The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d085733, 2021-01-29 23:29:31

NOORATIKA BT ABDUL MAJID

Pentaksiran Akhir BSJ 3022

Bahagian A (20 Markah)

1. Apakah yang dimaksud dengan “sejarah” secara etimologi dan terminologi? Apakah itu tulisan
jawi?

Maksud Sejarah

Etimologi Terminologi Tulisan Jawi Contoh

Menurut Prof Dr H. Ismaun, Menurut Robert V. Daniels, Sejarah Menurut G.H Werndly, istilah Jawi ‫مولا‬
perkataan sejarah mula-mula ialah kenangan pengalaman umat boleh dikaitkan dengan perkataan ‫باسه‬
berasal dari bahasa Arab “syajara”,
artinya terjadi, “syajaratun” (baca: manusia. Jawa seperti yang disebut oleh
syajarah) artinya pohon kayu. Morco Polo sebagai nama lama

bagi Pulau Sumatera

Rajah menunjukkan ringkasan definisi Sejarah

Etimologi:

Kata sejarah secara harafiah berasal dari kata Arab (‫ @ شجرة‬šajaratun) yang erti bermaksud pokok.
Dalam bahasa Arab sendiri, sejarah disebut sebagai tarikh ( ‫) تاريخ‬. Adapun kata tarikh dalam
bahasa Indonesia ertinya kurang lebih adalah waktu. Kata Sejarah lebih kepada bahasa Greece
iaitu historia yang bererti ilmu atau orang bijak pandai. Kemudian dalam bahasa Inggeris menjadi
history, yang bererti masa lalu manusia. Kata lain yang mendekati istilah tersebut adalah
Geschichte yang bererti sudah terjadi. Dalam istilah bahasa-bahasa Eropah, asal usul istilah sejarah
yang dipakai dalam literatur bahasa Melayu / Indonesia itu terdapat pelbagai versi, meskipun

begitu banyak yang mengakui bahawa istilah sejarah berasal dari bahasa Greece historia. Dalam
bahasa Inggeris dikenal dengan history, bahasa Perancis historie, bahasa Italia storia, bahasa
Jerman geschichte, yang bererti yang terjadi, dan bahasa Belanda dikenal gescheiedenis. Istilah ini
masuk dalam bahasa Inggeris pada tahun 1390 dengan makna "hubungan kejadian atau cerita".
Pada Bahasa Inggeris Pertengahan, ertinya adalah "cerita" secara umum. Pembatasan terhadap erti
"catatan peristiwa masa lalu" muncul pada akhir abad ke-15. Ketika itu masih dalam erti bahasa
Greece yang pada waktu itu juga Francis Bacon menggunakan istilah tersebut pada akhir abad ke-
16, ketika ia menulis tentang "Sejarah Alam". Menurut Prof Dr H. Ismaun, perkataan sejarah mula-
mula berasal dari bahasa Arab “syajara”, artinya terjadi, “syajaratun” (baca: syajarah) artinya
pohon kayu. Pohon menggambarkan pertumbuhan terus-menerus dari bumi ke udara dengan
mempunyai cabang, dahan dan daun, kembang atau bunga serta buahnya. Memang di dalam kata
sejarah itu tersimpan makna pertumbuhan atau kejadian (Yamin, 1958: 4). Begitulah sejarah yang
berarti pohon, juga berarti keturunan, asal-usul atau silsilah. Orang yang sudah lama berhubungan
dengan ilmu sejarah, termasuk mereka yang mempelajarinya dengan agak mendalam, arti kata
syajarah tidak sama dengan kata sejarah, akan tetapi kedua perkataan itu berhubungan satu dengan
yang lain. Sejarah bukan hanya berarti pohon, dalam arti “pohon keluarga" juga tidak hanya berarti
keturunan, asal-usul dan silsilah. Walaupun demikian, kalau kita mempelajari sejarah, sekurang-
kurangnya kita tentu mempelajari keturunan, asal-usul dan silsilah (syajarah an-nasab).
(http://repository.ut.ac.id/4100/1/PSOS4204-M1.pdf ).

Terminologi:

Sejarah dalam bahasa Greece ialah historia yang bererti "penyelidikan, pengetahuan yang
diperoleh melalui penelitian" adalah tentang masa lalu, khususnya bagaimana kaitannya dengan
manusia. Dalam bahasa Indonesia sejarah babad, hikayat, riwayat, atau tambo dapat diertikan

sebagai kejadian dan peristiwa yang benar-benar terjadi pada masa lampau atau asal usul
(keturunan) silsilah, terutamanya bagi raja-raja yang memerintah. Hal ini adalah istilah umum
yang berhubungan dengan peristiwa masa lalu serta penemuan, koleksi, organisasi dan penyajian
maklumat mengenai peristiwa ini. Istilah ini mencakupi kosmik, geologi dan sejarah makhluk
hidup, tetapi seringkali secara umum diertikan sebagai sejarah manusia. Dalam penulisan Prof Dr
H. Ismaun, menurut Robert V. Daniels dengan singkat dikatakan, bahwa: “History is the memory
of human group experience." (Sejarah ialah kenangan pengalaman umat manusia). Dalam pada itu
James Banks menyatakan bahwa "All past event is history (History as actuality!). History can help
students to understand human behaviour in the past, present and future. (New goals for historical
studies).” Artinya, bahawa semua peristiwa masa yang lampau adalah sejarah (sejarah sebagai
kenyataan!). Sejarah dapat membantu para siswa untuk memahami perilaku manusia pada masa
yang lampau, masa sekarang dan masa yang akan datang (tujuan-tujuan baru pendidikan sejarah).
Selanjutnya dapatlah kita telaah rumusan sejarah menurut Muhammad Yamin yang berbunyi
sebagai berikut. "Sejarah ialah ilmu pengetahuan dengan umumnya yang berhubungan dengan
cerita bertarikh sebagai hasil penafsiran kejadian-kejadian dalam masyarakat manusia pada waktu
yang lampau, yaitu susunan hasil penyelidikan bahan-bahan tulisan atau tandatanda yang lain
(Yamin, 1957: 4) http://repository.ut.ac.id/4100/1/PSOS4204-M1.pdf ).

