MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
| 46
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
| 47
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
3.7 Manual Psikososial dan Kesejahteraan
Mental
(Sekolah Menengah)
| 48
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
| 49
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
| 50
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
| 51
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
| 52
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
BAB 4
PENILAIAN IMPAK DAN
PELAPORAN
| 53
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
A. Instrumen Penilaian Keberkesanan
Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko Cicir
Bahagian A : Maklumat Demografi
Nama Sekolah :
Kod Sekolah :
Lokasi :
Negeri :
No Telefon Sekolah :
Bahagian B : Maklumat Program
Nama Program : ……………………………………………………………………………
Kumpulan Fokus : ………………………………………………………………………….
Tempoh Pelaksanaan : ……………………………………………………………………
Jumlah Murid Berisiko Cicir Terlibat : ……………………………………………………
a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah :
Strategi
Komponen
Aktiviti
Faktor Risiko yang diatasi
Keberkesanan
| 54
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah :
Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu
keciciran murid di sekolah.
Disemak oleh : Disahkan oleh :
........................................... ............................................
() ()
| 55
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
PENILAIAN
Manual Pengurusan Pencegahan dan Intervensi Murid Cicir :
Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI 2.0)
Ujian Pra / Pasca Sekolah Rendah dan Menengah
Nama : ______________________________________
______________________________________
Tingkatan :
BIL. ITEM YA TIDAK
1 Saya mudah mesra dengan orang lain
2 Rakan sekelas membantu saya dalam pembelajaran.
3 Saya sedar akan kekuatan dan kelemahan diri saya.
Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan
4
berkesan.
5 Saya tahu cara belajar yang betul.
Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa
6
hadapan.
Saya tahu tentang kepentingan sijil akademik untuk
7
bekerja suatu hari nanti.
8 Saya mempunyai cita-cita.
9 Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan.
10 Saya tahu maklumat untuk menyambung pelajaran.
11 Saya bersemangat untuk datang ke sekolah.
12 Saya tidak terpengaruh dengan tingkah laku negatif.
13 Saya mudah mematuhi peraturan sekolah.
14 Saya berminat mengikuti aktiviti kokurikulum
15 Saya suka menyiapkan kerja sekolah.
16 Saya yakin lulus dalam peperiksaan.
17 Saya sedar harapan ibu bapa terhadap saya.
18 Saya boleh mengurus tekanan yang saya alami.
19 Saya sedar saya seorang yang berguna
20 Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang.
| 56
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Soal Selidik Ketidakhadiran
Bil. Soalan Ya Tidak
1 Saya kurang berminat dengan subjek tertentu
2 Saya sering tidak menyiapkan kerja sekolah
3 Saya kurang selesa dengan guru tertentu
4 Saya mempunyai masalah dengan kawan saya
5 Saya sering tidur lewat dan susah bangun pagi
6 Saya sering letih kerana bekerja
7 Saya sering ponteng sebab ibu bapa tiada di rumah
8 Saya sering lewat kerana ditinggalkan bas
9 Saya kurang berminat ke sekolah apabila ada aktiviti
kokurikulum
10 Saya kurang bersemangat untuk ke sekolah
11 Nyatakan sebab lain sekiranya tiada tersenarai di atas:
1)
2)
| 57
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
SENARAI SEMAK
Manual Pengurusan Pencegahan dan Intervensi Murid Cicir :
Serlahkan Keunggulan Diri (SUDI 2.0)
Arahan : Sila tandakan (X) pada ruangan yang berkenaan
Bil. Item Ya Tidak
1. Jawatankuasa Peningkatan Enrolmen Menengah atas (JPEM) -
Sekolah Menengah / Jawatankuasa Pengurusan Murid Cicir
(JPMC) - Sekolah Rendah
2. Surat Pelantikan Jawatankuasa
3. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
4. Data dan Rekod Murid Cicir dan Berisiko Cicir
5. Sistem Fail diwujudkan
5.1 Borang Rujukan Guru
5.2 Surat Pemberitahuan kepada ibu bapa/penjaga
5.3 Surat perjanjian ibu bapa/penjaga dan murid
6. Modul SUDI 1.0
7. Buku Panduan / Pekeliling Ikhtisas
7.1 Panduan tatacara disiplin sekolah untuk Guru Besar/
Pengetua dan guru
7.2 Buku Manual Pengurusan Intervensi Murid Cicir: Serlahkan
Keunggulan Diri (SUDI 2.0)
7.3 Surat Pekeliling Ikhtisas
8. Tindakan Unit Bimbingan dan Kaunseling
8.1 Borang Penilaian Impak Program Intervensi Murid Berisiko
Cicir
8.2 Penilaian Manual SUDI 2.0 (Ujian Pra dan Pasca)
8.3 Penilaian Keberkesanan Program oleh Pentadbir dan Guru
| 58
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
FORMAT PELAPORAN
BORANG PENILAIAN IMPAK
PROGRAM INTERVENSI MURID BERISIKO CICIR
BAHAGIAN A : MAKLUMAT DEMOGRAFI
NAMA SEKOLAH :
KOD SEKOLAH :
LOKASI :
NEGERI :
NO. TEL SEKOLAH :
BAHAGIAN B: MAKLUMAT PROGRAM
NAMA PROGRAM :
KUMPULAN FOKUS : MURID BERISIKO KECICIRAN SEKOLAH
TEMPOH PERLAKSANAAN : 3 BULAN
*atau anda boleh menulis tarikh contoh 1 Ogos hingga 20 September
JUMLAH MURID BERISIKO CICIR TERLIBAT: 12 ORANG
*atau jumlah yg telah diintervensi iaitu 40/65 org
a) Isikan pada ruangan yang disediakan di bawah:
Strategi Menurunkan kadar ponteng sekolah melalui
intervensi kaunseling
Komponen Fokus Peningkatan Disiplin
*ada 4 fokus iaitu sahsiah,
disiplin, kerjaya dan
psikososial
Jika murid sederhana ramai
tetapi jatuh sederhana sebab
skor akademik yang teruk
tetapi kehadiran baik, maka
boleh guna komponen kerjaya
sebagai contoh
Aktiviti 1) LDK melalui modul Hati Ke Hati dan Minda
Sihat
2) Kawalan kad SPOT
3)Talian Kasih
| 59
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Faktor Risiko yang diatasi Ponteng kelas, ponteng sekolah, salah laku
Keberkesanan Contoh:
% kehadiran murid ke sekolah meningkat
Peningkatan 15% kehadiran murid ke
sekolah berbanding sebelum program.
