KAJIAN NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5
NAMA:MUHAMMAD AMIZAN BIN
JAMALUDIN
KELAS:4 HAITHAM
NO MAKTAB:PB 180143
HR:CIKGU KAMAL IHSAN
ISI KANDUNGAN
ABSTRAK
PENGHARGAAN
1. BAB 1: PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG (APA MAKSUD NOVEL)
1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3. PENYATAAN MASALAH (BAGAIMANA UTK MENARIK PELAJAR
MINAT MEMBACA NOVEL)
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
1.5. SKOP PENYELIDIKAN (8 NOVEL)
1.6. HIPOTESIS AWAL (PANDANGAN AWAL BERKAITAN 8 NOVEL)
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2. SINOPSIS 8 NOVEL
2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL (APA YANG MENJADI TARIKAN DALAM
SETIAP NOVEL-CERITA DALAM PERENGGAN BAGI SETIAP NOVEL)
3. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKAN FIKSYEN) PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA (RUJUKAN 8 NOVEL DARI MANA)
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
(PENGALAMAN)
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN (NILAI, PENGAJARAN DALAM
MASYARAKAT REALITI)
3.9. KEDUDUKAN NOVEL ( PILIH NOVEL YANG PALING DIGEMARI)
3.10. KESIMPULAN (BERKAITAN 8 NOVEL)
4. BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA)
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL)
4.3. HIPOTESIS AKHIR
4.4. PENUTUP
4.5. RUJUKAN
ABSTRAK
Saya telah mengkaji tentang ringkasan novel – novel untuk Sijil
Pembelajaran Malaysia (SPM) terdiri daripada novel tingkatan empat dan lima.
Novel yang digunakkan bagi tingkatan empat ialah Di Sebalik Dinara, Leftenan
Adnan Wira, Jendela Menghadap Jalan dan Pantai Kasih. Seterusnya bagi
tingkatan lima pula ialah Songket Berbenang Emas ,Tirani , Silir daksina dan
Bimasakti Menari.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru kerana telah membantu
dalam melengkapkan tugasan ini tidak lupa juga rakan-rakan saya yang
membimbing dan kepada ibu bapa yang sentiasa membantu bagi memudahkan
uruskan menyiapkan tugasan ini.
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN-LATAR BELAKANG
Novel merupakan suatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang
yang ditulis oleh seorang penulis yang mengandungi rangkaian cerita
kehidupan seorang watak dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan
perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam kisah yang diceritakan secara
bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan, konflik dan
peleraian.
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
Fiksyen adalah sebarang bentuk naratif yang berkaitan dengan peristiwa, yang tidak
faktual.karya fiksyen yang baik mesti mempunyai ekspresi di mana watak-watak
diperkenalkan, tetapannya ditubuhkan, dan konflik dimulakan. Bukan fiksyen adalah
akaun naratif fakta mengenai sesuatu subjek. Ia boleh menjadi tepat atau
tidak..Berdasarkan fakta yang bertujuan untuk memberitahu, dan ia adalah mudah,
langsung, dan jelas.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Terdapat pelbagai cara untuk menarik pelajar untuk membaca novel antaranya ialah
membuat halaman buku dengan grafik yang lebih pelbagai untuk menampakkan novel
menarik.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
-Mengkaji tarikan pelajar yang minat membaca novel
-menganalisis tarikan pelajar untuk membaca novel dengan lebih kerap
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
Novel yang dikaji ialah novel dari tingkatan 4 dan tingkatan 5.Novel tingkatan 4 zon 1
ialah Jendela Menghadap Jalan dari negeri Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Seterusnya
novel tingkatan 4 zon 2 ialah Leftanan Adnan dari negeri Selangor,Negeri Sembilan,Kuala
Lumpur dan Putrajaya.Seterusnya novel tingkatan 4 zon 3 ialah Di Sebalik Dinara terdiri dari
negeri Johor,Sabah,Sarawak dan wilayah persekutuan Labuan.Seterusnya novel tingkatan 4
zon 4 ialah Pantai Kasih dari negeri Melaka,Pahang,Terengganu dan kelantan.
