The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by comey136, 2022-03-04 21:13:37

JAKIM HAIRUL

TUGASAN TOPIK 5

Keywords: JAKIM

KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2
MATAPELAJARAN UMUM

MPU 11012 – PENGAJIAN MALAYSIA

TUGASAN

TOPIK 5: ISLAM DIMALAYSIA

HPK 2 - Menyedari sikap dan tanggungjawab yang signifikan terhadap sistem
politik dan pembinaan negara bangsa ( A1 , CLS 3b )

Disemak Oleh

.............................................
(TANDANTANGAN KU/TPA)
Nama :
Tarikh :

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HAIRUL BIN JASMAN
NO PENDAFTARAN : J04STS21F034

NAMA PELAJAR : AHMAD SOLEHAN BINTI AZMAN 100
NO PENDAFTARAN : J04STS21F025

KELAS : STS1B
PENSYARAH : PN NORHAZLINA BINTI HJ SAHARI

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL TAJUK 5
1 PENGENALAN 7
2 FASA PENUBUHAN JAKIM 14
3 BIDANG KUASA JAKIM 15
4 CABARAN MASA DEPAN JAKIM 18
5 LOGO JAKIM
6 PENUTUP & RUJUKAN

2

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

1. PENGENALAN

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan pada 1 Disember 2018
hasil penstrukturan semula Bahagian Kemajuan Islam (BKI) (2009-2018). BDKI adalah
salah satu bahagian di bawah Sektor Dasar JAKIM.

Tujuan utama BDKI diwujudkan ialah bagi memfokuskan kepada penggubalan,
penyelarasan, pemantauan dan penilaian terhadap dasar-dasar strategik hal ehwal Islam
di negara ini. Justeru, BDKI diberi tanggungjawabkan sebagai urus setia kepada badan-
badan utama yang berfungsi sebagai pengubal dan penyelaras dasar hal ehwal Islam di
Negara ini, iaitu:

i. Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) iaitu sebuah
badan penyelaras hal ehwal Islam peringkat nasional yang berfungsi sebagai
penasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam
Negeri berkaitan dengan perundangan, pentadbiran dan pendidikan Islam;

ii. Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam
(LEPAI) iaitu sebuah badan yang berfungsi untuk menyelaras, meninggikan mutu
pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah agama di seluruh Malaysia.

Selaras dengan tanggungjawab yang diberikan, BDKI berperanan dalam
merangka, menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik JAKIM yang menjadi
paksi utama kepada Pelan Tindakan sebagai panduan dan rujukan utama untuk
memantapkan pengurusan hal ehwal Islam. Pelan tersebut merupakan instrument
pemantau utama bagi memastikan sistem penyampaian lebih efektif selaras dengan
peredaran masa dan perubahan persekitaran. Pelan ini juga akan menjadi pemacu
kepada keunggulan pelaksanaan program dan kecemerlangan pengurusan hal ehwal
Islam di Malaysia.

VISI JAKIM
Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam di Malaysia

MISI JAKIM

Memperkukuhkan Tadbir Urus Hal Ehwal Islam Melalui Pendekatan Rahmah ke Arah
Kesejahteraan Ummah

3

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

OBJEKTIF JAKIM
1. Memastikan Ajaran Islam Tersebar Luas Kepada Masyarakat
2. Membentuk Kepimpinan Yang Berwibawa dan Melahirkan Tenaga Pengurusan Yang
Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi dan Berhikmah
3. Menghasilkan Sistem Pengurusan Yang Berteraskan Nilai dan Etika Islam

FUNGSI JAKIM

1. Penggubalan dan Penyeragaman Undang-Undang Syarak
2. Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam
3. Penyelarasan Pentadbiran Islam

PERKHIDMATAN UTAMA

1. Bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan
kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
2. Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga
kesucian akidah dan ajaran Islam
3. Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang
diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran
yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-
masalah umat Islam;
4. Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam
dalam pengurusan negara;
5. Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan
pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
6. Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara
ini;
7. Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal
ehwal Islam; dan
8. Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat
serantau dan antarabangsa

4

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

2. FASA PENUBUHAN JAKIM

Jakim melalui beberapa fasa perubahan sebelum akhirnya dikenali sebagai Jakim
dengan fungsi lebih luas. Di sini anda dapat lihat sejarah ringkas serta fasa perubahan
Jakim.

a. 1968 – 1973

Sejarah penubuhan Jakim bermula pada tahun 1968 dengan tertubuhnya
Urusetia Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia; turut dikenali
sebagai MKI.

