The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN SK TAMAN MUHIBBAH 2024-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suzanasuandi15, 2024-02-21 13:31:20

BUKU PENGURUSAN SKTM 2024/2025

BUKU PENGURUSAN SK TAMAN MUHIBBAH 2024-2025

1 NAMA GURU: ……………………………. BUKU PANDUAN GURU DAN PENGURUSAN SEKOLAH 2024/2025 JBA 8028 SK TAMAN MUHIBBAH JALAN JAMBU AIR SALENG, 81400 SENAI, JOHOR DARUL TAKZIM Emel:[email protected] No Telefon:07 -6572851


Untaian Kata-kata Hukamak 1. Jika anak dibesarkan dengan cemuhan……..…, dia akan belajar rendah diri. 2. Jika anak dibesarkan dengan penghinaan…... , dia akan belajar menyesali. 3. Jika anak dibesarkan dengan permusuhan ...…, dia akan belajar berkelahi. 4. Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ..........dia akan belajar percaya diri. 5. Jika anak dibesarkan dengan pujian… .......... , dia akan belajar menghargai. 6. Jika anak dibesarkan dengan jaminan….……, dia akan belajar mempercayai. 7. Jika anak dibesarkan dengan dukungan…..…, dia akan belajar mencintai dirinya. 8. Jika anak dibesarkan dengan timbang rasa…, dia akan belajar bersabar. 9. Jika anak dibesarkan dengan keadilan……., dia akan belajar kesaksamaan. 10. Jika anak dibesarkan dengan penghargaan dan persahabatan…, dia akan belajar mencari kasih sayang.


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN UNTAIAN KATA-KATA HUKAMAK 1. Sekapur sirih 1 2. Butiran Peribadi 2 3. Maklumat Asas Sekolah 3 4. Nilai Kerja Warga SK Taman Muhibbah 4 5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi, Misi, Wawasan Pendidikan dan Teras Perkhidmatan 5 6. PPPM 2013-2025 6-9 7. Tujuh Teras Murid Ceria Guru Bahagia Sekolah Bitara Negara Sejahatera 10 8. Visi KPM 11 9. Matlamat Strategik Johor -4DX 12 10. Budaya Kerja PPD Kulai 13 11. Roadmap Pendidikan Kulai 14 12. Tatakelakuan dan Tatatertib Pegawai Awam 1.0 15 13. Azam Integriti Pegawai Awam 16 14. Tonggak 12 17 15. Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Mengikut Gred 18 16. Amanat KPM 19-21 17. Salam Perkenalan PPD Kulai 22 18. Kerangka TS25 24 19. Pecapaian Murid 2023 25 20. Pencapaian Hari Kualiti Guru 26 MAKLUMAT DAN SEJARAH SEKOLAH 21. Sejarah Sekolah 27 22. Lencana Sekolah dan Bendera Sekolah 28 23. Moto & Lagu Sekolah 29 24. Visi , Misi, Objektif dan Matlamat Sekolah 30 25. Piagam Pelanggan 31 26. Hala Tuju SKTM 32 27. Isu utama SKTM 33 KEPIMPINAN BERKESAN SK TAMAN MUHIBBAH 28. Carta Organisasi Pengurusan Sekolah Tahun 2024 : SK Taman Muhibbah 35 29. Komponen dan Subkomponen Pengurusan 36 30. Panduan am dan peraturan sekolah 37-45 31. Senarai Tugas dan Tanggungjawab Guru 46 32. Panduan Jadual Mesyuarat Pengurusan Sekolah 2024 47-49 33. Nama Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana 50-52 34. Nama Pengawal Keselamatan dan Pekerja Kebersihan Sekolah 53 35. Nama Guru dan Pembantu Guru Kelas 2024 54 BIDANG TUGAS UNIT PENGURUSAN PENTADBIRAN 36. Jawatankuasa Sekolah 56-68 37. Jadual Guru Bertugas 70-79


38. Takwim Sekolah 81-82 39. Hari Kelepasan Am 83 40. Bayaran Gaji Penjawat Awam 84 TAKWIM PROGRAM SEKOLAH 41. Pengurusan , Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Panitia Matapelajaran 86-99 UNIT KURIKULUM 42. Jawatankuasa Unit Kurikulum 101-112 43. Ketua dan Setiausaha Panitia 103 44. Jadual Mesyurata Panitia 113-115 45. Semakan Buku latihan Murid 16-117 46. Senarai Nama Penyelaras Bilik Khas 118-119 47. Pencerapan Guru 120-122 UNIT HAL EHWAL MURID 48. Misi dan Visi HEM 123-124 49. Jawatankuasa Pentadbiran dan Pengurusan Murid 107-122 125- 133 50. Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan 134-137 51. Jawatankuasa Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan 137-140 UNIT KOKURIKULUM 52. Dasar Kokurikulum 142- 143 53. Objektif / Peruntukan Masa Kokurikulum 143 54. Tanggungjawab Guru Penasihat/ Pemimpin 144 55. Tanggungjawab Guru Kelab Permainan/ Rumah Suka 145 56. Jawatankuasa Unit Kokurikulum 146-152 57. Jurulatih Utama Pasukan Sekolah 153 58. Takwim Bidang Kokurikulum 154 59. LAMPIRAN 155


SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi ruang dan peluang sebagai pendidik. Profesion iniadalah sangat berbeza dengan lain-lain kerjaya kerana ilmu yang kita sampaikan dalam tugas seharian akan memberi kesan sepanjang hayat dalam kehidupan selain sentiasa memberi peluang untuk kita mencipta sejarah diri sendiri selain membantu orang lain. Dokumen Pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah Tahun 2024 2025 telah disusun bagi dijadikan panduan kepada semua. Ia diharap dapat menyokong kelancaran pengurusan demi menghadapi cabaran dunia pendidikan dalam era abad ke-21. Terima kasih dan tahniah kepada semua Guru Penolong Kanan yang telah menyusun pelbagai perancangan bagi menoktahkan secara rasmi tanggungjawab semua bagi terus menjayakan agenda kita. Hala tuju SK Taman Muhibbah menjadi fokus utama. Semua warga SKTM perlu jelas dan faham matlamat bersama ini. Kita sentiasa optimis pencapaian dalam pelbagai bidang ini berupaya menjadi persediaan awal dan bekalan akan-anak ini mengharungi cabaran pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Pengurusan sekolah yang baik pasti berkait rapat dengan menghasilkan murid yang cemerlang ini. Secara takwilnya SEKOLAH BERKUALITI KEMENJADIAN MURID INSPIRASI KAMI menjadi objektif bersama kita dan perlu jayakan dengan azam dan tekad untuk mengapainya. Melalui PPPM GELOMBANG 3 (2021-2025): (Gerakan ke Arah Kecemerlangan), perangkuman Kemenjadian Murid dalam semua bidang terus diperkasa bagi menyedia anak-anak ini menghadapi cabaran mendatang. Murid akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya. Usaha KPM meneruskan komitmen dengan memastikan pembinaan kerektor yang berkait rapat dengan disiplin, adab dan kesopanan murid mesti didukung bersama. Slogan (ABC), Anak Yang Baik lagi Cerdik menuntut semua untuk menghayatinya dan bersama berusaha memberi yang terbaik demi agama bangsa dan negara. Besarlah harapan saya agar warga SK Taman Muhibbah bertekad dan berazam menggalas harapan pemegang taruh bagi menunaikan tanggungjawab dan amanah ini. Marilah kita bersama-sama membangun, membina dan mengecapi kecemerlangannya dengan kepelbagaian idea. Pasti ganjaran yang menanti kita bukan sahaja di dunia tetapi lebih dari itu.InsyaAllah kita mampu merealisasikannya. Sekian, terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, …………………………….…… (AZMI BIN WAHID ) Guru Besar SK Taman Muhibbah 1


BUTIRAN PERIBADI 1. Nama Penuh : ………………………………………………………………………..…………. 2. JPNJ/FP : …………………………………… 3. Alamat Sekolah : …………………………………………………………………………………. 4. No. Tel. Sekolah / Fax : 07-6572851 5. Alamat Rumah : ………………………………………………………………………..……….… ……………………………………………………………………………..….… 6. No. Tel. (R/HP) : …………………….…… 7. No. Kad Pengenalan : ………………………..... 8. Tarikh Lahir : …………………………. 9. No. Akaun Bank : ………………………… No gaji : …................ 10. No. Pendaftaran Kereta / Motosikal : …………………………… 11. Nama Skim Perkhidmatan Sekarang : ………………………. 12. Tarikh Mula Berkhidmat : ………………………………………………………...… 13. Tarikh Disahkan Dalam Jawatan: …………………………………………….…… 14. Tarikh Dimasukkan Ke Dalam Perkhidmatan Berpencen : ………………….…. 15. Tarikh Kenaikan Gaji : ……………………...Kod Gaji : .…………..…………. 16. Taraf Perkhidmatan : ..……………………………………………. 17. Kumpulan Dan Kategori : ………...…………………………………… 18. No. KWSP : ………………………… No. Cukai Pendapatan: .………………………….. 19. Email Utama : ………………………......................... Kata laluan : ….......................... : …………………………........................ Kata laluan : ............................... 2


MAKLUMAT SEKOLAH 1. Nama Sekolah : SK TAMAN MUHIBBAH 2. Alamat Sekolah : ………………………………………………………. 3. Kod Sekolah : JBA8028 4. No. Telefon : 07-6572851 5. No. Fax : 07-6572851 6. E-Mail Sekolah 1 : [email protected] 7. Password email 1 : ................................... 08. E-Mail Sekolah 2 : ................................... 9. Password email 2 : .................................. 10. Facebook : .................................. 11. Lokasi : .................................. 12. PPD : Kulai 13. Jenis Bantuan : .................................. 14. Gred : .................................. 15. Sesi : 1 Sesi (Pagi) 16. Bilangan Guru : 47 orang 17. Enrolmen Murid : 701 orang 108. Bilangan Kelas : 18 Kelas 19 Prasekolah : 2 Kelas 20. PKI 21. Pemulihan 22.Kelas Moral : 3 Kelas : 1 Kelas : 1 Kelas 23. Senarai pentadbir sekolah : Guru Besar : AZMI BIN WAHID Guru Penolong Kanan Kurikulum : SUZANA BINTI SUANDI Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : AFIDAH BINTI SIDIK Guru Penolong Kanan Kokurikulum : SHEELA DEVI A/P MANIAM 3


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM2023-2024 NILAI KERJA WARGA SK TAMAN MUHIBBAH ❖ B BE PROFESIONAL Kemampuan atau kemahiran khusus untuk melaksanakan tugas mendidik anak ban gsa kerana Allah SWT ❖ O OPTIMISTIC Mempunyai harapan yang baik dalam menghadapi sesuatu hal ❖ L LIVELY Mewujudkan persekitaran yang harmoni dan kondusif ❖ E EFFICIENT Mampu mengerjakan sesuatu tugas dengan cekap dan cermat ❖ H HEART -WARMING Mempunyai sikap terbuka dalam segala hal dan saling menghargai antara satu sama lain


