KOD DAN NAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PROGRAM / ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
PROGRAM CODE & NAME 62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
TAHAP DAN SEMESTER / KERTAS PENERANGAN
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT (INFORMATION SHEET)
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO. BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
AND TITLE L3 (SEMESTER 3)
BC - 030 - 3 : 2013 –C02 RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK
1.IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING FORMWORK
REQUIREMENT
NO. DAN PENYATAAN 2.FABRICATE FORMWORK MEMBERS
AKTIVITI KERJA /
WORK ACTIVITIES NO. AND 3.SET OUT FORMWORK ALIGNMENT
STATEMENT
4.CARRY OUT FORMWORK INSTALLATION
NO. KOD KSKV / KSKV
CODE NO. 5.COORDINATE FORMWORK INSPECTION
NO. KOD / CODE NO. 6. DISMANTLE FORMWORK MEMBER (AFTER CONCRETING HAS
MATURED)
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 28
BC-030-3: 2013-C02/P(1/6)
TAJUK / TITLE:
KOTAK BENTUK
TUJUAN / PURPOSE:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh mengenalpasti bahan-bahan
untuk membina KOTAK BENTUK dengan menggunakan perkakas dan peralatan
mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 2 Drpd/of : 28
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Kotak bentuk adalah binaan sementara berupa acuan yang dibina mengikut bentuk
struktur konkrit yang akan dibina. Tujuannya adalah sebagai acuan untuk
membentuk struktur konkrit semasa basah. Pembentukan struktur konkrit melibatkan
rasuk, asas,tiang,tangga, lantai,lintel dan bumbung rata konkrit.
2.0 KONTRAK DOKUMEN/ DOCUMENT CONTRACT
Dokumen kontrak boleh ditakrifkan sebagai dokumen bertulis yang
mengandungi perkara-perkara perjanjian pihak-pihak berkontrak. Ia menetapkan dan
menghuraikan termasuk peranan, tanggungjawab dan perihal terperinci mengenai
kerja atau perkhidmatan seperti lukisan, spesifikasi, prosedur, apa-apa syarat lain,
dan sebagainya. Ia harus memasukkan maklumat yang mencukupi untuk dapat
menyelesaikan kerja atau perkhidmatan.
Dokumen-dokumen yang dikenal pasti sebagai dokumen kontrak mesti
ditandatangani oleh pihak-pihak berkontrak. Kewajipan am kontraktor ialah untuk
melaksanakan kerja dengan memenuhi kehendak dokumen kontrak.
Borang-borang standard lazimnya akan menyatakan dokumen-dokumen yang
menjadi sebahagian dari kontrak. Sesetengah borang standard menetapkan
dokumen-dokumen yang terkandung adalah saling menerangkan dan jika apa-apa
percanggahan atau kekeliruan, hendaklah dirujuk kepada arkitek atau jurutera bagi
pihak majikan, untuk mendapatkan keputusan. Sesetengah borang standard pula
menetapkan, jika timbul percanggahan antara dokumen-dokumen, keutamaan diberi
kepada syarat-syarat kontrak (dokumen bercetak).
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 3 Drpd/of : 28
3.0 ISI KANDUNGAN DOKUMEN KONTRAK
3.1 Lukisan/Drawing
Lukisan-lukisan kontrak adalah sebahgian dari dokumen kontrak. Ia
terdiri dari lukisan-lukisan yang dirujuk semasa penyediaan senarai bahan
atau sebagai penentuan skop kerja bagi kontrak tanpa mengguna senarai
bahan dan adalah terdiri dari lukisan tender yang asal.
Terdapat juga lukisan-lukisan yang diberi kemudiannya yang bertujuan
memberi butir-butir atau huraian lanjutan bagi membolehkan kontraktor
melaksanakan kerja. Kontraktor hendaklah memberi notis dengan memadai
tentang keperluan mendapatkan lukisan dan butir-butir tersebut. Kontraktor
mungkin mendapati lukisan lanjutan atau terperinci ini sangat berbeza dari
apa yang dijangkakan dan ini boleh manjadi alasan baginya membuat
tuntutan di bawah perubahan kerja.
