KAJIAN NOVEL T4 & T5
NAMA:ADAM HARITH BIN ISMAIL.
KELAS:4 KHAZIN
NO. MAKTAB:PB180064
HOMEROOM:CIKGU NORAZILA
Isi Kandungan
ABSTRAK
PENGHARGAAN
1.0 BAB 1: PENGENALAN
1.1. PENDAHULUAN -LATAR BELAKANG (APA MAKSUD NOVEL)
1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
1.3. PENYATAAN MASALAH (BAGAIMANA UTK MENARIK PELAJAR MINAT
MEMBACA NOVEL)
1.4. OBJEKTIF KAJIAN
1.5. SKOP PENYELIDIKAN (8 NOVEL)
1.6. HIPOTESIS AWAL (PANDANGAN AWAL BERKAITAN 8 NOVEL)
1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
2.0 BAB 2 : TINJAUAN BACAAN
2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS
2.2. SINOPSIS 8 NOVEL
2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL (APA YANG MENJADI TARIKAN DALAM SETIAP
NOVEL-CERITA DALAM PERENGGAN BAGI SETIAP NOVEL)
3.0 BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL
3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKAN FIKSYEN) PRPM
3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA (RUJUKAN 8 NOVEL DARI MANA)
3.3. TEMA SETIAP NOVEL
3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL
3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL3.6. KETERBEZAAN
ANTARA 8 NOVEL
3.7. BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA
(PENGALAMAN)
3.8. NOVEL DAN KEHIDUPAN (NILAI, PENGAJARAN DALAM MASYARAKAT
REALITI)
3.9. KEDUDUKAN NOVEL ( PILIH NOVEL YANG PALING DIGEMARI)
3.10. KESIMPULAN (BERKAITAN 8 NOVEL)
4.0 BAB 4 : PENUTUP
4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA)
4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL)
4.3. HIPOTESIS AKHIR
4.4. PENUTUP
1
ABSTRAK
Saya telah melakukan kajian tentang novel-novel untuk sijil pembelajaran (SPM)
terdiri daripada novel tingkatan empat dan novel tingkatan lima.Novel yang digunakan
nagi tingkatan empat ialah Di Sebalik Dinara,Leftenan Adnan Wira ,Jendela Menghadap
Jalan dan Pantai Kasih Sayang.Seterusnya,bagi tingkatan lima pula ialah Songket
Beerbenang Emas,Tirani,Silir daksina dan Bimaksakti Menari.
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana telah
membantu dalam melengakapkan tugasan ini dan tidak lupa jugak kepada rakan-rakan
saya yang membimbing saya serta ibu bapa saya yamh membantu dalam memudahkan
urusan untuk menyiapkan tugasan ini.
BAB 1:PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN –LATAR BELAKANG
Novel ialah cerita kesusasteraan yang ditulis seseorang penulis. Novel diterjemahkan
sebagai cerita panjang atau 'cerpan'. Novel yang mudah ialah hero yang mudah dikenali.
Plotnya berdasarkan permulaan, konflik dan peleraian.
1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
Fiksyen adalah sebarang bentuk naratif yang berkaitan dengan peristiwa, yang
tidak faktual.Watak-watak itu adalah khayalan dan hanya ciptaan penulis.
Terdapat banyak karya sastera fiksyen yang digunakan dalam teater, filem, dan
muzik.
Bukan fiksyen ialah naratif fakta mengenai sesuatu subjek. Ia boleh menjadi
tepat atau tidak atau akaun benar atau palsu subjek. Ia berdasarkan fakta yang
bertujuan untuk memberitahu, dan ia adalah mudah, langsung, dan jelas.
1.3 PERTANYAAN MASALAH
Bagi menarik minat pelajar membaca novel,guru guru haruslah melakukan aktiviti
yang menarik.Guruguru boleh membuat aktiviti seperti pertandingan dan
sebagainya.Seterusnya belajar haruslah rajin membaca bagi memupuk minat dalam
membaca novel.Guru-guru haruslah membimbing pelajar agar pelajar berminat dengan
membaca novel.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
-Mengkaji tarikan pelajar membaca novel
-Menganalisis tarikan pelajar untuk membaca novel
2
1.5 SKOP PENYELIDIKAN
Novel yang dikaji ialah novel dati tingkatan 4 dan tingkatan 5.Novel tingkatan 4 zon 1
ialah Jendela Menghadap Jalan dari negeri Perlis,Kedah,Pulau Pinang dan
Perak.Seterusnya novel tingkatan 4 zon 2 ialah Leftanan Adnan dari negeri
Selangor,Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.Seterusnya novel tingkatan 4
zon 3 ialah Di Sebalik Dinara terdiri dari negeri Johor,Sabah,Sarawak dan wilayah
persekutuan Labuan.Seterusnya novel tingkatan 4 zon 4 ialah Pantai Kasih dari negeri
Melaka,Pahang,Terengganu dan Kelantan.