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insani yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. VISI KPM “ Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera ” MISI KPM “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara “ WAWASAN PENDIDIKAN Perpaduan Stail Pengurusan DanKepimpinan Perkhidmatan Penyayang Pengupayaan (Empowerment) Sistem Pengesanan Yang Efektif Budaya Ilmu Sekolah Penyayang Budaya Cemerlang Ke Arah “ Zero Defect ” TERAS PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM Berazam meninggikan perkhidmatan Bekerja dengan penuh tanggungjawab Berusaha mengikis sifat mementingkan diri sendiri Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara Berpegang teguh kepada agama 5


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 6


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 2021 - 2025 Pelaksanaan pelan, memberi sokongan padu kepada guru serta tumpuan terhadap kemahiran asas 2016 - 2020 Memacu peningkatan dan penambahbaikan Kuasa autonomi mengurus pentadbiran sekolah diberikan Apa yang hendak dicapai oleh Kementerian Pendidikan ? Objektif Pelan PembangunanPendidikan Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem 1 pendidikan Malaysia dengan tumpuan kepada akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan 2 Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas Untuk sistem pendidi kan dan setiap murid bagi 13 tahun akan datang. Menggariskan program transformasi bagi sistem pendidikan , termasuk perubahan penting dalam KPM PPPM 2013 – 2025 PELAN INDUK Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 201-3 2025 atau secara ringkasnya PPPM merupakan dokumen lengkap yang mengandungi strategi 13 tahun untuk menaik taraf sistem pendidikan supaya selaras dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Pelan ini mengenal pasti 100 inisiatif yang akan dilaksanakan dalam 3 fasa atau ‘gelombang’ dalam tempoh 13 tahun yang akan datang. Kerajaan telah menetapkan 25 inisiatif utama untuk dicapai pada tahun ini. 7 2013 -2015


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 8


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 9


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 10


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 11


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 MATLAMAT STRATEGIK JOHOR 12 1. KUALITI KEPIMPINAN 2. KUALITI GURU 3. KEMUDAHAN PENDIDIKAN 4. SISTEM PENGURUSAN 5. PERKONGSIAN PINTAR 6. MODAL INSAN BERKUALITILI


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 13


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 14


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 15


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 16


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 17


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 18


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 19


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 20


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 21


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 22


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 Lirik Lagu Sekolahku SEJAHTERA Di sini bermula, mengenal dunia Bersama guru tercinta Seronok belajar, selamat sentiasa Sekolahku SEJAHTERA Pre Chorus 1 Kesihatan diutama, kebersihan dijaga Sama perkasa etika, integriti di jiwa Kita selami empati, bina kasih insani Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni Chorus Sekolahku_SEJAHTERA Sekolahku_SEJAHTERA Bangkitlah, Generasi pewaris negara Gemilanglah, Malaysia di mata dunia Post Chorus SEJAHTERA Sekolahku SEJAHTERA Ayuh kita jayakan bersama Pre Chorus 2 Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti Penyanyi: Haqiem Rusli Penulis Lirik: Dr Radzi Jidin KONSEP SEKOLAHKU SEJAHTERA S- Selamat, Seronok, Sihat E- Etika dan Empati J- Jati Diri A- Adab Sopan H- Harmoni T- Tekun, Teliti dan Terampil E- Eksplorasi R- Rasional A- Artikulasi 23


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 24


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 SENARAI PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH KULAI DAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2023 BIL PERTANDINGAN TARIKH / TEMPAT PERINGKAT PENYERTA AN PENCAPAIAN PENGHARGA AN 1. KEJOHANAN CATUR MSSD KULAI 3 JULAI 2023 SMK SULTAN ALAUDDIN DAERAH 4(L) 4(P) 4 ORANG PESERTA DAPAT KEDUDUKAN TERBAIK 21 - 30 SIJIL 2. KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD KULAI 3 – 4 JULAI 2023 DEWAN TERBUKA KAMPUNG MELAYU DAERAH 4 (L) PENYERTAAN SIJIL 3. KEJOHANAN HOKI MSSD (L12) KULAI 9 JULAI 2023 STADIUM HOKI TAMAN DAYA DAERAH 15 (L) KETIGA SIJIL DAN MEDAL 4. KEJOHANAN BOLA SEPAK(L12) MSSD KULAI 11 – 13 JULAI 2023 PADANG SK TAMAN KOTA KULAI DAERAH 12(L) PENYERTAAN SIJIL 5. KEJOHANAN BOLA BALING (L12) MSSD KULAI 13 JULAI 2023 INDAHPURA SPORTCITY DAERAH 12 (L) KE EMPAT SIJIL DAN MEDAL 6. KEJOHANAN BOLA BALING (P12)MSSD KULAI 16 JULAI 2023 INDAHPURA SPORTCITY DAERAH 12(P) KE EMPAT SIJIL DAN MEDAL 7. KEJOHANAN BOLA JARING (P12) MSSD KULAI 20 JULAI 2023 SMK SULTAN IBRAHIM GELANGGAN TERBUKA MPKU DAERAH 12(P) PENYERTAAN SIJIL 8. KEJOHANAN OLAHRAGA MSS ZON BANDAR 31 JULAI – 1 OGOS 2023 STADIUM AZMAN HASHIM UTM SKUDAI DAERAH 34 ORANG MURID EMAS: REJAM LEMBING PERAK: LOMPAT JAUH L11 200M P11 4X200M P11 GANGSA: LOMPAT TINGGI L12 100M L11 4X100M P11 SIJIL DAN MEDAL 9. KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KULAI 2 – 3 OGOS 2023 SMK BUKIT BATU DAERAH 4 (L) 4 (P) PENYERTAAN SIJIL 10. KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KULAI KE 40 2023 14 – 17 OGOS 2023 STADIUM PERBANDARAN KULAI DAERAH 4 KETIGA (GANGSA) (4X100M) (4X200M) MEDAL DAN SIJIL 25