Lukisan kontrak biasanya terdiri dari lukisan-lukisan berskala kecil
yang menunjukkan pelan-pelan, pandang sisi dan bangunan dan pelan tapak.
Secara am, skala yang digunakan oleh arkitek untuk lukisan-lukisan adalah
seperti berikut:
Jadual 1: Skala Lukisan
Pelan tapak 1:400 atau 1:200 bergantung
Kepada saiz tapak
Pelan bangunan, peladang sisi 1:100
dan seksyen
Butir-butir (perincian bahagian 1:25, 1:10
bangunan yang dilukis dalam
skala besar bagi menunjukkan
ciri-ciri pembinaan)
Butir-butir bagi kerja tanggam 1:5 atau 1:25
dan kemasan
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 4 Drpd/of : 28
3.2 Spesifikasi
Spesifikasi mengandungi huraian mengenai bahan-bahan dan mutu kerja
bagi setiap jenis kerja yang perlu dilaksanakan. Ianya menjadi rujukan bagi
tahap kualiti yang dikehendaki. Tahap kualiti yang dikehendaki lazimnya
mengikut kod-kod amalan dan standard seperti British Standards, SIRIM dan
seumpamanya
Jadual dibawah adalah contoh Jadual Spesifikasi yang dipetik dari
Standard Specification For Building Work 2005- JKR
Jadual 2 : Contoh Jadual Spesifikasi
Perkara Keterangan Spesifikasi
Petikan 4.4 Glazed Wall Tiles
section J-
4.4.2 The tiles shall be bedded with cement paste or
PLASTERING, alternatively with 6mm approved tile adhesive on 20mm thick
PAVING AND cement and sand (1:3) screed which has sufficiently hardened.
TILING WORKS The surface of the screed shall be properly roughened to form
key to the tiling. The tiles shall be laid closed-butt and all joints
m/s 128 shall be filled with adhesive or approved white cement.
Exposed edges of tiling shall be finished with rounded on edge
Petikan tiles.
Section J
m/s 129 4.5 Ceramic Tiles
4.5.6 Ceramic tiles shall be bedded with cement paste or
alternatively with 6mm thick approved tile adhesive on 20mm
thick cement and sand (1:3) screed as described. The tiles
shall be laid close-butt and all joints shall be filled with tile
adhesive or coloured cement to match.
3.3 Senarai Kuantiti/Bill of Quantities
Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang
dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas
lukisan yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam. Senarai
Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara penerangan seperti 'Kerja-kerja
Awalan', 'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, Wang
Luar Jangka dan lain-lain.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 5 Drpd/of : 28
Senarai Kuantiti (BQ) yang disediakan oleh Jurukur Bahan (QS) adalah
bersandarkan kepada SMM atau Malaysia Standard Method Measurement of
Building Works keluaran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) bagi kerja-kerja
Bangunan atau berasaskan kepada Malaysia Standard Method Of
Measurement for Civil Engineering Works (CESMM) yang dikeluarkan oleh
Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja-
kerja kejuruteraan sivil.
Secara kesimpulannya, senarai kuantiti yang lengkap bukan sahaja perlu
mengandungi semua benda binaan, tetapi hendaklah juga mengandungi
peruntukkan untuk loji, mesin-mesin, kerja sementara dan perbelanjaan bagi
insurans yuran, bayaran air, elektrik, telefon dan lain-lain lagi.
Jadual di bawah menunjukkan contoh Senarai kuantiti (Bill of Quantitiy
(BQ) Kemasiapan bangunan
“ Spesifikasi piawai untuk kerja-kerja bangunan Kontraktor adalah
diwajibkan merujuk dan mematuhi Spesifikasi Piawai untuk Kerja-kerja
Bangunan edisi terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya dalam
melaksanakan semua kerja di dalam Jadual Kadar Harga ini “
Jadual 3: Kadar Harga
Maklumat kadar harga adalah dipetik dari JADUAL KADAR HARGA KERJA-
KERJA KECIL DAN MEMPERBAIKI TAHUN 2014
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 6 Drpd/of : 28
3.4 Kos
Kos merupakan satu sumber yang diambilkira dalam memenuhi syarat
penghasilan sesuatu produk. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah
menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk
produk yang akan dihasilkannya.
i. Peruntukkan kos-kos ini boleh diambilkira berdasarkan faktor-faktor
yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk yang terlibat.
ii. Kegagalan atau kesilapan dalam pengiraan kos anggaran ,menyebab
perlaksanaan dan penyiapan pemasangan akan terganggu.