Tulisan Jawi:

Masyarakat Melayu telah lama mengenali tulisan, iaitu sebelum kedatangan Islam lagi. Tradisi
tulisan dan penulisan lebih banyak berkembang dalam kalangan para rahib Hindu dan jurutulis
istana sahaja. Istilah Jawi sering dikaitkan dengan panggilan Arab kepada suatu rumpun bangsa di
Nusantara. Orang Arab beranggapan semua suku bangsa di Nusantara berasal dari Jawah, dan
penghuninya dipanggil Jawi. Menurut Amat Juhari Moain (1996: 17), nama Jawi itu berasal

daripada kata bahasa Arab Jawah. Apabila dijadikan kata adjektif, Jawah menjadi Jawi.
Perkataaan Jawah atau Jawi berkemungkinan berasal daripada perkataan Javadwipa, iaitu nama
bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Hashim Musa (1999:9) menjelaskan bahawa,
menurut G.H Werndly, istilah Jawi boleh dikaitkan dengan perkataan Jawa seperti yang disebut
oleh Morco Polo sebagai nama lama bagi Pulau Sumatera. Manakala menurut Raffles, perkataan
Jawi bagi orang Melayu bermaksud kacukan seperti dalam ungkapan anak Jawi, iaitu kacukan
daripada bapa Keling ibu Melayu dan dari situ timbulnya Jawi Peranakan. Istilah Jawi menjadi
ikutan orang-orang Melayu yang menamakan tulisan Arab sebagai tulisan Jawi. Menurut Za’ba
(r.h) pada 1949 dan 2009, tulisan Melayu huruf Arab itu biasanya disebut orang pada ketika itu
sebagai tulisan Jawi. Sebagai contoh, perkataan Jawi juga dikaitkan dengan istilah tanah Jawi,
turun Jawi, kitab Jawi, ulama Jawi, orang Jawi, masuk Jawi dan sebagainya. Sebagai kesimpulan,
dapatlah dijelaskan bahawa istilah Jawi ialah nama yang diberikan kepada seluruh bangsa di
Kepulauan Melayu; manakala bahasa yang digunakan ialah bahasa Jawi dan tulisannya dinamakan
sebagai tulisan Jawi (Muhammad Bukhari Lubis, 2019). Tulisan Jawi merupakan salah satu
kemahiran menulis dalam bentuk font Jawi yang unik dengan dipelbagaikan dalam segala
keperluan, selain adanya dukungan daripada tulisan Arab, al-Quran, dan al-Hadith sebagai
konsep tulisan yang dilakarkan. Selain itu, adanya kaedah asas yang telah ditunjukkan oleh Za’ba
dan Matlob melalui pelbagai buku dan karya mereka berdua dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dan bentuk kaedah yang mereka kembangkan melalui buku, novel, cerpen,
majalah, akhbar, dan sebagainya juga dapat dijadikan sebagai titik tolak kesungguhan dan
kegigihan yang ditunjukkan oleh mereka sebagai pejuang penggunaan kaedah tulisan Jawi yang
betul, sekali gus dapat dijadikan sebagai tokoh pemartabatan tulisan tersebut di Nusantara
(Harun, Makmur & Bukhari, Muhammad, 2015).

Contoh:
Rajah menunjukkan surat khabar lama dan cerpen menggunakan tulisan Jawi

2. Huraikan secara terperinci fasa-fasa perkembangan tulisan Jawi yang berkembang di Asia
Tenggara dari masa ke masa.

Mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi aktiviti
perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan Jawi di
Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu
(Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan
dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab
sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman, 1999). Tulisan
yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang ini
dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi
digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005).
Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik Jawi.

Perkataan “Jawi”‫ جاوي‬berasal daripada bahasa Arab “Jawah” ( ‫) جاوة‬. Kemudian, orang
Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa
Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah
diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa
penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas
komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa
Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi
di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa,
Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd
Alwee Yusoff, 2005). Antara tokoh awal lain yang mengusahakan sistem ejaan ini ialah Syeikh
Ahmad al-Fatani 2 pada tahun 1288H/1871M.

Fasa Perkembangan Ejaan JawiWalaupun sistem ejaan yang diusahakannya tidak tersebar secara meluas namun sistem ini
banyak digunakan untuk mentashih kitab-kitab Jawi yang diterbitkan di Asia Barat. Kemudian
diikuti pula oleh Mejar Dato’ Haji Mohd Said Sulaiman di bawah Persatuan Bahasa Melayu
Persuratan Buku-buku Diraja Johor (P.Bm.P.B) atau singkatannya Pakatan. Selepas Pakatan,
muncul pula sistem ejaan Za’aba yang diperkenalkan oleh Pendeta Za’aba. Sistem ejaan ini mula
mendapat perhatian ramai kerana ia agak mudah digunakan berbanding sistem ejaan sedia ada.
Walaupun begitu, sistem ejaan sentiasa mengalami evolusinya. Kemudian muncul pula ejaan yang
dikembangkan oleh majalah Dian dan ia juga lebih dikenali kaedah ejaan Dian namun kurang
mendapat sambutan.

Pakatan

Za'ba

Dian

Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan (PEJYD)

Rajah menunjukkan Carta Fasa Perkembangan Ejaan Jawi

i) Sistem Ejaan Jawi Pakatan

Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB) ini ditubuhkan pada tahun 1888 yang
diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim
Munsyi. Pada 14 April 1935, D.Y.M.M Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar telah
mengurniakan gelaran “Diraja” dan menukar nama persatuan ini kepada Pakatan Bahasa Melayu
Persuratan Buku Diraja Johor (The Royal Society of Malay Literature of Johor).

Matlamat

Memelihara Menyeragamkan Mencipta Tulisan Mengembangkan Mengeluarkan Mengadakan
tulisan Jawi ejaan Jawi Baru Pengetahuan Jurnal Perpustakaan

Dalam panduan ejaan ini diberi keterangan mengenai penggunaan huruf vokal alif ( ‫) ا‬, wau ( ‫) و‬
dan ya ( ‫) ي‬. Melihat kepada penggunaan huruf vokal alif ( ‫) ا‬,ia digunakan sebagai imbuhan
akhiran bagi sesuatu perkataan kata dasar sama ada dipindahkan kedudukan alif ( ‫ ) ا‬atau
dimasukkan alif ( ‫ ) ا‬apabila wujud imbuhan akhiran. Manakala huruf vokal ya ( ‫ ) ي‬digunakan

sebagai huruf saksi biasa dan sesetengah darinya wujud perbezaan dari aspek sebutan perkataan
tersebut. Huruf vokal wau ( ‫ ) و‬juga mempunyai fungsi yang hampir sama dengan huruf vokal ya
( ‫ ) ي‬iaitu wujudnya kekeliruan pada sebutan sesuatu perkataan. Bagi mengatasi masalah ini,
Pakatan menyarankan semua perkataan yang berbeza ejaannya perlu diselaraskan. Berdasarkan
contoh-dengan menggunakan huruf vokal sepenuhnya dan ejaan sesuatu perkataan yang selaras
dan baku.

ii) Sistem Ejaan Jawi Za’ba

Gelaran pendeta Za’aba begitu sinonim dengan insan bernama Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau
merupakan seorang pakar bahasa, pejuang dan pencinta tulisan Jawi yang gigih dan pemikir
Melayu yang ulung. Penglibatan beliau dalam bidang bahasa menambahkan lagi kecintaannya
terhadap tulisan Jawi menyebabkan terhasilnya beberapa buah karya mengenai Jawi. Za’aba mula
mengumpul perkataanperkataan Melayu sejak tahun 1918 dengan tujuan untuk menyusun sebuah
kamus Melayu yang besar dan lengkap.