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 ANUGERAH KHAS GURU PENOLONG KANAN CEMERLANG SUZANA BINTI SUANDI .ANUGERAH GURU PENOLONG KANAN HARAPAN AFIDAH BINTI SIDIK ANUGERAH GURU PENOLONG KANAN KONSENTRASI SHEELA DEVI A/P MANIAM PENGURUSAN FAIL PANITIA TERBAIK PANITIA BAHASA MELAYU- HAMIDAH BINTI ALIAS PENGURUSAN AKTIVITI PANITIA AKTIF PANITIA MATEMATIK-SAHIDAH BINTI JAAFAR PENULISAN RPH TERBAIK NORAJIBAH BT AHMAD PENGURUSAN SISTEM DIGITAL TERBAIK NUR ILYANA BINTI RUSLAN PENGURUSAN FAIL HEM TERBAIK - SPBT - SITI AISHAH BINTI ABDUL KADIR KATIPAH BINTI BOHARI PENGURUSAN DAN AKTIVITI HEM TERBAIK UNIT KESIHATAN-NOR HASMAH BINTI MAHASAN PENGURUSAN KELAB DAN PERSATUAN TERBAIK PERSATUAN SAINS & MATEMATIK -HAIZURAN BINTI PAIMAN PENGURUSAN UNIT BERUNIFORM TERBAIK TKRS-MUHAMAD SYAFIQ BIN FADLAN PENGURUSAN KELAB SUKAN TERBAIK AHMAD RUSDI BIN ABDUL RAHMAN KEHADIRAN TERBAIK ZERO MC SUZANA BINTI SUANDI KATIPAH BINTI BOHARI NORHAYATI BINTI KUSDI KEHADIRAN AWAL KE SEKOLAH KATEGORI GURU ANIZA BINTI AZIZ KATEGORI AKP SITI NORHAZWANI BINTI MOHAMAD MAZNAH BINTI OMAR PENCAPAIAN HARI KUALITI 2023 GURU 26


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah telah siap dibina pada bulan Disember 2001. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Jun 2002. Terdapat empat blok bangunan bercantum iaitu tiga blok bangunan dua tingkat dan satu blok bangunan tiga tingkat. Manakala satu bangunan baru untuk kelas Pra Sekolah telah siap dibina pada 2012 dan mula digunakan mulai 2013. Pada awal sesi persekolahan, murid-murid sekolah ini telah didatangkan daripada tiga buah sekolah iaitu SK Kulai 1, SK Kulai 2 dan SK Kulai Kg. Melayu dengan jumlah muridnya seramai 492 orang dan 21 orang tenaga pengajar. Nama Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah telah diambil sempena nama kawasan Perumahan Taman Muhibbah. Guru Besar pertama yang menerajui sekolah ini ialah Tuan Haji Yusof Bin Sabikan ( 1 September 2002 – 31 Disember 2003 ). 27


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 LENCANA SK TAMAN MUHIBBAH Lencana ini telah diilhamkan oleh En Sani Rasid bin Arshad, bekas guru sandaran SK Taman Muhibbah Berbentuk Perisai Malambangkan usaha, berjaya dan berbakti. Jangka Sudut Ilmu yang ditekankan kepada murid untuk menghadapi era teknologi Warna Biru Pada Perisai Melambangkan keharmonian murid-murid pelbagai kaum. Warna Kuning Pada Moto Sekolah Melambangkan usaha untuk mendapatkan kejayaan dan berbakti kepada tanah air yang berpelembagaan dan berpayungkan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Warna Merah Di Bahagian Atas Perisai Melambangkan kekuatan, keazaman dan iltizam untuk menempa kejayaan. Obor Menerangi hidup sekarang dan pada masa akan datang. Buku Ilmu yang dituntut oleh murid. 28


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUHIBBAH 29 MOTO SK TAMAN MUHIBBAH BERUSAHA BERJAYA BERBAKTI Berdiri megah sekolahku Nun tersergam indah Kamilah warga SKTM Berusaha berjaya berbakti c/o Guru-guru yang berdedikasi Berteraskan wawasan Kamilah warga SKTM Penjana wawasan negara SKTM sekolahku Tempat ku menimba ilmu SKTM harapanku Teras kejayaanku Kamilah Warga SKTM Berusaha berjaya berbakti Pencipta lagu dan lirik : En Hanapiah Bahal dan En Wan Azarie


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 Beriltizam Menjadi Pemangkin Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Berazam Untuk Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara BERETIKA, BERDISIPLIN, BERINOVATIF, BERDAYA SAING Menempatkan Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah ke tahap kebanggaan dan kepercayaan dalam kalangan komuniti tempatan khasnya, masyarakat di Kulai amnya, melalui kejayaan-kejayaan yang dicapai. Memberi pendidikan asas yang kukuh kepada semua murid melalui semangat belajar serta sikap ingin belajar dengan cemerlang. Meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum serta memberi peluang sama rata kepada semua murid. Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan harmoni. Memupuk nilai membahagiakan, disayangi dan saling menghormati dalam kalangan warga sekolah. Mengurangkan kes-kes disiplin dan salah laku dalam kalangan murid. VISI SK TAMAN MUHIBBAH 30 MISI SK TAMAN MUHIBBAH BUDAYA SK TAMAN MUHIBBAH OBJEKTIF SK TAMAN MUHIBBAH


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 Kami Warga Pendidik Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh usaha dan tenaga kami untuk: • Memastikan sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbah berjalan mengikut kehendak yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. • Menyediakan guru dan staf yang berdedikasi, berdisiplin, bertanggung jawab, komited, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas setiap masa. • Memastikan semua pelajar di Sekolah Kebangsaan Taman Muhibbahmendapat tempat belajar yang kondusif pada hari pertama sesi persekolahan bermula, agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan. • Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. • Menampilkan layanan mesra, prihatin dan penyayang dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara. • Sentiasa bersedia memberi penerangan, maklumat terkini dan jawapan yang lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan. • Bersedia memberi dan menerima pendapat, syor, teguran yang membina dan nasihat yang baik dari semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan akademik. PIAGAM SEKOLAH 31


