BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
/
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP DAN SEMESTER / L3 (SEMESTER 3)
LEVEL AND SEMESTER BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN 1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK REQUIREMENT
AKTIVITI KERJA / 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS
WORK ACTIVITIES NO. AND 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT
STATEMENT 4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION
5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION
NO. KOD KSKV / KSKV 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS
CODE NO. MATURED)
NO. KOD / CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 16
BC-030-3: 2013-C02/P(2/6)
TAJUK / TITLE:
PENYEDIAAN KOTAK BENTUK
TUJUAN / PURPOSE:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh menyediakan bahan dan
peralatan KOTAK BENTUK dengan menggunakan perkakas dan peralatan
mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 16
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Kotak bentuk terdiri daripada beberapa anggota atau komponen mengikut bentuk
struktur yang akan dibina. Bagi membentuknya setiap anggota hendaklah difabrikasi
dan dipasang dengan lengkap mengikut bentuk struktur yang akan dibina.
2.0 JENIS-JENIS BAHAN KOTAK BENTUK
2.1 Bahan- bahan kotak bentuk
i) Papan /Kayu padu
Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit
tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati
dan senang dikerjakan.Oleh itu pemilihannya perlu dibuat mengikut kesesuaian
kerja yang dilakukan.
ii) Papan Lapis
Papan lapis digunakan dengan meluas bagi pembinaan kotak bentuk kerana
kekuatannya, ringan dan boleh diperolehi dalam saiz 1.2m lebar x panjang
2.4m,2.7m dan 3.0m. Permukaannya yang licin memberikan penyudahan yang
baik kepada permukaan konkrit.
iii) Logam/Keluli
Merupakan kotak bentuk yang tahan dan terbaik. Pemasangannya
diperkuatkan dengan penggunaan skru serta bol dan nat. Kotak bentuk yang
terdiri dari beberapa unit ini mempunyai daya tahan tegasan yang tinggi dan
mampu digunakan berulang kali . Kegunaan logam dalam pembinaan kotak
bentuk adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan
kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya
memerlukan acuan logam kerana ia lebih tahan lasak. Unit-unit kepingan
logamnya sering digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam
bangunan yang bertingkat-tingkat.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 16
Kotak bentuk keluli mengandungi komponen sudut,tiub,gelegar dan plat rata.
Banyak digunakan sebagai tupang (shore),rembat (brace), runner, lantai
(slab),pampan (shutter) dan sebagainya. Kotak bentuk keluli juga sering
digunakan kombinasi dengan kayu. Ia cukup kuat dan boleh diguna
berulangkali tanpa banyak kerosakan.
Acuan Logam dinding Rembat daripada logam Pembinaan lantai atas
Rajah 1: Gambarajah panel logam / keluli
iv) Aluminium
• Panel kotak bentuk aluminium diperbuat daripada aloi aluminium
berkekuatan tinggi dengan permukaan sentuhnya dibuat dari plat setebal
4mm yang dikimpal kepada kotak bentuk bagi menghasilkan komponen
yang lasak.
• Panel-panel ini dipasang dalam posisinya dengan bantuan sistem susunan
pin dan baji yang dilalukan melalui lubang pada bahagian luar rusuk/ rib
setiap panel. Panel dipasang dengan tepat ,dikemaskan dan tidak
memerlukan rembat
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 16
• Bagi kotak bentuk yang tinggi, ia boleh disokong oleh tembok dengan
menggunakan pengikat tembok berkekuatan tinggi sementara kotak bentuk
dek/lantai boleh disokong oleh rasuk dan tiang-tiang atau props
• Sistem kotak bentuk aluminium adalah fabrikasi aluminium menggunakan
sistem kejuruteraan tepat . Menggunakan sistem ini, semua struktur
bangunan seperti tembok galas beban,kolum,rasuk,slab lantai,tangga dan
sebagainya akan dapat dibina secara cast in situ
Rajah 2: Kotak bentuk aluminium panel sisi
v) Kaca gentian dan plastik gentian
Kaca gentian dan plastik digunakan khas untuk membina struktur yang
mempunyai rekabentuk khusus dan tersendiri. PVC, neoprene dan polyester
yang diperkuatkan dengan kaca gentian adalah diantara kotak bentuk plastic
yang sering digunakan. Ia boleh dibina mengikut bentuk yang diperlukan,
tidak berkarat dan mudah dibersihkan.