% salah laku menurun
Penurunan 1% salah laku di sekolah oleh
murid sasaran
Pencapaian akademik yang meningkat
5 murid sasaran telah lulus semua subjek
atau
3 murid sasaran telah meningkat bilangan
subjek lulus
b) Sila berikan pandangan berdasarkan soalan di bawah:
Berikan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu
keciciran murid di sekolah.
1. Konsultasi ibu bapa dua kali seminggu sekali melalui Talian Kasih
2.
3.
Disemak oleh, Disahkan oleh,
....................................... .....................................
Penolong Kanan HEM Pengetua
| 60
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
BAB 5
PANDUAN KAJIAN TINDAKAN
| 61
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
PANDUAN KAJIAN TINDAKAN
5.1 BAHAGIAN 1
5.1.1 PENGENALAN
Modul ini disediakan untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa
(GBKSM) dalam usaha menjalankan kajian tindakan bagi menangani keciciran murid
di sekolah. Tujuan utama modul ini ialah untuk menyediakan panduan sebelum sesuatu
tindakan dapat dirancang atau diambil tindakan. Fokus modul adalah untuk memudahkan
pengkaji membuat perancangan tindakan dan melaksanakan kajian tindakan.
5.1.2 OBJEKTIF MODUL
Selepas menggunakan modul ini diharapkan GBKSM dapat;
a) Memahami konsep asas kajian tindakan
b) Mengetahui ciri-ciri utama kajian tindakan
c) Mengetahui kepentingan kajian tindakan
d) Membezakan antara ciri-ciri kajian tindakan dengan ciri-ciri kajian lain (kajian
kes, kajian strategi, konvensional dll)
e) Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah
f) Mengetahui kaedah merancang dan melaksanakan kajian tindakan di sekolah
g) Merancang dan menulis kertas cadangan kajian tindakan
h) Melaksanakan strategi tindakan
i) Menulis pelaporan kajian tindakan.
5.2 BAHAGIAN 2
KONSEP ASAS KAJIAN TINDAKAN
5.2.1 DEFINISI
Mc. Niff (1988), “….Pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan
melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk
mengubah amalan-amalan. Melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta
melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif sewaktu mengadakan kajian”.
Elliott Adelman (1976) yang mempelopori kajian tindakan bilik darjah di United Kingdom,
menegaskan bahawa kajian tindakan adalah suatu pendekatan yang berusaha
mempertingkatkan mutu professional guru. Kajian tindakan merupakan penyelidikan
terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru.
| 62
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
5.2.2 KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
a) Suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu amalan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling melalui perubahan amalan GBKSM.
b) Melibatkan proses perkembangan amalan GBKSM yang sistematik melalui refleksi
yang membina dan analisis yang kritikal.
c) Melibatkan pembinaan teori daripada amalan sebenar. Penekanannya kepada
praktik.
d) Membudayakan penyelidikan.
e) Kolaboratif dengan guru-guru lain.
5.2.3 CIRI-CIRI UTAMA KAJIAN TINDAKAN
GBKSM dapat :
a) Memperbaiki kualiti melalui perubahan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling.
b) Melibatkan proses perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling yang
sistematik melalui refleksi yang membina.
c) Merancang strategi tindakan melalui proses analitikal kritikal.
d) Membina teori serta amalan sebenar dan penekanan kepada praktik.
e) Keutamaan dalam memahami dan memperbaiki amalan GBKSM.
5.2.4 PERBANDINGAN PENDEKATAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN KAJIAN LAIN
YANG BERSIFAT KUANTITATIF
KAJIAN TINDAKAN LAIN-LAIN KAJIAN
TUJUAN
Memperbaiki amalan GBKSM dan Membuat generalisasi dan menguji teori
membentuk teori peribadi yang praktis serta menjelaskan prinsip.
dan kritis.
REKABENTUK KAJIAN
Boleh diubah suai berdasarkan situasiDitetapkan terlebih dahulu sebelum
sebenar. kajian dijalankan
SUBJEK KAJIAN
Penyelidikan adalah sebahagian Penyelidikan bukan subjek kajian.
daripada subjek. Subjek kajian adalah contoh yang dipilih.
PENGKAEDAHAN
Dilakukan dalam situasi sebenar dan Nilai penyelidikan bergantung kepada
analisis hasil kajian menggunakan
teknik dan analisis statistik yang canggih.
teknik dan kaedah deskripsi dan naratif.
LAPORAN HASIL KAJIAN
Laporan menggunakan bahasa yang Laporan bersifat teknikal
mudah dan difahami.
| 63
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
5.2.5 ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN
a) Bukti atau data yang diperolehi tidak boleh melibatkan pengenalan identiti kecuali
dengan kebenaran.
b) Hak-hak kerahsiaan terpelihara.
c) Penerbitan laporan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada ahli
jawatankuasa kajian.
5.3 BAHAGIAN 3
PROSEDUR PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
5.3.1 MENGENAL PASTI ISU / MASALAH / SITUASI
Untuk mengenal pasti perkara di atas, GBKSM perlu memusatkan perhatian terhadap
perkara-perkara berikut:
a) Apakah yang sedang berlaku?
b) Bagaimanakah sesuatu isu / masalah / situasi itu wujud?
c) Apakah yang boleh dilakukan sebagai tindakan GBKSM?
d) Menghadkan kajian kepada isu yang spesifik, tidak rencam.
e) Memberi keutamaan berdasarkan persoalan yang mana perlu didahului
seiringan dengan kehendak pentadbiran sekolah dalam bidang perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
f) Sebaik-baiknya kajian dilakukan secara kolaboratif (kerjasama dengan rakan
sekerja)
g) Menentukan bidang tindakan kajian dalam bimbingan dan kaunseling.
h) Pemilihan isu kajian
i. Subjek dalam kawalan penyelidikan
ii. Perlukan tindakan segera
iii. Belum ditemui jalan penyelesaian dan memerlukan pengkajian
iv. Melibatkan penyelidikan dan rakan sejawat
v. Diyakini akan mendatangkan kesan yang baik ekoran kajian tindakan.
5.3.2 MERANCANG TINDAKAN
a) Menyediakan matlamat tindakan
b) Menyediakan rasional / sebab-sebab cadangan tindakan
c) Contoh senarai tindakan-tindakan yang dicadangkan:
i. Tugas dan tanggungjawab baru
ii. Aktiviti baru
iii. Bahan-bahan baru
iv. Struktur organisasi baru
v. Falsafah dan konsep perubahan
vi. Penyataan cara-cara pemantauan yang ada
| 64
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
vii. Penilaian
viii. Penyataan keperluan yang lain seperti sumber rujukan,
kewangan, tenaga, kelengkapan, masa dan sebagainya.
ix. Bersesuaian dengan teori-teori praktik yang dibina daripada amalan
sebenar.
