (New Zealand) dan
Peralta (Sepanyol). Akibat kemalangan tersebut, betis kiri beliau tertusuk
kayu sepanjang 17.5 sentimeter. Beliau menunggang semula basikal dan
membuat henjutan semula . Manakala Dawkins menolak basikal ke
garisan penamat dan Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan
penyertaannya dibatalkan.

Walaupun mengalami kecederaan, beliau telah berjaya
menamatkan perlumbaan dan memenangi pingat gangsa. Beliau
terpaksa dibawa ke hospital untuk pembedahan selepas sejurus selesai
perlumbaan. Semangat juang yang tinggi menunjukkan beliau terus
bangkit menghadapi cabaran sehingga berjaya.

14 / 18

Fokus
Semasa pertandingan di Olimpik, Rio de Jeneiro, anak-anak Azizul

telah dimasukkan ke hospital akibat demam teruk. Dalam kerisauan
kepada keluarga, beliau menenangkan diri dan memberi fokus
sepenuhnya kepada amanah besar yang digalas demi keluarga dan
rakyat Malaysia. Beliau berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara
tersebut.

Bijak membahagi masa
Kedua-duanya tokoh cemerlang dalam akademik dan sukan. Dalam

kesibukan latihan, mereka turut mengutamakan pembelajaran di sekolah.
Datuk Nicol David telah berjaya memperolehi 7A dalam Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Datuk
Azizulhasni Awang juga telah memperolehi 7A 1B dalam PMR dan
berjaya memperolehi Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam
Pengurusan Sukan dari Universiti Deakin, Australia.

Walaupun Datuk Nicol Ann David telah bersara daripada
menyertai pertandingan sukan skuasy tahun 2019, ketokohan beliau
tetap diingati dan terus dikagumi rakyat Malaysia dan dunia.
Manakala, Datuk Azizulhasni Awang telah menyertai kontinjen
negara ke Sukan Olimpik 2021 yang sedang berlansung di Tokyo,

15 / 18

Jepun. Semoga beliau terus berjaya dan membawa balik pingat
untuk negara.

Kesimpulannya, kedua-dua tokoh ini telah menunjukkan nilai-
nilai peribadi yang amat tinggi. Kejayaan demi kejayaan yang
diperolehi di peringkat dunia adalah hasil nilai diri yang diamalkan
sejak kecil. Oleh yang demikian, kedua-dua tokoh ini wajar dijadikan
inspirasi dan contoh kepada semua pelajar agar lebih cemerlang dan
berjaya pada masa akan datang.

16 / 18

6. RUJUKAN & LAMPIRAN

1. Wikipedia Nicol Ann David
https://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David

2. Nicol dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman
https://www.astroawani.com/berita-sukan/nicol-dinobat-atlet-
terunggul-sepanjang-zaman-280824

3. Ratu skuasy negara umum persaraan
https://www.astroawani.com/berita-sukan/ratu-skuasy-negara-nicol-
david-umum-persaraan-198930

4. Nicol konsi rahsia kejayaan
https://www.sinarharian.com.my/article/122991/BERITA/Sukan/Nicol-
kongsi-rahsia-kejayaan

5. I am Nicol
https://www.astroawani.com/berita-sukan/i-am-nicol-david-biopik-
ceritakan-kejayaan-ratu-skuasy-302084

6. Azizulhasni Awang tertusuk kayu
http://khalifahdunia7.blogspot.com/2011/02/azizulhasni-awang-
cedera-tertusuk-kayu.html

7. Wikipedia Azizulhasni Awang
https://ms.wikipedia.org/wiki/Azizulhasni_Awang

8. Azizulhasni Muncul Raja Pecut Asia
https://www.astroawani.com/berita-sukan/azizulhasni-muncul-raja-
pecut-asia-raih-emas-di-korea-selatan-220620

9. Azizulhasni Layak Acara Pecut Olimpik Tokyo
https://www.sinarharian.com.my/article/72562/BERITA/Sukan/Azizulha
sni-layak-acara-pecut-Olimpik-Tokyo-2020

10. Azizulhasni Tergejut Dapat Gelaran Datuk
https://www.utusan.com.my/sukan/2021/07/azizulhasni-terkejut-dapat-
gelaran-datuk/

17 / 18

TOKOH SUKAN KEBANGGAAN MALAYSIA

Anugerah
Olahragawan dan

Olahragawati
Kebangsaan tahun

2010

Juara Skuasy Wanita
Dunia kali kelapan
berturut-turut di
Paris, tahun 2015.

Juara Pecut Asia
dalam Kejohanan
Berbasikal Trek Asia
(ACC) tahun 2020 di

Korea Selatan.

18 / 18


Click to View FlipBook Version