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 SK Taman Muhibbah membudayakan iklim PAK21 dalam memaksimumkan keberhasilan murid Sikap kebersamaan dalam budaya kerja cemerlang dengan iklim persekitaran yang kondusif, tenang dan selamat. Melahirkan murid yang berakhlak mulia, berintelektual, berinovatif berteraskan Falsafah Pendidikan Negara HALA TUJU SK TAMAN MUHIBBAH SEKOLAH BERKUALITI KEMENJADIAN MURID INSPIRASI KAMI 32


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 ISU UTAMA SK TAMAN MUHIBBAH 1. Kehadiran murid 2. Kualiti akademik dalam PBD dan UASA 3. Persekitaran yang kondusif 4. Penambahbaikan prasarana 5. Pembinaan insaniah serta sahsiah murid 6. Budaya PAK 21 7. Kelab Sokongan Ibu Bapa (KSIB) & Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) 33


PENGURUSAN PENGURUSAN PENTADBIRAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 BERUSAHA BERJAYA BERBAKTI #SKTMBOLEH UNIT PENTADBIRAN 2024/2025 KEPIMPINAN BERKESAN


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 35


PENGURUSAN PENGURUSAN PENTADBIRAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 KOMPONEN DAN SUBKOMPONEN PENGURUSAN SEKOLAH RENDAH KPM Sekolah merupakan premis yang diwujudkan bagi melaksanaan proses dan aktiviti pendidikan secara sistematik bagi membangunkan potensi murid secara holistik berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka dengan itu, pengurusan sekolah berfokus kepada empat komponen utama seperti ketetapan di bawah: A. Pengurusan dan Pentadbiran Tadbir urus yang berfokus kepada aspek-aspek di bawah: (A1) Pengurusan Perancangan dan Pengoperasian Sekolah (A2) Pengurusan Sumber Manusia (A3) Pengurusan Kewangan (A4) Pengurusan Pejabat (A5) Persekitaran Fizikal (A6) Pembangunan Sumber Manusia (A7) Perhubungan Luar B. Kurikulum Tadbir urus yang berfokus kepada aspek-aspek di bawah: (B1) Perancangan Pelaksanaan Kurikulum (B2) Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) (B3) Panitia Mata Pelajaran (B4) Pentaksiran Peperiksaan (B5) Pusat Sumber Sekolah (PSS) Media (B6) Bimbingan dan Pemulihan (B7) Program Transisi C. Hal Ehwal Murid Tadbir urus yang berfokus kepada aspek-aspek di bawah: (C1) Pengurusan Kelas (C2) Pendaftaran Murid (C3) Pengurusan Disiplin Murid (C4) Pengurusan 3K( Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) (C5) Kebajikan dan Bantuan Murid (C6) Bimbingan dan Kaunseling (C7) Pengurusan Buku Teks (SPBT) (C8) Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) (C9) Pembangunan Modal Insan dan Kenegaraan D. Kokurikulum Tadbir urus yang berfokus kepada aspek-aspek di bawah: (D1) Badan Beruniform (D2) Kelab dan Persatuan (D3) Sukan dan Permainan (D4) Program Pembangunan Sukan Sekolah (D5) Kokurikulum Tambahan (D6) Kejohanan di Bawah Majlis Sukan-sukan Malaysia (MSSM) 36


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 PANDUAN AM DAN PERATURAN SEKOLAH Kurikulum adalah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, matlamat dan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia serta aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada hala tuju dan pengurusan akademik sekolah ini dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada pelanggan. 2.0 OBJEKTIF Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan; 2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Johor, Pejabat Pendidikan Kulai dan sekolah. 3.0 DASAR 3.1. Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. 3.3. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa. 3.4. Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik diberikan keutamaan. 4.0 MESYUARAT/ TAKLIMAT GURU 4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun. 4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan 4.3. Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan 4.4 Penyediaan maklum balas hendaklah dilaksanakan untuk menyemak pematuhan keputusan mesyuarat dan progress tindakan. 4.5. Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru seminggu sebelum tarikh mesyuarat. 4.6. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran Guru Besar. 5.0 SISTEM FAIL 5.1. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha 5.2. Semua fail panitia diletakkan di Bilik Gerakan 5.3 Maklumat dalam fail panitia perlu sentiasa dikemaskini.- Mengikut tahun semasa. 37


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN 6.1. Sistem KSSR : Bahasa Malaysia , Bahasa Inggeris , Matematik , Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Sains, Sejarah, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual, RBT, Pendidikan Moral dan Bahasa Arab. 6.2. Pendidikan Sivik : Setiap kali minggu keempat bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral ,Pendidikan Islam dan Sejarah mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh KPM. 7.0 SUKATAN PELAJARAN 7.1 Rancangan Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian Serta Pengurusan Buku Persediaan Mengajar/ Dokumen Standard Kandungan Pelajaran perlu sentiasa bersama dengan guru. 7.2 Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru. 7.3 Semua rancangan tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak lewat dari 10 Mac 2024 7.4 Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar 7.5 Rancangan pelajaran harian mengikut standard yang telah ditetapkan oleh JKD masing-masing. 7.6 Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (e-RPH) sehari sebelum PdP dijalankan (Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999) 7.7 Menghabiskan sukatan pelajaran 7.8 Pendidikan Bestari -Kaedah pelajaran hendaklah kepada student centered/berpusatkan pelajar dan mengguna Peralatan ICT yang disediakan. 7.9 Kualiti PdP dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah- kaedah terkini dengan menerapkan KBAT dan NILAI PAK 21 8.0 JADUAL WAKTU 8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan. 8.2 Mengikut dasar panggilan mata pelajaran, keutamaan akan diberikan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 8.3 Jumlah waktu pengajaran minima guru ialah 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan dan pengisian waran layak tahun semasa. 9.0 GURU GANTI / GURU CUTI 9.1 Mana- mana guru yang Cuti Sakit/ CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan segera kepada Guru Besar /GPK 1 serta PT yang menguruskan kehadiran dan keberadaan 9.2 Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Guru Besar atau Pembantu Tadbir dengan kadar segera. 9.3 Surat akuan cuti doktor swasta yang melebihi dua hari hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan tidak melebihi 15 hari dalam satu tahun perkhidmatan. (Perintah Am Bab C) 9.4 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti bagi guru yang bercuti. 9.5 Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain. 38