5.3.3 MENINJAU DAN MENGUTIP DATA KAJIAN TINDAKAN
Contoh tinjauan dan kutipan data awal;
a) Bahan-bahan dokumentasi seperti buku lawatan bilik bimbingan dan
kaunseling, jadual kedatangan, keputusan peperiksaan, latar belakang
murid, buku demerit murid dan sebagainya.
b) Transkripsi hasil temubual dengan murid dan guru.
5.3.4 INSTRUMEN/ALAT UNTUK MENGENAL PASTI MASALAH/ISU
a) Pemerhatian
i. Secara langsung tanpa bantuan alatan teknikal.
ii. Pemerhatian menggunakan borang dan alat elektronik.
b) Temu bual
i. Kaedah ini membantu mengkaji mendapatkan maklumat secara mendalam yang
boleh dilakukan secara berstruktur.
c) Ujian Kertas Pensil / Bertulis
i. Kaedah ini dirujuk sebagai salah satu kaedah untuk mengena pasti masalah
melalui
a. Ujian bulanan
b. Ujian percubaan
c. Ujian tahunan
d. Ujian semester
d) Soal selidik
Soal selidik digunakan untuk mengutip data secara formal. Soal selidik yang
dibentuk perlulah memenuhi objektif atau soalan kajian yang telah dikenal pasti.
5.3.5 MELAKSANAKAN TINDAKAN
Pada peringkat ini, GBKSM atau pengkaji melaksanakan aktiviti mengikut perancangan dan
jangka masa ditentukan.
Contoh : Meningkatkan peratus kehadiran murid di sekolah
a) Taklimat
i. Ceramah kesedaran
ii. Bimbingan dan kaunseling kelompok
iii. Pemantauan kehadiran berterusan
iv. Kolaboratif dengan unit disiplin
v. “Sentuhan Kasih Pengetua / Guru Besar” – touching pentadbiran
vi. Penghargaan (siji) kerana perubahan positif murid
| 65
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Pada ketika ini, GBKSM perlu membuat pemerhatian, refleksi dan penilaian terhadap setiap
aktiviti yang dilaksanakan.
PROSES KERJA KAJIAN TINDAKAN
4. PENILAIAN 1. KENAL PASTI MASALAH
3. MELAKSANAKAN 2. PERANCANGAN
| 66
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
5.4 BAHAGIAN 4
PANDUAN PENULISAN KERTAS CADANGAN
Bagi menjalankan sesuatu kajian tindakan, GBKSM perlu memahami peringkat dan proses
penulisan dalam kajian tindakan seperti dalam carta aliran berikut :
PERINGKAT PERMULAAN
KAJIAN
Penulisan dan Pembentangan
Kertas Cadangan
Peringkat Pelaksanaan
Penulisan dan
Pembentangan Kemajuan
Kajian
Penulisan Laporan Kajian
Peringkat Penelitian Kajian
Peringkat Terakhir Kajian
Peringkat Penerbitan Kajian
| 67
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
5.5 FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
5.5.1 Tajuk kajian
5.5.2 Nama sekolah
5.5.3 Kumpulan penyelidikan
5.5.4 Tujuan / Objektif kajian
5.5.5 Isu / keperihatinan yang dikaji
5.5.6 Refleksi masalah
5.5.7 Sasaran kajian
5.5.8 Cadangan tindakan
5.5.9 Cadangan bahan yang diperlukan
5.5.10 Jadual pelaksanaan kajian
5.5.11 Anggaran perbelanjaan kajian
5.5.1 Tajuk Kajian
Tajuk kajian haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki dan
diambil tindakan.
5.5.2 Nama sekolah
Nyatakan nama sekolah tempat kajian dijalankan
5.5.3 Kumpulan Penyelidik
Catatkan nama GBKSM dan penyelidik yang terlibat
5.5.4 Tujuan/Objektif Kajian
Tujuan utama kajian tindakan adalah untuk
i. Mengubah amalan GBKSM ke arah pendekatan yang lebih baik
ii. Membantu pihak lain mengetahui dan mengenal pasti amalan dalam proses
kaunseling
iii. Memahami situasi bimbingan dan kaunseling
Nyatakan secara spesifik tujuan/objektif kajian yang ingin dicapai.
5.5.5 Isu/Keprihatinan yang dikaji
Kenyataan atau keterangan yang menjelaskan keadaan sebenar masalah yang dikaji.
Penyataan boleh dijelaskan dalam pelbagai bentuk misalnya
i. Penyataan masalah : contoh – GBKSM mengalami kesulitan dalam usaha
meningkatkan motivasi murid tingkatan 3.
ii. Bentuk keprihatinan : contoh – GBKSM memberi perhatian tentang isu murid
cicir di kawasan program perumahan rakyat.
iii. Bentuk soalan : contoh – apakah yang dilakukan oleh GBKSM untuk
mengatasi masalah ponteng sekolah.
5.5.6 Refleksi masalah
Huraian tentang maklum balas kepada masalah yang dikaji.
| 68
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
5.5.7 Sasaran kajian
Menentukan subjek yang dikaji secara berfokus.
5.5.8 Tindakan yang dicadangkan
Huraikan bagaimana melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.
5.5.9 Bahan yang dicadangkan
Nyatakan segala bahan, instrument dan rujukan yang digunakan
i. Contoh peralatan : laptop, LCD, pencetak, kertas A4 dan lain-lain.
ii. Contoh instrumen : soal selidik, soalan ujian dan lain-lain.
iii. Contoh rujukan : buku-buku atau sumber rujukan lain.
5.5.10 Jadual perlaksanaan kajian
Jadual pelaksanaan kajian perlu dapat dijalankan secara sistematik dan menepati
jangkamasa yang ditetapkan.
Contoh jadual pelaksanaan kajian :
Perkara Tarikh Catatan
Ikut keperluan
Mesyuarat Jawatankuasa
Penulisan Kertas Cadangan
Mesyuarat Pembentukan Ujian Pra/Pasca
Pelaksanaan Ujian Pra
Memproses Data Ujian Pra
Mesyuarat perancangan untuk temubual dan
pemerhatian
Analisis data ujian pra, temubual dan pemerhatian
Kaedah penyelesaian
Pelaksanaan
Pelaksanaan ujian pasca
Memproses data ujian pasca
Refleksi
Penulisan laporan kajian
Pemurnian laporan
5.5.11 Anggaran Perbelanjaan Kajian Jumlah (RM)
20.00
Bil Bahan / Perkara 20.00
1 Percetakan Soal Selidik – 50 Set 18.00
2 Percetakan Modul / Bahan Kajian – 50 Set 25.00
3 Kertas A4 – 2 Rim 25.00
4 Buku Catatan – 50 Buah 12.00
5 Fail Poket – 50 Buah 120.00
6 Marker Pen – 1 Kotak
Jumlah
| 69
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
5.6 BAHAGIAN 5
5.6.1 PANDUAN PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN
GBKSM dapat mengemukakan pengetahuan atau maklumat yang diperoleh daripada
kajian melalui penulisan laporan. Maklum balas tentang dapatan kajian membolehkan
refleksi kendiri dilaksanakan. Walau bagaimanapun, terdapat berbagai cara atau gaya
penulisan laporan kajian tindakan. Contoh berkenaan.