Novel tingkatan 5 zon 1 ialah Songket berbenang Emas yang terdiri dari negeri
Perlis ,Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Seterusnya novel tingkatan 5 zon 2 ialah Trani dari
negeri Selangor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur dan Putrajaya.Seterusnya novel
tingkatan 5 zon 3 ialah Bimasakti Menari dari negeri Johor,Sabah,Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan.Seterusnya novel tingkatan 5 zon 4 ialah Silir Daksina dari negeri
Melaka, Pahang,Terengganu dan Kelantan.
1.6 HIPOTESIS AWAL
Pelajar lebih tertarik novel fiksyen berbanding novel bukan fiksyen
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam
kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan
remaja.Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang
dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya
berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah
kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi
dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu,
semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja.
BAB 2: TINJAUN BACAAN
2.1 BIOGRAFI PENULIS
Tingkatan 4- NOVEL Di Sebalik Dinara
Nama Gelaran: Dayang Noor
Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Terbitan: Penerbit UTM & Utusan Publications
Tahun: 2012
3
Tingkatan 4-Jendela Menghadap Jalan
Nama Sebenar: RUHAINI MATDARIN
Tarikh lahir: 16 Mac 1981
Tempat Lahir: Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah.
Kerjaya: Berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta tempatan
Tingkatan 4-Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Nama: Abdul Latip bin Talib
Nama Gelaran: Pak Latip
Tarikh Lahir: 2hb Jun 1954
Tempat Lahir: Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana,
drama televisyen dan novel
Tingkatan 4-Novel Pantai Kasih
Nama: Azmah Nordin
Tarikh Lahir: 10 Januari 1958.
Tempat Lahir: Kulim, Kedah
Akedemik: pendidikan rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan
Inggeris
Tingkatan 5-Novel Songket Berbenang Emas
Nama: Khairuddin Ayip
Tarikh lahir: 25 Februari 1962
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist
Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
Tingkatan 5-Novel Tirani
Nama: Bibi Sabariah Hj Abang Awet
Tempat lahir: lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Tingkatan 5-Novel Silir Daksina
Nama: Nizar Parman
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan
Bahasa Melayu sekolah rendah.
Tingkatan 5-Novel Bimasakti Menari
Nama: Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Akedemik: Sekolah Tun Fatimah itu memiliki ijazah sarjana muda
TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan kelayakan ikhtisas
pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Kerjaya: guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang
5
2.2 SIPNOSIS
DI SEBALIK DINARA
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa
disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji
DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana
Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang
disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari,
Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan
sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan
persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada
Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab
yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr.
Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga
kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana
manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan
oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup
kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft
Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh
Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah
berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan
Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin
hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan
tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat
Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit
kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah.
Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia
melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua
malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila
mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah
anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun
Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang
penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk
mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar,
Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak
memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk
menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
6
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl.
Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida
menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui
minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat
Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan
Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram
mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah
Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa
Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung
dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ
kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara
serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang suruhan
mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan
terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar.
Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan
meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal.
Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila
Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia.
Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala.
Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang
terjadi. Melalui telefon,Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang
semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk
menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn
(Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan
kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk
berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada
pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di
Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh
menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha
yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia
tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
JENDELA MENGHADAP JALAN
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di
Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama
nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi
disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama
datuk dan neneknya.
7
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan
dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang
pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan
tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka
beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh
anak-anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan
tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada
ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam
perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran
yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah.
Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka
mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang
dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang
tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh
Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat
yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan
anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang
tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk
berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu
sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan
sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
LEFTANAN ADNAN WIRA BANGSA
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau
dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung
itu masih berada dalam kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah
dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh
Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang
anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak
Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan
perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan
akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut
membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak
suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
8
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat patriotik
yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah
tanah air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang Melayu mengubah
kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan
menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir
dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi
pekerjaannya.Pengetahuan Pak
Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak
Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh
Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan
Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat
patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan
terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada
agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu
keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan
sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang
melayu menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan
menulis sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke
sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu
mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi
akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan
penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar
anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat
Melayu perlu belajar daripada orangInggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang
keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja
caranya untuk mengambil alih pemerintahan
negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal
sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman
dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah
tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai
Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu
untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang
diadakan di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan
menjadi buah mulut di pelosok kampung.
