GAJI RENDAH FAKTOR BERLAKU GEJALA RASUAH? CEGAH DARIPADA KEPRIHATINAN KEPADA MATLAMAT PEMERKASAAN DALAM ISU INTEGRITI MAJLIS ANUGERAH SPRM KL SALURKAN MAKLUMAT ADUANINTEGRITI WARTAWAN BH MENANG DALAM ANUGERAH SPRM My EDISI JANUARI 2023 MAJALAH PENDIDIKAN
KANDUNGAN E- MAJALAH 02 Merujuk kepada tema e majalah :My Cegah pada tahun ini. SEGMEN KHAS : DARI KEPRIHATINAN KEPADA MATLAMAT 03wartawan Berita Harian diangkat di dalam Majlis Kecemerlangan Media SPRM ANUGERAH KECEMERLANGAN MEDIA 05Adakah gaji rendah berpunca daripada berlakunya gejala rasuah? 09Isu integriti seringkali melibatkan penjawat awam di negara ini. PEMERKASAAN DALAM ISU INTEGRITI 10Siaran media berkaitan majlis anugerah cemerlang yang diadakan di SPRM KL ANUGERAH SPRM KUALA LUMPUR 11 Poster iklan yang untuk pembaca mendalami setiap bait - bait kata agar terhindar daripada jenayah dan setiap tindakan perlu mendapat keredhaan dari allah swt MENCARI KEBERKATAN SETIAP PERBUATAN GAJI RENDAH FAKTOR RASUAH? TINTA EDITOR 01 Daripada meja pengarang serta ucapan daripada penaung 08 SALURKAN ADUAN INTEGRITI Aduan ke Unit integriti adalah DILINDUNGI di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
TINTA EDITOR ssalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Illahi dengan izin-Nya, e-majalah MyCegah sesi 1 tauhn 2023 dapat diterbitkan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan kepercayaan kepada pasukan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Editor. Ucapan terima kasih ini juga turut ditujukan kepada rakan - rakan sidang redaksi yang telah memberi bantuan dan kerjasama yang baik dalam penghasilan e-majalah MyCegah ini. Berkat kerjasama dan kegigihan semua individu yang terlibat, akhirnya e-majalah MyCegah telah dapat diterbitkan. Sebagai ahli sidang redaksi, peluang sebegini membantu saya untuk mempelajari pelbagai perkara terutamanya hal-hal berkaitan penerbitan e-majalah. Saya dan ahli sidang redaksi yang lain juga dapat mengembangkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan suntingan dan rekaan grafik dalam sesebuah majalah. Pengalaman yang diperoleh ini amat bermakna kepada kami sebagai inspirasi untuk kegunaan masa hadapan. Pada kali ini, penerbitan e-majalah MyCegah dilihat lebih menarik kerana cuba memberi pembaca untuk bertapa pentingnya mempuk nilai - nilai integriti di dalam setiap sanubari rakyat malaysia. tema kali ini adalah lebih memfokus kepada "Daripada Keprihatinan kepada Matlamat" untuk mewujudkan persekitaran yang harmoni , pembangunan yang bertersuan dengan rakyatnya yang bersatu padu serta berintegriti tinggi. yang apabila wujudnya persekitaran sedemikian ianya akan melahirkan masyarakat yang sentiasa memartabatkan nilai diri, melaksanakn tugas dan tanggunjawab dengan penuh disiplin serta dedikasi yang tinggi. Disamping berharap e majalah ini mam[u membaa naratif baru terhadap rakyat Malaysia khususnya. PENAUNG Mohd Hisyam Bin Zakaria (282301) PENASIHAT Syed Mohd Ali Hassainair KETUA EDITOR Muhamad Firdaus Bin Md Saad (282343) PENGARANG DAN PRODUKSI Cheong Zhit Hoe Ahmad Kamal Bin Salim Mustaffa Bin Zakaria Ikhram Bin Hassan PEREKA GRAFIK Azrar Hamizi Bin Rosni SIDANG REDAKSI ATINTA EDITOR DARI MEJA PENGARANG MUHAMAD FIRDAUS BIN MD SAAD 282343 KETUA EDITOR 01 JANUARI 2023 1
Sejak beberapa lama, nilai - nilai murni dalam masyarakat semakin diabaikan sehingga mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada negara dan memusnahkan integriti rakyatnya. Jenayah rasuah telah lama menjadi kebimbangan negara. MOHD HISYAM BIN ZAKARIA 282301 PENAUNG "DARIPADA KEPRIHATINAN KEPADA MATLAMAT" Akibat daripada jenayah ini amat dahsyat kerana mampu memusnahkan ekonomi, kacau bilau politik dan sosial. Sifat tamak, memetingkan diri, tidak menghormatinya dasar – dasar dan undang – undang akan melahirkan sebuah negara yang memiliki rakyatnya yang mempunyairendah nilai murni dan integrity. Kebimbangan negara ini membawa kepada satu "matlamat" iaitu untuk menanamkan kesedaran yang tinggi kepada masyarakat supaya mejadi lebih berintegriti dan bertanggungjawab MUHAMAD FIRDAUS BIN MD SAAD 282343 KETUA EDITOR SEGMEN KHAS 01 JANUARI 2023 2