Sepanjang tempoh 1970 – 1980, lebih 20 kali persidangan Majlis Kebangsaan
bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah diadakan, membincangkan 200 isu-isu
dan dasar berkaitan Agama Islam di Malaysia. Antara perkara awal yang diputuskan
oleh MKI ialah penubuhan Institut Dakwah dan Latihan Islam (INDAH), penubuhan
Pusat Penyelidikan Islam (PPI), penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
(YADIM), penubuhan Maktab Perguruan Islam (MPI), penubuhan Sekolah Menengah
Agama Sarawak, penubuhan Maáhad Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat dan penubuhan
Lembaga Penyelaras Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI).

b. 1974-1985

Pada tahun 1974, apabila terbentuknya Wilayah Persekutuan, Urusetia MKI
telah dinaikkan tarafnya menjadi Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri.

Pada waktu ini telah ditubuhkan juga Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan; diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Turut
ditubuhkan pada waktu ini ialah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
dan diletakkan sebagai bertaraf sebuah jabatan.

Apabila Urusetia MKI dinaiktaraf menjadi Bahagian Ugama, Jabatan Perdana
Menteri, maka tugas dan tanggungjawabnya semakin besar dan mencabar.
Cawangan-cawangan baru telah ditubuhkan dan dimasukkan di bawah bidang kuasa
Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri. Pada masa itu sudah wujud Masjid
Negara (1965), Ma’ahad Tahfiz (1966), Pusat Penyelidikan Islam (1971), Institut
Dakwah dan Latihan Islam (1974) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(1974).

Menjelang tahun 1980, Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri semakin
pesat berkembang. Pada masa itu pejabat cawangan Bahagian Ugama terletak di
beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Pusat penyelidikan Islam terletak di Blok K26,
Kompleks Kerajaan Jalan Duta. Institut Dakwah dan Latihan terletak di Pusat Islam,
Jalan Lembah dan di rumah-rumah kerajaan sekitar Jalan Mahameru dan Jalan

5

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

Cenderasari. Manakala Ma’ahad Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat beroperasi di Masjid
Negara.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Bahagian Ugama, Jabatan
Perdana Menteri telah dapat peruntukan untuk bina kompleks baru Pusat Islam yang
terletak di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Pada tahun 1984, struktur organisasi
Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri disusun semula dan diperbesarkan.
Lanjutan daripada itu pada 1 Ramadhan 1405 (21 Mei 1985), nama bahagian Ugama
telah ditukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri.

c. 1985-1996

Pada Mei 1985, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) telah berpindah ke
bangunan baru. Mulai tahun 1985, semua cawangan Bahagian Ugama
ditempatkan dalam sebuah bangunan dikenali sebagai Kompleks Pusat Islam
Malaysia, Jalan Perdana, Kuala Lumpur.

Kompleks ini (Kompleks Pusat Islam) telah dibina di atas sebidang tanah
seluas 2.43 hektar berhampiran Masjid Negara dengan perbelanjaan RM58 juta.
Kompeks ini mengandungi bangunan menara 11 tingkat yang turut menempatkan
bilik-bilik kuliah, serta sebuah auditorium yang boleh menempatkan 1,500 orang,
sebuah bangunan 3 tingkat untuk Perpustakaan Awam Islam, Balai Pameran
Islam dan Maáhad Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat.

Fungsi BAHEIS adalah untuk melaksanakan salah satu program di bawah
Jabatan Perdana Menteri iaitu Pentadbiran Hal Ehwal Islam. Bidang tugas
program ini meliputi semua jenis tugas badan-badan perancang dan penyelaras
yang dapat dirumuskan seperti berikut:-

1. Merancang & Menyelaras. Ini meliputi usaha-usaha untuk memperbaiki dan
menyeragamkan undang-undang dan pentadbiran yang berkaitan dengan hal
ehwal Islam, hukum syarak dan pelajaran agama Islam di seluruh negara.

