BUKU LOG LENCANA JAYADIRI
Khadijah Mawaddah
Binti Basri
MRSM GEMENCHEH
KUMPULAN 37 DAERAH TAMPIN
BIODATA DIRI
Pautan video amali
lencana Jayadiri
https://youtu.be/osXCVaOXPF8
Fungsi-fungsi
parlimen,
dewan negara
dan dewan
rakyat
TOPIK PERTAMA
SEJARAH INSTITUSI
PARLIMEN MALAYSIA
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan
mengadakan syarat syarat sedemikian untuk
membolehkan pelaksanaan sistem ini.
Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah
pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Eksekutif (Pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang
mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada
sistem Persekutuan.
Berdasarkan kepada peruntukan ini negeri-negeri Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak
dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan
Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan
sebahagian kuasa masing-masing seperti kewangan,
pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi
seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan
Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat.
Terdapat beberapa perkara yang diletakkan di bawah
kuasa negerinegeri dan setiap negeri tersebut diberikan
hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan,
diperuntukan oleh Perlembagaan Institusi Yang di-
Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri
dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah
diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat
istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di
negeri masing-masing.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah
Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang,
Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah
Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana
Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi
Ketua Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut
nasihat Menteri Besar masing-masing
SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN
Disember 1959 – pemilihan tapak kompleks bangunan
Parlimen berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur hasil
idea Perdana Menteri Malaysia Pertama.
September 1962 - bermula pembinaan kompleks yang
menelan belanja RM18 juta di kawasan bukit pada paras 61
meter dari aras laut.
31 Ogos 1962 - perletakan batu asas menandakan kerja
pembinaan dimulakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong Ketiga
21 November 1963 - Perasmian pembukaan komplek
bangunan Parlimen yang terdiri daripada dua bahagian
terbesar, Bangunan Ibu dan Menara.
BANGUNAN IBU
Bangunan 3 tingkat ini disebut sebagai Bangunan Utama.
Yang terletaknya Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dengan reka bentuk hampir sama.
Di tingkat bawah terletak bilik rehat diraja, surau yang
boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan
yang boleh memuatkan 500 orang.
Di tingkat 1 terdapat kantin, bilik wartawan dan bilik
jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Di tingkat 2 menenpatkan 2 bilik besar untuk 30 orang
dan 4 bilik kecil untuk 12 orang. Juga menempatkan
pejabat Persatuan Parlimen Komanwel, bilik Ahli Parlimen
berehat, dapur dan 2 bilik makan.
MENARA
Menara 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu,
Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah
jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para
menteri dan ahli Parlimen yang lengkap dengan segala
kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara
ketika sesuatu persidangan berlangsung.
Di tingkat 2 menara ini terdapat ruang tempat duduk
yang menghala ke arah permandangan padang
perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen
diadakan.
Di tingkat 16 pula terdapat ruang lapang yang menghala
ke arah keindahan permandangan sekeliling kawasan
Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi
diadakan.
KEISTIMEWAAN BANGUNAN PERLIMEN
Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca
yang boleh menyerap haba dan meresapkan cahaya.
Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan
menutup seluruh bangunan ini dengan terawang berukir
dipasang bahagian demi bahagian.
Komplek juga turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis
tumbuhan dan Taman Rusa yang menempatkan
berpuluh ekor rusa dari spesis rusa Tootal.
Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan
lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks
Parlimen.
FUNGSI PARLIMEN
1. KUASA PERUNDANGAN PARLIMEN
Parlimen melaksanakan beberapa tugas yang penting
bagi negara. Parlimen adalah badan kuasa perundangan
untuk Persekutuan dan dengan itu membuat undang-
undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh
Persekutuan.
2. KEWANGAN Parlimen
juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan
kadarkadar Persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan
kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam
undang-undang Persekutuan. Semua hasil yang
diperolehi hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan
Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang
hanya dapat dibelanjakan dengan kuat kuasa Parlimen.
3. KUASA PERBINCANGAN
Parlimen adalah juga forum kritik dan tempat tumpuan
pendapat orang ramai mengenai hal ehwal negara.
Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak-
tanduk kerajaan bolehlah diselaraskan mengikut
pendapat umum.