Faktor-faktor yang melibatkan proses pengiraan kos
i. Kos bahan mentah.
ii. Kos buruh
iii. Kos proses
iv. Kos komponen yang terlibat.
v. Kos peralatan
vi. Kos bebanan
vii. Kos pembangunan.
viii. Kos lain-lain
3.5 Tempoh masa/Duration
Tempoh siap kerja seperti yang ditetapkan mengikut perjanjian tender dan
terma-terma yang dipersetujui antara pihak kontraktor dan pihak kerajaan.
Sekiranya pihak kontraktor tidak mematuhi tempoh penyiapan seperti yang
ditetapkan ia perlu mengemukakan permohonan perakuan kelambatan dan
lanjutan masa penyiapan dengan alasan yang berpatutan. Secara amnya,
kontraktor berhak mendapat lanjutan masa sekiranya kerajaan yang
menyumbang kepada kelewatan tersebut atau sebab-sebab kelambatannya
adalah diluar kawalannya.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 7 Drpd/of : 28
4.0 LUKISAN PEMBINAAN YANG DILULUSKAN
4.1 Lukisan/pelan mekanikal dan elektrikal
i. Pelan Mekanikal
a. Lukisan yang memaparkan struktur sistem komplek dan maklumat
berkaitan ventilasi, pemanasan, penyejukan udara dan sistem
pemadam kebakaran.
b. Ia adalah alat yang berkesan bagi membantu menganalisa sistem yang
komplek. Lukisan ini lazimnya dilengkapi dengan set lukisan butiran
yang digunakan untuk projek –projek pembinaan dan semua kerja
melibatkan HVAC. Pelan mekanikal yang lengkap akan menjadi
sebahagian lukisan pembinaan yang diperlukan untuk digunakan bagi
memohon permit bangunan.la juga diguna untuk menentukan harga
projek.
Rajah 1: Pelan Aircondition indoor unit
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 8 Drpd/of : 28
Rajah 2: Pendawaian elektrik untuk aircondition outdoor unit
ii. Pelan Elektrikal
a. Pelan elektrikal adalah sejenis lukisan teknikal yang menunjukkan
maklumat tentang kuasa, pencahayaan dan komunikasi untuk projek
kejuruteraan atau arkitektual. Sebarang lukisan kerja elektrikal ,
mengandungi garisan, simbol, dimensi dan notis bagi menyampaikan
secara tepat rekabentuk kejuruteraan kepada pekerja yang memasang
sistem elektrikal di tempat kerja.
b. Lukisan ini berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu
pemasangan elektrik.
c. Lukisan kerja yang lengkap bagi sistem elektrikal keseluruhan dalam
projek besar biasanya mengandungi
• Pelan plot yang menunjukkan lokasi bangunan dan pendawaian
elektrikal sebelah luar yang menunjukkan lokasi sistem
• Pelan lantai/pelan aras
elektrikal bagi setiap aras
• Gambarajah power-riser menunjukkan papan panel
• Gambarajah pendawaian kawalan
• Jadual dan maklumat-maklumat lain yang menggabungkan
dengan lukisan pembinaan
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 9 Drpd/of : 28
Rajah 3: Contoh Lukisan Elektrik
4.2 Lukisan Bangunan
Pelan bangunan adalah lukisan teknikal yang dilukis secara terperinci dilukis
oleh pelukis pelan selalunya menggunakan menggunakan program
AutoCad. Pelan yang telah siap dilukis akan dicetak kepada tracing paper
yang bersaiz A1. Daripada tracing paper akan dicetak pula menggunakan
kaedah blue print sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Majlis Daerah
di seluruh Negara. Pelan yang biasa kita lihat dipanggil construction drawing
semuanya dibuat dalam bentuk blue print.Lukisan bangunan melibatkan
pelan struktur, pelan arkitek dan pelan perpaipan dalaman
i. Pelan struktur
Pelan struktur dibuat kemudian hanya setelah pelan arkitek sudah
mendapat kelulusan dari pihak Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran di
daerah masing-masing. Pelan struktur dilukis bagi menunjukkan struktur
bangunan/rumah seperti saiz dan ukuran tapak asas, ground beam, roof
beam, tiang dan ditunjukkan saiz, ukuran dan bilangan tetulang besi yang
ada dalam setiap struktur bangunan
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 10 Drpd/of :
28
Rajah 4: Lukisan Struktur
ii. Pelan arkitek
Pelan arkitek menggambarkan rekabentuk sesebuah rumah di mana
ditunjukkan dengan terperinci berkenaan dengan ukuran, bahan yang
digunakan, rekabentuk bumbung, sistem bekalan air / letrik, kedudukan
rumah di dalam lot tapak rumah dan lain-lain. Pelan arkitek terutamanya
pelan lokasi, pelan kunci dan pelan tapak akan diserahkan terlebih dahulu
ke Jabatan Perancang Bandar bagi tujuan penyemakan dan mendapatkan
kelulusan dari jabatan tersebut.