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 9.6 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh GPK 1 dan guru ganti wajib berada di dalam kelas mengikut penetapan masa dalam slip guru ganti. 9.7 Guru yang dipanggil kursus dan menerima awal surat makluman digalakkan untuk menjual waktu pengajaran kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran dan dimaklumkan kepada Guru Pentadbiran / penyelaras jadual 10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN KEHADIRAN MURID Tahap 1 Ahad 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari Isnin- Khamis 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari Tahap 2 Ahad- Khamis 7.30 pagi hingga 1:00 tengah hari Rabu 7.30 pagi hingga 1.30 tengah hari Prasekolah / PKI Ahad-Khamis 7.30 pagi - 11.30 pagi 7.30 pagi - 12.30 tengah hari KEHADIRAN GURU Ahad-Khamis 7.20 pagi hingga 1.30 tengah hari 10.1 Guru-guru adalah diwajibkan hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan. 10.2 Guru-guru perlu hadir ke sekolah pada setiap pagi selewat-lewatnya jam 7.20 pagi sebelum ditanda merah pada kad perakam waktu dan pulang selepas 30 minit loceng terakhir berbunyi. 10.3 PUNCH CARD waktu pulang sebelum meninggalkan sekolah 10.4 Guru-guru hendaklah menepati masa sama ada waktu kehadiran mahupun waktu mengajar (Pekeliling Ikhtisas Bil 2/19081) 10.5 Sekiranya guru-guru terlewat atau tidak hadir ke sekolah, guru-guru perlu memaklumi guru besar atau penolong kanan pentadbiran dengan kenyataan. 11.0 KEBERADAAN DAN KEHADIRAN GURU 11.1 Melepasi KPI iaitu 96% keberadaan dan kehadiran guru. 11.2 Guru perlu berada sekurang-kurangnya 4 jam di sekolah untuk disahkan keberadaannya. 11.3 Guru yang menghadiri kursus, mesyuarat, bertugas secara rasmi di luar dianggap hadir tapi tidak berada di sekolah. 11.4 Sekiranya mempunyai urusan bukan rasmi guru mestilah mengisi rekod keluar dengan kebenaran dan ditandatangani oleh GB/GPK 12.0 KEBENARAN KELUAR 12.1 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar. (Sebuah buku khas disediakan di pejabat sekolah untuk catatan dan tandatangan guru keluar pada waktu persekolahan) 39


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 13.0 DISIPLIN GURU 13.1 Guru perlu rujuk jadual ganti melalui aplikasi telegram dan respon MAKLUM sebagai tanda telah maklum dan terima tanggungjawab. 13.2 Guru wajib melaksanakan PdPc mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 13.3 Waktu tidak mengajar (free period) adalah waktu bekerja. 13.4 Isikan waktu yang ada dengan menanda buku latihan murid, membuat persediaan mengajar, menjalankan tugas guru ganti, kawalan pergerakan murid atau yang memberi faedah kepada murid dan sekolah. (Pekeliling Ikhtisas Bil 3/19081) 13.5 Guru wajib berada di lokasi Majlis Perhimpunan dan akur dengan masa dan aturcara perhimpunan kerana ia adalah sebahagian waktu PdP guru. (Pekeliling Ikhtisas Bil 4/19084) 13.6 Guru boleh dipanggil bertugas dalam cuti penggal dengan syarat jumlah hari bertugas dalam masa cuti penggal tidak melebihi 1/3 daripada jumlah cuti penggal dalam setahun. (Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1977) 14.0 PAKAIAN GURU 14.1 PAKAIAN RASMI GURU 14.1.1 Pakaian korporat setiap hari Ahad terutama guru lelaki. 14.1.2 Pakaian Beruniform pada hari Rabu dan hari Ahad ( Perhimpunan Bulanan Kokurikulum) 14.1.3 Semua guru dikehendaki mematuhi arahan pakaian semasa bertugas sepertimana (Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2001 dan Pekeling Ikhtisas Bil 6/19085) 14.1.4 Guru-guru lelaki hendaklah memakai tali leher pada persekolahan termasuk hari perhimpunan rasmi sekolah atau majlis –majlis lain yang sesuai. Guru wanita dikehendaki memakai pakaian yang sopan 14.1.5 Guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dibenarkan untuk memakai pakaian rasmi sukan sepanjang hari berkenaan. (Surat Siaran: KP/KPPM/5(49) 14.1.6Guru-guru yang tidak terlibat dalam pengajaran Pendidikan Jasmani tidak dibenarkan memakai t-shirt / tshirt sukan sewaktu sesi persekolahan berlangsung kecuali hari 1M1S. 15.0 e-RPH/ FAIL PERSEDIAAN MENGAJAR 15.1 e-RPH / Fail persediaan Mengajar perlu dilengkapkan dengan butiran yang ditetapkan. 15.2 Guru bertanggung jawab terhadap keselamatan fail tersebut ( Pekeliling Ikhtisas Bil 3/19908) 15.3 Rekod pengajaran dan pembelajaran wajib disediakan dan dihantar pada hari Khamis untuk disemak dan ditandatangani. 15.4 Fail RPH perlu dikemaskini untuk tujuan pemantauan. 15.5 RPT dan DSKP adalah wajib disediakan dan dibawa bersama e-RPH ketika masuk ke kelas. 16.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 16.1 Peperiksaan Tahap 2 (UASA) akan diselaraskan kertas soalan dan jadualnya disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan. 40


