The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Guna Tanah Di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fifahramli9, 2021-11-04 11:35:05

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

Kajian Guna Tanah Di Bandar Baru Mergong, Alor Setar, Kedah

Keywords: geografi

KERJA KURSUS TINGKATAN 3

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 , ALOR SETAR, KEDAH DARUL

AMAN

KAJIAN GUNA TANAH (PERNIAGAAN) DI BANDAR BARU MERGONG
ALOR SETAR, KEDAH

NAMA : NURUL ‘AFIFAH BINTI RAMLI KELAS : 3 SAKINAH

NO.IC : 060424 02 1046 GURU : ARHAMNI BINTI ROBIAN

TARIKH SERAHAN : 4 NOVEMBER 2021

ISI KANDUNGAN

Penghargaan M.S 1-2 Rumusan M.S 18
M.S 19-21
Pendahuluan M.S 3-5 Lampiran M.S 22

Objektif kajian M.S 6 Rujukan M.S 10
M.S 11
Kawasan kajian M.S 7-8 M.S 12

Kaedah kajian M.S 9 M.S 13
M.S 14-15
Dapatan kajian M.S 10-17
M.S 16-17
- Latar belakang kawasan kajian

- Peta lakar

- Mentafsir peta lakar

- Definisi dan faktor yang mempengaruhi

guna tanah

- Kesan guna tanah terhadap alam sekitar

- Cadangan usaha mengatasi kesan guna

tanah

PENGHARGAAN

Pertama sekali, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan
nikmat kesihatan dan kekuatan kepada saya untuk menyiapkan kerja
lapangan Geografi ini hingga selesai. Terima kasih diucapkan kepada guru
matapelajaran Geografi saya, Cikgu Arhamni binti Robian yang telah
memberi tunjuk ajar dari permulaan hingga akhir. Beliau juga sentiasa
memerhati dan menegur apa-apa kesalahan yang terdapat di dalam hasil
laporan saya.

Seterusnya, terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah
memberi dorongan, tunjuk ajar dan sokongan dari segi mental dan fizikal.
Begitu juga kepada kakak dan abang saya yang sentiasa memberi panduan
kepada saya hinggalah saya selesai menghabiskan kerja lapangan ini.

Beribu terima kasih diucapkan daripada saya kepada penduduk di
sekitar Bandar Baru Mergong Alor Setar kerana telah membantu saya
melengkapkan maklumat tentang kawasan kajian saya. Terutama sekali
kepada Puan Hajah Sariyanti Binti Lukman dan keluarga yang sudi
meluangkan masa menjawab pertanyaan saya dan banyak sekali
memberikan maklumat berkaitan dengan sekitar kawasan kajian.

Tidak dilupakan juga kepada rakan sekelas saya di 3 Sakinah dan
beberapa orang senior yang telah membantu dan menjawab sebarang
persoalan yang saya ajukan kepada mereka. Terutama rakan baik saya
Anis Hazirah binti Muhamad dan Nur Alya Batrisya binti Anuar yang telah
menunjuk ajar saya sepanjang saya menyiapkan kerja lapangan ini.

PENDAHULUAN

Saya Nurul ‘Afifah binti Ramli, Tingkatan 3 Sakinah dari Maktab
Mahmud Alor Setar, Kedah telah menjalankan Kerja Lapangan Geografi
Tingkatan 3 yang bertajuk Kegiatan Guna Tanah (perniagaan) di Bandar
Baru Mergong Alor Setar, Kedah.

Saya telah memilih tajuk ini kerana kawasan kajian adalah berdekatan
dengan tempat tinggal saya iaitu di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang
Rotan, Alor Setar, Kedah. Hal ini menjadikan hal-hal berkaitan kerja lapangan
saya menjadi lebih mudah dan bermaklumat tepat. Seterusnya, saya dapat
mengetahui tentang kawasan tersebut dengan lebih teliti dan menjadikan
hasil kerja saya lebih kemas.

Tempoh kajian yang telah diberikan kepada saya dan rakan-rakan lain

telah kami gunakan dengan sebaik mungkin untuk mengumpul maklumat,

menyediakan dan menulis atau menaip semula hasil kajian bagi menyiapkan

kerja lapangan ini. Tempoh yang diberikan adalah sebulan yang bermula dari
30 September hingga 30 Oktober. Namun, atas sedikit masalah yang saya
hadapi saya memohon maaf kerana telah menghantar hasil kerja lapangan
saya sedikit lewat berbanding rakan-rakan lain.

Saya telah mengadakan sesi temu ramah dengan tiga orang penduduk di
sekitar untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang kawasan
kajian dengan tepat dan padat. Sepanjang sesi temu ramah, saya telah
mendapati satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah di kawasan itu serta mengenal pasti
dan menghuraikan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar.