Kemudian pada tahun 1931 beliau menerbitkan sebuah buku bertajuk “Rahsia Tulisan
Jawi” dan pada tahun 1938 beliau siap menyusun buku “Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, namun
akibat dari kekangan masa sebelas tahun kemudian barulah ia diterbitkan (1949). Mengenai kaedah
Jawi yang digunakan, Za’aba membahagikan sistem ejaan kepada dua bahagian iaitu ejaan pada
perkataan asal dan ejaan pada perkataan bertambah. Ejaan bagi perkataan asal terbahagi kepada
lapan bahagian kecil seperti ejaan dua bunyi sejenis, dua bunyi berlainan, bunyi di atas berpadu,
bunyi berkait, alif, wau dan ya saksi berjumpa dengan alif, wau dan ya yang bukan saksi, ejaan

tua, perkataan yang dipinjam daripada Arab dan memakai jenis tanda. Manakala bagi ejaan
perkataan bertambah terbahagi kepada tiga pecahan kecil iaitu memasukkan penambah di pangkal,
di hujung dan kedua-duanya sekali. Kedua-dua sistem ejaan Jawi ini mempunyai undang-
undangnya yang tersendiri. Berdasarkan dari sistem ejaan Jawi Za’aba ini dilihat ia mempunyai
pelbagai undang-undang dan cara penggunaannya.

Sistem ejaan Za’aba dianggap sebagai satu sistem ejaan yang bersistematik dan meliputi
pelbagai ejaan kecuali perkataan-perkataan Inggeris dan kata-kata singkatan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa bentuk kekangan dan kekurangan seperti terlalu banyak
pengecualian, masih banyak ejaan lama yang dikekalkan, masih banyak perkataan mempunyai
ejaan yang sama tetapi sebutan berbeza dan sebagainya. Namun, kelemahan dan kekurangan
tersebut sentiasa dibaiki dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan Bahasa Melayu dan
usaha yang dilakukan oleh Pendeta Za’aba ini harus diberi penghargaan atas sumbangan beliau
dalam memartabatkan sistem tulisan ini.

iii) Sistem Ejaan Jawi Dian

Sistem ejaan Jawi Dian dikemukakan pada tahun 1973 di dalam majalah Dian bilangan 30 yang
berasaskan ejaan fonetik iaitu mengeja sesuatu perkataan mengikut sebutan. Sistem ejaan ini
bertujuan untuk memperbaiki sistem ejaan Jawi Za’aba yang dilihat wujudnya beberapa
kelemahan dan kekurangan. Sistem ejaan Dian dilihat benar-benar memenuhi kehendak
masyarakat kini dari segi kaedah penyusunan dan tidak memerlukan tenaga ingatan yang banyak
untuk mengejanya.

Walau bagaimanapun wujud dua kelemahan pada sistem ejaan Dian ini seperti penggunaan
huruf dan sistem ejaan. Kelemahan pertama melibatkan transliterasi huruf [f] dan [p] yang sukar
untuk dibezakan dalam tulisan Jawi kerana mengikut kaedah penggunaan huruf ini dalam tulisan
rumi adalah berbeza sama sekali. Kelemahan yang kedua ialah padanan huruf [v] dalam tulisan
Rumi tidak diwujudkan walaupun huruf tersebut telah lama wujud dalam bahasa Melayu sejak
tahun 1936. Hal ini menyebabkan perkataan-perkataan Inggeris yang diserap ke dalam Bahasa
Melayu tidak dapat dieja dengan baik.

iv) Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan

Menyedari akan kelemahan dan kekeliruan sistem ejaan Jawi sedia ada, Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) di bawah Jawatankuasa Ejaan Jawi (JKEJ) mengambil inisiatif bagi mengkaji dan
meneliti sistem ejaan Jawi Za’aba.

Sistem ejaan Jawi Za’aba dijadikan sebagai landasan untuk membentuk dan menyusun
sistem ejaan Jawi baru. Proses penyempurnaan ini mengambil kira lima perkara penting iaitu
mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang kurang, mengadakan yang tiada,
menjelaskan yang kabur dan mengemaskan yang longgar. Bagi merealisasikan objektif tersebut,
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan beberapa bengkel pada setiap minggu selama
setahun.

Rentetan dari bengkel tersebut pada April 1984, Jawatankuasa tulisan Jawi DBP telah
membentangkan hasilnya dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan Jawi yang diadakan di negeri
Terengganu. Hasilnya pada tahun 1986 sebuah buku berjudul “Pedoman Ejaan Jawi Yang

Disempurnakan” telah diterbitkan. Pada tahun 1988 DBP sekali lagi menerbitkan sebuah buku
bertajuk “Daftar Ejaan RumiJawi” yang berasaskan “Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan”.

Walau bagaimanapun buku ini mempunyai 400 kesilapan ejaan berikutan kesuntukan masa
untuk melancarkannya dan kini ia telah mengalami beberapa penambahbaikan dari semasa ke
semasa. Selaras dengan perkembangan dan pertambahan perkataan dalam Bahasa Melayu, tulisan
Jawi juga mengalami beberapa penambahan huruf untuk disesuaikan dengan perkataan-perkataan
baru yang bertambah. Wujudnya 37 huruf terkini di dalam tulisan Jawi. Pedoman Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan dilihat dapat memenuhi keperluan ejaan Rumi masa kini terutama apabila
berlakunya penyerapan perkataan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Contohnya bagi
huruf ya tidak bertitik ( ‫ )ى‬ia digunakanuntuk mengeja perkataan-perkataan yang berakhir dengan
“isme” seperti intelektualisme, vandalisme, mekanisme, jurnalisme dan sebagainya.