4. KUASA PENYELENGGARAAN
Untuk membolehkan Parlimen menyelenggarakan
tanggungjawab yang diletakkan ke atasnya dengan
sepenuhnya serta berkesan pula, maka Perlembagaan
memberi beberapa hak dan perlindungan undang-
undang yang dikenali sebagai ‘keistimewaan
Parlimen’. Keistimewaan ini dinikmati oleh tiap-tiap
dewan pada keseluruhannya dan oleh tiap-tiap ahli
Parlimen.
5. KUASA MENGHUKUM
Tiap-tiap dewan berkuasa untuk membuat
peraturannya sendiri, masing-masing mempunyai
pengawasan khas terhadap perjalanan
persidangannya sendiri, sah atau tidak sah perjalanan
mesyuaratnya tidak boleh dipersoal dalam mana-
mana mahkamah; dan tiap-tiap dewan boleh
menghukum ahli-ahlinya kerana melanggar
keistimewaan Parlimen atau ‘mencemar’ dewan.
Tertakluk kepada Perkara 63(4) Perlembagaan
Persekutuan, tiap-tiap ahli Parlimen terlindung
daripada tindakan undang-undang jenayah atau sivil
berhubung dengan perkara-perkara yang
diperkatakan atau undi yang dibuat dalarn Parlimen,
dan perlindungan yang sama juga diberi kepada
orang-orang yang bertindak di bawah kuat kuasa
manamana dewan.
STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur
demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi
rakyat melalui perwakilan yang dipilih.
Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal
undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga
komponen utama:
1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi di
Malaysia. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Mengikut Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan,
hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sahaja boleh memanggil Parlimen untuk bersidang.
Baginda juga mempunyai kuasa mutlak untuk
menghenti atau pun membubarkan Parlimen.
DEWAN NEGARA
Justeru, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menetapkan
persidangan Parlimen dalam tempoh masa enam (6)
bulan di antara persidangan yang lepas dalam penggal
terakhir dan tarikh mesyuarat pertama dalam
persidangan penggal akan datang.
Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
Mesyuarat perlu memastikan tarikh-tarikh persidangan
yang akan diadakan pada penggal berkenaan sekurang-
kurangnya dalam tempoh masa dua puluh lapan (28) hari
sebelum sesuatu persidangan boleh bermula.
Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis
Mesyuarat boleh meminda tarikh-tarikh yang telah
ditetapkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
Parlimen akan terus bersidang selama lima (5) tahun dari
tarikh pertama persidangan diadakan selepas pilihan raya
umum kecuali ianya dibubarkan terlebih dahulu.
Setelah genap tempoh masa lima (5) tahun, Parlimen
dengan sendirinya terbubar. Dalam tempoh masa enam
puluh (60) hari, pilihanraya umum bagi memilih wakil-
wakil Dewan Rakyat mestilah diadakan.
Selepas itu persidangan Parlimen hendaklah dtetapkan
pada satu tarikh yang tidak melebihi seratus dua puluh
(120) hari dari tarikh pembubarannya.
DEWAN NEGARA
Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli.
Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti
berikut:
1. 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua
orang ahli).
2. 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk
dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu
ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan
Putrajaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:
● Warganegara Malaysia
● Berumur tidak kurang dari 30 tahun
● Sempurna akal
● Bukan seorang muflis
Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal
(tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal
lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau
pemilihan pada peringkat negeri.
Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan
pembubaran Parlimen.
Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari
kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang
cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam
profesion masing-masing, dalam perdagangan,
industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau
perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan
bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga
kepentingan orang-orang asli.
Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di
hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut
hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka
akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai
ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia
kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan
mempertahan Perlembagaan.
DEWAN RAKYAT
Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap
ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui
pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun.
Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan
membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir
negara.
Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti
berikut:
● Warganegara Malaysia.
● Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
● Sempurna akal.
● Bukan seorang muflis.
● Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan
kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam
satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen,
setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di
hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji
bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas
mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan
taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga
dan mempertahankan Perlembagaan.
FUNGSI DEWAN NEGARA
1. Menyemak usul-usul yang dibuat di Dewan Rakyat.
2. Menangguhkan semua rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat. Semua rang undang-
undang Dewan Rakyat mesti diluluskan oleh Dewan
Negara sebelum dihantar kepada Duli Yang Maha
Mulia Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangani.
3. Dewan Negara berhak meminda sesuatu rang
undang-undang dan merujukkannya semula kepada
Dewan Rakyat tetapi tidak boleh menolak rang
undang-undang tersebut.
4. Tugas Dewan Negara adalah untuk menyekat
penyalahgunaan kuasa Dewan Rakyat.