Pelan arkitek mengandungi:-
a) Pelan lantai
Mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya
serta Pelan Bumbung
b) Pelan pandangan
Menunjukkan dengan jelas pandangan rupa bentuk bangunan yg
dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.
c) Pelan keratan
Menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang
dalaman sesebuah bangunan yang di bina
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 11 Drpd/of :
28
d) Pelan lokasi
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek didalam
lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran
di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300,
1:1500 dan sebagainya.
e) Pelan kunci
Menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak
pembinan yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek.
f) Pelan tapak
Mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan tapak rumah serta
bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.
Rajah 5: Pelan Arkitek
iii. Pelan perpaipan dalaman
Pelan perpaipan dalaman menunjukkan lukisan/pelan susunatur sistem
bekalan air paip dan sistem sanitari iaitu susunatur kelengkapan dapur
serta bilik air dan sistem kumbahan.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 12 Drpd/of :
28
Rajah 6: Pelan Perpaipan Dalaman
5.0 JENIS DAN TUJUAN KOTAK BENTUK
i. Timber (kayu)
Kayu diperlukan untuk hampir semua kerja kotak acuan. Setiap kayu yang
digunakan untuk acuan mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
➢ tahan lama dan boleh dirawat
➢ mempunyai ciri-ciri kekuatan yang mencukupi
➢ ringan dan juga tidak mudah meleding,
➢ Tahan untuk dipaku
Kelebihan menggunakan kotak bentuk kayu:
➢ Ia adalah ekonomi untuk projek pembinaan kecil
➢ Ia adalah reka bentuk yang fleksibel dan mudah untuk didirikan
➢ Ia mempunyai penebat haba yang baik yang menjadikan ia berguna
untuk digunakan dalam sejuk
➢ Ia dengan mudah boleh dibuat ke dalam apa-apa bentuk atau saiz
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 13 Drpd/of :
28
ii. Plywood /Papan Lapis ( Digabung Dengan Kayu)
➢ Bahan yang sangat ekonomik dan bersesuaian dengan keadaan
semasa.
➢ Mudah didapati dan senang dikerjakan
➢ Mudah melentur dan pecah
➢ Kayu yang lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk
membuat acuan.
➢ Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit manakala
kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan
bentuk konkrit.
➢ Kayu yang keras pula berat dan sukar dipaku.
iii. Metal (besi)
➢ Penggunaan besi dalam pembuatan acuan adalah lebih praktikal kerana
besi lebih mudah direkabentuk berbanding dengan kayu.
➢ Besi terdapat pelbagai bentuk dan struktur, secara tidak langsung
mengatasi penggunaan kayu.
➢ Boleh digunakan berulang kali
➢ Digunakan dibahagian seperti:
a) Dinding konkrit
b) Tiang konkrit
c) Anggota konkrit pratuang
d) Papak konkrit pratuang
e) Saluran konkrit ditapak bina
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 14 Drpd/of :
28
Rembat daripada logam Pembinaan lantai atas
Acuan Logam
Panel Keluli
Rajah 7: Jenis-jenis acuan logam
iv. Plastik
➢ Lebih mudah dibentuk dan boleh terus digunakan.
➢ Kepelbagaian acuan plastik lebih memudahkan campuran bahan simen.