Novel tingkatan 5 zon 3 ialah Songket berbenang Emas yang terdiri dari negeri
Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Seterusnya novel tingkatan 5 zon 4 ialah Trani dari
negeri Selangor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur dan Putrajaya.Seterusnya novel tingkatan 5
zon 2 ialah Bimasakti Menari dari negeri Melaka, Pahang,Terengganu dan Kelantan.
Seterusnya novel tingkatan 5 zon 1 ialah Silir Daksina dari negeri Johor,Sabah,Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
1.6 HIPOTESIS AWAL
Pelajar lebih meminati untuk membaca novel fiksyen berbanding novel bukan fiksyen.
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan
manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja.Aktiviti membaca
sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang
dibaca.Tema yang dipilih oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti
dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu
semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih
bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah
minda remaja.
BAB 2: TINJAUAN BACAAN
2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Tingkatan 4- NOVEL Di Sebalik Dinara
Nama Gelaran: Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Terbitan: Penerbit UTM & Utusan Publications
Tahun: 2012
Tingkatan 4-Jendela Menghadap Jalan
Nama Sebenar: RUHAINI MATDARIN
Tarikh lahir: 16 Mac 1981
Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.
Kerjaya: Berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan
Tingkatan 4-Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Nama: Abdul Latip bin Talib
Nama Gelaran: Pak Latip
Tarikh Lahir: 2hb Jun 1954
Tempat Lahir: Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana,
drama televisyen dan novel
Tingkatan 4-Novel Pantai Kasih
Nama: Azmah Nordin
Tarikh Lahir: 10 Januari 1958.
Tempat Lahir: Kulim, Kedah
Akedemik: pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan
Inggeris
Tingkatan 5-Novel Songket Berbenang Emas
Nama: Khairuddin Ayip
Tarikh lahir: 25 Februari 1962
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Tingkatan 5-Novel Tirani
Nama: Bibi Sabariah Hj Abang Awet
Tempat lahir: lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Tingkatan 5-Novel Silir Daksina
Nama: Nizar Parman
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan
Bahasa Melayu sekolah rendah.
Tingkatan 5-Novel Bimasakti Menari
Nama: Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Akedemik: Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana muda
TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas
pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Kerjaya: guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang
2.2 SIPNOSIS
DI SEBALIK DINARA
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan
Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek
mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di
rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah
pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam
tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana
mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan
arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang
meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan
Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari,
Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba
dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle
Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua
orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian,
Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa
Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga
Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan
Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha
tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.
Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada
fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap
kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,
Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan
tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah
sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan.
Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida
yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda
Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha
keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl
melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia.
Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida)
mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga
cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita
cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah
menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab.
Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang
didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya
mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran
tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi.
Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar
rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl
(Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan
Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem,
Aqram terus terdiam.
JENDELA MENGHADAP JALAN
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di
kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan
hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih
kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak
mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun
membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke
kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi
bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari
bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak
diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-
anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak
bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat
dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga
pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah
kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
LEFTANAN ADNAN WIRA BANGSA
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu
masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah
dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak
Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang
anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak
Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan
perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan
akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut
membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak
suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang
buruan inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat
patriotik
yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang
sejarah tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu
mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini
dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir
dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan
Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk
kampungnya.Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed
Syeikh Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk
Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan
pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada
agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan
dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan
dapat dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu
menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis
sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran
Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan
daripada
masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh
agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu
tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu
di sekolah aliran inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang
Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah
dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih
pemerintahan
negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-
teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi
askar.Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu
Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu
untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga
yang diadakan di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan
menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali
barut Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau
menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu
dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa Sophia dan
anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan
isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau
mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah
Tanah
Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu
menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan
percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan
anggota sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi
232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun
mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama
Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai melayu,11
pegawai waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar
Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab
untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila
yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan
mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal
tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan
isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada
8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang
pantai.Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang
pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India
yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus bertahan
dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu
yang
sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan
setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh
Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di
Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di
Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara
ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di
sepanjang pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan
Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal
perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang
melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah
mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang
dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan
dapat ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan
di Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan
yang hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan
ke Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang
anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15
Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran
hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
PANTAI KASIH
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar
menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang
komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan
itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang
serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada
pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya
memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan
Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-
lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat
hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang
perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor
Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang
adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi
ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia
memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu
Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-
ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan ditugaskan
untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami
kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas
oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan
sederhana.