5. Rang undang-undang yang ditandatangani oleh
Yang diPertuan Agong akan menjadi Akta Parlimen
dan seterusnya undangundang.
FUNGSI DEWAN RAKYAT
1. Menjalankan sistem pemerintahan demokrasi.
2. Bersidang dari semasa ke semasa.
3. Membahaskan tentang titah ucapan diraja yang
menerangkan dasar-dasar kerajaan.
4. Menggubal undang-undang. Mula-mula rang
undang undang diperkenalkan di Dewan Rakyat.
Setelah dibaca beberapa kali dan dibahaskan, undian
akan dijalankan. Jika telah diterima dan diluluskan,
usul ini akan dihantar ke Dewan Negara untuk
perbahasan dan perbincangan.
5. Pindaan ke atas perlembagaan boleh dilakukan jika
2/3 ahli Parlimen menyokong pindaan tersebut.
AHLI DEWAN RAKYAT MENGIKUT NEGERI
NEGERI BILANGAN AHLI
3 orang
Perlis : 15 orang
13 orang
Kedah : 24 orang
22 orang
Pulau Pinang : 11 orang
1 orang
Perak : 8 orang
6 orang
Selangor : 26 orang
14 orang
WP Kuala Lumpur : 8 orang
14 orang
WP Putrajaya : 31 orang
Negeri Sembilan : 25 orang
1 orang
Melaka :
222 orang
Johor :
Pahang :
Terengganu :
Kelantan :
Sarawak :
Sabah :
WP Labuan :
JUMLAH
Bendera
Malaysia
dan setiap
negeri serta
lambang
negara dan
negeri
TOPIK KEDUA
BENDERA MALAYSIA
7 jalur merah & 7 jalur putih yang melintang dan sama
lebarnya adalah tanda keanggotaan 13 buah negeri iaitu
Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor,
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.
Anak bulan melambangkan agama rasmi negara iaitu
agama Islam.
Bintang pecah 14 menandakan perpaduan 13 buah negeri
dalam Malaysia dan Kerajaan Persekutuan.
Warna kuning adalah warna Diraja bagi Duli-duli Yang
Maha Mulia Raja-Raja.
Warna merah melambangkan keberanian.
Warna putih melambangkan kesucian.
Warna biru tua melambangkan perpaduan rakyat
Malaysia.
PERLIS INDERA KAYANGAN
Kuning Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Biru Melambangkan rakyat.
Nota tambahan Maksud Bendera melambangkan
kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat
baginda
KEDAH DARUL AMAN
Merah Melambangkan warna tradisional negeri dan
juga melambangkan kemewahan,
Padi Melambangkan ngeri makmur dalam hal
kehidupan
Bulan Sabit Melambangkan simbol agama Islam.
Perisai Melambangkan Sultan negeri sebagai
pelindung dan penjaga rakyatnya
PULAU PINANG (PULAU MUTIARA)
Biru Muda Melambangkan warna laut yang indah
di sekeliling pulau itu.
Putih Melambangkan negeri Pulau Pinang yang
aman damai.
Kuning Melambangkan kemakmuran.
Pohon Pinang Melambangkan pohon dari mana
pulau itu mendapat namanya.
PERAK DARUL RIDZUAN
Putih Melambangkan kebesaran Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Kuning Melambangkan kebesaran Duli Yang
Teramat Mulia Raja Muda Perak
Hitam Melambangkan kebesaran Duli Yang Amat
Mulia Raja Di Hilir Perak
Nota tambahan Maksud Bendera melambangkan
system kesultanan Negeri Perak
SELANGOR DARUL EHSAN
Kuning dan merah Melambangkan daging dan
darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi
jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Bulan Bintang Melambangkan Agama Islam, iaitu
agama rasmi negeri
Putih Melambangkan kesucian Agama Islam
MELAKA (BANDARAYA BERSEJARAH)
Merah, putih, kuning dan biru Melambangkan
Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan
Anak Bulan dan Bintang Melambangkan Agama
Islam, agama negeri dan Malaysia.
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Kuning Melambangkan D.Y.M.M. Raja.
Merah Melambangkan rakyat.
Hitam Melambangkan Datuk-datuk Undang bagi
Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri
ini.
JOHOR DARUL TA'ZIM
Anak bulan dan bintang bewarna putih
Melambangkan Raja yang berdaulat.
Merah Melambangkan hulubalang yang
mempertahankan negeri.