3. Bagaimanakah perkembangan sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan kini di Malaysia?

Sistem Ejaan Sistem Ejaan Sistem Ejaan Sistem Ejaan
Jawi Pakatan Jawi Za'ba Jawi Dian Jawi Yang

Disempurnakan

Rajah menunujukkan fasa perkembangan tulisan Jawi

Tulisan merupakan simbol tertentu yang dipersembah secara coretan atau dalam bentuk larikan
bagi mewakili sesebuah bahasa. Sesebuah tulisan terhasil apabila masyarakat yang menuturkan
sesuatu bahasa itu menjadikan lambing tertentu atau simbol visual yang saling difahami sesama
mereka sebagai suatu cara untuk meluahkan ekspresi perasaan atau menyampaikan buah fikiran
dalam bentuk coretan. Bagi bahasa Melayu, sistem tulisan yang digunakan adalah tulisan Jawi.
Lazimnya, sesebuah bahasa mempunyai tulisannya yang tersendiri, namun berbeza dengan tulisan
Jawi yang merupakan suatu bentuk ortografi terawal Nusantara (Siti Badriyah & Exzayrani, 2015)
telah menggunakan abjad-abjad yang diadaptasi dari huruf Arab yang telah melalui proses
asimilasi dengan bahasa Melayu (Norzahidah & Faisal @ Ahmad Faisal, 2015).

Selain aksara Rencong iaitu huruf Melayu tua yang usianya melebihi aksara Jawa kuno
(Institut Pendidikan Guru, 2011), aksara Jawi merupakan salah satu abjad yang paling awal

digunakan sebagai medium penulisan bagi bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melaka dan
Kesultanan Johor malah Kesultanan Aceh serta Pattani pada abad ke-17 (Makmur et al., 2016).
Namun berdasarkan kajian Ismail (2009), sistem ejaan dan tulisan Jawi yang menggunakan Arab
ini sejak awal lagi telah berkembang melalui proses penyebatian, asimilasi, penyesuaian,
akomodasi dan penyerapan serta pengubahsuaian kaedah pemvokalan perkataan Jawi sebelum
terbentuknya sistem ejaan dan tulisan Jawi sejak awal penggunaannya hingga kini.

Telah bertapak lebih 700 tahun di Tanah Melayu dan sampai lebih awal berbanding tulisan
Rumi yang hanya digunakan kurang dari seratus tahun di negara ini (Faisal & Niswa, 2009;
Khazriyati, 2012; Mansor, 2012), menjadikan tulisan Jawi dari sudut sejarah bukan sahaja
berperanan sebagai perantara utama dalam urusan pentadbiran, perdagangan serta adat istiadat
Melayu malah mempunyai peranan yang amat penting dalam bidang keintelektualan serta ilmu
pengetahuan (Norhazliana et al., 2010; Asyraf Ridwan & Berhanundin, 2015).

Dalam konteks pendidikan, tulisan Jawi telah memberi sumbangan yang amat besar dalam
proses pembinaan tamadun bangsa khususnya dalam bidang pendidikan Islam. Tulisan Jawi
muncul di Kepulauan Melayu seawal abad ke 13 Masihi (Abd Jalil, 2012). Bukti kewujudannya
dikesan melalui penemuan artifak tertua di Kuala Berang iaitu Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 22 Februari 1303 Masihi bersamaan 4 Rejab 702 Hijrah (Hashim, 2005; Abd Jalil, 2012;
Berhanundin et al., 2012; Faisal @ Ahmad Faisal & Faizuri, 2014). Tulisan yang terpahat pada
Batu Bersurat Terengganu ini tertera sepuluh syarat undang-undang atau hukum syarak yang wajib
dipatuhi oleh rakyat dan pembesar negeri yang ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan
Jawi dan merupakan terjemahan daripada kitab Aqa’id al-Nasafi (Makmur et al., 2016).

Artifak yang ditemui oleh penduduk kampong Kuala Berang yang dijadikan alat pelapik
untuk membasuh kaki sebelum memasuki surau (Abd Jalil, 2012) ini dipercayai merupakan tulisan
Jawi tertua yang pernah ditemui di Asia Tenggara (Hermansyah, 2014).

Tulisan Jawi telah berkembang dengan pesat di Johor hasil keprihatinan dan usaha
berterusan kerajaan negeri Johor yang menjulang tinggi martabat bahasa Melayu yang ditulis
menggunakan aksara Jawi. Lokasi asal penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) iaitu sebuah
badan berkanun yang memainkan peranan besar dalam hal-hal berkaitan usaha memartabatkan
bahasa Melayu bertempat di Johor Bahru, Johor (Siti Nor Azimah et al., 2015) juga membuktikan
bahawa di negeri inilah bermulanya usaha-usaha yang giat dilakukan untuk mengembangkan
penggunaan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu.

Penubuhan Balai Pustaka iaitu nama asal bagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 22
Jun 1956 di Bukit Timbalan, Johor Bahru merupakan langkah awal dalam memperjuangkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015)
yang bakal merdeka pada tahun berikutnya. Langkah memperjuangkan tulisan Jawi dalam
penulisan bagi bahasa Melayu adalah ekoran daripada penurunan kadar penggunaannya sedikit
demi sedikit dalam kalangan rakyat disebabkan faktor tekanan daripada pihak British yang lebih
mengutamakan penggunaan tulisan Rumi (Ding, 2006) ketika menjajah Tanah Melayu. British
sedaya upaya berusaha menyingkirkan tulisan Jawi yang telah digunapakai sekian lama dan
digantikan dengan penggunaan tulisan Rumi (Ramlah, 2014), malah British dengan sengaja telah
mencetak hikayat-hikayat Melayu yang sebelumnya dicetak dalam tulisan Jawi kepada cetakan
bertulisan Rumi. British sama sekali tidak menampakkan niat untuk mengangkat bahasa Melayu,
malah dasar pelajaran yang diperkenalkan British yang mengenakan syarat kelayakan bahasa
Inggeris untuk mendapatkan peluang pekerjaan berstatus tinggi dalam masyarakat (Husin, 1999)

juga secara terang-terangan merupakan tindakan provokasi dan diskriminasi ke atas bahasa
Melayu dan tulisan Jawi.

Walau bagaimanapun, tekanan daripada pihak British tidak menggugat kegemilangan
tulisan Jawi sebaliknya tulisan ini terus berkembang pesat di negeri Johor lebih-lebih lagi apabila
Singapura yang terletak berhampiran dengan negeri ini telah membuka pusat percetakan dan
penerbitan terkemuka di Asia Tenggara (Muhammad Bukhari, 2006; Hirman, 2016). Lokasi
geografi Singapura yang berdekatan dengan negeri Johor telah memberikan banyak kelebihan
kepada negeri ini kerana kemudahan untuk menerbitkan bahan bacaan bahasa Melayu dalam
tulisan Jawi (Faisal @ Ahmad Faisal & Faizuri, 2014).