Glass reinforced plastic (GRP) dan Vacuum formed Plastic sering
digunakan apabila bentuk konkrit yang rumit diperlukan. Boleh diguna
berulangkali.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 16
2.2 Bahan Keperluan kotak bentuk
• Paku Dawai dan Paku Konkrit
Paku banyak digunakan dalam kerja – kerja kayu dan acuan. Kuantiti
paku yang perlu dilakukan untuk kayu penyokong atau tupang adalah
seperti berikut:-
• 0.41 kg bagi setiap m2 luas kayu dan papan penyokong yang
digunakan untuk kali pertama (initial use).
• 0.18 kg bagi setiap m2 luas kayu dan papan penyokong.
Rajah 3: Paku
• Mould Oil
Acuan Oil ialah agen pembebasan acuan ,digunakan untuk memastikan
acuan boleh dikeluarkan selepas konkrit mengeras. Ia memudahkan dan
tidak merosakkan acuan. Minyak acuan menjadikan kemasan konkrit ,
bebas daripada kotoran, dan membantu melindungi acuan.
Rajah 4: Mould oil
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 16
• Stut (Kuk)
Rajah 5: Stut
2.3 Istilah-istilah yang sering digunakan dalam kotak bentuk
i. Lapik Papan /Pampan Sisi– (sheathing) terdiri daripada panel berangka
atau papan yang bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan ialah
memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang licin pada konkrit.
Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentuk permukaan
yang lengkung.
ii. Papan Alas Tapak – Kayu alas pampan dan kaki belebas untuk
meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama.
iii. Belebas – merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan
supaya kedudukannya tidak berubah.
iv. Susur dinding – Kayu lintang yang menyokong sepanjang barisan belebas
bagi untuk memastikan kelurusan kotak bentuk serta mengukuhkan
kedudukannya.
v. Topang – Kau penjarak bagi menentukan jarak dalaman di antara kedua-
dua pampan kotak bentuk
vi. Rembat – Menyokong pugak pampan sisi bertujuan mengukuhkan dan
menetapkan kedudukan kotak serta menahan tegasan semasa bancuhan
konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan.
vii. Pancang – untuk menahan rembat bagi mengekalkan posisinya.
viii. Dawai – untuk menarik kedua-dua lapik papan supaya tidak kembang
apabila bancuhan konkrit ditempatkan.
ix. Noggin- Kayu sokongan antara susur dinding yang memegang kaki rembat
dan belebas
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 16
Kayu Perenggang
Rajah 6: Istilah yang digunakan dalam kotak bentuk
3.0 PERALATAN KOTAK BENTUK
Berikut merupakan senarai peralatan kotak bentuk:
Jadual 1: Peralatan kotak bentuk
Plambab Hos Spanar Peranca dan tangga
Gergaji tangan Tukul Kuku Pita pengukur Rod Pengikat
Kambing
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 16
Gergaji piring Pistol paku Pahat Tali
mudahalih
Timbang air Pemampat udara Pinch bar Crow bar
4.0 PERSEDIAAN MEMBINA KOTAK BENTUK
• Kotak bentuk terdiri daripada beberapa unit kepingan dinding dipanggil Lapik
Papan atau Pampan Acuan (sheathing). Kenalpasti Bilangan Pampan
Acuan kerana ianya bergantung kepada struktur konkrit yang mahu dibina
Contohnya kotak bentuk bagi tiang persegi terdiri daripada empat unit
Pampan Sisi. Kaedah pembinaannya didahului dengan fabrikasi pampan-
pampan sisi mengikut ukuran yang ditetap.
• Persediaan dilakukan dengan menyediakan bahan-bahan diikuti melakukan
langkah-langkah mengukur, menanda, memotong dan memfabrikasi
komponen-komponnen pampan sisi terdiri daripada Susur Dinding ( Waler),
Sesendal ( Nogging) dan Lapik Papan/Pampan Sisi (Form Lining)
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 16
Rajah 7: Komponen-komponen pampan
4.1 Mengukur ,menanda dan memotong
• Tentukan ukuran komponen dan Jarak .Pampan-pampan bagi setiap
sisi mengandungi komponen-komponen seperti Lapik Papan/“form
lining”,Susur dinding/“waler” dan sesendal/“nogging”. Tentu dan
tanda ukuran komponen-komponen tersebut. Jarak antara Susur Dinding
dan Sesendal bergantung kepada saiz pampan,tetapi lazimnya antara
300-600mm.