9
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi
tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut
Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadi
pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25
orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu
dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI
di London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan membawa
Sophia dan anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa menghantar
anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang
mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka
juga mahu menjajah Tanah
Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya
menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu
menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan
percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan
kekuatan anggota sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota
baharu menjadi 232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan
platun mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion
Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British,6 pegawai
melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada bulan Mac
1941,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi
tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang
dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan
perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan
mendapati
sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal
penjajap,dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan
askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8
Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat
oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang
pantai.Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di
sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar
India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri.Namun,askar Melayu terus
bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari
ketiga,askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di
Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam
masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota
Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di
10
Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke
Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis
serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun
mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang
pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse
untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang
kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan
serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan
British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal
ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat
ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di
Singapura,askar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang
hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan
ke Rejimen Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya
yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari
1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran
hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
PANTAI KASIH
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai
bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya,
Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu
tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus
menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di
pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang
perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga
perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,
ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah
guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur
surgeri ataupun pembedahan.Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam
spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu.
11
Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah
hospital kerajaan,pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik
pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu
mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain
daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang
menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.
Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah
Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan
itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang
dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat yang pintar dan disenangi oleh
teman-temannya seperti Kavita dan Siti Wangi. Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal
didudukinya. Ibunya iaitu Saleha dimasukkan ke Hospital Permai, Johor Bahru kerana
kemurungan dan hilang ingatan. Ayahnya pula iaitu Embong dimasukkan ke wad 4
Hospital Batu Pahat kerana pahanya dipatuk ular tedung. Adiknya iaitu Abu Bakar tidak
mendengar kata / bersikap degil setelah tersilap memilih rakan. Dia tergamak menjual
kambing peliharaan ayahnya demi mendapatkan wang kerana dia tidak bekerja setelah
mendapat pangkat 3 dalam SPM. Dia juga pada mulanya tidak menghiraukan masalah
yang melanda keluarganya walaupun dia anak lelaki tunggal dalam keluarga Dahlia.
Nenek Kiah pula beranggapan bahawa keluarga Dahlia ditimpa nasib malang kerana
beranggapan rumah yang didiami oleh mereka berhantu. Nenek Kiah juga sering
mencemuh mereka berbanding anak cucunya yang lain. Dengan hasutan Seman iaitu bapa
saudara Dahlia, Nenek Kiah mengambil keputusan untuk menjual tanahnya yang
diduduki / ditumpangi oleh keluarga Dahlia. Namun begitu, Tauke Lim menawarkan
pertolongannya tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran.
12
Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya.
Sementelahan, adik-adiknya iaitu Mawar (pelajar sekolah berasrama penuh), Kiambang
(pelajar tingkat 1 / berusia 13 tahun), Melati (11 tahun) dan Anggerik (1 1/2 tahun) masih
belum mampu berdikari. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa
memilih untuk keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Apabila masalah
kelurganya makin meruncing, Dahlia bertekad untuk berhenti sekolah, dan bekerja di
kilang bagi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. Dahlia tetap dengan
keputusannya walaupun dinasihati oleh cikgu Hisyam. Setelah ibunya dibenarkan keluar
dari wad, kampung mereka dilanda banjir besar. Rumah mereka dihanyutkan manakala
mereka sekeluarga pula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (balai raya bersaiz 50m
X 20m) yang terputus bekalan air dan elektrik. Namun begitu, Dahlia tetap tabah
mengulang kaji pelajarannya sehingga mendapat pujian daripada Encik Daim (wakil
perbadi Ahli Parlimen Sri Gading).
Tekanan kian bertambah kerana hubungan akrabnya dengan Azhari dipandang
serong oleh jiran-jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan
Said tidak dihargai malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau
bagaimanapun Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang
menimpanya. Setelah keadaan dan masalah keluarganya reda, Dahlia mengambil
keputusan untuk menyambung pelajarannya semula. Memandangkan peperiksaan STPM
cuma tinggal seminggu lagi (Hari Isnin- 29 November), Dahlia menemui cikgu Salwani
bagi meminta kebenaran untuk tinggal di asrama. Majlis pertunangannya dengan Azhari
pula akan diadakan pada 30 Disember setelah tamat peperiksaan STPM.