5.6.2 FORMAT MENULIS LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
1 Tajuk
2 Penghargaan
3 Abstrak
4 Isi kandungan
5 Latar belakang kajian
6 Pernyataan masalah
7 Metodologi kajian
8 Tinjauan alat / instrumen kajian
9 Perancangan tindakan
10 Pelaksanaan perancangan tindakan
11 Refleksi
12 Kesimpulan
13 Bahan-bahan atau buku rujukan
14 Lampiran
1 TAJUK
Pada muka surat pertama laporan tulis tajuk kajian, nama atau nama-nama
penyelidikan dan tarikh selesai ditulis. Tajuk mesti tepat, ringkas dan menepati kajian
yang dilaksanakan seperti contoh berikut:
i. Meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah (di satu kelas pilihan) –“Jom, ke
sekolah…”
ii. Meningkatkan motivasi murid belajar dalam kalangan murid tingkatan 4
iii. Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid tahun 3.
2 PENGHARGAAN
Penghargaan hendaklah diberikan kepada semua pihak yang membantu
melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan.
| 70
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
3 ABSTRAK
Dalam abstrak, terangkan tujuan kajian, kaedah dan dapatan kajian.
4 ISI KANDUNGAN
Senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.
5 LATAR BELAKANG KAJIAN
Terangkan latar belakang kajian seperti sejarah, isu, perkembangan dan sebagainya.
6 PERNYATAAN MASALAH
Huraikan masalah sebenar yang ingin dikaji berserta dengan sokongan daripada
kenyataan- kenyataan, penulisan, data dan sebagainya.
7 METODOLOGI KAJIAN
Huraikan reka bentuk kajian, sasaran kajian, batasan kajian, alat kajian serta jenis
penganalisisan kajian. Etika kajian juga boleh dimuatkan.
8 TINJAUAN ALAT / INSTRUMEN KAJIAN
Huraikan bagaimana anda melakukan tinjauan. Huraian ini mengandungi aspek-aspek
berikut:
i. Jenis instrumen untuk proses tinjauan
ii. Huraian dapatan daripada tinjauan
iii. Analisis dapatan daripada tinjauan
iv. Teori yang dibentuk daripada tinjauan yang dilakukan
v. Nyatakan persoalan yang diberi keutamaan fokus untuk diperbaiki.
9 PERANCANGAN TINDAKAN
Huraikan perancangan yang ingin dilaksanakan. Perancangan anda mungkin dalam
bentuk kaedah pengajaran baru, modul, aktiviti dan sebagainya. Perancangan anda
perlu bersesuaian dengan dapatan dari tinjauan dan teori yang anda bentuk.
10 PERLAKSANAAN PERANCANGAN TINDAKAN
Huraikan bagaimana anda melaksanakan perancangan serta kekangan yang dihadapi.
11 REFLEKSI
Huraikan bagaimana anda melakukan refleksi dan apakah maklumbalas yang diterima
daripada proses refleksi ini.
12 KESIMPULAN
Buat kesimpulan ringkas dan rancangan untuk proses gelungan
berikutnya.
| 71
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
13 BAHAN –BAHAN ATAU BUKU RUJUKAN
Nyatakan segala bahan rujukan yang telah digunakan.
14 LAMPIRAN
Sertakan pada penghujung laporan segala bahan yang digunakan dalam kajian
sebagai lampiran kajian
| 72
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
MENGURANGKAN BILANGAN MURID BERISIKO KECICIRAN SEKOLAH
MELALUI INTERVENSI MODUL PENDEKATAN PSIKOLOGI KAUNSELING
Nurhaiza Bt Che Mat
SMK Cheras, Kuala Lumpur,56000, WPKL
[email protected]
ABSTRAK
Artikel ini bertujuan mengenalpasti keberhasilan impak meningkatkan kehadiran murid
ke sekolah dan menangani masalah murid berisiko keciciran dari sekolah melalui
perlaksanaan modul menangani masalah murid berisiko keciciran sekolah. Modul ini
mula dijalankan pada tahun 2015 untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah
dan menurunkan kadar murid berisiko keciciran sekolah melalui intervensi Zoom In.
Modul bersepadu melibatkan guru tingkatan dan guru mentor melalui Zoom In Guru
Tingkatan Dan Mentor, intervensi ibu bapa melalui Zoom In Ibu Bapa dan intervensi
murid sendiri melalui satu sistem pengawalan iaitu Zoom In Murid. Manakala
intervensi SPOT Sistem Pemantauan Orang Tertentu telah dijalankan pada tahun
2016 untuk menurunkan kadar murid berisiko tinggi iaitu murid murid yang pernah
dibuang sekolah dan keciciran dari sistem persekolahan. Kajian ini mengaplikasikan
analisis data kuantitatif secara deskriptif. Statistik deskriptif digunakan untuk
mentafsirkan data. Objektif kajian diuji menggunakan teknik peratusan. Teknik
peratusan digunakan untuk melihat peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Statistik
deskriptif min iaitu bilangan jumlah digunakan untuk menunjukkan pengurangan atau
peningkatan. Berdasarkan modul yang telah dijalankan, modul ini berjaya
menurunkan kadar murid dibuang sekolah atau menurunkan kadar murid berisiko
tinggi keciciran sekolah dan meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Dapatan
kajian ini menunjukkan perlunya ada satu modul yang sistematik dalam menguruskan
murid berisiko keciciran sekolah terutama di bandar yang mempunyai peratus murid
keciciran yang tertinggi. Modul ini sebagai alternatif untuk guru bimbingan dan
kaunseling menjalankan intervensi menguruskan murid berisiko keciciran di sekolah.