➢ Boleh digunakan disemua bahagian dalam bangunan kerana ianya
ringan.
v. Bahan logam / Aluminium
Penggunaan logam seperti aluminium dan magnesium sebagai acuan adalah
untuk penggunaan pembinaan dalam bangunan tinggi yang berprestij dan
penggunaanya memerlukan kemahiran pada pengendali.
➢ Bahan ini biasanya digunakan untuk penghasilan pra-tuang, ini kerana
bahan ini sangat tahan lasak dan sangat sesuai untuk digunakan
berulang kali.
➢ Digunakan untuk penghasilan dalam pembinaan lantai atas, bibir
tingkap dan rasuk bangunan bertingkat.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 15 Drpd/of :
28
Rajah 8: Panel Sisi Aluminium
v. Simenfero
➢ Merupakan acuan jenis tetap yang diperbuat daripada pasir halus dan
campuran simen berserta dawai yang bertindak sebagai alat peneguh.
➢ Digunakan untuk membuat replika bunga dan sebagainya.
vi.Polistrin
➢ Acuan campuran bahan kima dan plastik.
➢ Sangat ringan
➢ Digunakan dalam kerja-kerja cerucuk sebagai tukup cerucuk
➢ Jenis acuan kekal dan tidak boleh diubah.
6.0 PRINSIP-PRINSIP AM ACUAN/KOTAK BENTUK
i. Dalam pembinaan konkrit terdapat dua kumpulan acuan iaitu
a. Acuan untuk konkrit Pratuang /tuang dahulu/Precast
Acuan untuk konkrit pratuang adalah direka untuk struktur yang
dibina di ruang khas dimana konkrit dituang dahulu. Ia dibuat dengan
cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 16 Drpd/of :
28
b. Acuan untuk konkrit tuang disitu.
Acuan untuk konkrit tuang disitu selain daripada senang dibuka,
tumpuan pada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya juga
hendaklah diperhatikan.
ii. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang (lintel), rasuk, tiang,
tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain.
iii. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga
bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya
menyokong sendiri.
iv. Ia boleh ditanggalkan selepas konkrit yang dibentukkan itu benar-benar keras
dan teguh mengikut kadar yang ditetapkan.
Acuan konkrit boleh dikategorikan kepada dua iaitu:
a) Acuan sementara
- Sejenis acuan yang akan dibuka dari sturktur selepas konkrit
menjadi keras.
- Sering digunakan dalam sektor pembinaan
- Lebih ekonomi
- Diperbuat daripada papan lapis, besi, plastic atau logam.
b) Acuan kekal
- Sejenis acuan yang akan ditinggalkan menjadi sebahagian struktur
bingkai konkrit.
- Acuan ini diperbuat daripada kayu, gentian kaca, gentian plastik
atau jenis flaksi seperti acuan ferosimen dan acuan geladak konkrit
pratuang
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 17 Drpd/of :
28
Sebelum sesebuah acuan dibina, beberapa faktor perlu diambil kira. Antara
faktor-faktornya adalah:
a) Acuan mestilah cukup tegar untuk mengelakkan lenturan yang tidak wajar
semasa meletakkan konkrit.
b) Acuan mestilah cukup kuat untuk menanggung beban kerja dan beban
getaran konkrit.
c) Ia perlu diselaras ke garisan dan aras antara had yang ditentukan dan
membuat sedikit lengkungan yang mungkin perlu.
d) Sambungan mesti cukup kedap untuk menghalang kehilangan air atau
adunan simen dari konkrit, yang akan mendapat kesan yang serius keatas
keadaan konkrit siap.
e) Saiz panel mestilah membenarkan pengendalian yang selamat dan mudah
menggunakan peralatan yang terdapat ditapak. Rekabentuk mestilah
membenarkan kaedah yang tersusun dan mudah untuk pemasangan dan
penanggalan.
f) Susunan panel mestilah tidak mudah terperangkap ketika pembukaan dan
tanpa menggangu bahagian lain.
