The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aqeefkhaeryll14, 2022-12-16 20:18:23

TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK MAJLIS (word)

TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK MAJLIS (word)

TAKLIMAT &
LAWATAN TAPAK

PERKHIDMATAN MENGURUS, MEMBEKAL,
MENGHANTAR DAN MEMASANG

SECARA SEWAAN PERALATAN UNTUK
MAJLIS-MAJLIS RASMI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM),
SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEMPOH TIGA (3) TAHUN.

C6/1 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


PERKHIDMATAN MENGURUS, MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN
MEMASANG SECARA SEWAAN PERALATAN UNTUK MAJLIS-MAJLIS RASMI
DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM, SELANGOR DARUL

EHSAN UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN.

1.0 AM
1.1 Kontraktor hendaklah melaksanakan perkhidmatan mengurus,
membekal, menghantar dan memasang secara sewaan peralatan untuk
program pelajar dan majlis-majlis rasmi UiTM sepertimana yang
dinyatakan di dalam keperluan operasi UiTM di bawah dan spesifikasi
bagi tender ini dalam satu jangkamasa yang telah ditetapkan oleh UiTM
ataupun sebarang perlanjutan tempoh oleh UiTM.

2.0 SKOP KERJA
2.1 Tugas utama kontraktor adalah melaksanakan perkhidmatan mengurus,
menghantar dan memasang secara sewaan peralatan untuk majlis-majlis
UiTM di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Kontraktor juga hendaklah memastikan kelancaran pengurusan majlis-
majlis UiTM dengan menyediakan tenaga kerja yang diperlukan.

2.2 Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti kontraktor mengikut kontrak ini. Harga yang
dinyatakan di dalam Jadual Kadar Harga hendaklah termasuk upah
memasang, pengangkutan dan kos-kos lain yang diperlukan bagi
memastikan kerja dapat siap sempurna.

2.3 Kontraktor hendaklah mematuhi semua peraturan daripada agensi
penguatkuasa yang berkaitan , membekalkan peralatan, kelengkapan,
pekerja dan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dalam tempoh masa
kontrak.

C6/2 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


2.4 Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan di tempat
kerja. Sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan akibat kecuaian
kontraktor dan semua kos penggantian semula akan ditanggung oleh
kontraktor.

3.0 TENAGA KERJA YANG DIBEKALKAN KE UITM

3.1 Apabila diperlukan oleh UiTM, kontraktor dikehendaki membekalkan
tenaga kerja (pekerja kemahiran/ am) untuk mengangkat, menyusun dan
membantu kerja majlis UiTM. Kerja-kerja ini adalah selain daripada skop
kerja membekal barang sewaan yang telah dinyatakan di dalam Jadual
Kadar Harga. Kontraktor perlu membekalkan pekerja sekiranya
mendapat arahan kerja daripada Pegawai Penguasa/wakil-wakilnya.
Upah tenaga akan dibayar mengikut kadar upah yang dinyatakan di
dalam Jadual Kadar Harga.

3.2 UiTM berhak meminta kontraktor menamatkan perkhidmatan pekerja
yang tidak menunjukkan prestasi baik dan/atau melanggar displin.
Kontraktor dikehendaki mengganti pekerja tersebut dengan pekerja yang
baru jika diarahkan oleh UiTM.

3.3 Kontraktor adalah diingatkan bahawa segala kebajikan dan
tanggungjawab majikan kepada pekerja yang dilantik adalah
tanggungjawab kontraktor. UiTM hanya membayar kadar upah untuk
servis yang diberikan oleh kontraktor mengikut jam bekerja yang
diperlukan oleh UiTM.

C6/3 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


4.0 KERJA-KERJA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG SECARA
SEWAAN PERALATAN MAJLIS MENGIKUT KEPERLUAN.

4.1 Kontraktor dikehendaki menyediakan semua peralatan/keperluan majlis
seperti yang tersenarai di jadual kadar harga dan sentiasa bersedia untuk
melakukan kerja-kerja membekal, menghantar dan memasang secara
sewaan mengikut keperluan dari masa ke semasa walaupun di dalam
keadaan ad hoc seperti di dalam arahan kerja.

4.2 Kontraktor hendaklah memastikan semua peralatan yang dihantar
mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di jadual
kadar harga dan peralatan tersebut dalam keadaan baik serta bersesuaian
dengan keadaan majlis.

4.3 Pegawai Penguasa/Wakilnya akan mengeluarkan Nota Arahan Kerja
(Work Order) kepada kontraktor dari masa ke semasa untuk tujuan
pemesanan peralatan yang diperlukan untuk satu-satu majlis rasmi
UiTM.

4.4 Semua arahan kerja hendaklah dilaksanakan dan disiapkan sebelum
raptai penuh atau 24 jam sebelum majlis bermula tertakluk kepada situasi
dan keadaan semasa.