Anugerah Media SPRM yang berlangsung ini terdapat peningkatan dari segi pencalonan berbanding tahun lalu. Pada tahun ini sahaja melibatkan 24 penyertaan daripada pelbagai organisasi. ANUGERAH KECEMERLANGAN MEDIA Laporan “Kartel Daging” dan ‘Gaya Hidup Mewah Punca Rasuah’ angkat Wartawan BH di dalam Anugerah Kecemerlangan Media SPRM Pada 10 November 2022 telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Media yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Audiotorium Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. Majlis ini melibatkan 80 pengamal media cetak dan media elektronik daripada lebih 40 agensi media tempatan yang bertemakan 'Bersama Membanteras Rasuah'. Wartawan Berita Harian (BH), Suzalina Binti Halid diangkat sebagai pemenang tempat pertama di dalam kategori media cetak. Usaha Suzalina Halid di dalam mendidik serta menyebar luas mesej dan memberi pendedahan antirasuah terus dihargai oleh pihak SPRM melalui majlis yang dianjurkan. Hasil laporan khasnya yang bertajuk “Kartel Daging” tersebut telah melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3000.00 selain plak dan sijil. Turut menerima Anugerah khas juri ialah Ilah Hafiz Aziz berkaitan laporan yang bertajuk ‘Gaya Hidup Mewah Punca Rasuah’ yang telah dinilai oleh panel juri yang dilantik di kalangan pengurusan tertinggi SPRM serta tokoh media. 01 JANUARI 2023 3
Semua anugerah yang berlangsung telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali selain tetamu yang turut hadir ialah Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan tokoh media iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya Azam Baki Majlis ini bertujuan bagi mengiktiraf rakan media yang memainkan peranan secara tidak langsung dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat supaya lebih berwaspada dengan ancaman rasuah dan kesannya terhadap agama, bangsa dan negara dan menggalakan pihak wartawan lebih berani dan mempunyai prinsip dalam menyebarkan serta membuat pendedahan melibatkan isu – isu rasuah tanpa rasa takut atau pilih kasih serta menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YBhg.Tan Sri Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang sudi meluangkan masa menyampaikan ucapan perasmian kata - kata semangat dan sokongan terhadap rakan media yang hadir. “Institusi media ini penting dalam menjadi penghubung atau perantara diantara pihak kerajaan dengan rakyat, ini kerana jambatan perantara ini memboleh maklumat diperolehi secara dua hala. Dimana kuasa media berkemampuan di dalam memantau, mendedahkan eksplotasi, salah laku kuasa serta korupsi yang berlaku di dalam masyarakat’ Majlis Anugerah Kecemerlangan Media ini dimulakan dengan hidangan ilmu menerusi ceramah khas pendidikan antirasuah yang disampaikan oleh Tuan PsK Rostam bin Maidin, Cawangan Sosiobudaya & Politik, Pendidikan Masyarakat SPRM, Majlis ini juga menyaksikan perasmian dan ucapan oleh YBhg.Tan Sri Azam bin Baki, yang bertemakan 'Bersama Membanteras Rasuah' dan acara penyampaian hadiah kepada semua calon pemenang Anugerah Kecemerlangan Organisasi Media. Sebelum melabuhkan tirai, YBhg.Tan Sri Azam bin Baki juga menyampaikan cenderahati khas kepada tetamu jemputan yang turut hadir dalam memeriahkan majlis serta pihak media perdana dan media persendirian yang hadir membuat liputan. 01 JANUARI 2023 4