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh teman-temannya
seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga
mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Ibunya iaitu
Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana kemurungan dan hilang
ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4 Hospital Batu Pahat kerana
pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak mendengar kata / bersikap
degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual kambing peliharaan ayahnya demi
mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga
pada mulanya tidak menghiraukan masalah yang melanda keluarganya walaupun dia anak
lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia. Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia
ditimpa nasib malang kerana beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek
Kiah juga sering mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan
Seman iaitu bapa saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya
yang diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan
pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa memilih
untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah kelurganya makin
meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di kilang bagi menyara adik-
adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan keputusannya walaupun dinasihati oleh
cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar dari wad, kampung mereka dilanda banjir
besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat
pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik.
Namun begitu, Dahlia tetap tabah mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian
daripada Encik Daim (wakil perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang serong
oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak
dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun Dahlia
tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang menimpanya. Setelah keadaan dan masalah
keluarganya reda, Dahlia mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya semula.
Memandangkan peperiksaan STPM cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November),
Dahlia menemui cikgu Salwani bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis
pertunangannya dengan Azhari pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat
peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk melanjutkan
pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama 4
tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama 6
bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan
semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan dirinya pada 31 Disember, dan pada hari
tersebut juga akan berlangsung minggu suai kenal. Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala
Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke stesen
bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan sumbangan
penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah tersebut Tauke Lim
telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun Azhari sempat bertemu dengan
Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam pertemua tersebut, beliau telah
menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia
agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia
berada.
TIRANI
Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran
dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental, Cerita novel ini dimulakan dengan kisah
Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang
bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap
desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan
yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak
saudaranya. Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk
melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan
hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah, dan para
pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam
kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya
hingga dia dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. Waheeda
menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan mata dan hidungnya.
Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan,
iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan harinya, Waheeda berbincang
dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis
Chen tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC. Waheeda memaklumkan
kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata yang akan dilaluinya memakan masa
antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket kapal terbang dan meminta
Kamri membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas atau ketupat tolak
bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak. Menurut Dr. Alma Chen, pembedahan
matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman
manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah
keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan.
Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan
hidungnya. Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak
pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan Pegawai
Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai
Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada
bapanya, Datuk Vasser Arief. Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda
yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel.
Kenangan menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada
malam itu. Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak
perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan
sebahagian miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel
Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya yang
masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk
memaklumkan bahawa tulang rawan hidungnya yang dirasakan runtuh. Dr. Rushdi meminta
Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya. Cerita
diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan
digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah. Majlis
perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan berlandaskan adat
serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa mentuanya, Datuk
Vasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi satu
syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan
penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa itu mewujudkan perasaan cemburu serta salah
sangka yang mendalam terhadap kesetiaan Waheeda. Waheeda selamat melahirkan bayi
perempuan dan menerima rawatan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak
dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya,
Raidah. Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara
positif atas ketentuan Allah. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil
laporan DNA tetapi dipertikaikan oleh suaminya. Zahid bertindak nekad dengan menceraikan
isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang
terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan
dan migraine rneroyan akibat tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazidan Raidah menemani
Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam
(Pusrawi, Kuala Lumpur.Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat
seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi. Waheeda dan Ghazi
membeli Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands
dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah setelah pengurusan chalet itu bertukar
tangan. Waheeda tetap cekal membangunkan chalet itu walaupun berasa sedih kerana terpaksa
berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang bersekolah di Sarawak. Waheeda
bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah membesar sebagai gadis sunti yang bijak dan amat
berdikari, serta boleh membantu Lias menyelia Cafe Iwani dan Restoran Iwana. Izzati
bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporan DNA yang sedang diteliti oleh
ibunya, gambar majlis konvokesyennya, dan kecantikan rupa paras ibunya yang berbeza
daripada wajahnya. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah berehat
di Cafe Iwani. Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai perkara seperti perihal keinsafan
atas kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya yang dialaminya di Los Angeles hingga
mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais dapat mengesan bahawa pemuda yang
bernama Zahid itu ialah bekas suami majikannya, Waheeda. Izzati terkejut apabila Zahid
memberitahunya bahawa nama anak gadis yang sebaya dengan dirinya ialah Izzati. Di bilik
penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya yang enggan melihat laporan
DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun lepas. Zahid menangis apabila
memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu
Izzati ialah insan yang dicarinya selama ini. Waheeda terkejut lalu bergegas meninggalkan
Cafe Iwani apabila dia terpandang akan bekas suaminya, Zahid yang sedang berbual-bual
dengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu ibunya tentang penyesalan Zahid atas kesalahan
masa lampaunya tetapi perkara itu sukar diterima oleh Waheeda lantaran kekecewaan hatinya
akibat tindakan kejam Zahid itu. Zahid berasa kesal atas kesalahannya terhadap Waheeda dan
anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda
manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.
SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor
atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini
dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit
demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-
penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi
oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata
kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing
dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat
demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh
musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan
abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa
dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa
orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke
hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya,
Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut,
Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik
menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul
Hafsa
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
TINGKATAN 4
DI SEBALIK DINARA
Novel Di Sebalik Dinara menceritakan tentang seorang perempuan yang bernama
farisya.cerita ini sangat mudah dufahami dan berkaitan dengan sains fiksyen.
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel Jendela Menghadap Jalan menceritakan tentang pengalaman seorang perempuan
berumur 17 tahun yang berasal dari bandar dalam perjalanan pulang ke rumah neneknya.Dia
ditanggkap oleh dua orang lelaki.Cerita ini menarik minat pembaca kerana ianya mewujudkan
sifat ingin tahu.
LEFTANAN ADNAN
Novel Leftanan Adnan menceritakan tentang seorang askar melayu yang berusaha melawan
askar jepun.Cerita ini menceritakan tentang peperangan askar melayu
PANTAI KASIH
Novel Pantai Kasih menceritakan tentang raiha yang berusaha untuk menjadi doktor
pakar.Cerita ini mempunyai jalan cerita yang menarik minat pembaca
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang perempuan bernama dahlia
yang mempunyai pelbagai cabaran yang dihadapi keluarganya.Cerita ini mempunyai
pengajaran yang bermanfaat
SILIR DAKSINA
Novel Silir Daksina menceritakkan tentang seorang lelaki yang bernama haikal yang pulang
ke kampung halamanya untuk menjejakkan warisan arwah ayahnya .Cerita ini agak sedih
TIRANI
Novel Tirani menceritakan tentang seorang gadis bernama waheeda yang mempunyai pelbagai
cabaran dalam mencapai kejayaan dalam bidang pelancongan
BIMASAKTI MENARI
Novel Bimasakti Menari menceritakn tentang seorang perempuan yang bernama nurul hafsa
yang bertugas sebagai pegawai sains Cerita ini mempunyai jalan cerita yang mendebarkan.