2. Menilai dan memberi cadangan terhadap aktiviti keIslaman yang dijalankan oleh
agensi kerajaan dan swasta bagi memastikan tida k berlaku pertentangan
antara kepentingan negara dengan kepentingan Islam.

3. Merancang aktiviti-aktiviti untuk membantu Pihak Berkuasa Agama Islam
Negeri-negeri dalam bidang dakwah Islamiah.

4. Membantu dalam usaha-usaha untuk mewujudkan dan meningkatkan
kerjasama antara negara Malaysia dengan negara-negara luar dan badan-
badan antarabangsa dalam bidang dakwah Islamiyah dan pembangunan
keilmuan Islam.

6

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

d. 1997-2003
Selaras dengan perkembangan negara dan keperluan masyarakat Islam

semasa, BAHEIS telah disusun semula.
Mesyuarat Jawatankuasa kemajuan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JKI)

kali ke-24 pada 24 Jun 1995 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Petugas
Menyusun Semula Fungsi Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan diberi
tanggungjawab untuk meniliti cadangan penyusunan semula fungsi dan organisasi
BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri.Pada 1 Januari 1997, BAHEIS telah dinaik
taraf menjadi JAKIM, Jabatan Perdana Menteri. Pada awal penubuhan,

3. BIDANG KUASA JAKIM

Bidang kuasa JAKIM mempunyai 14 bahagian dan kemudian berkembang ke 19
bahagian selari dengan perkembangan semasa.
o Bahagian Penyelidikan.
o Bahagian Dakwah.
o Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa.
o Bahagian Pentadbiran Kewangan.
o Bahagian Penerbitan.
o Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam.
o Darul Quran.
o Bahagian Latihan.
o Institut Latihan Islam Malaysia.
o Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid.
o Bahagian Pembangunan Media Elektronik dan Penyiaran.
o Bahagian Informasi Islam.
o Bahagian Penasihat Undang-undang.
o Cawangan Audit Dalaman.
o Bahagian penyelarasan penguatkuasaan Undang-undang.

7

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

o Bahagian Penyelaras Baitulmal.

o Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Orang Islam.

JAKIM diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh tiga orang
Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Dasar, Timbalan Ketua
Pengarah Pembangunan Insan, dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan.Pada
masa ini JAKIM beroperasi di Kompleks Islam Putrajaya (sejak 1 Disember 216).

.

a. Bahagian Pembangunan Media Elektronik dan Penyiaran:

VISI

Meningkatkan kefahaman Islam menerusi media elektronik bagi melahirkan
masyarakat yang bermaklumat, progresif dan berakhlak mulia berteraskan tiga
pendekatan iaitu Rahmatan lil alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia.

MISI

Menyampaikan maklumat agama kepada rakyat dengan tepat ke arah

penghayatan Islamyang menyeluruh.

OBJEKTIF
Menyiarkan rancangan agama radio dan televisyen bagi membangun
keperibadian ummah berteraskan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

FUNGSI

1.Penerbitan Rancangan Agama TV

Aktiviti :
i) Penerbitan luar studio

ii) Penerbitan dalam studio
iii) Penerbitan siaran langsung
iv) Liputan untuk berita tv

2. Penerbitan Rancangan Agama Radio
Aktiviti : i) Penerbitan luar studio
ii) Penerbitan dalam studio
iii) Penerbitan siaran langsung
iv) Siaran radio Salam FM bersiaran di konti Asyik FM menerusi frekuensi
91.1 pada setiap hari bermula dari jam 11.00 malam hingga 8.00 pagi

8

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

3. Penerbitan “Live Streaming” Rancangan Agama TV dan Radio
b. Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid

VISI
 Memperkasakan Jabatan Agama Islam ke arah Pembentukan Khairu Ummah

FUNGSI UTAMA

 Mengurus pelantikan dan menyelaras pelaksanaan tugas-tugas Pendaftar dan
Penolong Pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju' negeri Perak

 Menyelaras pentadbiran pengurusan perkahwinan, perceraian dan ruju' negeri
Perak.

 Menguruskan pemberian permit kepada syarikat yang mengendalikan kursus
praperkahwinan Islam di negeri Perak

 Memberi perkhidmatan kaunseling kekeluargaan kepada masyarakat.

