The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP SEJARAH PANDU PUTERI KEBANGSAAN-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yayayusoff4, 2022-01-13 01:08:08

BUKU SKRAP SEJARAH PANDU PUTERI KEBANGSAAN-converted (1)

BUKU SKRAP SEJARAH PANDU PUTERI KEBANGSAAN-converted (1)

BUKU SKRAP
SEJARAH PANDU

PUTERI
KEBANGSAAN

PPPM sejak Tahun 1916

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri pertama di
Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916.

Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di
Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur

pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta Parlimen dalam tahun 1958.

Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi 130,000
orang. PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik atau mana-mana badan

kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan Pendidikan tidak formal untuk anak
gadis dan wanita remaja.

Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap
Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) dan diterima sebagai ahli
Tenderfoot dalam tahun 1960. Pada tahun 1966 PPPM diterima sebagai Ahli Penuh WAGGGS (Full Member).

PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui
penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara dan bangsa malalui visi
PPPM "Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan."

Setelah 100 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang ke arah melahirkan pemimpin
wanita yang hebat, cemerlang serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

COGAN KATA PANDU PUTERI MALAYSIA

"SELALU SEDIA"

Cogan kata Pandu Puteri Remaja ialah “SELALU SEDIA”. Ini
menunjukkan bahawa Pandu Puteri Remaja sentiasa berada
dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran atau ujian.
Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seseorang Pandu Puteri
Remaja agar ia sedar akan tanggungjawabnya kepada diri dan

negara khususnya.

1917
Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan
Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik
Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri
India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan
Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya.

1919
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.

1921
Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak.

1920an
Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah
Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

1923
Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924
Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan
ditubuhkan pada tahun 1924

1925
Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan.
Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.
Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit
Renjer Puteri Malaya.
1928
Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan
Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk
sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua
ribu ringgit.

1932
Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan
Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1934
Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan
ke Malaya

1937-1946
Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana
Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

1937-1946
Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta
pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan
Jepun.

1947
Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih
ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua
negeri Persekutuan Tanah Melayu.

1948-1960
Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.

1957
Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri
dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan
negara mula digunakan.

1960
PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17
di Athens, Greece.

1962
PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan
Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan
Disember.

1964
Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.

1967-1976
Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan
Jubli Emas.

1969
Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan
Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

1977-1986
Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil
Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan
dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE
kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin
mula digunakan di seluruh negara.

1986
PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP
Selangor.

1987-1996
Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Pandu
Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat
Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu
lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua
urusan latihan dan program Pandu Puteri guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet
Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon,
Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.

1997

Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

1998
Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan
Perkhemahan Komanwel ’98.

1999
Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula
dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

2000
8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.

Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with
China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema
Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil
bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’
(Program Pertukaran Malaysia – China)

2001
7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah
diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand

2002
April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.

2003
Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar
Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan
Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak
Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan
berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia.

2004
Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan
menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli
berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk
projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS
dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun
untuk mencapai beberapa matlamat.

2005
21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur
International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil
bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut
diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian
Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri
dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya
dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik
WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang
peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai
Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja
Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin
Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

2006

Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama Nama Baru

Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet

Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas,
Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki
Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism

yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia

WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-
Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan

kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan
Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis

Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km
disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis
Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan
Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-

Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian

Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran
Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

2007
Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan
sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung
Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara.

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik
WAGGGS yang ke-9.

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia
Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22
negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di
acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang
Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik.
100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM.

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM.

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama
rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri.

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

2008
19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah.

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika
Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011.

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas,
Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri
Lanka, Hong Kong dan United Kingdom.

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental,
progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah
merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua
Pesuruhjaya, Pengurus Pandu Puteri dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus
Membina Imej Pandu Puteri untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan
Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin
dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

Lagu Pandu Puteri

1. Baju kemeja berwarna hijau
2. Skaf (berwarna kuning)
3. Jata Negeri
4. Woggle
5. `Shoulder Flashes'
6. Lambang Kumpulan
7. Lencana Dunia
8. Lencana Pelantikan Pandu Puteri Remaja
9. Seluar panjang biru tua
10. Stoking hitam
11. Kasut hitam
12. Tudung hitam

PERSETIAAN PANDU PUTERI
MALAYSIA

TIGA JARI TANGAN DITEGAKKAN, IBU JARI DILETAKKAN DI ATAS JARI KELINGKING
YANG DIBENGKOKKAN. TANGAN DIANGKAT SEHINGGA SAMA TINGGI DENGAN
DAHI

"Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia

Dengan sedaya upaya saya,
Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja

dan negara saya Malaysia,
Menolong orang setiap masa
dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri

Remaja"


Click to View FlipBook Version