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 16.2 Kaedah pentaksiran PBD - KSSR dijalankan secara holistik dan berterusan dari Mac 2024 hingga Februari 2025. 16.3 Jadual Aliran Kerja Unit Penilaian dan Peperiksaan mesti dipatuhi terutama tarikh-tarikh melibatkan kemasukan data markah. 16.1 FORMAT PEPERIKSAAN TAHAP 2 (UASA) & PBD 16.1.1 Format peperiksaan Tahap 2 (UASA) mengikut format soalan kertas peperiksaan awam 16.1.2 Semua pengendalian mengikut standard peperiksaan sebenar 16.1.3 Masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam. 16.1.4 Penggunaan font Century Gothic 12 bagi Tahap 1 dan Times New Roman 11 bagi Tahap 2 16.1.5 Tahap 1 tiada peperiksaan, sepenuhnya PBD dan mengikut arahan dan panduan yang telah dikeluarkan oleh KPM. 16.1.6 Sila patuhi garis panduan peperiksaan yang termaktub . 16.2 JADUAL PENGAWASAN ( TAHAP 2 ) 16.2.1 Disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan PK Pentabiran mengikut keperluan. 16.2.2 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi. 16.2.3 Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam. 16.3 REKOD MARKAH (TAHAP 2) DAN TAHAP PENGUASAAN (TP) 16.3.1 Markah peperiksaan direkodkan dalam Buku Persediaan atau disertakan cetakan kemasukan data markah dari sistem. 16.3.2 Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem Pentaksiran Pengurusan Bersepadu mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 16.3.3 Slip keputusan yang lengkap diserahkan kepada ibubapa murid bagi peperiksaan penggal pertama & penggal kedua pada Hari Diskusi iaitu pada bulan Ogos dan Januari 16.3.4 TOV dan Headcount adalah wajib bagi semua guru sebagai amalan professional guru 16.4 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH 16.4.1 Semua ketua panitia perlu memastikan perlaksanaan PBD mengikut tempoh yang ditetapkan. 16.4.2 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan rekod/slip PBD dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan 16.4.3 Dokumen berkaitan PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh mana-mana pegawai. 16.4.4 Isi kandungan fail berkaitan PBD adalah sebagaimana format dan tatacara pengurusan yang telah ditetapkan. 16.5 POST MORTEM UNTUK PEPERIKSAAN 16.5.1 Postmortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia dan guru mata pelajaran setiap kali selepas peperiksaan. 41


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 16.5.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu. 16.5.3 Pelaporan menggunakan tapak slaid pembentangan yang disediakan selaras oleh PPD bagi tujuan pembentangan pelaporan dan dialog prestasi 16.5.4 Maklumat pencapaian kecemerlangan dan kritikal murid perlu dimaklumkan kepada GPK Kurikulum, GPK HEM dan Guru Bimbingan dan Kaunseling. 16.5.5 Intervensi dijalankan sekiranya murid tidak menguasai tahap penguasaan. 17.0 17.1 PEMANTAUAN/PENCERAPAN STANDARD 4 –SKPM 17.2 JAWATANKUASA PEMANTAUAN/PENCERAPAN 17.1.1 Guru Besar 17.1.2 Guru Penolong Kanan Pentabiran. 17.1.3 Guru Penolong Kanan HEM 17.1.4 Guru Penolong Kanan Kokurikulum 17.1.5 Ketua- Ketua Panitia jika berkenaan. 17.2 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 17.2.1 Pengajaran dan pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan dicerap sebanyak tiga kali setahun secara rasmi termasuk pencerapan kendiri. 17.2.2 Guru- guru akan dicerap oleh Guru Besar/GPK. Jadual Induk Pencerapan disediakan oleh PK Pentadbiran. 17.3.3 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk dicerap. 17.4.4 Ketua- ketua panitia juga digalakkan mencerap guru-guru dibawah panitia masing- masing 17.5.5 Semua penolong kanan akan dicerap oleh Guru Besar. 17.3 PENYELIAAN / SEMAKAN HASIL KERJA MURID 17.3.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 6 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif. 17.3.2 Semua guru akan menyerahkan kesemua buku latihan dan aktiviti mengikut jadual semakan yang disediakan dari setiap kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa. 17.3.3 Pencerap hendaklah menilai : o Bilangan latihan o Kesesuaian latihan o Ketelitian semakan o Arahan pembetulan o Ulasan guru o Kekemasan tulisan 42


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 18.0 PANITIA MATA PELAJARAN 18.1 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 18.1.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdP dibuat berdasarkan keperluan panitia. 18.1.2 Dasar kurikulum menyokong penuh peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid. (Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) PUA 531) 18.1.3 Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua panitia dalam merancang dan melaksana program akademik. 18.1.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan. 18.1.5 Penglibatan semua guru, penolong kanan dan kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik. 108.2. PENGURUSAN PANITIA 18.2.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya dibawah pengawasan Ketua Panitia 18.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun. 18.2.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. 18.2.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan Headcount murid. 18.2.5 Ketua Panitia bertanggung jawab menyediakan anggaran belanjawan tahunan bagi tahun berikutnya. 18.2.6 Ketua Panitia perlu memastikan panitia dibawah mereka membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi prosedur kewangan. 18.3 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA 18.3.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada GPK Pentabiran atau terus kepada Guru Besar. 18.3.2 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaran dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. 18.3.3 10% peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian BBM bagi kegunaan awal tahun. 18.3.4 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada. 19.0 BILIK KHAS 19.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. 19.2 Penyeliaan/Pemantauan adalah berdasarkan aspek dan kriteria seperti berikut : o Kebersihan o Keceriaan o Keselesaan. O Keselamatan o Susun atur perabut o Pengurusan inventori o Rekod kawalan penggunaan (kecuali bilik darjah) o Papan informasi (PAK21) 43