 Menyediakan PPKI dan PPS sebagai tempat rujukan orang awam menyelesaikan
masalah.

 Mengadakan program kekeluargaan dengan kerjasama dengan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia dan lain-lain jabatan.

UNIT 1: PENDAFTARAN PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU'.

 Memproses permohonan pendaftaran perkahwinan, perceraian dan ruju'.
 Memproses permohonan salinan sijil nikah, cerai dan ruju'.
 Mengurus perlantikan Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong-Penolong

Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' dan Wali Hakim.

UNIT 2: PEMBANGUNAN KELUARGA
 Memantau perlaksanaan kursus pra perkahwinan Islam.
 Menyelenggara kursus-kursus kekeluargaan Islam

UNIT 3: KHIDMAT NASIHAT

9

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

 Menguruskan aduan dan memberi khidmat nasihat kekeluargaan.

UNIT 4: PUSAT PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM (PPKI) DAN PUSAT
PEMBANGUNAN SOSIAL (PPS)
 Menyelaras dan memantau PPKI dan PPS
 Menyelaras publisiti pusat.

c. Bahagian Penasihat Undang-undang

Bahagian Penasihat Undang-Undang bagi menguruskan isu-isu yang
berkaitan dengan khidmat nasihat perundangan sama ada sivil atau Syarak.
Bahagian Penasihat Undang-Undang diterajui oleh Pengarah (Peguam Kanan
Persekutuan, Pegawai Undang-Undang) Gred L1 dan dibantu oleh seorang
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N9 di mana jawatan ini diwujudkan
mengikut Waran Perjawatan Bil. 53 Tahun 1997 bertarikh 8 Mac 1997.

Isu-isu perundangan Islam yang lain seperti penyelidikan undang-undang
Islam dan penggubalan undang-undang Islam adalah di bawah tanggungjawab
Cawangan Pembangunan Undang-Undang yang diwujudkan di Bahagian
Penyelidikan yang terdiri daripada seorang Ketua Penolong Pengarah Gred S2, 4
orang Penolong Pengarah Gred S3, seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
Gred S5 dan 2 orang Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S7.Jawatan ini diwujudkan
mengikut Waran Perjawatan Bil. 53 Tahun 1997 bertarikh 8 Mac 1997.

Pada tahun 1998, Jakim telah merombak struktur organisasinya secara
pentadbiran dan menggabungkan Bahagian Penasihat Undang-Undang dengan
Cawangan Pembangunan Undang-Undang di Bahagian Penyelidikan dan
dinamakan sebagai Bahagian Undang-Undang. Bahagian Undang-Undang
diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Jakim dan mempunyai 5 cawangan
seperti yang berikut –
i. Jurnal Hukum & Isu Semasa
ii. Penyelidikan
iii. Penyelarasan
iv. Penguatkuasaan & Pendakwaan

10

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

v. Gubalan

Asas penggabungan ini adalah untuk menangani hal-hal berkaitan penyelidikan undang-
undang Islam, pindaan serta penggubalan undang-undang Islam, penyelarasan undang-
undang Islam dan segala isu-isu berkaitan dengan undang-undang Islam yang dirujuk
kepada Jakim.

d. Bahagian Pengurusan Halal

MISI

Memastikan semua produk yang diberikan sijil halal atau yang menggunakan perbahasan
halal adalah suci dan halal mengikut lunas-lunas syarak.

VISI

Menjadi sebuah pusat perkhidmatan pensijilan halal yang berwibawa dan diiktiraf di
peringkat nasional dan antarabangsa.

OBJEKTIF

Mengkaji, mengesahkan dan mengawal selia semua produk makanan dan barangan
gunaan Islam supaya terjamin suci dan halal dengan cekap dan berkesan.

FUNGSI

Sebagai pihak berkuasa berwibawa dalam Pensijilan Halal Malaysia merangkumi
Pengesahan halal, pemeriksaan dan pengesahan halal rumah sembelih luar negara;
penganalisaan sampel produk, penyampaian maklumat dan khidmat nasihat halal, serta
penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011.