GEJALA RASUAH? Adakah gaji rendah faktor berlakunya ? By : Muhamad Firdaus Bin Md Saad Ketua Editor Sejak akhir - akhir ini masyarakat Malaysia digemparkan dengan isu - isu hangat yang sering kali diperkatakan di dada – dada akhbar baik dalam baik dalam bidang politik, perniagaan, orang awam mahupun penguatkuasaan atau sebagainya. Isu yang sedang melanda negara masa kini adalah adalah berkaitan dengan krisis kejujuran yang melibatkan penjawat awam dalam pentadbiran negara yang berpunca daripada amalan rasuah. Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya menegaskan bahawa isu gaji rendah bukanlah isu utama, sebaliknya perbuatan rasuah itu berlaku atas beberapa faktor, kerana ianya perlu melihat kepada keseluruhan situasi. (Berita Harian 2019). Perkara ini turut disentuh oleh Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar (gambar) yang menyatakan berkenaan teori antara yang boleh memastikan isu rasuah tidak berlaku adalah dengan menaikan gaji pekerjaan. Isu amalan rasuah bukan hanya melibatkan kakitangan yang bertugas di Pektor swasta, namun mula menular di kalangan penjawat awam. Memetik kenyataan Dr Ismail Bakar, penjawat awam adalah golongan yang berisiko terlibat dalam amalan rasuah, terutama mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan (BERNAMA., 2020). Hasil kajian oleh Quah (1995), faktor utama berlakunya rasuah adalah berpunca daripada masalah pendapatan yang diperolehi atau gaji. Gaji rendah merupakan punca bagi penjawat awam untuk turut terlibat dalam rasuah. Di dalam kenyataan Akhbar juga menyatakan menaikan gaji penjawat awam bukanya satu kaedah di dalam menyelesaikan isu rasuah yang sering berlaku ini. Ini kerana kebanyakan individu mempunyai jawatan serta bergaji besar turut terpalit di dalam skandal jenayah rasuah. Oleh demikian jelas menyatakan bahawa gaji bukanlah isu didalam masalah kes rasuah 01 JANUARI 2023 5
Golongan berpeluang melakukan rasuah Pada pandangan masyarakat, sudah tentu gaji rendah boleh menyebabkan seseorang individu terlibat rasuah. Walaupun begitu meletakan gaji yang tinggi juga belum pasti menyatakan bahawa gejala rasuah dapat dihapuskan. Namun perkara penting yang perlu ditekan ini apakah tahap kesedaran seseorang yang sering melihat atau melalui perkara – perkara yang sedemikian. Kita juga tidak nafikan bahawa sememannya terdapat negara yang menawarkan gaji yang lumayan terhadap penjawat awam mereka bagi mengelakan seseorang terlibat di dalam gejala rasuah, namun kita sendiri juga mengetahui bahawa setiap manusia itu mempunyai keinginan dalam melengkapkan kehendaknya sosialnya, Contonya seorang individu yang kini menerima gaji sebanyak RM3000.00. sudah pasti merasakan tidak mencukupi dan kemudian memasang angan – angan untuk menerima gaji yang lebih iaitu ingin menerima gaji sebanyak RM6000.00 sebulan dan mengharapkan ianya sudah berbaloi namun sudah pasti tidak kerana sifat manusia itu sendiri yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang diperolehi dan sentiasa ingin menerima gaji yang lebih setimpal. Adakah beliau merasa cukup? sudah pasti tidak. Kerana dia akan impikan pula gaji yang RM10 ribu pula. Ini yang dipanggil ‘common sense’. Antara golongan yang berpeluang serta berpontensi dalam melakukan jenayah rasuah adalah golongan yang mempunyai integriti, akhlak dan mengetahui konsep halal dan haram adalah mungkin sukar terlibat di dalam gejala ini. Iaitu dimana mereka ini walau apa pun yang terjadi, golongan ini tidak mudah terjebak dengan jenayah rasuah walaupun mempunyai peluang di depan mata.samada mereka ini berada dalam susah atau terdesak namun atas faktor integriti dan keimanan