• Saizkan komponen dengan membelah papan lapis untuk form lining dan
mengerat panjang susur dinding/waler dan sesendal/noggin. Kerat
panjang kayu untuk susur dinding dan sesendal pada ukuran yang
ditetapkan
4.2 Memfabrikasi
• Kerja-kerja bermula dengan memakukan antara komponen kotak
bentuk iaitu antara susur dinding dan sesendal.
• Pakukan papan plywood yang telah disaizkan pada kerangka pampan.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 10 Drpd/of :
16
a) Menfabrikasi kotak bentuk Kolum
• Sediakan bahan-bahan yang terlibat seperti kayu bersaiz 25 x 50mm bagi
binaan kerangka , plywood 12mm untuk form lining serta kayu-kayu
perembat dan tupang.
• Bina dan febrikasi pampan-pampan tepi kotak bentuk mengikut saiz
dan rekabentuk struktur.
• Saiz pampan sisi kotak bentuk tiang adalah;
i. 200mm x 1500mm =2 unit Saiz boleh dipinda mengikut
ii. 300mm x 1500mm = 2 unit kesesuaian bagi menghasilkan
tiang 200 x200mm
• Susun dan pasang ketiga – tiga pampan sisi tiang kecuali sisi keempat
yang akan dipasang sepenuhnya ditapak.
• Pada setiap pampan, dibuat lubang kecil dan diikat dengan keluli lembut
R10 atau R6 dibiarkan terjulur untuk kerja- kerja mengikat bata nanti.
Rajah 8: Menfabrikasi komponen kotak bentuk
5.0 PEMASANGAN KOTAK BENTUK
a) Semua aktiviti kotak bentuk akan dilakukan mengikut spesifikasi
b) Setelah meneliti lukisan stuktural,Jurutera projek akan merancang ukuran,
bilangan dan jenis kotak bentuk yang akan digunakan dengan konsultasi
Jurutera Struktur, jika diperlukan.
c) Perekabentuk Luaran boleh diguna bagi sistem spesifik
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 11 Drpd/of :
16
d) Ketersediaan dan keupayaan kotak bentuk akan diperiksa dengan pengurus
perolehan dan keputusan akan diambil bagi membeli, menyewa atau
mengguna semula bahan-bahan kotak bentuk.
e) Semasa Febrikasi kotak bentuk , semua dimensi akan diperiksa bagi
mengelak dari mengambil tindakan pembetulan semasa mendirikan kotak
bentuk ( pembetulan dan perlarasan perlu dilakukan semasa febrikasi)
f) Pastikan tiang/prop, tupang/shore, waling, bearer, pengapit dan rod pengikat/
tie rod mempunyai saiiz yang betul dan pada ruang atau jarak yang betul.
Perekabentuk kotak bentuk hendaklah memeriksa sistem kotakbentuk dan
sokongan sementara dengan mengambil kira beban yang dikenakan dan
parameter rekabentuk seperti dalam spesifikasi
g) Periksa kotakbentuk supaya dirembat dengan kukuh dan diatas asas yang
teguh
h) Pemeriksaan kualiti perlu dilakukan ke atas semua anggota melibatkan
shutter lining, pengemasan bol dan baji, item-item yang dibina dan lain-lain
i) Lubang-lubang untuk Rod Pengikat yang akan dibuat pada kotak bentuk
hendaklah kemas supaya ia boleh ditampal kemudiannya.
j) Perhatian khusus perlu diberikan kepada ketegaran (rigidity)
k) Pastikan laluan secukupnya dan pelantar kerja
disediakan bagi kerja-kerja konkrit, Papan pacak
(toe boards) dan susur pelindung (guardrails)
disediakan
l) Tiang (Prop) tidak harus digunakan jika ianya
bengkok, berkarat atau bengkok pada kepala atau
plat tapak, kerosakan pin dan sebagainya
m) Pastikan langkah-langkah keselamatan diambil
secukupnya semasa menanggal kotak bentuk.