11

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

e. Bahagian Pendidikan Islam

VISI

BPI peneraju Pendidikan Islam bertaraf dunia dalam menjana generasi berilmu, beriman
dan beramal soleh untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat

MISI

Mempertingkat kualiti PI melalui pengurusan yang cemerlang ke arah menghasilkan
modal insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia

OBJEKTIF

Dalam mencapai visi dan misi, BPI telah menetapkan objektif untuk memperkasakan
Pendidikan Islam (PI), Bahasa Arab (BA), Institusi Pendidikan Agama (IPA) dan Dakwah
dalam aspek berikut:

 Pengoperasian dasar PI, BA, IPA dan Dakwah yang lengkap dan komprehensif
mengikut kehendak dan keperluan pendidikan

 Pelaksanaan arahan dan keputusan pihak pengurusan tertinggi KPM berkaitan
dengan PI, BA, IPA dan Dakwah

 Pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan ICT dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan dalam persekitaran kerja yang kondusif

 Pembangunan, perolehan, penyelidikan, inovasi, kejurulatihan, promosi dan
pendokumentasian

 Perancangan dan pelaksanaan program dakwah, kepimpinan, pengukuhan nilai dan
pengembangan syiar Islam kepada warga KPM

 Pengurusan sumber manusia
 Pengurusan HEM dan kokurikulum serta prasarana dan kemudahan IPA KPM
 Pengurusan bantuan SAR KAFA
 Hubungan dan kerjasama antara BPI dengan semua agensi berkaitan dalam dan luar

negeri secara permuafakatan

FUNGSI

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Dasar Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab serta segala keperluan yang berkaitan dengannya; dan urusan
maklum balas isu dan aduan pelanggan, keurusetiaan dan perhubungan;

12

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan hal ehwal Guru Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab di sekolah harian, personel IPA KPM dan urusan sumber
manusia BPI;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian Program j-QAF, Kelas
Kemahiran al-Quran dan KAA; Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Prasekolah dan
serta penyelarasan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA);

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pengoperasian kurikulum Pendidikan
Islam Teras, Pengajian Islam Elektif dan bahasa Arab; penyelarasan Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) dan kurikulum Dini/Azhari;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan data, maklumat dan
dokumentasi serta galeri Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan IPA KPM serta tadbir
urus ICT BPI;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan mengawal selia urusan kewangan dan
pentadbiran dan perolehan BPI;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan kualiti
pengurusan dan aktiviti BPI;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pentadbiran IPA KPM dan
pelaksanaan dasar yang berkaitan dengannya;

 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan akademik di IPA KPM;
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan pembangunan hal ehwal murid

di IPA KPM;
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan, penyediaan

perkhidmatan dan bantuan pembangunan fizikal di IPA KPM;
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai bantuan perolehan program

Pendidikan Islam dan bantuan kewangan kepada SAR dan SAR KAFA;
 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengukuhan,

kawalan dan penghayatan akidah serta pemikiran Islam;
 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah Islamiah

dan kepimpinan Islam;
 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pembangunan

akhlak dan nilai Islam;
 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program pengembangan

budaya dan syiar Islam;
 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai urusan peningkatan inovasi dan tajdid

pengurusan dan aktiviti PI;
 Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan wacana, kajian dan latihan dalam

perkhidmatan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;
 Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan promosi dan penerbitan

Pendidikan Islam dan Bahasa Arab;dan

13

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

 Merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan pengantarabangsaan
Pendidikan Islam.

4. CABARAN JAKIM MASA HADAPAN

Sebagai sebuah institusi pentadbiran, ia pasti terdedah kepada kelemahan
tertentu, namun kelemahan itu sekiranya wujud, tidak sehingga harus membawa
kepada penolakan terhadap peranan utama yang dimainkan JAKIM dalam konteks
pembangunan ummah yang menyeluruh.

Sekiranya wujud sikap penafian oleh sebahagian masyarakat terhadap peranan
penting JAKIM disebabkan oleh beberapa kelemahan tertentu yang boleh diatasi dan
ditambah baik, maka ia satu tindakan yang amat tidak bijaksana.

JAKIM berdepan cabaran tersendiri dalam menjayakan peranan dan tugas
penyelarasannya, antaranya harus berdepan dengan sikap negatif sebahagian
masyarakat Muslim sendiri yang memiliki tanggapan prejudis terhadap peranan itu.
Mereka ini terpengaruh dengan pandangan bahawa agama sebagai nilai dalam amalan
individu.