Dengan berbekalkan temu ramah yang saya ajukan kepada mereka,
buku dan Internet, saya telah mendapati beberapa cadangan tentang
usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah. Akan saya huraikan
tentang usaha-usaha tersebut selebihnya di halaman-halaman yang

.seterusnya

Ketiga-tiga penduduk yang saya temu ramah telah memberikan
kerjasama yang baik dan mereka juga ada menyatakan kata-kata semangat
kepada saya untuk saya menyiapkan kerja lapangan ini. Setiap maklumat
yang diperoleh telah saya rekodkan dan dikumpul secara rapi dan kemas.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak
tugasan kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut :

(a) Mendapatkan maklumat terperinci dan fakta sebenar tentang latar
belakang kawasan kajian .

(b) Melukis dan mentafsirkan peta lakar yang menunjukkan taburan guna
tanah di kawasan kajian

(c) Mengenal pasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan satu faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan

(d) Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut
terhadap alam sekitar di kawasan kajian

(e) Memberi tiga cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk
mengatasi kesan guna tanah tersebut.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya adalah di Bandar Baru Mergong Alor Setar, Kedah

Negeri Kedah Darul Aman mempunyai 11 buah daerah. Daerah Kota Setar
adalah ibu negeri Kedah. Terdapat 34 buah mukim dalam daerah Kota Setar.
Salah sebuah mukim yang terdapat dalam daerah Kota Setar adalah Mergong.

Bandar Baru Mergong kini sedang pesat membangun setanding dengan Alor
Setar. Kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah dan terletak bersebelahan
Kawasan Perindustrian Mergong Barrage, Alor Setar. Kesibukan di jalan raya
yang disebabkan oleh banyak perniagaan yang dijalankan di kawasan kajian
menjadikan ekonomi di sekitarnya sentiasa rancak walaupun di dalam musim
Covid-19 yang telah melanda negara dari tahun 2020 hingga sekarang.

• Secara zahirnya, guna tanah di Bandar Baru Mergong dikuasai oleh
perniagaan. Terdapat juga kegiatan utama lain seperti petempatan,
perindustrian, pertanian dan lain-lain. Oleh sebab banyak kawasan yang
dibangunkan untuk kegiatan perniagaan, ekonomi di situ juga sentiasa
rancak di samping memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
di luar dan di dalam daerah Alor Setar. Walaupun sudah mempunyai
banyak kegiatan perniagaan, kawasan tersebut masih lagi
mempertimbangkan beberapa lagi pembangunan kedai-kedai peruncitan
besar seperti Lotus Mergong.

Kebanyakkan penduduk di sini terdiri dari pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Pekerjaan utama di kawasan ini adalah seperti
berniaga, menanam padi dan sebagainya. Petempatan di sini kebanyakkannya
adalah kampung namun terdapat banyak juga taman di kawasan yang telah
dibangunkan secara pesat. Penduduk di situ juga tidak perlu berjalan jauh
sekiranya terdapat kecemasan kerana hospital terdekat iaitu KMC (Kedah
Medical Centre) hanyalah 3-4 minit dari situ. Penduduk luar Mergong juga
boleh mengunjungi kawasan ini dan menetap di sebuah hotel yang agak
terkenal di situ iaitu Grand Alora.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan tiga jenis kaedah kajian sepanjang
proses menyiapkan kerja lapangan ini :

(a) Rujukan buku
Saya telah menggunakan beberapa jenis buku seperti buku teks
Geografi Tingkatan 3 untuk memahami topik yang bakal saya kaji
(b) Rujukan Internet
Terdapat banyak sumber di dalam Internet berkaitan topik guna
tanah. Internet telah menjadi rujukan utama saya bagi setiap hasil
kajian yang saya kurang jelas.
(c) Soal Selidik
Temu ramah telah saya jalankan terhadap tiga orang penduduk di
sekitar kawasan kajian.

DAPATAN KAJIAN

Latar Belakang Kawasan Kajian

Bandar Baru Mergong merupakan salah satu pemangkin ekonomi utama di
dalam daerah Alor Setar. Kawasan ini sering menjadi tumpuan ramai kerana banyak
perniagaan yang didirikankan seperti kedai-kedai makan, kedai runcit dan
sebagainya. Antara tumpuan utama di kawasan ini ialah Lotus Mergong. Lotus
Mergong atau pada asalnya dinamakan Tesco Mergong merupakan peruncitan
pertama yang dibina di situ. Selain itu, bandar ini juga menempatkan kilang tayar
Continental-Sime Tyres dan banyak ruang galeri jualan kereta antarabangsa. Tidak
cukup dengan itu, terdapat banyak kawasan perumahan dan kemudahan awam
seperti klinik. Terdapat juga beberapa buah hotel mewah dan hotel bajet untuk
kegunaan penduduk luar atau dalam yang ingin menetap sementara di Mergong.
Ada juga beberapa buah homestay yang boleh disewa berdekatan dengan hotel-
hotel itu. Dengan semua kemudahan dan kemajuan yang dekecapi di Bandar Baru
Mergong ini, tidak hairanlah mengapa kawasan ini menjadi tumpuan ramai dari
semasa ke semasa.