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 19.3 Rekod penggunaan dan peraturan serta jawatan kuasa mesti diwujudkan. 19.4 Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu sendir 20.0 PERKEMBANGAN STAF 20.1 KURSUS DALAMAN 20.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentabiran apabila pulang berkursus. 20.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan yang berkaitan. 20.1.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah, guru menyimpan salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain. 20.2 KURSUS PERKEMBANGAN STAF /LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 20.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru. 20.2.2 Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar. 20.2.3 Lawatan boleh diadakan oleh panitia melalui permohonan kertas kerja serta mematuhi SOP dan SPI yang berkuatkuasa semasa sama ada dalam aspek ikhtisas dan kewa 20.3 BAHAN-BAHAN ILMIAH/ KURSUS 20.3.1 Bahan-bahan Ilmiah / kursus diperbanyak untuk keperluan guru lain 20.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia serta direkodkan. 21.0 KAJIAN TINDAKAN 21.1 Semua panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun. 21.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dipilih untuk mewakili sekolah dan sebagai inovasi guru. 22.0 FOLIO PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) 22.1 Dikemaskini dan disimpan dalam kabinet fail di bilik PK Pentadbiran 22.2 Perlu merekod pergerakan folio dengan kebenaran. 22.3 Guru perlu menyimpan folio di sekolah supaya mudah diakses oleh pegawai penilai. 23.0 BUKU MINIT CURAI 23.1 Guru yang ditugaskan menghadiri mesyuarat, taklimat, kursus, seminar atau bengkel di luar sekolah wajib menulis dapatan berkenaan dalam buku minit curai 23.2 Minit curai perlu disiapkan dalam masa 7 hari 44


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 23.3 Guru perlu bertindak segera atas arahan yang ndisampaikan semasa menghadiri mesyuarat tersebut. 23.4 Laksanakan kursus dalaman kepada guru lain jika berkenaan. 24.0 PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL 24.1 Penyebaran dan perkongsian maklumat terkawal serta tidak menjejaskan kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan negara 24.2 Isu salah laku dan penyebaran maklumat tidak beretika di media sosial perlu dielakkan. 24.3 Maklumat yang disampaikan mestilah jelas dan tepat.(Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2017) 24.4 Kesejahteraan sistem pendidikan di Malaysia dipelihara. 24.5 Guru perlu menggunakan bahasa yang santun ketika berkomunikasi diantara rakan sejawat. 25.0 LARANGAN MEROKOK DI PREMIS KERAJAAN 25.1 Semua guru dan kakitangan sekolah dilarang merokok di dalam kawasan sekolah. Larangan ini termasuklah rokok elektronik / vape. (Pekeliling Ikhtisas Bil5/1997) 25.2 Larangan ini adalah sejajar dengan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau Pindaan) 2017 yang boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. 26.0 PEMAKAIAN TANDA NAMA 26.1 Diwajibkan kepada semua penjawat awam berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil 8 Tahun 1983 26.2 Pemakaian tanda nama di sebelah kiri 26.3. Huruf atau teks berwarna putih berlatar belakang hitam. 45


PENGURUSAN PENTADBIRAN SKTM 2024-2025 1. Merancang, menyedia dan menyemak kaedah PdP. 2. Mengajar dan memastikan disiplin dan keselamatan murid semasa mengajar 3. Menyedia, memeriksa dan merekod kerja murid. 4. Memajukan kemajuan dan kebajikan murid dalam kelas dan memberikan bimbingan dalam aspek pelajaran, sosial dan kerjaya. 5. Menilai dan merekod keperluan-keperluan persendirian dan sosial murid, kemajuan, pencapaian dan memberikan penilaian lisan dan bertulis. 6. Menyumbang kepada dan mengambil bahagian dalam perbincangan formal tentang kaedah penilaian prestasi dan penyemakan serta agihan dalam perkhidmatan. 7. Menasihat dan bekerjasama dengan guru-guru lain dalam merancang program panitia. 8. Bekerjasama dengan agensi-agensi dan badan-badan luar. 9. Memastikan keselamatan dan kelakuan murid yang datang atau pulang dari sekolah dan bila-bila masa mereka diarahkan berada dalam kawasan sekolah. 10. Menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan tentang pelajaran atau disiplin anak mereka. 11. Mengambil bahagian dalam mesyuarat dan aktiviti staf. 12. Berkongsi tanggungjawab untuk menanggung tugas guru yang bercuti. 13. Berkongsi mengelola dan mentadbir urusan yang diwujudkan akibat tugas- tugas pengajaran. 14. Mengambil bahagian dalam penyeliaan murid-murid untuk peperiksaan. 15. Menyumbang dalam urusan pelantikan dan kemajuan profesionalisme dan penilaian guru-guru baharu. 16. Saling bekerjasama dengan rakan guru. 17. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berkaitan yang diarahkan oleh Pentadbir dari semasa ke semasa. 18. Memastikan persekitaran sekolah dan dalam kelas kondusif, ceria dan selamat. 46 SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU


Click to View FlipBook Version