Pandangan ini kritikal terhadap agama dalam bentuk sistem yang diinstitusikan,
apatah lagi apabila kegiatannya memperoleh dana daripada sumber perbelanjaan
negara. Pandangan negatif ini berpunca, antaranya kerana salah faham terhadap
kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberi pengiktirafan kepada
langkah pemerkasaannya sejajar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Cabaran lain yang perlu diatasi JAKIM ialah untuk menjalankan penyelarasan hal
ehwal agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan
dan berwaspada supaya tidak melanggar garis tanggungjawab yang menjadi hak
pentadbiran pada peringkat negeri.

Cabaran ini boleh diatasi dengan penjelasan yang sempurna dan persefahaman
skop kerja yang boleh ditambah baik secara muafakat di antara pentadbir hal ehwal Islam
negeri dan Persekutuan.

Peranan penyelarasan agama hari ini semakin dituntut, tidak sahaja dalam aspek
memudahkan hal ehwal pembangunan dan kemajuan agama, malah dalam konteks
menangani serangan pemikiran dan budaya luar yang boleh menggugat jati diri agama
itu sendiri. Dalam era masyarakat terbuka, terdapat aspek agama seperti prinsip dan
kefahaman aqidah dan kepercayaan yang mesti terus dipelihara berpandukan ajaran Ahli
Sunnah Wal Jamaah.

Menerusi penggemblengan bersama segenap sumber ilmu dan penerangan yang
diselaraskan pada peringkat JAKIM, cabaran pemikiran yang boleh menggugat keutuhan

14

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-
aqidah umat Islam akan dapat digerakkan secara seiring pada segenap peringkat
masyarakat di seluruh negara. Umat Islam mengharapkan kumpulan perunding bagi
kajian mengenai peranan institusi Islam di negara ini hendaklah mengambil kira latar
sejarah umat Islam secara menyeluruh dan mesti menilai secara objektif kebijaksanaan
pentadbiran Islam yang diwarisi dalam konteks negara ini sejak sekian lama.
Penilaian menyeluruh yang dipandu oleh niat yang murni dan luhur akan membawa
kepada jalan keluar terbaik kepada kepentingan umat Islam dalam menempuh cabaran
kehidupan yang serba rencam di dunia terbuka pada hari ini.

5. LOGO JAKIM

15

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-
16

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-
17

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

6. PENUTUP

Peranan JAKIM begitu dituntut bagi menangani realiti struktur kuasa
pentadbiran Islam yang bersifat majmuk di negara ini. Kuasa pentadbiran Islam di
negara kita tidak berpusat kerana setiap negeri di Malaysia mempunyai hak
perundangan tersendiri dalam urusan pentadbiran hal ehwal Islam.Realiti ini
memberikan kelebihan tersendiri, terutama ia membuka banyak ruang kreativiti dan
inovasi dalam pemerkasaan pentadbiran Islam dan pembangunan ummah di setiap
negeri.

Namun, pemecahan kuasa pentadbiran Islam tanpa suatu ikatan penyelarasan
bersama juga menimbulkan kesulitan tertentu, malah menyumbang kepada
pertindihan tugasan serta semangat guna sama sumber bagi kepentingan hal ehwal
pembangunan agama dan kemajuan ummah. Tambahan lagi, terdapat banyak aspek
dalam pentadbiran Islam di setiap negeri yang saling berkongsi kepentingan bersama.

Kebijaksanaan yang diamalkan JAKIM menjadikannya institusi yang amat
mesra dalam kalangan masyarakat Islam terbanyak. Malah, JAKIM amat dihormati dan
diiktiraf sebagai badan penaung utama pembangunan ummah di negara ini oleh
seluruh masyarakat Islam.