7.0 PENGGUNAAN / ELEMEN KOTAK BENTUK
Kotak bentuk ini digunakan pada banyak bahagian struktur bangunan seperti:
i. Asas (foundation)
ii. Tunggul (stump)
iii. Rasuk (beam)
➢ Rasuk bawah tanah(ground beam)
➢ Rasuk atas (upper)
➢ Bumbung (roof)
iv. Tiang (column)
v. Lantai (slab)
vi. Dinding ( wall)
vii. Tangga
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 18 Drpd/of :
28
7.1 Kotak Bentuk/Acuan Asas
Asas ialah sebahagian daripada struktur yang menyentuh terus kepada tanah.
Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai, dan sebagainya dan
menyebarnya ke tanah. Pembinaan bahagian asas ini memerlukan perhatian
khusus supaya ia cukup kukuh dan kuat. Ia dibina setelah kerja-kerja
pemotongan cerucuk dan ‘lean conc’ selesai. Untuk bahagian asas biasanya ia
mempunyai 2 binaan iaitu ‘pile cap’ dan ‘stump’. Sebelum kotak bentuk dibuat
ukuran terlebih dahulu diambil daripada pelan dan tempat pembinaannya.
Selalunya struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’ berbentuk segi empat sama dan
segiempat tepat. Ini bermakna, ia mempunyai 4 bahagian sisinya dan cara
pemasangannya ialah dengan membentuk terlebih dahulu 3 bahagian sisinya
dan satu sisi lagi akan dipasang ketika 3 sisi tersebut diletakkan pada tempat
pembinaannya. Selepas itu barulah kerja-kerja pemasangan tetulang dan kerja-
kerja konkrit akan dijalankan.
Rajah 9 : Asas (foundation) dan tunggul (stump)
7.2 Kotak Bentuk Untuk Tiang.
Struktur tiang dibina bertujuan untuk menyokong struktur rasuk bagi lantai
atas dan bumbung. Kotak bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan yang
dipanggil pendinding (sheeting). Pendinding diatur dan dipasang tegak
mengikut bentuk tiang yang hendak dibina sama ada segi empat tegak, bulat
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 19 Drpd/of :
28
dan sebainya. Pendinding yang biasa di gunakan adalah ynag bersaiz 31.25mm
dan 37.5mm tebal. Papan –papan ini akan dipasang bersama- sama pengikat
(cleat) .
Kotak bentuk diperkukuhkan dan di perkuatkan lagi dengan memasang atau
menambah perembat(yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung
kepada saiz dan ketinggian tiang yang dibina. Kemudian pengikat akan pakukan
pada satu ahli yang dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya
seperti anak tangga. Perembat dipasang melalui anak tangga ini dan ikatan ahli-
ahli struktur tadi di perkuatkan lagi dengan penggunaan di antaranya.
Rajah 10: Kotak Bentuk untuk Tiang
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 20 Drpd/of :
28
7.3 Kotak Bentuk Untuk Rasuk
i. ‘Ground Beam’ (Rasuk Bumi)
‘ Ground beam ‘ merupakan binaan struktur bangunan yang dibina di bawah
tanah.
Pembinaan kotak bentuk dijalankan setelah selesai kerja-kerja penimbunan
struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’. Fungsinya adalah untuk mengukuhkan
bangunan dan membantu mengagihkan beban bangunan ke struktur asas.
Biasanya pekerja akan menyiapkan kotak bentuk lebih awal sebelum kerja-
kerja pemasangannya dilakukan. Oleh kerana terdapat bahagian ‘ground
beam’ yang sempit, kerja-kerja menyapu minyak pada kotak bentuk dilakukan
terlebih dahulu. Ini semua untuk menjimatkan masa dan merupakan satu
teknik yang digunakan bagi memudahkan kerja. bagi struktur tiang ini
mengandungi papan pendinding ( sheeting ) yang dipasang tegak mengikut
bentuk tiang sama ada segi empat tepat, segi empat sama, bulat, dan
sebagainya. Ia dikukuhkan dengan pemasangan perembat ( yoles ) yang
dipasang selari dengan pendinding kelihatan seperti anak tangga.