yang kuat mampu untuk menepis godaan ini. sudah pastilah. Golongan yang ini tidak mempunyai masalah. . Perkara ini adalah perkara yang sama dipetik oleh Datuk Seri Akhbar Satar, Ini sehingga kini telah terbukti bahawa terdapat ramai mereka yang menghadapi dipertuduhkan di Mahkamah mempunyai jawatan besar serta gaji puluhan ribu ringgit malahan jutawan juga turut terlibat. Adakah ianya berpunca daripada faktor gaji yang tidak mecukupi dan pendapatan yang mereka perolehi? Contohnya kes yang masih diperingkat rayuan melibatkan bekas Perdana Menteri iaitu Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, dituduh dibawah kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan (Ali. A. J. M., Berita Harian 2020) 01 JANUARI 2023 6
Strategi Kurangkan jenayah rasuah Yang kedua adalah golongan yang mempunyai integriti dan mempunyai sifat benci akan jenayah rasuah. Namun atas faktor keadaan yang mendesak yang menimpa oleh golongan ini akibat daripada kesukaran di dalam kehidupan atau mahu hidup dalam kemewahan akhirnya akan hanyut didaalam jenayah rasuah “Masyarakat perlu dididik untuk mula membenci rasuah seawal usia muda, ditambah kepercayaan dan keperibadian tinggi menjadikannya benteng paling kuat dalam memerangi gejala ini” Ini kerana individu yang mempunyai integriti pada awalnya namun sekiranya mempunyai masalah seperti gaji yang kurang mencukupi sudah pasti akan cuba untuk menahan daripada terjebak daripada gejala rasuah. Namun kehidupan golongan ini akan mula teruji Antara strategi yang digunakan dalam memastikan jenayah rasuah ini berkurangan adalah memerlukan kaedah atau strategi yang berkesan iaitu dengan memberikan kesedaran tentang integriti dan kesan jika terbabit dengan rasuah, kedua adalah dengan memastikan kadar gaji yang diterima oleh seseorang individu samada swasta atau kerajaan adalah bersesuaian dan mencukupi ketiga adalah dengan menekankan penguatkuasaan undang – undang yang lebih berkesan. Hanya dengan memberi serta meningkatkan kesedaran terhadap golongan ini kemungkinan ianya akan memperbanyakan golongan yang membenci akan jenayah rasuah ini walaupun apa yang berlaku. Bagi perkara kedua adalah dengan pihak kerajaan adalah perlu memastikan kakitangan kerajaan yang bertugas di kawasan berisiko terlibat dengan jenayah rasuah ini menerima gaji yang berpatutan. Ini kerana golongan ini sekiranya mempunyai peluang dan terdesak sudah pasti akan cuba terjebak dengan jenayah.rasuah. Seperti yang diperkatakan iaitu menerima gaji yang sedikit boleh menyebabkan seseorang terjebak apabila mereka ini ditimpa musibah atau kesusahan yang mana mereka ini memerlukan wang segera bagi menampung permasalahan yang dihadapi walaupun gaji halal yang diterima namun masih belum mencukupi untuk mendapat apa yang diperlukan. Sudah pasti tidak boleh memandang mudah apabila situasi terdesak ini berlaku terhadap seseorang individu. Perkara ini juga pernah dibangkitkan di dalam akhbar dimana dimana seorang ibu ditangkap hanya mencuri hanya satu tin sardin. Selain itu juga terdapat dimana seseorang itu sanggup merompak kerana anaknya mengalamai masalah kesihatan yang memerlukan wang untuk membayar kos rawatan dan perubatan. Ianya berlaku di dalam dunia realiti Manakala golongan ketiga ialah mereka kurang integriti dan tidak jujur serta amanah. Mereka ini tamak serta cuba dalam hidup untuk senang dengan cara yang mudah. Mereka mempunyai gaji yang mencukupi namun tidak bersyukur dan masih memilih untuk menerima daripada duit haram bagi memenuhi hawa nafsu mereka Memetik kenyataan Thodore Roosevelt “Seorang yang tidak pernah ke sekolah mungkin hanya curi satu gerabak keretapi, tapi seorang yang lulusan universiti mungkin mencuri keseluruhan keretapi 01 JANUARI 2023 7
