PEMBIMBING
RAKAN SEBAYA
DISEDIAKAN OLEH
CIKGU AISHAH
UBK SMK SERI KANDI
APA ITU PRS?
• Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah
dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling.
• Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan
sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
• PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan
masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka
kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta
rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.
PRINSIP PERKHIDMATAN PRS
1. Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan
tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan
fizikal.
2.Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan
berdasarkan etika PRS .
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
MATLAMAT PRS OBJEKTIF PRS
✓ Membina budaya kasih mesra dan saling ✓ Membina pasukan PRS yang terlatih untuk
membantu dalam kalangan murid. membantu rakan dari segi akademik,
✓ Membina murid yang yakin diri dan
perlakuan, emosi dan peribadi.
menghayati nilai-nilai murni berasaskan ✓ Memberi khidmat sokongan dalam
kepada kepercayaan kepada Tuhan. perkhidmatan bimbingan kaunseling
✓ Memupuk potensi atau bakat kepimpinan
untuk mengisi pertambahan tuntutan
dan menjadi individu yang peka,
dalam perkhidmatan PRS.
bertimbangrasa, rela, menolong dan ✓ Melatih murid dalam kemahiran asas yang
berupaya hidup selesa dalam masyarakat membolehkan mereka berinteraksi secara
majmuk. berkesan dengan rakan dan individu lain.
✓ Melalui pengaruh positif dan persepaduan
dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan
peranan membantu mengurangkan
masalah salahlaku dalam kalangan murid.
Falsafah PRS VISI PRS
“Bantu diri supaya berupaya Sistem pengurusan perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang
membantu orang lain”
dan berkualiti.
MISI PRS
Membentuk dan melahirkan insan yang
seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah
dan etika Pembimbing Rakan Sebaya
OBJEKTIF PRS
1.Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu
rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
2.Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan
bimbingan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan
dalam perkhidmatan PRS.
3.Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan
mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan
individu lain.
ETIKA PRS
PRS perlu patuh pada etika berikut:
1.Amanah dan menyimpan rahsia.
2.Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
3.Tahu batasan dan keupayaan diri.
4.Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
5.Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes
yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
6.Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
7.Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
SENARAI TUGAS PRS
1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika
perlu.
5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan
Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
6. Sebagai Model Insan kepada pelajar lain.
7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
SENARAI TUGAS PRS
1. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat
keputusan.
2. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
3. Mematuhi etika kerahsiaan.
4. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
5. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
6. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari
7. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
8. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.
BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG
LAIN
CIKGU SANGAT BERHARAP MURID SENADI BERMINAT UNTUK MENYERTAI PRS SENADI.
UNTUK MURIDYANG BERMINAT, SILA HUBUNGI
CIKGU AISHAH, WHATSAPP 0123269489