Kata kunci: keciciran sekolah; intervensi guru kaunseling; modul kehadiran murid,
ponteng sekolah, buang sekolah
| 73
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 telah berada di gelombang
kedua memacu peningkatan sistem (2016 – 2020). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi
menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Aspirasi akses memerlukan 100% enrolmen
merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas
menjelang tahun 2020. Oleh itu antara inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam menangani keciciran murid ialah melaksanakan inisiatif peningkatan
akses daripada prasekolah hingga menengah atas, meneruskan sokongan
pendidikan sedia ada termasuk bantuan asrama, pengangkutan, Rancangan
Makanan Tambahan, Program Susu, dan bantuan persekolahan, menubuhkan
jawatankuasa pemandu dan jawatankuasa teknikal bagi menangani dan memantau
isu keciciran murid, pengumpulan data murid berisiko cicir di sekolah rendah dan
menengah. Berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 12,
tahun 2012 mengenai perekayasaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah, KPM telah menggariskan 4 fokus untuk penekanan guru bimbingan dan
kaunseling. Antaranya ialah peningkatan disiplin murid dengan fokus adalah untuk
memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah
mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan antisosial yang lain. Hasilnya agar
dapat membentuk perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji.
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan murid ponteng sekolah dan
seterusnya mengurangkan bilangan murid dibuang sekolah menggunakan modul
pendekatan psikologi kaunseling yang sistematik.
Objektif Kajian
Sehubungan dengan itu, penyelidik menyediakan satu model menguruskan murid
berisiko keciciran ke sekolah bagi diaplikasikan pengurusan menangani murid yang
pernah mendapat surat amaran tidak hadir ke sekolah dengan objektif:
1. meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah melalui pendekatan psikologi
dan kaunseling.
2. mengurangkan tingkah laku ponteng bagi murid berisiko tinggi keciciran iaitu murid
yang pernah dibuang sekolah dan penerima surat amaran ketidakhadiran sebelum
dibuang sekolah dengan penggunaan kad SPOT (Sistem Pemantauan Orang
Tertentu).
3. memberikan ganjaran kepada murid yang telah menunjukkan perubahan yang baik
dalam sahsiah mereka dan seterusnya mempengaruhi rakan sebaya lain agar
meningkatkan kadar kehadiran murid ke sekolah.
| 74
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Persoalan Kajian
Berdasarkan daripada objektif kajian yang dinyatakan di atas, maka tiga persoalan
dibina seperti berikut:
1. Apakah modul Zoom In dan SPOT dapat meningkatkan peratus kehadiran murid
ke sekolah?
2. Apakah modul Zoom In dan SPOT dapat mengurangkan bilangan murid ponteng
sekolah?
3. Apakah modul Zoom In Murid dapat meningkatkan kehadiran penuh murid ke
sekolah?
Kepentingan Kajian
Pada 10 Januari 2016, [FS1] artikel Berita Harian menyiarkan mengenai
Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa faktor yang menyebabkan kadar
kehadiran murid yang rendah, di sekolah kawasan yang mempunyai ramai penduduk
golongan berpendapatan rendah seperti berdekatan dengan Projek Perumahan
Rakyat (PPR). Kebanyakan sekolah yang mempunyai kadar ponteng tinggi terletak di
kawasan sedemikian dengan kadar kehadiran murid ke sekolah sekitar 87 % sahaja.
Pengkaji berada di sekolah yang majoriti murid datang dari kawasan PPR, malahan
sekolah yang berada di ranking bawah peratus kehadiran murid dan kadar keciciran
yang tinggi di Kuala Lumpur ialah sekolah yang berhampiran dengan PPR yang
menyebabkan pengkaji berminat untuk menjalankan kajian yang dapat membantu
menangani murid cicir berisiko tinggi dan sederhana melalui pendekatan dari guru
bimbingan dan kaunseling. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras
merupakan sebuah sekolah di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang berhampiran
dengan Projek Perumahan Rakyat.
Berdasarkan Bengkel Intervensi Menangani Masalah Kehadiran Murid
Di Sekolah Bagi Guru Kaunseling Dan Guru Disiplin Sekolah Sekolah di Kuala Lumpur
untuk sekolah yang mempunyai kehadiran murid yang rendah di Kuala Lumpur yang
dijalankan pada awal tahun 2017, pengkaji mendapati majoriti sekolah yang terlibat
dalam kategori kehadiran murid ke sekolah di bawah 87[FS2] %, sekolah tersebut
tidak mempunyai model yang sistematik dalam menguruskan masalah ketidakhadiran
murid di sekolah. Guru kaunseling juga tidak mempunyai proses kaunseling dan
intervensi yang sistematik. Intervensi yang dijalankan hanyalah merangkumi
intervensi dalam jangka masa pendek iaitu sesi kaunseling sama ada individu dan
kelompok, dan bukannya proses jangka masa panjang dalam tahun semasa yang
melibatkan pemulihan dan pemantauan secara bersepadu. Oleh sebab Kuala Lumpur
mempunyai kadar kehadiran dan keciciran yang tinggi berbanding negeri lain, maka
isu keciciran adalah isu yang serius di Kuala Lumpur. Malahan Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) meletakkan indeks petunjuk prestasi (KPI) kehadiran murid ke sekolah
sebagai fokus utama dalam Transformasi Pendidikan Daerah. Oleh itu, penyelidik
menjalankan kajian dengan berfokuskan kepada bulan Januari hingga September
pada tahun 2015 – 2016 iaitu bulan pengajaran dan pembelajaran aktif dijalankan.
| 75
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Teori Berkaitan
Pendekatan teori berdasarkan Teori Pelaziman Skinner. Menurut Sapora Sipon dan
Ruhaya Hussin (2008), teori ini merupakan satu proses pembelajaran yang melihat
satu tingkah laku itu dapat mengubah konsekuan secara sistematik. Teori ini
digunakan untuk pengukuhan positif berdasarkan prinsip meningkatkan tingkah laku
yang positif kerana adanya rangsangan. Bentuk bentuk pengukuhan positif ialah
hadiah, dengan pujian dan kata-kata positif untuk mengukuhkan tingkah laku yang
positif seperti memberi ganjaran setelah perlakuan berulang/diperkuatkan atau
memberi ucapan tahniah dan kata-kata jika tingkah laku adalah positif. Pengukuhan
negatif ialah meransang serta merta perasaan yang tidak selesa. Murid rasa tidak
selesa, segan dan sedaya upaya tidak mengulangi tingkah laku yang negatif.
METADOLOGI KAJIAN
Persampelan
Kajian ini merupakan kajian populasi yang melibatkan keseluruhan murid di SMK
Cheras manakala kajian SPOT melibatkan populasi murid tingkatan 5 yang
mempunyai lebih dari dua masalah iaitu masalah ponteng sekolah tegar dan juga
masalah disiplin lain yang berat.
Tatacara Kajian
Modul ini dibina dan direalisasikan dalam bentuk intervensi Zoom In dan intervensi
SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu).