Cara pemasangannya pula sama seperti pemasangan kotak bentuk bagi
struktur ‘pile cap’ dan ‘stump’ bagi tiang yang berbentuk segi empat. Bagi
tiang yang berbentuk bulat pula, biasanya ia hanya mempunyai dua sisi dan
kedua-dua sisi tersebut akan dipasang zink pada permukaannya. Untuk
mengukuhkan lagi acuan tiang, kayu 1” x 2” akan digunakan sebagai pengikat
atau perembat dan di bawahnya akan dipaku dengan paku konkrit.
Rajah 11: Kotak Bentuk untuk rasuk bumi
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 21 Drpd/of :
28
DUA cara mendirikan kotak bentuk rasuk bumi
a) Setelah besi tetulang siap di tempat dan dipasang pada posisinya
sepenuhnya
b) Mendirikan kotak bentuk terlebih dahulu diikuti pemasangan besi tetulang
kemudiannya.
Rajah 12: Besi tetulang didiirikan di Rajah 13: Kotak bentuk yang siap
sepanjang posisinya, tiada kotak dipasang, besi tetulang diletak di
bentuk kelihatan didirikan sepanjang posisinya, dengan
ditahan oleh beroti .
ii. Rasuk Tingkat Satu & ‘Slab’
Kotak bentuk bagi struktur rasuk tingkat satu, ‘slab’, dan lantai akan
dibina serta di konkrit pada masa yang sama. Pembinaannya bermula
setelah tiang siap dibuka acuannya. Untuk struktur ini ia memerlukan lebih
banyak tenaga dan bahan mentah seperti papan lapis berbanding struktur
tiang. Pembinaan kotak bentuk bagi struktur ini dimulakan dengan
pemasangan topi (biasanya menggunakan papan lapis) pada permukaan
atas struktur tiang. Peranca besi (scaffolding ) digunakan sebagai tupang
untuk menahan kotak yang dalam pemasangan. Pemasangan peranca
perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ia akan menanggung beban
yang berat. Setelah peranca siap dipasang, kayu 4” x 2” akan dipasang di
atas peranca yang berfungsi sebagai kerangka bagi acuan rasuk dan
lantai. Kemudian papan lapis akan dipasang untuk bahagian bawah
terlebih dahulu seterusnya bahagian tepi dan bahagian atas khas untuk
lantai sahaja.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 22 Drpd/of :
28
Kerja pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai
atau tapak rasuk di mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan
bersama-sama di tepi tiang dan diatas permukaan tiang. Untuk
mengelakkan daripada ia melengkung, tupang sementara digunakan dari
bawah tapak rasuk sehinggalah di atas permukaan lantai. Jarak di antara
tupang adalah di antara 0.75 m dari tengah ke tengah. Selepas daripada
itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan mengikut ukuran yang telah
ditetapkan dan ia dipakukan dan juga diketatkan dengan menggunakan
baji.
Rajah 14: Kerja pemasangan kotak bentuk bagi rasuk
7.4 Kotak Bentuk Untuk Lantai
Bagi struktur ini, rasuk mestilah dipasang terlebih dahulu. Apabila
kotak bentuk rasuk ini telah siap dipasang, barulah kerja – kerja memasang
kotak bentuk lantai bahagian atas ini dipasang.
Pada bahagian sisi kotak bentuk rasuk, satu kayu pengalas di pasang
dengan dipakukan kepada kotak bentuk rasuk tersebut. Kayu pengalas ini
adalah kayu bersaiz 1" x 2 " di mana ianya merupakan kayu penyokong bagi
gelegar yang akan di pasang. Ianya mestilah cukup kukuh untuk menahan
beban kayu gelegar nanti mestilah dipilih dari kayu yang baik.
Manakala pada bahagian atas kayu pengalas, dipasang pula kayu –
kayu yang dipanggil gelegar yang disusun mengikut jaraknya tertentu agar ia
boleh menahan berat beban yang di tanggungnya. Kayu yang digunakan
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 23 Drpd/of :
28
adalah kayu yang bersaiz 2" x 4 ". Ianya di pasang pada bahagian yang
sama dengan kedudukan kotak bentuk rasuk dan dipaku.
Kemudian, papan plywood akan di pasang pada kayu – kayu gelegar ini.
Pemasangan papan – papan ini perlu dilakukan dengan cermat. Walaupun
kerja pemasanganya nampak mudah, namun ia perlu dilakukan dengan
cermat dan teliti supaya tiada lubang yang kelihatan yang mana
boleh.mencacatkan struktur konkrit .
