The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Aleesha, 2022-12-25 06:38:43

KERJA LAPANGAN GEO 2022

KERJA LAPANGAN GEO 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(LARKIN JAYA, JOHOR BAHRU)

DISEDIAKAN OLEH:

NOOR ALEESHA MAISARA

TINGKATAN:

2 EMERALD

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

24/12/2022

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKASURAT
1
1. PENGHARGAAN
2. PENDAHULUAN 2-3
3. OBJEKTIF KAJIAN 4
4. KAWASAN KAJIAN 5
5. KAEDAH KAJIAN 6
6. HASIL KAJIAN
7-9
i. Menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau
ii. Mengenalpasti 3 jenis dan contoh teknologi hijau yang

terdapat di Larkin Jaya, Johor Bahru
iii. Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
iv. Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak

diterapkan dalam kehidupan seharian
v. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh

dibuat bagi meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang
sesuai

7. RUMUSAN 10

8. RUJUKAN 10

9. LAMPIRAN 11 - 12
Lampiran A - Soal selidik
Lampiran B - Foto

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru matapelajaran
Geografi saya, Cikgu Hanifah binti Jamaluddin atas segala bimbingan, tunjuk
ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta telah banyak menolong
saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyiapkan tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa saya
iaitu Encik Md Khair bin Ishak dan Puan Norlela binti Husin yang telah banyak
memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi mengorbankan
masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat tentang
penggunaan amalan teknologi hijau di kawasan yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan sekelas
saya kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.
Sekian, terima kasih.

1

PENDAHULUAN

Saya, Noor Aleesha Maisara merupakan pelajar Tingkatan 2 di SMK Sultan
Ismail, Johor Bahru. Saya telah melaksanakan kerja lapangan yang bertajuk
Penggunaan Amalan Teknologi Hijau. Tajuk ini memudahkan saya untuk
membuat pemerhatian serta tinjauan dan membuat rujukan di laman
sesawang.

Kansan kajian saya ialah di Larkin Jaya, Johor Bahru. Ianya merupakan kawasan
tempat tinggal saya. Saya telah menetapkan 4 objektif kajian yang perlu saya
capai untuk melengkapkan kerja lapangan saya iaitu :-

1) Menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau
2) Mengenalpasti 3 jenis dan contoh teknologi hijau yang terdapat di Larkin
Jaya, Johor Bahru
3) Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sesuai

Saya menggunakan 2 kaedah iaitu kaedah pemerhatian dan kaedah soal selidik.
Saya mengambil masa 1 minggu untuk menyiapkan kerja lapangan saya.

2

Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini :

Bil Tarikh Perkara Catatan

1. 5/12/2022 - Menerima soalan dan - Dengan bimbingan guru

rubric pelaksanaan kajian

oleh guru matapelajaran

Geografi

2. 9/12/2022 - Merancang jadual - Bersama rakan dan saling berkongsi
kerja dan membuat pendapat
persediaan awal

- Mengenal pasti objektif

yang diberikan oleh guru

3. 13/12/2022 - Turun ke lapangan untuk - Pemerhatian dibuat pada waktu tengahari

membuat pemerhatian

4. 15/12/2022 - Menyediakan google

form soal selidik untuk

beberapa orang

5. 16/12/2022 - Menyebarkan google form - Seramai 4 orang telah menerima soalan

soal selidik kepada

responden di kawasan

kajian

6. 18/12/2022 - Menganalisis data yang - Data yang diperoleh adalah berdasarkan

diperoleh daripada hasil respon daripada orang ramai.

soal selidik

7. 24/12/2022 - Tarikh penghantaran
tugasan kerja lapangan

3

OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir kajian, saya dapat :
1) Menjelaskan konsep dan definisi teknologi hijau
2) Mengenalpasti 3 jenis contoh teknologi hijau yang terdapat di Larkin
Jaya, Johor Bahru
3) Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sesuai

4

KAWASAN KAJIAN

Larkin Jaya, Johor Bahru merupakan kawasan kajian saya. Ianya juga
merupakan kawasan tempat tinggal saya. Kawasan ini merupakan kawasan
perumahan yang padat dan dianggarkan melebihi 10,000 orang penduduk.
Kawasan ini terdapat stesen bas, bank, stadium bola sepak, kolam renang
akuatik, balai polis dan lain-lain. Kawasan ini telah dipilih untuk menjalankan
kerja lapangan ini kerana mempunyai banyak amalan penggunaan teknologi
hijau.

PETA LOKASI KAWASAN KAJIAN

5

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan 2 kaedah untuk menjalankan kerja lapangan di
kawasan perumahan saya iaitu Larkin Jaya, Johor Bahru. Kaedah yang saya
gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah :-
1) Pemerhatian
Saya telah melawat kawasan kajian saya dan mengumpulkan sebanyak
mungkin maklumat yang berguna di kawasan kajian saya iaitu Larkin Jaya,
Johor Bahru.
2) Soal selidik
Saya telah mengedarkan borang soal selidik berbentuk google form kepada
orang ramai. Seramai 4 orang responden telah mengisi borang soal selidik
tersebut.