1. Model Intervensi Zoom In Kelas
Nama program : Zoom In Kelas Berdasarkan Peningkatan Kehadiran
Matlamat : Mengenal pasti kategori kelas cemerlang, harapan
dan lonjakan melalui kadar peratus kehadiran murid
pada setiap bulan.
Strategi : Ganjaran dan Motivasi
Objektif :
1. mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran
pelajar yang rendah untuk diambil tindakan segera manakala kelas yang
menyumbang peningkatan kehadiran murid yang tinggi untuk disampaikan
ganjaran
2. memberikan ganjaran kepada guru tingkatan dan mentor guru tingkatan
yang dapat membantu meningkatkan kehadiran murid di dalam kelas
mereka.
3. membantu guru tingkatan yang mempunyai peratus kehadiran yang rendah
untuk merancang strategi Zoom In Murid
| 76
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Bil Proses Kerja Tanggungjawab Sasaran Catatan
1 Mesyuarat PK HEM AJK UBK
Jawatankuasa AJK Disiplin
Semua guru Semua guru
kaunseling
2 Mengenal pasti Semua Kehadiran kelas
kelas yang terlibat kelas sebanyak 95%
melalui buku sebanyak 7 kali
kehadiran murid akan di bawa ke
atau data lawatan
3 Merekodkan kelas Guru kaunseling Guru kelas Kelas yang
yang terlibat untuk dan guru berada dibawah
dijalankan sesi mentor 87% kehadiran ke
motivasi dan sekolah
ganjaran
4 Menyampaikan PK HEM Kelas Guru kelas dan
anugerah galakan Guru kelas mencapai mentor kedua
bagi kelas yang 95% juga akan
terlibat Guru kaunseling kehadiran memperolehi sijil
anugerah untuk
-Zoom In Cemerlang diri sendiri
95% kehadiran Kelas yang berdasarkan
setiap bulan dapat anugerah yang
meningkat diperolehi oleh
-Zoom In Lonjakan 5% kelas masing-
kehadiran masing
5% meningkat berbanding
kehadiran bulan lepas
berbanding bulan
lepas
Zoom Kelas yang
In Harapan:iaitu dapat
kelas yang sentiasa meningkat
meningkat kehadiran kehadiran
berturut-turut selama selama 3
3 bulan bulan
berturut-
turut
2. Modul Zoom In Murid
2.1 Nama Intervensi: Zoom In Murid : Hati Ke Hati
Matlamat : Mengenal pasti punca pelajar tidak hadir ke sekolah
| 77
Objektif MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Strategi
untuk diberikan bimbingan.
: Agar dapat mengenal pasti pelajar yang
menyumbang kepada peratus kehadiran ke sekolah yang
rendah untuk diambil tindakan segera.
: Sesi kaunseling individu dan kelompok
Modul Intervensi Zoom In Murid
Bil Proses Kerja Tanggungjawab Sasaran
AJK
1 Mesyuarat Jawatankuasa PK HEM
Murid yang
Guru Kelas menerima surat
amaran
Semua guru Murid menerima
kaunseling surat amaran
2 Mengenalpasti pelajar yang
terlibat melalui buku kehadiran
pelajar atau data
3 Menjalankan sesi kaunseling Guru kaunseling
kelompok dan Ujian DASS
4 Menjalankan sesi kaunseling PK HEM Murid menerima
surat amaran
individu Guru kelas
Murid yang
Guru kaunseling menerima
intervensi “Hati Ke
5 Merekodkan status DASS dan Guru Kaunseling Hati”
sebab tidak hadir untuk diambil
tindakan intervensi yang
bersesuaian
2.2 Nama Intervensi: Zoom In Murid : Murid SPOT
(Sistem Pemantauan Orang Tertentu)
| 78
Matlamat MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Objektif : Mengenal pasti punca pelajar berisiko tinggi
Strategi keciciran tidak hadir ke sekolah untuk mengenal pasti
Sasaran intervensi.
: Agar dapat menurunkan kadar murid berisiko keciciran
dari sekolah.
: Sesi kaunseling individu dan kelompok dan pemantauan
total.
: Murid berisiko tinggi keciciran iaitu murid yang
dikenalpasti kerana ponteng sekolah dan mendapat surat
amaran ponteng berterusan dan surat amaran ketiga
malahan murid yang pernah dibuang sekolah kerana tidak
hadir ke sekolah.
Modul Intervensi Murid Berisiko Tinggi Keciciran
BIL AKTIVITI TINDAKAN
1 Murid mendaftar masuk Penyelaras tingkatan
2 Sesi kaunseling murid Guru kaunseling
3 Sesi konsultasi ibu bapa Guru kaunseling
4 Menyerahkan surat aku janji murid SPOT kepada murid Guru kaunseling
5 Menyerahkan surat makluman kepada ibu bapa Guru kaunseling
mengenai SPOT
6 Guru kaunseling menyerahkan nama murid kepada guru Guru kaunseling
disiplin dan guru tingkatan
7 Guru kaunseling menyerahkan kad SPOT berwarna Guru kaunseling
merah
8 Murid perlu mendapatkan tandatangan daripada ketua Guru disiplin
guru disiplin/ guru kaunseling pada masa 1 selama
sebulan
9 Murid perlu mendapatkan tandatangan pada setiap guru Guru mata pelajaran
subjek selama sebulan
| 79
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
10 Guru subjek bebas mencatat apa sahaja dalam buku Guru subjek
catatan sama ada lewat masuk kelas, tidak menyiapkan
latihan, atau tidur dalam kelas, atau memuji murid
kerana menyiapkan buku latihan.
11 Guru kaunseling akan meletakkan nama murid sebagai Guru kaunseling
murid SPOT dalam buku kawalan kelas untuk
pemantauan bersama guru mata pelajaran
12 Perjumpaan sebulan sekali bersama pentadbir dan Pengetua/PK HEM/
kemajuan sahsiah dan disiplin murid bersama maklum PK Petang
balas dari kad SPOT
13 Murid yang dipantau selama sebulan akan diberikan Guru kaunseling
status berikut untuk bulan berikutnya:
Kad merah:Jika tidak berpuas hati dengan kehadiran,
lewat atau masalah salah laku murid
Kad kuning: Jika terdapat perubahan yang lebih baik
dari aspek kehadiran, lewat atau masalah salah laku
Kad hijau:Kehadiran ke sekolah yang cemerlang dan
lewat ke sekolah kurang 3 kali sebulan dan tiada
masalah salah laku.