Berkat kesabarannya menghadapi pelbagai dugan hidup, dia terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah
pertama selama 4 tahun. Oleh itu, Dahlia akan mengikuti kursus bahasa Jepun di
Universiti Malaya selama 6 bulan yang bermula 2 Januari. Dahlia dipilih berdasarkan
keputusan SPM dan peperiksaan semesternya yang cemerlang. Dia perlu mendaftarkan
dirinya pada 31 Disember, dan pada hari tersebut juga akan berlangsung minggu suai
kenal.
13
Dengan itu, Dahlia perlu bertolak ke Kuala Lumpur pada 30 Disember iaitu pada hari
pertunangannya.
Dahlia tidak menghadiri majlis pertunangannya kerana keluarga Azhari terlambat
sampai ke rumah keluarga Dahlia ekoran pak cik Azhari yang menjadi jurucakap majlis
pertunangan lambat tiba. Haji Sulaiman iaitu ketua kampung telah menghantar Dahlia ke
stesen bas Bandar Penggaram untuk ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman juga menyerahkan
sumbangan penduduk kampung sebanyak RM500.00 kepada Dahlia. Daripada jumlah
tersebut Tauke Lim telah menyumbang sebanyak RM300.00. walau bagaimanapun
Azhari sempat bertemu dengan Dahlia sebelum bas bertolak ke Kuala Lumpur. Dalam
pertemua tersebut, beliau telah menghadiahi Dahlia sehelai kain songket merah
berbenang emas bagi mengingatkan Dahlia agar dia sentiasa menjaga tatasusila dan
budaya masyarakat Timur walau di mana-mana dia berada.
TIRANI
Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental, Cerita novel ini dimulakan
dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan pembedahan plastik
pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.
Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab mengurus segala
keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang menginap di inap desanya
dengan dibantu oleh sanak saudaranya. Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat
anaknya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana
dianggap bertentangan dengan hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri
mengejutkan Waheeda, Fatimah, dan para pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda
yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan
penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah
seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga dia dikejarkan ke hospital oleh
Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. Waheeda menaiki pesawat ke Singapura
untuk menjalani proses pembedahan mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan
Waheeda di rumahnya di Yishun Street dengan membuat kejutan, iaitu menjengul secara
tiba-tiba dari belakang pintu.
14
Keesokan harinya, Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan
dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan
yang akan dilaksanakan di SMC. Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa
pembedahan hidung dan mata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15
jam. Raidah meminta Ghazi membelikan tiket kapal terbang dan meminta Kamri
membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas atau ketupat tolak
bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak. Menurut Dr. Alma Chen,
pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang
berpengalaman manakala pembedahan hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes.
Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan
sebahagian kos rawatan. Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat
menjalani pembedahan mata dan hidungnya. Petang itu, Waheeda menerima satu berita
yang menggembirakan apabila pihak pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya
untuk temu duga jawatan Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo
de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid
memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Vasser Arief. Anati menceritakan
pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu
Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih manis
apabila Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu. Zahid
menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak perempuan
daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan sebahagian
miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel
Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan kontraknya
yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk
memaklumkan bahawa tulang rawan hidungnya yang dirasakan runtuh. Dr. Rushdi
meminta Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian hidungnya.
Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid
dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan
Fatimah.
15
Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah dan
berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan idea
bapa mentuanya, Datuk Vasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan
Chalet Tajau Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui
Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa
itu mewujudkan perasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap kesetiaan
Waheeda. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik
wad eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid.
Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan
nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan
Allah. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi
dipertikaikan oleh suaminya. Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya,
Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang
terlampau itu. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya itu mengalami masalah
kemurungan dan migraine rneroyan akibat tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazidan
Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat
Rawatan Islam (Pusrawi, Kuala Lumpur.Waheeda menyatakan keinginannya kepada
ibunya untuk berehat seketika di Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di
Pusrawi. Waheeda dan Ghazi membeli Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz
yang terletak di Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah
setelah pengurusan chalet itu bertukar tangan. Waheeda tetap cekal membangunkan chalet
itu walaupun berasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati
yang bersekolah di Sarawak. Waheeda bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah
membesar sebagai gadis sunti yang bijak dan amat berdikari, serta boleh membantu Lias
menyelia Cafe Iwani dan Restoran Iwana. Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda
mengenai kertas laporan DNA yang sedang diteliti oleh ibunya, gambar majlis
konvokesyennya, dan kecantikan rupa paras ibunya yang berbeza daripada wajahnya.
Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah berehat di Cafe Iwani.
16
Mereka berbual-bual tentang berbagai-bagai perkara seperti perihal keinsafan atas
kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya yang dialaminya di Los Angeles
hingga mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais dapat mengesan bahawa pemuda
yang bernama Zahid itu ialah bekas suami majikannya, Waheeda. Izzati terkejut apabila
Zahid memberitahunya bahawa nama anak gadis yang sebaya dengan dirinya ialah Izzati.
Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya yang enggan
melihat laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun lepas. Zahid
menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak
kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati ialah insan yang dicarinya selama ini. Waheeda
terkejut lalu bergegas meninggalkan Cafe Iwani apabila dia terpandang akan bekas
suaminya, Zahid yang sedang berbual-bual dengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu
ibunya tentang penyesalan Zahid atas kesalahan masa lampaunya tetapi perkara itu sukar
diterima oleh Waheeda lantaran kekecewaan hatinya akibat tindakan kejam Zahid itu.
Zahid berasa kesal atas kesalahannya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati.
Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk
ibunya agar memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.
SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup
bersama ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang
didalmnya terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya.
Umi melarang Haiqal ke Johor atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah.
Umi membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah
bin Kayan tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung
kerinduan terhadap anaknya.
17
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang
keras keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah
ayah kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh penduduk kampung.
Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung haiqal seorang yang sangat disegani di
sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya melalui
peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang
amat mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya.
Semenjak ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting
untuk memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan
adik tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan
telah melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
menari.
BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul
Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik
dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat
pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya
runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi
menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
18
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif
akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak
Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya
Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik
berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa
membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan
untuk mengupah tiga orang tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim
mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa
pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya, Budiman cedera dipukul.
Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa
terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas.
Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa
orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor
Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim
Kuala Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali
kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya.
18
Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau
ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan.
Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tua Nurul Hafsa
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL
TINGKATAN 4
Novel Di Sebalik Dinara menceritakan tentang seorang perempuan yang bernama
farisya.cerita ini sangat mudah dufahami dan berkaitan dengan sains fikisyen
JENDELA MENGHADAP JALAN
Novel Jendela Menghadap Jalan menceritakan tentang pengalaman seorang
perempuan berumur 17 tahun yang berasal dari bandar dalam perjalanan pulang ke rumah
neneknya.Dia ditanggkap oleh dua orang lelaki.Cerita ini menarik minat pembaca kerana
ianya mewujudkan sifat ingin tahu.
LEFTANAN ADNAN
Novel Leftanan Adnan menceritakan tentang seorang askar melayu yang berusaha
melawan askar jepun.Cerita ini menceritakan tentang peperangan askar melayu
PANTAI KASIH
Novel Pantai Kasih menceritakan tentang raiha yang berusaha untuk menjadi doktor
pakar.Cerita ini mempunyai jalan cerita yang menarik minat pembaca
SONGKET BERBENANG EMAS
Novel Songket Berbenang Emas menceritakan tentang seorang perempuan bernama
dahlia yang mempunyai pelbagai cabaran yang dihadapi keluarganya.Cerita ini
mempunyai pengajaran yang bermanfaat
18
SILIR DAKSINA
Novel Silir Daksina menceritakkan tentang seorang lelaki yang bernama haikal yang
pulang ke kampung halamanya untuk menjejakkan warisan arwah ayahnya .Cerita ini
agak sedih
TIRANI
Novel Tirani menceritakan tentang seorang gadis bernama waheeda yang mempunyai
pelbagai cabaran dalam mencapai kejayaan dalam bidang pelancongan
BIMASAKTI MENARI
Novel Bimasakti Menari menceritakn tentang seorang perempuan yang bernama nurul
hafsa yang bertugas sebagai pegawai sains Cerita ini mempunyai jalan cerita yang
mendebarkan.