Rajah 4.3 (i): Kerja – kerja
Pemasangan Kotak Bentuk
Untuk Lantai
Raja
Rajah 15: Kerja – kerja Pemasangan Kotak Bentuk Untuk Lantai
Pampan berangka Rembat/topang
Pacang
Rajah 16: Bahagian-bahagian kotak bentuk lantai padu(lantai bawah)
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 24 Drpd/of :
28
papak bawah
Tiang Tee
Gelegar penyokong papak bawah
Rajah 17: kotak bentuk untuk lantai tingkat atas yang bergabung dengan rasuk atas
Garis putus didalam rajah diatas menunjukkan kedudukan lantai. Unit-unit
kotak acuan utama bagi lantai konkrit tingkat atas terdiri dari dua komponen
iaitu pampan tepi dan papak bawah.
Terdapat 5 urutan kerja bagi membina kotak bentuk lantai tingkat atas:
i. Penentuan jarak runner / stringer & galang penyambut
ii. Diri dan pasangkan gelegar, tiang, jermang serta galang penyambut
iii. Pasang dan fabrikasi Pampan dan Papak Bawah/dek
iv. Pemeriksaan akhir
v. Penyediaan konkrit
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 25 Drpd/of :
28
7.5 Kotak Bentuk Untuk Dinding
Bagi struktur ini, kotak bentuk bergerak dan memanjat digunakan. Ianya
mengandungi papan yang disusun rapat dan diteguhkan lagi dengan perembat
dan pengikat-pengikat bolt dan nat dipasang menerusi kotak bentuk dinding
yang dicadangkan itu. Bolt yang digunakan ialah batang keluli lembut bergaris
pusat 3 mm dan berbenang pada kedua-dua hujung. Proses ini akan
menggenggam bahagian-bahagian kotak bentuk pada tempatnya. Ini
membolehkan ia menanggung segala beban yang dikenakan apabila kerja
konkrit dijalankan. Papan kotak bentuk ditanggalkan apabila konkrit telah
mengeras. Setelah dibersihkan, papan ini dipasang di atas dinding konkrit untuk
menyambung kerja-kerja yang dilakukan tadi dengan cara yang sama. Cara ini
digunakan untuk dinding di mana ketinggiannya lebih dari 1 meter
.
Rajah 18: Pemasangan kotak bentuk untuk dinding
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 26 Drpd/of :
28
7.6 Kotak Bentuk Untuk Tangga
Kotak bentuk untuk tangga dipasang mengikut kedudukan dalam pelan yang
telah di tetapkan. Kotak bentuk ini terdiri daripada lapisan papan lapis
sahaja. Ia dipasang mengikut susunan anak tangga,
Gelegar
Papan Tepi
Papan Papak Bawah
Papan Penaik
Pendakap
Rajah 19: Pemasangan kotak bentuk untuk tangga
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 27 Drpd/of :
28
Tangga yang baik dapat dihasilkan apabila ia memenuhi kriteria dan
spesifikasi yang ditetapkan. Antara kriteria dan spesifikasi yang dimaksudkan
i. Lokasi
ii. Curam Tangga
iii. Panjang Larian Tangga
iv. Ruang Kepala
v. Nisbah anak tangga
Apabila membina tangga, ukuran standard perlu dipatuhi kerana ia dapat
memberi kelebihan. Antara kelebihan ialah:
i. Mampu memberi keselesaan yang diperlukan kepada pengguna.
ii. Mengurangkan keletihan apabila menaiki tangga.
iii. Tidak terlalu curam yang boleh menyebabkan gayat.
NO. KOD / CODE NUM. BC-030-3: 2013-C02/P(1/6) Muka / Page : 28 Drpd/of :
Rujukan: 28
1. Formwork - Wikipedia, the free encyclopedia
en.wikipedia.org/wiki/Formwork
2. Formwork materials - DIY Home Improvement Help
www.builderbill-diy-help.com/formwork-materials.html
3. Basic Formwork & Concreting Checklist For Builders And Building ...
www.worksafe.vic.gov.au › Forms & Publications › Forms & Publications
4. Construction Technology by R Chudley volume 2 & 3