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1 JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKAN FIKSYEN) PRPM
Tingkatan 4
1. Di Sebalik Dinara : FIKSYEN
2. Jendela Menghadap Jalan : FIKSYEN
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : FIKSYEN
4. Pantai Kasih : FIKSYEN
Tingkatan 5
1. Songket Berbenang Emas : FIKSYEN
2. Tirani : FIKSYEN
3. Silir Daksina : FIKSYEN
4. Bimasakti Menari : FIKSYEN
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA (RUJUKAN 8 NOVEL DARI MANA)
TARIKH PERKARA
-mencari maklumat berkaitan 8 novel
30 Julai 2021
31 Julai 2021 -mencari maksud novel fiksyen dan bukan fiksyen
-mencari maklumat tentang biografi penulis setiap novel
-mencari sinopsis setiap novel
9 Ogos 2021 -mencari maklumat tentang tema
10 Ogos 2021
13 Ogos 2021 -mencari novel luar negara untuk dibandingkan dengan novel
Malaysia
-membuat rumusan berdasarkan novel
-membuat cadangan penambahbaikan
Penghantaran mini tesis lengkap
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
TINGKATAN 4
1. Di Sebalik Dinara : Persaingan dalam Dunia Sains
2. Jendela Menghadap Jalan : Kecekalan seorang gadis dalam menempuh segala ujian dan
rintangan
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : Keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air
4. Pantai Kasih : Ketabahan hati seorang wanita dalam dalam menempuh pelbagai
rintangan
TINGKATAN 5
1. Songket Berbenang Emas : Kegigihan seorang gadis dalam menempuh segala cabaran
2. Tirani : Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat
melindungi kelemahan diri
3. Silir Daksina : Pengorbanan anak muda dalam mempertahankan warisan seni
kebudayaan
4. Bimasakti Menari : Kegigihan anak muda dalam melestarikan alam sekitar
3.4 Keunikan dalam novel
Keunikan dalam novel ini ialah ia mampu memberikan perasaan yang mendalam kepada semua
pembaca dan membuatkan pembaca berasa senang hati lalu dapat menghilangkan stress.
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
- Persamaan setiap novel Yang dapat saya temui ialah kita sebagai manusia usahlah
berputus asa dalam mencapai matlamat dan impian yang diinginkan.
3.6 Keterbezaan antara 8 novel
- Perbezaan yang saya dapat temui ialah setiap watak utama mempunyai impian untuk
mencapai sesuatu itu sehingga berjaya.
3.7 Perbezaan novel Malaysia dan luar Negara
- Bagi pendapat saya, perbezaan novel Malaysia Dan luar negara ialah Dari segi Bahasa
Yang digunakan di dalam novel.Selain itu novel luar negara lebih menarik isi
kandungannya berbanding novel Di Malaysia.
3.8 Novel dan kehidupan
Nilai Yang selalu ditekankan Dalam setiap novel Yang dapat diaamalkan oleh masyarakat
Ialah nilai bersemangat Dalam mencapai sesuatu perkara sehingga berjaya dan sentiasa
membantu satu sama lain.
3.9 Kedudukan novel paling digemari
1. Adnan Wira Bangsa
2. Bimasakti Menari
3.Silir Daksina
4. Di Sebalik Dinara
5.Tirani
6. Pantai Kasih
7.Songket Berbenang Emas
8.Jendela Menghadap Jalan
3.10 Kesimpulan
kesimpulan yang dapat pada bab ni oleh kajian yang telah dilakukan ialah kesemua novel
mempunyai perbezaan dan persamaan yang tersendiri mengikut penulis yang kreatif.
4. BAB 4 : PENUTUP
4.1 Rumusan kajian
- Rumusan yang dapat dilakukan berdasarkan kajian yang dilakukan oleh saya ialah
murid akan lebih tertarik kepada novel fiksyen dan novel yang melibatkan
golongan muda untuk tidak berputus asa dalam mencapai misi dan cita-cita.
4.2 Implikasi dan cadangan
- Cadangan penambahbaikan daripada pandangan saya ialah penulis mestilah
mengatur jalan cerita dengan lebih baik dan kreatif agar golongan muda dan
pelajar lebih tertarik untuk membaca novel dan diteruskan oleh generasi masa
depan.
4.3 Hipotesis akhir
- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan,kesemua Novel Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5 mempunyai jalan cerita yang menarik minat pembaca untuk
mendalami novel dan mempunyai banyak nilai-nilai murni yang dapat diamalkan
oleh pembaca seperti sifat tidak pernah berputus asa mencapai sesuatu impian.
4.4 Penutup
- Kesimpulan yang dapat saya buat setelah mengkaji novel-novel tingkatan 4 dan
tingkatan 5 ialah golongan muda dan pelajar sewajarnya membaca novel novel ini
kerana mempunyai banyak pengajaran dan nilai untuk digunakan agar kita berjaya di
masa hadapan.
4.5 Rujukan
-Buku teks tingkatan 4 dan 5
-Novel tingkatan 4 dan 5
-http://caeser-rio.blogspot.com/2011/09/pengenalan-novel.html