Biru tua Melambangkan Kerajaan Negeri.
PAHANG DARUL MAKMUR
Hitam Melambangkan warna kebesaran Bendahara
yang memerintah negeri Pahang pada suatu ketika
dahulu.
Putih Melambangkan Raja.
Nota tambahan Warna putih di atas hitam
melambangkan negeri Pahang adalah negeri yang
mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
Beraja.
KELANTAN DARUL NAIM
Merah Melambangkan kejujuran penduduk sebagai
rakyat kepada Raja.
Putih Melambangkan kebesaran dan tanda
kesucian Raja negeri ini.
TERENGGANU DARUL IMAN
Putih Melambangkan D.Y.M.M. Sultan.
Hitam Melambangkan rakyat
Anak bulan dan bintang Melambangkan agama
Islam
SABAH (NEGERI DI BAWAH BAYU)
Biru Zirkon
Melambangkan keamanan dan ketenteraman
Putih
Melambangkan kemurnian dan keadilan,
Merah cili
Melambangkan keberanian dan keyakinan.
Biru salji
Melambangkan perpaduan dan kemakmuran
Nilakandi
Melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama
Gunung Kinabalu dan lima jenis warna
Melambangkan Negeri Sabah dan lima Bahagian
Pentadbiran Negeri
SARAWAK (BUMI KENYALANG)
Merah Melambangkan keberanian, kesungguhan dan
pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang
berterusan untuk mengejar serta mempertahankan
kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses
membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Kuning Melambangkan keagungan Perundangan dan
Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam
masyarakat yang berbilang kaum.
Hitam Melambangkan kekayaan sumber asli seperti
minyak mentah, balak dan sebagainya yang
merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan
Melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya
tinggal di dalam harmonis. Juga merupakan cita-cita
tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.
BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN (RASMI)
Bendera Wilayah Persekutuan ialah bendera rasmi
Wilayah Persekutuan Malaysia. Ia telah diterima pakai
pada 23 Mei 2006.
Bendera Wilayah Persekutuan digunakan untuk mewakili
Wilayah Persekutuan secara keseluruhannya
. Tiga bendera asal asal masih digunakan apabila mewakili
Wilayah Persekutuan individu.
Kuning untuk mewakili rasa hormat, kedaulatan dan
kehormatan
Merah untuk kekuatan Biru untuk perpaduan, keikhlasan
dan keharmonian. Tiga bar ufuk ini mempunyai
perkadaran yang sama dengan bendera Venezuela.
Tiga bintang di bawah Jata Negara berdiri untuk tiga
wilayah, menyokong misi mereka untuk menjadi pusat
pentadbiran dan perniagaan yang penting.
Bintang lain mungkin ditambah jika terdapat wilayah lain
pada masa akan datang.
ADCPengakapRemaja.BlogSpot.Com
LAMBANG NEGARA MALAYSIA
Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan
Persekutuan.
Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama
Islam - agama rasmi Malaysia.
Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang
Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan
dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri
Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan
pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah
negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat
dahulu.
Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam
bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih
ialah warna Pahang, merah dan kuning warna
Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak,
merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang asal.
Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan
Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah
kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga
Kebangsaan.
Harimau-harimau yang di tunjukkan sebagai
penumpang jata Negerinegeri Melayu Bersekutu
dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.
Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan
tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah
kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja
bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang
berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh
dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk
semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa
megah dan menghormati bendera mereka.
LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya
sembilan buah negeri dalam Gabungan Negeri
Sembilan yang lama.
Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-
hubungan pada masa yang lalu dengan British.
Warna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang.
Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar.
Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan
sembilan buah negeri dalam gabungan lama.
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda
keadilan.
Di tengah-tengah antara pedang dan sarung ialah
"Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan
Besar
fungsi
agensi
kerajaan
TOPIK KETIGA
FUNGSI AGENSI KERAJAAN
PENGENALAN Agensi Kerajaan atau Badan Berkanun
adalah sebuah perbadanan awam dalam struktur
pentadbiran kerajaan.
Badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan
Persekutuan di bawah undang-undang yang
diluluskan oleh Parlimen dan oleh kerajaan negeri di
bawah enakmen yang diluluskan oleh Dewan Undang
Negeri masing-masing.