PETA LAKAR

MENTAFSIR PETA LAKAR

Peta lakar menunjukkan kawasan Bandar Baru Mergong yang berada di
atas tanah pamah yang luas dan rata. Anda mungkin melihat peta lakar tersebut
mempunyai banyak kawasan pertanian iaitu padi namun pada hakikatnya
kegiatan perniagaan memonopoli kawasan ini. Seperti yang anda lihat, terdapat
banyak juga hutan yang masih belum ditebang kerana dekat dengan kawasan
penempatan. Hutan tersebut bermungkinan juga akan ditebang pada masa
akan datang untuk tujuan pembangunan lebih banyak pusat perniagaan.
Terdapat juga pandang darat budaya di dalam peta ini iaitu penempatan, sawah
padi dan jalan raya. Selain itu, terdapat banyak kedai peruncitan, kedai makan
dan syarikat yang menjual kereta serta pasaraya besar yang sering dikunjungi
orang ramai. Di belakang kedai kereta tersebut, terdapat dewan serbaguna yang
selalunya digunakan oleh penduduk setempat untuk mengadakan kenduri atau
majlis secara besar-besaran.

DEFINISI DAN FAKTOR YANG MEMPENGARUHI GUNA
TANAH

Guna tanah didefinisikan di dalam wikipedia sebagai pengurusan dan
pengubahsuaian alam semula jadi atau padang gurun ke dalam persekitaran
yang dibina seperti penempatan dan habitat semi semulajadi seperti ladang-
ladang yang boleh dimakan, padang rumput, dan hutan yang diurus. Secara
ringkasnya, guna tanah di terjemahkan sebagai suatu usaha dalam membina
rangka kerja kepada pembangunan masa hadapan.

Jenis guna tanah di Bandar Baharu Mergong ialah perniagaan walaupun
terdapat banyak juga kegiatan lain di situ. Kebanyakkan perniagaan di kawasan
tersebut adalah kedai makan dan peruncitan. Faktor yang menyebabkan guna
tanah di Bandar Baru Mergong ialah perniagaan adalah kerana kawasan
tersebut merupakan tumpuan ramai dan jalan-jalan di situ sentiasa sibuk
kerana kenderaan yang datang dari pelbagai arah serta tempat.

KESAN GUNA TANAH TERHADAP ALAM SEKITAR

Guna tanah untuk perniagaan sememangnya membawa banyak kebaikan seperti
merancakkan ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang.
Namun, tahukah anda bahawa guna tanah juga mempunyai kesan buruk
terutamanya terhadap alam sekitar yang juga dapat membahayakan kita, manusia.

Akibat menjadi tumpuan ramai oleh kerana kawasannya yang mempunyai banyak
kegiatan perniagaan, ianya telah mengunjung pelbagai jenis kenderaan di jalan
untuk datang ke Bandar Baru Mergong. Hal ini telah menyebabkan peningkatan
kandungan karbon dioksida secara langsung mengurangkan kadar oksigen dan
menjadikan kawasan sekitarnya berdebu. Selain itu, penghasilan karbon dioksida
boleh membawa banyak lagi keburukan seperti fenomena kesan rumah hijau dan
perubahan iklim yang ketara.

Karbon dioksida juga menyebabkan peningkatan suhu bumi. Sedarkah
anda bumi kita ini semakin panas? Tahukah anda bahawa kebanyakan ais di
kutub utara semakin mencair disebabkan suhu bumi yang semakin panas?
Sudah ramai aktivis bebas yang kehadapan untuk mengemukan kesan
pemanasan global terhadap bumi kita ini. Isu ini semestinya dipandang berat
oleh penduduk sekitar walaupun mereka kelihatan seakan tidak kesah akan hal
ini.

Akhir sekali, pembangunan setiap kawasan sudah semestinya bermula dari
hutan. Sama seperti itu, Bandar Baru Mergong juga telah meneroka banyak
hutan untuk ditebang bagi membangunkan kawasan tersebut. Ini pastinya
sedikit sebanyak telah menganggu kehidupan flora dan fauna yang sebelum ini
tinggal di hutan itu. Walaupun sudah banyak kawasan yang dibangunkan, masih
terdapat lagi beberapa ekar tanah yang sebelumnya juga hutan akan
dibangunkan menjadi pusat membeli belah atau apa-apa perniagaan supaya
dapat mengaut keuntungan yang besar.