14 Tindakan susulan dengan ibu bapa murid SPOT bagi Guru kaunseling
kes kad merah yang berterusan
15 Ganjaran berbentuk sijil dan hadiah iringan setiap 3 Setiausaha Hal Ehwal
bulan akan diberikan kepada murid yang menerima kad Murid
kuning atau kad hijau sahaja
3.0 Modul Intervensi Ibu Bapa Murid Berisiko Keciciran
Zoom In Ibu Bapa
Matlamat : Mendapatkan maklumat dari ibu bapa mengenai punca murid tidak hadir
ke sekolah dan seterusnya menjalinkan kerjasama dengan ibu bapa untuk
membantu menangani permasalahan murid.
Strategi : Konsultasi keibu bapaan bersemuka, telefon dan lawatan ke rumah
Objektif :
| 80
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Agar dapat mengenal pasti kerjasama bersama ibu bapa bagi murid yang
menyumbang kepada peratus kehadiran ke sekolah yang rendah untuk diambil
tindakan segera.
Intervensi Konsultasi Keibubapaan
Bil Proses Kerja Tanggungjawab Sasaran
1 Mesyuarat Jawatankuasa PK HEM AJK
Guru Kelas
2 Mengenalpasti ibu bapa murid Semua guru Ibu bapa murid
yang terlibat melalui buku kaunseling berisiko
kehadiran murid atau data Guru Kelas
Guru Mentor
3 Konsultasi ibu bapa bersemuka Guru Kaunseling Ibu bapa yang
di sekolah dapat
dihubungi
4 Talian Kasih bagi ibu bapa Guru Kaunseling Ibu bapa
dihubungi
iaitu menghubungi ibu bapa dengan telefon
melalui telefon dan lawatan ke
rumah
Cakna Kasih iaitu projek lawatan
ke rumah
Analisis Data
Kajian ini mengaplikasikan analisis data kuantitatif secara deskriptif. Statistik
deskriptif digunakan untuk mentafsirkan data. Objektif kajian diuji menggunakan
| 81
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
teknik peratusan. Teknik peratusan digunakan untuk melihat peningkatan kehadiran
murid ke sekolah. Statistik deskriptif min iaitu bilangan jumlah digunakan
untuk menunjukkan pengurangan atau peningkatan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan perlaksanaan modul menangani murid berisiko keciciran sekolah, maka
dapatan kajian telah diperolehi:
Jadual 1
Peratus Kehadiran Murid Ke Sekolah Bagi
Januari – September 2014 hingga Januari- September 2016
Tahun Penggunaan modul Peratus kehadiran
2014 (tiada modul sistematik) 82 %
2015 (modul diuji) 86 %
2016 (perlaksanaan modul) 87%
Jadual 2
Bilangan surat amaran ponteng sekolah dikeluarkan bagi
Januari– September 2014 hingga Januari – September 2016
Tahun Penggunaan modul Bilangan surat amaran
2014 (tiada modul sistematik) 741 surat amaran
2015 (modul diuji) 409 surat amaran
2016 (perlaksanaan modul) 250 surat amaran
Jadual 3
Bilangan murid tidak hadir ke sekolah hanya sehari dan hadir penuh bagi
| 82
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Januari – September 2014 hingga Januari – September 2016
Tahun Penggunaan modul Bilangan murid
2014
2015 (tiada modul sistematik) 75 orang
2016
(modul diuji) 114 orang
(perlaksanaan modul) 160 orang
PERBINCANGAN
Model intervensi mengurus murid berisiko keciciran ini telah diuji pada tahun
2015 melalui pendekatan Zoom In manakala model SPOT mengurus murid berisiko
tinggi keciciran telah diuji pada tahun 2016 dan menunjukkan impak yang tinggi
terhadap peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah berdasarkan Jadual 1,
mengurangkan bilangan surat amaran ponteng dikeluarkan kepada murid
berdasarkan Jadual 2, dan peningkatan murid kehadiran penuh ke sekolah
berdasarkan Jadual 3. Berdasarkan Transformasi Pendidikan Daerah 2.0, Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu telah meletakkan sekolah pengkaji sebagai
sekolah yang bermasalah kehadiran murid sejak tahun 2015. Berdasarkan Dialog
Prestasi sekolah-sekolah yang bermasalah kehadiran dengan PPD pada awal tahun
2017, pendekatan modul pengkaji telah menarik minat pegawai PPD untuk
dijenamakan dengan program REKRUT iaitu Rekod Kehadiran Untuk Tindakan.
REKRUT menggunakan pendekatan Zoom In yang diperkenalkan oleh pengkaji.
Maka modul ini disebarluaskan kepada sekolah – sekolah di daerah Bangsar dan
Pudu terutamanya kepada 42 sekolah rendah dan 17 buah sekolah menengah yang
bermasalah kehadiran murid ke sekolah.
Sumbangan kajian ini penting untuk menunjukkan kepada guru bimbingan dan
kaunseling dalam menjalankan aktiviti dan intervensi klien menggunakan modul dan
intervensi yang betul untuk kes murid yang berisiko keciciran. Ini kerana Kementerian
Pendidikan Malaysia akan mengeluarkan garis panduan bagi menangani masalah
murid yang keciciran dan menerangkan intervensi yang akan dilakukan oleh pihak
yang berkepentingan di sekolah bagi menangani masalah murid keciciran. Walau
bagaimanapun intervensi modul untuk pihak guru bimbingan dan kaunseling
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling harus juga dibekalkan untuk panduan
guru bimbingan kaunseling menjalankan aktiviti sesi kaunseling kelompok atau
individu dengan modul kaunseling menangani masalah keciciran murid. Kebanyakan
kajian tindakan dan aktiviti sekolah memfokuskan model mengenai meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah namun modul untuk meningkatkan kehadiran murid dan
intervensi murid berisiko cicir sederhana dan tinggi belum lagi diterbitkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Setakat ini modul kaunseling berfokus ponteng
| 83
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
ada dibekalkan kepada guru kaunseling yang umum untuk segala kes berkaitan murid
ponteng seperti ponteng sekolah, ponteng kelas, ponteng perhimpunan. Oleh itu,
modul khas untuk murid penerima surat amaran dua, tiga dan kes rayuan bersekolah
semula adalah perlu sebagai rujukan dan alternatif dalam menangani masalah murid
berisiko cicir terutama yang berisiko tinggi keciciran sekolah. Ini kerana apabila
kehadiran murid ke sekolah meningkat mendadak pada tahun 2014 ke 2015 tetapi
menunjukkan peningkatan yang perlahan pada tahun 2016, maka intervensi SPOT
dijalankan secara sampel kajian kepada murid berisiko tinggi keciciran tahun 2016
yang mengundang kepada kehadiran yang rendah dalam sesebuah kelas. Intervensi
SPOT ini memberikan impak yang tinggi terhadap kehadiran murid berisiko tinggi di
sekolah dan diaplikasikan sepenuhnya pada tahun 2017.