6

DAPATAN KAJIAN

1) Konsep dan definisi teknologi hijau

Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa
keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada
teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil
kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

2) Contoh amalan teknologi hijau yang terdapat di kawasan Larkin Jaya,
Johor Bahru

Berdasarkan pemerhatian saya dan hasil soal selidik, terdapat beberapa
amalan teknologi hijau yang diterapkan di rumah masing-masing.
Antaranya ialah menggunakan panel solar untuk menjimatkan tenaga
elektrik. Panel solar akan dicas pada waktu pagi menggunakan cahaya
matahari dan kemudiannya boleh digunakan pada waktu malam untuk
menghidupkan lampu. Selain itu, penduduk di kawasan rumah saya juga
menanam banyak pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan di keliling rumah
untuk meningkatkan kadar oksigen di kawasan rumah. Seterusnya,
rumah-rumah di kawasan Larkin Jaya, Johor Bahru juga mempunyai
banyak cermin. Cermin yang banyak dapat menjimatkan elektrik melalui
pengcahayaan pada waktu pagi. Oleh itu, penduduk tidak perlu
membuka lampu pada siang hari.

7

KEPENTINGAN AMALAN TEKNOLOGI HIJAU

1) Kehidupan manusia
 Kualiti udara yang bagus
 Kurangkan peningkatan suhu
 Mengurangkan pencemaran bunyi
2) Ekonomi
 Mengurangkan kos operasi
 Meningkatkan nilai aset dan keuntungan
 Meningkatkan produktiviti pekerja
 Meneroka peluang mengeksport produk hijau
3) Memelihara dan memulihara alam sekitar
 Meningkatkan kualiti udara dan air
 Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau
 Mengurangkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula
 Melindungi sumber semula jadi

8

PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Berdasarkan hasil daripada soal selidik, saya telah mengenalpasti beberapa
punca amalan teknologi hijau kurang diterapkan oleh penduduk. Antaranya
termasuklah kos barangan berkonsepkan teknologi hijau adalah tinggi dan
agak mahal. Selain itu, penduduk juga mungkin kurang berpengetahuan
tentang amalan teknologi hijau. Di samping itu, ruang yang sempit atau kecil
juga menjadi antara punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan. Contohnya,
penduduk tidak boleh menanam pokok di halaman rumah seperti apartment
dan kondominium. Seterusnya, penduduk kurang kesedaran tentang kebaikan
teknologi hijau. Teknologi hijau mempunyai banyak kebaikan yang mungkin
belum diketahui oleh penduduk.

LANGKAH - LANGKAH YANG BOLEH DIBUAT BAGI
MENINGKATKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

Daripada punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam kehidupan yang
dinyatakan tadi, saya mendapati bahawa terdapat banyak langkah-langkah
yang boleh dibuat bagi meningkatkan amalan teknologi hijau. Antaranya,
kerajaan boleh mengurangkan kos dan harga barangan yang berkonsepkan
teknologi hijau. Harga yang dikenakan untuk membeli barangan teknologi hijau
haruslah sesuai dengan gaya hidup dan pendapatan rakyat marhaen. Selain itu,
orang ramai boleh mengedarkan atau menapal poster berkaitan kebaikan
teknologi hijau supaya dapat menarik lagi minat orang lain untuk turut
menggunakan amalan berkonsepkan teknologi hijau. Di samping itu, penduduk
yang tinggal di apartment atau kondominium boleh menggantung pokok-
pokok hijau yang kecil di pintu rumah atau balkoni. Seterusnya, mengadakan
kempen kesederan pada musim cuti untuk orang ramai. Orang ramai boleh
menimba ilmu pengetahuan yang banyak melalui kempen tersebut.

9

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, setelah menjalankan kerja lapangan ini, saya
mendapati bahawa masih ramai penduduk yang belum mengamalkan amalan
teknologi hijau di kawasan Larkin Jaya, Johor Bahru. Kajian ini juga membantu
saya memahami dengan lebih mendalam tentang kebaikan teknologi hijau dan
keburukan jika tidak mengamalkan amalan teknologi hijau. Semua penduduk
perlulah mengambil berat tentang penggunaan barangan berteknologi hijau
bagi mengelakkan perkara buruk berlaku seperti pencemaran alam.

Dengan itu, saya berharap agar penduduk dapat berusaha untuk mengamalkan
amalan teknologi hijau dalam kehidupan seharian.

RUJUKAN

1) Buku teks Geografi Tingkatan 2
Penulis - Kang Chai Yoeng / Zulkipli b Ismail / Rajanderan Subramaniam

2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

10

LAMPIRAN

11

12


Click to View FlipBook Version