Singapura telah menjadi pusat tumpuan penerbitan berkonsepkan Muslim serantau pada
akhir abad ke-19 kerana naskhah yang diterbitkan adalah dalam tulisan Jawi (National Library
Singapore, 2016). Tambahan pula, kemunculan ahli-ahli bahasa yang memperjuangkan bahasa
Melayu sekitar tahun 1930-an seperti Mejar Dato Haji Mohamad Said Haji Sulaiman yang
menganggotai Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Di Raja Johor (P.Bm.P.B. Diraja) atau
singkatannya Pakatan (Mohd Samsudin, 2013; Faisal @ Ahmad Faisal & Faizuri, 2014; Hirman,
2016) telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan tulisan Jawi di Johor. Malah
gerakan memperjuangkan tulisan Jawi turut dimainkan peranan oleh pegawai kerajaan
terutamanya dalam kalangan guru-guru yang telah menubuhkan Pakatan Mengajar-Belajar
Pengetahuan Bahasa (P.B.M.P.B.).

Penerbitan buku-buku yang dicetak dengan tulisan Jawi berlaku dengan begitu pesat sekali
di bawah PBMPB kerana permintaan yang tinggi daripada golongan veteran Johor yang
menjadikan bahan bertulisan Jawi sebagai bahan bacaan utama. Tidak terkecuali penerbitan bahan-
bahan bacaan lain seperti surat khabar, majalah, malah novel dan cerpen juga turut berkembang

hasil inisiatif dan usaha murni beberapa penerbit dan penulis di Johor. Manakala badan keagamaan
di Johor iaitu Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) pula telah
memainkan peranannya dalam penerbitan bahan bacaan dalam tulisan Jawi berbentuk keagamaan
yang bermutu tinggi sehingga mendapat permintaan yang tinggi dari negara jiran terutamanya
Brunei (Hirman, 2016).

Namun begitu, perkembangan tulisan Jawi yang begitu baik hasil usaha keras PBMPB ini
telah diganggu gugat oleh tindakan pihak British yang melakukan campur tangan dalam
pentadbiran Johor (Mohd Samsudin, 2013) dengan menyingkirkan penggerak utama PBMPB iaitu
Dato’ Abd Rahman Andak menyebabkannya terkubur seketika. Walau bagaimanapun,
penjenamaan semula organisasi ini telah dilakukan pada tahun 1934 (Hirman, 2016) dengan
penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Di Raja Johor (P.Bm.P.B. Diraja) dan
kemuncak kejayaannya dapat dilihat melalui penerbitan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937 sebagai
usaha awal penyempurnaan sistem ejaan dan tulisan Jawi ketika itu (Ismail, 1991; Institut
Pendidikan Guru, 2011; Faisal @ Ahmad Faisal & Faizuri, 2014).

Ternyata PBMPB dan P.Bm.P.B. Diraja merupakan organisasi yang telah memberikan
sumbangan yang amat besar dalam kepesatan penggunaan tulisan Jawi dan menyemai rasa
kecintaan yang menebal dalam kalangan rakyat Johor terhadap tulisan ini. Kegemilangan tulisan
Jawi dan pengaruhnya dalam kalangan bangsa Melayu akhirnya tumpas kepada pengisytiharan
Akta 32 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dalam fasal 9 yang menetapkan bahawa tulisan bagi
bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi (Undang-Undang Malaysia, 2006; Faisal @ Ahmad Faisal
& Niswa, 2009; Hashim & Adi Yasran, 2009).

Walaupun dalam akta ini dengan jelasnya termaktub frasa tiada larangan terhadap
penggunaan tulisan Melayu yang merujuk kepada tulisan Jawi bagi bahasa kebangsaan, namun

penetapan ini telah memberi impak yang sangat besar kepada tulisan Jawi di Johor malah di
seluruh negara secara amnya. Akibatnya, tulisan Jawi semakin dipinggirkan (Khazriyati, 2012;
Nur Azuki & Nik Yusri, 2012) dan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan bangsa Melayu makin
terhakis sehingga melahirkan ramai individu yang buta Jawi (Hashim & Adi Yasran, 2009;
Norhazliana et al., 2010; Norhafiza et al., 2016).

Kini, penguasaan membaca dan menulis Jawi dalam kalangan masyarakat berada dalam
keadaan yang kritikal dan sangat membimbangkan kerana kedudukan tulisan Jawi diperlakukan
seakan tiada nilai komersil mahupun nilai kesenian pada pandangan umum. Sebahagian besar
bangsa Melayu terutamanya generasi muda tidak menguasai Jawi (Hashim & Adi Yasran, 2009;
Nur Azuki & Nik Yusri, 2012) apatah lagi untuk mencintainya sebagai suatu warisan yang tidak
ternilai harganya dan wajar dipertahankan. Amat menyedihkan tulisan yang merupakan seni
warisan budaya bangsa dan merupakan tulisan asal milik orang Melayu yang suatu ketika dahulu
pernah berada di puncak kegemilangannya kini tidak mendapat tempat lagi di hati kebanyakan
bangsa Melayu sendiri. Namun, sesuatu yang membanggakan apabila negeri Johor merupakan
salah sebuah negeri selain Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis yang sehingga kini masih tetap
mengguna pakai tulisan Jawi dalan urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu (Abd Jalil, 2012).

Tidak hairanlah Johor adalah negeri yang suatu ketika dahulu paling banyak melahirkan
tokoh-tokoh bahasa seperti Muhammad Ibrahim Munsyi, Raja Ali Haji dan Dato Haji Mohamad
Said (Nik Safiah, 1983; Mohd. Koharuddin, 2004) yang telah melonjakkan kedudukan bahasa bagi
bangsa Melayu iaitu Bahasa Melayu dan tulisan Jawi ke tahap yang tinggi. Langkah-langkah
kerajaan negeri Johor suatu ketika dahulu melaksanakan pembangunan melalui pembukaan
Iskandar Puteri atau Johor Bahru juga menunjukkan bahawa Johor merupakan negeri yang menjadi
simbol ketinggian bangsa Melayu (Hirman, 2016) disebabkan usaha-usaha yang dijalankan untuk

menangkis persepsi ramai bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang lemah dengan
membina jati diri melalui pemartabatan terhadap tulisan Jawi.

5. Huraikan fasa perkembangan tulisan Jawi di era Sultan Idris Training College (SITC) dan
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) mengikut kaedah Jawi Za’ba.

Tulisan Jawi telah dierkembangkan dan diterapkan dikalangan masyarakat termasuklah para
pelajar. Walaubagaimanapun, ejaan tulisan Jawi belum dapat membantu sistem pendidikan
sepenuhnya sehinggalah datangnya frasa yang kelima iaitu frasa ejaan Jawi yang telah
disempurnakan. Perkembangan tulisan Jawi di peringkat SITC telah diperkembangkan oleh
beberapa orang tokoh antaranya ialah Za’ba (Zainal Abidin Bin Ahmad).