Melalui intervensi Zoom In Kelas, murid di dalam kelas akan sentiasa
bekerjasama bagi membantu kelas mencapai KPI yang disasarkan. Murid juga akan
lebih mengambil berat murid lain di dalam kelasnya yang tidak hadir ke sekolah untuk
memaklumkan kepada guru. Melalui intervensi Zoom In Guru Tingkatan Dan Mentor,
maka pelantikan mentor kedua akan dilantik. Dua orang guru yang akan bekerjasama
untuk mencari strategi membantu kehadiran murid kelas masing–masing terutama
yang berisiko keciciran. Melalui anugerah sijil penghargaan guru, memotivasikan guru
tersebut bagi membantu menguruskan kelasnya dengan lebih berkesan dengan
pemantauan kepada murid-murid tegar di dalam kelas tersebut. Ganjaran kelas
terbaik kehadiran pula, dapat meningkatkan tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik
murid untuk mengekalkan tahap kehadiran murid di dalam kelas dengan cemerlang
manakala slot ceramah motivasi kepada murid bagi kelas yang berada di bawah
peratus kehadiran yang tidak memuaskan diharapkan agar dapat menyuntik
motivasi mereka agar hadir ke sekolah.
Melalui Zoom In Ibu Bapa , ibu bapa dapat bekerjasama untuk memaklumkan
mengenai pergerakan anak dan tingkah laku anak yang boleh dibantu oleh guru
kaunseling. Ibu bapa juga perlu dilibatkan dalam kontrak agar dapat
bertanggungjawab terhadap pergerakan anak jika tidak ke sekolah. Melalui aktiviti
Talian Kasih dan Cakna, ia menunjukkan bahawa pihak sekolah akan bertindak
sehingga ke rumah murid bagi mengesan murid berpotensi keciciran sekolah. Ini
kerana ada kes surat amaran yang dihantar tidak diterima ibu bapa kerana murid
sendiri yang mengambil surat dari peti surat dan menyembunyikannya atau bertukar
alamat tanpa memaklumkan kepada guru, dan ada nombor telefon yang tidak
dikemaskini dan menyulitkan menghubungi ibu bapa. Aktiviti ini menyedarkan murid
betapa serius pihak sekolah mengambil tindakan dan dengan sendirinya murid yang
tidak mahu melibatkan ibu bapa, akan cuba hadir ke sekolah dan mengurangkan
tingkah laku ponteng berterusan atau tidak ponteng ke sekolah lagi. Melalui
pengetahuan guru kaunseling mengenai agensi yang perlu dirujuk, maka guru
kaunseling dapat membantu isu kekeluargaan untuk ditangani oleh pihak lain yang
lebih profesional.
| 84
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
Melalui Zoom In Murid, model ini sesuai digunakan bersama modul kesihatan
mental untuk menjalankan intervensi kepada murid. Guru kaunseling akan menyentuh
rumusan mengenai latar belakang keluarga, akujanji yang perlu dipatuhi murid dan
meneroka masalah sebenar untuk strategi yang akan datang. Guru kaunseling akan
membantu murid mengenalpasti sumber yang boleh didekatinya untuk membantu
merealisasikannya matlamat hidup dan bertindak terhadap masalah sebenar yang
menyebabkannya tidak hadir ke sekolah. Melalui bimbingan kerjaya, murid dapat
dibimbing untuk mengetahui bahawa terdapat pelbagai bidang akademik dan
kemahiran untuk melanjutkan pelajaran walau apa sahaja kelulusan akademik murid
tersebut. Yang penting, murid masih berada dalam sistem persekolahan dalam usia
yang sepatutnya mereka berada dalam sistem persekolahan. Dengan inovasi
penggunan Kad SPOT iaitu kaedah yang digunakan untuk mengawal tingkah laku
negatif murid di sekolah, maka murid sedar bahawa pergerakan deviannya
akan terbatas kerana pemantauan total. Melalui ulasan guru mengenai tingkah laku
yg positif pada kad, ia akan memberikan motivasi untuk mengukuhkan tingkah laku
positif dan akan memperlahankan tingkah laku negatif hingga terhapus terus.
KESIMPULAN
Rujukan berdasarkan kepada laporan data keciciran murid di sekolah menengah
tahun 2016 oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati peratus murid berisiko cicir di Malaysia
pada tahun 2016 ialah 9386 yang mana, peratus murid sederhana risiko ialah 4264
murid dari 9386 murid yang meliputi 45.4 % murid cicir manakala murid yang tinggi
risiko keciciran di sekolah menengah adalah 402 murid yang meliputi 4.3%. Selain itu,
laporan pengumpulan murid berisiko cicir di sekolah KPM pada tahun 2016 juga
mendapati 4.3% murid sekolah menengah berisiko tinggi untuk tercicir daripada
sistem persekolahan. Faktor–faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada
murid berisiko tinggi untuk tercicir ialah berpunca daripada faktor murid dan faktor
keluarga. Diharapkan dengan adanya modul menangani murid berisiko keciciran di
sekolah, keciciran murid dapat dikurangkan dengan menjalankan intervensi ini di
sekolah.
Cadangan penambahbaikan bagi program ini ialah mempelbagaikan kategori
ganjaran untuk sahsiah dan disiplin murid, penyampaian anugerah sahsiah murid
dijalankan sebanyak dua kali setahun, memaparkan wajah murid –murid dan data di
papan kenyataan khas program bagi yang menerima anugerah, dan ganjaran khas
juga untuk guru yang memberikan komitmen terhadap peningkatan sahsiah murid.
Sekolah juga boleh mewujudkan konsep mentor- mantee kepada murid –murid
katergori SPOTiaitu murid – murid berisiko tinggi di bawah jagaan barisan pentadbir
| 85
MANUAL PENGURUSAN PENCEGAHAN DAN INTERVENSI MURID CICIR : SUDI 2.0
BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (2016),
Perangkaan Pendidikan Malaysia 2016 .Penerbitan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Gaitirie a/p Dewa Dasan. Perkongsian Amalan Dan Pengurusan Terbaik
Perkhidmatan Kaunseling. Program Psikologikal PRIME (ms57-75)
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar.2005, Kaunseling
Individu Apa Dan Bagaimana. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
Modul Kemahiran Kesihatan Mental (Remaja). Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (2011)
Mohd Fadzil Che Din (2012). Pengenalan Kaunseling.Penerbitan Excellent Mind
Resources,Kelantan.
Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin ( 2008). Teori Kaunseling Dan
Psikoterapi.Penerbit USIM
Ziauddin Sharuddin. Langkah Atasi Ponteng Sekolah Di Ibu Kota. Berita Harian,10
Januari: 1
| 86