SALURKAN MAKLUMAT Maklumat Lanjut: Sistem Aduan Integriti Aduan ke Unit integriti adalah DILINDUNGI di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan Melalui: +123-456-7890 www.integritimalaysia.com RASUAH ADUAN INTEGRITI PENYELEWENGAN SALAH GUNA KUASA SALAH LAKU Imbas di sini @ Hadir Sendiri ke Pejabat: Pejabat Kerajaan, Jalan Suasa 5, Taman Pertiwi, Medan Tunku, 56100, Kuala Lumpur. 01 JANUARI 2023 8
K Mengikut laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 yang dinyatakan oleh Transparency International (TI) yang lalu, memberitahu bahawa persepsi rasuah dikalangan penjawat awam amatlah membimbangkan. Ini kerana kedudukan Malaysia menjunam ke tangga 57 berbanding tahun 2019 iaitu di tangga 5.1. Rekod Indeks Persepsi Rasuah (CPI) ini adalah berdasarkan responden oleh orang luar yang terdiri daripada ahli perniagaan dan professional khususnya. Melalui survei yang dilakukan oleh Global Corruption Barometer pula pada tahun 2020 mendapati bahawa 71 peratus rakyat Malaysia mengatakan bahawa isu rasuah dalam sektor kerajaan adalah masalah utama negara dan secara tidak langsung hal ini terkait dengan penjawat awam. Pelbagai usaha perlu diterapkan pada masa kini terutamanya pada golongan pemimpin dan juga ahli politik dalam menangani isu integriti yang melanda negara ini agar golongan lebih muda akan menghormati dan menjadi ikutan kepada mereka.Kita masih mempunyai masa untuk membanteras isu-isu yang melibatkan integriti ini jika semua pihak dari setiap sudut memberi penekanan yang penting dalam menangani isu integriti di samping dapat memartabatkan Malaysia sebagai nagara yang bebas korupsi.Oleh yang demikian, tidak kira siapapun anda atau mereka atau sesiapa sahaja yang berada di negara ini perlulah bersikap positif dalam menerima teguran serta mengamalkan budaya yang berintegriti tinggi tidak kira dimana jua berada. PEMERKASAAN DALAM ISU INTEGRITI 3 ebelakangan ini terdapat banyak isu – isu yang berlaku melibatkan integriti terutamanya di kalangan penjawat awam.Kita tahu bahawa penjawa awam ini merupakan tunjang kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab pada negara. Kebanyakkan isu yang berlaku ini acapkali berpunca daripada individu itu sendiri. Isu rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa serta pecah amanah inilah yang selalu kita dengar melalui kaca televisyen kini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyatakan bahawa integriti itu adalah ketelusan, kejujuran dalam melaksanakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan dan bebas dari segala bentuk penyelewengan. Apabila individu itu tidak mengerti tentang apa itu integriti, maka runtuhlah jati diri individu tersebut yang membuatkan beliau terjerumus dalam kancah rasuah dan pecah amanah. Perkara ini boleh berlaku kepada sektor awam mahupun swasta. Mereka senantiasa mencari ruang dan peluang dalam melakukan sesuatu yang mengugat integriti mereka. Boleh dikatakan ianya sebagai satu hobi yang membuatkan mereka puas setelah mendapat tercapai kemahuanya tanpa memikirkan soal negara serta imej kepada masyarakat.Integriti ini perlu dijadikan satu pedoman hidup kerana ianya boleh mengugat kedaulatan negara bahkan ianya tidak elok ditonjolkan kepada generasi yang akan datang bagi memastikan kedaulatan negara masih utuh. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dato Sri Azam Baki berkata, beliau akan memfokuskan sikap integriti kepada sektor awam agar menjadi sebuah kerajaan yang disegani dimata masyarakat dan negara. “Memperkasakan integriti dalam kalangan penjawat awam, memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan meneruskan usaha kerajaan mengekalkan kesejahteraan masyarakat” katanya dalam petikan di Hari Antirasuah Antarabangsa yang lalu. “Bagi memastikan tujuan itu tercapai (pemerkasaan intergiti). Penjawat awam di semua agensi disarankan membuat majlis ilmu dengan diselitkan penerangan tentang isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan kepada penjawat awam dan menampal atau menggantungkan gambar tentang info maklumat berkenaan integrity agar sentiasa menjadi pandangan setiap warga kerja yang mendegar dan melihatnya,” katanya. Pemerhatian yang rapi dikalangan penjawat awam kini menjadi perkara paling utama serta tumpuan bagi memastikan penjawat awam di Malaysia bebas dari gajala yang mengugat integriti mereka. 01 JANUARI 2023 9
ALAMAT: SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA KUALA LUMPUR TEL. : 03-92065000 FAKS : 03-92065199 E-MEL : [email protected] WEB : WWW.SPRM.GOV.MY TWITTER : TWITTER.COM/SPRMMALAYSIA FACEBOOK: FACEBOOK.COM/SPRMKL YOUTUBE : WWW.YOUTUBE.COM/ODVMACC SIARAN MEDIA SIARAN MEDIA MENGENAI MAJLIS ANUGERAH KECERMELANGAN SPRM KUALA LUMPUR Kuala Lumpur, 28 April - Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Haji Azam Baki telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecermelangan SPRM Kuala Lumpur bagi tahun 2022 di Dewan Serbaguna SPRM Kuala Lumpur, hari ini. Seramai lima orang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebagai salah satu pengiktirafan atas sumbangan dan komitmen yang diberikan dalam menjalankan tugas sepanjang tahun lalu. Anugerah ini disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Datuk Seri Haji Azam Baki sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2022 peringkat SPRM Kuala Lumpur. Tan Sri Datuk Seri Haji Azam Baki dalam ucapannya merakamkan sekalung tahniah kepada semua penerima diatas kesungguhan mereka dalam menjalankan tugas dan amanah sepanjang berkhidmat di SPRM. Mengulas dari pencapaian pegawai Suruhanjaya dalam majlis tersebut, Tan Sri Datuk Seri Haji Azam Baki berkata “Saya amat menyeru warga kerja SPRM tidak kira pegawai ataupun gunasama, bersama-sama mencurahkan tenaga dan mempertingkatkan mutu kerja dalam memastikan tugas yang dilaksana diselesaikan dengan lebih efektif dan efisien supaya SPRM terus kekal relevan di mata masyarakat.” Mendahului senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ialah PPs Mohd Hisyam Zakaria diikuti oleh PPs Ahmad Kamal, PPs Syed Ali, PPs Khalid Azfar dan Encik Fadli Ahmad. Sementara itu, Majlis Penyampaian Anugerah Ketua Pesuruhjaya (AKPJ) turut diadakan bagi memberi penghargaan kepada kejayaan pasukan operasi yang menjayakan Operasi “Ops Plastik 2.0” yang mana telah berjaya membongkar hasil kegiatan haram pihak terbabit. Operasi ini juga telah berjaya menyita hampir 14 buah kenderaan mewah yang mana nilainya dianggarkan lebih kurang 2.3 Juta Ringgit Malaysia. Turut berlangsung, penyampaian Anugerah Pingat Khidmat Setia (PKS) kepada pegwai dan kakitangan SPRM yang telah berkhidmat selama 15, 20 dan 25 tahun di suruhanjaya ini. Penyampaian “Sumbangan Bakul Rezeki” juga turut disampaikan oleh Tan Sri Datuk Seri Haji Azam Baki kepada 15 kakitangan bagi gred 19 dan ke bawah bagi meringankan beban serta persiapan keperluan harian bersempena Hari Pekerja yang akan datang. Hadir bersama Pengarah SPRM Kuala Lumpur, TPj Razaliah Ab Rahman dan Timbalan Pengarah Operasi, KPKPj Azrul Azim yang memeriahkan majlis Anugerah Kecermelangan yang diadakan tersebut. SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA KUALA LUMPUR 29 APRIL 2022 01 JANUARI 2023 10
"CARILAH KEBERKATAN DI DALAM SETIAP PERBUATAN" Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia BERSAMA KITA, HAPUSKAN RASUAH TALIAN BEBAS TOL : 1-800-88-8888 01 JANUARI 2023 11