4.5 Penyelia kontraktor perlu memastikan arahan kerja yang telah
dilaksanakan mendapat pengesahan dari Pegawai Penguasa/Wakilnya
dari segi spesifikasi, kualiti, kuantiti, susunatur dan ketepatan masa
penghantaran/pemasangan.

C6/4 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


4.6 Pegawai Penguasa/Wakilnya berhak untuk tidak menerima mana-mana
peralatan yang tidak berkualiti atau tidak memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.

4.7 Pegawai Penguasa/Wakilnya akan menandatangi borang pengesahan
penerimaan barang (delivery order) sekiranya peralatan yang dihantar
memenuhi kriteria yang ditetapkan. Borang pengesahan penerimaan
barang dan nota arahan kerja perlu disertakan bersama invois untuk
tujuan tuntutan bayaran.

4.8 Semua peralatan majlis yang dihantar dan dipasang hendaklah diambil
dan dibuka semula dalam tempoh 24 jam setelah majlis selesai. Kecuali
mendapat arahan daripada Pegawai Penguasa/Wakilnya.

5.0 KEROSAKAN KEPADA HARTA BENDA UiTM
Kontraktor hendaklah menanggung segala kos kerosakan harta
benda UiTM semasa kerja menghantar, memasang atau membuka.
Kos ini akan dikira pada kadar harga semasa. Pemotongan
daripada bayaran akan di buat sekiranya kontraktor gagal
membuat pembaikan dan UiTM juga berhak melantik pihak ketiga
dan segala kos pembaikan akan ditanggung oleh kontraktor.

C6/5 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


6.0 PENGAWASAN KERJA
Penyelia dan pekerja kontrak hendaklah membuat pengawasan
semasa pemasangan dan semasa majlis berlangsung supaya segala
perubahan akhir dapat di selaraskan. Kontraktor
hendaklamelantik penyelia tapak untuk mengendalikan sesuatu
majlis yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

7.0 KEPERLUAN KERJA DI LUAR WAKTU BEKERJA

7.1 Waktu bekerja di UiTM adalah seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi hingga 5 petang

Walaubagaimanapun, pihak UiTM boleh mengarahkan kerja-kerja
membekal dan memasang barang sewaan diluar waktu bekerja
sekiranya perlu. Harga yang ditawarkan oleh kontraktor di dalam
Jadual Kadar Harga mestilah telah mengambil kira kos kerja lebih
masa yang mungkin ditanggung oleh Kontraktor sekiranya kerja-
kerja membekal dan memasang barang sewaan perlu dilaksanakan
di luar waktu kerja ini. UiTM tidak akan membayar sebarang kos
tambahan untuk kerja-kerja membekal dan memasang barang
sewaan yang dilakukan di luar waktu bekerja.

7.2 Sekiranya UiTM memerlukan tenaga kerja di dalam pengurusan
Majlis (item 3.0) di luar waktu bekerja, kontraktor dikehendaki
membekalkan tenaga kerja tersebut dan upahnya akan dibayar
mengikut kadar upah di dalam Jadual Kadar Harga.

C6/6 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


7.3 Dokumen yang perlu disertakan semasa bayaran adalah:
i) Arahan kerja luar waktu pejabat yang dikeluarkan
oleh UiTM beserta anggaran tempoh masa kerja
ii) Punch Card pekerja terlibat

iii) Borang tuntutan kerja lebih masa lengkap daripada
kontraktor

8.0 KAEDAH BAYARAN
8.1 Pihak Universiti boleh membuat bayaran berdasarkan kepada
kadar harga dan spesifikasi kerja yang ditawarkan dalam jadual
kadar harga secara bulanan.

8.2 Bayaran akan dibuat selepas segala dokumen lengkap yang
mengandungi perkara berikut:
1. Invois syarikat
2. Laporan bulanan

C6/7 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


9.0 LAPORAN DAN REKOD
9.1 Kontraktor hendaklah menyediakan laporan setiap bulan kepada
Pegawai Penguasa/Wakilnya. Laporan bulanan hendaklah
ditandatangani oleh penyelia dan kontraktor.

Laporan yang disediakan hendaklah mengandungi maklumat
berikut:

9.1.1 Jumlah dan senarai permohonan kerja majlis
diterima:

9.1.2 Jumlah dan senarai permohonan kerja majlis
dibatal,ditolak atau ditunda.

9.1.3 Jumlah,senarai dan kos perbelanjaan kerja majlis
dilaksana.

9.1.4 laporan kemalangan di tapak (jika ada)

C6/8 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


SETUP MARQUE TENT

C6/9 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


SETUP HOLDING ROOM DIRAJA Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi

C6/10


SETUP KANOPI DAN MEJA Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi

C6/11


SETUP HOLDING ROOM DIRAJA

C6/12 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


AKTIVITI-AKTIVITI UiTM Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi

C6/13


C6/14 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


C6/15 Pengurusan Majlis /Keperluan Operasi


Click to View FlipBook Version