Sebelum penubuhan SITC, pengisian kaedah tulisan Melayu “Jawi” telah diusahakan
dalam sistem-sistem sekolah pondok yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu seperti di
Kelantan. Menurut Muhammad Yusuf (t.t), dalam karyanya iaitu Manifestasi Tulisan Jawi antara
peninggalan bahan bacaan dalam tulisan Melayu “Jawi” adalah seperti buku-buku Kamus al
Hamidi, Canai Bacaan, Kamus Melayu (1948), Bacaan Dewan, Mudah Jawi, Pandai Jawi, Asas
Belajar Jawi Peringkat 1 dan juga Peringkat 2. Juga terdapat bahan bacaan dalam tulisan Rumi
seperti Dalam Ejaan Rumi-Jawi. Sultan Idris Training College for Malay Teachers (SITC) telah
ditubuhkan pada tanggal 29 November 1922 oleh Sir W.G Maxwell iaitu Ketua Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu. SITC ini merupakan cadangan Almarhum Sultan Idris Murshidul’ adzam Shah
yakni Sultan Perak yang ke 28, bagi memberi perhatian kepada pendidikan rakyat-rakyatnya.

Antara pengetua Inggeris SITC ialah Oman Theodore Dussek, J. Pearce, D.R Swaine, R.A
Goodchild, G.F Daniels. Dan antara guru-gurunya ialah pendeta Za’ba, cikgu Ahmad Bakhtiar
serta cikgu Ahmad Abdul Wahab. Oman Theodore Dussek, seorang yang sangat berminat dalam
penulisan, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Antara tokoh-tokoh yang terlibat
memperkembangkan tulisan Jawi di era SITC ialah Za’ba, Dato Haji Said bin Sulaiman dan
Hamdan Abdul Rahman. Matlob pula bersama rakan-rakan di era MPSI. Sumbangannya ialah

dapat melahirkan ramai penulis, mengubah taraf hidup orang Melayu serta meningkatkan sistem
pendidikan. Za’ba telah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Ketua Pengarang dan
Penterjemah Kanan pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC).

Kedatangan Za’ba telah memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda menggunakan
tulisan Jawi. Sistem tulisan Jawi Za’ba dapat membantu mengurus tulisan Jawi secara sistematik,
memperkemas bentuk huruf, serta baris dan telah menyeragamkan penggunaan tulisan Jawi bagi
kegunaan seluruh Tanah Melayu. Kedatangan Za’ba di SITC telah memperkembangkan
pendidikan di SITC termasuklah tulisan Jawi. Hal ini kerana, beliau telah menerbitkan beberapa
buah buku bagi memudahkan guru-guru dan pelajar untuk mendapat pendidikan.
Walaubagaimanapun, pada masa itu, sistem tulisan Jawi Za’ba tidak dapat membantu sepenuhnya
lagi pendidikan di sekolah. Hal ini kerana, terdapat beberapa kekeliruan.

Rajah menunjukkan gambar pendeta Za’ba

Bahagian B (20 Markah)

1. Bagaimanakah sejarah awal perkembangan aksara Jawi klasik di Nusantara?

Bahasa Melayu pada masa kini menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di empat buah
negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam (Awang Sarian, 1989:600).
Bahasa Melayu menjadi bahasa utama bagi rantau Asia Tenggara. Hal ini terjadi sejak bahari lagi
kerana bahasa Melayu telah menjadi bahasa Lingua franca di Asia Tenggara sejak abad ke 15M
(Amat Juhari Moain, 1990: 3). Bahasa Melayu menjadi perantara dari daerah kepulauan rempah
di Indonesia Timur (J.T. Collin, 1980: 3-4), membawa ke empayar Brunei di Kalimantan Utara
hingga ke Filipina Selatan. Begitu juga dari empayar Melayu Melaka. Menjadi bahasa Empayar
Aceh hinggalah ke Gujerat (Sultan Takdir Alisjahbana, 1976: 33) sebagai tempat bertumpunya
pedagang-pedagang dari Asia Tenggara dan daerah-daerah lainnya, selain menjadi bahasa utama
di pelabuhan-pelabuhan di Jawa dan Sulawesi.

Sebelum itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama empayar Sriwijaya yang berpusat
di Sumatera Selatan (Slametmuljana, 1991: 178). Bahkan bahasa Melayu menjadi bahasa utama
di pulau Jawa terutama di Jawa Barat dan Jawa Tengah sekurang-kurangnya pada abad ke 7M.
Walupun bahasa Melayu dapat difahami oleh lebih daripada 200 juta orang, tetapi penutur asli
bahasa Melayu (native speaker) sekitar 30 juta orang. Mereka ini terdiri daripada penutur dialek-
dialek Melayu yang jumlahnya agak banyak di Malaysia dan Indonesia.

Sementara daerah penutur asli BM terbesar di daerah seperti berikut:

Malaysia: Negeri-negeri di Semenanjung yang terdapat 14 jenis dialek Melayu (Ismail Hussein,
1973: 69-79). Termasuk dialek Melayu Sarawak dan Sabah.
Indonesia: Daerah induk penutur bahasa Melayu di Indonesia terdapat hampir di semua provinsi
seperti yang ada di Pulau Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sulawesi, Papua dan lain-lain dengan
dialek yang sangat beragam seperti Melayu Jambi, Tamiang, Aceh, Sumut, Ambon, Manado,
Bali, Makassar dan sebagainya.
Thailand Selatan: Dialek Melayu Patani.
Myanmar: Dialek Melayu daerah Selatan Myanmar yang berasal dari dialek Melayu Kedah.
Brunei Darussalam: 60% penduduk Brunei adalah orang Melayu bertutur dengan dialek Melayu
Brunei.
Kemboja: Dialek Melayu Campa.
Vietnam: Dialek Melayu Campa.
Filipina: Dialek Melayu Filipina Selatan seperti di Tawi-tawi dan Sulu.
Sri Langka: Ada juga menggunakan dialek bahasa Melayu.
Makkah: Ada juga menggunakan dialek bahasa Melayu dari Asia Tenggara yang bermustautin
di situ.
Afrika Selatan: Ada juga sedikit penutur yang berdialek bahasa Melayu.

Perkembangan aksara ini dapat dlihat melalui corak dan bentuknya melalui bukti sejarah di
nusantara. Bukti-bukti sejarah banyak ditulis berbentuk prasasti dan batu-batu bertulis, yang
banyak menggunakan huruf-huruf daripada pengaruh tulisan India yang berasal dari benua India
termasuk di pulau Jawa dan Bali.