Penubuhan badan berkanun pada umumnya
bertujuan untuk membolehkan penglibatan kerajaan
secara terus dan lebih berkesan dalam bidang
perkhidmatan awam dan pembangunan
sosioekonomi yang memerlukan modal yang banyak
dan kurang mendapat sambutan daripada sektor
swasta.
Badan berkanun dijangka akan dapat memainkan
peranan yang lebih aktif dan bebas kerana badan
tersebut tidak perlu mengikut peraturan biasa yang
diamalkan dalam pentadbiran kerajaan, walaupun
badan itu diletakkan di bawah kuasa kerajaaan
Persekutuan dan kerajaan Negeri.
Antara agensi kerajaan atau badan berkanun yang
terdapat di Negeri Sembilan adalah:
1. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
2. Lembaga Muzium Negeri Sembilan
3. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
4. Yayasan Negeri Sembilan
5. Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan
UDA (Urban Development Authority)
Perbadanan Pembangunan Bandar atau UDA (Urban
Development Authority) merupakan syarikat milik
kerajaan Malaysia yang diperbadankan pada tahun
1996.
Ia ditubuhkan bagi melancarkan dan menyelia projek-
projek pembangunan bandar yang berkaitan dengan
sektor perniagaan, industri dan perumahan.
Ia juga ditugaskan membangunkan prasarana
kawasan Bandar.
SEJARAH
UDA telah ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan
milik kerajaan pada 12 November 1971 di bawah
Menteri Perbadanan Awam melalui Akta Perbadanan
Pembangunan Banda
Pada tahun 1996 ia diperbadankan sepenuhnya dan
menukar nama kepada UDA Holdings Sendirian
Berhad.
Kemudian pada tahun 1999, ia disenaraikan di Papan
Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
PEMBANGUNAN
UDA membangun dan mengambil alih beberapa
bangunan bandar yang dianggapnya sesuai.
Walaupun tugas ini secara amnya hanya merangkumi
projek pembangunan semula "bangunan-bangunan
usang", UDA juga bertanggungjawab bagi
penyenggaraan bangunan-bangunan bersejarah di
kawasan bandar.
Beberapa perbandaran baru telah juga dibangunkan
oleh UDA, termasuklah Taman Tun Dr Ismail di Kuala
Lumpur, Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor
dan juga Bandar Baru UDA di Johor Bharu.
MARDI (Malaysian Agricultural Research
and Development Institute)
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
atau MARDI (Malaysian Agricultural Research and
Development Institute)
. Ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI
(Akta 11 tahun 1969) dan mula beroperasi pada Mac 1971.
Objektif: Menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar
dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian
dan industri asas tani.
Visi: Menjadi organisasi Penyelidikan dan Pembangunan
yang tersohor dalam bidang makanan, pertanian dan
industri berasaskan biologi menjelang tahun 2015.
Misi:
Menjana dan memindahkan pengetahuan,
teknologi, kompetensi dan perkhidmatan teknikal
bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan
mentransformasikan pertanian dan industri asas
tani kepada sektor yang inovatif, komersil dan
berdaya saing.
Fungsi:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal,
ekonomi dan sosial berkenaan dengan:
● Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan
segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan
koko), ternakan dan makanan
● Perladangan campuran
FELDA (Federal Land Development
Authority)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau
FELDA (Federal Land Development Authority)
Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta
Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan.
Objektif: Menangani penempatan semula
penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-
kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan
taraf ekonomi mereka.
Visi: Menjadi pemacu pembangunan penempatan
Negara yang progresif
Misi: Menambah nilai untuk kepentingan peneroka
Fungsi: Agensi ini menumpukan kepada pembukaan
ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan.
Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk
membantu orang Melayu miskin malah beberapa
buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah
Bilut menerima peneroka pelbagai kaum seperti kaum
Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan
Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai
kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan
besar penduduk Malaysia.
Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah
sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya
ladang kelapa sawit.
Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk
mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui
petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang
kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama
Malaysia.
MARA (Majlis Amanah Rakyat)
Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah
agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar
Bandar.
MARA dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta
Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan
autonomi.
Badan ini diberi mandat dan kuasa untuk
mengendalikan dan menjalankan berbagai-bagai
kegiatan.
Majlis ini terdiri daripada wakil-wakil kerajaan dan
mereka yang dilantik oleh sebab hubungannya yang
rapat dengan rakyat Bumiputera.
MARA ditubuhkan untuk menyediakan peluang-
peluang bagi kaum Bumiputera untuk meninggikan
lagi taraf hidup mereka.