7. RUJUKAN
Artikel ini adalah terbitan website Islam.gov.my bertajuk “Profil & Sejarah Jakim”.

18

od & Nama Kursus : MPU 11012 PENGAJIAN MALAYSIA
Jenis Pentaksiran : TUGASAN 2
CLO yang dinilai : HPK 2 - Menyedari sikap dan tanggungjawab yang signifikan

Nama Pelajar :
No. Pendaftaran :
Kelas :

Kriteria Sub Kriteria Pembera 5 – Sangat Baik 4 – Baik
t Kriteria

(%)

Mencari dan Boleh memilih2 Boleh memilih Bol
Mengurus maklumat yang
Pelbagai Bentuk Penapisan sangat tepat maklumat yang tepat yan
Maklumat1 maklumat
10%

Membina 20% Menunjukkan4 Boleh menunjukkan Bol
Kerja Berpasukan3 hubungan baik hubungan baik, dan hub
dan bekerjasama bekerjasama untuk bek
hubungan baik dengan secara mencapai objektif me
berkesan dalam yang sam sam
mencapai objektif sed

1 Cls 3d; LOD 7 iCGPA
2 Domain A2
3 Cls 3d; LOD 5 iCGPA
4 Domain A1

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

terhadap sistem politik dan pembinaan negara bangsa ( A1 , CLS 3b )

3 – Sederhana 2 – Lemah 1 –Sangat Lemah Skor
Pencapaian
leh memilih maklumat Boleh memilih maklumat Tidak boleh memilih
ng memuaskan yang terhad maklumat yang __ / 5 x 10%
diperlukan. = ____

leh menunjukkan Boleh menunjukkan Tiada kebolehan __ / 5 x 20%
bungan baik, dan hubungan baik, dan menunjukkan hubungan = ____
kerjasama untuk bekerjasama dengan kesan baik dan bekerjasama
encapai objektif yang terhad untuk mencapai secara berkesan dalam
ma dan memerlukan objektif yang sama tetapi mencapai objektif
dikit penambahbaikan memerlukan
penambahbaikan.

19

Mengamalkan2 Mengamalkan sikap Men

sikap hormat dan hormat dan menerima horm

Menghormati menerima dengan dengan baik pendapat pen
dan menerima
pendapat 20% sangat baik ahli kumpulan bagi bag
20%
Kepimpinan pendapat ahli mencapai objektif. men
Berkesan
kumpulan bagi

mencapai objektif.

Menunjukkan4 Menunjukkan Men
mem
bukti jelas kebolehan men
berk
kebolehan memimpin sehingga mem
pen
Kepimpinan3 memimpin dengan projek

berkesan dalam mencapai objektif

mencapai objektif. dengan berkesan.

Kejelasan Idea 20% Boleh Boleh Bol
10% membentangkan membentangkan idea
Komunikasi Lisan3 2 idea dalam idea dalam bentuk den
bentuk video video dengan jelas.
Keberkesanan dengan sangat
dan Artikulasi jelas.
Idea
Boleh Boleh bertanyakan Bole
bertanyakan4 soalan dengan soal
soalan dengan berkesan dan nam
sangat berkesan petah. mem
dan petah. pen

JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-

ngamalkan sikap Kurang mengamalkan Tidak mengamalkan __ / 5 x 20%
mat dan menerima sikap hormat dan sikap hormat dan = ____
ndapat ahli kumpulan menerima pendapat ahli menerima
gi kumpulan alam pendapat anggota __ /5 x 20%
ncapai objektif. mencapai objektif kumpulan sehingga = ____
kumpulan. menimbulkan konflik.

nunjukkan kebolehan Menunjukkan kebolehan Tidak dapat
mimpin sehingga projek memimpin sehingga projek menunjukkan bukti
ncapai objektif dengan mencapai objektif tetapi jelas kebolehan
kesan yang baik dan dengan kesan yang terhad memimpin secara
merlukan sedikit dan memerlukan berkesan dalam
nambahbaikan. penambahbaikan. mencapai objektif.

leh membentangkan Boleh membentangkan idea Tidak boleh
a dalam bentuk video
ngan memuaskan dalam bentuk video dengan membentangkan idea

lemah. dalam bentuk video __ / 5 x 20%
= ____
dengan sangat lemah.

eh bertanyakan Boleh bertanyakan soalan Tidak boleh __ / 5 x 10%
lan dengan berkesan dengan berkesan namun bertanyakan soalan = ____
mun memerlukan dengan berkesan.
merlukan sedikit penambahbaikan lanjut.
nambahbaikan.

JUMLAH KESELURUHAN ______/ 100 x
25 %

= ________

20



JAKIM -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia-
21


Click to View FlipBook Version