Contoh AksaraSementara suku-suku di rumpun Melayu di Asia Tenggara menggunakan tulisan yang
dikenal dengan tulisan Rencong (Zainal Arifin Aliana, 1979: 67-69). Sehingga kini tulisan ini
masih digunakan oleh orang-orang Melayu yang belum terdedah kepada tulisan Aran dan Jawi.
Ada juga bukti lain di sumatera Selatan terdapat tulisan yang seakan-akan tulisan rencong, tetapi
tulisan tersebut lebih dikenal dengan Surat Ulu atau tulisan Ulu (Zainal Abidin Gani, 1981: 21).
Sementara tulisan Rencong merupakan tulisan asli dan hasil karya akal budi peribumi Asia
Tenggara sendiri dan bukan tiruan langsung daripada pengaruh luar seperti Palavva.

Aksara Hieroglyhp
Aksara Arab
Aksara Palava

Aksara Rencong
Aksara Daerah

Aksara Jawi
Aksara Incung
Kerinci Kuno
Aksara Bugis
Aksara Jawa

Aksara Bali

Rajah menunjukkan contoh-contoh aksara

Rajah menunjukkan batu bersurat yang ditemui dalam tulisan Jawi

3. Sebutkan lima tokoh-tokoh Melayu dan bukan Melayu dalam tulisan Jawi di Nusantara?

J.V Bryce
W.H Walsh
Mohammaf Yamin
Patrick Gardiner
Roeslan Abdulgani
Ibn Khaldun
R. Moh Ali
Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'Ba)

5. Sebutkan strategi dan pendekatan pengenalan tulisan Jawi secara berkesan dalam masyarakat di
masa Pandemik Covid 19 sekarang.

Strategi, pendekatan, kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan
melengkapi bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran (Muhammad Bukhari
Lubis, 2019).

Definisi

Pendekatan Strategi Kaedah Teknik

Hala tuju atau arah yang Satu susunan yang digunakan Satu rencana menyeluruh yang Pengendalian suatu organisasi
diambil untuk menuju sesuatu untuk mencapai matlamat atau mengajar sesuatu bahan secara yang benar benar berlaku di
tujuan dengan menggunakan keseluruhannya berdasarkan
sasaran tenaga, masa dan kemudahan dalam bilik darjah, ia
pendekatan yang digunakan untuk mencapai
secara optimum. diaplikasikan. sesuatu objektif (Misnan et al.

2012).

Juga diertikan sebagai Ilmu tentang cara merancang Sharifah Alawiyah Alsagoff Teknik yang digunakan dalam
jalan yang diambil untuk dan melaksanakan tindak (1994) mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran

melakukan sesuatu. tanduk atau rancangan yang kaedah mengajar ialah adalah untuk menarik
diatur untuk mencapai peredaran ke arah satu tujuan perhatian murid supaya minat
matlamat. belajar dan tidak jemu ketika
pengajaran yang telah
dirancangkan dengan teratur. sesi guru mengajar.

Pendekatan yang baik dan Strategi diperlukan oleh seseorang Contoh: Inkuiri penemuan, Contoh: Teknik main
terancang mampu menjadikan guru supaya murid dapat kaedah penyiasatan, kaedah peranan, improvisasi,

sesi pengajaran dan menguasai kemahiran yang diajar dapatan dan sebagainya. permainan bahasa,
pembelajaran mudah dan dari aspek objektif dan penilaian bercerita, simulasi dan
menarik (Misnan et al. 2012). dalam hasil pembelajaran (Misnan
sumbangsaran.
et al. 2012).

Tulisan Jawi adalah lambang jati diri Melayu yang merupakan satu-satunya tulisan asal menjadi
milik dan identiti orang Melayu serta mempunyai peranan besar terhadap pembinaan tamadun
bangsa khususnya dalam bidang ilmu pengetahuan dan keintelektualan (Mohd Mokhtar, t.th;
Norhazliana, Saedah, Zaharah et al., 2010; Asyraf Ridwan & Berhanundin, 2015). Bagi
memartabatkan Jawi sebagai suatu khazanah seni warisan bangsa terpelihara dan mampu dikuasai
oleh pelajar dengan baik, ia menuntut kepada kemahiran Guru Pendidikan Islam dalam
menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Aspek kemahiran penyampaian merupakan elemen
yang sangat penting dalam menentukan keberkesanan pengajaran seseorang guru bagi
memartabatkan tulisan Jawi. Justeru, prosedur pelaksanaan pengajaran Jawi amat penting untuk
dikuasai oleh setiap guru Pendidikan Islam.

Sebelum seseorang Guru Pendidikan Islam melangkah masuk ke kelas untuk memulakan
pengajaran, mereka perlu memikirkan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Jawi
yang sesuai digunakan dalam kelas tersebut (Asyraf Ridwan, 2013) bagi menjamin proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar serta mampu membantu
kefahaman pelajar terhadap isi yang disampaikan. Kepentingan untuk memilih kaedah pengajaran
merupakan faktor penting yang menyumbang kepada keberkesanan pengajaran yang disampaikan
(Kamarul Azmi & Ab Halim, 2014) selain dapat menarik minat pelajar kepada sesuatu mata
pelajaran sehingga mampu mendorong mereka meraih pencapaian terbaik.

Pengajaran Jawi mempunyai kaedah yang khusus dan tersendiri seperti yang telah
digariskan panduan pelaksanaannya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
pendedahan secara khusus juga telah diberi bakal-bakal Guru Pendidikan Islam di Malaysia
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Disebabkan dunia kini dilanda Covid 19, ia tidak
menghalang kita sebagai manusia untuk menuntut ilmu. Walaupun kini kita perlu menjaga jarak

sosial, akan tetapi dengan teknologi yang serba canggih, kita mampu untuk mempraktikkan serta
menguasai ilmu termasuklah dengan tulisan Jawi. Terdapat beberapa platfom yang boleh diguna
pakai untuk menyalurkan ilmu kepada semua seperti di aplikasi Zoom, Google Meet, Google
Classroom, Kahoot dan sebagainya. Dengan menggunakan aplikasi atau kemudahan atas talian
yang serba canggih, kita boleh mengaplikasikan beberapa kaedah yang boleh diterapkan untuk
mengajar tulisan Jawi.

Kaedah Permainan dan Kahoot
Nyanyian Wordwall

Kaedah Pandang Sebut Google Meet

Kaedah Pengajaran Jawi Kaedah Latih Tubi Quizizz
Plickers
Kaedah Imlak
Educreations
Kaedah Mengeja Pocket

Kaedah Bunyi Scratch
Teacheable
Kaedah Simulasi Audacity
Kaedah Mengenal dan Dropbox
Menyebut dalam Pengajaran
Scratch
Jawi Doceri
Class Dojo

Padlet

Rajah menunujukkan Kaedah berserta contoh aplikasi

6. Baca tulisan Jawi berikut dan Rumikan dengan baik mengikut dalam sistem Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan.