n) Bersihkan permukaan kotak bentuk sebaik sahaja ia ditanggalkan
o) Kaedah simpanan yang baik adalah penting bagi memastikan kotak bentuk
boleh diguna semula
p) Keselamatan semasa operasi kotak bentuk perlu diutamakan
q) Berat bagi unit-unit besar prafebrikasi kotak bentuk hendaklah ditanda
supaya kapasiti mengangkat kren berada pada jejari kerja tidak melebihi poin
mengangkat yang biasa disediakan
r) Tiang Keluli (Steel Prob) hendaklah didirikan dalam keadaan pugak dan diuji
menggunakan timbang air
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 12 Drpd/of :
16
5.1 Komponen Kotak Bentuk
a) Pelantar
Pelantar adalah ruang yang disediakan bagi tujuan :
• memudahkan pekerja berdiri dalam proses melakukan kerja pada
ketinggian melebihi 2m
• melakukan kerja menempatkan konkrit.
Pelantar boleh terdiri daripada peranca bergerak, pelantar yang dibina
khusus dan Pelantar Menaik (elevating platform ) seperti peranca
kerangka
Rajah 9 menunjukkan pekerja mendirikan kotak bentuk dari pelantar
antara yang ketinggiannya kurang dari 2m dan pelantar atas yang
ketinggiannya melebihi 2 m antara pelantar ke pelantar
Rajah 9: Pelantar digunakan untuk kerja-kerja kotak bentuk
b) Anggota Kotak Bentuk
• Kotak bentuk mengandungi anggota-anggota gabungan yang
apabila dipasang akan membentuk acuan bagi membolehkannya
menerima konkrit. Jenis anggota bergantung kepada kotak bentuk
struktur seperti kotak bentuk tiang, lantai atau rasuk.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 13 Drpd/of :
16
Pampan ( Sheathing)
• Bagi semua jenis kotak bentuk, anggota utamanya adalah pampan
samada pampan tepi atau pampan bawah untuk rasuk atas .
• Pampan-pampan tepi boleh difebrikasi samada dengan kayu
padu ,plywood atau tersedia dari keluli. Bagi pampan yang
menggunakan plywood tebal 12mm, ia perlu difebrikasi dengan
membuat kerangka disekelilingnya
Rajah 10: Pampan tepi
Anggota Sokongan
• Belebas (Stud)
• Rembat (Brace)
• Pengikat dan Spreader
c) Topang/ Penyangga dan Tiang penyangga’(prop)
Tupang dan Tiang Penyangga adalah aksesori sokongan sementara
yang yang mempunyai fungsi yang sama iaitu bagi memastikan
ketegaran dalam pemasangan kotak bentuk. Ketegaran bermaksud
kotak bentuk berada dalam posisi tetap, tiada pergerakan disebabkan
tiupan angin atau apabila konkrit dituang dan digetarkan
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 14 Drpd/of :
16
Rajah 11: Penyangga
Tiang penyangga (Prop) berada pada posisi menongkat papak bawah
seperti papak rasuk atau lantai . Tujuannya menyangga pampan bawah
kotak bentuk yang memerlukan penyanggaan dari bawah.
Rajah 12: Tiang penyangga
Rajah 13: Topang
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 15 Drpd/of :
16
d) Pengikat Kotak Bentuk
Pengikat kotak bentuk yang dimaksudkan adalah bol/bar pengikat yang
merupakan kombinasi antara rod dan nat pengetat. Ia dipasang
merentangi antara dua permukaan kotak yang bertentangan (bagi
tembok) dan antara dua kayu pengikat kotak atau dipanggil Kuk/Yoke
(bagi kolum). Pengikat ini bertujuan mengikat kombinasi anggota kotak
bentuk supaya mampu menahan tekanan dari konkrit yang dituang.
KUK/YOKE
Rajah 14: Pengikat kotak bentuk
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(2/6) Muka / Page : 16 Drpd/of :
Rujukan 16
1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia
en.wikipedia.org/wiki/Formwork
2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help
www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html
3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ...
www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications
4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3
5. Formwork Method Statement | Planning Engineer Est.
www.planningengineer.net/formwork-method-statement/
6. Form ties
www.concrete.org.uk/fingertips-nuggets.asp?cmd=display&id=4
7. TYPES OF CONCRETE WITH APPLICATIONS - The Constructor
theconstructor.org › Concrete
8. Staircase formwork
www.weckenmann.com/en/equipment-and-formwork/formwork/staircase-
formwork/