CADANGAN USAHA MENGATASI KESAN GUNA TANAH

Kesan guna tanah boleh sahaja diatasi sekiranya kita berusaha untuk
menstabilkan semula kawasan sekitar kita. Terdapat banyak cara dan usaha yang
boleh dilakukan untuk mengatasi kesan guna tanah. Antaranya:

(a) Menanam pokok di sekeliling kawasan kajian
Jabatan Alam Sekitar Kedah seharusnya memainkan peranan mereka dalam
melestarikan kawasan seperti Bandar Baru Mergong supaya kawasan tersebut
sentiasa terjaga dan tidak tercemar. Penambahan pokok atau tanaman dapat
meningkatkan kualiti oksigen di dalam udara. Banyak juga NGO bukan kerajaan
yang turut aktif menganjurkan aktiviti yang membawa kebaikan kepada alam
sekitar.

(b) Aktiviti gotong-royong
Gotong-royong dapat membantu membersihkan kawasan sekitar sambil
mengeratkan hubungan kejiranan. Selain itu, gotong-royong juga mampu
membersihkan kawasan besar dalam masa yang singkat dan tidak membutukan
tenaga yang banyak.

(c) Mengadakan kempen kesedaran
Tidak semua orang sedar akan kesan guna tanah kepada diri, masyarakat dan
alam sekitar. Oleh itu, kempen kesedaran merupakan salah satu cara untuk
menyedarkan masyarakat mengenai hal ini. Masyarakat juga akan lebih prihatin
dan mengambil berat terhadap keadaan sekeliling. Kita juga sewajarnya
menyokong kempen-kempen seperti ini agar banyak lagi kempen boleh
dianjurkan.



LAMPIRAN

Imej kawasan kajian dari google maps

BORANG SOAL SELIDIK BORANG SOAL SELIDIK

GUNA TANAH DI BANDAR BARU MERGONG ALOR SETAR GUNA TANAH DI BANDAR BARU MERGONG ALOR SETAR

NAMA: HAJAH SARIYANTI BINTI LUKMAN NAMA: JASMINE A/P MUTHUSAMY

PEKERJAAN: GURU AGAMA UMUR: 56 PEKERJAAN: PENIAGA IKAN BAKAR UMUR: 43

Sila / jawapan anda kolum yang disediakan dan nyatakan pendapat anda di Sila / jawapan anda kolum yang disediakan dan nyatakan pendapat anda di
tempat kosong. tempat kosong.

1.Apakah guna tanah utama di Bandar Baru Mergong? 1.Apakah guna tanah utama di Bandar Baru Mergong?

PENEMPATAN / PERNIAGAAN /
PERTANIAN / PENEMPATAN /
PERNIAGAAN PERTANIAN

2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu kesan guna tanah di 2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu kesan guna tanah di
kawasan ini? kawasan ini?

KERAJAAN / JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI /
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI / MASYARAKAT /
MASYARAKAT KERAJAAN
NGO BUKAN KERAJAAN NGO BUKAN KERAJAAN

3. Cadangkan satu usaha mengatasi kesan guna tanah terhadap alam sekitar. 3. Cadangkan satu usaha mengatasi kesan guna tanah terhadap alam sekitar.
Bergotong-royong di kawasan tersebut Gotong –royong beramai-ramai

BORANG SOAL SELIDIK

GUNA TANAH DI BANDAR BARU MERGONG ALOR SETAR

NAMA: CHEN HSU LIEN UMUR: 29
PEKERJAAN: NURSE

Sila / jawapan anda kolum yang disediakan dan nyatakan pendapat anda di
tempat kosong.

1.Apakah guna tanah utama di Bandar Baru Mergong?

PERTANIAN /
PENEMPATAN /
PERNIAGAAN

2. Siapakah yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu kesan guna tanah di
kawasan ini?

KERAJAAN /
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI /
MASYARAKAT
NGO BUKAN KERAJAAN

3. Cadangkan satu usaha mengatasi kesan guna tanah terhadap alam sekitar.
Menanam tumbuh-tumbuhan

RUJUKAN

1. Buku
- - Ahmad Ridzuan binn Abd Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau Anak
- Utek, 2018, Buku Teks Geografi Tingkatan 3 : IMS Book Trading SDN. BHD.

2. Guru
- Cikgu Arhamni binti Robian

3. Internet
- https://www.permohonan.my/kesan-guna-tanah-terhadap-alam-sekitar/
- https://www.permohonan.my/cadangan-usaha-mengatasi-kesan-guna-tanah/
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Guna_tanah

3.


Click to View FlipBook Version