Usaha tangga kejayaan

Aminah berasal daripada keluarga yang miskin. Ibu bapanya tidak mempunyai
pekerjaan yang tetap. Kehidupan mereka umpama ‘kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang’.
Di sekolah Aminah jarang bergaul dengan rakan rakan. Dia berasa malu dan
selalu diejek kerana dia miskin. Pakaiannya juga tidak kemas seperti pelajar
yang lain. Pada waktu rehat dia tidak turut ke kantin kerana tidak mempunyai
wang untuk membeli makanan. Ada kalanya dia membawa bekal daripada
rumah seperti nasi goreng dan ubi rebus. Aminah berazam untuk belajar
bersungguh-sungguh supaya nasib keluarganya akan terbela. Dia tidak mahu
mewarisi kemiskinan hidup yang dialami keluarganya.

RUJUKAN
Abd Jalil Borham. (2012). Tulisan Jawi: Tulisan serantau. Kertas Kerja Seminar Tulisan Jawi

dan Teknologi Peringkat Kebangsaan 2012. 18 Oktober 2012. Pahang: Universiti
Malaysia Pahang, 1-6.
Asyraf Ridwan Ali dan Berhanundin Abdullah. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi dalam
memperkasa tamadun Islam di Malaysia. Proceedings of ICIC2015- International
Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century. 6-7 September
2015. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin, 574-585.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Laporan Tahunan 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1-176.
Ding, C.M. (2006). Daripada penghentian Utusan Melayu kepada nasib tulisan Jawi. Jurnal
Pemikir, Bil. 45 (Jul-Sep 2006), 1-15.
Faisal @ Ahmad Faisal Abd Hamid dan Niswa @ Noralina Abdullah. (2009). Penguasaan tulisan
Jawi di kalangan mahasiswa Pengajian Islam: Kajian di Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) Tempatan. Jurnal Al-Tamadun. Bil. 4 (2009), 145-156.
Faisal @ Ahmad Faisal dan Faizuri Abdul Latif. (2014). Sejarah perkembangan tulisan Jawi:
Analisis mengenai teori Kang Kyoung Seok. Jurnal Al Tamadun, Bil. 9(2) 2014, 1-15.
Hashim Musa & Adi Yasran Abdul Aziz. (2009). Pemerkasaan kembali tulisan Jawi. Jurnal
Aswara, 4(1): 159-176.
Hashim Musa. (2005). Peranan tulisan Jawi dalam perkembangan Islam di Malaysia. Jurnal
Pengajian Melayu, Jilid 16, 86-115.
Hermansyah. (2014). Kesultanan Pasai Pencetus Aksara Jawi (Tinjauan Naskah-Naskah di
Nusantara). Majalah Jumantara, 5(2) Oktober 2014.

Hirman Mohamed. (2016). Pelestarian Tulisan Jawi di Singapura. Tesis Doktor Falsafah Tidak
Diterbitkan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Husin, H. (1999). Bahasa Melayu: Pembelaan dan Kemajuan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Institut Pendidikan Guru. (2011). Modul Bahasa Melayu BBM3112: Sejarah perkembangan

Bahasa Melayu, perkamusan dan terjemahan. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru, 111-
132.
Ismail Abd. Rahman. (2009). Manuskrip kesusasteraan tradisional Melayu sekitar tahun 1600M:
Telaah sistem tulisan Jawi dan analisis pemikiran Melayu Nusantara. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tesis Doktor Falsafah Tidak Diterbitkan.
Khazriyati Salehuddin. (2012). Penilaian ke atas kerumitan kognitif dalam proses membaca Jawi.
Journal of Language Studies, Vol. 12(4), 1179-1182.
Makmur Harun, Firman & Muhammad Yafri Yahya. (2016). ABMS3203 Jawi dan Kajian
Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia, 1-208
Muhammad Bukhari Lubis et.al. (2006). Tulisan Jawi Sehimpunan Kajian. Shah Alam: Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA), 118.
Muhammad Bukhari Lubis, M. H. (2019). JAWI Pengajaran Literasi Membaca dan Menulis.
Tanjong Malim: Penerbit Mentari.

Mohd Samsudin. (2013). Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor: Sebuah karya sejarah
negeri Johor dalam zaman pentadbiran British. Jebat: Malaysian Journal of History,
Politics & Strategic Studies, Vol. 40 (2) (December 2013), 75-92.

National Library Singapore. (2016). Panduan Galeri. Singapura: National Library Singapore, 116.
Naquiah Nahar, J. S. (2018). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Konteks Pendidikan Di Negeri

Johor. Jurnal Penyelidikan Pusat Islam Iskandar, 1-30.

Norhazliana Mohd Hasan Abdullah, Saedah Siraj, Zaharah Hussin dan Norlidah Alias. (2010). Isu
kritikal penggunaan tulisan Jawi dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam peringkat
sekolah menengah: Pandangan pakar. Jurnal Pendidikan, Vol. 30 (2010), 63-84.

Noorzahidah Mohd Zain dan Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid. (2015). Perkembangan tulisan
Jawi: Perbincangan dari sudut pandangan tiga sarjana awal abad ke-20. Jurnal Al-
Muqaddimah, Vol. 3(1), 2015, Issue 1, 11-17.

Nur Azuki Yusuff dan Nik Yusri Musa. (2012). Penerimaan dan halatuju tulisan Jawi; suatu
tinjauan dari pandangan remaja kini. Seminar Jawi Serantau. Selangor: UiTM Shah Alam,
1-16.

Ramlah Adam dan Mohd Kasturi Nor Abd Aziz. (2014). Pendaulatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia: Sejarah dan kedudukan masa kini. Perlis:
Universiti Malaysia Perlis, 1-26.

Safar, N. N. (2016). Pengajaran Jawi Berkesan Dalam Usaha Memartabatkan Warisan Budaya
Bangsa. Kulliyyah Of Education, 1-17.

Siti Badriyah Mohamad Yusof dan Exzayrani Sulaiman. (2015). Sikap generasi muda terhadap
tulisan Jawi: Kajian kes pelajar Universiti Brunei Darussalam. Southeast Asia: A
Multidisciplinary Journal, Vol.15, 2015, 8-16.

Siti Nor Azimah Abdullah, Nur Amalina Sazuar dan Nurul Aina Saidi. (2015). Peneraju bahasa
dan maklumat. Tinta Information Ambassador, Bil.24, No.1/2015, 22-34.

http://repository.ut.ac.id/4100/1/PSOS4204-M1.pdf


Click to View FlipBook Version
Previous Book
1-31bulletin
Next Book
การพัฒนาศูนย์การเรียนรู้แบบมีส่วนร่วมในการอนุรักษ์พันธุ์กล้วย จังหวัดสุพรรณบุรี