BAB 3:METODOLOGI KAJIAN & NOVEL
3.1 JENIS NOVEL(Fiksyen/Bukan Fiksyen)
TINGKATAN 4
1. Di Sebalik Dinara : FIKSYEN
2. Jendela Menghadap Jalan : FIKSYEN
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : FIKSYEN
4. Pantai Kasih : FIKSYEN
Tingkatan 5
1. Songket Berbenang Emas : FIKSYEN
2. Tirani : FIKSYEN
3. Silir Daksina : FIKSYEN
4. Bimasakti Menari : FIKSYEN
19
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA (RUJUKAN 8 NOVEL)
TARIKH PERKARA
3O JULAI 2021
-Mencari maklumat berkaitan 8 novel
31 JULAI 2021 -Mencari maksud novel fiksyen dan bukan
fiksyen
9 OGOS 2021 -Mencari maklumat tentang biografi
penulis setiap novel
10 OGOS 2021 -Mencari sinopsis setiap novel
13 OGOS 2021 -Mencari maklumat tentang tema
-Mencari novel luar negara untuk
dibandingkan dengan novel Malaysia
-Membuat rumusan berdasarkan novel
-Membuat cadangan penambahbaikan
Penghantaran mini thesis lengkap
3.3 TEMA SETIAP NOVEL
TINGKATAN 4
1. Di Sebalik Dinara : Persaingan dalam Dunia Sains
2. Jendela Menghadap Jalan : Kecekalan seorang gadis dalam menempuh segala ujian
dan rintangan
3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : Keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan tanah air
4. Pantai Kasih : Ketabahan hati seorang wanita dalam dalam menempuh pelbagai
rintangan
TINGKATAN 5
1. Songket Berbenang Emas : Kegigihan seorang gadis dalam menempuh segala
cabaran
2. Tirani : Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang
dapat melindungi kelemahan diri
3. Silir Daksina : Pengorbanan anak muda dalam mempertahankan warisan seni
kebudayaan
4. Bimasakti Menari : Kegigihan anak muda dalam melestarikan alam sekitar
20
3.4 KEUNIKAN NOVEL
-Keuniakan Dalam novel membuatkan sesebuah novel itu menjadi lebih menarik
mengikut Gaya Yang tersendiri.
3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL
-Persamaan setiap novel Yang dapat saya temui ialah tidak berputus asa dalam mencapai
matlamat dan impian yang diinginkan.
3.6 Keterbezaan antara 8 novel
-Perbezaan yang dapat saya temui ialah setiap watak utama mempunyai impian untuk
mencapai sesuatu itu sehingga berjaya.
3.7 Perbezaan novel Malaysia dan luar Negara
-Bagi pendapat saya, perbezaan novel Malaysia dan luar negara ialah dari segi Bahasa
Yang digunakan.Selain itu novel luar negara lebih menarik jalan ceritanya berbanding
novel Di Malaysia.
3.8 Novel dan kehidupan
-Nilai Yang selalu ditekankan Dalam setiap novel Yang dapat diaamalkan oleh
masyarakat Ialah nilai bersemangat dalam mencapai sesuatu perkara sehingga berjaya.
3.9 KEDUDUKAN NOVEL YANG DIGEMARI
1. Leftenan Adnan Wira Bangsa
2. Bimasakti Menari
3. Di Sebalik Dinara
4. Pantai Kasih
5. Songket Berbenang Emas
6. Tirani
7. Silir Daksina
8. Jendela Menghadap Jalan
21
3.10 Kesimpulan
-Kesimpulan untuk Bab ni Yang dapat diperoleh oleh kajian Yang telah dilakukan
ialah kesemua novel mempunyai perbezaan Dan persamaan Yang tersendiri mengikut
penulis Yang kreatif.
BAB 4:PENUTUP
4.1-Rumusan kajian
- Rumusan Yang dapat dilakukakan berdasar kajian saya telah lakukan ialah murid
akan lebih tertarik kepada novel fiksyen Dan novel Yang melibatkan golongan muda
untuk tidal berputus asa
4.2-Implikasi dan cadangan
- Cadangan penambahbaikan Daripada pandangan saya ialah penulis mesti lah
mengatur jalan cerita dengan lebih baik Dan kreatif agar golongan muda Dan pelajar
lebih tertarik untuk membaca novel
4.3-Hipotesis akhir
- Berdasarkan kajian Yang telah dilakukan, novel novel tingkatan 4 Dan tingkatan 5
mempunyai jalan cerita Yang menarik Dan mempunyai Banyak nilai nilai murni Yang
dapat diaamalkan oleh pembaca seperti sifat tidak pernah berputus asa mencapai sesuatu
impian
4.4-Penutup
- Kesimpulan Yang dapat saya buat setelah mengkaji novel novel tingkatan 4 Dan
tingkatan 5 ialah golongan muda Dan pelajar sewarlah membaca novel novel in keraana
mempunyai Banyak pengajaran Dan nilai untuk Kita berjaya Di masa hadapan.
4.5-Rujukan
1.Saya membuat rujukan melalui laman sesawang Google
-https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html?m=1
2.Saya juga membuat rujukan dengan sahabat saya dari MRSM lain
22